apabila sperma berjumpa telur when a - … sperma berjumpa telur... · enam hingga tujuh hari...

2
APABILA SPERMA BERJUMPA TELUR WHEN A SPERM MEETS AN EGG... PJ/1.2.6 Konsepsi Kebolehan membiak penting untuk penyambungan zuriat manusia. Satu nyawa bermula apabila sel benih dari lelaki dan wanita bercantum ketika persenyawaan. Sel-sel ini penting untuk melahirkan satu nyawa baru. Sel-sel ini diberi peluang bersatu dan membentuk insan baru apabila persetubuhan berlaku. Di kalangan makhluk seperti manusia, persenyawaan bermula dengan persetubuhan. Seorang wanita boleh hamil sejurus selepas ovulasi berlaku, iaitu apabila ovum telah keluar dari ovari. Apabila persetubuhan berlaku, air mani dari zakar lelaki terpancut ke dalam faraj pasangan wanita. Air mani ini mengandungi sebanyak 400 juta sperma. Banyak sperma tertumpah keluar dari faraj wanita, tetapi sebilangan sperma mula berenang di dalam faraj menuju ke kaviti rahim dengan pantas dan terus ke tiub Fallopian. Semasa ovulasi, mukus di pangkal rahim lebih cair untuk membolehkan sperma melaluinya dengan lebih mudah. Apabila sebilangan sperma tiba di dalam tiub Fallopian di mana ovum mungkin telah bersedia menunggu, satu sperma bercantum dengan ovum ini. Ini dikenali sebagai fertilisasi (persenyawaan). Fertilisasi berlaku dalam 5 peringkat seperti berikut: Penembusan yang berlaku apabila lapisan luar sperma bercantum dengan membran yang mengelilingi ovum. Percantuman berlaku di mana kandungan kepala sperma bertemu dengan ovum. Keseluruhan sperma memasuki ovum. Aktivasi dimana ovum membentuk reaksi yang menghalang sperma lain memasukinya. Percantuman bahan nukleus dari ke dua-dua sel ini (ovum dan sperma), disusuli dengan pembahagian sel. Perkembangan ovum yang telah disenyawakan Selepas fertilisasi, ovum berkenaan yang telah bertukar menjadi zigot (zygote) memulakan perjalanan dari tiub Fallopian menuju ke rahim. Semasa perjalanan ini beberapa siri perubahan berlaku. Pertama, zigot mengalami pembahagian sel-selnya, satu sel menjadi 2, kemudian 4, kemudian 8 dan seterusnya mengikut kaedah janjang geometri. Tiga hingga lima hari selepas fertilisasi, zigot sampai ke kaviti rahim. Enam hingga tujuh hari selepas fertilisasi, penempelan (implantasi) berlaku. Zigot yang telah bertukar menjadi blastosis menempel dan menetap ke dalam lapisan dalam rahim (endometrium). Kumpulan sel-sel ini membahagi kepada bahagian tertentu – kulit luar (ektoderma) yang menyelubungi bahagian luar tubuh; kulit dalam (endoderma) yang menyelubungi permukaan dalaman. Sel-sel dari lapisan ektoderma yang terletak paling hampir dengan lapisan endoderma terus membahagi dan membentuk kulit dan sistem saraf. Bahagian ektoderma yang tinggal kemudiannya menjadi amnion, iaitu membran yang melindungi embrio (janin). Kemudian lapisan mesoderma terbentuk yang bakal menjadi tisu penghubung, tulang, otot-otot, darah dan saluran darah.

Upload: trinhhuong

Post on 06-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: APABILA SPERMA BERJUMPA TELUR WHEN A - … sperma berjumpa telur... · Enam hingga tujuh hari selepas fertilisasi, implantasi berlaku. Zigot yang telah menjadi blastosis menembusi

APABILA SPERMA BERJUMPA TELUR WHEN A SPERM MEETS AN EGG... PJ/1.2.6 • Konsepsi Kebolehan membiak penting untuk penyambungan zuriat manusia. Satu nyawa bermula apabila sel benih dari lelaki dan wanita bercantum ketika persenyawaan. Sel-sel ini penting untuk melahirkan satu nyawa baru. Sel-sel ini diberi peluang bersatu dan membentuk insan baru apabila persetubuhan berlaku. Di kalangan makhluk seperti manusia, persenyawaan bermula dengan persetubuhan. Seorang wanita boleh hamil sejurus selepas ovulasi berlaku, iaitu apabila ovum telah keluar dari ovari. Apabila persetubuhan berlaku, air mani dari zakar lelaki terpancut ke dalam faraj pasangan wanita. Air mani ini mengandungi sebanyak 400 juta sperma. Banyak sperma tertumpah keluar dari faraj wanita, tetapi sebilangan sperma mula berenang di dalam faraj menuju ke kaviti rahim dengan pantas dan terus ke tiub Fallopian. Semasa ovulasi, mukus di pangkal rahim lebih cair untuk membolehkan sperma melaluinya dengan lebih mudah. Apabila sebilangan sperma tiba di dalam tiub Fallopian di mana ovum mungkin telah bersedia menunggu, satu sperma bercantum dengan ovum ini. Ini dikenali sebagai fertilisasi (persenyawaan). Fertilisasi berlaku dalam 5 peringkat seperti berikut: − Penembusan yang berlaku apabila lapisan luar sperma bercantum dengan membran

yang mengelilingi ovum. − Percantuman berlaku di mana kandungan kepala sperma bertemu dengan ovum. − Keseluruhan sperma memasuki ovum. − Aktivasi dimana ovum membentuk reaksi yang menghalang sperma lain memasukinya. − Percantuman bahan nukleus dari ke dua-dua sel ini (ovum dan sperma), disusuli dengan

pembahagian sel. • Perkembangan ovum yang telah disenyawakan Selepas fertilisasi, ovum berkenaan yang telah bertukar menjadi zigot (zygote) memulakan perjalanan dari tiub Fallopian menuju ke rahim. Semasa perjalanan ini beberapa siri perubahan berlaku. Pertama, zigot mengalami pembahagian sel-selnya, satu sel menjadi 2, kemudian 4, kemudian 8 dan seterusnya mengikut kaedah janjang geometri. Tiga hingga lima hari selepas fertilisasi, zigot sampai ke kaviti rahim. Enam hingga tujuh hari selepas fertilisasi, penempelan (implantasi) berlaku. Zigot yang telah bertukar menjadi blastosis menempel dan menetap ke dalam lapisan dalam rahim (endometrium). Kumpulan sel-sel ini membahagi kepada bahagian tertentu – kulit luar (ektoderma) yang menyelubungi bahagian luar tubuh; kulit dalam (endoderma) yang menyelubungi permukaan dalaman. Sel-sel dari lapisan ektoderma yang terletak paling hampir dengan lapisan endoderma terus membahagi dan membentuk kulit dan sistem saraf. Bahagian ektoderma yang tinggal kemudiannya menjadi amnion, iaitu membran yang melindungi embrio (janin). Kemudian lapisan mesoderma terbentuk yang bakal menjadi tisu penghubung, tulang, otot-otot, darah dan saluran darah.

Page 2: APABILA SPERMA BERJUMPA TELUR WHEN A - … sperma berjumpa telur... · Enam hingga tujuh hari selepas fertilisasi, implantasi berlaku. Zigot yang telah menjadi blastosis menembusi

Enam hingga tujuh hari selepas fertilisasi, implantasi berlaku. Zigot yang telah menjadi blastosis menembusi dan terbenam ke dalam lapisan endomertium yang telah tersedia menebal. Kadang-kadang blastosis tidak boleh meneruskan perjalanannya dari tiub Fallopian ke rahim. Penempelan berlaku pada tiub Fallopian. Dalam keadaan lain pula, penempelan berlaku di dalam/luar ovari. Penempelan sedemikian dikenali sebagai kehamilan ektopik (luar rahim). Pada saat persenyawaan, gen dan kromosom dari ibu dan bapa bercantum untuk membentuk seorang insan yang unik dengan sifat dan ciri-cirinya yang tersendiri. Kadang-kadang dua ovum dikeluarkan serentak. Jika ini berlaku, ada kemungkinan ke dua-dua ovum disenyawakan oleh dua sperma yang berlainan dan menghasilkan kembar tak seiras (fraternal twins). Kembar seiras (identical twins) berlaku apabila satu ovum disenyawakan oleh satu sperma tetapi terbahagi kepada dua sel yang sempurna membentuk dua insan yang seiras. Kembar siam jarang sekali berlaku. Ianya berlaku dari kembar seiras yang mula berpisah tetapi sebahagian tubuh tidak terpisah dan terus bercantum. Pakar bedah mungkin cuba mengasingkan kembar sedemikian selepas kelahirannya. Kejayaanya bergantung kepada keadaan percantuman mereka.