apa dia mmi dalam word

26
7 Kelebihan Jadi Guru Cemerlang Kerap juga saya mendapat soalan sebegini apabila ditanya mengenai apa kelebihan menjadi Guru Cemerlang. Ramai juga yang nak tahu apa sebenarnya yang kita dapat jika kita menjadi seorang Guru Cemerlang. Saya kongsikan sedikit beberapa kelebihan bergelar Guru Cemerlang, berdasarkan kepada pengetahuan saya dan pendapat rakan guru yang lain. 1. Kenaikan Pangkat Lebih Cepat Laluan kecemerlangan ini merupakan laluan fast-track yang paling laju jika anda berhajat untuk naik pangkat dengan paling cepat. Untuk DG41, kebiasaannya kita perlukan 8 tahun perkhidmatan untuk kenaikan pangkat secara time-based ke DG44. Itupun mesti melalui TBBK, Time-Based Berasaskan Kecemerlangan yang perlu melalui proses yang lebih kurang sama dengan memohon Guru Cemerlang, iaitu perlukan dokumentasi apa yang kita buat 3 tahun kebelakang. Itupun kenaikan bukan secara automatik. Maka adalah juga kes yang gagal TBBK . Jadi, jangan seronok sangat.

Upload: joannadav

Post on 24-Dec-2015

263 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

MMI

TRANSCRIPT

Page 1: APA DIA MMI DALAM WORD

7 Kelebihan Jadi Guru Cemerlang

Kerap juga saya mendapat soalan sebegini apabila ditanya mengenai apa kelebihan menjadi Guru Cemerlang. Ramai juga yang nak tahu apa sebenarnya yang kita dapat jika kita menjadi seorang Guru Cemerlang. Saya kongsikan sedikit beberapa kelebihan bergelar Guru Cemerlang, berdasarkan kepada pengetahuan saya dan pendapat rakan guru yang lain.

1. Kenaikan Pangkat Lebih CepatLaluan kecemerlangan ini merupakan laluan fast-track yang paling laju jika anda berhajat untuk naik pangkat dengan paling cepat. Untuk DG41, kebiasaannya kita perlukan 8 tahun perkhidmatan untuk kenaikan pangkat secara time-based ke DG44. Itupun mesti melalui TBBK, Time-Based Berasaskan Kecemerlangan yang perlu melalui proses yang lebih kurang sama dengan memohon Guru Cemerlang, iaitu perlukan dokumentasi apa yang kita buat 3 tahun kebelakang. Itupun kenaikan bukan secara automatik. Maka adalah juga kes yang gagal TBBK. Jadi, jangan seronok sangat.

Page 2: APA DIA MMI DALAM WORD

Boleh juga tengok jadual perbandingan di atas bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai tempoh tahun perkhidmatan. Dalam kes saya, saya dilantik DG44, 2 tahun lebih awal berbanding rakan-rakan yang memilih laluan timebased walaupun kami sama-sama posting pada tahun 2007. Malah ketika mereka sedang mengumpul bahan untuk memohon TBBK bagi gred DG44, saya pula sudah layak untuk memohon Guru Cemerlang bagi gred DG48!

2. Gaji BesarIni juga antara motivasi utama bagi sesetengah orang yang memohon Guru Cemerlang. Dengan gred yang lebih besar, sudah tentu kita akan mempunyai gaji yang lebih besar, secara logiknya. Dengan kenaikan 2 tahun lebih awal bagi gred DG44, ataupun 5/6 tahun bagi gred DG48, maka sudah tentu ini merupakan galakan terbaik bagi guru yang berhajat nak menambah pendapatan sebagai guru dengan cara yang lebih cepat.

Page 3: APA DIA MMI DALAM WORD

Kenaikan tahunan juga akan berubah. Semasa di gred DG41, kenaikan tahunan adalah sebanyak RM225. Bagi gred DG44 pula, kenaikan tahunan adalah sebanyak RM250. Dan bagi gred DG48 pula, kenaikan tahunan adalah RM275. Ini bermakna, beza gaji hampir RM1000 bagi tahun ke-8 untuk 2 orang yang posting pada tahun yang sama, tetapi dengan laluan timebased dan laluan kecemerlangan. Tepuk dada, tanya selera.

3. Gelaran Guru CemerlangAda juga yang memohon laluan kecemerlangan ini untuk gelaran Guru Cemerlang tersebut. Mungkin pada beliau, ini merupakan satu cara yang boleh menunjukkan status beliau pada guru-guru lain. Kalau tidak masakan, ada sesetengah Guru Cemerlang yang dengan bangganya sekali asyik mengaku Guru Cemerlang, setiap kali berjumpa dengan guru-guru lain di mesyuarat, bengkel atau apa-apa lain. Untuk tujuan apa tak pasti. Tapi saya mohon berlindung dengan Allah, semoga dijauhkan dengan perasaan ujub dan syok sendiri ini. Amin!

Betulkan niat, inshaAllah pasti apa yang anda dapat itu dapat dimanfaatkan dengan

Page 4: APA DIA MMI DALAM WORD

sebaiknya dengan rakan guru yang lain. Anda jangan risau, spesies yang sebegini tak banyak. Tapi kalau anda berpeluang berjumpa, maka ambil masa dan Selamat Berkenalan.. ;)

4. Tidak Terlibat PentadbiranAda juga mereka yang memohon Guru Cemerlang kerana tidak mahu terlibat dengan bidang pentadbiran. Maknanya guru ini hanya mahu memfokuskan kepada kerja mengajar sahaja. Kerja pentadbiran yang saya maksudkan di sini adalah kerja pentadbiran hierarki tinggi seperti Ketua Bidang, dan Guru Penolong Kanan. Ini kerana, bagi mereka yang dilantik sebagai Guru Cemerlang, mereka perlu melepaskan jawatan tersebut jika permohonan mereka sebagai Guru Cemerlang berjaya.

Bermaksud juga mereka yang sudah dilantik sebagai Guru Cemerlang, tidak boleh dilantik sebagai Ketua Bidang atau Penolong Kanan di sekolah. Manakala bagi Ketua Bidang dan Penolong Kanan yang berjaya dalam permohonan mereka sebagai Guru Cemerlang, perlulah meletakkan jawatan mereka.

Ini juga antara sebab kenapa saya memohon Guru Cemerlang. Sebab saya tak berminat dalam bidang pentadbiran, dan rasanya kurang berkemahiran. Maka lebih baik untuk saya fokuskan kepada kerja-kerja mengajar yang saya suka. Tahukah anda, menguruskan 1000 orang murid adalah jauh lebih mudah daripada menguruskan 10 orang cikgu? ;)

5. Berkongsi PengetahuanIni juga antara sebab kenapa saya memohon Guru Cemerlang. Iaitu bagi tujuan untuk berkongsi pengetahuan saya dengan rakan guru yang lain. Diulangi yer, berkongsi. Bukan mengajar guru-guru lain. Saya percaya, setiap guru ada kaedah mereka sendiri. Ada yang berkesan, ada yang kurang berkesan. Sama juga yang berlaku pada saya. Maka, jika kita ada sedikit kaedah yang boleh membantu, apa salahnya jika kita berkongsi dengan rakan guru yang lain demi kebaikan pelajar.

Page 5: APA DIA MMI DALAM WORD

Dengan gelaran Guru Cemerlang juga maka lebih mudah anda dikenalpasti oleh sekolah dan pihak-pihak lain bagi dijemput untuk berkongsi pengetahuan. Maka gunakan peluang ini dengan sebaik mungkin bagi mencurahkan ilmu dan pengetahuan anda kepada mereka yang memerlukan. InshaAllah peluang untuk anda berkongsi ilmu akan lebih terbuka luas apabila anda bergelar seorang Guru Cemerlang.

Pelik juga apabila ada sesetengah guru yang suka betul "simpan ilmu" dan tak mahu berkongsi dengan rakan guru yang lain, demi nak memastikan peratus kejayaan di sekolahnya adalah yang paling tinggi. Kedekut dan kejam! Jika ada dalam kalangan kita yang bersikap begitu, maka buanglah jauh-jauh sifat tersebut. Percayalah, ilmu akan lebih banyak bertambah, jika kita lebih banyak memberi.

6. Motivasi Bekerja Lebih KuatGelaran Guru Cemerlang ini juga boleh menjadi sumber motivasi kepada kita untuk bekerja dengan lebih kuat. Sudah tentu kita nak menghasilkan sesuatu yang lebih luar biasa bagi memenuhi tanggungjawab sebagai Guru Cemerlang. Secara tak langsung ini mendorong kita untuk menghasilkan kaedah mengajar, teknik, dan inovasi yang lebih berkesan dalam pdp. Perkara ini kemudiannya dikongsikan dengan rakan guru yang lain dan dapat juga menggalakkan rakan guru untuk turut serta menghasilkan perkara-perkara luar biasa.

7. Idola Kepada Rakan Guru LainDengan mutu kerja yang hebat dan status Guru Cemerlang sebagai bukti kecemerlangan anda, maka tak mustahil anda menjadi idola dan ikutan kepada rakan guru yang lain yang juga mahu berjaya seperti anda. Kehebatan anda di bilik darjah dan di luar, perlulah cukup mengkagumkan guru-guru lain. Baru sesuai gelaran tersebut dengan anda.

Page 6: APA DIA MMI DALAM WORD

Maka untuk itu, saya menyeru kepada semua rakan Guru Cemerlang menunjukkan mutu kerja yang betul-betul cemerlang, sesuai dengan gelaran yang anda perolehi. Gelaran Guru Cemerlang bukan satu lesen untuk kita duduk selesa tanpa perlu berusaha apa-apa lagi. Masih banyak perkara yang perlu dilakukan. Masih banyak tanggungjawab dan amanah yang perlu ditunaikan. Maka bekerja lah dengan sebaik mungkin.

Walau apa pun alasan anda, saya yakin bahawa anda mempunyai alasan anda yang tersendiri untuk memohon Guru Cemerlang. Berusahalah sebaik mungkin jika ada peluang. Peluang perlu direbut, sebab peluang tak akan datang banyak kali. Jika gagal, maka berusahalah lagi. Jangan cepat putus asa. Dan jika berjaya, tunaikanlah tanggungjawab dan amanah anda sebagai Guru Cemerlang dengan sebaik mungkin!

Panduan Memohon Guru Cemerlang (Fasa 1 : Mengisi Borang Permohonan)

Jumaat, Mei 31, 2013 Hal Guru 101 comments

Saya kongsikan 11 tips panduan memohon Guru Cemerlang dengan rakan-rakan guru. Saya namakan ini sebagai Fasa 1 iaitu Fasa Semasa Mengisi Borang Permohonan Guru Cemerlang. Jom kita tengok apa perkara-perkara penting yang perlu dipertimbangkan sebelum anda memohon Guru Cemerlang.

Page 7: APA DIA MMI DALAM WORD

1. Fahami jawatan Guru CemerlangDalam kebanyakan kes, ramai rakan guru yang tersalah anggap mengenai jawatan Guru Cemerlang. Ramai yang menganggap Guru Cemerlang adalah guru yang SANGAT CEMERLANG; hebat akademik, hebat kokurikulum, pegang jawatan penting dalam HEM, dan serba serbi HEBAT!.

Sebenarnya, jawatan Guru Cemerlang adalah merujuk kepada guru-guru yang cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam bidang pengkhususandengan tujuan untuk dijadikan role model, sumber inspirasi dan motivasi kepada guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-masing.

Jadi, jika anda seorang guru yang memang CEMERLANG dalam subjek kepakaran anda, silalah mohon walaupun anda kurang sumbangan dalam bidang HEM dan Kokurikulum. Kerana yang akan diberi lebih penilaian adalah sumbangan anda pada subjek kepakaran anda!

p/s: Teringat dengan kata-kata seorang penceramah Nazir, "Jika anda ahli sukan wakil Malaysia sekalipun, penilaian utama hanya akan dinilai pada sumbangan anda dalam bidang subjek yang dipohon!"

2. Pilih Subjek Kepakaran dengan tepatPemilihan subjek kepakaran juga merupakan sesuatu yang penting semasa membuat permohonan Guru Cemerlang. Ini kerana faktor seperti jumlah waktu mengajar dan juga tahun pengalaman mengajar subjek kepakaran memberikan markah yang berbeza-beza kepada guru yang memohon semasa penilaian. Rakan guru boleh rujuk jadual di bawah bagi pemilihan subjek kepakaran yang lebih tepat dan sesuai untuk anda.

Page 8: APA DIA MMI DALAM WORD

Jika rakan guru masih ragu-ragu dan tidak pasti subjek mana yang menjadi pilihan, semaklah semula senarai tugas anda pada tahun-tahun lepas. Pilih subjek yang mana anda lebih banyak sumbangan/tugas/peranan.

Pastikan juga subjek yang dipilih itu merupakan subjek yang telah anda ajar sekurang-kurangnya 3 tahun berturut-turut, terutamanya jika anda berpindah-pindah sekolah. Tidak menjadi masalah juga jika anda memilih subjek bukan major anda, selagi subjek yang dipohon telah diajar sekurang-kurangnya 3 tahun dan ke atas.

Kesilapan memilih subjek kepakaran, kadang-kadang mampu memberikan keputusan yang mengecewakan.

3. Isi Borang Permohonan dengan betul dan lengkapSeterusnya, isilah borang permohonan anda dengan teliti, lengkap dan tepat. Kesilapan dan sikap ambil mudah semasa mengisi borang permohonan akan menyebabkan permohonan anda ditolak/kurang menyerlah.

Page 9: APA DIA MMI DALAM WORD

Pastikan juga perkara-perkara yang dikehendaki berada dalam keadaan yang sedia dikemaskini. Sebagai contohnya:a) Maklumat diri dan perkhidmatan (Tarikh lantik, sah dll) b) Kenyataan Perkhidmatan (boleh rujuk dengan kerani sekolah)c) Perisytiharan Harta (sahlaku dalam 5 tahun tanpa sebarang perubahan harta)d) LNPT (3 tahun berturut-turut)e) esei (cuba buat sendiri dan nyatakan hasrat anda dari hati dan naluri anda)f) Senarai Tugas (senaraikan SEMUA bidang tugas/peranan/sumbangan anda dalam Akademik, HEM dan Kokurikulum dengan lengkap)

Jika tidak pasti, bidang tugas tersebut perlu dimasukkan atau tidak dalam borang permohonan,masukkan saja kesemuanya. Penilai akan menilai borang anda dan memilih perkara yang akan diberi markah.. Tak salah mencuba..

4. Fokus kepada subjek yang dipohonPerhatian dan tumpuan utama haruslah diberi kepada subjek kepakaran yang dipohon. Nyatakan dengan selengkapnya tugas/peranan/sumbangan yang pernah anda buat untuk subjek atau pun bidang kepakaran anda itu.

Jika pernah anda adakan kelas tambahan / ceramah di luar sekolah, nyatakan dalam borang dan juga lampirkan bukti (dokumentasi/sijil/gambar) bagi mengukuhkan permohonan anda. Antara contoh bidang tugas/ sumbangan yang boleh anda masukkan:a) Ketua Panitiab) guru kelas tambahanc) guru kelab / persatuan (subjek/bidang kepakaran)d) penceramah e) pemeriksa kertas soalanf) penyelaras kem (subjek/bidang kepakaran)

Page 10: APA DIA MMI DALAM WORD

Apa-apa yang dinyatakan perlulah lebih fokus kepada subjek kepakaran anda. Tak guna jika anda nyatakan berjela-jela bidang tugas anda di sekolah, namun jika diteliti sangat sedikit sahaja sumbangan dalam subjek kepakaran! Sekali lagi saya ingatkan, penekanan haruslah diberikan kepada sumbangan anda dalam subjek kepakaran, bukan lah bidang lain!

5. Bahagikan tugas mengikut bidangBagi memudahkan urusan anda untuk menguruskan data dan bahan yang bertimbun-timbun untuk 3+1 tahun, maka lebih baik jika anda bahagikan tugas tersebut kepada bidang masing-masing. Bahagikan tugas mengikut bidang Akademik, HEM dan Kokurikulum.

Sebagai contoh:2010 - Akademik - Penyelaras Kem Sains PMR2010 - Akademik - Penyelaras Sains Tingkatan 32010 - HEM - Penyelaras Disiplin Tingkatan 12010 - KoK - Jurulatih Sofbol Daerah Sibu2011 - Akademik - Ketua Panitia Sains2011 - Akademik - Penceramah Bengkel Sains2011 - HEM - Penyelaras Disiplin Tingkatan 12011 - KoK - Jurulatih Sofbol Daerah Sibu2012 - Akademik - Ketua Panitia Sains2012 - Akademik - Penyelaras Sains Tingkatan 12012 - HEM - Penyelaras Disiplin Tingkatan 12012 - KoK - Jurulatih Sofbol Negeri Sarawak

Penilaian pada tapisan pertama akan dibuat dengan menilai Borang Permohonan anda. Jika anda memudahkan para penilai untuk menilai borang anda, tak mustahil peluang untuk anda melalui tapisan kedua adalah lebih cerah!

6. Kumpulkan bahanSemasa mengisi Borang Permohonan, sebaiknya anda mulakan dengan mengumpul semua bahan-bahan anda terlebih dahulu. Kumpulkan semua senarai tugas anda, inovasi, ABM, kajian tindakan, penulisan dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan agar memudahkan anda untuk menyiapkan borang permohonan dengan lengkap.

Page 11: APA DIA MMI DALAM WORD

Jika anda tak ingat senarai tugas bagi 3 tahun kebelakang, boleh lah rujuk semula dengan Ketua Jabatan anda agar meminjam semula Borang LNPT yang diisi pada setiap tahun. Ada baiknya, jika anda sendiri yang menyimpan segala maklumat tersebut dalam bentuk softcopy sebagai rujukan di masa depan.

Juga dapatkan semula Buku Rekod Mengajar anda pada tahun-tahun sebelumnya bagi mendapatkan semua Jadual Waktu.

Selain daripada memudahkan anda untuk mengisi Borang permohonan, sekurang-kurangnya anda kini sudah melakukan sedikit persiapan awal dalam mengumpulkan bahan untuk dikemaskini dan bersedia untuk dicerap oleh Nazir.

7. Fokus kepada Kajian Tindakan dan InovasiDua perkara yang perlu diberi perhatian pada era sekarang jika anda memohon Guru Cemerlang adalah Kajian Tindakan dan juga Inovasi.

Seperti cakap seorang rakan saya, jika pada masa sekarang anda tidak mempunyai sebarang Kajian Tindakan dan Inovasi, bermakna anda adalah guru yang tidak mengikuti perkembangan semasa tentang apa yang berlaku dalam pendidikan di Malaysia!

Kajian Tindakan adalah satu kajian mengenai sesuatu permasalahan p&p yang dijalankan oleh seseorang guru dengan tujuan mengenalpasti kaedah atau teknik yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Sebagai contoh, dalam pengajaran kita dengan menggunakan kaedah A, pelajar tidak memahami apa yang kita ajar. Lantas kita mencuba Kaedah B dan C, dan melihat hasilnya. Hasil dapatan kita dikongsi dengan rakan-rakan guru yang lain.

Tengok satu contoh mudah Kajian Tindakan di sini

Inovasi pula merupakan perkara baru yang kita hasilkan yang akan memudahkan

Page 12: APA DIA MMI DALAM WORD

pengajaran dan pengurusan kita. Penghasilan boleh datang dalam bentuk alat bantu mengajar, teknik atau kaedahmengajar dan borang pengurusan. Contoh lain inovasi yang dapat dilakukan adalah blog, video, dan animasi.

8. Tonjolkan kelebihan diriSemasa mengisi Borang Permohonan juga, pastikan anda menyatakan kesemua bidang tugas dan sumbangan anda dalam semua perkara, terutamanya subjek kepakaran anda. Seperti yang saya katakan di atas, jika anda tidak pasti, masukkan saja kesemua sumbangan anda mengikut bidang masing-masing. Penilai akan memilih yang terbaik daripada anda.

Jika anda melakukan sumbangan luar seperti bergiat aktif dengan aktiviti sukarela dengan pihak JPAM, anda juga boleh masukkan dalam borang permohonan anda pada bahagian yang betul.

Menonjolkan kelebihan yang ada pada diri bukanlah bererti kita meninggikan diri, sebaliknya memastikan bakat dan kelebihan kita itu disedari supaya dapat digunakan lagi dengan cara yang lebih baik dan bermanfaat.

9. Tanya guru yang berpengalamanJangan lupa juga untuk bertanya dengan guru-guru berpengalaman yang telah memohon Guru Cemerlang pada tahun-tahun sebelumnya. Sama ada mereka berjaya atau pun tidak dalam permohonan mereka, saya pasti akan ada sedikit tips dan nasihat yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran.

Nasihat dan juga tips daripada mereka mungkin boleh membantu anda untuk mengisi borang permohonan dengan lebih baik. Saya juga yakin mereka tidak akan lokek untuk berkongsi rahsia kejayaan mereka dengan anda!

Page 13: APA DIA MMI DALAM WORD

10. Sedia untuk berdepan dengan hatersYang ini tak dapat nak di ketepikan daripada masuk dalam panduan dan tips saya nih. Ini kerana sebaik mana kita pun, pasti akan ada orang sekeliling yang kurang senang dengan setiap perbuatan kita. Tambah lagi kalau jahat kan?.. He3.. Jadi, sentiasa lah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan dijalankan oleh para haters. Ianya boleh datang dalam bentuk fitnah, cakap-cakap di belakang, perli memerli, bergurau terlebih sudah, dan segala bentuk kejahatan lagi lah.

Pasti akan terganggu kan? Rasa kurang motivasi?

Nasihat saya, TAK PAYAH PEDULIKAN MEREKA! Hu3.. Anggap lah mereka sebagai nyamuk yang datang terbang kat tepi telinga. Dah habis berbunyi, pergilah dia. Yang penting kita sabar, tekun dan istiqamah dengan apa yang kita buat. Hanya kita dan Allah saja yang tahu apa yang ada dalam hati dan yang kita niatkan. Selagi niat kita baik, inshaAllah, akan sentiasa ada pertolongan dari Yang Maha Kuasa.

Masa yang ada perlu digunakan dengan sebaik mungkin untuk menyiapkan lebih banyak tugasan dan cabaran yang menanti kita. Bukan untuk melayan kerenah para haters!

Ader ku kesah? ;)

11. Motivasi Diri Yang BetulHarus diingat, sentiasa tanamkan dalam diri semasa memohon jawatan Guru Cemerlang ini bukan lah kerana niat untuk meninggi diri dan mengejar duit dan pangkat. Sebaliknya tanamkan diri kita dengan motivasi untuk memperbaiki diri agar menjadi pendidik yang lebih berjaya, menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan pengalaman, serta niat mendapatkan lebih banyak peluang bagi mencurahkan lebih banyak ilmu dengan orang ramai.

InshaAllah dengan niat dan iltizam yang betul, semoga kita beroleh kejayaan! Sekurang-kurangnya tidak lah kita kecewa menonggeng sangat kalau-kalau permohonan kita tidak berjaya nanti..

Page 14: APA DIA MMI DALAM WORD

Akhir kalam daripada saya, berusahalah yang sebaik mungkin. InshaAllah dengan kesungguhan, semua orang pasti beroleh kejayaan. Saya yakin ramai lagi guru-guru HEBAT di luar sana. Cubalah peluang ini bagi membuka peluang lebih besar kepada kita untuk mencurahkan ilmu, inshaAllah! Semoga berjaya!!

Time Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK)

Selasa, Oktober 15, 2013 Hal Guru 17 comments

Time-Based Berasaskan Kecemerlangan TBBK ini sebenarnya telah mula diwar-warkan kepada pegawai bermula daripada tahun 2011 lagi. Kemudiannya melalui fasa tempoh peralihan sepanjang tahun 2012 bagi membolehkan pegawai melakukan persediaan dalam urusan kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kepada kecemerlangan. Maka pada tahun 2013, bermula daripada 1 Januari bermulalah secara rasminya pelaksanaan TBBK ini. Jom kita tengok perkara ini dengan lebih mendalam.

Latar Belakang1. Kerajaan telah bersetuju untuk menambah baik dan memperkukuhkan lagi kaedah kenaikan pangkat PPP berdasarkan prinsip TBBK sebagai kesinambungan kepada transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan perguruan.

2. PPP yang layak dinaikkan pangkat pada 1 Januari 2012 hingga 30 Jun 2013 adalah tertakluk kepada syarat kenaikan pangkat yang telah ditetapkan iaitu hanya mengambil kira markah LNPT dan tempoh perkhidmatan sahaja. Mulai 1 Julai 2013, penilaian tahap kecemerlangan dikuat kuasakan selaras dengan surat Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia JPA. BK (S) 255/4/5 Jld. 5 (56) bertarikh 13 April 2012 dan JPA.BK(S) 255/4/5 Jld. 7(13) bertarikh 10 Januari 2013.

3. Pelaksanaan Penilaian Tahap Kecemerlangan telah dikuatkuasakan selaras dengan surat JPA rujukan JPA.BK(S)134/4/8-4(74) bertarikh 22 Ogos 2013 mengenai Pemakluman Keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran Bil.4 Tahun 2013 yang bersidang pada 17 Julai 2013.

4. Kenaikan pangkat TBBK dilaksanakan tanpa kekosongan jawatan setelah PPP memenuhitempoh perkhidmatan dan syarat-syarat lain termasuk penilaian tahap kecemerlangan oleh Panel Penilai.

5. Kriteria Kecemerlangan ini telah dipersetujui bersama NUTP dan KONGRES dan telah diluluskan oleh LKPPP di JPA.

6. Tempoh perkhidmatan bagi kenaikan pangkat secara TBBK adalah seperti berikut:

Page 15: APA DIA MMI DALAM WORD

Tujuan Pelaksanaan1. Memaklumkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja-Pekerja Sektor Awam (JKK-MPGSA) Berhubung Pelaksanaan Penilaian Tahap Kecemerlangan Bagi Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

2. Y.A.B. Perdana Menteri dalam mesyuarat JKK-MPGSA pada 7 Disember 2012 telah bersetuju agar tarikh kuatkuasa pemakaian Kriteria Tahap Kecemerlangan dalam urusan kenaikan pangkat secara TBBK dipinda kepada 1 Julai 2013.

3. Memaklumkan kelulusan Kaedah Pelaksanaan Penilaian Tahap Kecemerlangan Urusan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma di Kementerian Pendidikan Malaysia adalah berdasarkan surat JPA rujukan JPA.BK(S)134/4/8-4(74) bertarikh 22 Ogos 2013.

4. Menjelaskan kaedah pelaksanaan Kriteria Tahap Kecemerlangan kepada Panel Penilai dan Pegawai yang menguruskan urusan kenaikan pangkat PPP.

Pelaksanaan 1. Kriteria Tahap Kecemerlangan adalah berdasarkan 4 kategori PPP

§Guru§Pensyarah§Ketua Jabatan/ Pengetua/ Ketua Unit/ Guru Besar/ Penolong Kanan§Lain-lain Pegawai

Page 16: APA DIA MMI DALAM WORD

2. Wajaran Pemarkahan

Syarat Pemarkahan1. Pencapaian keseluruhan (LNPT dan kriteria kecemerlangan) yang perlu dicapai adalah 80% dan ke atas2. Kelulusan cadangan kriteria kecemerlangan bagi pelaksanaan TBBK di KPM adalah seperti jadual berikut:-

Page 17: APA DIA MMI DALAM WORD

3. Mulai 1 Januari 2014, markah minimum LNPT diselaraskan kepada 80% bagi semua gred

Panel Penilai 1. Bertanggung jawab untuk menilai dan memperaku PPP yang layak untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat.2. Terdiri daripada Pengerusi dan sekurang-kurangnya dua (2) orang ahli atau lebih dalam jumlah yang ganjil.3. Penilaian adalah berdasarkan dokumen yang telah disahkan dan dikepilkan bersama dengan Borang Penilaian Tahap Kecemerlangan.4. Bersidang dalam tempoh yang ditetapkan.5. Penilaian hendaklah dibuat di tempat bertugas semasa PPP.

Panel Rayuan1. PPP yang tidak diperaku oleh Panel Penilai boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 30 haridari tarikh keputusan diterima dengan menggunakan Borang Rayuan.2. Rayuan hanya boleh dibuat sekali (1) sahaja untuk sesuatu urusan penilaian tahap kecemerlangan.3. Panel Rayuan bertanggung jawab untuk membuat penilaian semula ke atas pegawai yang tidak diperaku. Panel ini terdiri daripada Pengerusi dan seorang ahli sahaja.4. Panel Rayuan hendaklah bersidang dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh rayuan diterima. Keputusan rayuan adalah berdasarkan semakan semula dokumen sokongan dan Borang Penilaian Tahap Kecemerlangan PPP. 5. Panel Rayuan perlu melengkapkan Borang Laporan Panel Rayuan Tahap Kecemerlangan dan mengemukakan keputusan rayuan kepada Ketua Jabatan dalam tempoh seminggu dari tarikh Panel Rayuan bersidang.6. Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan perakuan berdasarkan keputusan Panel Rayuan kepada urus setia BPSM di KPM untuk pertimbangan dan keputusan LKPPP.

Entri : Prosedur Rayuan bagi guru yang gagal TBBK [HOT]

Calon Gagal Urusan Kenaikan Pangkat1. Bagi pegawai yang gagal dalam urusan kenaikan pangkat, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan semula perakuan kenaikan pangkat pegawai selepas tempoh satu (1) tahun dari tarikh pegawai pertama kali dipertimbangkan. Tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat pegawai yang dipertimbangkan semula adalah tidak kurang satu (1) tahun daripada tarikh pegawai layak dinaikkan pangkat secara TBBK.

Page 18: APA DIA MMI DALAM WORD

谢谢司仪。可敬的筹备会主席兼本校董事长,夏忠强先生,本校永久顾问, 先生, 欧 女士奖励金赞助人,代表, 先生, 本校董事部成员,老师,家长们,同学们,大家午间好。

我是刘永福,本校刚上任第 10 天的新校长,很高兴在这样的场合与大家见面。希望再往后的日子里还有更多见面的机会。大家一起交流,提升本校的学术成绩,为本地的子弟优良学习环境。

家教协会是家长与老师之间沟通的一道桥梁,大家不分彼此,共同合作,发展学校,提升学生的素质,为社会造福英才。今天的梳邦华小和昔日相比之下,无论在学习环境、考试成绩、学术表现及课外活动上,犹如脱胎换骨,有了很大的跃进。这全赖于董事部、家教协会、校长、老师及家长们群策群力、共同奋斗的成果。尤其难能可贵的是我校学生在 2008 年的 UPSR 考试中创下辉煌卓越的成绩,全科及格率达至 76.83%,在 Petaling Perdana 排列第三名。而且我们的 7A 优异生更是从 2007 年的 28 名跃升至去年的 53 名。此外,考获 4A,5A,6A 及 7A 佳绩的优异生占了全校考生的一半以上,这份荣誉得来不易,可喜可贺!在这里,我要特别感谢前任陈华生校长,过去八年来为梳邦华小所付出的心血及贡献,提升了梳邦的成绩,陈校长,感恩您!

咱们的名誉主席拿汀李玉凤宗亲,每年慷慨解囊,拨一笔款项,给本会会员及会员子女的奖励金,其宗旨在鼓励及激发会员子女努力求学,以便考取优异的成绩。要获取好成绩,子女们要靠自己,发奋图强。除此之外,会员们更应该关心子女的学业,多花时间,陪子女们学习,不要染上恶习,误入歧途。” 

Page 19: APA DIA MMI DALAM WORD

他也希望宗亲们要饮水思源,对拿汀宗亲的乐善好施,要铭心镂骨。我们身在福中要知福。拿督邓及拿汀对公会的付出及贡献,从成立至今,不遗余力,这是有目共睹的事,更希望得奖的子女们,将来懂得反馈。

我们的主席萧绰男先生,是一位热心教育、热爱华教的同胞

董事部成员,家协理事,老师及一路来非常关心及经常大力资助平民华小的热心人士及家长。

平民华小的软体及硬体发展到今天,主要是因为我们有这批关心及热爱平民的董家协及在座的热心人士大力支持才有的成绩,虽然我们可以看到整个居銮市区的学生人数没有增加,反而有下跌的趋势,从各校的一年级新生登记可以看得出来,但我们平民华小学生人数却有增无减。当然,没有老师们的努力与牺牲,没有董家协们的配合,要提升学校的学术水平和学校的软硬体设备谈何容易。因此,我非常珍惜我们和董家协们的密切合作关系,否则,平民华小没有今天的规模与成就。

今年的教师节主题是:教师是国家转型的催化剂。我们的国家领袖现今大谈经济转型,首相宣布一波接一波的大计划,许多大型工程正如火如荼展开,教育也搭上转型的列车,一年级新课程纲要 KSSR 在今年正式开跑,这些学生的校本评估成绩将带到 2016 年的 6 年级,学生成绩资料要累积,同时又要确保学生一至三年级一定要掌握国文及数学,老师要处理文件工作何其多。所以要在这转型的过程中,如要获得成功,教师就扮演非常重要的角色,所有的老师都有任务,所有的老师都无法置身事外。但我希望在这项转型的过程中,尽快作出检讨,不好再增加老师的工作量,特别是文件工作,我们不希望在 6 年后,再看到像英文数理一样,另一次的失败

校长希望新届理事能任劳任怨,与董事部及校方配合,使学校办得更好,家协会务更顺利地进行。平民学校在居銮县内是第二多学生的学校,学生多,教师人数也增加,各方面的要求也越多及越严格,校长希望校方的各项措施能获得家长的配合。本校课外活动乒乓、书法、游泳、舞蹈、武术及跆拳道都有专门的教练指导。今年也增设高尔夫球队,三月将增设羽毛球队。这两项增设的活动也有专门的教练指导。为了配合教育部推行的一个学生一项球类运动(1 murid 1sukan),校长鼓励家长让孩子参与课外活动。 校长代表校方感谢家协理事的配合,衷心地感谢家协主席萧绰男先生,所有理事及家长的配合,使学校办得更好,会务也能顺利地进行。 最后,校长也感谢即将搬到吉兰丹去任职的署理主席刘德良先生努力协助校方多项的建设。希望刘先生能有空能回来学校,继续爱校及支持学校。

达岛中华公学校长陈文世除了感谢董事部和家教协会的热心赞助,也赞扬董事部和家教协会在校方推动学术和课外活动时,成为强而有力的后盾。

Page 20: APA DIA MMI DALAM WORD

他透露,董事部和家教协会,一直以来都参与和支持校方主办的学术活动和课外活动,让校方感到十分欣慰。

陈文世希望今早的颁奖仪式,也能够激励今年小六检定考试的会考生,卯足全力,考取佳绩。

凌校长代表校方感谢董事部给予学校各方面的资助,除了感谢本校永久名誉顾问吴坤成先生赞助毕业典礼所有的费用以及各班优良成绩奖励金之外,也感谢本校永久名誉顾问刘胜顿先生赞助课室与行政室美化比赛现金奖。张国强董事致词时恭贺在座的毕业生终于完成小学课程,并在大家

的祝福和见证下,上台接领毕业证书,令人十分高兴和自豪。张董事称,小学毕业,只是人生学习过程中一个进程,踏入中学则是另一个开端。他呼吁毕业生升入中学后,要更加努力学习,自强不息,以孜孜不倦的态度不断追求进步,才有成功的一天。

除此以外,他也希望同学们要心怀感恩。一要感谢父母的养育,二要感谢老师的教导,三要感谢同学的帮助和朋友的关怀,更希望他们不要忘记母校,奋发向上,为母校争光。