antologi harga remaja puisi moden

15
CSL2014 Antologi Harga Remaja Puisi Moden 1 MODUL KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ANTOLOGI HARGA REMAJA (PUISI MODEN) TINGKATAN 4 CIKGU SAZALI BIN IBRAHIM M.A (Bahasa Melayu) PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK LALOH, KUALA KRAI, KELANTAN. “ULI SAPA LET IT”

Upload: intan-nur-dania

Post on 19-Jan-2016

151 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Antologi Harga Remaja Puisi Moden

CSL2014 Antologi Harga Remaja

Puisi Moden 1

MODUL KECEMERLANGAN

BAHASA MELAYU

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

ANTOLOGI HARGA REMAJA (PUISI MODEN)

TINGKATAN 4

CIKGU SAZALI BIN IBRAHIM M.A (Bahasa Melayu)

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK LALOH, KUALA KRAI,

KELANTAN.

“ULI SAPA LET IT”

Page 2: Antologi Harga Remaja Puisi Moden

CSL2014 Antologi Harga Remaja

Puisi Moden 2

PUISI MODEN HARGA REMAJA (Rahman Shaari)

Berapakah sebenarnya harga remaja yang bersih dari gelodak kecewa bagai kehijauan daun bagai kesegaran pohon di pinggir perjalanan ini?

Penyajak menerangkan kepentingan usia remaja yang tinggi nilainya dalam meniti kehidupan.

Dengan apakah akan kaupenuhi piala remajamu adakah cuka kesangsian dari cinta murah atau madu ajaran dari ilmu susah?

Penyajak mencetuskan persoalan tentang pengisian kehidupan remaja sama ada dipenuhi kelalaian atau digunakan untuk menuntut ilmu.

Remaja amat mahal

sesungguhnya tiada terbeli oleh perjanjian harga remaja adalah

pendirian keberanian dan ilmu.

Usia remaja amat bernilai dan tidak boleh dibeli dengan perjanjian. Remaja perlu teguh pendirian, berani menghadapi cabaran dan gigih menuntut ilmu.

Penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju.

Remaja perlu mempunyai matlamat hidup untuk menjadi insan yang berguna.

Page 3: Antologi Harga Remaja Puisi Moden

CSL2014 Antologi Harga Remaja

Puisi Moden 3

Tema

Ketinggian nilai usia remaja berdasarkan pengisian usia muda. Huraian: Zaman remaja ialah zaman paling berharga dan para remaja mesti mengisinya dengan sesuatu yang baik. Remaja juga mesti berani berpendirian dan berilmu pengetahuan serta mempunyai hala tuju.

Persoalan

Kehidupan remaja yang penuh dengan cabaran dan dugaan.

Jati diri remaja.

Keberanian remaja dalam menempuh liku-liku kehidupan.

Hala tuju hidup dalam diri remaja. Nilai

Nilai keberanian. Contoh: Remaja perlu berani untuk menegakkan kebenaran.

Nilai kegigihan. Contoh: Remaja mestilah berusaha untuk menunut ilmu.

Nilai kebijaksanaan. Contoh: Remaja perlu bijak menentukan hala tuju dalam hidup mereka.

Pengajaran

Kita hendaklah mengisi masa remaja dengan perkara-perkara yang bermanfaat.

Kita mestilah rajin berusaha dan menuntut ilmu demi masa depan yang cerah.

Kita hendaklah berani menempuh dugaan hidup.

Kita perlu mempunyai pendirian yang tetap dan yakin akan diri sendiri.

Page 4: Antologi Harga Remaja Puisi Moden

CSL2014 Antologi Harga Remaja

Puisi Moden 4

PUISI MODEN DI PERPUSTAKAAN (Shafie Abu Bakar)

Melangkah ke ruangmu Satu pertukaran yang kontras Dari kehangatan merata Ke kedinginan yang menerpa Terlalu hening di sini Gua pendeta bersemadi Di puncak sepi Di sana sini Kepala-kepala tunduk meneliti Mata dan fikir bersebati.

Penyajak menggambarkan suasana di dalam perpustakaan sangat berbeza daripada tempat-tempat lain. Perpustakaan amat kaya dengan pelbagai ilmu. Para pengunjungnya pula tekun menelaah.

Maju ke ruang buku Terlalu kerdil aku di sini Terapung di laut ilmu Tercurah berzaman Dalam tak terselam Betapapun kulayari Bahtera ilmu di sini Tak terteroka Yang akan kucatat Hanya setitik dari tinta Yang akan kupetik Hanya sebiji dari mutiara Engkau adalah pusaka moyang Gedung peradaban insan Terhimpun berzaman.

Penyajak berasakan bahawa dirinya terlalu kerdil apabila berada di rak buku yang mengandungi pelbagai jenis buku. Penyajak berasakan ilmu yang dimilikinya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan lautan ilmu yang terdapat di perpustakaan dan dirinya tidak mungkin dapat menguasai semua ilmu yang ada di dunia.

Page 5: Antologi Harga Remaja Puisi Moden

CSL2014 Antologi Harga Remaja

Puisi Moden 5

Bersemadi di sini Aku adalah pelayar yang dahaga Di dada samudera Tak berpantai Betapapun kuteguk darinya Dahaga tak pernah langsai

Penyajak berusaha mencari ilmu pengetahuan walaupun dia mengetahui ilmu yang ada tidak akan habis diteroka.

Tema

Perpustakaan merupakan gedung ilmu yang menjadi kunjungan pencinta ilmu. Persoalan

Pelbagai khazanah ilmu yang terdapat di perpustakaan dan perlu dimanfaatkan.

Pencarian ilmu pengetahuan yang terlalu luas bidangnya.

Cinta akan ilmu pengetahuan. Nilai

Nilai kerajinan. Contohnya: Rajin menuntut ilmu.

Nilai ketekunan. Contohnya: Tekun dalam mempelajari ilmu pengetahuan.

Nilai bertanggungjawab. Contohnya: Berminat untuk mendalami ilmu pengetahuan dengan penuh tanggungjawab

Pengajaran

Kita hendaklah tekun semasa menuntut ilmu.

Kita hendaklah mempunyai minat untuk mendalami sesuatu bidang ilmu.

Kita hendaklah memiliki kegigihan dalm usaha mengejar ilmu.

Kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan.

Page 6: Antologi Harga Remaja Puisi Moden

CSL2014 Antologi Harga Remaja

Puisi Moden 6

PUISI MODEN MENGINTAI RUANG INSAF

(Shukri Abdullah) Semakin berat kejahilan terpikul di bahu semakin jauh perjalanan memburu nur-Mu.

Penyajak berasakan bahawa semakin banyak dosa yang dilakukannya telah menjauhkan dirinya daripada rahmat Allah s.w.t.

Sewaktu berlari di padang hidup kerap kakiku tersadung selirat akar tubuhku tercalar duri pidana pada samar kejauhan ancala mulia makin kabur dan menghilang. Nota: Tersadung : melanggar dengan kaki, menyepak Selirat : berjalin-jalin dan kusut keadaannya Pidana : kejahatan, kesalahan jenayah Ancala : gunung

Penyajak merupakan insan biasa yang seringkali melakukan kesilapan dalam hidup sehinggakan sukar untuk dirinya mendapat cahaya kebenaran daripada Ilahi.

Sekadar songsong aksara kata tanpa kembali ke tunjang makna, “Apakah dalam saraf khilaf masih terbuka ruang untuk dianugerahkan keinsafan?” Nota: Aksara : huruf Khilaf : silap, salah

Penyajak tidak yakin sekiranya ruang keinsafan akan wujud dalam dirinya.

Page 7: Antologi Harga Remaja Puisi Moden

CSL2014 Antologi Harga Remaja

Puisi Moden 7

Rabb, moga pintu taubat-Mu terbuka sebelum api dari bara itu menyala.

Penyajak berharap agar pintu taubat masih terbuka dan dirinya terhindar daripada api neraka.

Tema

Perasaan insaf seseorang atas kesilapan yang dilakukan dan bertekad untuk bertaubat.

Persoalan

Fitrah manusia yang sering melakukan kesilapan dalam hidup.

Keinsafan yang wujud dalam diri manusia apabila menyedari kesilapan masa lalu.

Keinginan untuk kembali mendapat keampunan dan rahmat Allah.

Kesukaran mendapat rahmat Allah akibat berterusan melakukan dosa dalam hidup. Nilai

Nilai keinsafan. Contohnya: Timbul perasaan insaf yang mendalam untuk bertaubat akibat kesalahan masa lampau.

Nilai rasional. Contohnya: Penyajak mengakui segala kesilapan yang pernah dilakukannya.

Nilai kesedaran. Contohnya: Penyajak sedar dirinya telah melakukan banyak kesalahan.

Pengajaran

Kita hendaklah mengamalkan ajaran Tuhan dan meninggalkan perkara-perkara yang membawa kepada kejahatan.

Kita mestilah selalu bermuhasabah agar dapat membaiki diri.

Kita mestilah bertaubat kerana pintu taubat sentiasa terbuka.

Kita janganlah melakukan perkara-perkara mungkar yang menjauhkan diri kita daripada nur dan keredaan Tuhan.

Page 8: Antologi Harga Remaja Puisi Moden

CSL2014 Antologi Harga Remaja

Puisi Moden 8

PUISI MODEN MAHSURI

(Zurinah Hassan) (1) Selendangmu mengibar di pantai menyambut tetamu pulau setiamu menjadi lagu nyanyian ombak pagi rambutmu menjadi jalur hitam terapung di laut malam air matamu dingin embun jatuh di tujuh telaga dendam tujuh keturunan melengkung tujuh tanjung putihlah pulau ini disimbah darah suci Mahsuri sumpah itulah yang telah menghidupkan Langkawi kerana tanpamu Langkawi tidak sebegini.

Sajak ini mengisahkan diri Mahsuri dan sumpahannya yang menjadi legenda di Pulau Langkawi. Mahsuri digambarkan sebagai lambang wanita yang setia tetapi telah difitnah akibat hasad dengki dan dendamnya terhadap orang yang menzalimi dirinya. Sumpahan dan darah suci Mahsuri yang mengalir berwarna putih ketika dia dibunuh telah menjadi legenda. Setelah tamatnya tempoh sumpahan Mahsuri tujuh keturunan, kini Langkawi telah membangun dengan pesat dan maju.

Page 9: Antologi Harga Remaja Puisi Moden

CSL2014 Antologi Harga Remaja

Puisi Moden 9

(2) Kata orang Mahsuri tidak pernah hidup dia hanya bermula dengan khayalan seorang seniman pun kata orang Mahsuri pernah hidup tetapi bahasa seorang pencerita membuatnya lebih hidup dari kehidupannya sastera yang mewarnai tanah air kerana tanpa Mahsuri Langkawi tidak sebegini bererti. Mahsuri membesarkan Langkawi sastera membesarkan tanah air.

Penyajak menzahirkan pertikaian beberapa pendapat tentang kewujudan Mahsuri kerana ada orang mengatakan kisah Mahsuri hanyalah khayalan seorang seniman. Namun realitinya kisah Mahsuri itu benar dan keunikan Mahsuri itu telah digarapkan dalam karya sastera dan akhirnya menjadikan legenda itu lebih masyhur. Legenda inilah yang menjadi batu loncatan kepada kemajuan Langkawi. Hasil karya sastera telah memperkasa dan memartabatkan kesesasteraan tanah air tercinta.

Tema

Sejarah dan sastera yang begitu bernilai dan mampu menjana ekonomi negara. Persoalan

Fitnah dalam kalangan masyarakat. Contoh: Mahsuri dihukum bunuh kesan fitnah yang menimpa dirinya.

Sumpah dan dendam. Contoh: Kezaliman yang berlaku ke atas diri Mahsuri telah menimbulkan dendam sehingga terzahirnya sumpah Mahsuri tujuh keturunan.

Sastera dan sejarah. Contoh: Sejarah menjadi bukti sahih yang digarapkan menjadi hasil sastera yang bernilai.

Mengharumkan nama negara di persada dunia. Contoh: Legenda Mahsuri telah memasyhurkan nama Langkawi di serata dunia.

Page 10: Antologi Harga Remaja Puisi Moden

CSL2014 Antologi Harga Remaja

Puisi Moden 10

Nilai

Menghargai. Contoh: Sejarah dan sastera perlu dihargai sebagai warisan negara yang bernilai tinggi.

Kesetiaan. Contoh: Mahsuri digambarkan sebagai seorang isteri yang sangat setia kepada suaminya.

Patriotisme. Contoh: Perasaan cinta akan sejarah dan sastera penting dalam pembinaan negara bangsa yang berjaya.

Kreaviti penulis. Contoh: Penulis yang kreatif mampu mengolah bahan sejarah menjadi hasil sastera yang indah.

Pengajaran

Kita hendaklah menghargai sejarah dan sastera kerana kedua-duanya mempunyai kebaikannya kepada pembangunan negara.

Janganlah kita suka memfitnah seseorang tanpa usul periksa.

Kita hendaklah berfikiran kreatif dalam usaha merancang pembangunan negara.

Page 11: Antologi Harga Remaja Puisi Moden

CSL2014 Antologi Harga Remaja

Puisi Moden 11

PUISI MODEN ADAT SEZAMAN

(Wan Nazihah Wan Abdullah) TELAH KELUAR DALAM SPM JUN 2012

Peradaban zaman semakin berlalu meninggalkan kesan mendalam

terlalu indah apabila dipandang terlalu mulia apabila diselidik

Peradaban zaman semakin berlalu dan meninggalkan kesan kepada masyarakat. Adat tradisi nenek moyang mempunyai nilai murni yang tinggi dari aspek keindahan budayanya. Budaya tradisi ini mulia dan sesuai untuk dijadikan bahan kajian.

santun si dara jadi idaman warak si teruna jadi ikatan

si tua tersenyum mesra memandang teruna dara sama cantik sama padan berganding bersama di singgahsana ...

Sikap gadis Timur yang penuh kesopanan dan sang teruna yang mempunyai pegangan agama yang sangat sepadan untuk digandingkan bersama di atas pelamin.

Masa itu telah jauh zaman sudah berlalu

santun sang dara dan warak sang teruna telah lenyap

si tua berduka lara memandang teruna dara berganding tanpa silu

tanpa hormat tanpa batasan

adat sezaman ditinggal jauh adat agama dipandang remeh adat kuning jadi ikutan.

Namun kini perubahan zaman telah memberi kesan dalam kehidupan masyarakat. Kini gadis yang bersopan santun amat sedikit dan lelaki yang kuat pegangan agama dan nilai ketimuran mulai lenyap ditelan arus globalisasi. Golongan tua kini berasa malu dengan sikap anak muda yang suka berkelakuan tidak sopan di tempat awam tanpa segan silu. Sehinggakan ada sesetengahnya yang melampaui batasan agama.

Page 12: Antologi Harga Remaja Puisi Moden

CSL2014 Antologi Harga Remaja

Puisi Moden 12

Tema

Perubahan adat tradisi akibat arus modenisasi. Persoalan

Adat ketimuran yang tinggi nilainya amat indah dan mulia dalam kehidupan masyarakat terdahulu.

Pergaulan bebas dalam kalangan anak muda tanpa segan silu.

Perasaan kecewa golongan tua terhadap generasi muda apabila melihat budaya kuning menjadi ikutan dan sanjungan.

Pegangan agama yang kuat dapat mengelakkan unsur-unsur negatif. Nilai

Ketinggian budi bahasa Contoh: Pada masa dahulu anak gadis dan teruna mempunyai budi pekerti yang tinggi.

Ketakwaan Contoh: Ketakwaan pada ajaran agama mampu menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perbuatan yang melampaui batas agama.

Jati diri Contoh: Gadis yang mempunyai jati diri pasti akan menjulang adat ketimuran.

Pengajaran

Kita hendaklah mengikut adat dan berpegang teguh kepada ajaran agama.

Kita hendaklah mempunyai jati diri yang utuh.

Kita hendaklah bijak memilih pasangan.

Page 13: Antologi Harga Remaja Puisi Moden

CSL2014 Antologi Harga Remaja

Puisi Moden 13

PUISI MODEN TIBA WAKTUNYA

(Ghazali Lateh) Angin musim semakin deras dan ganas meniup tamadun ke era yang pantas lihatlah siapa mereka yang memanjang langkah merebut tunas-tunas harapan yang hijau dari putik dan pucuk berembun kemilau.

Arus globalisasi telah berlaku dengan pantas meliputi pelbagai bidang. Oleh itu manusia perlu merebut peluang yang ada selari dengan perubahan zaman.

Haruskan kita tunduk mengutip sisa-sisa atau berada di sana meraih sejahtera? Usah kautanya persoalan dilema kerana ini bukan waktunya untuk berhujah perlu tidaknya dan masa pun tidak akan menanti buat mewajar padah atau simpati.

Wanita tidak perlu memikirkan perkara-perkara yang bakal menimbulkan kekeliruan untuk membuat pilihan kerana akan merugikan masa. Perkara yang lebih penting ialah wanita perlu merebut peluang yang ada dalam usaha memajukan diri dan keluarga.

Wanita zaman siber perlu mengacung minda ke tengah arena suara dan kudratmu adalah pemangkin aspirasi menuju wawasan era globalisasi.

Penyajak menyarankan agar wanita zaman siber berani meluahkan idea ke tengah arena negara. Penglibatan wanita dalam pelbagai bidang mampu memacu negara mencapai wawasan.

Lepaskan segala belenggu kedaifan huraikan segala keliru kekusutan wanita zaman ini perlu bangun berani yakin diri tahan uji tinggi pekerti anggun gerak-geri t erunggul dalam segala segi.

Mereka perlu keluar daripada kongkongan kedaifan dan meleraikan semua yang menglirukan. Mereka juga perlu berani, berkeyakinan tinggi, tabah di samping menjaga budi pekerti serta hebat dalam semua bidang.

Page 14: Antologi Harga Remaja Puisi Moden

CSL2014 Antologi Harga Remaja

Puisi Moden 14

Mari kita jana semua upaya dalam menjulang citra seluruh wanita dengan kudrat mental juga fizikal berbekal iman dan semangat cekal kita gerakkan kemampuan yang pukal.

Penyajak mengajak wanita supaya mengangkat martabat mereka dengan kekuatan akal dan tenaga fizikal. Dengan berbekalkan keimanan dan kecekalan, penyajak menyarankan wanita menggerakkan keupayaan maksimum.

Kini sudah tiba waktunya kita bertahta di persada dunia.

Sekaranglah masanya untuk wanita berada di puncak pentas dunia. Tema

Usaha mengangkat martabat wanita. Persoalan

Persaingan manusia dalam mengejar kemajuan pada zaman moden.

Keyakinan diri dalam usaha mendapat kesenangan dalam hidup.

Peranan wanita dalam masyarakat.

Kepentingan wanita menjadi seorang yang berani. Nilai

Keberanian. Contoh: Wanita kini perlu berani mengemukakan idea dan melibatkan diri dalam pelbagai bidang untuk pembangunan negara.

Kecekalan. Contoh: Kecekalan penting untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang.

Keyakinan diri. Contoh: Wanita kini perlu memiliki keyakinan diri dalam menempuh arus perdana dalam hidup.

Page 15: Antologi Harga Remaja Puisi Moden

CSL2014 Antologi Harga Remaja

Puisi Moden 15

Berpandangan jauh. Contoh: Setiap individu perlu berpandangan jauh untuk mencapai matlamat hidup.

Pengajaran

Wanita hendaklah berani menghadapi cabaran dalam zaman moden ini demi kejayaan diri sendiri.

Kita mestilah cekal dalam meniti kehidupan demi kesejahteraan.

Wanita mestilah menjaga iman dan adab sopan agar terpelihara daripada godaan dunia.

Wanita hendaklah berusaha mengangkat martabat mereka dengan berbekalkan kekuatan mental dan fizikal.