antologi puisi tokoh rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/staff_portal/images1/antologi...

62

Upload: others

Post on 21-Feb-2020

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh
Page 2: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Antologi Puisi Tokoh Rakyat Mengenang Al-Marhum Prof Dr Shaharuddin Badaruddin

Penerbit Alumni Unisel

Persatuan Alumni Universiti Selangor

Page 3: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Antologi Puisi Tokoh Rakyat Mengenang Al-Marhum Prof Dr Shaharuddin

Badaruddin

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas

Persatuan Alumni Universiti Selangor

Page 4: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Penerbit

Persatuan Alumni Universiti Selangor Unit Alumni Bahagian Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti, Universiti Selangor Jalan Timur Tambahan 45600 Bestari Jaya, Selangor Darul Ehsan

ISBN:9789671767719

Cetakan Pertama 2020

Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan

mengeluarkan mana-mana bahagian artikel dan

isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk

dan dengan apa jua cara samada secara

elektronik, fotokopi, mekanik atau cara lain

sebelum mendapat izin daripada penerbit.

Penyunting: Hasri Harun

Pereka Grafik: Norazly Nordin

Muka Taip Teks: Garamond

Saiz taip teks: 12pt

Dicetak oleh:

Flex Copy,

No 4 Jln Kristal K7/K Seksyen 7,

40000 Shah Alam Selangor.

Page 5: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Kandungan

Setitis kata Penerbit

Secebis Kalam Penyunting

Selayang Pandang Presiden & Naib Canselor

Seutas Minda Naib Presiden & Timbalan Naib

Canselor

Untukmu Sang Pemberani yang Setia

Guru Yang Setia

Hilangnya sebutir Bintang

Perginya seorang sahabat setia

Puisi Insan Marhain buat mentor yang dirindui

Prof Shaha Murabbi yang mengakar jiwa

Bangga mengenalimu

Puisi Pendekar terunggul

Sebuah kehilangan

Rajaku

ABAH

Ayahanda

Ziarah Mahabbah

Perginya seorang Idola

Terima kasih Prof Shaha

Kau Yang teristimewa

Sosok yang ku sanjungi

Dia yang terhebat

Terima kasih Prof

Permata Berharga

Pertemuan nan senja

Merindu Sang Murabbi

Pejuang setia

Jauh dimata dekat dihati

Ayahku Prof SB

Coretan Sang Pejuang

Puisi buat Che Din

Page 6: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Terima kasih pinjamkan dia

Perginya seorang teman

Nota Duka

Lelaki pertama

Coretan buat ABAH

Page 7: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Secebis kalam

Kami masih berasa terkejut dengan pemergian Almarhum Prof Dr Shaharuddin Badaruddin walaupun mengetahui beliau sakit sejak 2015. Pada kami almarhun seorang yang cukup tabah dan kuat bekerja sehingga hujung hayatnya. Sosok tubuh seorang pensyarah yang awalnya di uitm sehingga ke unisel dan keterlibatan dengan Angkatan Belia Islam Malaysia sejak 90an memang amat bermakna dalam hidup kami. Almarhum sememangnya seorang yang cukup tenang dan mudah tersenyum bahkan disenangi rakan dan lawan. Mengenali almarhum sejak kami bergelar mahasiswa telah meninggalkan ribuan kenangan dan pengalaman yang cukup bermakna sehinggalah kami berada di Unisel. Pengalaman bersama almarhum dan isteri ketika kami diziarahi semasa kami tinggal di United Kingdom masih dalam ingatan. Sememangnya almarhum seorang tokoh masyarakat, tokoh rakyat, pendakwah dan ahli akademik yang amat disegani. Alhamdulillah kami juga berasa amat bertuah untuk sama-sama menghasilkan antologi puisi penghargaan buat almarhum. Sudah pasti ramai kawan, sahabat handai merasai akan kehilangan ini terutama keluarga tersayang. Antologi ini pastinya meninggalkan pelbagai harapan, luahan perasaan dan kenyataan kasih sayang dan penghargaan kepada seorang tokoh yang amat besar ertinya dalam landskap kehidupan masing-masing. Moga-moga jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh almarhum akan meninggalkan amal soleh berterusan sebagai bekalan abadi. Semoga kita akan meneruskan setiap kata-kata almarhum, khidmat jasanya dan harapan yang terus mekar dan menjadi amal soleh dunia dan akhirat Al-Fatihah. Hasri Harun Penyunting

Page 8: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Selayang Pandang

Sesungguhnya amat berat bagi saya untuk menulis dalam ruangan ini terutamanya yang berkisar tentang penghasilan buku Antologi Puisi yang didekasikan kepada Almarhum Dr. Shaharuddin Badaruddin. Almarhum adalah seorang teman rapat, sahabat setia, rakan sejemaah yang istiqamah dan rakan sekerja yang komited. Almarhum seorang insan yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh bangun karier saya dalam dunia akademik dan penyelidikan tidak pernah berjauhan daripada insan yang bernama Shaharuddin Badaruddin. Daripada seorang rakan dalam kerja dakwah sehinggalah sama-sama membangunkan Universiti Selangor, Almarhum amat dekat di hati saya. Paling mengeratkan hubungan apabila almarhum menyambung pengajian di peringkat PhD, Jabatan Sejarah Universiti Malaya di bawah penyeliaan saya. Kami sememangnya ditakdirkan mempunyai banyak persamaan, termasuk minat, kecenderungan dan seringkali bersama terutama dalam bidang penyelidikan dalam bidang politik dan pilihan raya. Minat almarhum dalam bidang politik, kerja-kerja dakwah dan akademik, terutamanya dalam bidang siasah dan kenegaraan menyerlahkan kewibawaannya. Walaupun saya sorang profesor dalam bidang sejarah, namun almarhum sering berbincang dan sering bertukar-tukar pendapat dalam mencari jawapan dalam isu-isu yang berkaitan dengan politik. Kepakaran almarhum dalam bidang kajian politik tidak hanya berjaya menampilkan beliau dalam bidang tersebutlah dalam kalangan rakan sejawat di universiti, dan malahan turut disegani di peringkat nasional. Gaya dan sosok seorang profesor bidang politik ini telah memungkin almarhum terjun dalam politik apabila bertanding dalam PRU14 bagi kerusi DUN Seri Setia. Walaupun hanya sempat beberapa ketika menyumbangkan bakti, namun banyak jasa yang telah beliau curahkan, bertepatan dengan tekadnya, "Berbakti hingga ke nafas yang terakhir".

Page 9: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Tidak ada apa yang boleh saya kesali dengan takdir Allah SWT apabila almarhum dipanggil ke pangkuan Ilahi ketika sumbangan dan peranannya amat diperlukan. Saya mengucapkan syabas kepada pihak penganjur Kolokium kerana berjaya menghasilkan sebuahAntologi Puisi Tokoh Rakyat. Saya percaya penghasilan puisi yang disumbangkan oleh kalangan keluarga rakan seperjuangan adalah sebagai bukti tanda kasih sayang yang berkekalan dan curahan kerinduan terhadap insan berjasa, Almarhum Shaharuddin Badaruddin Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman Presiden & Naib Canselor

Page 10: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Seutas Minda

Tanggal 2 Ogos 2018 satu tarikh yang cukup menghibakan

bagi saya secara peribadi. Perginya Almarhum memberi

kesan yang bukan sedikit buat saya. Almarhum merupakan

antara mentor dan penggalak saya meneruskan perjuangan

tanpa kenal jemu dan putus asa.

Legasi Almarhum sangat besar di UNISEL. Beliau hadir

dalam keadaan UNISEL sangat genting dan Almarhum

menyediakan tapak untuk memulakan usaha membangun

semula “gergasi yang sedang lena tidur”. Terlalu banyak

sumbangan beliau di universiti ini walaupun khidmat bakti

beliau tidak lama. Sekadar menyebut jenama tinggalan

Alamarhum di UNISEL sewaktu menjadi Timbalan Naib

Canselor (HEP) seperti Program Cakna, Berdaya OKU,

Jaringan Komuniti, Pembangunan Pelajar, Pengajian

Selangor, IESAD dan banyak lagi.

Paling penting juga Almarhum seorang mentor yang hebat.

Disebalik gurau tawa, terselit didikan, bimbingan, teguran

yang ingin melihat kami semua berjaya. Pesan dan teguran

Almarhum pasti akan dikenang selamanya.

Antologi ini satu manifestasi perasaan kasih dan rindu buat

Almarhum. Antologi ini dihasilkan bersempena kolokium

mengenang sumbangan Almarhum bukan sahaja sebagai

pentadbir dan ahli akademik, tapi sebagai murabbi,

pemimpin masyarakat, pendakwah yang cukup memberi

impak besar kepada semua.

Moga usaha ini bukan sahaja sekadar mengenang

Almarhum yang kita kasihi dan sayangi, tapi turut

merupakan satu usaha meneruskan sumbangan Almarhum

agar perjuangan beliau tidak terhenti pada 2 Ogos 2018.

Moga amal baik dan sumbangan Almarhum menjadi

pahala berpanjangan dan berterusan buat selamanya.

Dalam kesempatan ini juga, setinggi penghargaan buat

YBhg. Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman, Naib

Canselor UNISEL yang memberi sokongan kuat dan

Page 11: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

persetujuan bagi pihak HEP melaksanakan Kolokium

beserta penerbitan antologi ini. Tahniah dan syabas kepada

semua yang terlibat terutama sahabat perjuangan dari IDE,

IESAD, warga HEP, Persatuan Alumni UNISEL, para

pelajar ISM Psikologi Industri, ISM English For Industries

serta mereka yang berada di belakang tabir.

Alfatihah buat murabbi, Prof Shaha…

Prof Madya Dr Hamdan Dato’ Mohd Salleh

Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor

Page 12: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh
Page 13: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Untukmu, Sang Pemberani Yang Setia

Untukmu, Sang Pemberani Yang Setia engkau telah membebaskan suara-suara yang terbungkam keberanianmu telah menghapus tangisan-tangisan luka anak negeri reformasi yang engkau sama-sama terjuni adalah sejarah yang abadi seorang pemimpin pemberani Sang Pemberani Yang Setia Engkau telah bersaksi dengan mata kepala sendiri, tentang zaman kebiadaban sebuah rejim tirani meski mendekam dalam tahanan dan tekanan Sang Penebar Korupsi engkau tetap setia menegakkan perjuangan yang tak bertepi demi kebenaran dan keadilan, dengan setia engkau berdiri Sang Pemberani Yang Setia Pengabdianmu sebagai pimpinan rakyat dan cendekiawan menerbitkan penghormatan yang tidak sedikit karena di hatimu hanya ada cinta dan Tuhan dan cinta dan Tuhan itu lebih dekat dari urat nadimu Sang Pemberani Yang Setia kini tunai sudah pengabdianmu sebagai aktivis yang tak punya rehat rehatmu tatkala bangsa ini tetap menghendakimu berada di tempatmu demikianlah sunnatullah di taman sari sebuah kehidupan seorang insan tangguh-gagah bergelar: Sang Pemberani Yang Setia. Zairudin Hashim (Che Din) Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). 2 Ogos 2018 Sekretariat ABIM Pusat, Gombak.

Page 14: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Guru yang setia

Fasih Bicaranya Soal Ilmu Santai Sifatnya Dalam Berteman Kukuh Jiwanya Memeluk Kesetiaan Seorang Guru, Sahabat, Juga Pencinta Yang Setia Sepanjang usia menumpahkan peluh, Siaga menanggung risiko, Tanpa mengharap timbal balas Segalanya atas nama kesetiaan Aku tahu dia resah, gulana, juga kecewa Kerana dalam perjuangan mehnah itu pasti ada, Mengundang seribu satu firasat terpendam, Namun, dia menyembunyikannya dalam keriangan Bahagialah engkau dunia akhirat Atas ilmumu yang sentiasa disemat, Oleh anak didikmu untuk berjasa kepada umat Ibarat air yang tidak terputus memberi khidmat Muhammad Faisal Abdul Aziz Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 30 Januari 2020 Sekretariat ABIM Pusat, Gombak.

Page 15: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Hilangnya sebutir bintang

Genggamanmu yang begitu erat, Ketika menyambut salam perkenalanku, Panas terus mengalir ke tubuh, Bagai salam dari sahabat karib yang lama tidak bertemu. Sapaanmu yang bersahaja, Senyummu yang mesra, Membuka minda untuk aku terus berbicara, Sambil hormat aku kepadamu, Sebagai sahabat dan ketua jabatan. Jika Kejora menjadi pertunjuk arah para musafir, Kau memberi pedoman kepada seluruh anak didik, Menjadi penawar kepada sahabat yang resah dan tersasar, Pembakar semangat kepada rakyat jelata, Memberi erti dan makna perjuangan, Pada saat-saat umat dan bangsa berada di persimpangan. Di saat kau merencana garis-garis khidmat bakti, Di saat kau merancang menabur budi, Untuk bangsa, agama dan pertiwi, Tanpa diduga...... Allah menjemput kau kembali, Kembali ke kampung asal nenek moyang kita, Tempat orang baik-baik, Tempat hilangnya segala lelah dan payah, Tempat menghirup nikmat dan rahmat Allah. Semoga selamatlah engkau di sana, Sambil menunggu ketika dan masa, Untuk bertemu semula, Di mahligai syurga, Aaminn Ya Rabbal 'Alaminn. ABY 21 Januari 2020 Masjid UNISEL

Page 16: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Perginya seorang sahabat setia Engkau dipanggil pulang tika baru melangkah gagah, Dari berpolitik di jalur dakwah ke berdakwah di jalur politik. Engkau bertatih dalam perjuangan dari tangga yang paling bawah. Setia kepada perjuangan,tabah menghadapi cabaran. Engkau menjadi orang kananku bersama perjuangan Reformasi 1998. Tanpa memikirkan risiko kerjaya,engkau melangkah gagah melaungkan REFORMASI seawal 6 September 1998 di Sg Ramal Dalam. Sama menjelajah keseluruh negara meniup obor perjuangan Reformasi tanpa lelah,tanpa tangguh. Pihak Kerajaan tidak senang dengan gelombang kebangkitan rakyat yang mula menyemarak. Akibatnya, Engkau bersama aku,Ab Halim Ismail,Mokhtar Redzuan, pimpinan tertinggi ABIM tika itu disumbat ke penjara ISA pada 21 September 1998. Sel penjara engkau berhadapan dengan ku. Tika tingkap sel penjara dibuka,ku lihat engkau tetap bersemangat. Tiada secebis penyesalan. Apalagi Sheikh? Anta arahkan saja, ana ikut. Begitulah selalunya tika aku memerlukan bantuan engkau untuk misi perjuangan ini. Pemergian engkau benar-benar menusuk sanubari ku. Tiada perkataan yang mampu ku ungkapkan akan kehilangan sahabat yang setia lagi sejati.

Page 17: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Aku yakin engkau telah pulang ke pangkuan Ilahi dengan kepulangan yang diberkati Husnul Khatimah. Semoga seluruh amalanmu diterima Allah dan diberi ganjaran pahala melimpah-ruah dan ditempatkan di Syurga menanti. Aku akan terus berjuang entah bila akhirnya. Semoga bertemu nanti sahabatku, di alam kekal abadi. Al Fatihah. Ahmad Azam Ab Rahman 3 Ogos 2018 Future Global Network, Prima Sri Gombak

Page 18: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Puisi Insan Marhain Buat Mentor Yang Dirindui

Aku bukan seorang penyair Jauh sekali seorang penulis puisi Namun apa yang dinukil datang dari hati Buat Almarhum Prof Shaharuddin yang sangat dirundui Prof Shaha, Begitu cepat kau dijemput Ilahi Tatkala ku masih dambakan bimbingan dan inspirasi Dalam ketika ku masih tercari-cari Rentak dalam liku cabaran membentuk manusiawi Prof Shaha, Mengenali mu satu penghormatan yang tidak ternilai Dibimbing oleh mu satu peluang yang sangat disyukuri Kata-kata mu sentiasa berpaksi inspirasi Bukan hanya atas nama ilmiah, tetapi atas nama seorang pendidik yang murabbi Prof Shaha, Tatkala rata-rata sukar untuk memahami cabaran dan dugaan yang ku hadapi Dikau sentiasa cakna dan tidak pernah lupa perjuangan OKU yang ku bawa Malah dikau sentiasa membawa idea mu dalam mengukuhkan perjuangan ku Namun yang pasti tersemat dalam ingatan ku adalah keikhlasan dirimu Tanpa jemu dan penuh kasih menyapa anak istimewa ku saban kali bertemu Kenangan ini pasti kukuh dalam ingatan buat selamanya Prof Shaha, Bukan sedikit jasa mu kepada insan kecil seperti diri ku Bukan sekelumit bimbingan yang dicurahkan Tentunya bukan satu atau dua peluang yang dibuka kepada ku

Page 19: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Pastinya akan ku sambung nasihat dan bimbingan untuk generasi selepas ini Kekuatanmu pasti akan menjadi obor yang berterusan Prof Shaha, Nukilan ini ditulis dari hati Dihasil sebalik sebak dan titis air mata Melihat perjuangan mu dan keluarga yang hebat Disebalik derita dikau masih gagah membawa obor inspirasi Tanpa jemu, tanpa ragu Betapa dua tahun terakhir ini ku hanya mampu mendoakan dari jauh Tanggal 2 Ogos yang lalu benar-benar meruntun jiwa Namun ALLAH lebih menyayangimu Maaf atas segala khilaf ku, halalkan segala ilmu Segala maghfirah ALLAH tentunya tidak putus buat guru ku Terima kasih Prof Shaha…. Al-Fatihah buat mu Hamdan Mohd Salleh 22 Ogos 2018 Bandar Tasik Puteri

Page 20: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Prof Shaha …Murabbi yang Mengakar Jiwa Dikau umpama sinar cahaya Ketika ku tercari-cari tapak kerjaya Hadirmu membawa satu sinar harapan Untuk ku tidak mengalah dan terus mencuba Di dalam dunia ilmiah yang penuh pancaroba Acapkali dikau mencabarku menerusi cara santai dan jenaka Namun di sebalik santai dan jenaka, cabaran dilontar penuh makna Kerap dikau mencabar ku, jika tidak sekarang …Bila? Dek kerana “Bila?” ku digagah secara paksa menyahut cabaran mu Yang akhirnya membentuk diri ku seperti hasrat dan doa mu Itu lah gata dan cara seorang murabbi membimbing setiap anak didik mu Di sebalik santai dan jenaka Tidak pernah lupa diselit inspirasi, nasihat dan wadah penuh makna Bimbingan mu sentiasa diserta idea Hadirmu membentuk wibawa Hadirmu mencetus segala daya upaya Kata-kata mu sentiasa menyegar jiwa Jasa mu cukup besar bukan sahaja buat ku malah buat semua Bakti mu hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas dengan syurga Firdausi Izin kami meneruskan idea dan bakti mu di duniawi Pengorbanan mu mencetus idea ini di hari eidul adha ini Tenang mu di sana Prof Shaha yang sangat dirindui dan dikasihi Ternyata dikau mentor murabbi yang mengakar jiwa Hamdan Mohd Salleh 22 Ogos 2018 Bandar Tasik Puteri

Page 21: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Bangga mengenalimu Perjalananmu buat aku tabah Menyinsing hari hari yang mencabar Hidupmu ditengah kota Penuh onak dan duri merata Kau bangun sebagai anak kota berjaya Megah dan cerah kotaraya indah Kau berdiri dengan bangga Berjaya tembus digelodak kotaraya Kau insan cemerlang Aku kenalmu dalam ABIM Jiwa pendekarmu terbangun Memimpin anak bangsa Atas nama agama Melempar jiwa noda Membangkit jiwa perwira Memimpin anggota yang gagah Atas jiwa malaysia merdeka Pernah kau kata Anak muda jangan bisa takut Anak muda jangan takut buat silap Kerna anak mudalah yang nantinya Pengganti pemimpin dunia Yang pasti anak muda Jangan lupa diri dan jasa Jangan takabur dan besar diri Jangan lupa jasa orang lama Anak muda tidak takut tinggal diri Untuk bangun jiwa mereka Aku kenalmu agak lama Sejak lapangan kampus Hingga lapangan manusia Citra jiwamu sungguh hebat Bait kata-kata bisa benar mengingatkan Kau insan tenang Bila menempuh apa jua halangan Terngiang ditelinga

Page 22: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

" Kita ini pendakwah mana mungikin mudah kecewa" "Kita orang dakwah kena berani" Walau kini kau tiada Aku genggam semangat ini Walau kau tiada semangatmu Aku pegang dengan cekal Aku kirim doa buatmu Agar bisa meraih pahala Atas kebaikan mu disana Ustaz Hasri Harun Institut Maqasid Syariah, COE Unisel 27 Januari 2020 Sungai Ramal Dalam, Kajang

Page 23: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Puisi Pendekar Terunggul Kau seorang pendekar Selalu bersilat dalam pencak Kau seorang pahlawan Sering bertembung dengan musuh dan kawan Kata-kata mu sering membuih Nasihat pandangan dan hentaman Namun kau tidak pernah leka Bahawa dunia persilatan ini Bukan semata membunuh Tapi mengelak sengketa Kau bisa mengatur langkah Bertemu berbicara walau Dengan sesiapa Kau sering petah bicara Ideamu walau diketepi Namun seringkali berbisa Patah kata walau ada seloka Tapi biasa menggoncang jiwa Entah mengapa kau Dicipta oleh Yang Esa Hanya sementara Kau terjun dunia siasah Telah siap dengan cara Kau tekuni seni persilatan baru Walau kau tahu tidak mudah Berdepan kawan dan lawan Mengemudi bahtera siasah Yang kadankala dilambung Ombak yang berbisa Kau temui jalan yang cerah Kau temui lorong yang bisa menembus Dan kau terpimpin untuk memimpin Kau jalani dengan tega Namun segalanya telah tersurat Kau akur dengan perintah Dia Hanya menelusuri Pengakhiran abadi

Page 24: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Biar kau tidak bisa menongkat dunia Kau telah usaha demi tenaga Kau tinggalkan kami nasihatmu Kau sisipkan kami dengan kata-kata Insya Allah jadi bekal Menerus perjuangan untuk bangsa Untuk agama dan nusa Tinggallah pendekarku Dinegara abadi Kami bisa menyusul bila-bila Hanya yang kami kirim Doa yang tidak putus Buat pendekar kami Dunia dan akhirat Hasri bin Harun Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) 28 Januari 2020 Shah Alam, Selangor

Page 25: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Sebuah kehilangan Kami kenalimu sejak dibangku kampus Kami ikuti kepimpinanmu ketika kami sedang Menelusuri kesarjanaan Engkau yang kami kenali Seorang insan yang cukup mulia Raut wajah yang manis Mudah sahaja tersenyum Walau di mana Insan yang memililiki tubuh sasa Tapi jiwanya tetap rendah Memiliki sifat kelembutan Engkau seorang insan Berwajah mulia Setiap kata-kata diulit Dengan bait seloka Engkau paling suka Bicara siasah yang tega Ternyata insan mulia ini Cepat dikasihi tuhannya Sungguh kaget kami Begitu pantas masa Belum pun puas kami Bersama memiliki dia Belum pun puas kami Meraih ilmu daripadanya Engkau ternyata wahai Tuhan Memangil dia kembali Terdetik dibenak Kenapa dan kenapa Inilah tanda kasih tuhan tiada noktahnya Dia pergi meninggalkan Segala jasa pada nusa Wahai sahabat kekanda Pergilah seabadinya Kami rela pemergianmu Kerna itu janjinya

Page 26: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Pergilah menuruti perintahnya Kami rindu pada tawamu Kami rindu pada seloka mu Kami rindu pada petahmu Kami tekad teruskan nasihatmu Demi sebuah kehidupan yang abadi Biar apa yang berlaku Kami bekalimu dengan doa Agar hidupmu sentiasa Terpimpin cahaya ilahi Rehatlah disana Kau raih kebaikan kini Demi sebuah kehilangan Yang kami redaikan Inilah kehilangan yang kami dambakan Dr Norlaily Mohd Saiden 28 Januari 2020 Sg Ramal Dalam, Kajang

Page 27: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Rajaku.. Rajaku Hampir sepurnama kau meninggalkan kami Saban hari terkenang juangmu Tiga dekad di lapangan akademik. Kejutan akhir tatkala terjun politik. Saat sakit, hampir sederhaka membangkang keputusan untuk berkhidmat Untuk apa istana yang dilanda tombak kan lebih baik kita kekal di pondok buruk nan aman ini? Katamu, jika orang yang faham tanggungjawab enggan untuk bertanggungjawab maka orang yang tidak bertanggungjawablah yang akan berbuat. Rajaku kami menelan pahit kebenaran sebuah ketiadaan Dengan sebuah keyakinan kau merdeka dari kesakitan. 'Atiqah SSB 30 Ogos 2018 Desa Pinggiran Putra

Page 28: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

ABAH ABAH Satu perkataan yang memberi sejuta makna kepada seorang anak Satu perkataan yang diberi tanggungjawab besar menandingi semua pekerjaan di dunia ini Satu perkataan yang hanya boleh digalas oleh seseorang yang tahu apa itu makna KELUARGA. ABAH Ditakuti tapi sering dicari Digeruni tapi sering menyayangi dan disayangi Disalah arti tapi tidak pernah menyalahkan dan mempercayai Menjadi payung dikala hujan lebat melanda Menjadi tembok dikala panah datang menyerang Menjadi landasan kepada kereta api untuk tiba ke destinasi Dilakukan dengan hati ikhlas tanpa persoalan untuk anaknya Dihormati Disayangi Dirindui Diberi martabat yang paling tinggi oleh seorang anak Bukan karena pangkat yang didarjahkan Mahupun gelaran yang diberi penghormatan Akan tetapi karena kamu adalah ABAH. Anakanda Prof. Shaharuddin Badaruddin Syazwanuddin, ‘Atiqah Syairah, Atiah Nadzrah, Saifuddin, Salahuddin, & Ainun Syafiqah 29 Januari 2020 Desa Pinggiran Putra

Page 29: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Ayahanda Debar debar debar Hati berdetak gentar Seiring langkah yang dihayun Senyum terukir mesra Menuju ke meja pendaftaran Di meja itu 2 guru menyambut mesra Ku hulur segala dokumentasi Disemak dinilai Hilang sudah gemuruh didada Sedang ralit menulis nama Figura hebat sedang menyusun langkah Dari satu meja ke meja lainnya Langkahnya terhenti Tepat di meja pendaftaranku Senyumnya ramah Bicaranya damai Bersahaja dalam aura kepimpinan Ku tertanya siapa figura ini "bagaimana urusan pendaftaran" "ambil jurusan apa" tundukku sebagai hormat Lancar bicaraku menjawab segala soalan "InshaAllah, buat yang terbaik" Ku iyakan dengan rasa semangat dan hormat Prof. Dr. Shaharuddin bin Badaruddin Teruja hati pabila Mendengarkan khabar Inilah figura yang turun menemu bual Pelajar-pelajar baru di meja pendaftaran Mengenalinya Sosok yang hebat dan hemat

Page 30: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Santun budinya Di saf tertinggi pengurusan Dia membumikan hatinya Menyantuni setiap anak didik Sungguh bijaksana Aura seorang ayahanda Jelas terlihat Pabila bicara dengannya Mana mungkin aku terlupa Jasa dan khidmatnya Tulus beramanah Hingga tiba detik kematian Berjujuran air mata setiap insan yang mengenalnya Sayu hiba Damailah engkau disana Damailah Damailah Jika rakyat mengenalnya sebagai ahli politik Jika pelajar mengenalnya sebagai Timbalan Naib Canselor Jika musuh mengenalnya sebagai ancaman Cukup aku mengenalnya dalam relung Hidup Biar Berjasa Terima Kasih Prof Hidayah Az Zaharah 26/1/2020 UNISEL Bestari Jaya

Page 31: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Ziarah Mahabbah Ralit dalam bayang kenangan Menari dengan alunan hujan Terbias kata bicaranya dalam minda Yang berkarya tanpa pena Rutin anak-anak pejuang Kunjung ziarah itu tanda Penghargaaan atas pengorbanan Murabbi-murabbi berjasa Pada langkah pertama Dari muka pintu Saujana mata memandang Ditamu itu himpunan buku Tersusun kemas indah mengasyikkan Sarat ilmu dan nasihat Diserikan senyum mesra wanita setia Menyambut ramah kami anak-anak pejuangmu Perlahan langkah sayumu Terdiam kami bisu bicara Sebak mulai mengetuk jiwa Susut sekali batang tubuhmu Menanggung perit sakitnya Sakitnya hanya Dia lebih tahu Demi anak-anak pejuang Kau bius kesakitanmu Duduk bersama kami Bicaramu penuh kedamaian Sempat berseloroh Bersama nasihat yang kami dambakan Nasihat seorang ayah untuk anak-anaknya Nasihat seorang guru untuk anak-anak didiknya Nasihat seorang murabbi untuk anak-anak pejuang 2 Ogos 2018 Kira-kira sebulan selepas Ziarah mahabbah

Page 32: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Berdukalah seluruh warga seri setia Hilangmu khabar yang hiba Hilangmu suramlah rasa Hilangmu mutiara berharga Dalam perjuangan syahidnya Insan berjasa penuh wibawa Prof Dr. Shaharuddin Badaruddin Bersemadi engkau dalam para solihin Doa untukmu dari anak-anak pejuang Yang sedaya upaya betah meneruskan langkah Untuk tetap hidup tanpa sia-sia Hidup Biar Berjasa Hingga tiba masanya Kami pula yang menyusulmu kesana Hidayah Az Zaharah 29 Januari 2020 Kolej Kediaman Siswi, UNISEL Bestari Jaya

Page 33: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Perginya Seorang Idola Engkau figura berjasa Engkau tak mengenali ku Namun aku cukup mengenali namamu Terjun nya engkau ke kancah politik Meninggalkan arena pendidikan yang sudah lama engkau berbakti Bukanlah kerana kepentingan diri mahupun kuasa Melainkan demi bangsa dan Negara Jasamu begitu besar Pengorbananmu tak terhitungkan Semangat juangmu begitu mulia Engkau korbankan masamu sedang engkau sendiri menghitung hari Engkau tekadkan semangat juangmu demi harkat, martabat bangsa dan negara yang engkau cintai Sungguh takkan terbalaskan Semua jasa-jasamu Pengorbananmu… Perjuanganmu….. Wahai pejuang yang setia Walaupun kini engkau sudah tiada Jasamu tetap dikenang semua Damailah kau di sana wahai pejuang bangsa Doa kami kirimkan tanda ingatan Moga bertemu kita nanti di syurgaNya Miss Cricetinae 21/1/2020 UNISEL Bestari Jaya

Page 34: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Terima Kasih Prof Shaha

Terima kasih Prof Shaha Di kala kami masih terkapai mencari arah Di kala kami masih kabur haluannya Kau datang menyuluh membawa cahaya Terima kasih Prof Shaha Kau didik kami denga jiwa Untuk sentiasa cakna dan peka Dengan keadaan dan realiti semasa Turun ke kampung, desa dan juga kota Agar kami jadi mahasiswa yang berjasa Terima kasih Prof Shaha Dikala kami berlapar tak punya apa Kau tiupkan semangat untuk kami usaha Bukan hanya jadi mahasiswa yang menunggu saja Kau jadikan kami usahawan berjaya Terima kasih Prof Shaha Katamu keluarlah dari zon selesa Jangan cari ilmu di kuliah saja Lihat ke depan keluar jendela Kau hantar kami serata dunia Terima kasih Prof Shaha Nasihatmu menjadikan aku lebih dewasa Hidup ini biarlah menabur jasa Sebarkan ilmu dan berdakwah juga Kerana itu tugas kita semua Terima kasih Prof Shaha Allah pinjamkan engkau sebentar cuma Kau berjaya membangun jiwa mahasiswa Yang peka dan cakna serta terbuka Yang sentiasa mahu menabur jasa Terima kasih Prof Shaha Kau tokoh ikutan semua Kau tokoh ingatan mahasiswa Kau jadikan kami semua berjiwa

Page 35: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Semoga dikau tenang di alam sana Terima kasih Prof Shaha Norazly Nordin 30/01/2020 Institut Kanser Negara, Putrajaya

Page 36: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Kau Yang Teristimewa Kau yang teristimewa Hadir dalam hidup kami Menyinari hari kami Membawa sinar untuk kami Kau yang teristimewa Mendidik jiwa kami Menyokong karya kami Menasihati hati kami Kau yang teristimewa, Senyumanmu penawar duka Tawamu pembawa ceria Usikmu pembalut luka Kerna itu kau yang teristimewa Mawar 29 Januari 2020 Lekir, Perak

Page 37: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Sosok Yang Ku Sanjungi Seawal perkenalan hanya namamu yang sering ku dengari Lantaran hati dan akal bersatu seakan ingin mencari tahu Mencari tahu siapakah sosok tua itu Lalu Tuhan mempertemukan engkau, aku dan kami Didalam sebuah acara keramaian Terlihat seorang sosok tua disampingnya bersama seorang wanita yang setia Benarlah kata mereka Beliau sosok yang tidak lokek senyumnya Kata mereka, Orangnya tegas juga berilmu Dirinya yang penuh budi pekerti Menyantuni hati-hati kami Lelahmu tidak pernah engkau zahirkan Perihmu tidak pernah engkau endahkan Usahamu sentiasa ditingkat,walau tidak pernah orang melihat Katamu, "selagi hayat dikandung badan jasa tetap aku taburkan" Kau sosok yang sangat ku sanjungi.. Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami sepanjang hayat mekar di sudut hati tiap patah katamu mengisi erti tiap madahmu mengandungi hikmat Tiap bicaramu penuh azimat Pesan akhirmu Anak-anak ku, Jadilah engkau manusia yang berilmu Taburkanlah jasa walau dimana saja kau berada "Hidup Biar Berjasa" Syahira Salim 28 Januari 2020 Bestari Jaya

Page 38: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Dia Yang Terhebat Dia yang terhebat walaupun aku tidak pernah bersua muka Sering sekali namamu didengari Lantas aku cuba untuk mengenali Dia yang terhebat Ketika aku dan sahabat mengenalimu Dirimu penuh dengan sifat keilmuan dan keperibadian yang mulia Dia yang terhebat Diwajahmu penuh dengan senyuman Kau semai benih kasih dan sayang Yang kau sulamkan sarat dan mendalam Dia yang terhebat Kau beri tahu aku banyak hal Tapi disaat itu aku belum mengerti Kini aku sudah mengerti Tapi kau tiada lagi Dan aku berharap diri ini tetap selalu tumbuh Hanim Salleh 29 Januari 2020 Bestari Jaya

Page 39: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Terima Kasih Prof Masa tersisa bersama unisel semakin singkat Aku bakal pergi mungkin selamanya Aku tertawa sendirian Mengimbau saat aku melangkah ke pentas universiti Yaa zaman perjuangan juga Berjuang atas nama hak mahasiswa Sekilas wajahmu lintas dibenakku Allah.. Sungguh aku rindu Merindui figura itu Sebak hati ini tatkala aku menerima berita pemergianmu Bergenang seketika Kenangan lalu menerpa Aku bukan siapa siapa Namun namaku terpacul dari bibirmu Dan kau sedar akan usahaku dibalik tabir Aku terbayang senyummu Senyuman seorang ayah Berdirinya kau dihadapan kami figura seorang ayah Kau tidak lekang melayani karenah anak-anak Kami anak-anak nakal Makin ditentang makin melawan Makin ditolak makin kukuh berdiri Sayu wajah mu Kusut rambut mu Susut tubuh mu Namun masih kau gagahi atas nama perjuangan Kau berjuang sehingga akhir hayatmu Aku percaya kau pergi bersama kemenangan Hilangmu tiada ganti Pergimu tiada kembali Terima kasih atas budi mu Terima kasih akan kasih mu

Page 40: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Tenanglah dikau disana Shak Abdullah 29/1/2020 Kolej Kediaman Siswi, UNISEL Bestari Jaya

Page 41: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Permata Berharga Hari ini aku bernafas Aku mengingati segala sumbangan dari mu Bagiku kau bukan hanya sekadar murabbi Kau lebih dari itu Ketokohan dan sikap rendah dirimu sangat luar biasa Tidak akan ada bangsa yang hebat di jagat ini Tanpa semangat yang telah kau ukir dalam jiwa mereka Kelibat senyumannya masih segar dalam ingatan Kau ajarkan kami erti perjuangan Kau ajarkan kami erti kejayaan Kemana pun kami melangkah Apapun yang akan kami lakukan Tidak akan sesekali kami lupa jasamu Prof Dr Shaharuddin Badaruddin Kau adalah permata yang tidak ternilai harganya Al-Fatihah Ahmad Haziq Ahmad Parveez 28/1/2020 Bandar Baru Bangi

Page 42: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Pertemuan Nan Senja Dia kukenal dari dunia perbukuan Telah kubaca Islam & Politics nya Agenda Melayu Dan Perpaduan Kebangsaan Juga Gerakan Islam Antara Dua Paradoks Dia kukenal sebagai insan tabah Dari PKPIM ke ABIM lalu ke Wadah Dari jeriji ISA dan UITM Sarawak ke Unisel Lalu terpilih jadi ADUN Seri Setia Dia... laksana benih tercampak ke laut menjadi pulau mengawur bakti ke buana di antara Dia...laksana rintik hujan nan halus seni menyuburi rimba yang dahaga Namun sakin waktu mendakap tiba Dan dalam azamat suasana ada resah nan seni menanti khabar pasti Mega pun tak sanggup lindung rembulan Terkafi berita menjadi sebaran Telah berpulang kini seorang insan menuju negeri abadi... bertemu Tuhan Dan aku sekadar ingin bertanya Mengapa pertemuan ini terlalu senja? Terlalu semu ruang mengenalmu Terlalu sendu suara reformasi menangisimu Tribut Buat Prof Shaharuddin Badaruddin Mohamad Azhaari Shah bin Sulaiman 29 Januari 2020 Felda Palong, Gemas, Negeri Sembilan

Page 43: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Merindui Sang Murabbi Kami Bangga, Punya murabbi setia dan sejati Sentiasa di ingat jasa dan bakti lelur budi insan pekerti Kami Bangga Punya murabbi yang rendah hati Tidak takut dilanda ombak dan badai Terus tenang dan teliti Kami Bangga Punya murabbi penyayang penyejuk hati Disergah masih tersenyum tanda kasihi pelembut jiwa nurani Kami Bangga Punya murabbi tekadmu begitu kuat Walau sakit mencengkam kudrat Engkau tetap usaha dengan taat Kami Bangga Punya murabbi berjiwa pemuda Walau banyak cabaran menduga Namun tetap pendiriannya Engkau pergi dijemput Illahi Kerna Tuhan mentakdirkan pergi Kami redha atas hakikat ini Murabbi yang dirindui sentiasa di ingati Amir Abdullah 30 Januari 2020 Hospital Besar, Pulau Pinang

Page 44: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Pejuang Setia Menjadi dirimu bukanlah mudah Membentuk jati dirimu bukanlah mudah Memilih jalan ini bukanlah indah Namun Engkau dengan yakin melangkah Melangkah menuju ke SETIA Melangkah dengan HARAPAN dan cita-cita Tidak pernah terukir wajah penat Tidak pernah engkau mengungkap mengalah Tidak pernah engkau mengecewakan Malah dengan keyakinan dan keazaman keberkatan syura engkau inginkan Inginkan masa hadapan yang lebih baik dan indah Inginkan generasi yang lebih berdaya dan berjasa Keluarga Tidak pernah dilupa Keluarga Tidak pernah meminta Keluarga Tidak pernah mengalah Sosok dirimu yang menjadi inspirasi dan ingatan buat anak muda Sosok dirimu yang sering diingati ketika Muktamar dan Syura Tidak pernah lekang Al-Fatihah dari mulut-mulut ahli Jemaah Berdoa moga engkau kekal abadi di Jannah Nurul Aqilah Binti Mahmud Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia 2019/2020 29 Januari 2020 Tanjong Karang , Selangor

Page 45: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Jauh Di Mata Dekat Di Hati Alunan rasa ini Rindu yang mengalir ke muara hati Telah begitu lama terpendam Didasar hati yang paling dalam Memanggilku melarikan pena ini Ohhh.. Saat pertama kali bertemu Ku lihat dirimu penuh gagah Berjuang tiada kenal lelah Mendidik anak juang mu menjadi berani Saat waktu mu diufuk senja Kau ketepikan segala sakit dan derita Namun bibir sentiasa menguntum senyum Menyapa hati yang penuh syahdu Melihat dirimu dimamah waktu Saat waktu mu diufuk senja Mata mu seakan berbisik Bekerjalah dikau untuk harapan dan cita-cita ini Supaya agama nusa bangsa berjaya Agar dikau ada tempat di sana bersamaNya Saat dirimu terbang tinggi Bertemu kekasih abadi mu Kenangan itu berguguran bagai bunga Lalu ku kutip dengan mesra Kerana ku tahu tempat mu dekat disisiNya Kerana itu puisi ini tumbuh segala bunga di dalamnya Kerana kerinduan tiada habisnya tidak ada matinya Wahai ayah wahai guru Kau tetap hidup di dalam hati dan doa ku Mohammad Tirmizi Abd Manaf Presiden MPP UNISEL 2017/2018 30 Januari 2020 Johor Bahru

Page 46: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

AYAHKU Prof SB Ayahku Semalam aku mengingati perjuanganmu yang tak mengharap imbalan demi Tuhan kau gagahkan demi rakyat kau rela berkorban tanpa kenal lelah meski sakit gering walau pedih luka Pahlawanku… Hari ini aku melihat bunga tumbuh bermekaran kan layu juga bila sampai waktunya maka hidup ini juga ada mula dan penghujungnya namun tanda jasamu kan tetap hidup Inspirasiku.... selamat jalan ke negeri abadi Ayahku, pahlawanku moga damai kan mekar bersamamu dan… esok kami akan menyusulimu Syazwannuddin SB 31 Januari 2020 Desa Pinggiran Putra

Page 47: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Coretan Sang Pejuang Ingin ku titipkan satu pengkisahan Kisah perjalanan prinsip keadilan Pimpinan gerakan membela kebenaran Merakamkan sorotan sejarah perjuangan Dari pantai dakwah Engkau berikan harapan Tiupkan angin ketegasan Hempaskan ombak kebijaksanaan Sehingga rasa nyaman dan ketenangan Dari lautan persaudaraan Engkau noktahkan perbedaan Titik perpaduan bersambungan Demi pertahankan kemajmukan Dari awan persahabatan Engkau redupkan kemudahan Kalau pun mendung kemarahan Kemudian banjir rezeki kemurahan Dari matahari kecaknaan Engkau berikan dorongan Sentuhan semua golongan Maka lahirkan aktivis sukarelawan Dari pohon keyakinan Engkau sentiasa berpesan Tetap berikan ketaatan Walaupun sering berbeza pandangan Dari lembah tarbiyah Engkau pimpinan angkatan Meniup obor api kebangkitan Demi membina daulah rahmatan Dari puncak gunung siasah Engkau santuni penguasa jabatan Berikan mereka hikmah penyelesaian

Page 48: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Biar kekal dalam jalur keimanan Dari menara keilmuan Engkau titiskan asas pendidikan Buat yang inginkan perubahan Bersendikan rukun ketakwaan Dari mana pun Engkau sering dinantikan Kehadiran kami sentiasa diraikan Kehilangan mu sehingga kini dirasakan Izwan Suhadak Bin Ishak Pengarah, Pusat Jaringan Komuniti dan Kegiatan Pelajar (COMNET) 31 Januari 2020 Hutan Simpan Sg Menyala

Page 49: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Puisi buat Che Din (Allahyarham Prof Shaharuddin Badaruddin)

Kau insan yang kami senangi Senyummu, tawamu jadi inspirasi Langkah perwiramu membuatku Jadi gagah perkasa Renungan matamu Menyinar beribu makna Lebih tekal untuk mara Nun jauh dihatimu Kau rela menjadi pejuang umat Tidak kira ombak melanda Kau sanggup dihina Kau sanggupi dirimu disimpan Dalam tirai besi Kau sanggup dicampak keseberang Walau tidak mudah hadapinya Petah katamu membuat kami terkedu Kilas pandanganmu Sukar buat kami jangka Pendekar barisan mahupun pakatan Kau reda dan sedia santuni mereka Ideamu segar hujahmu ternyata matang Namun ramai yang tidak sedarinya Kau gagah mendaki menara Kelibatmu buat kami selesa Menara gading menuju puncak Kau bina bàhtera kepercayaan Làpang luas menara kau sedia Bangunkan jiwa mahasiswa Mencetak mahasiswa berbekal cinta Kini kami pegang janji Menjulang citramu Kini semuanya tinggal kenangan Jasadmu mungkin tiada

Page 50: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Jasadmu bersemadi dipusara Tapi semangatmu masih berleluasa Kau tinggal bersama amalmu Kau tinggal bersama jariahmu Kau tinggal bersama doa sahabatmu Selamat tinggal abang, Selamat tinggal kekanda Selamat tinggal tuan Selamat tinggal Professor Selamat tinggal Che Din Kau disayangi kawan dan lawan Innalillahi wa inna ilaihi rajiun Hasri Harun Penolong Setiausaha Agung Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) 03 Ogos 2018 Sungai Ramal Dalam, Kajang

Page 51: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Terima Kasih Pinjamkan Dia Engkau kenalkan dia kepadaku Engkau takdir kami satu bahtera Engkau izinkanku bersama dia Engkau tunjukkan kami perjalanan hidupnya Engkau kenalkan kami dengan semangatnya Engkau janjikan kami saksikan ujian sakitnya Engkau takdirkan kami saksi penghujung hayatnya Engkau izinkan kami iringi jenazahnya Engkau izinkan kami solat buatnya Engkau izinkan kirim doa buatnya Kami ditakdir satu bahtera Kami jadi saksi qudwahnya Kami menyaksi dia melebar langkah Kami saksi dia hampir direbahkan Kami saksi dia memasang kuda kuda Kami menjadi saksi kehebatannya Kami saksi tinta penanya Kami saksi keceriaan sesama Kami saksi ketegasannya Kami saksi penghormatan buatnya Kini kami kehilangannya Kini kami hanya bekal semangat darinya Kini kami kutip mutiara bicaranya Kini kami ambil iktibar tawasinya Kini kami bekali doa buatnya Abadikan citra jamaah buatnya Terbukti perjalanannya sementara Kami hargai kebersamaan dan kasih saying Tuhan lebih tahu hikmahnya Terima kasih Allah Kerana pinjamkan dia buat kami Hasri Harun Penolong Setiausaha Agung Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) 05 Ogos 2018 Sungai Ramal Dalam, Kajang

Page 52: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Perginya seorang teman Perginya seorang teman Menemui Tuhan Mudahan Allah berkenan Diangkat dgn keimanan Saudaraku Shaharudin Engkau berjasa kpd corak pendidikan Berpaksikan kepada Tuhan Miliki segala harapan Ya Rabbi ya Illahi Perkenan doa kami ini Ampunilah dosa hambamu ini Sesungguhnya Engkaulah pemilik mati Pak Nik 4 ogos 2018

Page 53: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Nota Duka (buat Prof Shaharuddin) Ketika ilmu mulai meniti hikmah Ketika pendakian sampai ke puncak Tak semena-mena, ALlah SWT mahu kau menghadap-Nya Apa akan daya kami Menentang takdir kami tak kuasa Dalam sedan berendam air mata Kami lepas kau dg redha, krn Kami tahu Kau menemui Kekasih mu yang Agung Yg kau rindui siang malam Dalam setiap denyutan jantungmu Pergilah tuan, Percayalah, benih-benih yg kau semai dulu Kini sedang bercambah Kami akan bela ia dgn ilmu, kudrat dan doa Sebagai mana yg kau amanatkan dulu. Selamat jalan ilmuan Selamat jalan pahlawan Ya ALlah ya Tuhan kami Kau tempatkanlah beliau Di kalangan orang² yg beroleh kemenangan Wak Suardi 3 Ogos 2018 Seremban

Page 54: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Lelaki Pertama Lelaki yang pertama dalam hidupku Telah bersama sang Pencipta yang Esa Tidak pernah menghancurkan hatiku Pasti ada bila memerlukan Lelaki yang pertama dalam hidupku Pulang ke rumah di malam hari Tidak pernah mengeluh keletihan Sentiasa mengukir senyuman yang indah Lelaki yang pertama dalam hidupku Tegas pabila membesarkan gadismu Mengambil tahu tentang gadis yang kau besarkan Sehingga kau menjadi waliku Tampak berat dibibirmu untuk menyerahkan tanggungjawabmu Lelaki yang pertama dalam hidupku Selalu membawaku mengembara Kau inginku belajar dan mengenal alam Semua sejarah kau ceritakan kepadaku Itu memori indah yang ku sematkan Lelaki yang pertama dalam hidupku, Bahagialah kau di alam sana Kami di sini mendoakanmu Kau akan sentiasa menjadi yang pertama dalam hidupku, ABAH Atiah Nadzrah Shaharuddin 30 Januari 2020 Desa Pinggiran Putra

Page 55: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Coretan Buat Abah Abah Kurindu dengan panggilan itu Sudah lama aku tidak dapat memanggil namamu Sungguh terlalu rindu untuk diungkapkan Hanya memori indah yang kusematkan di dalam ingatanku Tentang mu abah Abah Sungguh pun raut muka mu tegas Banyak perilaku mu yang membuatkan semua tertawa Tidak pernah kau mengasari siapapun Kau terlalu baik kepada semua Abah Terlalu kuat kau bekerja Namun tidak pernah kau tinggal kan keluarga Memastikan anak - anak kau berjaya dunia & akhirat Ajaranmu akanku ingat selamanya Abah Kau sudah bersama Pencipta yang Esa Berehat lah kau di alam abadi Terima Kasih untuk segalanya abah Atiah Nadzrah Shaharuddin 30 Januari 2020 Desa Pinggiran Putra

Page 56: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

Untaian kata

untuk

Almarhum

Prof Shaha

Page 57: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

(1)

Prof Shaha Akademia milik umat.

“YB Prof Dr Shaharuddin Badarudin merupakan sosok pejuang yang istiqamah membagunkan masyarakat bermula

dengan gerakan mengangkat semula wibawa para ilmuan ketika fasa sebagai ahli akademik, namun beliau

melanjutkan peranan sebagai ilmuan yang memiliki khalayak dan umat di peringkat akar umbi. Beliau bukan tergolong dalam kalangan academia menara gading yang

asyik menyindiri di dunianya.”

YB Dato’ Hj Ahmad Kasim Speaker DUN Kedah

Page 58: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

(2)

Pergi mu, ibrah buat kami. Tahniah kepada Alumni Universiti Selangor (UNISEL) atas inisiatif penerbitan

Antologi Puisi Tokoh Rakyat bagi mengenang Profesor Dr Shaharuddin Badaruddin. Pemergian beliau dipanggil Ilahi Rabbi ketika belum sempat mekar untuk meladeni umat

melalui kuasa politik amat dirasai dikalangan para sahabat seperjuangan. Namun demikian siapa kita untuk menyesali takdir yang indah untuk beliau kerana mana mungkin Allah

yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang itu terlepas pandang.

Hikmah dari suatu kematian, memang sukar untuk

difahami oleh hamba-Nya yang kerdil ini. Biarlah masa dan ketika yang ditentukan Allah untuk kita benar-benar

memahami akan hikmah yang tersirat. Mudah-mudahan dengan penerbitan buku ini, akan memberi inspirasi

kepada kita semua untuk terus Istiqamah dalam perjuangan mengangkat martabat umat hingga ke garis penamat

kehidupan yang sementara ini.

AL- F A T I H AH

Sahabatmu, Ahmad Azam Ab Rahman

Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia

Page 59: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

(3)

“Sahabat sejati dengan segala kenangan suka dan duka bersana sama yang terpahat sejak di bangku Universiti

Malaya lagi. Arwah akan di ingati sumbangan dan jasa yang besar dalam gerakan islam dan pimpinan politik di

Malaysia ...

Buat ingatan sahabat dunia dan akhirat ... Al Fatihah”

Prof. Dr Azami Zaharim Profesor Statistik UKM

Page 60: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

(4)

Al Marhum Prof Dr Shaharudin, adalah seorang tokoh intelektual yang terjun dalam dunia dakwah & politik untuk

melaksanakan cita-cita Islah atau reform dalam sistem pentadbiran negara dan pembangunan manusiawi karamah

insaniyyah.

Banyak ilmu & pengalaman yang saya perolehi sepanjang bersama beliau dalam menekuni gerak kerja membangun & Islah masyarakat madani sama ada diperingkat nasional &

internasional. Terima-kasih sahabat.

YB Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni ADUN Sg Kandis

Page 61: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh

(5)

"Saya selalu teringat 3K mengenai Prof Dr Shaharuddin Badaruddin.

KOMITED.KEBERANIAN.KUAT SEMANGAT Walau apapun cabaran dan keadaan, beliau sentiasa

menunjukkan 3K tersebut. Sepanjang berkhidmat bersama beliau di UNISEL, teguran yang diberikan umpama seorang ayah kepada anaknya. Kadang kala seperti

berseloroh tetapi penuh makna..Pastinya perasaan RINDU kini dirasai oleh semua warga UNISEL. Semoga Allah

mencucuri rahmatNya ke atas beliau."

Pn Zaitun Abdul Malek Bendahari Universiti Selangor

Page 62: Antologi Puisi Tokoh Rakyat - estaff.unisel.edu.myestaff.unisel.edu.my/Staff_Portal/images1/Antologi Puisi Versi E Book.pdf · yang amat rapat dengan saya selama puluhan tahun. Jatuh