anjakan minda pemimpin dalam era perubahan

12
Anjakan Minda Pemimpin Pendidikan Selaras dengan hala tuju pendidikan masa kini, Pengetua dan Guru Besar di zaman transformasi ini perlu membuat anjakan minda (mindset shift) untuk kejayaan transformasi organisasi yang dipimpin. Sekurang-kurangnya 8 aspek yang berkaitan dengan cara berfikir perlu diubah selaras dengan perubahan gaya kepimpinan dan pengurusan global di luar bidang pendidikan. Zaman di mana ketua bersikap seolah-olah dia sahaja yang tahu dan betul, orang lain tidak tahu, sentiasa salah dan mesti mengikut kehendaknya telah berlalu dan tidak relevan lagi. Antara 8 perkara atau cara berfikir dan bertindak yang perlu diubah oleh pemimpin pendidikan abad ke-21. 1. Daripada Berfokus Masalah Kepada Berfokus Penyelesaian Seiring dengan perubahan pendidikan ara globalisasi, sebagai pemimpin sememangnya akan sering menghadapi banyak masalah dan cabaran. Sikap yang diserlahkan seorang pemimpin melalui cara berfikir dan bertindak apabila menghadapi masalah berbeza-beza mengikut dan sekaligus menggambarkan kekuatan daya kepimpinannya. Pemimpin yang lemah apabila menghadapi masalah dan cabaran, fikiran dan tindakannya berlegar sekitar mencari apa dan siapa yang menjadi punca masalah, mengapa masalah timbul dan menyesali keadaan atau tindakan orang lain yang menyebabkan masalah timbul tanpa

Upload: breadhome

Post on 25-Sep-2015

221 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Anjakan Minda Pemimpin dalam era perubahan

TRANSCRIPT

Anjakan Minda Pemimpin PendidikanSelaras dengan hala tuju pendidikan masa kini, Pengetua dan Guru Besar di zaman transformasi ini perlu membuat anjakan minda (mindset shift) untukkejayaan transformasi organisasi yang dipimpin.Sekurang-kurangnya 8 aspek yang berkaitan dengan cara berfikir perlu diubah selaras dengan perubahan gaya kepimpinan dan pengurusan global di luar bidang pendidikan. Zaman di mana ketua bersikap seolah-olah dia sahaja yang tahu dan betul, orang lain tidak tahu, sentiasa salah dan mesti mengikut kehendaknya telah berlalu dan tidak relevan lagi.Antara 8 perkara atau cara berfikir dan bertindak yang perlu diubah oleh pemimpin pendidikan abad ke-21.1. Daripada Berfokus Masalah Kepada Berfokus PenyelesaianSeiring dengan perubahan pendidikan ara globalisasi, sebagai pemimpin sememangnya akan sering menghadapi banyak masalah dan cabaran. Sikap yang diserlahkan seorang pemimpin melalui cara berfikir dan bertindak apabila menghadapi masalah berbeza-beza mengikut dan sekaligus menggambarkan kekuatan daya kepimpinannya. Pemimpin yang lemah apabila menghadapi masalah dan cabaran, fikiran dan tindakannya berlegar sekitar mencari apa dan siapa yang menjadi punca masalah, mengapa masalah timbul dan menyesali keadaan atau tindakan orang lain yang menyebabkan masalah timbul tanpa cuba memahami isu sebenar dan cara mengatasi atau menyelesaikan masalah.Pemimpin yang berjaya dan berkesan seringkali tidak menganggap isu atau masalah yang dihadapi sebagai masalah, sebaliknya sebagai peluang baginya belajar menyelesaikan masalah itu dengan cara yang berbeza dari kebiasaan. Pemimpin seperti ini tumpuan pemikiran dan tindakannya adalah mencari jalan penyelesaian sama ada secara individu atau jemaah bersama rakan dalam organisasi pimpinannya. Dia akan mencari peluang mempengaruhi sesiapa sahaja yang dipimpinnya untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Pelbagai cara digunakan yang matlamatnya ialah menyelesaikan masalah tanpa bising menyalahkan orang lain yang didakwa menyebabkan masalah tersebut.2. Daripada Menetapan Matlamat Kepada Orang Lain Kepada Menjajarkan Matlamat BersamaSememangnya setiap pemimpin perlu ada maltamat (goal) untuk diri dan organisasinya. Dia perlu tahu ke mana hala tuju kehidupan dan pekerjaannya dan organisasi yang dipimpinnya. Namun untuk mencapai matlamat diri dan organisasi, dia tidak sepatutnya menyuruh (dictate) orang lain berbuat sesuatu mengikut kehendaknya semata-mata tanpa memikirkan kesukaran atau masalah yang dihadapi orang yang disuruh.Ada kalanya matlamat organisasi telah ditetapkan dengan perancangan yang baik oleh pemimpin sebelumnya atau pihak atasan yang lebih tinggi daripadanya. Tidak perlu sebenarnya untuk dia menetapkan matlamat organisasi yang baru melainkan dia hanya perlu membuat penjajaran (alignment) kepada pelaksanaan perancangan untuk mencapai matlamat yangdikongsi bersama anggota dalam organisasi.Dalam merancang matlamat organisasi, pemimpin abad ke-21 tidak membuatnya secara bersendirian atau sentiasa mengikut kehendaknya semata-mata. Pandangan dan buah fikiran orang ramai termasuk pakar dalam bidang berkenaan perlu diambil kira. Apabila percanggahan atau perbezaan pendapat berlaku, penjajaran dalam bentuk kata sepakat perlu diperoleh.3. Daripada Memberi Nasihat Kepada Menimbulkan KesedaranPemimpin alaf baru tidak menganggap dirinya serba tahu sehingga dia mendakwa hanya layak memberi nasihat dan tidak layak untuk menerima nasihat apatah lagi tunjuk ajar. Oleh itu, pemimpin perlu menimbulkan kesedaran mereka tentang pentingnya mereka memikir, merancang dan mengambil tindakan yang strategik secara bersama untuk proses pembetulan dan penambahbaikan kepada dasar dan strategi sedia ada.4. Daripada Tahu Semua Hal Kepada Rasa Ingin TahuSebagai ketua, perbanyakkan menyoal daripada menjawab. Soalan atau permintaan juga boleh dijawab atau direspons dengan soalan. Sebagai contoh, soalan permintaan Tuan, bolehkah saya bercuti esok? boleh dijawab Mengapa anda hendak bercuti?. Banyak lagi contoh soalan yang boleh dijawab dengan soalan.Menjawab soalan dengan jawapan atau memberi jawapan atau penyelesaian kepada permasalahan menggambarkan orang yang yang disoal atau dikemukakan masalah atau diminta pendapat, tahu semua hal. Oleh itu, sebagai pemimpin adalah lebih baik timbulkan rasa ingin tahu dengan lebih lanjut sebelum membuat keputusan tentang sesuatu walaupun mungkin tahu konsekuennya. Peribahasadont leave the stone unturnsangat baik diamal sebelum membuat keputusan.5. Daripada Mengarah Dan Mendesak Kepada MempengaruhiPemimpin yang hanya pandai mengarah, memerah dan memarah akan berakhir dengan pengikut. Gambaran ini sesuai bagi seorang yang pemimpin yang mengarah dan mendesak dalam gaya kepimpinannya. Pemimpin sedemikian, terutama di sekolah dikuatiri boleh menjejaskan keberkesanan sekokah yang sekaligus kemenjadian murid kerana guru dan staf yang boleh bertindak negatif ekoran tindakan yang pasti tidak disukai.Pemimpin sekolah sedemikian seringkali dikaitkan dengan pemimpin yang lemah, kurang berhemah dan seperti tidak pernah mengikuti latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan sebelum atau sepanjang perkhidmatannya. Pemimpin yang pernah mengikuti kursus kepimpinan dan pengurusan pendidikan seperti NationalProfessional Qualification for Educational Leadership (NPQEL)atau lain-lain kursus anjuran Institut Aminudin Baki (IAB) pasti tahu bahawa definisi memimpin ialah usaha mempengaruhi orang lain dalam lingkungan kepimpinannya untuk mencapai matlamat organisasi. Selain mempengaruhi, memimpin juga membawa konotasi membuat perubahan (change) dari kurang baik kepada lebih baik.Dalam pendidikan, Dato Dr Amin Senin, Timbalan Ketua Pengarah Pedidikan Malaysia menyarankan bahawa istilah memimpin itu sendiri bermaksud mendidik atau sebaliknya mendidik itu adalah memimpin. Hal ini bermaksud mendidik ialah proses mempengaruhi orang lain iaitu murid dan orang-orang disekitarnya untuk mencapai objektif pembelajaran supaya perubahan berlaku kepada diri murid itu, sekolah dan sistem pendidikan negara.6. Daripada Mengkritik atau Menghukum Kepada Menghargai atau MemujiKritikan dan hukuman oleh pemimpin ke atas pengikut tidak dinafikan boleh membawa kebaikan kepada organisasi. Namun apabila selalu digunakan oleh pemimpin kepada pengikutnya boleh menyebabkan pengikut demotivated. Kritikan selalunya digunakan pemimpin ke atas pengikut yang rendah mutu kerja dan hasilnya. Hukuman pula ialah natijah yang diterima pengikut apabila kerja dan hasil kerjanya tidak mencapai jangkaan ketua atau organisasi. Kritikan juga merupakan hukuman. Malahan kadang-kadang hukuman berbentuk kritikan lebih berat kesannya daripada bentuk yang lain.Oleh kerana kritikan dan hukuman selalu dikaitkan dengan kesan yang negatif, ramai yang tidak suka sama ada orang yang menerima kritikan dan hukuman atau orang lain di sekelilingnya atau pakar pengkaji bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Mereka lebih cenderung untuk menerima penghargaan, pengiktirafan atau pujian.Sememangnya, tiada siapa yang gemar kepada kelemahan, kekurangan dan kesilapan. Namun selain melakukan kesilapan, seseorang itu pasti banyak juga melakukan kebaikan kepada organisasi. Adalah lebih baik guru besar perbanyakkan menghargai, mengiktiraf dan memuji kerja atau hasil kerja seseorang terutama warga sekolah apabila membuat kerja dengan baik daripada mengkritik atau menghukum kesilapan kecil yang selalunya tidak disengaja.Orang yang sering dihargai dan dipuji akan besar jiwanya. Sebaliknya orang yang sering dikritik dan dihukum kecil jiwa dan harga dirinya. Orang yang besar jiwa dan harga dirinya juga akan menghasilkan mutu kerja yang tinggi dan besar keuntungan yang diperoleh organisasi. Oleh itu pihak pentadbir harus sebarkan penghargaan dan pujian. Kesilapan kecil lupakan dan maafkan sahaja7. Daripada Mengurus Kepada MengupayaMengurus ialah proses mengekalkan (maintain) kecekapan dan keberkesanan organisasi. Untuk mengekal kecekapan dan keberkesanan organisasi pemimpin perlu aktif merancang, mengorganisasi, mengawal dan memimpin kumpulannya dengan pelbagai cara dan gaya pengurusan. Selalunya pihak yang menerima kesan daripada gaya dan cara pengurusan seseorang pemimpin ialah pengikut. Pemimpin yang mengurus selalunya aktif sedangkan pengikut pasif menerima arahan ketua tanpa atau kurang diberi pengupayaan (empowerment).Kepimpinan abad ke-21 adalah kepimpinan yang mengutamakan pengupayaan daipada pengurusan. Pemimpin yang mengupayakan pengikutnya adalah pemimpin yang memberi kepercayaan untuk membuat perubahan tanpa perlu terlalu disuruh dan diawasi. Oleh itu, pemimpin harus memberi garis panduan dan motivasi kepada pengikut untuk bekerja bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat organisasi.

8. Daripada Menyediakan Penyelesaian Kepada Meneroka KemungkinanWalaupun pemimpin abad ke-21 memberi tumpuan atau fokus kepada penyelesaian masalah, namun dia tidak cenderung untuk menawarkan apatah lagi menyediakan jawapan atau penyelesaian kepada masalah. Sebaliknya dia lebih cenderung untuk meneroka kemungkinan untuk mencari jalan bagi bukan sahaja mengatasi atau menyelesaikan masalah malahan mendapat keuntungan yang lebih besar.Pemimpin harus sentiasa kreatif dan inovatif serta berani mencuba dan mengambil risiko. Mereka harus selalunya berfikiran terbuka dan berlapang dada terhadap sesuatu yang baharu. Berbekalkan pengetahuan, kemahiran, nilai dan pengalaman serta bantuan tenaga muda, yang lebih kreatif, kritis dan inovatif, pemimpin seperti ini mampu membawa perubahan besar kepada organisasi.

Anjakan Minda Pemimpin Abad Ke-21: 8 Cara Berfikir Yang Boleh Diubah

http://www.assafii.com/v2/index.php/en/pengurusan-sekolah/222-anjakan-minda-pemimpin-abad-ke-21-8-cara-berfikir-yang-boleh-diubah?&cal_offset=22p

Bersikap Berdaya Saing Dan Mengutamakan PencapaianPengetua perlu berkeupayaan untuk memberikan sokongan dan sumbangan terhadap sesuatu tugas dan tanggungjawab. Mereka perlu bersikap positif terhadap sesuatu tugas dan tanggungjawab. Mereka jua sangat mengutamakan pencapaian dalam setiap usaha yang dilakukan. Pengetua perlu responsive segala kertas cadangan dan segera memberi maklum balas terhadap sesuatu arahan. Mereka memberi komitmen konsisten, bertanggungjawab, prihatin dan berusaha gigih untuk mencapai matlamat organisasi.

Kematangan Emosi Dan Keyakinan DiriPengetua berkeupayaan guru untuk menetapkan hala tuju dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Beliau perlu bijak membuat keputusan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Beliau boleh menangani pelbagai isu dalam menghadapi tugas dan tanggungjawab. Beliau juga mengurus tugas dan tanggungjawab yang mencabar dari segi emosi, mental, spiritual, dan fizikal.Selain itu, beliau juga perlu mempunyai pemikiran terbuka apabila berinteraksi. Beliau perlu mempamer hala tuju yang jelas dan dapat membuat keputusan dan menangani pelbagai isu dalam melaksanakan tugas atau tanggungjawab ditetapkan untuk diteladani daripada aspek kematangan emosi dan keyakinan diri yang tinggi.

Kepimpinan Berwawasan Dan Membuat KeputusanPengetua perlu menetapkan hala tuju organisasi. Beliau mengoptimumkan penggunaan semua sumber yang ada . Beliau harus bijak membuat keputusan yang relevan dan rasional. Beliau harus mengamalkan perkongsian kepimpinan atau distributed leadership. Pengetua mempunyai vsi dan misi yang jelas. Dia mempunyai perancangan strategic iaitu Pelan Taktikal dan Pelan Operasi yang lengkap dan mudah dilaksanakan.

Keghairahan Menimba PengetahuanAdalah amat penting bagi pengetua untuk mempelajari perkara baharu. Beliau harus berkemahiran mendapat maklumat. Beliau memperoleh pengetahuan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan atau masalah. Beliau juga memperoleh pengetahuan untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran ( learning community)Most High-Value Skills of the Future1.Knowledge is Power. Application is Power( how to take action or apply it)2.Communication- Social Intelligence (key to collaboration and problem solving)3. Rote Learning Creative Learning ( teachers need to teach creativelyto motivate)4.Passing Standardized Exams - Innovative Thinkers ( New/improved solutions & responses beyong notes and rules-based)5.Tradisional Literacy- Digital literacy ( Computer multimedia,, computer games, websites)6. Local heroes- World-Class Mindset ( Cross-cultural environment. Best ideas and best talent.(Faridah Hameed, LKW University of Creative Technology, 2013)

Kemahiran Komunikasi

Seseorang pemimpin haruslah berkomunikasi dengan berkesan.

The highly effective principal is a culture builder- an individual who communicates (talks) and models (walks) a strong and viable vision based on achievement, character, personel responsibility and accountability(K. McEwan, 2003)

One of the tests of leadership is the ability to recognise a problem before it becomes an emergency,Arnold Glasgow (2010)

High Performing Governance(HPG) menggariskan ciri-ciri kepemimpinan dan ciri-ciri pemimpin yang berkesan. HPG menekankan tentang fleksibiliti sesuatu kepemimpinan organisasi untuk mengadaptasi dan berubah untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi.Fleksibiliti di sini bermaksud Kemampuan menyesuaikan sistem sedia ada. Kebersamaan (mutuality).Kemampuan mengurus persekitaran bagi membolehkan pemimpin menggunakan kuasa (authority)serta kreativiti. Kebolehupayaan untuk membentuk warga organisasi memahami peranan mereka.