minda 2013

12
Eksport produk komoditi 2020 diunjur RM242.6b » Peningkatan pendapatan konsisten setiap tahun Oleh Che Johari Mamat [email protected] PENAMPANG M enjelang tahun 2020, negara dijangka berupaya menjana pendapatan eksport produk berasaskan komoditi sebanyak RM242.6 bilion. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dom- pok, berkata jangkaan itu berdasar- kan kepada peningkatan pendapa- tan dalam sektor komoditi yang kon- sisten pada setiap tahun dan ia adalah antara tonggak utama eko- nomi negara. Komoditi utama yang dimaksud- kan adalah minyak sawit, getah, ka- yu-kayan, koko, lada, kenaf dan sagu yang kesemuanya adalah di bawah urusan dan kawalan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komo- diti (MPIC). Menurutnya, bagi meningkat daya saing minyak sawit Malaysia, Kera- jaan bersetuju mengurangkan duti eksport minyak sawit mentah (MSM) di antara 4.5 hingga 8.5 peratus dan menggantung pemberian kuota MSM tanpa duti mulai 1 Januari 2013. “Kerajaan juga bersetuju mem- percepatkan pelaksanaan Program B5 (adunan 5 peratus ester metil sawit dengan diesel) dan mengga- lakkan penggunaan bio bahan api berasaskan sawit sehingga 10 pera- tus bagi sektor yang tidak bersub- sidi. “Pelaksanaan program B10 (adu- nan 10 peratus ester metil dengan 90 peratus minyak diesel) akan bermu- la tahun 2013 turut dijangka mem- bantu meningkatkan penggunaan MSM sehingga satu juta tan setiap tahun. “Langkah yang diambil Kerajaan ini juga sebagai antara usaha me- nangani isu kedudukan stok sim- panan minyak sawit yang melebihi paras normal. “Kedudukan stok yang tinggi dan ditambah dengan musim pengelua- ran yang tinggi memberi tekanan terhadap paras harga MSM,” kata- nya. Beliau berkata demikian pada si- dang media selepas merasmikan program Karnival Kerjaya anjuran MPIC sempena Program Hello Ko- moditi, di sini, baru-baru ini. “Menerusi program B10, Kerajaan berusaha menyeimbangkan penggu- naan minyak sawit dengan permin- taan bekalan. “Dengan langkah ini, kita juga dapat memperoleh harga yang baik kerana apabila penggunaan dan per- mintaan dapat diseimbangkan, ia berupaya merangsang dan mening- katkan harga minyak sawit. “Penurunan harga MSM sejak ke- belakangan ini berpunca dari per- mintaan yang lembap di pasaran eksport utama seperti China, Kesa- tuan Eropah, India dan Amerika Sya- rikat,” katanya. Selain itu jelasnya, Kerajaan juga bersetuju menggunakan minyak sa- wit sebagai bahan bakar untuk pen- janaan elektrik terutama di Sabah. Tan Sri Bernard Dompok berkata, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bo- leh menggunakan biodiesel sawit ba- gi menjana tenaga elektrik untuk keperluan di negeri ini. Karnival Kerjaya berkenaan diser- tai kira-kira 600 peserta yang ke- banyakannya belia lepasan sekolah dan mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan juga pelajar sekolah menengah. Turut hadir, Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Donald Peter Mojuntin dan Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Choo Yuen May. MPOB dan YSD bincang pemuliharaan Oleh Nik Aznizan Nik Ibrahim [email protected] KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan ker- jasama Yayasan Sime Darby (YSD) menganjurkan perbincangan meja bulat mengenai pemuliharaan pada 23 November lalu di Pusat Konven- syen Sime Darby. Mesyuarat ini menghimpunkan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengu- rus Kemampanan syarikat pelada- ngan sawit dari seluruh Malaysia. Tujuan utama perbincangan meja bulat itu diadakan adalah untuk ber- kongsi maklumat terkini mengenai usaha pemuliharaan yang dijalan- kan dan berkongsi strategi yang sa- ma di dalam menangani ancaman daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan pemulauan pasaran. Pembentang utama pada mesyua- rat itu adalah Naib Pengerusi United Plantations Berhad, Datuk Carl Bek- Nielsen; Pengarah Program SEA Asia, Dr Carl Traeholt; Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Datuk Dr Lau- rentius Ambu dan Pengerusi Ekse- kutif Yayasan Konservasi Khatulis- tiwa Indonesia, Rob Stuebing. Perbincangan dipengerusikan Pe- ngerusi MPOB, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan beliau turut memben- tangkan kertas kerja bertajuk “Mi- nyak Sawit: Pertempuran Lama, Ca- baran Baru”. Sebelum itu, Pengerusi YSD, Tun Musa Hitam menyampaikan ucapan aluan dan berkongsi maklumat de- ngan peserta mengenai inisiatif yang dijalankan YSD dalam bidang pe- muliharaan. SABTU 5 JANUARI 2013 2 Tan Sri Bernard Dompok (kanan) bersama Datuk Dr Choo Yuen May dan M Nagarajan melawat gerai kerjaya MPOB sempena Program Karnival Kerjaya MPIC di Penampang baru-baru ini. Tan Sri Shahrir Abdul Samad mempengerusikan perbincangan meja bulat mengenai pemuliharaan. Turut kelihatan Pengerusi YSD, Tun Musa Hitam (kiri) dan Datuk Dr Choo Yuen May (kanan). Muka 3 T ahun 2012 merupakan tahun yang tidak setanding tahun sebelumnya bagi industri sawit negara, lebih- lebih lagi dengan pemergian seorang ikon industri sawit iaitu mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik, mantan Menteri Perusahaan Utama yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan industri sawit negara. Bagi pihak MPOB dan industri sawit negara, saya merakamkan ucapan takziah kepada isteri dan keluarga mendiang Tun Dr Lim. Walaupun perangkaan prestasi industri sawit negara untuk tahun 2012 belum diumumkan lagi, berdasarkan statistik sehingga kini, kita telah boleh menjangkakan bahawa prestasi tahun 2012 adalah tidak begitu baik berbanding dengan tahun 2011. Sebagai contoh, jumlah pendapatan eksport produk-produk sawit sehingga bulan November 2012 adalah RM65.89 bilion berbanding dengan RM 73.71 bilion bagi tempoh yang sama tahun 2011. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh industri sawit negara pada tahun 2012 termasuklah isu-isu mengenai kemampanan dan pemakanan. Ini termasuk isu pe- labelan minyak sawit di Australia dan Perancis, per- undangan mengenai biobahan api di Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, piawaian CODEX menge- nai lemak tepu dan piawaian baru AQSIQ di Negara China mengenai kualiti minyak sayuran mulai Ja- nuari 2013. Isu stok tinggi dan kejatuhan harga minyak sawit mungkin me- rupakan isu terbesar yang dihadapi pada tahun 2012. Tahun 2013 akan terus dipenuhi dengan cabaran yang perlu ditangani bagi men- jamin kesejahteraan industri sawit negara. Banyak usaha telah dirang- ka dan dilaksanakan bagi mengu- kuhkan harga minyak sawit. Ini termasuk penanaman semula po- kok sawit yang tua dan tidak pro- duktif, mempercepatkan pelaksa- naan Program B5 iaitu penggu- naan adunan lima peratus biobahan api sawit dengan 95% diesel petroleum di seluruh Semenanjung Malaysia, serta pelaksanaan B10, dan pelaksanaan struktur duti eksport baru mulai Januari 2013 yang dijangka dapat memperkukuhkan daya saing aktiviti-aktiviti hiliran. Pada masa yang sama, usaha-usaha di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) diteruskan untuk me- ningkatkan produktiviti dan tambah nilai. Usaha tanam semula dan tanaman baru sawit akan dipergiatkan dan pelaburan dalam industri hiliran oleokimia serta ma- kanan dan kesihatan ditingkatkan. Selain daripada usaha menghadapi cabaran tertentu, MPOB juga melaksanakan strategi penyelidikan dan pembangunan terutamanya untuk meningkatkan pro- duktiviti dan pengetahuan mengenai penanaman sawit di tanah gambut; dan menangani isu-isu berkenaan makhluk perosak dan penyakit, automasi dan me- kanisasi untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh, kemampanan, penggunaan biojisim, tenaga yang boleh diperbaharui, pemakanan minyak sawit dan produk hiliran. Kemajuan dalam bidang-bidang pe- nyelidikan ini akan dibincangkan di MPOB Interna- tional Palm Oil Congress (PIPOC) 2013 yang akan di- adakan pada bulan November tahun ini. Adalah di- jangka lebih 2,000 peserta dari dalam dan luar negara akan menyertai Kongres Antarabangsa anjuran MPOB ini. MPOB juga akan terus berusaha memberi khidmat nasihat kepada pekebun-pekebun kecil. Bagi prospek industri sawit, Palm Oil Economic Review and Outlook Seminar 2013 akan diadakan pada 14 Januari 2013 di Double Tree by Hilton Kuala Lumpur. Seminar ini menyediakan platform bagi industri sawit mendapatkan maklumat terkini mengenai prospek ta- hun 2013. MPOB dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan memastikan bahawa semua langkah dan usaha dilaksanakan bersama pihak industri sawit bagi mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi agar industri sawit negara terus maju ke hadapan. Ini adalah kerana industri sawit merupakan salah satu tonggak utama ekonomi negara dan seterusnya dapat me- nyumbang kepada pencapaian hasrat negara untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Selamat Tahun Baru 2013.

Upload: leduong

Post on 12-Dec-2016

264 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minda 2013

Eksport produk komoditi2020 diunjur RM242.6b» Peningkatanpendapatankonsistensetiap tahun

Oleh Che Johari [email protected]

PENAMPANG

Menjelang tahun 2020, negaradijangka berupaya menjanapendapatan eksport produk

berasaskan komoditi sebanyakRM242.6 bilion.

Menteri Perusahaan Perladangandan Komoditi, Tan Sri Bernard Dom-pok, berkata jangkaan itu berdasar-kan kepada peningkatan pendapa-tan dalam sektor komoditi yang kon-sisten pada setiap tahun dan iaadalah antara tonggak utama eko-nomi negara.

Komoditi utama yang dimaksud-kan adalah minyak sawit, getah, ka-yu-kayan, koko, lada, kenaf dan saguyang kesemuanya adalah di bawahurusan dan kawalan KementerianPerusahaan Perladangan dan Komo-diti (MPIC).

Menurutnya, bagi meningkat dayasaing minyak sawit Malaysia, Kera-jaan bersetuju mengurangkan dutieksport minyak sawit mentah (MSM)di antara 4.5 hingga 8.5 peratus danmenggantung pemberian kuotaMSMtanpa duti mulai 1 Januari 2013.

“Kerajaan juga bersetuju mem-percepatkan pelaksanaan ProgramB5 (adunan 5 peratus ester metilsawit dengan diesel) dan mengga-lakkan penggunaan bio bahan api

berasaskan sawit sehingga 10 pera-tus bagi sektor yang tidak bersub-sidi.

“Pelaksanaan program B10 (adu-nan 10 peratus ester metil dengan 90peratus minyak diesel) akan bermu-la tahun 2013 turut dijangka mem-bantu meningkatkan penggunaanMSM sehingga satu juta tan setiaptahun.

“Langkah yang diambil Kerajaanini juga sebagai antara usaha me-nangani isu kedudukan stok sim-panan minyak sawit yang melebihiparas normal.

“Kedudukan stok yang tinggi danditambah dengan musim pengelua-ran yang tinggi memberi tekananterhadap paras harga MSM,” kata-nya.

Beliau berkata demikian pada si-dang media selepas merasmikanprogram Karnival Kerjaya anjuranMPIC sempena Program Hello Ko-moditi, di sini, baru-baru ini.

“Menerusi program B10, Kerajaanberusaha menyeimbangkan penggu-naan minyak sawit dengan permin-taan bekalan.

“Dengan langkah ini, kita juga

dapat memperoleh harga yang baikkerana apabila penggunaan dan per-mintaan dapat diseimbangkan, iaberupaya merangsang dan mening-katkan harga minyak sawit.

“Penurunan harga MSM sejak ke-belakangan ini berpunca dari per-mintaan yang lembap di pasaraneksport utama seperti China, Kesa-tuan Eropah, India dan Amerika Sya-rikat,” katanya.

Selain itu jelasnya, Kerajaan jugabersetuju menggunakan minyak sa-wit sebagai bahan bakar untuk pen-janaan elektrik terutama di Sabah.

Tan Sri Bernard Dompok berkata,Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bo-lehmenggunakan biodiesel sawit ba-gi menjana tenaga elektrik untukkeperluan di negeri ini.

Karnival Kerjaya berkenaan diser-tai kira-kira 600 peserta yang ke-banyakannya belia lepasan sekolahdan mahasiswa Institut PengajianTinggi (IPT) dan juga pelajar sekolahmenengah.

Turut hadir, Pembantu MenteriKewangan, Datuk Donald PeterMojuntin dan Ketua PengarahMPOB,Datuk Dr Choo Yuen May.

MPOB dan YSD bincang pemuliharaanOleh Nik Aznizan Nik [email protected]

KUALA LUMPUR: Lembaga MinyakSawit Malaysia (MPOB) dengan ker-jasama Yayasan Sime Darby (YSD)menganjurkan perbincangan mejabulat mengenai pemuliharaan pada23 November lalu di Pusat Konven-syen Sime Darby.

Mesyuarat ini menghimpunkanKetua Pegawai Eksekutif dan Pengu-rus Kemampanan syarikat pelada-ngan sawit dari seluruh Malaysia.

Tujuan utama perbincanganmejabulat itu diadakan adalah untuk ber-kongsi maklumat terkini mengenaiusaha pemuliharaan yang dijalan-kan dan berkongsi strategi yang sa-ma di dalam menangani ancamandaripada badan bukan kerajaan(NGO) dan pemulauan pasaran.

Pembentang utama padamesyua-rat itu adalah Naib Pengerusi UnitedPlantations Berhad, Datuk Carl Bek-

Nielsen; Pengarah ProgramSEAAsia,Dr Carl Traeholt; Pengarah JabatanHidupan Liar Sabah, Datuk Dr Lau-rentius Ambu dan Pengerusi Ekse-kutif Yayasan Konservasi Khatulis-tiwa Indonesia, Rob Stuebing.

Perbincangan dipengerusikan Pe-ngerusi MPOB, Tan Sri Shahrir AbdulSamad dan beliau turut memben-

tangkan kertas kerja bertajuk “Mi-nyak Sawit: Pertempuran Lama, Ca-baran Baru”.

Sebelum itu, Pengerusi YSD, TunMusa Hitam menyampaikan ucapanaluan dan berkongsi maklumat de-ngan pesertamengenai inisiatif yangdijalankan YSD dalam bidang pe-muliharaan.

SABTU 5 JANUARI 20132

Tan Sri Bernard Dompok (kanan) bersama Datuk Dr Choo Yuen May danM Nagarajan melawat gerai kerjaya MPOB sempena Program KarnivalKerjaya MPIC di Penampang baru-baru ini.

Tan Sri Shahrir Abdul Samad mempengerusikan perbincangan meja bulatmengenai pemuliharaan. Turut kelihatan Pengerusi YSD, Tun Musa Hitam (kiri)dan Datuk Dr Choo Yuen May (kanan).

Muka 3

Tahun 2012 merupakan tahun yang tidak setandingtahun sebelumnya bagi industri sawit negara, lebih-

lebih lagi dengan pemergian seorang ikon industri sawitiaitu mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik, mantan MenteriPerusahaan Utama yang telah banyak menyumbangkepada pembangunan industri sawit negara. Bagi pihakMPOB dan industri sawit negara, saya merakamkanucapan takziah kepada isteri dan keluarga mendiangTun Dr Lim.

Walaupun perangkaan prestasi industri sawit negarauntuk tahun 2012 belum diumumkan lagi, berdasarkanstatistik sehingga kini, kita telah boleh menjangkakanbahawa prestasi tahun 2012 adalah tidak begitu baikberbanding dengan tahun 2011. Sebagai contoh, jumlahpendapatan eksport produk-produk sawit sehingga bulanNovember 2012 adalahRM65.89 bilion berbanding denganRM 73.71 bilion bagi tempoh yang sama tahun 2011.

Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh industri sawitnegara pada tahun 2012 termasuklah isu-isu mengenaikemampanan dan pemakanan. Ini termasuk isu pe-labelan minyak sawit di Australia dan Perancis, per-undanganmengenai biobahan apidi Amerika Syarikat dan KesatuanEropah, piawaian CODEX menge-nai lemak tepu dan piawaian baruAQSIQ di Negara China mengenaikualiti minyak sayuran mulai Ja-nuari 2013.

Isu stok tinggi dan kejatuhanharga minyak sawit mungkin me-rupakan isu terbesar yangdihadapipada tahun 2012. Tahun 2013 akanterus dipenuhi dengan cabaranyang perlu ditangani bagi men-jamin kesejahteraan industri sawitnegara. Banyak usaha telah dirang-ka dan dilaksanakan bagi mengu-kuhkan harga minyak sawit. Initermasuk penanaman semula po-kok sawit yang tua dan tidak pro-duktif, mempercepatkan pelaksa-naan Program B5 iaitu penggu-naan adunan lima peratus biobahan api sawit dengan95% diesel petroleum di seluruh Semenanjung Malaysia,serta pelaksanaan B10, dan pelaksanaan struktur dutieksport baru mulai Januari 2013 yang dijangka dapatmemperkukuhkan daya saing aktiviti-aktiviti hiliran.

Pada masa yang sama, usaha-usaha di bawah BidangEkonomi Utama Negara (NKEA) diteruskan untuk me-ningkatkanproduktiviti dan tambahnilai. Usaha tanamsemula dan tanaman baru sawit akan dipergiatkan danpelaburan dalam industri hiliran oleokimia serta ma-kanan dan kesihatan ditingkatkan.

Selain daripadausahamenghadapi cabaran tertentu,MPOB juga melaksanakan strategi penyelidikan danpembangunan terutamanya untuk meningkatkan pro-duktiviti dan pengetahuanmengenai penanaman sawitdi tanah gambut; dan menangani isu-isu berkenaanmakhluk perosak dan penyakit, automasi dan me-kanisasi untuk mengatasi masalah kekurangan tenagaburuh, kemampanan, penggunaan biojisim, tenagayang boleh diperbaharui, pemakananminyak sawit danproduk hiliran. Kemajuan dalam bidang-bidang pe-nyelidikan ini akan dibincangkan di MPOB Interna-tional Palm Oil Congress (PIPOC) 2013 yang akan di-adakan pada bulan November tahun ini. Adalah di-jangka lebih 2,000 peserta dari dalam dan luar negaraakan menyertai Kongres Antarabangsa anjuran MPOBini. MPOB juga akan terus berusaha memberi khidmatnasihat kepada pekebun-pekebun kecil.

Bagi prospek industri sawit, Palm Oil EconomicReview and Outlook Seminar 2013 akan diadakan pada14 Januari 2013 di Double Tree by Hilton Kuala Lumpur.Seminar ini menyediakan platform bagi industri sawitmendapatkan maklumat terkini mengenai prospek ta-hun 2013.

MPOB dan Kementerian Perusahaan PerladangandanKomoditi akanmemastikan bahawa semua langkahdan usaha dilaksanakan bersama pihak industri sawitbagi mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi agarindustri sawit negara terusmaju ke hadapan. Ini adalahkerana industri sawit merupakan salah satu tonggakutama ekonomi negara dan seterusnya dapat me-nyumbang kepada pencapaian hasrat negara untukmenjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.Selamat Tahun Baru 2013.

Page 2: Minda 2013

Beliau berkata demikian pada se-si dialog dengan industri sawit Sa-bah bagi mendapat maklum balasmengenai isu kilang sawit yang ti-dak membeli buah sawit daripadapenanam sawit, di sini, baru-baruini.Sesi dialog itu dihadiri 92 peserta

terdiri daripada pengilang, penapis,peladang dan persatuan yang ter-babit dengan industri sawit. Ia ada-lah sesi kali ke-2 selepas sesi dialogpertama yang berlangsung di KotaKinabalu pada Disember tahun lalu.Pada dialog itu, Tan Sri Bernard

Dompok, menjelaskan bahawa pe-nurunan harga minyak sawit men-tah (MSM) adalah berpunca daripermintaan yang lembap di pasa-ran eksport utama seperti China,Kesatuan Eropah, India dan Ame-rika Syarikat.

“Ini adalah susulan pertumbu-han ekonomi yang menurun di ne-gara-negara berkenaan akibat krisiskewangan yang secara langsungmenjejaskan permintaan MSM.“Bagi memperkukuhkan harga

MSM, Kerajaan melaksanakan me-kanisma supply management ter-masuk mensasarkan penebangan100,000 hektar pokok sawit yangberumurmelebihi 25 tahunmelaluiSkim Insentif Tanam Semula Sawit2013 (SITS 2013) yang dilancarkanpada 1 Januari 2013 lalu.“SITS 2013 menyediakan insentif

sebanyak RM1,000 sehektar untukpenanaman semula sawit denganbahan tanaman berkualiti bagi me-ningkatkan produktiviti dalamjangka masa panjang,” panjang.Beliau juga berkata, bagi mening-

katkan daya saing MSM di pasaranglobal, Kerajaanmengurangkan du-ti eksport MSM di antara 4.5 hingga

8.5 peratus dan menggantung pem-berian kuota MSM tanpa duti mulai1 Januari lalu.Selain itu, bagi mengurangkan

stok domestik MSM, Kerajaan jugabersetuju mempercepatkan pelak-sanaan Program B5 (adunan 5 pe-ratus ester metil sawit dengan di-esel) dan menggalakkan pengguna-an biobahan api berasaskan sawitsehingga 10 peratus di lain-lain sek-tor.“MPIC dan MPOB akan terus me-

mantau kedudukan harga dan jugaamalan pembelian BTS di sampingmempertimbangkan lain-lain pen-dekatan untuk memperkukuhkanlagi harga MSM bagi memastikanpendapatan pengusaha tanamansawit tidak terjejas,” katanya.Turut hadir, Setiausaha Bahagian

Industri Sawit dan Sagu MPIC, Ak-nan Ehtook dan Ketua PengarahMPOB, Datuk Dr Choo Yuen May.

Dari muka 1

Permintaan lembap punca harga jatuh

Penjenamaan minyaksawit Malaysiauntuk terokai pasaranOleh Noor AsmawatiAbdul [email protected]

Putrajaya

Malaysia merancang menje-namakan minyak sawit de-ngan prospek bagi mewu-

judkan sistem pensijilan tersendi-ri.

Menteri Perusahaan Perlada-ngan danKomoditi, Tan Sri BernardDompok, berkata proses penjena-maan itu adalah usaha bagi mem-bezakan minyak sawit keluaran ne-gara dengan sumber lain berikutankomoditi berkenaan telah melaluikawalan kualiti dan penguatkua-saan yang ketat.

Beliau berkata demikian ketikaberucap merasmikan bengkel ‘Pen-jenamaan Minyak Sawit Malaysia’anjuran Kementeriannya dengankerjasama Lembaga Minyak SawitMalaysia (MPOB) dan Majlis MinyakSawit Malaysia (MPOC), di sini, ba-ru-baru ini.

Dapat maklum balasMenurutnya, bengkel berkenaanbertujuan mendapatkan maklumbalas melalui sumbang saran olehpihak yang terbabit dengan industrisawit ke arah penjenamaanminyaksawit Malaysia.

“Bengkel ini adalah sejajar per-saingan yang wujud daripada ne-gara pengeluar minyak sawit lainserta perkembangan permintaanglobal ke atas minyak sawit melaluiamalan pensijilan mampan.

“Minyak sawit Malaysia diterimaumum kerana berkualiti tinggi hasildari sistem kawalan kualiti dan pe-nguatkuasaan yang ketat di sepan-jang rantaian pengeluarannya,” ka-tanya.

Katanya, sebagai pengeluar mi-nyak sawit mampan yang melak-sanakan amalan pertanian baik danmematuhi peraturan alam sekitar,Malaysia harusmemperlihatkan per-bezaan komoditi berkenaan melaluiproses penjenamaan secara aktif.

Pembangunan penjenamaan“Kementerian saya akan terus me-neroka dan melaksanakan amalantambahan bagimengukuhkan sum-ber utama ekonomi negara itu.Bengkel ini adalah antara langkahpertama ke arah pembangunanpenjenamaan minyak sawit yangmenepati standard ditetapkan ser-ta mematuhi undang-undang danperaturan Malaysia,” katanya.

Menurutnya, Malaysia akan te-rus berperanan menyediakan sum-ber makanan utama dengan mem-

bekalkan minyak sawit yang mam-pu dinikmati penduduk dunia.

“Ini sejajar kedudukan Malaysiaselaku pengeluar utama minyak sa-wit bersama negara Indonesia,yang mengeluarkan 85 peratus be-kalan minyak sawit kepada dunia.

“Pada2012, sejumlah18.78 juta tanminyak sawit mentah dikeluarkannegara dengan 85 peratus daripa-danya dieksport yang merangkumi28.1 peratus pasaran eksport minyakdan lelemak global,” katanya.

Katanya, walaupun minyak sa-wit adalah sumber yang mampandan bahan mentah bagi industrimakanan, oleokimia dan bahan apibio, kritikan secara berterusan da-ripada badanbukan kerajaan (NGO)alam sekitar terhadap aktiviti pe-musnahan alam sekitar akibat pe-nanaman sawit terus wujud.

“Dalam konteks ini, saya ingintegaskan bahawa industri sawit Ma-laysia adalah sektor yang diurusdengan baik berbanding mana-ma-na sistem pertanian lain di dunia.

“Pelaburan bagi aktiviti penye-lidikan dan pembangunan ke arahmeningkatkan produktiviti sentia-sa diteruskan,” katanya.

Antara cadangan bengkel terma-suk keperluan untuk membezakanminyak sawit Malaysia daripadami-nyak sawit yang dihasilkan olehnegara lain, penggunaan nama Ma-laysia dalam penjenamaan minyaksawit negara, memperkenalkanproses pensijilan danmenerima pa-kai tiga nilai sosial dalam pensijilanminyak sawit iaitu keselamatan,alam sekitar dan amalan mam-pan.

2 SABTU 2 FEBRUARI 2013

Tan Sri Bernard Dompok

2012 adalah tahun yang penuh dengan cabaran bagiindustri sawit Malaysia. Pengeluaran minyak sawitmentah (CPO) menurun 0.7 peratus kepada 18.78 juta,berbanding 18.91 juta tan diperoleh pada tahun 2011.Selepas mengalami pengeluaran buah sawit yang me-muncak pada tahun 2011, hasil buah sawit menun-jukkan aliran penurunan pada setengah tahun per-tama 2012.

Penurunan pengeluaran buah sawit pada tahun2012 berpunca dari tekanan pengeluaran yang di-hadapi pokok sawit dan faktor ini menyumbang ke-pada penyusutan pengeluaran CPO. Bekalan minyaksawit tempatan yang rendah pada setengah tahunpertama 2012 mendorong sektor pemprosesan untukmengimport minyak sawit bagi menampung permin-taan eksportnya.

Harga CPO pada setengah tahun pertama 2012berada di tahap melebihi RM3,000 satu tan denganharga purata bulanan tertinggi dire-kodkan pada bulan April padaRM3,480.50 satu tan.

Bagaimanapun, harga CPO menun-jukkan arah aliran penurunan padasetengah tahun kedua 2012. Ini ber-ikutan stok minyak sawit negara yangsemakin meningkat disebabkan pe-ngeluaran CPO yang mulai meningkatpada bulan Julai. Penurunan hargaCPO ini seiring harga minyak sainganseperti minyak soya dan sesawi yangmenunjukkan aliran penurunan di-sebabkan krisis kewangan Euro-Zondan juga keadaan ekonomi dunia yanglembap.

Harga purata CPO terendah dicatatkan pada bulanDisember 2012 iaitu RM2,052 satu tan. Bagaimanapun,purata harga CPO bagi tahun 2012 adalah masih tinggiiaitu RM2,764 satu tan.

Stok minyak sawit pada akhir bulan Disember 2012mencecah 2.63 juta tan. Stok akhir bulan Disember2011 yang tinggi iaitu pada paras 2.06 juta tan me-nyumbang kepada stok awal tahun 2012 yang tinggi.

Di samping itu juga, peningkatan import minyaksawit sebanyak 6.5 peratus kepada 1.39 juta tan danpengurangan eksport minyak sawit sebanyak 2.4 pe-ratus kepada 17.56 juta tan juga menyumbang kepadaparas stok yang tinggi pada tahun 2012.

Bagi mengatasi keadaan stok yang tinggi, Kerajaanmengambil beberapa langkah proaktif pada tahun2013 bagi menangani masalah ini. Antaranya, mem-peruntukkan RM100 juta untuk program penanamansemula pokok sawit tua danmempercepatkanprogrambiodiesel ke seluruh Semenanjung Malaysia.

Langkah ini dijangka dapat mengurangkan stokseterusnya menstabilkan harga minyak sawit padatahun 2013.

Pada tahun 2012, sungguhpun eksport minyak sawitmenurun 2.4 peratus tetapi jumlah eksport produksawit meningkat 1.2 peratus kepada 24.56 juta tandengan produk oleokimia dan dedak isirung sawitmencatatkan peningkatan masing-masing sebanyak19.2 peratus dan 10.4 peratus kepada 2.6 juta tan dan2.46 juta tan.

Pendapatan eksport dari produk sawit pula ber-kurangan sebanyak 11.2 peratus kepada RM71.4 bilionberbanding RM80.4 bilion yang diperoleh pada tahun2011 berikutan harga minyak sawit yang lebih rendahpada tahun 2012.

Harga minyak sawit yang lebih rendah berbandingminyak saingan lain seperti minyak soya dan minyaksesawi mendorong beberapa negara pengimport uta-ma (seperti India dan Kesatuan Eropah) meningkatkanpengimportan minyak sawit Malaysia.

Republik Rakyat China, India, Kesatuan Eropah,Pakistan dan Amerika Syarikat kekal sebagai peng-import utama minyak sawit Malaysia pada tahun2012.

Kerajaan Malaysia juga menstruktur semula cukaieksport CPO mulai Januari 2013. Kadar cukai eksportyang sebelum ini sekitar 23 peratus diturunkan kepada4.5 peratus hingga 8.5 peratus bergantung kepada hargaCPO yang diwartakan Jabatan Kastam Di Raja Malaysia.

Adalah diharapkan usaha murni Kerajaan ini dapatmembantu industri sawit Malaysia terus bersaing dipasaran antarabangsa.

Page 3: Minda 2013

Forum bincangguna B10 sektorindustri sawit» Penggunaan B10 mampu kurangkanstok minyak sawit seluruh negara

Oleh Noor AsmawatiAbdul [email protected]

Bangi

Forum bagi membincangkanpenggunaan B10 secara suka-rela oleh sektor industri sawit

yang dipengerusikan Menteri Peru-sahaan Perladangan dan Komoditi,Tan Sri Bernard Dompok, diadakandi sini, baru-baru ini.

Forum berkenaan dihadiri wakilindustri sawit, pengeluar biodiesel,pembekal, syarikat petroleum danpengguna yang berpotensi menggu-nakan B10 iaitu adunan 10 peratusbiodiesel sawit dengan 90 peratusdiesel petroleum.

“Kementerian saya melihat B10amat berpotensi untuk digunakandalam sektor yang tidak bersubsidiseperti sektor industri sawit, per-lombongan dan pengeluaran,” ka-tanya ketika berucap pada forumberkenaan.

Dalam hal ini katanya, Kemen-terian sedang mencari penggunasukarela bagi menggunakan adu-nan biodiesel dalam kadar yanglebih tinggi terutama di kalanganpenggiat industri.

Disaran guna B10Menurutnya, sementara menunggupiawaian dan standard B10 diba-ngunkan untuk penggunaan secaramandatori, syarikat perladangan sa-wit yang besar terutamanya disaranmenggunakan B10 sebagai bahanapi bagi jentera ladang, kilang dankemudahan lain.

Katanya lagi, sektor industri sa-wit adalah antara pengguna ter-besar diesel petroleum untuk tu-juan penjanaan tenaga.

“Oleh itu, peningkatan penggu-naan biodiesel dalam operasi ha-rian akan memberi manfaat dalampelbagai cara.

“Dalam jangka panjang, ia akandapat memastikan bekalan tena-ga dalam negara kerana biodieseladalah sumber tenaga yang boleh

diperbaharu dan mesra alam.Menurutnya, penggunaan biodi-

esel juga akan mengurangkan stokminyak sawit dan seterusnya men-stabilkan harga minyak sawit dipasaran.

Katanya lagi, stok minyak sawitnegara kini berada pada paras 2.6juta tan dan penggunaan B10 olehsektor industri sawit dijangkamam-pu mengurangkan sekurang-ku-rangnya satu juta tan minyak sawitmentah jika dilaksanakan ke se-luruh negara kelak.

Menurutnya lagi, di beberapa ne-gara seperti Indonesia dan Colum-bia telah menggunakan kadar adu-nan biodiesel sehingga 10 peratusmanakala negara-negara KesatuanEropah dilapormenggunakan kadaradunan sehingga tujuh peratus.

“Dalam kedua-dua kes tiada ma-salah teknikal yang dilapor bagipenggunaan biodiesel dengan ka-dar adunan 10 peratus dan tujuhperatus.

Bahan api masa depan“Ini menunjukkan B10 amat ber-potensi untuk menjadi bahan apimasa depan,” katanya.

Katanya, sebagai permulaanprogram penggunaan B10 akan di-jalankan secara sukarela.

“Kerajaan juga menyediakan da-na permulaan RM3 juta daripadaDana Penstabilan Harga Minyak Sa-wit untuk memastikan program iniberjaya dilaksanakan,” katanya.

Tambahnya, MPOB juga menja-lankan penyelidikan dan pemba-ngunan yang berterusan sejak ta-hun 1980-an yang menunjukkanbiodiesel boleh digunakan sebagaigantian diesel petroleum.

Hadir sama, Timbalan MenteriPerusahaan Perladangan dan Ko-moditi, Datuk Hamzah Zainudin;Ketua Setiausaha KementerianPerusahaan Perladangan dan Ko-moditi, Datin Paduka NurmalaAbd Rahim dan Ketua PengarahMPOB, Datuk Dr Choo Yuen May.Katanya lagi, program B10 adalah

kesinambungan program B5 yangdilaksanakan secara berperingkatmulai Jun 2011.

“Sebelum ini, program B5 men-dapat kerjasama lima syarikat petr-oleum utama negara ini iaitu Pe-tronas, Shell, Chevron, Petron danBHP untuk membekalkannya di1,150 stesen minyak mereka di Wi-layah Tengah.

Penggunaan meningkatMenurutnya, program B5 di wi-layah itu pada masa ini memba-bitkan penggunaan sebanyak110,000 tan minyak sawit mentahsetahun.

“Jumlah ini dijangka meningkatkepada 0.5 juta tan setahun apabilaprogram B5 diperluaskan ke selu-ruh negara kelak.Beliau juga berkata, kemente-

riannya juga bekerjasama denganKementerian Tenaga, TeknologiHijau dan Air (KeTTHA) untuk me-laksanakan projek percubaanpenggunaan 40 peratus olein sa-wit bagi bahan api yang diguna-kan untuk loji penjanaan elektrikdi Sandakan, Sabah mulai Mac2013.

B5 guna 110,000 tan minyak sawit setahunDari m uka 1

2 SABTU 2 MAC 2013

Tan Sri Bernard ketika mempengerusikan forum mengenai penggunaan biodiesel bagi sektor industrisawit. Turut kelihatan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin (duadari kiri), Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datin Paduka Nurmala AbdulRahim (kanan) dan Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Choo Yuen May (kiri).

Projek yang dilaksanakan Kerajaan di bawah ProgramTransformasi Ekonomi (ETP) untuk membawa Ma-

laysia ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang2020 membabitkan semua golongan rakyat termasukpekebun kecil sawit. Antara projek di bawah programBidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) sawit adalahmempercepatkan penanaman semula pokok sawit tuayang tertangguh pada akhir tahun 2010 sebanyak109,000 hektar (ha) oleh pekebun kecil. Untuk tujuan ini,peruntukan sebanyak RM902 juta bagi tahun 2011/2013disediakan.Langkah bagi mengganti pokok sawit tua dengan klon

bahan tanaman baru yang berpotensi tinggi dan di-tambah dengan penerapan teknologi penanaman danpengurusan terkini akan menjamin pengeluaran hasilbuah tandan segar (BTS) yang lebih tinggi iaitu melebihi25 tan/ha/tahun untuk tempoh 20 tahun akan datang.Pengeluaran BTS yang tinggi ini akan memberikan pen-dapatan lumayan tinggi kepada pekebun kecil seterusnyamenyumbang terhadap pendapatan negara.Nilai bantuan Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil

(TSSPK) adalah RM7,500/ha di Semenanjung danRM9,000/ha di Sabah dan Sarawak. Kerajaan juga me-nawarkanprogramTanamBaru SawitPekebun Kecil (TBSPK) dengan nilaibantuan yang sama seperti TSSPK.Program TBSPK ini masih di dalamkerangka ETP kerana pengiraan Pen-dapatan Negara Kasar (Gross NationalIncome) (GNI) adalah berdasarkan ke-luasan penggantian pokok tua ataupenanaman sawit di kawasan baru.Peserta TBSPK adalah suntikan baruke sektor pekebunkecilmenggantikanpekebun kecil yang telah uzur dantidak berminat lagi dalam perusa-haan ini.Sehingga akhir Disember 2012, jum-

lah keseluruhan 45,197 ha atau 68 pe-ratus siap ditanam atau dalam prosespenanaman. Bagi mencapai sasaransumbangan GNImelalui program ini, seluas 63,803 ha perluditanam (secara tanaman baru atau tanaman semula) bagimencapaimatlamat 109,000 ha sebelum akhir 2013. Ini satutugas amat mencabar dan memerlukan kerjasama dankomitmen pegawai MPOB, pekebun kecil dan pembekalinput pertanian.Pada awal November 2012, permohonan TSSPK dan

TBSPK dibekukan sementara kerana keseluruhan per-mohonan diterima telah melebihi kuota. Selepas di-perincikan, didapati permohonan bagi Sarawak adalahterlalu banyak dan negeri berkenaan tidak berupayamenyediakan keperluan anak benih sekiranya pena-naman hendak dibuat sebelum akhir tahun 2013. Jus-teru, peruntukan bagi negeri Sarawak dikurangkan daninimembolehkan permohonan TSSPK dan TBSPK dibukasemula untuk pekebun kecil di Semenanjung dan Sabahmasing-masing mulai 1 Mac 2013 dan 1 April 2013 danpermohonan akan ditutup pada 30 September 2013.Oleh yang demikian, MPOB menyeru semua pekebun

kecil di Semenanjung dan Sabah membuat permohonansegera supaya tidak terlepas peluang menyertai programTSSPK atau TBSPK. Bagi pekebun yang telah diluluskanprogram TSSPK dan TSSPK sebelum ini tetapi belummenyediakan kawasan tanaman, mereka dipohon me-ngikut jadual penyediaan tanah supaya MPOB dapatmembekalkan anak benih dan baja mengikut masa yangtelah dijadualkan. Bagi peserta yang telahmenanam anakbenih, mereka perlu menjaga dan mengurus kebun de-ngan baik. Sekiranya memerlukan khidmat nasihat tek-nikal mereka boleh menghubungi Pegawai Tunjuk Ajardan Nasihat Sawit (TUNAS) MPOB. MPOB mempunyai 39pejabat TUNASdi seluruhnegara. Untukmaklumat lanjut,layari www.mpob.gov.my. MPOB jugamerakamkan terimakasih kepada panel pembekal input yang sama-samamenjayakan program TSSPK dan TBSPK selama ini.Program penanaman semula sawit ini dijangka dapat

mengurangkan pengeluaran minyak sawit mentah da-lam jangka masa pendek, menyumbang kepada pe-ngurangan stok minyak sawit negara dan dijangkamemperkukuhkan harga minyak sawit. Dalam jangkamasa sederhana dan panjang, ia dapat meningkatkanhasil pengeluaran pekebun kecil,menaikkan taraf hidupmereka dan seterusnya mentransformasikan Malaysiasebagai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Page 4: Minda 2013

2

Industri sawiteksport terbesarkomoditi negara» RM73.3 bilion diraih daripadakeseluruhan pendapatan RM127.5 bilion

Tan Sri Bernard Dompok bergambar bersama pemenang Anugerah Wartawan Terbaikbagi sektor komoditi yang disampaikan sempena Majlis Malam Media anjuranKementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC). Turut sama ialah KetuaSetiausaha MPIC, Datin Paduka Nurmala Abdul Rahim.

Kesatuan Eropah adalah destinasi kedua terbesar bagi pengeksportanminyak sawit negara. Eksport ke Kesatuan Eropahmeningkat dari 2.01 juta

tan pada tahun 2011 kepada 2.22 juta tan pada tahun 2012. Nilai eksport pulameningkat dari RM6.27 bilion kepada RM6.55 bilion. Bagaimanapun, buatmasa ini pengeksportan minyak sawit ke Kesatuan Eropah terutama Perancisterancam berikutan isu tuduhan minyak sawit mengandungi asid lemak tepuyang tinggi lalu meningkatkan kandungan kolesterol dalam darah.

Perancis melancarkan pelabelan "Tanpa Minyak Sawit" bagi produk ma-kanan dan yang palingmenghampakan iamendapat reaksi positif di kalanganpengguna di sana. Tidak cukup dengan itu, perang ke atas minyak sawitditeruskan lagi dengan cadangan cukai yang digelar “Nutella Tax” yangmuncul pada penghujung tahun lalu. Jawatankuasa Senat Perancis MengenaiKeselamatan Sosial mencadangkan tambahan cukaisebanyak Euro 300 bagi setiap tan minyak sawit. Sung-guhpun cadangan ini tidak diterima, kemungkinan isuini dibangkitkan semula tidak boleh diabaikan.

Bagi menangani kempen negatif ke atas minyaksawit di Perancis, satu mesyuarat dua hala denganKementerian Pertanian, Makanan Asas Tani dan Per-hutanan Perancis diadakan pada 21 Mac 2013, diketuaiKetua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perlada-ngan dan Komoditi, Datin Paduka Nurmala Abd Rahim.Ini susulan daripada pertemuan di antara MenteriPerusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Ber-nard Dompok dengan rakan sejawatnya, Menteri Per-tanian Makanan Asas Tani dan Perhutanan Perancis,Stephan Lefoll, tahun lalu.

Sewaktumesyuarat berkenaan,MPOBmembentang-kan hasil kajian saintifik dan penyelidikan yang mem-buktikan minyak sawit adalah minyak berkhasiat.Sungguhpun minyak sawit mengandungi asid lemaktepu dan tidak tepu yang hampir sama, minyak sawitmenunjukkan ciri-ciri asid lemak tidak tepu dan tidakmemberi impak negatif terhadap kandungan kolesterol. Satu kajian manusiadijalankan di University of Sydney untuk mengkaji kesan terhadap kesihatanbagiminyak sawit olein berbandingminyak zaitun dimana kedua-duaminyakini mengandungi asid oleik yang tinggi. Hasil kajian menunjukkan bahawaminyak sawit olein dan minyak zaitun mendemonstrasikan manfaat yangserupa ke atas kolesterol darah.

Di samping itu, beberapa usaha sama dibentuk di Kesatuan Eropah bagimencapai kata sepakat bahawa minyak sawit adalah bahan mentah yangboleh diterima dari sudut pemakanan dan proses pengeluarannya adalahmesra alam. MPOB turut menjalankan penyelidikan bersama mengenaipemakanan minyak sawit dengan institusi penyelidikan terkenal di Perancis.Hasil penemuan saintifik ini akan diguna untuk menyangkal segala dakwaandan tohmahan yang memburukkan minyak sawit.

Minyak sawit penting sebagai sumber makanan dan memberikan tenagauntuk penduduk dunia. Ia boleh digunakan dalam industri makanan untukpelbagai aplikasi tanpa asid lemak trans. Kandungan asid lemak minyak sawityang unik menjadikan minyak sawit berkhasiat dan pelbagai fungsi dalamaplikasimakanan. Minyak sawit dengan kandunganmono tak tepu tinggi padakedudukan sn-2 menunjukkan ciri-ciri minyak mono tak tepu seperti minyakzaitun, minyak canola dan minyak kacang tanah. Hasil kajian menunjukkanminyak sawit mengurangkan risiko terhadap penyakit kardiovaskular.

Bagi sektor bukan makanan, industri sawit juga menghadapi cabaran diKesatuan Eropah terutama bagi biodiesel yang dihasilkan daripada minyaksawit. Perundangan Renewable Energy Directive (RED) yang dilaksanakansejak 2010 menggariskan kriteria kemampanan termasuk pengurangan pe-lepasan gas rumah hijau (green house gas - GHG), impak penggunaan biodieselterhadap perubahan penggunaan tanah secara tidak langsung (indirect landuse change) (ILUC) dan sistem pensijilan biobahan api. Setiap biobahan apitermasuk biodiesel sawit perlu memenuhi kriteria pengurangan pelepasanGHG melebihi 35 peratus berbanding diesel petroleum untuk diambil kiradalam pengiraan sasaran pengurangan GHG di negara Eropah.

Suruhanjaya Eropah (EC) baru-baru ini menerbitkan cadangan terbarumengenai peningkatan tahap pengurangan GHG serta pengiraan pelepasanGHG dalam penentuan impak ILUC. Dalam cadangan itu, tahap minimumpenguranganGHGditingkatkandari 35 peratus ke 50 peratusmulai 1 Julai 2014bagi loji baru dan 1 Januari 2018 bagi yang lain. Mujur kilang sawit yangmemerangkap biogas bolehmemenuhi kriteria 50 peratus ini. Bagaimanapun,keputusan untuk mengambil kira ILUC akan dikaji semula pada tahun 2017untuk kemungkinan pelaksanaan pada 1 Januari 2021 atau lebih awal.Sekiranya ini berlaku, biodiesel daripada semua minyak sayuran akanterjejas.

MPOBakanmeneruskanusahamemastikan pasaran eksport biodiesel sawittidak terjejas. Ini termasuk menjalankan penyelidikan bagi mencabar datadigunakan dalampengiraan pengurangan pelepasanGHGdan impak biodieselterhadap faktor ILUC. Usaha bagi meningkatkan produktiviti industri sawitdan amalan mampan industri sawit termasuk pengurangan pelepasan GHGdari industri sawit negara akan diteruskan. Di samping itu, MPOB akanmeneruskan hubungan erat dengan pihak EC dan Joint Research Centre untukmengemukakan data saintifik terkini supaya industri sawit negara, termasukindustri biodiesel sawit, terus berdaya saing dan berdaya maju. Pasaran EUadalah amat penting bagi industri sawit dan akan terus diberi perhatiansewajarnya.

Oleh Noor Asmawati Abdul [email protected]

Kota Kinabalu

Sektor sawit masih merupakan pe-nyumbang eksport terbesar industrikomoditi iaitu sebanyak RM73.3 bilion

atau 57.5 peratus daripada keseluruhanpendapatan eksport komoditi yang ber-jumlah RM127.5 bilion pada tahun 2012.

Komoditi lain yang turut menyumbangkepada pendapatan eksport komoditi ialahgetah sebanyak RM28.8 bilion atau 22.6peratus; sektor perkayuan sebanyakRM19.9 bilion (15.6 peratus); sektor kokoRM3.7 bilion (2.9 peratus); sektor tembakauRM1.6 bilion (1.2 peratus) dan sektor ladaRM244.9 juta (0.2 peratus).

Menteri Perusahaan Perladangan danKomoditi, Tan Sri Bernard Dompok ber-kata, pada tahun 2012, pendapatan eksportnegara dari sumber komoditi dan produkberasaskan komoditi ialah sebanyakRM127.5 bilion, berbanding RM141.2 bilionpada 2011.

Beliau berkata demikian pada MajlisMalam Media Komoditi anjuran Kemen-terian Perusahaan Perladangan dan Ko-moditi (MPIC) di sini, baru-baru ini.

“Prestasi eksport tahun 2012 adalah di-pengaruhi oleh antara lain, penguranganpermintaan dan pertumbuhan ekonomiyang lembap di negara pengimport utama.

“Sektor sawit masih merupakan pe-nyumbang eksport terbesar berbanding ko-moditi lain,” katanya.

Menurutnya, walaupun pendapatan eks-port komoditi dan produk komoditi yangdirekodkan berkurangan berbanding tahun2011, jumlah berkenaan adalah ketiga ter-besar atau 18.2 peratus dari keseluruhanpendapatan eksport negara, selepas indus-tri elektrik dan elektronik serta gas danpetroleum.

Katanya lagi, sektor komoditi dijangkaterus menjadi penyumbang utama kepadapendapatan eksport negara.

“Jangkaan ini mengambil kira pertum-buhan ekonomi penduduk dunia dan ke-perluan bahan makanan yang sentiasameningkat.

“Di samping itu, ekonomi negara peng-import utama di Kesatuan Eropah danAmerika Syarikat dijangka pulih pada ta-hun 2013.

“Keadaan ini dijangka meningkatkan la-gi peluang pasaran untuk produk komoditiMalaysia di pasaran dunia,” katanya.

Menurutnya, walaupun begitu, sektorkomoditi sentiasa berhadapan persaingandan isu baru di pasaran.

Pada majlis itu, beliau turut menyam-paikan penghargaan kepada pihak mediayang sentiasa memberi kerjasama dan so-kongan penuh dalammemberi liputanme-luas terhadap program anjuran MPIC danagensi di bawahnya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasihkepada semua media dan berharap so-kongan berterusan akan diberi kepada sek-tor perladangan dan komoditi.

“Kita sangat bertuah kerana liputan,tulisan dan laporan pihak media, berita,dasar dan program mengenai sektor per-ladangan dan komoditi dapat disampaikandengan cepat dan tepat kepada orang ra-mai,” katanya.

Pada majlis berkenaan, beliau turut me-nyampaikan enam anugerah khas iaituAnugerah Wartawan Terbaik bagi sektorsawit, getah, perkayuan, kenaf, koko danlada kepada pengamal media yang telahmemberikan liputan berterusan mengenaiMPIC dan agensi-agensi di bawahnya.

Majlis turut dihadiri Ketua SetiausahaKementerian Perusahaan Perladangan danKomoditi, Datin Paduka Nurmala AbdulRahim serta Pengerusi, Ketua Pengarah danKetua Pegawai Eksekutif Agensi dan Majlisdi bawah MPIC.

Page 5: Minda 2013

2 SABTU 4 MEI 2013

Hello Komoditi tingkatpengetahuan masyarakat» PendekatanMPIC bertemumasyarakat,perjelaskemudahan

Pekebun kecil dibantuDari muka 1

Tan Sri Bernard Dompok melawat pameran MPOB sempenaprogram Hello Komoditi sambil diberi penerangan oleh KetuaPengarah MPOB, Datuk Dr Choo Yuen May.

Sabah dan Sarawak muncul sebagai negeri-negeri yang terbesarnegara bagi tanaman sawit. Keluasan tanaman sawit di kedua-

dua negeri ini berjumlah 2.52 juta hektar dan menyumbanghampir separuh daripada 5.08 juta hektar keluasan tanaman sawitMalaysia, iaitu 28.4 peratus bagi Sabah dan 21.2 peratus bagiSarawak. Di samping itu, Sarawak menunjukkan kadar pertum-buhan tahunan penanaman sawit yang tertinggi iaitu 9.7 peratussetahun bagi lima tahun kebelakangan ini, manakala Sabah men-catat 2.0 peratus bagi tempoh masa sama. Penanaman sawit diSabah secara besar-besaran bermula dari akhir tahun 1980-an dankini lebih kurang 12 peratus daripada tanaman sawit di Sabah sediauntuk ditanam semula.

Bagi suku tahun pertama 2013, Sabah dan Sa-rawak masing-masing menyumbang kepada 26.6peratus dan 13.1 peratus daripada 6.54 juta taneksport produk sawit Malaysia. Dari segi nilai pen-dapatan eksport pula sebanyak 24.7 peratus dan 11.9peratus daripada RM15.21 bilion diperoleh kedua-dua negeri bagi tempoh sama. Sumbangan pen-dapatan yang lebih rendah berbanding kuantitieksport ini disebabkan kekurangan industri hiliranyang bernilai tambah tinggi seperti oleokimia danbiodiesel di negeri Sabah dan Sarawak berbandingSemenanjung Malaysia yang menyumbang kepada60.3 peratus daripada kuantiti eksport dan 63.4peratus daripada pendapatan eksport.

Menyedari keperluan pembangunan industri yang bersepadubagi menggalakkan pertumbuhan industri bernilai tambah tinggiterutama di Sabah dan Sarawak, kerajaan mengenal pasti pem-bangunan Palm Oil Industrial Cluster (POIC) di Lahad Datu, San-dakan, Bintulu dan Tanjung Manis sebagai antara strategi di bawahPelan Induk Perindustrian ke-3 (IMP3). Sejumlah RM1.29 biliondiperuntukkan bagi menyediakan infrastruktur lengkap di kawasanPOIC. Sehingga kini kemudahan untuk 15 syarikat siap dibina dansembilan syarikat sudah beroperasi di POIC Lahad Datu.

Bagi memastikan industri sawit terus membangun, kerajaanjuga menyediakan pelbagai geran dan insentif, sejumlah besardisalurkan ke kedua-dua negeri ini. Antaranya adalah Skim InsentifTanam Semula (SITS) yang bermula November 2008 dan berakhirDisember 2010. Sebanyak RM200 juta diperuntukkan melaluipemberian insentif sebanyak RM1,000 sehektar kepada estet danpekebun kecil yang menanam semula pokok sawit mereka yangberumur 25 tahun dan ke atas. Sebanyak RM23.3 juta dibayar bagi23,311 hektar tanaman sawit milik estet dan juga pekebun kecilpersendirian di Sabah manakala di Sarawak RM8.7 juta dibayarkepada penanam sawit dengan jumlah keluasan 8,764 hektar yangmana masing-masing memohon dan layak untuk skim SITS ini.

Di samping itu, di bawah Projek Permulaan 1 (EPP1) BidangEkonomi Utama Negara (NKEA) bagi sawit, sejumlah RM902 jutadiperuntukkan bagi tahun 2011 hingga 2013 untuk memper-cepatkan penanaman baru dan penanaman semula kesemuapokok sawit yang berhasil rendah dan berumur lebih 25 tahun bagimeningkatkan hasil purata buah tandan segar (BTS) kepada 26 tansehektar setahun menjelang 2020. Pembayaran sebanyak RM9,000sehektar dibuat kepada penanam yang menanam semula dantanam baru sawit. Pembayaran bulanan sebanyak RM500 selamadua tahun dibuat kepada setiap pekebun kecil persendirian yangmemegang 2.5 hektar tanaman sawit atau kurang. Sehingga akhirApril 2013, RM505.0 juta diguna pakai bagi EPP1 di Sabah danRM268.6 juta di Sarawak. Seramai 4,431 pekebun kecil di Sabah dan12,019 pekebun kecil di Sarawak menikmati manfaat daripadaprojek usaha kerajaan ini.

Selain itu, MPOB juga memainkan peranan penting dalammembangunkan industri sawit di Malaysia dengan memberi khid-mat nasihat kepada pekebun kecil persendirian melalui 19 PejabatTUNAS MPOB, iaitu sembilan di Sabah dan sepuluh di Sarawak.Dengan usaha dimainkan Pegawai TUNAS daripada pejabat TUNASMPOB, seramai 134 pekebun kecil di Sabah dan 37 di Sarawakberjaya memasuki Ahli Kelab 30 Tan MPOB apabila mencapaipengeluaran hasil BTS sebanyak 30 tan sehektar setahun ataulebih.

Pegawai TUNAS juga memainkan peranan mengumpulkan pe-kebun kecil persendirian yang berhampiran dengan kilang buahuntuk dikelompokkan dan dijadikan ahli kepada pertubuhankoperasi. Usaha ini adalah bertujuan agar mereka dapat me-ngurangkan kebergantungan kepada orang tengah untuk meng-hantar/menjual BTS kepada kilang buah. Padamasa samausaha inidapat membantu/melatih pekebun kecil membuat perundingankontrak jangka panjang dengan pihak kilang. Sehingga April 2013,sebanyak enam koperasi telah ditubuhkan di Sabah dan limakoperasi di Sarawak.

Semoga usaha kerajaan ini dapat memajukan lagi industri sawitnegara di samping menghadapi saingan yang semakin mencabarterutamanya di Sabah dan Sarawak dan pada masa sama mem-bantu rakyat Malaysia menikmati kesejahteraan hidup secaraamnya.

memperuntukkan RM902 jutadi bawah Skim Tanam SemulaSawit Pekebun kecil dan SkimTanam Baru Sawit Pekebun Ke-cil.Pelaksanaan skim ini bertu-

juan menggalakkan pekebunkecil menanam semula pokoksawit tua yang tertangguh ke-rana harga sawit yang tinggi dipasaran dan untuk meningkat-kan produktiviti hasil BTS danpendapatan pekebun kecil.

Jawatankuasa PemanduNKEA Sawit yang dipengeru-sikan bersama Menteri Peru-sahaan Perladangan dan Komo-diti, Tan Sri Bernard Dompokdan Menteri di Jabatan Per-dana Menteri, Datuk Seri IdrisJala, meluluskan peruntukansebanyak RM614.8 juta mem-babitkan sebanyak 29,069 per-mohonan dengan keluasanmencecah 72,787 hektar kepadapekebun kecil yang mengusa-hakan tanaman baharu dan ta-

nam semula sawit di seluruhnegara.Bagi negeri Sabah yang juga

negeri dengan kawasan tana-man sawit terbesar iaitu 1.3 jutahektar, sebanyak RM153.3 jutadiluluskan untuk penanamansemula dan tanaman baharusawit sektor pekebun kecil.Ini membabitkan keluasan

17,000 hektar tanaman sawitdan 4,325 pekebun kecil. Ter-dapat 27,357 pekebun kecil dinegeri Sabah yang mengusaha-kan 185,017 hektar tanaman sa-wit.Di bawah NKEA sawit, ke-

rajaan menyediakan bantuansebanyak RM9,000 sehektar ke-pada pekebun kecil yang me-nanam semula dan mengusa-hakan tanaman baharu. Ban-t u a n i n i m e l i p u t i k o spenyediaan tapak seperti me-nebang danmeracik pokok tua,membaris, teres, parit dan ter-masuk kos membeli anak be-nih, baja dan racun rumpai danserangga perosak.

Bagi membantu pekebun ke-cil sepenuh masa yang bergan-tung pendapatan kepada tana-man sawit dan mengusahakankebun tidak lebih dari 2.5 hek-tar, kerajaan menyedia Bantu-an Penyelenggaraan Kebun(BPK) sebanyak RM500 sebulanyang diberikan selama dua ta-hun bagi yang memenuhi ke-layakan.Untukmemastikan pengelua-

ran hasil sawit sektor pekebunkecil yang tinggi dan pencapa-ianmatlamat peningkatanhasilBuah Tandan Segar (BTS) se-banyak 26 tan sehektar setahunpada tahun 2020, kerajaan me-lalui MPOB juga memberi pe-nekanan kepada usaha-usahamenggalakkan amalan pertani-an baik dan aplikasi teknologibaru penanaman sawit kepadapekebun kecil.Bagi meningkatkan pemba-

bitan pekebun kecil dalamamalan pertanian baik dan pe-ngeluaran mampan, kerajaanmenyedia bantuan melalui pe-nubuhan KPSM. Sehingga Mac2013, sebanyak 23 KPSM telahditubuhkan termasuk enam diSabah.

Oleh Noor Asmawati [email protected]

Program Hello Komoditianjuran Kementerian Pe-rusahaan Perladangan

dan Komoditi (MPIC) adalahpendekatan untuk bertemumasyarakat bagi meningkatkankesedaran dan pengetahuanmengenai kepentingan tana-man komoditi utama negaradan produk-produk berasaskankomoditi.

Program yang dianjur ber-sama agensi di bawah MPICiaitu Lembaga Minyak SawitMalaysia (MPOB), Lembaga Ge-tah Malaysia (LGM), LembagaPerindustrian Kayu Malaysia(MTIB), Lembaga KokoMalaysia(LKM), Lembaga Lada Malaysia(LLM) dan Lembaga Kenaf danTembakau Negara (LKTN).

Sejak dilaksanakan pada ta-hun 2011, Hello Komoditi telahdiadakan di beberapa lokasi diseluruh negara seperti di Sibu,Jerantut, Kuala Pilah, Tawaudan Kuala Selangor. Penganju-ran Program Hello Komoditi te-

lah diperluaskan meliputi ka-wasan Penampang, Tamparuli,Sipitang, Putatan di Sabah, ser-ta Bagan Serai dan Selama diPerak dan Kota Tinggi di Johor.Terbaru, Hello Komoditi diada-kan di Tambunan, Sabah; danPagoh, Johor.

MPIC bertanggungjawab ter-hadap pembangunan industrikomoditi utama negara iaituminyak sawit, getah, kayu-ka-yan, koko, tembakau, kenaf danlada hitam. Melalui programHello Komoditi, kementeriandan agensi di bawahnya dapatmenerangkan kepada masyara-kat mengenai peranan serta ke-mudahan yang disediakan olehMPIC dan agensi di bawahnya.

Tarik minat beliaProgram Hello Komoditi telah

berjaya memupuk dan menarikminat masyarakat terutama go-longan belia untuk mendalamipeluang pekerjaan di sektor per-ladangan dan sektor berkaitan.

Penyertaan Hello Komodititerbuka kepada semua lapisanmasyarakat dengan tumpuankepada pekebun kecil untukmemanfaatkan aktiviti yang di-anjurkan semasa program iniberlangsung.

Ia juga menyediakan mak-lumat untuk meningkatkanpendedahan dan kesedaran ke-pada pekebun kecil mengenaikewujudan kemudahan, insen-tif, skim bantuan dan galakanyang disediakan oleh agensi-agensi di bawah MPIC bagimembantumeningkatkanhasilpengeluaran dan pendapatanpekebun kecil.

Page 6: Minda 2013

Industri sawit negara mencapai satu tahap pembangunanyang amat membanggakan. Bagi tahun 2012, 18.79 juta tanminyak sawit dihasilkan dan nilai produk sawit dieksportberjumlah RM73.26 juta. Kawasan tanaman sawit pula men-cecah 5.08 juta hektar iaitu kenaikan hanya sebanyak 0.08juta hektar atau 1.6 peratus berbanding keluasan tahunsebelumnya. Pola mendatar ini bermakna pertumbuhanindustri sawit tidak boleh lagi bergantung kepada penam-bahan keluasan penanaman semata-mata.Bagi mencapai pertumbuhan industri, strategi dirangka

MPOB ialah strategi serampang tiga mata, iaitu mening-katkan pendapatan melalui peningkatan produktiviti, ak-tiviti tambah nilai dan menuju ke arah industri buangansifar. Justeru, dalam Program Transformasi Ekonomi bagisektor sawit, sasaran pertumbuhan Pendapatan NegaraKasar (Gross National Income) (GNI) sebanyak RM125 bilioniaitu dari RM52.7 bilion pada 2009 ke RM178 bilionmenjelang2020 yang sebahagian besarnya dijangka diperoleh daripadapeningkatan produktiviti serta penambahan nilai yang di-lakukan secara mampan.Peranan inovasi dan teknologi baru melalui penyelidikan

dan pembangunan amat penting bagimencapai pertumbuhan industri sawit.Misalnya bagi meningkatkan produkti-viti di peringkat huluan, penyelidikanuntuk mendapatkan bahan tanamanberhasil tinggi, mencipta formulasi bajayang optimum serta mesra alam, me-rangka amalan pertanian terbaik sertamenangani masalah penyakit danmakhluk perosak pokok sawit adalahamat penting.Dalam usaha mendapatkan bahan ta-

naman berhasil tinggi, MPOB mengum-pulkan koleksi germplasma sawit yangterbesar di dunia dan menghasilkan ba-han tanaman seperti PS1 yang diedar-kan kepada industri. Formulasi baja se-perti F1, F2, serta jentera memunggahbuah tandan segar ‘grabber’, mesin pe-nuai ‘CANTAS’, racun makhluk perosak berasaskan biologiseperti metarhizium dan bacillus thuringiensis, juga di-komersialkan dan diterima pakai industri.Dalam aspek penambahan nilai pula, MPOB berjaya

memperkenalkan produk makanan seperti minyak sawitmerah berjenama ‘Carotino’ yang mengandungi kandu-ngan karotena tinggi, minyak sawit berjenama ‘SmartBalance’ dan ‘Novelin’ yang merupakanminyak nilai tinggidengan kandungan asid mono tak tepu, poli tak tepu sertatepu yang seimbang dan baik untuk kesihatan. Di sampingitu, produk bukan makanan berasaskan sawit sepertibiobahan api, bahan kosmetik dan penjagaan diri, po-liuretana, dakwat cetak dan lain-lain juga berjaya di-hasilkan.Dalam usaha menuju ke arah buangan sifar, teknologi

seperti pemerangkapan biogas dari efluen kilang sawituntuk digunakan sebagai bahan api, pengeluaran papanlapis daripada batang pokok sawit serta pengeluaran papangentian ketumpatan sederhana dan biokompos daripadabiojisim sawit dikomersialkan. Usaha penyelidikan dan pem-bangunan bagi menggunakan biojisim untuk pengeluaranbiobahan api generasi kedua (misalnya bio-oil dan bio-etanol) serta bio kimia masih dijalankan.Setiap tahun MPOB menganjurkan seminar peminda-

han teknologi bagi memperkenalkan teknologi dibangun-kan MPOB untuk diterima pakai industri dan dikomer-sialkan. Setakat ini, 527 teknologi dan produk baru di-lancarkan dan 30.7 peratus daripada jumlah itudikomersialkan.Untuk tahun ini, Seminar Pemindahan Teknologi di-

adakan pada 20 Jun 2013. Sebanyak 15 teknologi baru dan10 hasil penyelidikan berkenaan dengan pemberian per-khidmatan dilancarkan. Antara teknologi baru termasukmesin memproses biojisim sawit, amalan pengurusanterbaik bagi tanaman di tanah gambut, lepa coklat lowsugar/sugar free serta lain-lain ciptaan penyelidik MPOB.Semua adalah dijemput menghadiri seminar ini di MPOB.Maklumat lanjut boleh diperoleh di http://www.mpob.gov.myDengan penghasilan teknologi baru dan inovasi dari

MPOB, institusi penyelidikan serta industri, semoga industrisawit negara dapat mencapai pertumbuhan disasarkan danmenyumbang kepada aspirasi negara mencapai status ne-gara maju menjelang 2020.

2

Hello Komodititingkat pengetahuanmasyarakat» Pendekatanpertingkatpengetahuankepentingantanaman, produk

Oleh Noor AsmawatiAbdul [email protected]

Putrajaya

Kementerian PerusahaanPerladangan dan Komoditi(MPIC) menganjurkan

Program Hello Komoditi sempe-na Festival Belia Putrajaya 2013yang diadakan di sini, baru-baruini.

Program berkenaan juga buatjulung kali dihadiri oleh MenteriPerusahaan Perladangan dan Ko-moditi, Dato Sri Douglas UggahEmas dan Timbalannya, Dato’NoriahKasnon yang baru dilantikmengetuai MPIC.

Program Hello Komoditi ada-lah pendekatan untuk bertemumasyarakat bagi meningkatkankesedaran dan pengetahuan me-ngenai kepentingan tanaman ko-moditi utama negara dan pro-duk-produk berasaskan komodi-ti.

Program yang dianjur bersa-ma agensi di bawah MPIC iaitu

Lembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB), Lembaga Getah Malaysia(LGM), Lembaga PerindustrianKayu Malaysia (MTIB), LembagaKoko Malaysia (LKM), LembagaLada Malaysia (LLM) dan Lem-baga Kenaf dan Tembakau Ne-gara (LKTN).

MPIC bertanggungjawab ter-hadap pembangunan industri ko-moditi utama negara iaitu mi-nyak sawit, getah, kayu-kayan, ko-ko, tembakau, kenaf dan ladahitam.

Peranan MPICMelalui Program Hello Komoditiini, kementerian dan agensi dibawahnya dapat menerangkankepadamasyarakat mengenai pe-ranan serta kemudahan yang di-sediakan oleh MPIC dan agensi dibawahnya.

Program Hello Komoditi ber-jaya memupuk dan menarik mi-nat masyarakat terutama golo-ngan belia untuk mendalami pe-luang pekerjaan di sektorperladangan dan sektor berkai-tan.

PenyertaanHello Komoditi ter-buka kepada semua lapisan ma-syarakat dengan tumpuan kepa-da pekebun kecil untuk meman-faatkan aktiviti yang dianjurkansemasa program ini berlang-sung.

Ia juga menyediakan maklu-mat mengenai untuk mening-katkan pendedahan dan keseda-ran kepada pekebun kecil me-

ngenai kewujudan kemudahan,insentif, skim bantuan dan ga-lakan yang disediakan oleh agen-si-agensi di bawah MPIC bagimembantu meningkatkan hasilpengeluaran dan pendapatanpekebun kecil.

Program berkenaan turutmembabitkan penyertaan golo-ngan belia, pelajar dan masya-rakat umum yang berminatmen-ceburi bidang keusahawanan da-lam sektor komoditi sepertiproduk berasaskan sawit dan ko-moditi lain.

Penganjuran program seum-pama ini memberi manfaat ke-pada masyarakat setempat bagimenambah pengetahuan sertameningkatkan kesedaran masya-rakat untuk menceburi bidangkeusahawanan yang sekali gusmemberikan pulangan ekonomiyang baik.

Program diperluaskanSejak dilaksanakan pada 2011,Hello Komoditi sudah diadakandi beberapa lokasi di seluruh ne-gara seperti di Sibu, Jerantut,Kuala Pilah, Tawau dan KualaSelangor. Penganjuran ProgramHello Komoditi diperluaskan me-liputi kawasan Penampang, Tam-paruli, Sipitang, Putatan di Sa-bah, serta Bagan Serai dan Se-lama di Perak dan Kota Tinggi diJohor.

Terbaru, Hello Komoditi diada-kan di Tambunan, Sabah; danPagoh, Johor.

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Choo Yuen May memberi penjelasan berkaitan sawit kepada Dato SriDouglas Uggah Embas dan Ketua Setiausaha MPIC, Datin Paduka Nurmala Abdul Rahim ketika melawatpameran MPOB sempena Program Hello Komoditi di Putrajaya.

Page 7: Minda 2013

2

Malaysia jadi pusatkecemerlangan komoditi» MPIC, agensikena teliti impakpelaksanaanprogrampembangunan

Dato Sri Douglas Uggah Embas semasa berucap sempena Perhimpunan Bulanan MPIC di Putrajaya,baru-baru ini

Harga minyak sawit seperti lain-lain komoditi, pada asas-nya adalah ditentukan oleh faktor bekalan dan per-

mintaan. Sekiranya bekalan melebihi permintaan, hargaakan turun dan sebaliknya. Dalam lain perkataan, kuasapasaran yangmenentukan harga. Oleh kerana pasaran untukminyak sayuran adalah besar, maka adalah tidak mudahuntuk pasaran dan harga dikawal oleh mana-mana pihak.Walau bagaimanapun bagi Malaysia, beberapa usaha jangka

pendek dan jangka panjang telah dirancang dan dilaksanakanuntuk meningkatkan permintaan serta mengurangkan stok be-kalan minyak sawit bagi memperkukuhkan harga minyak sawit.Usaha pertama ialah penggunaan minyak sawit bagi pe-

ngeluaran biobahan api, terutamanya biodiesel sawit. Peng-gunaan minyak sawit untuk penghasilan biodiesel akanmenambah permintaan minyak sawit serta mengurangkanstok. Dengan ini, harga minyak sawit akan dapat diper-kukuhkan. Program biodiesel telah dilaksanakan di semuastesen minyak di Putrajaya, Selangor, Wilayah PersekutuanKuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan di mana semuadiesel petroleum yang dibekalkan mengandungi 5% biodieselsawit. Program yang dilaksanakan secara berperingkat iniakan diperluaskan seterusnya di Johor pada Julai 2013.Penggunaan adunan biodiesel sawit dalam semua bekalandiesel petroleum seluruh negara adalah dijangka dapat di-laksanakan menjelang Julai 2014. Pada masa yang sama,usaha sedang dijalankan untuk me-ningkatkan nisbah adunan melebihi5% ke arah 10% iaitu B10.Penggunaanminyak sawit bagi bio-

diesel diharap dapat menentukan‘floor price’ atau ‘harga lantai’ mi-nyak sawit apabila harga menurun.Sekiranya harganya jatuh di bawahparas harga minyak fosil seperti di-esel petroleum, ramai penggunaakanmeningkatkan penggunaan bio-diesel sawit dan permintaan tam-bahan ini akan dapat meningkatkansemula harga minyak sawit ke parasyang setanding dengan diesel petr-oleum. Walau bagaimanapun, iniadalah berdasarkan andaian bahawapengguna-pengguna tidak mempu-nyai isu penukaran daripada dieselpetroleum kepada biobahan api. Pada hakikatnya, ini me-merlukan masa untuk penyesuaian dan oleh yang demikian,MPOB telah memperkenalkan Skim Insentif Biodiesel Sawit(SIBS), iaitu skim sukarela di mana pihak industri yangmenggunakan biodiesel sawit diberikan insentif sebanyakRM300 setan biodiesel sawit. Ini akan menjadikan hargabiodiesel lebih murah daripada diesel petroleum dan men-dorong syarikat-syarikat menggunakan biodiesel sawit untukloji, dandang, dan lain-lain jentera di kilang masing-masing.Setelah pengguna membiasakan diri dengan penggunaanbiodiesel sawit, maka mereka akan lebih yakin untuk meng-gunakan biodiesel sawit pada masa hadapan apabila hargaminyak sawit turun mendadak ke paras di bawah hargaminyak fosil. Sebanyak RM 3 juta telah diperuntukkan untukskim ini. Skim ini dibuka sehingga 30 September 2013 atausehingga peruntukan habis digunakan, yang mana lebihawal.Di samping melaksanakan penggunaan biodiesel sawit di

dalam negara, usaha juga dijalankan untuk meningkatkaneksport biodiesel sawit. Pengeluar biodiesel sekarang men-dapat peluang meningkatkan eksport biodiesel sawit ke Ke-satuan Eropah (EU) ekoran tindakan EUmengenakan duti ‘antidumping’ ke atas biodiesel dari Indonesia dan Argentina.Satu lagi usaha untukmemperkukuhkan harga ialah untuk

menggalakkan tanaman semula pokok-pokok sawit tua. Se-banyak RM100 juta telah diperuntukkan bagi Skim InsentifTanam Semula (SITS) di mana insentif sebanyak RM1,000sehektar diberikan bagi menggalakkan penanaman semulapokok sawit tua dan tidak produktif. Permohonan dibukasehingga 30 September 2013 atas prinsip first-come, first-serve. Ini adalah usaha jangka masa pendek bagi mengu-rangkan bekalan minyak sawit, tetapi dalam jangka masapanjang, pokok yang ditanam semula akan berbuah dalammasa tiga tahun dengan hasil yang lebih tinggi. Oleh yangdemikian, usaha berterusan mesti dilakukan bagi mening-katkan permintaan sawit, iaitu dengan memperluaskan pa-saran-pasaran sertamenambahkan jenis-jenis kegunaan baruminyak sawit melalui penyelidikan dan pembangunan.Dalam masa terdekat ini, permintaan sawit akan me-

ningkat menjelang bulan Ramadhan / Syawal.Selamat menunaikan ibadah puasa.

Oleh Che Johari [email protected]

Putrajaya

Kementerian PerusahaanPerladangan dan Komoditi(MPIC) akan memastikan

Malaysia menjadi pusat kecemer-langan (centre of excellence) bagisektor komoditi dan sebagai pe-ngeluar utama produk berasas-kan komoditi yang mempunyainilai tambah yang tinggi di pa-saran global.Sehubungan dengan itu, MPIC

dan agensi perlu meneliti impakpelaksanaan program pemba-ngunan agar ia benar-benarmemberi manfaat kepada golo-ngan sasar sektor komoditi yangmeliputi sawit, getah, kayu-ka-yan, koko, lada dan kenaf.Menteri Perusahaan Perlada-

ngan dan Komoditi, Dato Sri Dou-glas Uggah Embas berkata de-mikian semasa berucap di MajlisPerhimpunan Bulanan kali per-tamanya bersama warga kemen-terian, agensi dan majlis di ba-wah MPIC sejak memegang ja-watan Menteri.Dato Sri Douglas Uggah Embas

berkata adalah menjadi tang-gungjawab kita semua untuk me-

laksanakan dasar dan programyang dirancang dengan sebaikmungkin agar cita-cita untukmenjadikan Malaysia sebagai pu-sat kecemerlangan komoditi da-pat direalisasikan.Katanya, kita telah pun berada

di pertengahan tahun 2013. Olehitu, tahun 2020 sudah semakinmenghampiri kita, iaitu lebih ku-rang 6 tahun sahaja lagi.“Tempoh tersebut amatlah sing-

kat dan kritikal bagi kita untukmemastikan sektor perladangandan komoditi terus maju, berdayasaing dan menyumbang kepadapencapaian matlamat DasarTransformasi Negara.”

4 pelan utama“Dasar itu yang ditunjangi oleh 4pelanutama, iaitu ProgramTrans-formasi Kerajaan (GTP), ProgramTransformasi Ekonomi (ETP),Program Transformasi Politik(PTP) dan Program TransformasiSosial (PTS), adalah saling leng-kap-melengkapi di antara satu sa-ma lain.”“Pelan yang komprehensif dan

inklusif ini adalah resepi terbaikuntuk kita mencapai tahap ne-gara maju berpendapatan tinggimenjelang tahun 2020,” katanya.Dato Sri Douglas Uggah Embas

yakin dengan pelbagai inisiatifyang diperkenalkan oleh Kemen-terian, sektor komoditi akan te-rus kekalmenjadi salah satu tong-gak utama ekonomi negara padatahun-tahun mendatang.

Langkah proaktifKementerian telahpun mengam-bil langkah proaktif bagi mem-perkukuhkan harga komoditi,

termasuk pengstrukturan semu-la kadar duti eksport minyak sa-wit mentah, meningkatkan prog-ram biobahan api dari B5 (adu-nan 5% biobahan api sawitdengan 95% diesel petroleum) keB10, insentif tanaman semuladan inisiatif bekerjasama dengannegara pengeluar utama lain.Saya percaya, usaha ini akan

berupaya diterjemahkan kepadaparas harga komoditi yang lebihkukuh danmemanfaatkan indus-tri, pengusaha terutamanya pe-kebun kecil di luar bandar.Beliau berkata, di era globa-

lisasi ini, sektor komoditi ber-hadapan dengan pelbagai caba-ran dan tohmahan oleh pihakyang mempunyai agenda tersen-diri yang membangkitkan isu ke-mampanan, pemeliharaan alamsekitar dan hidupan liar.Namun, sayayakindenganusaha

kementerian dan semua yang ter-libat, kita mampu menangani he-lah dan karenah para pesaing kita.“Pada tahun lepas, kita berjaya

menangani isu pelabelan minyaksawit di Australia dan isu NutellaTax di Perancis.”“Usaha-usaha seperti ini akan

diteruskan dan ditingkatkan bagimemastikan kepentingan indus-tri komoditi tidak terjejas dankekal berdaya saing di pasarandunia,” katanya.Perhimpunan Bulanan MPIC

itu turut dihadiri oleh Timba-lannya, Dato’ Noriah Kasnon, Ke-tua Setiausaha MPIC, Datin Pa-duka Nurmala Abdul Rahim,Timbalan timbalan Ketua Setia-usaha, Ketua-ketua PengarahAgensi dan Ketua-ketua PegawaiEksekutif Majlis di bawah MPIC.

Page 8: Minda 2013

Biodiesel Sawit B7diguna Oktober 2013

415 stesen minyak Johorjual Biodiesel Sawit B5

Pelaksanaanpenggunaan BiodieselSawit bagi sektorbersubsidi di WilayahSelatan melibatkan32,270 tan Biodieselsawit setahun”

Dato Sri Douglas UggahEmbas,Menteri PerusahaanPerladangan dan Komoditi(MPIC)

SABTU 3 OGOS 20132

Dato Sri Douglas Uggah Embas, Dato’ Noriah Kasnon, Datin PadukaNurmala Abd Rahim, DatukDr Choo YuenMay bersama bekas pelumbakereta negara, Alex Yoong semasa pelancaran penggunaan Biodiesel Sawit Peringkat Wilayah Selatan di Pasir Gudang, Johor.

Tahun 2013 menandakan ulang tahunkesepuluh “Human Genome Project”

yang dimulakan pada tahun 1990 danselesai pada 14 April 2003. Pencapaianini merupakan tonggak penting dalammenggunakan penemuan genom untukmemajukan bidang sains dan kesihatan.Tahun 2013 juga penuh bermakna un-tuk projek genom sawit. MPOB telahberjaya memetakan genom sawit danmengenal pasti gen yang kritikal bagihasil minyak sawit dalam dua pener-bitan dalam jurnal antarabangsa yangterkemuka iaitu Nature.

Saya berbangga dengan pencapaianini yang mencerminkan dedikasi kum-pulan saintis di MPOB dan rakan ker-jasama di Syarikat Orion Genomics diAmerika Syarikat. Saya percaya dua pe-nerbitan berturut-turut di jurnal Natureadalah yang pertama untuk saintis diMalaysia dan telahmeletakkan Malaysiadi peta dunia sekali lagi. Kejayaan inijuga memperkukuhkan kedudukanMPOB sebagai sebuah institusi penye-lidikan bertaraf anta-rabangsa.

Penerbitan perta-ma menjelaskan uru-tan genom sawit, yangmerupakan sumberpenting untuk memu-puk kerjasama de-ngan industri dan ko-muniti saintifik di pe-ringkat kebangsaandan antarabangsa. Pe-nerbitan kedua pulamenjelaskan usaha-usaha dalam menge-nal pasti gen Shellyang bertanggungjawab dalam salah sa-tu ciri sawit yang sangat penting iaituketebalan tempurung biji sawit yangberhubung kait dengan saiz buah sawitdan hasil minyak. Gen Shell bertang-gungjawab ke atas tiga bentuk tem-purung iaitu Dura (tempurung tebal),Pisifera (ketiadaan tempurung) dan Te-nera (tempurung nipis). Tenera menun-jukkan produktiviti optimum yangmenghasilkan kandungan minyak se-banyak 30 peratus lebih berbanding Du-ra. Penerbitan kedua juga menerangkanmutasi dalam gen yang menyebabkansawit untuk menjadi sama ada Dura,Pisifera atau Tenera.

Saya percaya dengan adanya datagenom sawit, MPOB dan industri akanterus bekerjasama untuk membantumembawa industri sawit Malaysia ketahap yang lebih tinggi. Di sini saya inginmengucapkan terima kasih kepada in-dustri sawit Malaysia. Pengeluaran datamelalui penerbitan ini juga memenuhikomitmen MPOB untuk berkongsi datagenom sawit dengan masyarakat. Inijuga berfungsi sebagai Genom RujukanKebangsaan untuk Sawit. Perkemba-ngan ini merupakan salah satu strategiutama dalam Dasar Genom KomoditiNasional yang dicadangkan oleh Kemen-terian Perusahaan Perladangan dan Ko-moditi . Penemuan mengenai genomsawit ini menyumbang terhadap pem-bangunan industri sawit negara ke ta-hap yang lebih tinggi. Lembaga MinyakSawit Malaysia (MPOB) akan menerus-kan usaha-usaha dalam projek genomsawit supaya penemuannya dapat me-manfaatkan industri sawit negara danterus menyumbang terhadap pemba-ngunan ekonomi negara.

MPOB merakamkan setinggi-tinggipenghargaan kepada kerajaan atas so-kongan serta bantuan kewangan bagiprojek genom sawit.

Oleh Che Johari [email protected]

Johor Bahru: Penggunaan ba-han api Biodiesel Sawit B7(adunan 7 peratus biodiesel sa-wit dengan 93 peratus dieselpetroleum) dijangka akan mu-la dilaksanakanpada bulanOk-tober 2013 ini, kata MenteriPerusahaan Perladangan danKomoditi, Dato Sri Douglas Ug-gah Embas.“Kerajaan sedang merangka

pelan tindakan bagi mening-

katkan peratusan adunan bio-diesel sawit melebihi tahap 5peratus seperti yang dilaksa-nakan pada masa ini,” katanyasemasa berucap melancarkanpenggunaan biodiesel sawit diperingkat Wilayah Selatan diPasir Gudang, di sini, baru-ba-ru ini.“Pihak berkepentingan se-

perti ‘Japan Automobile Ma-nufacturers Association’ (JA-MA), ‘Malaysian AutomotiveAssociation’ (MAA) dan ‘Fede-ration of Malaysian Manufac-turers’ (FMM) telah menyata-

kan kesediaan mereka untukmenerima B7memandangkanenjin-enjin diesel yang ada dipasaran sekarang tidak diba-ngunkan untuk B10,” kata-nya.Dato Sri Douglas juga ber-

kata, penggunaan B7 dijangkadapat dilaksanakan seawal Ok-tober 2013.

Laksana kajianKatanya, beliau telah memin-ta MPOB menjalankan kajiansaintifik mengenai kesesuaianpenggunaan adunan 10 pera-tus (ataupun yang lebih tinggi)biodiesel sawit kepada kende-raan yangmenggunakan enjindiesel sebelum ianya dilaksa-na sepenuhnya.

Kementer ian bersamaMPOB telah pun mengambil

inisiatif melaksanakan Prog-ram B10 secara sukarela me-lalui Skim Insentif BiodieselSawit dengan peruntukan se-banyak RM3 juta untuk 10,000tan biodiesel sawit.“Pemohon-pemohon di ba-

wah skim ini diberi insentifsebanyak RM300 satu tan bio-diesel sawit yang dibeli.“Di samping itu, ujian per-

cubaan bagi adunan B10 telahbermula sejak Januari 2013melibatkan 81 kenderaanMPOB dan MPIC, 5 kenderaansyarikat Alam Flora, 8 bot ne-layan Lembaga KemajuanIkan Malaysia (LKIM), 50 ken-deraanDewanBandaraya Kua-la Lumpur (DBKL) dan 20 ken-deraan Angkatan Tentera Ma-lays ia se lama 6 bulan,”katanya.

Oleh Che Johari [email protected]

Johor Bahru

Mulai Julai 2013, selu-ruh stesen minyak diJohor yang berjumlah

415 buah akan mula menjualBiodiesel Sawit B5 (adunan 5peratus metil ester sawit de-ngan 95 peratus diesel) kepadakenderaan yangmenggunakanenjin diesel petroleum, kataMenteri Perusahaan Perlada-ngan dan Komoditi (MPIC), Da-to Sri Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata, pelaksanaan

penggunaan Biodiesel Sawitbagi sektor bersubsidi di Wi-layah Selatan meliputi seluruhnegeri Johor itu akan melibat-kan penggunaan sebanyak32,270 tan biodiesel sawit se-tahun.

“Sekali gus, ianya menyum-bang kepada penjimatan peng-gunaan diesel sebanyak 43.14juta liter setahun,” katanya se-masa berucap melancarkanpenggunaan Biodiesel SawitWilayah Selatan di Stesen Mi-nyak Port Garage, Pasir Gu-dang baru-baru ini.

Bagaimanapun, Biodiesel Sa-wit B5 telah mula dijual di 83stesen minyak milik Petronas,

Petron, Shell dan BH Petrol diUtara Johor sejak Januari 2013.

Selepas Wilayah Selatan,Program Biodiesel Sawit akandiperluaskan ke negeri-negeriutara Semenanjung mulai Ok-tober 2013 dan di kawasan ti-mur mulai Januari 2014. Baginegeri Sabah, Sarawak dan Wi-layah Persekutuan Labuan pu-la akan mulai dilaksanakanpada Julai 2014.

“Ini bermakna mulai Julai2014, seluruh Malaysia akandibekalkan dengan BiodieselSawit dengan anggaran peng-gunaan Biodiesel Sawit men-cecah setengah juta tan seta-hun,” katanya.

Page 9: Minda 2013

SABTU 7 SEPTEMBER 20132

Tanah organik atau tanah gambut ialah nama di-gunakan untuk tanah yang sebahagian besar kan-

dungan permukaannya terdiri daripada bahan or-ganik. Tanah ini selalunya terjadi di kawasan paya ditepi pantai, sungai, lembah dan kawasan tinggi yangsejuk. Tanah gambut terbentuk hasil daripada bahanorganik yang terkumpul dan tidak mereput keranasentiasa ditenggelami air atau cuaca yang sentiasasejuk. Tanah gambut terdapat di seluruh Malaysia dansebahagian besarnya di Sarawak. Keluasan tanah gam-but di Semenanjung, Sabah dan Sarawak ialahmasing-masing 716,944 hektar, 121,514 hektar dan 1,588,142hektar.Tanah gambut dikelaskan sebagai bermasalah se-

kiranya ingin dimajukan untuk tanaman sawit. Iaselalu dikaitkan dengan mudah banjir, masam/ber-asid, kurang kesediaan nutrienmikro, mendap dan mengandu-ngi batang serta tunggul kayuyang bolehmengganggu kerja pe-nyediaan tanah. Pada akhir ta-hun 2009 terdapat sebanyak660,000 hektar (13 peratus ke-seluruhan tanaman sawit) di atastanah gambut. Selain masalahberkenaan, tanah gambut jugamelepaskan gas rumah hijau(GHG) apabila disalirkan dan di-bangunkan untuk tanaman sa-wit.Walaupun tanah gambutmem-

punyai beberapa masalah tetapiia boleh ditanam dengan sawitsekiranya diurus dengan betul.Untuk mengatasi masalah danmeningkatkan pengeluaran tanaman sawit di tanahgambut, LembagaMinyak Sawit Malaysia (MPOB)men-jalankan beberapa penyelidikan di tanah gambutberkaitan pengkelasan, teknik penanaman, saliran,pelepasan GHG, pembajaan dan kepelbagaian biologi.Semua penyelidikan dijalankan bersama UniversitiMalaysia Sarawak, Universiti Putra Malaysia, industrisawit dan Makmal Penyelidikan Gambut Tropikal(TPRL) Sarawak. Kerajaan memperuntukkan RM50juta untuk melaksanakan kerja penyelidikan ini.MPOB juga mengeluarkan Amalan Pengurusan Baik(BMP) tanah gambut sebagai panduan kepada pe-nanam sawit mengurus tanah gambutmereka denganbetul. Hasil penyelidikan dijalankan, MPOB berjayamembangunkan kaedah pengkelasan tanah gambutbersepadu untuk mengatasi masalah yang timbulkerana ketidakseragaman kaedah pengkelasan yangada di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.Kajian juga menunjukkan bahawa pelepasan GHGdaripada tanah gambut yang ditanam sawit bolehdikurangkan dengan mengehadkan aras air tanahpada 50 cm dari permukaan tanah di dalam paritladang. Kaedah pengurusan aras air tanah ini jugabolehmengurangkan pemendapan tanah gambut danmengatasi masalah pokok sawit condong dan tum-bang. Pembajaan sawit di tanah gambut telah lamadikaji dan didapati kandungan organik yang tinggimengurangkan kesediaan nutrien mikro seperti kup-rum (Cu), ferum (Fe), zink (Zn) dan boron (B).Penanaman sawit di tanah gambut sangat ditentang

badan bukan kerajaan (NGO) kerana meningkatkanpelepasan GHG. Semua pensijilan mampan sawit se-perti Persidangan Meja Bulat Minyak Sawit Mampan(RSPO) dan Pensijilan Mampan dan Karbon Anta-rabangsa (ISCC) mengehadkan penanaman sawit ditanah gambut. Malaysia pada masa ini dalam per-bincangan dengan Agensi Perlindungan Alam Sekitar(EPA) Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Eropah (EC)untuk mendapat kelulusan menjadikan minyak sawitsebagai sumber bahan api bio. Antara isu utamadalamperbincangan itu ialah nilai pelepasan GHG daripadaladang sawit di tanah gambut terutama di Indonesiadan Malaysia. Malaysia dan Indonesia mengemukakanmaklumat teknikal berdasarkan data sedia ada. Padamasa sama MPOB akan terus menjalankan kajiantanah gambut untuk memperoleh maklumat lebihluas dan jitu serta memastikan penanaman sawit ditanah gambut menguntungkan, mesra alam sekitardan mampan.

Oleh Sulim [email protected]

Kuching

Kementerian Perusahaan Per-ladangan dan Komodit i(MPIC) dan Persatuan Pemilik-

Pemilik Ladang Kelapa Sawit Sara-wak atau Sarawak Oil Palm Plan-tations Owners Association (SOP-POA) telah mengadakan sesi dialogbagi membincangkan perkemba-ngan industri sawit di Sarawak danisu semasa khususnya yang mem-babitkan ahli SOPPOA pada 1 Ogos2013.Menteri Perusahaan Perladangan

dan Komoditi, Dato Sri Douglas Ug-gah Embas telah mempengerusikan

sesi dialog yang turut dihadiri olehKetua Setiausaha MPIC, Datin Pa-duka Nurmala Abd Rahim dan KetuaPengarah MPOB, Datuk Dr ChooYuen May serta pegawai kanan MPICdan MPOB. SOPPOA diketuai olehPresidennya, Paul Wong dan ahlimajlis SOPPOA.Presiden SOPPOA memberi pene-

rangan mengenai perkembangan in-dustri sawit Sarawak serta isu yangdihadapi oleh ahli SOPPOA termasukkemudahan infrastruktur, isu harga

diskaun di Sarawak disebabkan koslogistik yang lebih tinggi berbandingSemenanjung, isu pelesenan dan pe-nguatkuasaan dan penyelidikan ta-naman sawit di tanah gambut.Sarawak mempunyai keluasan 1.6

juta hektar tanah gambut dan di-anggarkan lebih 400,000 hektar telahdiusahakan dengan tanaman sawit.Pembangunan tanah gambut bagipenanaman sawit membabitkan be-berapa isu seperti alam sekitar danpengurusan tanaman sawit.

MPIC, SOPPOA bincangisu industri sawit Sarawak

2

Dato Sri Douglas Uggah Embas (tengah) bergambar bersama ahli majlisSOPPOA. Turut kelihatan Ketua Setiausaha MPIC, Datin Paduka NurmalaAbdul Rahim (dua dari kanan), Ketua PengarahMPOB, Datuk Dr Choo YuenMaydan Presiden SOPPOA, Paul Wong (tiga dari kanan).

» Kemudahaninfrastruktur,harga diskaunantara isudiketengah

Dari muka 1

Untuk tempoh 2011 hingga 2013,peruntukan RM2,492 bilion disedia-kan bagi tujuan itu membabitkankawasan seluas 108,000 hektar(RM902 juta) bagi tanaman sawit.Kementerian juga menggalakkan

penciptaan dan inovasi mekanisasi

di peringkat ladang sawit terutamapenciptaan mesin penuaian buahsawit bagi mengurangkan kebergan-tungan tenaga kerja.Sehubungan itu, MPOB akan me-

nerajui usaha berkenaan denganme-nganjurkan pertandingan peringkatantarabangsa dan sedang menim-bang untukmenawarkanhadiah ber-bentuk wang tunai.

Sesi Konsultasi itu turut membin-cangkan keperluan kerajaan meng-kaji semula cukai ke atas sektor sawitseperti Windfall Profit Levy (WPL)dan cukai jualan oleh kerajaannegeriserta skim subsidi minyak masak.Isu berkaitan alam sekitar mem-

babitkan penanam sawit di tanahgambut dan tahap buangan efluenoleh kilang sawit turut dibincangkan.

Kementerian galak penciptaan, inovasi

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato Sri Douglas Uggah Embas ketika mempengerusikanKonsultasi IndustriKomoditi. Turut hadir TimbalanMenteri PerusahaanPerladangandanKomoditi, DatukNoriahKasnondan Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datin Paduka Nurmala Abdul Rahim.

Page 10: Minda 2013

2 SABTU 5 OKTOBER 2013

Lebih 6,000 sertaiWalk for Health

Oleh Noor Asmawati [email protected]

Serdang

Lebih 6,000 peserta menyer-tai Walk for Health anjuranKementerian Perusahaan

Perladangan dan Komoditi(MPIC) yang diadakan di TamanEkspo Pertanian Malaysia Ser-dang (MAEPS), di sini.

Walk for Health yang berkon-

sepkan riadah ialah acara ber-jalan kaki sejauh kira-kira 4.5 ki-lometer mengelilingi persekita-ran MAEPS.

Acara ini bertujuan mempro-mosikan penganjuran MalaysiaInternational Commodity Confe-rence and Showcase (MICCOS)2013 kepada umum yang akandiadakan di tapak berkenaanpada Oktober kelak.

Gaya hidup sihatSelain itu, acara tersebut turutmenyampaikan mesej mengenaigaya hidup sihat di sampingmempromosi khasiat produkma-kanan berasaskan komoditi.

Pelepasan peserta disempur-nakan Menteri Perusahaan Per-ladangan dan Komoditi, DatukAmar Douglas Uggah Embas.

Turut hadir pada program ber-

kenaan ialah Timbalan MenteriPerusahaan Perladangan dan Ko-moditi, Dato’ Noriah Kasnon; Ke-tua Setiausaha MPIC, Datin Pa-duka Nurmala Abdul Rahim danKetua Pengarah MPOB, Datuk DrChoo Yuen May.

Walk for Health pertama kalidiadakan pada tahun 2011 sem-pena penganjuran MICCOS padatahun berkenaan.

Acara tahunanBerdasarkan kejayaan penganju-ran acara tersebut pada tahun2011, MPIC menjadikannya acaratahunan yang bertujuan mening-katkan imej kementerian.

Acara ini turut berfungsi men-dekatkan masyarakat dengan in-dustri komoditi negara.

Sempena penganjuran Walkfor Health 2013, aktiviti sepertipameran produk komoditi, peme-riksaan kesihatan, kempen kese-lamatan jalan raya dan jualanproduk pengusaha kecil dan se-derhana turut diadakan.

Pihak penganjur turut menye-diakan hadiah cabutan bertuahdan hadiah misteri kepada pe-serta acara tersebut.

» Acara berjalankaki promosipenganjuranMICCOS 2013

Menteri lancar Bulan KomoditiOleh Noor Asmawati [email protected]

Serdang: Sambutan Bulan Komo-diti anjuran Kementerian Peru-sahaan Perladangan dan Komo-diti (MPIC) dilancarkan oleh Men-terinya, Datuk Amar DouglasUggah Embas di sini serentak de-ngan penganjuran acara Walk forHealth bertempat di Taman Eks-po Pertanian Serdang Malaysia(MAEPS), baru-baru ini.

Pelancaran turut dihadiri Tim-balan Menteri Perusahaan Per-ladangan dan Komoditi, Dato’ No-riah Kasnon; Ketua SetiausahaMPIC, Datin Paduka Nurmala Ab-

dul Rahim serta Ketua PengarahMPOB, Datuk Dr Choo Yuen May.

Pada tahun 2013, sambutan Bu-lan Komoditi bertemakan ‘Komo-diti Mampan Menjamin Masa De-pan’ diadakan sebagai usahamem-promosi industri komoditi negarayangmerangkumi sawit, getah, ka-yu, koko, lada, kenaf dan sagu.

Pelbagai program dirangka ba-gi meningkatkan pendedahanmengenai sumbangan sektor per-ladangan komoditi sempena sam-butan berkenaan.

Antara program kemuncaksempena Bulan Komoditi ialahpenganjuran Malaysia Interna-tional Commodity Conferenceand Showcase (MICCOS) yangakan berlangsung pada 24 hing-

ga 27 Oktober 2013.Pelbagai program menarik di-

atur antaranya pameran sektorkomoditi, program persidangan,seminar, pemadanan perniagaan,penyampaian Anugerah IndustriKomoditi (AIK), jualan promosiproduk-produk berasaskan komo-diti, jualan produk-produk peru-sahaan kecil dan sederhana (PKS)serta aktiviti-aktiviti sampinganseperti pertandingan serta pame-ran motor berkuasa tinggi.

Bulan Komoditi diraikan padasetiap bulan Oktober setiap ta-hun bermula pada tahun 2012dengan pengisian sebanyak 17program dengan acara kemun-caknya ialah penganjuran Persi-dangan Pekebun Kecil.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’Noriah Kasnon berjalan pada programWalk for Health anjuran Kementerian Perusahaan Perladangan danKomoditi. Turut sama pada acara berkenaan ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangandan Komoditi, Datin Paduka Nurmala Abdul Rahim dan Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Choo Yuen May.

Industri sawit Malaysia mengalami pembangunan yang pe-sat sejak empat dekad lalu. Pertumbuhan industri ini

disebabkan antara lain, peningkatan eksport untuk produksawit. Minyak sawit Malaysia dieksport ke lebih 150 negaraseluruh dunia. China adalah pasaran penting dan terbesar.Eksport minyak sawit ke China meningkat daripada 2.5 jutatan pada 2003 dengan nilai sebanyak RM4.1 bilion ke 3.5 jutatan pada tahun 2012 dengan nilai RM10.3 bilion. Sokonganberterusan pasaran China terhadap minyak sawit Malaysiapetanda baik bagi pembangunan industri sawit negara.

China adalah negara yang besar dengan jumlah pendudukmelebihi 1.3 bilion. Setiap tahun, China perlu mengimportlebih 9 juta tan minyak dan lemak bagi memenuhi peng-gunaannya yang melebihi 32 juta tan. Da-ripada jumlah itu, China mengimport lebih 6juta tanminyak sawit iaitu hampir 20 peratusdaripada penggunaan minyak dan lemaknya.Oleh itu, masih terdapat banyak potensi un-tuk penggunaan minyak sawit di negara ber-kenaan. Sehubungan itu, amat penting bagiindustri sawit Malaysia terus meneroka pe-luang di China. Justeru, MPOB menubuhkanpusat penyelidikan minyak sawit di Shanghaiiaitu Palm Oil Research and Technical ServiceInstitute ofMPOB (PORTSIM) pada tahun 2005bagi meningkatkan aplikasi minyak sawit diChina.

Antara fungsi utama PORTSIM adalahmenjalankan penyelidikan dan pembangu-nan (R&D) minyak sawit termasuk usaha sama denganuniversiti dan pusat penyelidikan di China; menyediakansokongan teknikal dan perkhidmatan analisis kepada peng-guna minyak sawit Malaysia; mengendalikan program danseminar latihan teknikal bagi tujuan promosi dan mening-katkan penggunaan minyak sawit di China; menjadi PusatMaklumat Minyak Sawit dan menjalin kerjasama antaraMPOB dengan pengguna minyak sawit di China termasukagensi dan jabatan Kerajaan.

MPOB menggalakkan pertumbuhan pasaran baru bagiminyak sawit melalui pelbagai aktiviti. Antaranya peng-gunaan minyak sawit dalam produk tempatan seperti soswangi, sos salad, makanan ringan, penggorengan makanansegera dan biskut tempatan. Dalam kebanyakan produk,minyak digunakan biasanyaminyak tempatan seperti minyakkacang soya, minyak sesawi, minyak kacang dan lemak.Minyak sawit kini digunakan dalam produk ini. PORTSIM kinisedang berusaha mengganti atau mencampurkan minyaksawit dengan produk tempatan lain.

Baru-baru ini, Malaysia menghadapi dua cabaran di pa-saran minyak sawit China iaitu pemeriksaan kualiti minyaksawit yang diimport yang lebih ketat dan penggunaanminyaksawit dalam formula susu bayi. China State General Ad-ministration of Quality Supervision, Inspection and Qua-rantine (AQSIQ) mengeluarkan dua notis berhubung importminyak sayuran ke China iaitu (i) Minyak SayuranDiimport keChina mesti mematuhi Piawaian Makanan Bersih China danPeraturan-Peraturan Keselamatan Makanan dan import akandilarang sekiranya gagalmematuhinya dan (ii) importminyaksayuran dalampenghantaran pukal ke Chinamestimematuhikeperluan penghantaran senarai Kargo Yang Diterima danKargo Sebelumnya Yang Tidak Diterima. MPOB berjaya me-nyelesaikan isu ini dengan pihak berkuasa China iaitu AQSIQdan China Certification and Inspection Group (CCIC). Se-hingga Ogos 2013, tiada penghantaran minyak sawit dariMalaysia yang ditolak pihak berkuasa China.

Dalam isu lain, China Food and Drug Administration(CFDA) merangka satu peraturan baru yang melarang peng-gunaan minyak sawit dalam pembuatan tepung susu bayi.MPOB mengemukakan komen dan kertas kerja teknikal ke-pada CFDA menyatakan kebimbangan mengenai isu ini.Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC)serta MPOB juga bertemu dengan pegawai CFDA untukmengemukakan pandangan dan kebimbangan mengenai de-raf peraturan baru itu. CFDA masih menimbang komenMPOB/MPIC dan belum membuat sebarang keputusan. Mu-dah-mudahan, CDFA akan mengambil kira pandangan kamidanmembuat keputusan sewajarnya. Semua isuminyak sawitadalah sangat penting dan MPOB akan terus melakukan apasaja perlu dengan terbaik untuk menyelesaikan isu-isu ber-kenaan. MPOB akan sentiasa melindungi dan menggalakkanpertumbuhan industri sawit Malaysia.

China mempunyai hubungan yang baik dengan Malaysiadan ini akan diteruskan dengan lawatan kerja Presiden ChinaXi Jinping ke Malaysia. Ini adalah petanda baik bagi industrisawit khasnya dan hubungan antara China dan Malaysiasecara amnya.

Page 11: Minda 2013

SABTU 9 NOVEMBER 20132

8 penggiat industriterima anugerah

MPOB International Palm Oil Congress (PIPOC) adalah programdwi tahunan yang dianjurkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia

(MPOB) sejak 1987. PIPOC 2013 akan diadakan di Kuala LumpurConvention Centre (KLCC) pada 19 hingga 21November 2013. Kongresini akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muh-yiddin Yassin yang akan menyampaikan ucaptama. Menteri Pe-rusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas UggahEmbas pula akanmenyampaikan ucapan aluan pada kongres kali ini.Sambutan terhadap kongres minyak sawit yang terbesar di dunia inisangat menggalakkan. Setakat ini, lebih 1,700 peserta sudah men-daftar dan adalah dijangka penyertaan akan melebihi 2,000 orang.Lebih daripada 250 lot pameran sudah habis dijual.Kongres yang menyediakan Sesi Pleno pada hari pertama dan lima

sesi/modul persidangan secara serentak ini, adalah platform terbaikuntuk berinteraksi dan berbincang mengenai inovasi, cabaran danperkembangan terkini industri sawit. Sesi Pleno pada hari pertama menampilkan 6kertas utama yang akan menyentuh isu bioteknologi, kemampanan, oleokimia,kesihatan serta ekonomi berkaitanminyak sawit. Saya sendiri akanmembentangkankertas bertajuk ‘Leveraging on Green and Gene Technologies to meet the Aspirationof the Oil Palm Industries’.Persidangan Agriculture, Biotechnology and Sustainability antara lainmenyentuh

cabaran serta usaha meningkatkan purata hasil dan kualiti buah tandan segar (BTS)negara secara mampan. Ini termasuk pembiakan selektif menerusi hibrid in-terspesifik bermatlamat mengeluarkan bahan tanaman baru yang lebih produktif.Kejayaan dalam penafsiran genom sawit kini juga membuka ruang yang luas untukmemudahkan proses kajian pembiakbakaan bagi penghasilan bahan tanaman sawityang berhasil tinggi serta rentan terhadap penyakit. Kertas menjurus kepadapengeluaran hasil sawit mampan yang menitikberatkan elemen manusia, per-sekitaran, di samping pencapaian keuntungan yang tinggi. Kertas mengenai Ma-laysian Sustainable Palm Oil (MSPO) turut akan dibentangkan. Persidangan inimembabitkan 27 pembentangan lisan dan lebih dari 100 pembentangan poster.Bagi persidanganChemistry, Technology andBioenergy, sejumlah 32 kertas kerja akan

dibentangkan dalam 7 sesi selama 2 hari persidangan. Kertas kerja yang akandibentangkan menekankan pembangunan teknologi pengilangan, strategi untuk me-ningkatkan kadar perahan minyak serta usaha ke arah pembuangan sifar. Jugadibincangkan adalah langkah meningkatkan kecekapan operasi kilang sawit, peng-gunaan kaedah ultrasonik di kilang sawit, sistem pengasingan kering isirung sawit dantempurung serta penghasilan dan pencirian minyak merah dari serabut buah sawit.Perkembangan terkini penggunaan biodiesel serta pelaksanaan pemerangkapan biogasdiMalaysia akan turut dilaporkan. Juga dibincangkanpotensi penghasilanhidrogendanetanol dari bahan buangan sawit serta pengkomersialan pelet dari biojisim sawit.Persidangan Oleo and Specialty Chemicals terbahagi kepada lima sesi dengan 24

kertas termasuk 18 dari luar negara. Antara topik yang dibentangkan termasukberkenaan kemampanan dan cabaran yang dihadapi industri oleokimia, produkhijau yang kini terdapat di pasaran serta perkembangan terkini dalam bidangindustri pemangkin berasaskan bio dan bidang biotransformasi mikro. Jugadibincangkan adalah aplikasi nanoteknologi, teknologi gelombang mikro, tekniksimulasi/permodelan dan agrokimia dalam usaha mewujudkan lautan biru untukindustri oleokimia. Sesi pembentangan akan memaparkan transformasi landskapoleokimia yang pesat dan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi. Pameran posteroleh 25 orang penyelidik juga diadakan.PersidanganFood, Lifestyle andHealth akanmenggabungkanperkembangan terkini

dalam teknologi pemprosesan industri minyak dan lemak untuk produk makanandengan hasil penyelidikan terbaru dalam bidang makanan dan pemakanan. Pen-ceramah terkenal di peringkat antarabangsa akan membincangkan trend terkinimengenai tabiat pengguna, cabaran global, trend pasaran masa depan dan isu polisisemasa. Selain itu, perkembangan terkini dalam bidang penyelidikan pemakananyang menekankan kepada potensi khasiat mikronutrient dan nutraseutikal ber-asaskan sawit seperti tokotrienol, karotenoid dan fenolik terhadap kesihatan akan jugadibincangkan. Satu ‘forum petang’ membabitkan pakar pemakanan akan diadakanbagi membahaskan hubungan minyak sawit dan penyakit tidak berjangkit. Sebanyak31 kertas kerja lisan akan dibentangkan dan 24 poster akan dipamerkan.Persidangan Global Economics and Marketing pula akan memberi fokus utama

kepada kepentingan minyak sawit dalam sektor minyak dan lemak dunia sebagaipenjana ekonomiMalaysia, di dalam ketidaktentuan ekonomi semasa dunia. Ia akanmembincangkan kedudukan minyak sawit di pasaran dunia serta inovasi yangsedang berlaku di dalam industri sawit negara di samping meramal masa depanindustri sawit negara yang berhadapan dengan persaingan daripada negara pe-ngeluar sawit lain. Sebanyak 20 kertas kerja akan dibentangkan oleh 11 pakardaripada industri sawit tempatan dan 9 pakar daripada luar negara. Persidangandiakhiri dengan perbincangan panel mengenai ‘Green Opportunities from theGolden Crop: Reconciling Palm Oil Market Positions in the Oils and Fats Sector.’Di samping 5 persidangan berkenaan, ‘Evening Forum’ ‘Green Opportunities from

the Golden Crop’ akan diadakan, dipengerusikan oleh seorang saintis usahawan DrGanesh Kishore. Tajuk yang dipilih merangkumi bio-tenaga, bio-industri, bio-informatik, bio-kemampanan dan bio-ekonomi.Bagi PIPOC 2013, lawatan ke ladang sawit, kilang sawit, kilang penapis sawit, kilang

oleokimia serta kilang biodiesel juga dianjurkan. Sewaktumajlis perasmian, beberapapelancaran turut diatur iaitu MSPO, SHELL toolkit serta isomer tokotrienol.Adalah diharap, melalui penganjuran PIPOC 2013 ini, Malaysia sebagai negara

pengeksport utama produk berasaskan sawit dan peneraju R&D teknologi industrihuluan dan hiliran sawit, mampu menjalinkan kerjasama baru dan memperkukuhjaringan perniagaan dan pelaburan sedia ada serta mewujudkan peluang per-dagangan baru. Strategi ini dijangka akan meningkatkan kadar penggunaan produkberasaskan sawit. Bagi semua pihak terbabit dengan industri sawit, jangan lepaskanpeluang keemasan ini. Sertai kami di PIPOC 2013. Jumpa anda di sana.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyampaikan tropi dan replika cek bernilaiRM10,000 kepada Dr Ravigadevi Sambanthamurthi yang memenangi Anugerah IndustriKomoditi bagi kategori Karya Inovasi Sains Terbaik. Turut kelihatan Ketua SetiausahaKementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datin Paduka Nurmala AbdulRahim (dua dari kiri) dan timbalannya, M.Nagarajan (kanan).

Oleh Che Johari [email protected]

Serdang

Dr Ravigadevi Sambanthamurthi, Pe-ngarah Bahagian Pusat KemajuanBioteknologi dan Biakbaka MPOB

adalah seorangdari lapanpenggiat industrikomoditi dipilih menerima anugerah padamajlis Anugerah Industri Komoditi sem-pena Malaysia International CommodityConference and Showcase (MICCOS) 2013yang berlangsung di sini baru baru ini.

Beliau menerima anugerah kategoriKarya Inovasi Sains Terbaik melalui tek-nologi yang bertajuk ‘From Biowaste ToBioactives – Super Antioxidants FromThePalm Oil Milling Process’.

Anugerah Industri Komoditi 2013 yangdianjurkan Kementerian Perusahaan Per-ladangan dan Komoditi (MPIC) adalahkali ke-5 dan ia adalah satu pengiktirafankepada penggiat industri komoditi yangmenunjukkan pencapaian cemerlang.

Anugerah yang berupa wang tunaiberjumlah RM10,000, trofi dan sijil peng-hargaan disampaikan Menteri Perusaha-an Perladangan dan Komoditi, DatukAmar Douglas Uggah Embas selepas maj-lis perasmian MICCOS 2013.

Anugerah sebagai galakanSewaktu berucap, beliau berkata, anu-gerah yang disediakan itu adalah sebagaigalakan dan insentif kepada penggiat in-dustri komoditi untuk terus meningkat-kan kualiti, produktiviti dan daya saingindustri komoditi di pasaran global.

Lapan penggiat industri yang mene-rima anugerah pada hari itu adalah:

1) Kategori Pengurusan Ladang Terbaik:Pemenang: Bukit Pilah Estate (SimeDarbyPlantation Sdn Bhd), Rompin, Pahang danLadang Selborne, Kuala Lipis, Pahang.

2) Kategori Pekebun Kecil Terbaik:Pemenang: Haji Janis Abu Bakar, BukitGambir, Ledang, Johor, Mong Anak Re-ngan, Julau, Sarawak dan Tan Sow Phin,Chemor, Perak.

3) Kategori Kilang Pemprosesan Terbaik:Pemenang: Guan Chong Cocoa Manu-facturer Sdn Bhd, Pasir Gudang, Johor

4) Kategori Perusahaan Kecil dan Se-derhana (PKS) Terbaik:Pemenang: Syarikat Wahi and Sons SdnBhd, Klang, Selangor

5) Kategori Pembangunan JenamaTerbaik:Pemenang: Guan Chong Cocoa Manu-facturer Sdn Bhd, Pasir Gudang, Johor

6) Kategori Inovasi Pengeluaran Pro-duk Komoditi TerbaikPemenang: IOI Oleochemical IndustriesBerhad, Butterworth, Pulau Pinang

7) Kategori Karya Inovasi Sains Terbaik:Pemenang: Dr Ravigadevi Sambantha-murthi, MPOB, Bandar Baru Bangi, Ka-jang, Selangor.

8) Kategori Pengamal TanggungjawabSosial Korporat (CSR) Terbaik:Pemenang: Sabah Softwoods Berhad, Ta-wau, Sabah.

Pengurus Ladang Bukit Pilah, IlliasMan yang ditemui selepasmenerima anu-gerah berkata, ladang Bukit Pilah me-laksanakan amalan pertanian baik yangselari dengan hasrat dan arahan kerajaanserta industri komoditi yang tidak me-ngancam habitat hidupan liar dan me-ngelakkan dari berlakunya pencemarandan kerosakan kepada alam sekitar.

Penerima anugerah bagi kategori pe-kebun kecil terbaik, Mohd Janis Abu Ba-kar pula berkata, beliau melaksanakanamalan dan penyelenggaraan kebun me-ngikut nasihat pegawai TUNAS dan ber-jaya mendapat penghasilan buah sawityang tinggi berbanding dengan kebunkecil lain di kawasan sekitar dan seluruhnegeri Johor.

Pengawal Teknologi Makanan, syarikatWahi and Sons Sdn Bhd, Mohd Hanif Mis-kandar yang menerima anugerah kategoriPerusahaan Kecil Sederhana (PKS) Terbaikberkata, beliau berpuas hati dengan pen-dapatan syarikatnyaantaraRM10 jutahing-ga RM11 juta bagi tahun 2010-2012.

Page 12: Minda 2013

2 SABTU 7 DISEMBER 2013

Pendapatan pekebunkecil sawit ditingkat» Amalanpertanianberkualiti,teknologibaru lonjakproduktiviti

Oleh Che Johari [email protected]

Sarikei

Kementerian Perusahaan Per-ladangan dan Komoditi(MPIC) dan Lembaga Minyak

Sawit Malaysia (MPOB) akan mem-beri perhatian utama bagi penca-paian matlamat peningkatan pro-duktiviti tanaman sawit dan sekaligus meningkatkan pendapatan pe-kebun kecil.

Menteri Perusahaan Perlada-ngan dan Komoditi, Datuk AmarDouglas Uggah Embas berkata de-mikian semasa berucap merasmi-kan pelancaran Koperasi Penanam

Sawit Mampan Sarikei di DewanMasyarakat Bintangor di sini, barubaru ini.

Beliau berkata, peningkatan pen-dapatan pekebun kecil dapat dica-pai melalui peningkatan hasil buahtandan segar yang diuruskan de-ngan mematuhi amalan pertanianberkualiti serta melalui pengguna-an teknologi baru.

Katanya, pekebun perlu meng-gunakan benih sawit berkualiti,penjagaan kebun yang sempurnaterutama dari segi pembajaan, ka-walan rumpai, serangga perosakdan menuai buah sawit yang ber-kualiti saja.

Sedia bantuanSejajar matlamat peningkatan pro-duktiviti sawit nasional iaitu penge-luaran hasil buah tandan segar se-banyak 26 tan sehektar setahunmenjelang tahun 2020, Kementerianmenyediakan peruntukan bantuantanam semula sebanyak RM297 jutabagi tempoh 2011 hingga 2013.

“Peruntukan ini disediakan dibawah Bidang Ekonomi Utama Ne-gara (NKEA) bagi membantu me-ringankan beban pekebun kecil me-nanam semula sawit dengan benih

bermutu.“Di bawah NKEA, bantuan se-

banyak RM9,000 sehektar disedia-kan kepada pekebun kecil melaluiMPOB bagi bekalan anak benih sa-wit berkualiti, input pertanian dannasihat Amalan Pertanian Baik,” ka-tanya.

Sehingga Oktober 2013, sebanyak13,848 pemohon dengan keluasan53,050.38 hektar diluluskanbagi SkimTanam Semula Sawit Pekebun Ke-cil.”

“Di samping itu, pekebun kecilyang berkelayakan akan turut me-nerima bantuan PenyelenggaraanKebun sebanyak RM500 sebulan se-lama tempoh dua tahun,” katanya.

Datuk Amar Douglas berkata, Ke-rajaan amat prihatin terhadap per-masalahan pekebun kecil khusus-nya bagi biayai penanaman sawit.

Kerajaan juga menyediakan ban-tuan untuk tanaman baru, juga se-banyak RM9,000 sehektar kepadapekebun kecil yang memulakan pe-nanaman sawit.

Turut hadir, Ketua PengarahMPOB, Datuk Dr Choo Yuen Maydan Setiausaha Bahagian IndustriSawit dan Sagu, MPIC, Aknan Eh-took.

Menteri lawat pameran PIPOC 2013Oleh Noor Asmawati [email protected]

Kuala Lumpur:Menteri PerusahaanPerladangan dan Komoditi, DatukAmar Douglas Uggah Embas me-luangkan masa mengadakan lawa-tan ke pameran yang diadakan sem-pena Kongres AntarabangsaMinyakSawit MPOB atau dikenali MPOBInternational Palm Oil Congress (PI-POC) 2013 anjuran LembagaMinyakSawit Malaysia (MPOB) di sini.

Lawatan beliau diiringi Ketua Pe-ngarah MPOB, Datuk Dr Choo YuenMay.

Sebanyak 276 gerai pameranyang disertai penggiat industri sa-wit terbabit dalam pameran itu.

PIPOC 2013 yang dirasmikanoleh Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassinmenyediakan sesi plenari pada ha-ri pertama yang menyentuh isubioteknologi, kemampanan, oleo-kimia, kesihatan serta ekonomiberkaitan industri sawit.

Kongres berkenaan turut meng-himpunkan lima persidangan yangdiadakan secara serentak.

Lima persidangan itu adalah Ag-riculuture, Biotechnology and Sus-tainability; Chemistry, Processing,Technology and Bioenergy; Oleo

and Specialty Chemicals; Food, Li-festyle and Health; dan Global Eco-nomics and Marketing.

Di samping lima persidanganberkenaan, ‘Evening Forum’ ber-temakan ‘Green Opportunitiesfrom the Golden Crop’ turut di-adakan yang merangkumi tajukbio-tenaga, bio-industri, bio-infor-matik, bio-kemampanan dan bio-ekonomi.

Kongres yang diadakan secaradwi-tahunan itu diakhiri dengansesi perbincangan panel mengenai‘Green Opportunities from theGolden Crop: Reconciling Palm OilMarket Positions in the Oils and FatsSector’.

Datuk Amar DouglasUggah Embasmenyampaikanbantuan kepadapekebun kecil sawitketika MajlisPelancaran KoperasiPenanam SawitMampan Sarikei,Sarawak. Turutkelihatan KetuaPengarah MPOB, DatukDr Choo Yuen May danSetiausaha BahagianIndustri Sawit dan Sagu,KementerianPerusahaanPerladangan danKomoditi, Aknan Ehtook.

Pada 18 dan 19 November lalu, MPOB menganjurkanKongres Minyak Sawit Antarabangsa MPOB (PIPOC)

2013 yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, TanSri Muhyiddin Yassin. Persidangan antarabangsa iniyang diadakan setiap dua tahun menarik lebih 2,000peserta dari 50 negara. Persidangan PIPOC 2013 amatbermakna kerana membuka peluang MPOB berkongsikemajuan yang dikecapi dalam projek genom sawit.Dalam syarahan pleno, saya menekankan bahawa caraterbaik menggalakkan amalan kemampanan dalam in-dustri sawit ialah melalui peningkatan produktiviti.Peningkatan produktiviti sawit juga amat penting untukmenampung keperluan populasi dunia yang dijangkameningkat kepada 9.1 bilion menjelang tahun 2050.Peningkatan hasil secara mampan dari tanah pertaniansedia ada amat perlu memandangkan kemusykilandalam memperluas lagi tanah untuk kegiatan per-tanian. Pokok sawit amat sesuai un-tuk memenuhi keperluan peningka-tan makanan kerana ia sekurang-kurangnya 8 kali lebih produktif ber-banding tanaman minyak sayuranlain seperti kacang soya. Selaras ini,MPOB mengenal pasti teknologi ge-nom terkini yang diguna pakai in-dustri pertanian di negara maju un-tuk diaplikasi dalam tanaman sawit.Ini adalah dengan harapan sawit te-rus kekal unggul sebagai minyak sa-yuran utama di persada dunia.

Di PIPOC 2013, MPOB menekan-kan bagaimana teknologi genom ter-kini sedang diguna pakai untuk sa-wit. Hasilnya, MPOB mencapai ke-majuan amat membanggakanapabila berjaya melakar peta genom kedua-dua spesiessawit. Pencapaian ini memberi implikasi besar ter-hadap usaha meningkatkan pengeluaran industri sa-wit. Sebagai pengeluar kedua terbesar minyak sawitdunia, Malaysia mempunyai tanggungjawab mencapaikemajuan dalam usaha meningkatkan kemampananpertanian sawit sambil meningkatkan kadar peng-hasilan pekebun kecil dan sektor perladangan. Selainitu, MPOB juga berjaya memencil gen yang bertang-gungjawab dalam pembentukan tempurung sawit. Pe-mencilan gen ini mempunyai implikasi serta mertadalam industri sawit, memandangkan ia boleh di-gunakan untuk membezakan tiga jenis sawit iaitu dura(tempurung tebal, biasa diguna sebagai baka betina),pisifera (ketiadaan tempurung, baka jantan) dan tenera(tempurung nipis, hasil kacukan dura dan pisifera).Tenera menghasilkan produktiviti minyak yang op-timum iaitu melebihi 30 peratus daripada dura, ma-nakala pisifera pada kebiasaannya tidak menghasilkantandan sempurna.

Hasil pemencilan gen yang mengawal kehadirantempurung sawit membolehkan MPOB dan rakan ker-jasama Orion Genomics membangunkan kit SureSawitShell yang membolehkan ketiga-tiga jenis sawit (dura,tenera dan pisifera) dibezakan di tapak semaian lagi.Kit SureSawit Shell yang dijangka dipasarkan padapertengahan tahun 2014 akan membolehkan peladangdan pekebun kecil memastikan bahawa bahan ta-naman adalah jenis tenera. Pilihan yang tepat untukpokok sawit tenera dengan hasil minyak yang di-pertingkatkan akan melonjakkan pengeluaran sertamembantu menstabilkan keluasan yang dikhaskanuntuk ladang sawit. Ahli biak baka sawit juga bolehmenggunakan kit berkenaan untuk meningkatkan ke-berkesanan dan mempercepat proses biak baka sawituntuk menghasilkan baka sawit baru yang lebih ber-mutu.

Pemetaan genom sawit sebenarnya membuka pe-luang ke arah lebih banyak lagi kejayaan untuk me-menuhi permintaan global yang semakin meningkatuntuk makanan dan bukan makanan termasuk biobahan api di samping memulihara kemampanan hu-tan.

Dalam usaha berkongsi maklumat dengan industrisawit dan komuniti saintifik (dalam negara dan an-tarabangsa), laman web dengan maklumat lengkapgenom sawit disediakan. Laman web ini yang bolehdiakses menerusi http://genomsawit.mpob.gov.my me-mudahkan rujukan dilakukan kepada jujukan sawit bagimanfaat bersama industri sawit global.

l