anatomi dan pengurusan jantung

22
ANATOMI DAN PENGURUSAN JANTUNG PENGURUSAN JANTUNG

Upload: atina-mohd-nasir

Post on 02-Jul-2015

455 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

ANATOMI DAN PENGURUSAN JANTUNG

PENGURUSAN JANTUNG

PENGURUSAN JANTUNG

• Tahukah anda betapa pentingnya jantung kepada manusia?

• Beberapa masalah kesihatan akan berlaku sekiranya anda tidak rajin menjaga jantung.

• Ramai yang menderita diitimpa pelbagai penyakit disebabkan masalah kesihatan dan ada yang berpunca daripada jantung

• Pengurusan jantung boleh di bahagikan kepada beberapa amalan:–Pemakanan– Senaman–Gaya hidup–Pengawalan berat badan

Senaman• Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga

kesihatan.• Cth: Joging, berjalan dan berbasikal• Sebarang bentuk senaman yang dibuat secara

teratur adalah baik dan dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.

• Membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan.

• Senaman secara teratur dapat menurunkan tekanan darah.

Pemakanan • Pengambilan makanan yang kaya lemak seperti

mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan akan membahayakan kesihatan jantung

• Makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi termasuklah telur, makanan bergoreng, makanan segerahendaklah diminimakan.

• Lebihkan pengambilan sayur-sayuran hijau seperti bayam, sawi, kailan dan sebagainya.

• Dalam Islam-umat disuruh bersederhana dalam mengambil makanan

Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke

tempat ibadat (solat), dan makanlah dan minumlah, dan jangan kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak

suka akan orang yang melampaui batas." - (Surah al-A'raf,31)

"Wahai orang beriman. Makanlah daripada rezeki yang baik yang sudah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah

kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya." - (Surah al-Baqarah, ayat 172)

Gaya Hidup• Amalkan gaya hidup yang sihat- Amalan yang

meningkatkan tahap kualiti kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan.

• Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap sesi

• Hindari pengambilan dadah dan alkohol• Dapatkan rehat yang mencukupi• Kesihatan ditentukan berdasarkan gaya hidup

seseorang.• Sikap dan pertimbangan diri sangat penting dalam

menentukan gaya hidup.• Ubah gaya hidup untuk mendapatkan kesan kesihatan

yang baik

• Elakkan dari merokok• Dua pertiga dari mereka yang meninggal akibat

penyakit jantung adalah perokok• Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dan 40 jenis

karsinogen di dalam asap rokok.

Sekiranya anda menyayangi jantung anda, berhentilah merokok dengan serta

merta. Sekiranya anda tidak menyayangi jantung anda, sayangi jantung mereka

yang berada di sekeliling anda. Sekiranya anda tidak sanggup berbuat

demikian, fikirkan bahawa adakah wajar untuk mereka menyayangi anda?

Pengawalan Berat Badan

• Kegemukan sering mencetuskan risiko penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

• Berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kepada nilai yang sesuai bagi bentuk badan seseorang itu. (BMI)

• Mereka yang memiliki berat badan berlebihan tidak bergiat aktif - kalori yang tinggi dalam makanan tidak digunakan.

• Lebihan makanan itu ditukarkan kepada lemak yang berkumpul pula pada bahagian-bahagian tertentu di badan seperti paha, perut dan sebagainya tanpa ketinggalan jantung-ganggu pergerakan jantung

Elektrokardogram• Perakam aktiviti elektrik jantung• Elektrokardiogram memberi anda maklumat tentang: i. Kehadiran penyakit jantung Iskemia(disebabkan oleh

kekurangan bekalan darah kepada otot jantung)ii. Ini sangat berguna untuk pesakit yang pernah

mengalami serangan jantungiii.Penyakit struktur jantung seperti pembesaran ruang-

ruang jantung atau penebalan otot-otot jantung. iv.Keabnormalan ritma degupan jantung sama ada laju

atau perlahan.

• Penggunaannya tidak membahayakan• Untuk mengesan kehadiran penyakit jantung iskemia,

penyakit struktur jantung atau keabnormalan ritma degupan jantung

• Individu yang disyorkan menjalani ujian elektrokardiogram:

• 1. Tekanan darah tinggi2. Penyakit injap jantung, contohnya deruan jantung 3. Penyakit jantung kongenital (penyakit yang ada sejak lahir) 4. Debaran jantung5. Kerap pengsan6. Sukar bernafas

Bacaan elektrokardiograf untuk degupan jantung yang normal

KITARAN KARDIAK• Turutan setiap degupan jantung.• Terbahagi kepada tiga bahagian: i. "sistol atrium" (atrial systole), ii. "sistol ventrikel" (ventricular systole)iii."diastol kardiak sepenuhnya" (complete cardiac

diastole). • Sistol atrium adalah pengecutan kedua-dua

atrium, sistol ventrikel adalah pengecutan kedua-dua ventrikel, manakala diastol kardiak pula merupakan pengenduran keseluruhan otot-otot jantung.

• Apabila sistol atrium berlaku, injap atrioventrikular (atrioventricular valves) akan terbuka. Darah dipam masuk ke dalam ventrikel. Apabila sistol atrium berakhir, sistol ventrikel pula bermula. Tekanan tinggi dalam ventrikel menyebabkan injap atrioventrikular tertutup, dan injap sabit (semilunar valves) terbuka. Ini menyebabkan darah hanya dipam ke dalam aorta dan arteri pulmonari tetapi tidak ke dalam atrium.

• Diastol kardiak berlaku setelah darah dipam keluar dari jantung. Pada masa ini, darah di dalam aorta akan mengalir balik ke dalam jantung, tetapi ini tidak berlaku kerana penutupan injap sabit.

Bunyi jantung yang kita dengari adalah disebabkan oleh penutupan injap

atrioventrikular (Lub) dan penutupan injap sabit (Dub).

Injap-injap jantung

Aturan Kitar Kardiak• Otot kardiak adalah myogenik iaitu rangsangan otot

jantung adalah secara automatik.• Pengecutan berirama berlaku sendiri, walaupun

frekuensi boleh berubah disebabkan keresahan, kesan hormon, senaman atau berasa terancam.

• Irama pengecutan diselaraskan oleh nodus sinoatrial dan nodus atrioventrikular. Nodus sinoatrial, sering dikenali sebagai perentak jantung, terletak di bahagian atas dinding atrium kanan dan bertanggungjawab menghasilkan impuls eletrik yang memulakan pengecutan atrium. Apabila impuls ini tiba di node atrioventrikular yang terletak di dinding antara ruang ventrikel, ia akan dilambatkan sedikit.

• Ini bertujuan memastikan atrium telah mengecut sepenuhnya. Selepas itu, impuls ini dialirkan melalui berkas His (bundle of His) di dalam septum dan dialirkan ke dalam dinding-dinding ventrikel. Impuls ini menyebabkan pengecutan ventrikel berlaku.

• Jantung mampu terus berdegup walaupun setelah dikeluarkan dari tubuh manusia yang hidup.