anatomi

17
JABATAN PENDIDIKAN SENI VISUAL INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR TUGASAN KERJA KURSUS SEMESTER: 3 TAHUN: 2014 PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI Kumpulan Akademik: G3.2 (Sem. 3) Program: PISMP Ambilan Januari 2013 DISEDIAKAN OLEH: NO K/P: NURUL FARIHA BINTI MUHAMAD 920113-11-5966 PENSYARAH: ENCIK ZULKIFLI BIN MAT SOM PUAN ROZILA BINTI MOHD ISA TARIKH SERAHAN: TARIKH DITERIMA: 11 APRIL 2014 0

Upload: fariha-muhamad

Post on 12-Apr-2016

243 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ANATOMI SEM 3

TRANSCRIPT

JABATAN PENDIDIKAN SENI VISUALINSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPURTUGASAN KERJA KURSUS

SEMESTER: 3TAHUN: 2014

PJM 3106ANATOMI DAN FISIOLOGI

Kumpulan Akademik:G3.2 (Sem. 3)

Program: PISMP Ambilan Januari 2013

DISEDIAKAN OLEH:NO K/P:

NURUL FARIHA BINTI MUHAMAD920113-11-5966

PENSYARAH:

ENCIK ZULKIFLI BIN MAT SOMPUAN ROZILA BINTI MOHD ISA

TARIKH SERAHAN:TARIKH DITERIMA:

11 APRIL 2014

ISI KANDUNGAN1.0PENDAHULUAN22.0SISTEM OTOT2.1Pengenalan kepada Sistem Otot22.2Kesan Senaman Terhadap Sistem Otot43.0SISTEM RANGKA3.1Pengenalan kepada Sistem Rangka83.2Kesen Senaman Terhadap Sistem rangka94.0REFLEKSI115.0RUJUKAN13

1.0PENDAHULUANSenaman adalah merupakan salah satu daripada aktiviti fizikal yang perlu dilakukan dengan kerap, dalam jangka masa tertentu, secara berulang dengan matlamat untuk meningkatkan kecergasan dan kesihatan. Menurut Mansor Fadzil dan Widad Othman (2008), senaman merupakan salah satu aktiviti yang dirancang pergerakan struktur oleh badan bertujuan untuk meningkatkan kecergasan fizikal. Senaman yang baik akan memberi kesan yang positif terhadap tubuh badan individu yang melakukan senaman tersebut. Semasa melakukan aktiviti senaman, pelbagai sistem yang terdapat pada badan kita akan terlibat. Antara sistem yang terlibat adalah sistem otot dan sistem rangka.

2.0 SISTEM OTOT2.1Pengenalan Kepada Sistem Otot.Berat badan manusia adalah terdiri daripada kira-kira 40% hingga 50% tisu-tisu otot. Badan manusia mempunyai lebih kurang 600 otot yang membantu manusia melakukan aktiviti seharian mereka. Pergerakan tubuh badan manusia berlaku adalah hasil daripada gabungan sistem rangka dan otot. Pergerakan ini terhasil daripada penguncupan otot-otot yang terlibat semasa pergerakan tersebut berlaku. Sebagai contoh, otot rangka membolehkan kita bertindak dengan sepantas mungkin mengikut perubahan yang berlaku di sekeliling seperti berlari untuk menyelamatkan diri daripada bencana. Otot bukan sahaja digunakan bagi menghasilkan pergerakan tetapi otot juga berfungsi untuk mengekalkan postur, menstabilkan sendi dan menghasilkan haba. Kombinasi saling tindakan daripada otot-otot rangka yang berlainan akan menyebabkan postur badan manusia seperti berdiri, duduk dan berlari dapat dikekalkan. Malah, otot turut berfungsi untuk menyokong sendi. Setiap pergerakan yang dilakukan oleh badan manusia, sendi akan trut bergerak. Sehubungan tiu, otot rangka diperlukan untuk membantu menstabilkan sendi-sendi rangka.Otot juga berfungsi meghasilkan haba dalam badan. Sel-sel badan menghasilkan haba sebagai aktiviti sampingan otot. Haba penting bagi mengekalkan suhu normal badan. Otot rangka menghasilkan kebanyakan haba pada badan memandangkan 40% jisim badan terdiri daripada otot rangka.Terdapat tiga jenis otot pada tubuh badan manusia iaitu otot rangka, otot kardiak dan otot licin.2.1.1 Otot RangkaOtot rangka merupakan sejenis otot berstria yang menghubungkan antara satu tulang ke tulang yang lain. Otot ini melekat pada tulang atau kulit dan berfungsi untuk menghasilkan perserakan dan menentukan postur badan. Otot rangka mengecut secara terkawal melalui stimulasi saraf. Otot ini berbentuk silinder yang panjang dan setiap sel otot ini mempunyai banyak nukleus dan berjalur.2.1.2 Otot KardiakOtot kardiak hanya terdapat pada dinding jantung. Penguncupan otot kardiak akan menyebabkan darah dipam keluar daripada jantung ke seluruh badan. Kekerapan penguncupan otot kardiak adalah di luar kawalan dan mempunyai kawalan perentak jantung. Otot ini terdiri daripada sel-sel otot yang bercabang dan berjalur.2.1.3 Otot LicinOtot licin terletak di struktur dalaman yang berongga seperti perut, usus dan saluran darah. Penguncupan otot adalah tidak dibawah kawalan sedar. Ciri-ciri otot ini adalah unisel, fusiform dan tidak berjalur. Otot ini juga dipanggil sebagai otot lembut kerana tidak berjalur seperti otot rangka dan otot kardiak.Pergerakan tubuh badan manusia adalah melibatkan otot-otot rangka secara keseluruhannya. Otot-otot rangka mempunyai ciri-ciri yang tertentu bagi membantu dalam penghasilan sesuatu pergerakan. Ciri-ciri tersebut ialah:2.1.4 Kebolehujaan (irritability / excitability)Kebolehujaan ialah kemampuan otot untuk menerima dan memberi balas terhadap rangsangan yang diterima. Keupayaan ini akan membolehkan otot untuk menguncup dan seterusnya menghasilkan pergerakan.2.1.5 Kebolehkuncupan (contractibility)Kebolehkuncupan ialah keupayaan otot untuk menguncup atau memendek apabila ransangan diterima. Apabila otot menguncup, satu daya akan terhasil dan menyebabkan berlakunya sentakan otot yang menyebabkan pergerakan. Ciri ini membezakan tisu otot dengan tisu-tisu yang lain.2.1.6 Kebolehpanjangan (extensibility)Kebolehpanjangan ialah keupayaan otot untuk meregang atau memanjang. Fiber otot akan memendek apabila menguncup tetapi boleh memanjang melebihi panjang asal apabila otot relaks.2.1.7 Kebolehanjalan (elasticity)Kebolehanjalan ialah keupayaan otot untuk kembali semula ke panjang asal selepas meregang atau menguncup.

2.2Kesan Senaman Terhadap Sistem OtotUmum mengetahui bahawa senaman membawa banyak kebaikan kepada tubuh badan kita. Jika ditanya kepada orang ramai akan kesan senaman, sudah pasti jawapan yang akan diberikan adalah berkaitan dengan tahap kecergasan tubuh badan. Kesan senaman terhadap individu adalah bergantung kepada tiga aspek utama iaitu jenis aktiviti senaman yang dilakukan, intensiti senaman dan juga durasi yang diambil untuk melakukan senaman tersebut. Kesan melakukan senaman yang dialami oleh otot adalah terbahagi kepada beberapa fasa iaitu kesan jangka panjang dan kesan jangka pendek. Kesan jangka panjang ialah kesan yang berterusan selepas aktiviti dilakukan.Kesan jangka pendek pula melibatkan kesan serta merta, semasa dan sejurus selepas senaman dilakukan.Salah satu kesan jangka panjang yang diperolehi selepas melakukan aktiviti senaman terhadap sistem otot adalah hipertrofi otot. Hipotrofi otot ialah peningkatan saiz otot yang disebabkan oleh peningkatan jumlah sel-sel otot. Senaman yang dilakukan secara intensif akan menyebabkan berlakunya hipertrofi pada otot rangka dan otot kardiak. Hipertrofi otot rangka terjadi apabila individu melakukan latihan kekuatan otot secara berterusan dan berkala. Latihan kekuatan otot adalah latihan yang melibatkan otot-otot mengalami kontraksi untuk menentang rintangan berat yang dialami oleh otot tersebut. Salah satu latihan kekuatan otot adalah senaman mengangkat dumbell. Senaman ini melibatkan pergerakan pada bahagian biseps dan triseps. Semasa individu tersebut mengangkat bebanan, lengan akan dibengkokkan dan mengakibatkan biseps menguncup dan triseps mengendur. Kesan daripada pergerakan biseps dan triseps ini akan menyebabkan lengan ditarik ke atas serta beban dapat diangkat. Semasa meluruskan tangan pula, biseps akan mengendur dan triseps akan menguncup. Pergerakan ini menyebabkan lengan bergerak ke bawah. Pergerakan ini juga terhasil akibat daripada interaksi otot biseps dan triseps secara antagonis.

Rajah 1 Anatomi pergerakan antagonis biseps dan trisepsLatihan kekuatan otot ini menyebabkan berlakunya peningkatan jumlah myofibril, filament aktin dan myosin di dalam sel-sel otot. Apabila otot melalui latihan intensif, akan berlaku mikrotrauma pada gentian otot yakni kecederaan otot yang mikro. Ia menyebabkan ganguan kepada organel sel otot dan mengaktifkan sel satelite yang mana terletak di luar gentian otot. Sel satelit adalah sel-sel kecil yang terdapat pada ganglia paravertebral dan perifer Secara semulajadi, badan akan memperbaiki kerosakan ini bermula dengan sel satelite bergabung satu sama lain lantas menyebabkan saiz gentian otot itu menjadi lebih besar dan tebal.

Rajah 2 Keratan rentas sel ototHipertrofi otot juga turut berlaku kepada jantung. Hipertrofi otot kardiak akan berlaku sekiranya individu tersebut mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan melakukan senaman secara konsisten dan berterusan. Hipertrofi jantung terjadi disebabkan oleh pertambahan saiz kaviti ventrikel serta pertambahan ketebalan dindin-dinding ventrikel. Jantung akan menjadi semakin kuat disebabkan pertambahan bilangan otot-otot kardiak. Apabila berlakunya hipertrofi otot kardiak, ketumpatan kapilari juga akan bertambah. Hal ini akan menyebabkan keupayaan jantung untuk mengepam darah keseluruh badan meningkat serta menambahkan isipadu sedenyut jantung (volume stroke).

Rajah 3 Keratan rentas jantung

Tubuh badan kita seakan jentera atau kereta yang memerlukan bahan pembakar utk menghasilkan tenaga baik menjalankan aktiviti. Bahan pembakar ini adalah lemak dan gula yang datang dari makanan. Aktiviti fizikal pula bergantung kepada jumlah oksigen dalam aktiviti fizikal terutamanya aktiviti yang mengambil jangkamasa lama utk dilakukan iaitu lebih dari 30 minit,juga dikenali sebagai aktiviti atau senaman aerobik. Kesan senaman ini hanya kekal buat jangka masa yang pendek. Oleh itu kita perlu terus bersenam secara tetap. Contoh kegiatan senaman aerobik ialah berjoging, menunggang basikal,mendayung,berenang, merentas desa, sukan ski dan lain-lainnya. Sukan lain seperti bola tampar,golf dan tenis merupakan rekreasi yang baik, tetapi tidak membina kapasiti aerobik asas kerana pergerakkannya terhenti-henti dan tidak berterusan secara tetap.Bagi golongan yang kurang cergas dan tidak aktif secara fizikal serta wargatua,contoh senaman aerobik yang sesuai adalah berjalan kaki. Senaman aerobik ini akan membantu pembinaan kekuatan dan ketahanan otot. Kekuatan otot ialah daya tahan otot yang dihasilkan apabila sekumpulan otot mengangkat, menggerakkan, atau menolak suatu rintangan. Daya tahan ini terbahagi kepada dua iaitu daya tahan statik dan daya tahan dinamik. Daya tahan otot statik ialah keupayaan otot atau kumpulan otot bertahan mengatasi rintangan tanpa melakukan pergerakan. Sementara semasa daya tahan dikeluarkan dalam pergerakan dinamik, otot-otot akan terlibat di dalam pergerakan sendi. Ketahanan otot adalah keupayaan otot mengecut secara berterusan atau mengecut berkali-kali pada jangka masa tertentu. Akibat latihan daya tahan, otot juga akan mengalami sedikit kesan hipertrofi namun adaptasi terbesar terjadi pada proses biokimia di dalam otot. Mitokondria otot meningkat jumlahnya, disertai peningkatan jumlah dan aktiviti enzim oksidatif. Apabila kedua-dua elemen ini meningkat, penghasilan tenaga dan penggunaan oksigen oleh sel-sel otot turut meningkat. Peningkatan penghasilan tenaga akan menyebabkan meningkatnya kadar metabolisme seseorang. Faktor ini akan menyebabkan kadar pembakaran kalori individu turut meningkat secara tidak langsung sekaligus membantu individu tersebut untuk mendapatkan bentuk dan postur badan yang lebih menarik. 3.0 SISTEM RANGKA3.1 Pengenalan Kepada Sistem RangkaSistem rangka terdiri daripada tulang-tulang dan struktur-struktur sokongan seperti ligament, kartilej dan sendi. Sistem ini mempunyai pelbagai fungsi. Pada rangka manusia, terdapat 206 ketul tulang. Tulang-tulang ini mempunyai lapisan luaran yang keras, kuat, tebal dan bahagian tengah yang berongga (mengandungi sum sum tulang). 360 sendi menjadi penghubung kepada tulang tulang pada tubuh badan manusia. Pada hujung setiap hujung sendi, ianya disaluti dengan kartilej bagi menyerap hentakan dan melicinkan pergerakan. Terdapat tiga jenis sendi penghubung yang terdiri daripadaa) Sendi tanpa gerak (synarthrosesb) Sendi gerakan terhad (amphiarthroses)c) Sendi gerak bebas (diathroses)Sistem rangka adalah sistem yang memiliki fungsi untuk menyimpan bahan mineral, tempat pembentukan sel darah, tempat melekatnya otot rangka, melindungi tubuh yang penting dan juga sebagai rangka sokongan kepada tubuh. Secara umumnya, rangka manusia terbahagi kepada dua bahagian utama, iaitu rangka aksial dan rangka apendikular.

Rajah 4 Rangka Aksial (biru) dan Rangka Apendikular (merah)

3.2 Kesan Senaman Terhadap Sistem RangkaSeperti sistem otot, sistem rangka juga memerlukan senaman untuk memastikan ianya dapat berfungsi dalam jangka masa yang lama. Kesan senaman terhadap tulang bergantung kepada tiga aspek utama iaitu jenis aktiviti senaman yang dilakukan, intensiti senaman dan juga durasi yang diambil untuk melakukan senaman tersebut. Tulang terdiri daripada kombinasi kolagen dan kristal mineral yang terbina daripada kalsium dan fosfat. Matriks kolagen ini akan membenarkan tulang untuk mengembang dan mengecut tanpa menyebabkan tulang individu tersebut patah. Pada asasnya tulang semakin akan menjadi kuat lebih sekiranya makin kerap menggunakannya. Sebagai contoh, terdapat individu melakukan senaman angkat berat untuk menambah kekuatan tulangnya. Tekanan dari mengangkat berat serta aktiviti tolak-tarik otot akan menggalakkan pembentukan tulang, menjadikannya lebih kuat. Senaman berimpak tinggi dan menahan berat adalah paling efektif dalam membina tulang yang kuat. Malah, aktiviti yang melawan graviti dapat membantu mempertingkat dan mengekalkan jisim tulang. Dalam kata lain, tulang akan bertindak balas dan menjadi lebih kuat untuk menahan tekanan yang dikenakan ke atasnya. Apabila kepadatan dan jisim tulang bertambah, masalah dan risiko terjadinya tulang rapu atau osteoporosis dapat dikurangkan. Satu kajian yang dilakukan pada 2002 menunjukkan bahawa risiko keretakan pinggul pada wanita yang berusia telah dikurangkan sebanyak 40% setelah mereka melakukan aktiviti senaman rutin selama empat jam seminggu.

Rajah 5 Perbezaan struktur tulang

Semasa pergerakan berlaku, tulang-tulang akan digerakkan dengan bantuan sendi. Pada hujung sendi-sendi tersebut, ianya dilapisi dengan rawan hyaline. Rawan ini berfungsi untuk menyerap hentakan yang dikenakan terhadap tulang. Hal ini akan membantu untuk menghalang tulang daripada mengalami kerosakan dan juga tulang haus. Namun, apabila semakin banyak pergerakan yang dilakukan, tulang semakin banyak mengalami hentakan dan gegaran. Elemen ini telah menyebabkan rawan hyaline semakin menipis. Walaubagaimanapun, ketebalan rawan ini boleh ditingkatkan dengan melakukan aktiviti fizikal dan senaman ringan.

Rajah 6 Lokasi rawan HyalinePergerakan sewaktu senaman juga akan menyebabkan berlakunya peningkatan penghasilan cecair synovial. Cecair ini bertindak seperti minyak pelincir yang membantu kelicinan pergerakan bahagian-bahagian yang bekerja. Cecair ini juga akan menghalang bahagian-bahagian terbabit daripada terkoyak dan haus. Peningkatan penghasilan cecair ini akan mengurangkan risiko kerosakan terhadap kartilej, tulang dan juga ligament.

Rajah 7 Lokasi cecair Synovial

4.0 REFLEKSISejuta kesyukuran saya panjatkan kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya saya telah berjaya menyiapkan tugasan Anatomi dan Fisiologi (PJM 3016) bagi semester ketiga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Jutaan terima kasih juga saya ucapkan buat Encik Zulkifli bin Mat Som dan Puan Rozila binti Mohd Isa selaku pensyarah pembimbing yang sentiasa berada di sisi kami sekelas dengan penuh tekun dan minat sepanjang menghasilkan kerja kursus Anatomi dan Fisiologi kali ini.Tugasan subjek ini terbahagi kepada dua iaitu tugasan individu dan tugasan berkumpulan. Tugasan individu melibatkan penulisan tentang kesan senaman terhadap sistem rangka dan sistem otot. Melalui tugasan ini, saya menimba banyak ilmu baru. Sebagai contoh, semasa melaksanakan penulisan berkenaan kesan senaman terhadap otot, saya belajar akan proses-proses yang terlibat semasa berlakunya hipertrofi otot secara lebih mendalam. Sebelum saya melakukan tugasan ini, saya hanya mengetahui bahawa hipertrofi otot adalah pertambahan saiz otot melalui keadah senaman. Selain itu, saya juga dapat menambah daftar perkataan baharu di dalam pengetahuan saya, antaranya adalah cecair synovial, rawan hyaline dan juga enzim oksidatif. Perkataan-perkataan ini dapat membantu saya sekiranya saya menerangkan kesan-kesan yang diterima oleh otot dan tulang pda masa akan datang.Tugasan secara berkumpulan pula memerlukan saya berkerja bersama Naqiyah dan Zalikha. Kami perlu menghasilkan satu video animasi berkaitan dengan sistem urinari. Semasa melaksanakan tugasan kedua ini, saya dapat mengehtahui dengan lebih lanjut akan proses penghasilan air kencing di dalam tubuh badan dan cara air kencing dikeluarkan daripada badan. Selain itu, saya juga dapat belajar akan cara untuk menghasilkan video. Tugasan ini juga melatih saya untuk bekerja secara berkumpulan.Semasa proses menyiapkan tugasan ini terdapat beberapa kekangan yang saya hadapi. Pertama, kekangan daripada sumber maklumat yang boleh membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Kebanyakan sumber yang saya perolehi memaparkan penjelasan yang tidak terperinci mengenai kesan-kesan yang terlibat semasa senaman. Jadi, saya telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan maklumat daripada artikel-artikel yang berbahasa Inggeris dan menjadikan ia sebagai bahan rujukan. Selain itu, saya juga menonton video di YouTube sebagai salah satu cara lain untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini.Selain itu, saya dan ahli kumpulan mengalami beberapa kekangan untuk melaksanakan tugasan kedua ini. Sewaktu kami memperolehi tugasan ini, ianya adalah hampir kepada cuti pertengahan semester. Perkara ini akan menjadikan kami agak sukar untuk melaksanakan video ini bersama-sama memandangkan kami semua akan pulang ke kampung masing-masing. Jadi, untuk mengatasi kekangan ini, kami telah membahagikan tugas untuk memudahkan pembikinan video dapat dijalankan dengan baik. Sehubungan itu, sekembalinya daripada cuti semester, kami telah bertungkus lumus untuk menyiapkan video ini.Selain itu, saya juga menghadapi kekangan masa kerana pada masa yang sama, masih terdapat beberapa tugasan daripada subjek yang berbeza. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, saya perlu bijak dalam menguruskan masa agar setiap tugasan yang diberikan dapat disiapkan da;am masa yang ditetapkan.Tidak dapat dinafikan bahawa tugasan ini telah banyak membantu saya dalam meningkatkan kefahaman tentang kesan senaman terhadap sistem rangka dan sistem otot dan juga fisiologi sistem urinari. Malah, saya juga berpeluang untuk menghasilkan satu video animasi berkaitan dengan sistem urinari. Dengan adanya tugasan seperti ini, ia dapat menambah kefahaman saya terhadap topik yang dipelajari. Saya berharap agar pada masa akan datang akan ada lagi tugasan seperti ini yang mampu membantu para pelajar dalam memahami sesuatu topik.

5.0 RUJUKANBukuKementerian Pelajaran Malaysia, K. P. (2001). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Pusat Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.Kementerian Pelajaran Malaysia, K. P. (2001). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Pusat Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Artikel/ JurnalRosmaliana Aida MohdAdnan (2012). Hati. Usah Biar Tulang Rapuh.Dr. Nani Cahyani Sudarsono (2006). Pengaruh Latihan Terhadap Otot. Pengaruh Latihan Terhadap Otot.Siti Aishah Yosof (2013). Kesihatan. Wanita Menopaus Tulang Rapuh.

Sumber internetAdhamImtiyaz. (2008, Disember 8). Kelebihan Bersenam. Retrieved from Cikgu Adham Imtiyaz al-Klantani: http://dehewaraspak.blogspot.com/2008/12/kelebihan-bersenam.htmlAnonymous. (2012, Januari). Exercise for Your Bone Health. Retrieved from National Institute of Arthritis and Musculoskeletal and Skin Diseases: http://www.niams.nih.gov/health_Info/Bone/Bone_Health/Exercise/default.aspAnonymous. (2012). Exercise's Effects on Bones and Muscles. Retrieved from The New York Times: http://www.nytimes.com/health/guides/specialtopic/physical-activity/exercise's-effects-on-bones-and-muscles.htmlAnonymous. (2012, Ogos 16). Strengthening Exercise for Lateral Ligament Sprains. Retrieved from Sport Injury Clinic: http://www.sportsinjuryclinic.net/sport-injuries/knee-pain/lcl-sprain/strengthening-exercises-lateral-ligament-sprain

8