analisis punca 13 mei 1969

Upload: h-s

Post on 09-Apr-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Analisis Punca 13 Mei 1969

    1/3

    Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969

    y Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun

    Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara

    berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh

    tentera Jepun berbanding dengan orang -orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun

    yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling

    mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat

    sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan

    Cina.

    y Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris

    Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah

    merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang

    antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya

    orang-orang Cina tinggal di bandar -bandar menjalankan perniagaan dan juga di

    kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya

    memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-

    orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India

    kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.1 Pada

    hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara

    diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera

    khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi

    antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan

    sosio-ekonomi mereka tidak seimbang

    y Latar belakang pendidikan yang berbeza

    Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca

    yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem

  • 8/8/2019 Analisis Punca 13 Mei 1969

    2/3

    pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat

    aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat -empat

    aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan

    kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah

    sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing -masing

    berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang

    mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India .4 Keadaan ini telah

    mengukuhkan lagi keadaan keperibadian et nik yang telah sedia wujud. Sekolah

    Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang -orang Cina dan India yang tinggal di

    bandar-bandar sahaja.

    y Pertelingkahan Parti Politik

    Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah

    turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan

    Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu

    tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung

    PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang .

    Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap

    mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk

    menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO

    dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang

    Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang -orang Melayu turut

    dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang -orang Melayu.

    Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam

    pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpaduan Malaysia (KPM)

    dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM

    juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malays ian

    Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera

    dihapuskan .

  • 8/8/2019 Analisis Punca 13 Mei 1969

    3/3

    y Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu

    PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang

    disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka

    mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih

    daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan

    Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang

    mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak

    istimewa orang Melayu.

    Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah

    terkebawah berbanding dengan kaum Cina .

    y Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara

    Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada

    peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah

    perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan

    jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai

    bahasa rasmi negara.10 Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji

    semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannyadaripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf

    sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan

    telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan

    bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan ,

    Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan

    penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

    dengan dipimpin oleh Syed Nasir bin Ismail.