20 mei 2013 / 10 1434 edisi isnin / percuma kemalangan kebawah dymm berangkat jalan ......

24
EDISI ISNIN / PERCUMA 20 MEI 2013 / 10 “INSTITUSI kekeluargaan adalah lebih tepat untuk menjadi asas kepada pembinaan masyarakat. Kerana dari sinilah lahirnya individu-individu yang berpotensi yang menjadi tulang belakang kepada negara dan bangsa. Apabila tulang belakang itu kuat, maka akan kuat pulalah bangsa itu.” - Titah sempena Tahun Baru Masihi 2002. PETIKAN TITAH “MEREKA bertanya kepada mu (wahai Nabi Muhammad) mengenai hukum berperang dalam bulan yang dirahmati. Katakanlah : Berperang dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi menghalangi orang dari jalan Allah, ingkar kepada-Nya, menyekat orang masuk ke Masjidilharam dan mengusir penduduknya (Nabi dan orang-orang Mukmin) dari situ (Mekah) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah.” - Surah Al Baqarah ayat 217. MANISNYA IMAN TAHUN 58 / BILANGAN 60 E-mel: [email protected] Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004 1434 Kemalangan jalan raya punca kematian ketujuh tertinggi BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 18 Mei. - Jumlah keseluruhan kemalangan jalan raya di Negara Brunei Darussalam telah meningkat secara purata tujuh peratus pada tahun 2007 hingga 2011. Menurut statistik daripada Kemen- terian Kesihatan, pada tahun 2011, kematian yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya adalah punca kematian ketujuh tertinggi di Negara Brunei Darussalam selepas penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi. Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhor- mat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar pada Hari Pertubuhan Telekomunikasi dan Maklumat Sedunia (World Telecom- munication and Information Society Day - WTISD) yang berlangsung di sebuah hotel di Gadong. Oleh itu Yang Berhormat menam- bah, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk mengurangkan risiko kemalangan jalan raya, antaranya adalah melalui penggunaan teknologi secara bijak. “Dalam hal ini, pelbagai inisiatif telah diambil oleh pihak-pihak berkepentingan untuk memanfaatkan ICT dalam meningkatkan keselamatan jalan raya. Inisiatif-inisiatif ini adalah selaras dengan pendekatan Psikologi dan Teknologi sebagai diamanahkan Blueprint of Brunei Decade of Action for Road Safety 2011-2020 yang menyokong sepenuhnya penggunaan teknologi dalam meningkatkan keselamatan jalan raya. “Manakala dalam sektor pengang- kutan pula, ICT juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti pengangkutan melalui sistem pengangkutan bersistematik, selamat dan efisien. Pendekatan holistik sistem pengangkutan yang selamat 'Safer Vehicles', 'Safer Roads', 'Safer Drivers' and 'Safer People' ini akan mengurangkan kemalangan jalan raya dan yang paling penting, mengurang- kan kematian kemalangan jalan raya,” terang Yang Berhormat. Oleh : Aimi Sani Foto : Pg. Haji Bahar Pg. Haji Omar DI DALAM Muka 3 BERANGKAT tiba di Qatar hadiri Forum Doha Ke-13 Institusi muzium berperanan sebagai pusat rekreasi dan pendidikan Muka 4 BRUNEI - VIET NAM tandatangani MoU kerjasama Pertanian, Perikanan Kebawah DYMM berangkat tiba di Chiang Mai, Thailand CHIANG MAI, THAILAND, Ahad, 19 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah selamat berangkat tiba di Pengkalan Tentera Udara Chiang Mai Thailand bagi menghadiri Sidang Kemuncak Air Asia-Pasifik (APWS) Kali Kedua yang berlangsung pada 19 hingga 20 Mei 2013. Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tuan Niwattumrong Boonsongpaisan, Gabenor Chiang Mai, Tuan Yang Terutama Thanin Suphasen dan Ketua Pengarah Protokol, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Thailand, Tuan Yang Terutama Chakarin Chayabongse serta pegawai-pegawai kerajaan Thailand. BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 18 Mei. - Institusi muzium kini dilihat secara global sebagai pusat rekreasi dan pendidikan yang berperanan penting dalam mengem- bangkan industri kreatif menyumbang pada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah berkata muzium mempunyai peranan sebagai sumber pendidikan dan ilmu yang tidak formal kerana di dalamnya tersimpan dan terkumpul banyak bahan dan sumber ilmu yang merangkumi warisan sejarah dan tamadun bangsa yang sangat berharga. Oleh : Abdullah Asgar Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman Ke muka 12 Ke muka 13 Laporan : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor dari Chiang Mai, Thailand Ke muka 24 KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat tiba di Pengkalan Tentera Udara, Chiang Mai, Thailand dijunjung oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Thailand, Mr. Niwattumrong Boonsongpaisan.

Upload: others

Post on 03-Feb-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • EDISI ISNIN / PERCUMA20 MEI 2013 / 10

    “INSTITUSI kekeluargaanadalah lebih tepat untuk

    menjadi asas kepadapembinaan masyarakat.

    Kerana dari sinilah lahirnyaindividu-individu yang

    berpotensi yang menjaditulang belakang kepada

    negara dan bangsa. Apabilatulang belakang itu kuat,maka akan kuat pulalah

    bangsa itu.” - Titah sempenaTahun Baru Masihi 2002.

    PETIKAN TITAH“MEREKA bertanya kepadamu (wahai Nabi Muhammad)mengenai hukum berperangdalam bulan yang dirahmati.

    Katakanlah : Berperang dalambulan itu adalah berdosa besar,tetapi menghalangi orang dari

    jalan Allah, ingkar kepada-Nya,menyekat orang masuk ke

    Masjidilharam dan mengusirpenduduknya (Nabi dan

    orang-orang Mukmin) dari situ(Mekah) adalah lebih besar

    dosanya di sisi Allah.” - SurahAl Baqarah ayat 217.

    MANISNYA IMAN

    TAHUN 58 / BILANGAN 60

    E-mel: [email protected] Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bnHotline: 2383941 Faksimile: 2381004

    1434

    Kemalanganjalan rayapuncakematianketujuhtertinggi

    BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu,18 Mei. - Jumlah keseluruhankemalangan jalan raya di NegaraBrunei Darussalam telah meningkatsecara purata tujuh peratus pada tahun2007 hingga 2011.

    Menurut statistik daripada Kemen-terian Kesihatan, pada tahun 2011,kematian yang disebabkan olehkemalangan jalan raya adalah puncakematian ketujuh tertinggi di NegaraBrunei Darussalam selepas penyakitkronik seperti kanser, penyakitjantung, kencing manis dan tekanandarah tinggi.

    Perkara tersebut dijelaskan olehMenteri Perhubungan, Yang Berhor-mat Pehin Orang Kaya HamzahPahlawan Dato Seri Setia AwangHaji Abdullah bin Begawan MudimDato Paduka Haji Bakar pada HariPertubuhan Telekomunikasi danMaklumat Sedunia (World Telecom-munication and Information SocietyDay - WTISD) yang berlangsungdi sebuah hotel di Gadong.

    Oleh itu Yang Berhormat menam-bah, adalah menjadi tanggungjawabbersama untuk mengurangkan risiko

    kemalangan jalan raya, antaranyaadalah melalui penggunaan teknologisecara bijak.

    “Dalam hal ini, pelbagai inisiatiftelah diambil oleh pihak-pihakberkepentingan untuk memanfaatkanICT dalam meningkatkan keselamatanjalan raya. Inisiatif-inisiatif ini adalahselaras dengan pendekatan Psikologidan Teknologi sebagai diamanahkanBlueprint of Brunei Decade of Actionfor Road Safety 2011-2020 yangmenyokong sepenuhnya penggunaanteknologi dalam meningkatkankeselamatan jalan raya.

    “Manakala dalam sektor pengang-kutan pula, ICT juga memainkanperanan penting dalam meningkatkankualiti pengangkutan melalui sistempengangkutan bersistematik, selamatdan efisien. Pendekatan holistiksistem pengangkutan yang selamat'Safer Vehicles', 'Safer Roads', 'SaferDrivers' and 'Safer People' ini akanmengurangkan kemalangan jalan rayadan yang paling penting, mengurang-kan kematian kemalangan jalan raya,”terang Yang Berhormat.

    Oleh : Aimi SaniFoto : Pg. Haji Bahar Pg. Haji Omar

    DI DALAM

    Muka 3

    BERANGKAT tiba di Qatarhadiri Forum Doha Ke-13

    Institusi muziumberperanan sebagai pusatrekreasi dan pendidikan

    Muka 4

    BRUNEI - VIET NAMtandatangani MoU kerjasama

    Pertanian, Perikanan

    Kebawah DYMM berangkattiba di Chiang Mai, Thailand

    CHIANG MAI, THAILAND, Ahad, 19 Mei. -Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri BagindaSultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulahibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali SaifuddienSa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalam telah selamat berangkattiba di Pengkalan Tentera Udara Chiang Mai Thailand

    bagi menghadiri Sidang Kemuncak Air Asia-Pasifik(APWS) Kali Kedua yang berlangsung pada 19 hingga20 Mei 2013.

    Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang MahaMulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalam dijunjung oleh Menteridi Jabatan Perdana Menteri, Tuan NiwattumrongBoonsongpaisan, Gabenor Chiang Mai, Tuan YangTerutama Thanin Suphasen dan Ketua PengarahProtokol, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri,Thailand, Tuan Yang Terutama Chakarin Chayabongseserta pegawai-pegawai kerajaan Thailand.

    BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 18 Mei. - Institusimuzium kini dilihat secara global sebagai pusat rekreasidan pendidikan yang berperanan penting dalam mengem-bangkan industri kreatif menyumbang pada pertumbuhanekonomi sesebuah negara.

    Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang BerhormatPehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri SetiaAwang Haji Hazair bin Haji Abdullah berkata muziummempunyai peranan sebagai sumber pendidikan dan ilmuyang tidak formal kerana di dalamnya tersimpan danterkumpul banyak bahan dan sumber ilmu yang merangkumiwarisan sejarah dan tamadun bangsa yang sangat berharga.

    Oleh : Abdullah AsgarFoto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

    Ke muka 12

    Ke muka 13

    Laporan : Rohani Haji Abdul HamidFoto : Haji Ariffin Mohd. Noor

    dari Chiang Mai, Thailand

    Ke muka 24

    KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-MarhumSultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkattiba di Pengkalan Tentera Udara, Chiang Mai, Thailand dijunjung oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Thailand,Mr. Niwattumrong Boonsongpaisan.

  • 2 2 HARI ISNIN 20 MEI 2013HASRAT NEGARA

    1020 MEI 2013 BERSAMAAN 1434

    AMBULANS991

    POLIS993

    BOMBA995

    PENYELAMAT998

    PUSAT PEMEDULIAN PELANGGANKEMENTERIAN PEMBANGUNAN

    140

    ELEKTRIK144

    NDMC2380214

    ������ ��������

    Hajah Rosidah Haji IsmailPg. Arsul Pg. Haji Abd. Momin

    Penyelaras dan Reka LetakSamle Haji Jait,

    Khairul Shaharim Haji Abdul Ghafor,Haji Ahmad Haji Salim

    PenyemakanHaji Besar Haji Mamit,

    Hajah Norliha Haji Salleh,Ramlah Md. Nor,

    Atikah Mohd. Asyraf,Hajah Sujimawati Mejari,

    Nurul Hazwani Abu Omar,Siti Faizahanisah Awang Mahani,

    Siti Noorzaimah Haji Nooralli

    Mohammad Ike Iqrami Haji Suhaimi,Muhammad Hamdanajib Haji Domeng,

    Hajah Raini Haji Bidin,Dk. Sahraini Pg. Haji Ismail,Hatral Hazmi Abdul Hamid,

    Jurainah Haji Jait,Nornasyirah Nordin

    Pereka Letak

    Hajah Musmariani Haji Mohammad,Penterjemahan

    Haji Sahari Akim,Siti Muslihat Haji Salleh,Haji Aliddin Haji Moktal,

    Bolhassan Haji Abu Bakar,Ak. Jefferi Pg. Durahman,

    Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi,Haniza Abdul Latif

    PenyuntinganPemberitaan/RencanaHajah Zabaidah Haji Salat,

    Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. NoorPg. Haji Waliyuddin Pg. Haji Ahmad,Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli,

    Norliah Md. Zain,Hezlinawati Haji Abd. Karim,Zawiyatun Ni'mah Mohd. Akir,

    Abdullah Asgar,Abu Bakar Haji Abdul Rahman,

    Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad,Hajah Siti Zuraihah Haji Sulaiman,

    Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim,Rohani Haji Abdul Hamid,

    Nooratini Haji Abas,Khartini Hamir,

    Saerah Haji Abdul Ghani,Aimi Sani,

    Aryentty Haji Ariffin

    Ketua Penyuntingan

    Pembelajaran sepanjang hayatbantu masa depan cemerlang

    Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu'alaikum Warahmatullahi

    Wabarakatuh dan Selamat Pagi

    ADALAH merupakan suatu yangmenggembirakan untuk menyertaiawda di sini pada hari ini, bagimelancarkan satu lagi usaha terpuji olehpersatuan bukan kerajaan (NGO) dalammenangani keperluan masyarakat khususnyamengenai kepentingan pendidikan.

    Penghargaan ikhlas saya kepada Bank IslamBrunei Darussalam (BIBD) keranamenganjurkan Program Menggalakkanpembelajaran Sepanjang Hayat Untuk MasaDepan Cemerlang atau ringkasnya, A-L-A-F.

    Saya merasa gembira untuk menyatakanbahawa inisiatif ini bertujuan untuk mencapaidua matlamat yang berkebajikan. Pertama,program ini dihasratkan bagi membantuibu-ibu tunggal, anak-anak yatim, orang-orangyang kurang bernasib baik dalam memenuhikeperluan pendidikan masing-masing. Kedua,untuk memberi peluang kepada orang ramaiuntuk menyalurkan sumbangan berkesanmereka melalui mekanisme yang disediakanoleh Bank, di samping memastikan sumbanganmereka diselaraskan dan diuruskansewajarnya.

    Di bawah kepimpinan bijaksana KebawahDuli Yang Maha Mulia Paduka Seri BagindaSultan dan Yang Di-Pertuan Negara BruneiDarussalam, negara kita amat komiteddalam usaha ke arah mencapai MatlamatPembangunan Milenium Bangsa-BangsaBersatu. Salah satu daripadanya ialahpendidikan rendah yang universal.

    Ini adalah bukti kemajuan dan pembangunanberterusan dalam sistem pendidikan rendahdi negara ini. Satu pencapaian penting ialahpengenalan Perintah Wajib Pendidikan 2007yang memperuntukkan sembilan tahunpersekolahan wajib bagi setiap kanak-kanak diNegara Brunei Darussalam.

    Dalam titah semasa Ulang Tahun Ke-21 HariGuru Kebangsaan pada 24 September 2011Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka SeriBaginda Sultan dan Yang Di-Pertuan NegaraBrunei Darussalam menekankan pentingnyamemperbaiki sistem pendidikan kita melaluipelbagai inisiatif secara berterusan.

    Ini termasuk menangani masalah yangdihadapi oleh ahli-ahli masyarakat yangkurang bernasib baik dan untuk menyediakanmereka peluang pendidikan yang sama. Disamping itu, baginda juga menegaskanbahawa apa-apa jenis bantuan yang diberikansama ada dalam bentuk pengangkutan, bantuankewangan, tempat tinggal, mestilah diurusdengan betul dan teratur.

    Oleh kerana itu, saya sangat berbanggadengan terciptanya program ini melaluiTanggungjawab Sosial Korporat BIBD. Sayaberharap selain daripada memberikan bantuan

    kepada mereka yang kurang bernasib baik,ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim, programini juga akan membantu menyemai perasaanbelas kasihan dan berkongsi bertanggung-jawab kepada seluruh masyarakat kita yangmemerlukan.

    Akhir sekali, saya berharap agar BIBDberjaya dalam usaha berkebajikan ini. Sayajuga ingin menjemput orang ramai untukmemberi sokongan mereka terhadap program

    ini dan matlamat-matlamatnya yangberkebajikan.

    Dengan kalimah Bismillahir RahmanirRahim, saya dengan sukacita merasmikanpelancaran Program MenggalakkanPembelajaran Sepanjang Hayat Untuk MasaDepan Cemerlang atau ringkasnya, A-L-A-FBank Islam Brunei Darussalam.

    Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassala-mu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

    SABDA Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti PengiranHaji Salleh Ab. Rahaman dalam Majlis Pelancaran Program BIBD ALAF pada hari Sabtu, 1 Rejab 1434bersamaan 11 Mei 2013 bertempat di Dewan Indera Samudera, Grand Hall, The Empire Hotel andCountry Club.

    DI BAWAH kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang MahaMulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalam, negara kita amat komited

    dalam usaha ke arah mencapai Matlamat PembangunanMilenium Bangsa-Bangsa Bersatu. Salah satu daripadanya

    ialah pendidikan rendah yang universal.

    Ini adalah bukti kemajuan dan pembangunan berterusandalam sistem pendidikan rendah di negara ini. Satupencapaian penting ialah pengenalan Perintah Wajib

    Pendidikan 2007 yang memperuntukkan sembilan tahunpersekolahan wajib bagi setiap kanak-kanak

    di Negara Brunei Darussalam.

    NEGARA AMAN TANPA DADAH

    PENYALAHGUNAAN dadah bukanlah suatuisu baru tetapi isu yang sudah lama menjadiperhatian dan kebimbangan sama adadi peringkat nasional, serantau dan antarabangsa.Isu yang menjadi perhatian dan kebimbangan sejagatini turut mengancam keselamatan dan kestabilan,di samping menjejaskan kesihatan dan kesejahteraandunia dan manusia yang mendiaminya terutamasekali generasi muda.

    Negara Brunei Darussalam tidak terkecuali daripadaancaman tersebut. Misalnya, sejak kebelakanganini masih terdapat percubaan sindiket dadahantarabangsa untuk menjadikan negara kitanisebagai pusat transit bagi pengedaran dadah keluarnegara. Lebih serius lagi sekiranya sindiket tersebutcuba mengeksploitasi rakyat di negara ini untukdijadikan sebagai penghantar mengedar dadah bagipihak mereka. Dalam hal ini, sungguhpun negarakitani telah mencapai kemajuan dalam menanganiancaman dadah, namun usaha-usaha berterusandan bersepadu yang melibatkan negara-negaraserantau dan antarabangsa masih diperlukanbagi membanteras aktiviti-aktiviti berkaitan dadahkhususnya terhadap penyeludupan merentassempadan.

    Selaku rakyat dan penduduk yang cintakankeamanan, kitani turut berkongsi peranan dalamsama-sama membendung kegiatan ini. Aktiviti-aktivitiyang berkaitan dengan dadah terlarang sepertipengeluaran, pembekalan dan permintaan sertapenyeludupan dan pengedaran dadah narkotik adalahkegiatan yang jelas menyalahi undang-undang. Kitanijuga sering diingatkan supaya tidak mudah terpedayadengan sindiket terbabit yang menggunakan pelbagaihelah dan taktik termasuk tawaran kerja dengan gajiyang lumayan seperti menawarkan pekerjaan sebagaipenghantar barang dari satu lokasi ke satu lokasiyang berasingan. Walhal, kitani menyedari tindakanini hanya akan merugikan diri sendiri, keluarga,masyarakat dan negara. Umpama ‘sudah teranglagi bersuluh’, perkara ini menjadi tanggungjawabbersama dengan mengambil langkah berwaspadadan menghindarkan diri dari terlibat dengan sindiketseumpamanya serta memberi kerjasama kepadapihak berkuasa jika terdapat sebarang kegiatan yangmencurigakan.

    Pemantauan berkesan melalui kerjasama danusaha bersepadu pelbagai pihak yang berkepentingandalam memerangi dan membanteras pengedarandadah dan jenayah yang berkaitan dengan dadahperlu diterus-tingkatkan. Pada masa yang sama,kesedaran tentang penyalahgunaan dadah terlarangjuga perlu diterapkan dalam diri setiap warga ke arahmewujudkan sebuah negara yang aman dan bebasdari ancaman dadah.

    Negara Brunei Darussalam telah menjadi ahli penuhkepada ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA)pada tahun 2009 dan pada tahun ini negara kitanibuat julung kalinya mempengerusikan MesyuaratThe 10th AIPA Fact-Finding Committee to CombatThe Drug Menace (AIFOCOM) dengan kerjasamaBiro Kawalan Narkotik (BKN).

    Adalah diharapkan menerusi pertemuan AIFOCOMdan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengannyayang telah berlangsung baru-baru ini berhasil danproduktif bagi meningkatkan peranan AIPA dalammenyumbang ke arah merealisasikan ASEAN BebasDadah pada tahun 2015. - Ketua Penyuntingan

    Terjemahan oleh : Hajah Musmariani Haji Mohammad

  • HARI ISNIN, 1 JANUARI 2011HARI ISNIN 20 MEI 2013 3NASIONAL

    Berangkat tiba di Qatar hadiri Forum Doha Ke-13

    DOHA, QATAR, Sabtu, 18 Mei. - Duli YangTeramat Mulia Paduka Seri Pengiran PerdanaWazir Sahibul Himmah Wal-Waqar PengiranMuda Mohamed Bolkiah ibni Al-MarhumSultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul

    Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal LuarNegeri dan Perdagangan kini berada di Dohabagi menghadiri Forum Doha Kali Ke-13bermula 20 hingga 22 Mei ini.

    DYTM yang dijangka berangkat menghadiriforum berkenaan atas jemputan PerdanaMenteri dan Menteri Hal Ehwal Luar NegeriQatar, His Highness Sheikh Hamad bin Jassimbin Jabr Al-Thani.

    DYTM diiringi oleh Yang Teramat MuliaPengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah

    Zariah binti Al-Marhum Pengiran PemanchaPengiran Anak Haji Mohamed Alam.

    Keberangkatan tiba DYTM dan YTM diLapangan Terbang Antarabangsa Dohadijunjung oleh Ketua Protokol, KementerianHal Ehwal Luar Negeri Qatar, Tuan YangTerutama Ibrahim Fakhro.

    Turut menjunjung, Duta Besar Negara BruneiDarussalam di Doha, Tuan Yang TerutamaAwang Haji Nordin bin Haji Ahmad, SetiausahaTetap Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri danPerdagangan (KHELNP), Pengiran Kasmirhan

    bin Pengiran Haji Mohd. Tahir sertapegawai-pegawai dari KHELNP.

    Forum tiga hari itu dijangka akanberlangsung di Ritz-Carlton, Doha dan akanmembincangkan hal ehwal serantau danantarabangsa termasuk isu-isu ekonomi sertastatus perkembangan semasa krisis ekonomiyang berterusan dan kesan ke atas hak asasimanusia.

    Negara Brunei Darussalam dan Negara Qatarmenubuhkan hubungan diplomatik sejakOktober 1991.

    Brunei - RepublikRakyat China kukuhkanhubungan dua halaBEIJING, REPUBLIK RAKYAT CHINA, Sabtu, 18 Mei. - YangTeramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna,Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri danPerdagangan berkenan mengadakan perjumpaan dengan Menteri HalEhwal Luar Negeri Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama WangYi.

    Pada perjumpaan ini, YTM dan TYT membincangkan perkembanganhubungan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan republikberkenaan dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau danantarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

    YTM kemudian berangkat meninggalkan Beijing menuju BandarayaHuangshan, Wilayah Anhui.

    Di sebelah malam, YTM berkenan menghadiri Majlis Santap Malamyang disembahkan oleh Timbalan Ketua Eksekutif Bandaraya Huangshan,TYT Wan Yixue.

    Di majlis ini YTM dan TYT bertukar-tukar pandangan mengenaihubungan di antara kedua belah pihak.

    YTM juga berkenan mendengar sembah penerangan dari TYT mengenaiperkembangan Bandaraya Huangshan.

    Sepanjang keberangkatan, YTM diiringi oleh Yang Amat Mulia PengiranLela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz binPengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar.

    Tinjau tapak projek binaanbangunan kerajaan KHEDN

    BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu,18 Mei. - Menteri Hal Ehwal DalamNegeri, Yang Berhormat Pehin UdanaKhatib Dato Paduka Seri Setia UstazHaji Awang Badaruddin bin PengarahDato Paduka Haji Othman membuatlawatan ke beberapa tapak projekbinaan bangunan-bangunan kerajaandi bawah Kementerian Hal EhwalDalam Negeri di bawah ProjekRancangan Kemajuan Negara Ke-9.

    Lawatan Yang Berhormat bermuladi tapak binaan bangunan JabatanDaerah Brunei dan Muara denganmeninjau lebih dekat lagi pelaksanaanyang sedang giat dilakukan.

    Menurut Menteri Hal Ehwal DalamNegeri lawatan tersebut adalah bagimeninjau perkembangan pembinaankalau ada masalah-masalah yangberbangkit untuk mengetahui lebihdekat dari segi lapangan.

    Projek pembinaan bangunan baruJabatan Daerah Brunei dan Muara inimenelan belanja BND7.4 juta, namunsasaran untuk siap pada 10 Julai 2013tidak menepati sasaran.

    “Masalah yang besar tidak adakecuali yang dinamakan ada kelewatandari segi yang ditarget dari tempohnya,tapi sudah diketahui bahawakelambatan itu berikutan daipadasupply bahan-bahan barang,” YangBerhormat.

    Yang Berhormat dimaklumkanbahawa barang-barang itu kini sudahada dan sebahagiannya lagi adapengubahsuaian dari pelan asal.

    Bangunan baru ini dijangka siappada bulan September dan akanditempati sebelum akhir tahun.

    Juga dilawati ialah projekpembinaan bangunan Jabatan Buruhyang telah bermula pada 1 Disember2011 dan ianya dijangka siap 30 Julai2013 dan menelan belanja berjumlahBND6.7 juta.

    Terakhir Menteri Hal Ehwal DalamNegeri telah mengadakan lawatan ketapak projek pembinaan BangunanBalai Bomba dan Perumahan, diKawasan Rancangan PerumahanNegara Kampung Mentiri yangbernilai BND7.8 juta dan dijangka siap

    pada penghujung bulan ini.

    Dengan adanya projek pembinaantersebut secara langsung akan dapatmeningkatkan lagi produktiviti sertaperkhidmatan jabatan-jabatanberkenaan.

    Antara yang turut serta dalamlawatan tersebut ialah TimbalanMenteri Hal Ehwal Dalam Negeri,Yang Dimuliakan Pehin Datu LailarajaMejer Jeneral (B) Dato Paduka SeriHaji Awang Halbi bin Haji Md. Yusofberserta pegawai-pegawai kananKementerian Hal Ehwal DalamNegeri.

    Laporan :Wan Mohamad Sahran Wan AhmadiFoto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

    dari Doha, Qatar

    DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal LuarNegeri dan Perdagangan diiringi oleh Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam ketika berangkat tiba di Doha, Qatar (kiri).DYTM beramah mesra dengan Ketua Protokol, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Qatar, Tuan Yang Terutama Ibrahim Fakhro (kanan).

    Oleh : Abu Bakar Haji Abd. RahmanFoto: Md. Sahrizal Md. Said

    MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka SeriSetia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman semasamembuat lawatan ke beberapa tapak projek binaan bangunan-bangunan kerajaan dibawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (atas dan bawah)

  • HARI ISNIN, 1 JANUARI 2011 HARI ISNIN 20 MEI 20134 NASIONAL

    Brunei - Viet Nam tandatangani MoUkerjasama Pertanian, Perikanan

    JERUDONG, Jumaat, 17 Mei. -Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat PehinOrang Kaya Seri Utama Dato SeriSetia Awang Haji Yahya bin BegawanMudim Dato Paduka Haji Bakarmengadakan Perjumpaan Dua Haladengan Menteri Pertanian danPembangunan Luar Bandar RepublikSosialis Viet Nam, Tuan YangTerutama Cao Duc Phat.

    Pada perjumpaan yang berlangsungdi Members Grill, The Empire Hoteland Country Club di sini, kedua-duabelah pihak mengadakan perbincanganmengenai cadangan bagi melaksana-

    kan projek rintis penghasilan padi diNegara Brunei Darussalam.

    Terdahulu sebelum perjumpaan itu,satu Majlis PenandatangananMemorandum Persefahaman (MoU)mengenai kerjasama dalam bidangPertanian dan Perikanan diadakan diantara Kerajaan Kebawah Duli YangMaha Mulia Paduka Seri BagindaSultan dan Yang Di-Pertuan NegaraBrunei Darussalam dengan KerajaanRepublik Sosialis Viet Nam.

    Menandatangani MoU bagi pihakKerajaan Kebawah Duli Yang MahaMulia ialah Menteri Perindustrian danSumber-Sumber Utama, manakala

    Kerajaan Republik Sosialis Viet Namdiwakili oleh Menteri Pertanian danPembangunan Luar Bandar RepublikSosialis Viet Nam.

    Melalui penandatanganan MoUtersebut, kedua-dua belah pihakbersetuju untuk meningkatkan,mengukuhkan, memudah cara,menggalakkan dan mewujudkankerjasama dalam bidang pertanian danperikanan.

    Antara bidang kerjasama yangdikenal pasti untuk dilaksanakanmelalui perjanjian tersebut adalahkerjasama dalam meningkatkanpenghasilan pertanian dan perikanan,pemajuan inisiatif halal, pertukaransumber genetik tanaman dan haiwanserta perikanan, perkongsian teknologipengawetan dan pemprosesanproduk-produk pertanian dan

    perikanan.Selain itu, kerjasama juga termasuk

    meningkatkan perdagangan dalamsumber dan produk mentah pertaniandan perikanan, perkongsian pelaburandalam pembangunan pertanian danperikanan dan lain-lain bidangkerjasama yang berkaitan denganbidang pertanian dan perikanan yangakan dipersetujui di antara kedua-duabelah pihak.

    Sementara itu, TYT Cao Duc Phatberserta lima ahli rombongan terdiridaripada pegawai-pegawai kananKementerian Pertanian dan Pemba-ngunan Luar Bandar Republik SosialisViet Nam pada sebelah pagimengadakan lawatan kerja ke kawasanTapak Projek Padi di Wasan danKawasan Ladang Padi BatangPerhentian.

    Lawatan ke kawasan-kawasan yangdicadangkan itu bertujuan meninjauprojek rintis penghasilan padi di antarakedua-dua buah agensi kerajaanberkenaan melalui KementerianPerindustrian dan Sumber-SumberUtama (KPSSU) dan KementerianPertanian dan Pembangunan LuarBandar Republik Sosialis Viet Nam.

    Juga hadir pada majlis tersebut ialahSetiausaha Tetap KPSSU, DayangHajah Normah Suria Hayati bintiPehin Jawatan Dalam Seri MaharajaDato Seri Utama Dr. Haji AwangMohd. Jamil Al-Sufri; Duta BesarRepublik Sosialis Viet Nam ke NegaraBrunei Darussalam, Tuan YangTerutama Nguyen Truong Giang danTimbalan- Timbalan Setiausaha TetapKPSSU.

    Doa Kesyukuran Hari Telekomunikasi, Masyarakat Bermaklumat Sedunia

    MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan MudimDato Paduka Haji Bakar bersama-sama warga Kementerian Perhubungan menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah di MasjidAsh-Shaliheen, Jabatan Perdana Menteri dalam Majlis Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Ke-10 Pihak Berkuasa Industri TeknologiInfo-Komunikasi (AiTi).

    Kempen Derma DarahSempena Hari Ulang Tahun

    ABDB Ke-52BANGAR, Khamis, 16 Mei. - Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB)mengadakan Kempen Menderma Darah Sempena Sambutan Hari UlangTahun Ke-52, berlangsung di Perkhemahan Bangar, Temburong.

    Kempen ini disertai oleh anggota-anggota Batalion Kedua, TenteraDarat Diraja Brunei (TDDB).

    Ia telah dilaratkan ke Unit-unit ABDB yang lain di kesemuaperkhemahan tentera.

    Kempen tersebut bertujuan untuk memberikan sokongan dankeprihatinan ABDB terhadap masyarakat tempatan dalammenyumbangkan kepada tabung simpanan darah negara.

    Di samping itu, kempen ini juga berperanan untuk menanamkan sifatberamal jariah dalam kalangan anggota-anggota tentera yang manamenderma satu unit darah boleh menyelamatkan nyawa.

    Kempen itu bukan saja dibukakan untuk anggota ABDB tetapi ia jugamempelawa ahli-ahli keluarga ABDB serta mantan-mantan perajurit untukikut serta dalam kempen yang berkebajikan ini.

    Seterusnya Kempen Menderma Darah ini dijangka akan diadakan diPerkhemahan Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei, Rimba pada hariSelasa, 21 Mei 2013.

    BANDAR SERI BEGAWAN,Khamis, 16 Mei. - Pihak BerkuasaIndustri Teknologi Info-KomunikasiNegara Brunei Darussalam (AiTi)mengadakan Majlis Doa KesyukuranSempena Hari Telekomunikasi danMasyarakat Bermaklumat Sedunia(Telecommunication and Information

    Society Day-WTSID) dan Penubuhan10 Tahun AiTi.

    Hadir selaku tetamu kehormat padamajlis yang diadakan di MasjidAsh-Shaliheen, Jabatan PerdanaMenteri, Kampung Melabau, di siniialah Menteri Perhubungan, Yang

    Berhormat Pehin Orang Kaya HamzahPahlawan Dato Seri Setia Awang HajiAbdullah bin Begawan Mudim DatoPaduka Haji Bakar.

    Hadir sama dalam MajlisKesyukuran tersebut ialah SetiausahaTetap Kementerian Perhubungan,Awang Abdul Mutalib bin Pehin OrangKaya Seri Setia Dato Paduka HajiMohammad Yusof.

    Majlis dimulakan denganSembahyang Fardu MaghribBerjemaah diikuti dengan Sembah-yang Sunat Hajat, Bacaan Surah YaaSiin, Tahlil dan Doa Kesyukuranseterusnya Sembahyang Fardu IsyakBerjemaah yang dipimpin oleh imammasjid berkenaan, Awang Haji Mohd.Aslenan bin Haji Metusin.

    Sementara bagi memperingatiWTSID, acara tersebut diadakan pada

    18 Mei 2013 di salah sebuah hotel diGadong dan pada sambutan itu jugadiadakan Peraduan Melukis danMenulis Esei, Pameran dansebagainya.

    Manakala sambutan bagi KarnivalAiTi pula akan diadakan pada 26 Mei2013 bertempat di Premis AiTi yangmana akan menyediakan pelbagaiaktiviti pada hari tersebut.

    MENTERI Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang KayaSeri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakardan Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Republik Sosialis Viet Nam, TuanYang Terutama Cao Duc Phat semasa bertukar MoU mengenai kerjasama dalam bidangPertanian dan Perikanan antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dengan KerajaanRepublik Sosialis Viet Nam.

    MENTERI Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama semasa mengadakan Perjumpaan Dua Hala dengan Menteri Pertanian danPembangunan Luar Bandar Republik Sosialis Viet Nam. Juga hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap KPSSU, Dayang HajahNormah Suria Hayati binti Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Jamil Al-Sufri, Duta Besar Republik Sosialis VietNam ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Nguyen Truong Giang dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap KPSSU.

    Oleh: Nooratini Haji AbasFoto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali

    Oleh : Nooratini Haji AbasFoto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

  • HARI ISNIN, 1 JANUARI 2011HARI ISNIN 20 MEI 2013 5AGAMA

    Tingkatkan kualiti pengajaran, pembelajaran

    MANGGIS, Khamis, 16 Mei. -Menteri Hal Ehwal Ugama, YangBerhormat Pengiran Dato Seri SetiaDr. Haji Mohammad bin PengiranHaji Abdul Rahman berkata negaradan bangsa sangat-sangat memerlukananak bangsa yang berjaya dalamaliran Agama/Arab dan lain-lainaliran umum yang semuanya bergunauntuk membangunkan agama, negaradan bangsa.

    Yang Berhormat berucap demikian

    pada Majlis Penghargaan Pelajar-Pelajar Cemerlang Jabatan PengajianIslam, Kementerian Hal Ehwal UgamaTahun 1433 Hijriah/2013 Masihi,berlangsung di Manggis Ballroom,Bangunan Hua Ho, di sini.

    Untuk menuju kecemerlangan itu,jelas Yang Berhormat, kualiti penga-jaran dan pembelajaran perlu diting-katkan.

    Yang Berhormat menambah, ia jugaada kaitan dengan teknik atau kaedah

    pengajaran dan pembelajaran yangmenarik, menyeronokkan dan mudahdifahami.

    Menurut Yang Berhormat, buku-buku teks, buku-buku kerja, buku-buku bacaan tambahan perlu disedia-kan selain kurikulum, kokurikulumyang bermutu dan kemas kini.

    Di samping itu, dalam pendidikanagama, khasnya pada peringkatrendah menurut Yang Berhormat,teori dan amali perlu seimbang.

    Teori, katanya, bertujuan untukmemberikan pengetahuan asas yangcukup kepada pelajar, sementara amaliialah bagaimana pengetahuan asasitu dipraktikkan dalam kehidupansehari-hari.

    “Pengetahuan tentang syarat-syarat,sah batal, hukum hakam dansebagainya tidaklah memadai tanpamenunjukkan bagaimana kesempurna-an praktiknya, misalnya bagaimanakesempurnaan perlakuan wuduknya,atau tayamumnya, bagaimanaperlakuan kesempurnaan sembah-yangnya, bagaimana kesempurnaanbacaan Al-Qur'annya, doanya, tahlil-nya, puasanya dan sebagainya,” ujarYang Berhormat.

    Yang Berhormat menambah, jikapengetahuan asas dan amali agamacukup mantap pada peringkat rendah,itulah yang akan menjadi bekalannyapada peringkat remaja dan dewasananti.

    Tetapi, jelas Yang Berhormat, jikapengetahuan asas dan amali agamanyaitu belum sempurna, apatah lagi jikatidak mempelajarinya langsung,maka permasalahan akan tetap timbulpada peringkat selanjutnya seorangkanak-kanak itu.

    Oleh itu, ujar Yang Berhormat, kitaberharap, apabila seorang kanak-kanak

    itu telah sempurna mendudukiDarjah 6 agama di bawah PerintahPendidikan Ugama Wajib yang muladilaksanakan baru-baru ini, bermaknaia telah menguasai ilmu-ilmu FarduAin, yang insya-Allah akan menja-dikannya seorang Muslim yang sejati.

    Dalam hal ini, katanya, guru-gurudan ibu bapa atau saudara maramerupakan contoh yang terdekat.

    “Apabila seseorang itu telah men-jadi guru, khasnya guru agama danseseorang itu telah memasuki alamberumah tangga sehingga menjadiseorang ibu atau seorang bapakepada anak-anak mereka, makadengan sendirinya dia telah menjadirole model atau pemimpin kecil dalamkelompoknya, tiada lagi ada alasanuntuk bermudah-mudah, tiada alasanuntuk malas tah ku ingau atauberkelakuan yang tidak selari denganajaran agama, kerana impaknya akanjadi negatif atau kurang baik kepadapertumbuhan anak-anak atau generasidi bawah bimbingan kita itu sekiranyamereka menunjukkan contoh yangtidak sihat kepada anak-anak mereka,”tegas Yang Berhormat.

    Tambahnya, peribahasa pun sudahada mengatakan bahawa anak-anakitu adalah ibarat kain putih yangboleh kita corakan dengan apa juawarna yang kita inginkan.

    Dalam hubungan ini, jelasnya,maka corakkanlah mereka dengansebaik-baik warna, secantik-cantikwarna, seindah-indah warna mengikutcalak Brunei dan di atas landasanyang diredai Allah SubhanahuWata'ala jua.

    Semasa berucap, Yang Berhormatjuga menyentuh mengenai petikantitah Kebawah Duli Yang Maha MuliaPaduka Seri Baginda Sultan dan Yang

    Di-Pertuan Negara Brunei Darussalamsempena Awal Tahun Baru Hijriah1427, antara lain menekankan:

    “Salah satu di antara beberapaprogram yang terpenting ialahprogram persekolahan dan pendidikanagama pada keseluruhannya. Kerajaanbeta telah memperkenalkan sistempersekolahan agama semenjak hampirsetengah abad yang lalu. Menerusinya,rakyat negara ini telah dapatmempelajari ilmu-ilmu agama, khas-nya ibadat dan Al-Qur'an. Beberapatahun sesudah ia dimulakan, pelajarandewasa agama pula dilaksanakan.Semenjak daripada itu, persekolahanagama telah mencorakkan hidup kitaselaku orang-orang Islam. Daripada-nya terpancar sinar agama menyinarikehidupan kita.

    “Brunei adalah dikenali dengansifatnya mengamalkan agama menurutlandasan yang sihat. Ia tidak pernahmencetuskan sebarang kekecohan,berkat fahaman yang kita pakai adalahmenepati acuannya. Beta rasapendekatan ini sudah serasi denganBrunei. Oleh itu hayati dan perta-hankanlah ia,” titah baginda.

    Berdasarkan pada titah ini, kataYang Berhormat, ia jelas menunjukkanbahawa Kerajaan Kebawah DuliYang Maha Mulia adalah mendukungdengan sekuat-kuatnya sistempendidikan agama itu yang telahmembuktikan peranannya yangunggul sejak zaman-berzaman dalammembentuk masyarakat Bruneimenjadi masyarakat yang cintakantanah airnya, taat beraja, taat kepadaajaran agama, beradab sopan yanghalus, bertata-tertib, pemedulian danbanyak lagi ciri-ciri yang berkualitiyang perlu dipelihara untuk generasiyang akan datang.

    17 pelajar terima hadiah cemerlang

    MANGGIS, Khamis, 16 Mei. -Majlis menghargai pelajar cemerlangadalah acara yang sangat berertikhususnya kepada yang diraikankerana ia merupakan satu penghor-matan dan pengiktirafan terhadapkejayaan mereka.

    Ia bertujuan sebagai pemangkindan mekanisme untuk memotivasikankecemerlangan pelajar yang lain,lebih-lebih lagi dalam arus pemba-ngunan pendidikan hari ini yangsemakin berdaya saing.

    Pengarah Pengajian Islam,Kementerian Hal Ehwal Ugama(KHEU), Dayang Hajah Asmahbinti Haji Randah menyatakanperkara itu semasa berucap padaMajlis Penghargaan Pelajar-PelajarCemerlang Jabatan PengajianIslam, KHEU Tahun 1433 Hijrah/2013 Masihi, berlangsung di ManggisBallroom, Bangunan Hua Ho, di sini.

    Di samping itu, jelas DayangHajah Asmah, ia juga untuk meraikanpelajar-pelajar persekolahan agamadan Arab yang memperolehi kepu-tusan cemerlang pada kedudukanteratas dan terbaik dalam peperiksa-an-peperiksaan awam agama danumum yang diduduki pada tahun1433 H / 2012 M yang dikendalikanKHEU dan Kementerian Pendidikaniaitu Sijil Sekolah-Sekolah RendahUgama bagi Darjah VI (SSSRU);Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB);Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei(STPUB); Brunei Cambridge GeneralCertificate of Education OrdinaryLevel (BC-GCE 'O' Level); danBrunei Cambridge General Certificateof Education Advance Level(BC-GCE 'A' Level).

    Hadir selaku tetamu kehormatialah Menteri Hal Ehwal Ugama,Yang Berhormat Pengiran DatoSeri Setia Dr. Haji Mohammad binPengiran Haji Abdul Rahman yangjuga menyempurnakan penyampaianhadiah penghargaan kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam aliranagama/Arab.

    Pada majlis itu, tetamu kehormatjuga melancarkan buku-buku teksagama bagi persekolahan Arab,agama dan mata pelajaran Pengeta-huan Ugama Islam dalam bentukfail 'PDF'.

    Seramai 17 pelajar menerimahadiah penghargaan cemerlang yangdibahagikan kepada lima kategoriiaitu Terbaik Dalam Dua Peperiksaan,Cemerlang Keseluruhan; PencapaianTertinggi; Terbaik mengikut Jurusan;dan Pencapaian Terbaik.

    Hadiah bagi Kategori TerbaikDalam Dua Peperiksaan SPUB danBC-GCE 'O' Level diterima olehDayang Haziqah binti Haji Hazilandari Sekolah Ugama Arab MenengahPerempuan Raja Isteri PengiranAnak Damit (SUAMPRIPAD);Kategori Cemerlang Keseluruhanbagi peperiksaan STPUB ialahDayang Siti Safiah binti Salim dariSekolah Menengah Arab Laki-LakiHassanal Bolkiah (SMALHB),sementara bagi peperiksaan SPUBialah Dayangku Siti Asiah bintiPengiran Alim dari SUAMPRIPAD,manakala bagi peperiksaan SSSRUialah Dayang Nur Hazimah bintiYahya dari Sekolah UgamaKERIAM.

    Penerima hadiah bagi KategoriPencapaian Tertinggi dalam Peperik-

    saan BC-GCE 'O' Level ialah DayangFatin Amirah binti Muhamad Sophiandari SUAMPRIPAD; Kategori TerbaikMengikut Jurusan Syariah (STPUB)ialah Dayang Siti Safiah binti Salimdari SMALHB; Terbaik MengikutJurusan Usuluddin (STPUB) ialahDayang Hidayatul Nazirah bintiAwang Matusof dari SMALHB;Terbaik Mengikut Jurusan Arab(SPUB dan BC-GCE 'P' Level)ialah Dayang Irma Arina Nadirahbinti Haji Matussin dari SUAMP-RIPAD dan Terbaik MengikutJurusan Sains (SPUB dan BC-GCE'O' Level) ialah Dayangku SitiAsiah binti Pengiran Alim dariSUAMPRIPAD.

    Sementara itu, penerima KategoriPelajar-Pelajar Yang MemperolehiKeputusan Terbaik/Teratas DalamPeperiksaan SSSRU Dalam Peperik-saan Sijil Sekolah-Sekolah RendahUgama ialah Dayang Puteri NurHajar binti Norhashim dari SekolahRendah Pusar Ulak, Dayang NurulWahidatul Fikriyah binti Ashawarydari Sekolah Ugama Negalang,Awang Muhammad Yazid binMuhammad Ariffin dari SekolahUgama Jerudong (pagi), DayangNurul Sakinah binti Shahbudindari Sekolah Ugama Salambigar(pagi); Dayang Amal Nazihah bntiAbdul Manaf @ Natasha dari SekolahUgama Beribi (pagi).

    Juga menerima hadiah yangsama ialah Dayang Siti MaisarahZaliqah binti Haji Awang Ramlidari Sekolah Ugama Pengiran AnakPuteri Mutawakillah Hayatul BolkiahSerusop (pagi); Dayang NorhidayatulSyifaa binti Zambari dari SekolahUgama Putat; Dayang Siti Nurhazirahbinti Emlan dari Sekolah UgamaAnggerik Desa, Dayang Nurisbaniah@ Saunah binti Haji Ismail dari

    Sekolah Ugama Pengiran MudaAbdul Malik, Bengkurong (pagi)dan Dayang Amni Syahira bintiHaji Bahrom dari Sekolah UgamaPengiran Anak Puteri Hafizah SururulBolkiah, Berakas (pagi).

    Majlis tersebut antara lain bertujuanmenghargai usaha gigih pelajar-pelajar berkenaan dan ibu bapa/-penjaga pelajar atas sokongan dandorongan mereka dalam sama-sama memastikan kejayaan anak-anak mereka, di samping untukmembarigakan kepada masyarakatbahawa pelajar-pelajar lepasanpersekolahan agama dan Arab jugamampu bersaing dan berjaya dengancemerlang dalam bidang- bidanglain selain bidang agama/Arab.

    MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammadbin Pengiran Haji Abdul Rahman berucap pada Majlis Penghargaan Pelajar-PelajarCemerlang Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama Tahun 1433Hijriah/2013 Masihi.

    SEORANG daripada penuntut cemerlangsemasa ditemu bual oleh wakil PELITABRUNEI.

    MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. HajiMohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman yang juga menyempurnakan penyampaianhadiah penghargaan kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam aliran Agama/Arab.

    Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. IbrahimFoto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

    Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. IbrahimFoto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

  • HARI ISNIN, 1 JANUARI 2011 HARI ISNIN 20 MEI 20136 DAERAH-DAERAH

    YSHHB laksanakan kerja kemasyarakatan

    LUMUT, Jumaat, 17 Mei. - YayasanSultan Haji Hassanal Bolkiah(YSHHB) melalui Jawatankuasa KerjaProjek Amal Memeduli Warga Emasdan Keluarga Yang MemerlukanBantuan (PAWEK) mengadakankerja kemasyarakatan di rumahseorang balu, Dayang Hajah Bibahbinti Ahad.

    PAWEK berusaha memedulikesejahteraan warga emas khususnyamereka yang terdiri daripada golonganyang memerlukan bantuan.

    Kerja kemasyarakatan yangdilakukan ialah membaik pulih danmembersihkan bahagian luar dandalam rumah Dayang Hajah Bibahdi Kampung Sungai Bakong, di sini.

    Struktur rumah Dayang HajahBibah masih dalam keadaan baik,walau bagaimanapun memerlukanbeberapa pembaikan seperti meng-ganti lantai kayu di beranda danmengecat sebahagian luar rumahdan lain-lain dengan kos sebanyakBND4,990 yang dibiayai sepenuhnyaoleh YSHHB.

    Sebelum kerja-kerja kemasyaraka-tan dilakukan, Setiausaha TetapKementerian Hal Ehwal Ugama,Awang Haji Abdul Aziz bin OrangKaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yusofyang juga Ahli Lembaga PengarahYayasan selaku Pengerusi BersamaPAWEK menyerahkan bantuan keper-luan asasi daripada YSHHB melalui

    PAWEK kepada Dayang Hajah Bibahbagi meringankan bebanan beliau.

    Balu berusia 67 tahun itu hanyamenerima bantuan bulanan elaunpencen umur tua BND250 daripadaJabatan Pembangunan Masyarakat(JAPEM), Kementerian Kebudayaan,Belia dan Sukan.

    Beliau mempunyai enam anak,tiga lelaki dan tiga perempuan serta18 cucu dan sembilan piut.

    Warga emas itu tinggal di rumahmiliknya sejak tahun 1984, setahunselepas suami beliau meninggaldunia.

    Di rumah itulah beliau hidupbersama dua anak dan seorang lagianak lelakinya 40 tahun merupakanOrang Kurang Upaya (OKU).

    Antara yang hadir dan menyertaikerja-kerja kemasyarakatan termasukSetiausaha Tetap Kementerian HalEhwal Dalam Negeri, Dato PadukaDr. Awang Haji Affendy bin PehinOrang Kaya Saiful Mulok Dato SeriPaduka Haji Abidin, yang juga AhliLembaga Pengarah YSHHB, selakuPengerusi Bersama JawatankuasaSukarelawan YSHHB dan Ahli-ahliLembaga Pengarah YSHHB yang lainserta Pengarah Urusan YSHHB.

    Turut hadir termasuk PenghuluMukim Liang, Awang Haji AbdulHamid bin Haji Momin; KetuaKampung Lumut 1, Yang BerhormatAwang Haji Shafiee bin Ahmad,Penolong Pengarah Urusan YSHHBserta para sukarelawan YSHHBseramai 20 belia yang berdaftardengan Unit Sukarelawan YSHHB.

    YSHHB merupakan wadah amaljariah atau derma khairat KebawahDuli Yang Maha Mulia Paduka SeriBaginda Sultan Haji Hassanal BolkiahMu'izzaddin Waddaulah, Sultan danYang Di-Pertuan Negara Brunei

    Darusslam dan ahli keluarga bagindasebagai tanda pemedulian dan kasihbaginda kepada rakyat baginda,

    di samping menjadi pembentukanmasyarakat yang sejahtera danmakmur di negara ini.

    Pelihara maklumat artifak bangsa Brunei

    TUNGKU, Khamis, 16 Mei. - PegawaiTugas-Tugas Khas Kanan SelakuSetiausaha / Ketua Urusetia MajlisTertinggi Melayu Islam Beraja, Dr.Haji Muhammad Hadi bin MuhammadMelayong berkata Pameran 'WarisanBudaya Brunei' merupakan satu usahake arah memulihara dan memeliharamaklumat tentang artifak-artifaktradisi yang menjadi simbol ataulambang identiti serta jati diri bangsaBrunei yang berpaksikan kepadakonsep Melayu Islam Beraja (MIB).

    Dr. Haji Muhammad Hadi menya-takan perkara tersebut semasaMelancarkan Pameran WarisanBudaya Brunei yang dianjurkan olehMajlis Tertinggi MIB dan dikelolakanoleh mahasiswa dan mahasiswiAkademi Pengajian Brunei yangmengikuti modul PB-3404 UniversitiBrunei Darussalam (UBD) di Bangu-nan Akademi Pengajian BruneiUBD, di sini.

    Jelasnya, pameran tersebut adalahuntuk mendedahkan serta mengete-ngahkan akan kepentingan khazanahBudaya Material Brunei yang mem-punyai peranan dan keistimewaandalam kehidupan masyarakat MelayuBrunei selaras dengan tugas danperanan Majlis Tertinggi MIB dalammelestarikan serta menyebarluaskancara hidup MIB dalam kalangan rakyatdan penduduk di negara ini.

    Tambahnya, artifak-artifak yangdipamerkan merupakan warisanbudaya Brunei yang sekian lamatelah wujud di bumi Negara BruneiDarussalam namun pada masa kinipenggunaan dan penghasilan artifak-

    artifak tersebut semakin berkurangandan dikhuatiri akan pupus seiringdengan peredaran zaman.

    Beliau berharap melalui pamerantersebut mereka akan dapat mengenaliasal usul bangsa ini dalam sama-samamengekalkan keluhuran dan kehalusannilai-nilai budaya bangsa Brunei yangmenjadi tonggak kepada kewujudanNegara MIB.

    Pameran yang dibukakan bagikunjungan orang ramai pada waktubekerja itu mempamerkan artifak-artifak yang merupakan warisanbudaya Brunei, antaranya sepertiKuil, Baju Cara Melayu, Minseng,Gegandang, Usungan dan sebagainya.

    Kajian semula pelaksanaanASCC ditandatangani

    SETIAUSAHA Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Abdul Aziz bin OrangKaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yusof, juga Ahli Lembaga Pengarah Yayasan SultanHaji Hassanal Bolkiah, selaku Pengerusi Bersama PAWEK menyerahkan keperluanasasi kepada Dayang Hajah Bibah binti Ahad.

    SETIAUSAHA Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama turut sama melakukan kerja-kerjakemasyarakatan di rumah warga emas di Kampung Sungai Bakong, Lumut.

    PEGAWAI Tugas-Tugas Khas Kanan,selaku Setiausaha / Ketua UrusetiaMajlis Tertinggi Melayu Islam Beraja (MIB),Dr. Haji Muhammad Hadi bin MuhammadMelayong semasa berucap dalam MajlisMelancarkan Pameran Warisan BudayaBrunei.

    SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), DatoPaduka Awang Haji Mohd. Hamid bin Haji Mohd. Jaafar semasa menyaksikanpertukaran dokumen perjanjian di antara KKBS dan Pusat Kajian Strategik danDasar (CSPS).

    PEGAWAI Tugas-Tugas Khas Kanan, selaku Setiausaha / Ketua Urusetia Majlis TertinggiMIB semasa hadir dalam pelancaran Pameran Warisan Budaya Brunei.

    Berita dan Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli

    BANDAR SERI BEGAWAN,Khamis, 16 Mei. - KementerianKebudayaan, Belia dan Sukan(KKBS) dan Pusat Kajian Strategikdan Dasar (The Centre of Strategicand Policy Studies (CSPS) menga-dakan Majlis MenandatanganiPerjanjian untuk mengkaji semulakemajuan negara dalam melaksa-nakan Rangka Tindakan ASEANKomuniti Sosio-Budaya (ASCC)yang digunapakai oleh pemimpinASEAN pada tahun 2009.

    Hadir menyaksikan MajlisMenandatangani Perjanjian ituialah Setiausaha Tetap KKBS,Dato Paduka Awang Haji Mohd.Hamid bin Haji Mohd. Jaafar.

    Menadatangani bagi pihakKerajaan Kebawah Duli YangMaha Mulia Paduka Seri BagindaSultan dan Yang Di-Pertuan NegaraBrunei Darussalam ialah PemangkuPengarah Pentadbiran dan Kewa-ngan, KKBS, Awang Haji AhmadBaihaki bin Pehin Orang KayaDigadong Seri Lela Dato SeriUtama Awang Haji Mohd. Taha,manakala pihak CSPS diwakilioleh Pengarah Eksekutifnya, DatoPaduka Dr. Haji Ismail bin HajiDuraman.

    KKBS tahun ini mempengeru-sikan Majlis ASCC dan KerjasamaSosio-Budaya yang merupakansalah satu daripada tiga tunggak

    Komuniti ASEAN pada masa de-pan, di samping dua yang lain iaitukeselamatan politik dan kerjasamaekonomi.

    Kajian jangka pertengahan inibertujuan untuk mengakses Kema-juan Negara Brunei Darussalam da-lam mencapai matlamat ASCC danmemberikan cadangan ke arah me-ningkatkan lagi aktiviti dan me-kanisme untuk memastikan sum-bangan berkesan ASCC ke arahmerealisasikan Komuniti ASEANpada 2015.

    Ia dijangka siap pada bulanSeptember sebelum Sidang Kemun-cak ASEAN Ke-23 di Bandar SeriBegawan pada bulan Oktober.

    Dalam Rangka Tindakan ASCCpada tahun 2007, para pemimpinASEAN bersetuju mengenai keper-luan untuk memastikan tindakan-tindakan konkrit diambil bagimenggalakkan penubuhan Komu-niti Sosio-Budaya.

    Di bawah Rangka Tindakan Ker-ja ini, kerjasama Sosio-Budaya da-lam ASEAN perlu mewujudkanidentiti bersama serantau danmembina sebuah masyarakat yangsaling berkongsi dan prihatin.

    Matlamat jangka masa panjangadalah ke arah komuniti bertang-gungjawab yang berfokus kepadamasyarakat serta dapat mengekal-kan perpaduan dan keharmonian.

    Oleh : Saerah Haji Abdul GhaniFoto : Mohd. Sahrizal Haji Mohd. Siad

    Oleh : Abu Bakar Haji Abdul RahmanFoto: Pg. Haji Bahar Pg. Haji Omar

  • HARI ISNIN, 1 JANUARI 2011HARI ISNIN 20 MEI 2013 7NASIONAL

    PDB hantar perwakilan sertai IMT di Mindanao

    Lebih 90 wargaPerkhidmatan Awamhadiri taklimat kesihatan

    BANDAR SERI BEGAWAN,Rabu, 15 Mei. - Lebih 90pegawai dan kakitangan Jabatan

    Perkhidmatan Awam (JPA) danSuruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) menghadiri TaklimatKesihatan, bertempat di BilikPeperiksaan, SPA, di sini.

    Hadir selaku tetamukehormat ialah Ketua PengarahPerkhidmatan Awam, AwangJaini bin Haji Abdullah.

    Taklimat mengenai kesihatanitu disampaikan oleh KonsultanEndocrinologist, Pusat Diabetes,Kementerian Kesihatan, Dr.Alice Yong Moi Ling.

    Taklimat anjuran JPAdengan kerjasama KementerianKesihatan antara lain bertujuanagar warga jabatan berkenaanakan lebih peka dalam menjagakesihatan dan juga mengisikanrutin harian dengan aktiviti-aktiviti yang sihat.

    Taklimat SMDsupaya pemandu lebih peka

    SERIA, Rabu, 15 Mei. - Setiappemandu yang melanggar peraturanlalu lintas dan jalan raya akan diberimata demerit mengikut kesalahan yangdibuat dan boleh membawa kepadapenggantungan atau pembatalan lesenmemandu tertakluk kepada beratkesalahan yang dilakukan.

    Pemandu yang berkemahiran yangmembuat kesalahan dengan mengum-pul 24 mata demerit atau lebih dalamtempoh 24 bulan akan dikenakandenda seperti lesen akan digantung kalipertama bagi tempoh tiga bulan danpenggantungan kali kedua selamaenam bulan dan kali ketiga melakukankesalahan dalam tempoh satu tahun,pembatalan lesen selama satu tahun.

    Penolong Pengarah PengangkutanDarat, Awang Haji Mohamad Esabin Haji Ibrahim menyatakan demi-kian semasa memberi taklimat pelak-sanaan Sistem Mata Demerit (SMD)kepada pekerja-pekerja SyarikatMashhor General Kontraktor Sendi-rian Berhad terutama pemandu-pe-mandu jentera berat dan kenderaanbiasa syarikat tersebut yang diadakandi ibu pejabat syarikat berkenaan, disini.

    Taklimat kali pertama bagisyarikat-syarikat tempatan yangdianjurkan oleh Jabatan PengangkutanDarat (JPD) memfokuskan tentangbentuk-bentuk kesalahan mengenaidemerit yang perlu diketahui olehpemandu-pemandu syarikat berkenaanseperti kenderaan berat yang mem-bawa barang yang terjatuh daripadalori dan pemandu lesen kenderaanberat menggunakan kenderaan biasa.

    Dalam taklimat juga turutditerangkan mengenai apa SMD dankategorinya, tujuan sistem danbagaimana pelaksanaan serta fungsisistem tersebut dan insentif yangdiadakan. Di samping itu jugaditunjukkan statistik kesalahan SMDmelalui Program Rintis SMDdilancarkan bulan Mei tahun lepas danprogram tersebut masih dijalankanhingga kini.

    Menurut statistik kesalahan SMDdari bulan Mei hingga Disember tahunlepas, sebanyak 2,309 kes kesalahandilakukan di semua daerah termasukkesalahan kenderaan komersialsebanyak 350 kes seperti tayar botak,muatan jatuh dari kenderaan danmeletakkan kenderaan bukan di tempatyang dikhaskan sementara statistikkesalahan SMD dari bulan Januarihingga Mac tahun ini, sebanyak 1,248kesalahan.

    Beliau berharap dengan taklimattersebut akan dapat mendedahkankepada pekerja-pekerja syarikatberkenaan apa yang perlu dipatuhidalam peraturan lalu lintas jalan raya dinegara ini supaya mereka memandudengan berhemah dan mengikutperaturan yang ada masa ini.

    Beliau menyatakan JPD akanmemberikan insentif kepada pemanduyang mempunyai rekod pemanduanbersih selama satu tahun dari tarikhterakhir menerima mata demeritdengan menghapuskan semua matademerit yang terkumpul di dalamsistem.

    Manakala pemandu yang digantunglesen yang mempunyai rekodpemanduan yang bersih selama24 bulan dari tarikh terakhirpenggantungan lesen, bentuk insentifyang diberikan, semua rekod dan matademerit yang terkumpul akandihapuskan daripada sistem sementarapemandu yang mempunyai rekodmemandu yang bersih selama tigatahun berturut-turut akan menerimapengurangan lima peratus insuranspremium, di samping ‘Non ClaimBonus’ (NCB).

    SMD mengandungi lapan kategorimengikut berat kesalahan yangdilakukan dan setiap kategorimengandungi kesalahan-kesalahanlalu lintas yang menekankan padasikap pemandu. SMD diperkenalkanbagi memastikan pemandu di negaraini memandu kenderaan dengan lebihberdisiplin, berhati-hati dan mematuhisetiap peraturan lalu lintas yang ada.

    Beliau menyatakan sistem ini jugabertujuan bagi mengenal pastipemandu-pemandu yang berisikotinggi, sebilangan pemandu seringmelanggar peraturan jalan raya yangboleh menyebabkan kemalanganseperti menggunakan telefon bimbitsemasa memandu dan memandudengan tidak berhemah. Jika pihakberkuasa mendapati pemandu berbuatsedemikian, dia boleh ditahan dandiberi mata mengikut mata kesalahanyang dilakukan.

    Dengan SDM kata beliau akandapat meningkatkan dan mewujudkanpersekitaran pemanduan di jalan rayayang lebih selamat bagi semuapengguna jalan raya.

    Sebelum ini jabatan berkenaan telahmembuat jerayawara mengenaipelaksanaan sistem tersebut disekolah-sekolah, pihak swasta danorang ramai di semua daerah. Tujuanjerayawara diadakan untukmembarigakan mengenai apa dia SMDdan tujuan SMD diadakan bagipengurangan kemalangan dankematian di jalan raya.

    Turut menyampaikan taklimat,Ketua Pegawai Melesen JPD, AwangHaji Mohamed Adirieza bin HajiMohd. Mahdi. Antara yangmenghadiri taklimat ialah PengerusiSyarikat, Malai Haji Abd. Hamid binHaji Malai Mashhor serta 17 pekerjasyarikat berkenaan.

    PESURUHJAYA Polis, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato PadukaHaji Sabtu hadir pada Majlis Doa Selamat dan Sembahyang Sunat Hajat bagi penghantaran perwakilan Pasukan Polis Diraja Bruneiuntuk menyertai misi Pasukan Pemantau Antarabangsa (International Monitoring Team-IMT) di Mindanao, Republik Filipina.

    Oleh : Khartini HamirFoto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

    BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Mei. - Pasukan Polis Diraja Brunei(PDB) menghantar perwakilannya untuk menyertai misi Pasukan PemantauAntarabangsa (International Monitoring Team-IMT) di Mindanao, RepublikFilipina.

    Sehubungan dengan itu, Majlis Doa Selamat dan Sembahyang SunatHajat diadakan di Surau, Ibu Pejabat Polis Diraja Brunei, Gadong, di sinibagi mengiringi pemergian Timbalan Penguasa Polis (DSP) Awang Mohd.Noorani bin Hussain.

    Hadir selaku tetamu kehormat dalam majlis ini ialah Pesuruhjaya Polis,Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri AwangHaji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu.

    Juga hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Bahrinbin Mohd. Noor, pengarah-pengarah jabatan, timbalan-timbalan pengarah jabatan,ketua-ketua unit dan formasi, pegawai-pegawai pemerintah Daerah Polis,pegawai-pegawai penguasa Balai Polis, pegawai-pegawai polis dananggota-anggota pangkat rendah.

    Misi Pasukan Pemantau Antarabangsa adalah bagi membantu dalampemantauan gencatan senjata di beberapa kawasan di Mindanao, RepublikFilipina bagi menggantikan Penguasa Polis Awang Matusin bin Haji Jumatbersama-sama dengan rombongan daripada Angkatan Bersenjata DirajaBrunei (ABDB).

    Antara peranan dan tanggungjawab anggota Pasukan Pemantau Antarabangsaadalah bagi memantau dan memerhati gencatan senjata, aspek pembangunansosial dan ekonomi serta keselamatan penduduk awam serta yang berkaitandengannya yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Republik Filipina.

    Oleh : Aimi SaniFoto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

    KETUA Pengarah Perkhidmatan Awam, Awang Jaini bin Abdullah selakutetamu kehormat semasa hadir dalam Majlis Taklimat Kesihatan.

    KONSULTAN Endocrinologist, PusatDiabetes, Kementerian Kesihatan,Dr. Alice Yong Moi Ling semasamenyampaikan taklimat.

    Berita dan Foto :Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli

    PENOLONG Pengarah PengangkutanDarat, Awang Haji Mohamad Esa binHaji Ibrahim menyampaikan taklimat.

  • HARI ISNIN, 1 JANUARI 2011 HARI ISNIN 20 MEI 20138

    SETIAUSAHA Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Abdul Aziz bin OrangKaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yusof memulakan upacara menyertu surau SekolahPersediaan Arab Daerah Belait, Kampung Mumong.

    AGAMA

    Sekolah Persediaan Arab Daerah Belait akan mula digunakan

    KUALA BELAIT, Rabu, 15 Mei. -Pelajar-pelajar Sekolah PersediaanArab yang ketika ini ditempatkansementara di Sekolah Ugama SungaiTali, Lumut di jangka akan berpindahke bangunan kekal Sekolah PersediaanArab Daerah Belait di KampungMumong selepas peperiksaan Penilai-an Sekolah Rendah (PSR) tahun ini.

    Sekolah berkenaan di jangka akandigunakan sepenuhnya mulai tahundepan dan pelajar-pelajar dicadangkanberpindah awal selepas peperiksaanPSR supaya tidak mengganggupembelajaran mereka, di sampingdapat menyesuaikan diri denganlingkungan baru dan membuatpersiapan-persiapan lazim.

    Setiausaha Tetap Kementerian HalEhwal Ugama (KHEU), Awang HajiAbdul Aziz bin Orang Kaya MaharajaLela Haji Mohd. Yusof menjelaskandemikian kepada pihak media dalamUpacara Menyertu Surau sekolahtersebut semasa membuat lawatankerja ke Daerah Belait hari ini.

    Awang Haji Abdul Aziz berkatasekolah berkenaan akan menempatkanpelajar-pelajar yang sedia adaketika ini dari Tahun 6 hingga 8 danpihak kementerian merancang untukmenempatkan pelajar-pelajar hinggaperingkat menengah atas di sekolahberkenaan di masa akan datang bagimemberi kemudahan mereka yangtinggal di daerah ini tanpa perlu lagibelajar di Mahad, Tutong atau BandarSeri Begawan (BSB), di sampingmenggalakkan lebih ramai pelajar didaerah ini memasuki sekolah Arab.

    “Kita bersyukur kepada AllahSubhanahu Wata'ala kerana terdapatkemudahan ini di sini dan kitajuga menyembahkan setinggi-tinggimenjunjung kasih ke hadapan majlisKebawah Duli Yang Maha MuliaPaduka Seri Baginda Sultan dan YangDi-Pertuan Negara Brunei Darussalamkerana memperkenankan adanyasekolah Arab di sini.”

    Pembinaan sekolah tersebutterangnya merupakan sebahagiandaripada wawasan baginda untukmelihat sekolah-sekolah Arabberkembang dengan maju bukansahaja di Bandar Seri Begawan, tetapijuga di daerah-daerah lain termasukProjek Pembinaan Sekolah Arabdi Daerah Temburong dan BSB sesuai

    dengan meningkatnya kecenderunganmemasuki sekolah Arab.

    Sekolah kekal Persediaan ArabDaerah Belait dibina pada bulanOktober 2011 dan menelan belanjasekitar BND3.8 juta di bawahRKN2007-2012 dan telah siapsepenuhnya hari ini. Pembinaansekolah berkenaan merupakansebahagian daripada Program SistemPendidikan Negara Abad Ke-21(SPN21) bagi membuka peluang danmemberi kemudahan pembelajaranilmu agama kepada pelajar-pelajardi daerah ini dan merupakan salahsatu usaha KHEU untuk menyerlahkanpengajian Islam dan pembelajaranbahasa Arab di negara ini.

    Untuk mencapai visi dan misiKHEU, selaras dengan SPN21,sekolah berkenaan dilengkapidengan kemudahan seperti surauyang boleh menampung kapasiti 250orang, asrama lelaki dan perempuan,kemudahan sukan dan sembilanbuah kelas dengan jumlah kapasiti216 pelajar.

    Antara kemudahan lain termasuklahMakmal Komputer (ICT), MakmalBahasa dan Makmal Sains, sebuahPerpustakaan dan Dewan Serbagunayang boleh menampung kira-kira 400pelajar untuk aktiviti pembelajaranselain pejabat, bilik kakitangan danbilik guru besar yang terletak di tingkatbawah bagi memudahkan pelajardan ibu bapa.

    Semua ruang ini dilindungi olehsatu siri koridor luas yang bersambungdari satu zon yang lain. Deretantiang dibina sebagai perlindungansecara langsung daripada cahayamatahari dan hujan. Reka bentukbangunan sekolah ini berunsurkeislaman seperti yang terdapatdi negara-negara Islam.

    Dengan pembinaan sekolah baruini akan dapat mendukung objektifstrategik KHEU dalam memperkasasistem pendidikan agama bagimelahirkan generasi yang berilmu,beriman, beramal, berakhlak,bertakwa, berwibawa dan profesional.

    Awang Haji Abdul Aziz seterusnyaberkata lawatan kerja ke DaerahBelait ini adalah bagi meninjauprojek-projek membaik pulih danmenaik taraf Masjid Pekan Seria

    UNISSA anjur seminar bincang isu kontemporari

    BANDAR SERI BEGAWAN,Rabu, 15 Mei. - Globalisasi adalahsatu fenomena khusus dalamperadaban manusia yang bergerakterus dalam masyarakat global, yangmana kemunculan teknologi infor-masi dan komunikasi mempercepatakselerasi proses globalisasi ini.

    Globalisasi juga menciptakanpelbagai cabaran dan permasalahanbaru yang harus dijawab, dipecah-kan dalam usaha memanfaatkanglobalisasi untuk kepentingankehidupan.

    Perkara tersebut dijelaskanoleh Pengarah Pusat PenyelidikanMazhab Shafi’i, Universiti IslamSultan Sharif Ali (UNISSA), DatinDr. Hajah Mariah binti Pehin DatuPekerma Dewa Dato Paduka HajiAbdul Rahim pada Sidang Akhbarbersama media tempatan mengenaiSeminar Isu-Isu KontemporariDalam Mazhab Shafi’i 2013,berlangsung di UNISSA, di sini.

    Jelasnya, wacana globalisasidianggap sebagai sebuah prosesperkembangan ilmu pengetahuandan teknologi sehingga iamampu mengubah dunia secarakeseluruhannya.

    Tambahnya, dunia tanpa sempa-dan ini, telah membawa masuk

    teknologi, pendidikan, nilai danbudaya yang mencakupi semuaaspek kehidupan.

    Dalam konteks masyarakat Islamkata Datin Dr. Hajah Mariah lagi,globalisasi dan dunia tanpasempadan ini banyak mencatatkanpenemuan, kejadian dan persoalanbaru berlaku yang tidak wujud atauberlaku pada zaman sahabat, tabi’indan beberapa kurun selepasnya.

    Penemuan, kejadian danpersoalan yang berlaku itu katanya,memerlukan penyelesaian yangshamil untuk ditangani oleh merekayang bertanggungjawab dalamkalangan umat Islam.

    Itu tambahnya, bersesuaian dantepat dengan syariat Islam yangbersifat marunah dan sentiasamengamalkan prinsip TiadaKemudaratan dan Maslahal-Ammah.

    Di samping itu jelasnya,UNISSA, sebagai salah sebuahpusat pengajian tinggi dan penye-lidikan sentiasa mengambil langkahpositif dan proaktif dalam mengen-dalikan majlis keilmuan.

    “Antaranya seminar yang akandianjurkan oleh Pusat PenyelidikanMazhab Shafi’i, UNISSA iaituSeminar Isu-Isu Kontemporaridalam Mazhab Shafi’i: MenghadapiCabaran Globalisasi.”

    Beliau seterusnya menambah,seminar tersebut akan membincang-kan isu-isu kontemporari yangmencakupi semua bidang sepertiibadat, ekonomi, politik, sosial,undang-undang, kekeluargaan dansebagainya khususnya membin-cangkan beberapa pendapat ula-ma-ulama dalam Mazhab Shafi’i.

    Tema seminar berkenaan ‘Meng-hadapi Cabaran Globalisasi’,dengan subtema kertas kerja yangtidak terhad yang mencakupibahagian ibadat, kekeluargaan, un-

    dang-undang, ekonomi, politik dansosial.

    Objektif seminar itu diadakanbagi, meningkatkan usaha penye-lidikan dalam kalangan ahliakademik dalam bidang berkaitan,di samping itu ianya sebagaipembuka jalan penyelesaian mas-alah yang dihadapi oleh umat Islammasa kini.

    Selain itu, ianya juga sebagaipembuka minda ke arah memper-tingkatkan cara yang lebih berkesanbagi memajukan umat Islam darisetiap sudut dan kesedaran kepadaumat Islam terhadap tanggungjawabmasing-masing kepada agama Islamdan ummah.

    Para pembentang kertas kerjapada seminar itu nanti terdiridaripada ahli akademik UNISSA,ahli akademik pusat pengajian tinggidalam dan luar negara serta pelajarpasca siswazah.

    Para peserta seminar itu nantiterdiri daripada ahli akademik,wakil institusi kerajaan dan swasta,mahasiswa UNISSA, mahasiswainstitusi pengajian tinggi dalam danluar negara, pelajar sekolah kerajaandan swasta serta individu yangberminat.

    Kertas-kertas kerja yang akandibentangkan dalam seminar yangakan diadakan selama dua hari pada21 hingga 22 Mei 2013 bertempatdi Dewan Auditorium, UNISSA ituakan dikendalikan dan disampaikandalam bahasa Melayu dan Arab.

    Bayaran bagi menyertai menyer-tai seminar berkenaan ialahpembentang dari luar negara akandikenakan sebanyak ASD250 danpeserta luar negara sebanyakASD150, manakala pembentangdari dalam negara dikenakanbayaran sebanyak BND100, wakilinstitusi kerajaan / swasta BND50,individu BND30 dan pelajarsebanyak BND20.

    dan Masjid Muhammad Jamalul Alam,Pekan Belait yang menurut beliaubelum berjalan lancar dan melaluilawatan tersebut mereka akan dapatmencari cara mempermudahkannyadan berharap kontraktor yangmenjalankan kedua-dua projektersebut akan dapat meningkatkanusaha untuk melaksanakan kerja-kerja, sesuai dengan masa yang telahditetapkan.

    Beliau menambah apabilakerja-kerja membaik pulih MasjidPekan Seria selesai ianya akan dapatmenampung lebih ramai jemaahdan mengurangkan kesesakan jemaahdi masjid tersebut.

    Para jemaah yang menggunakanmasjid berkenaan juga diharapsupaya dapat memahami situasimasjid yang ketika ini dalam prosesmembaik pulih.

    Bagi mewakili kementeriannya,beliau memohon maaf atas ketidak-selesaan jemaah disebabkankerja-kerja yang dijalankan yangsemata-mata untuk kebaikan semuapada masa akan datang.

    Sementara projek menaik tarafMasjid Muhammad Jamalul Alamdihasratkan untuk memperbaikikerosakan-kerosakan di masjid inidan apabila ianya siap akandapat meneruskan dan mengangkatsyiar Islam dengan lebih selesa. BANGUNAN kekal Sekolah Persediaan Arab Daerah Belait, Kampung Mumong.

    Berita dan Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli

    Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. IbrahimFoto : Dk. Nurhafilah Pg. Osman

    PENGARAH Pusat PenyelidikanMazhab Shafi’i, Universiti IslamSultan Sharif Ali (UNISSA), Datin Dr.Hajah Mariah binti Pehin Datu PekermaDewa Dato Paduka Haji Abdul Rahimsemasa memberikan taklimat dalamSidang Akhbar.

    MAKLUMANPenutupan sebahagian

    jalan di BSBBANDAR SERI BEGAWAN. - Jabatan Kerja Raya (JKR), melaluiJabatan Jalan Raya ingin memaklumkan kepada para pengguna jalan rayabahawa jabatan tersebut akan melaksanakan kerja-kerja pembaikandan penurapan jalan di sekitar Bandar Seri Begawan (BSB).

    Sehubungan itu, penutupan sebahagian jalan di sekitar ibu negara bagipelaksanaan kerja-kerja berkenaan akan bermula Isnin ini, 20 Mei 2013sehingga kerja-kerja selesai.

    JKR melalui Jabatan Jalan Raya menyeru pengguna-pengguna jalan rayasupaya akan mematuhi tanda-tanda lalu lintas yang telah disediakan sertamemandu dengan perlahan dan berhati-hati apabila mendekati dan melaluikawasan berkenaan bagi menjaga keselamatan dan kesejahteraan semuapihak.

    Antara jalan-jalan yang terlibat dan tarikh kerja-kerja membaiki danmenurap jalan berkenaan antaranya ialah Jalan Elizabeth II bermulapada 20 hingga 24 Mei iaitu selama lima hari; Jalan Cator 25 hingga27 Mei selama tiga hari; Jalan Robert 28 hinga 30 Mei selama tiga hari;Jalan Pemancha 31 Mei hingga 2 Jun selama tiga hari; Jalan Pretty3 hingga 5 Jun selama tiga hari, Jalan Simpang bermula 6 hingga 10 Junselama lima hari; Jalan Haji Basir 11 hingga 15 Jun selama lima hari;Jalan Tasek bermula 16 hingga 19 Jun selama lapan hari; JalanSekolah bermula pada 20 hingga 23 Jun selama empat hari dan JalanSungai Kianggeh 2 Jun hingga 6 Julai selama 13 hari.

  • HARI ISNIN, 1 JANUARI 2011HARI ISNIN 20 MEI 2013 9CETUSAN MINDA

    BILANGAN 94

    Nostalgia 'Tinglur' dan KesannyaPEMIKIRAN yang positif ataupun negatifmemberi kesan ketara kepada kesihatanindividu. Hal ini didedahkan oleh majalahPsychosomatic Medicine. Kajian mengenai halini telah dimuatkan dalam majalah tersebut.Kajian itu dilakukan oleh Harvard School ofPublic Health and Department of VeteransAffairs.

    Hasil kajian itu menunjukkan bahawagolongan tua yang optimis mempunyai risikorendah menghidap sakit jantung koronari.Opitimis bermakna selalu menaruh harapan baikterhadap sesuatu baik dari segi perkembangan,kemungkinan dan lain-lain.

    Kajian yang dilakukan oleh Brigham andWomen’s Hospital dan Harvard Medical Schoolpula mendapati bahawa mereka yang optimismempunyai kehidupan yang lebih sihat lagiceria.

    Para saintis merumuskan bahawa hal itu mung-kin kerana sistem pertahanan badan yang semakinbaik yang dirangsang oleh fikiran positif.

    Betul. Fikiran negatif memberi impak negatifdalam kehidupan. Mereka yang berfikiran negatifsering dihinggapi tekanan. Tekanan dalam jangkapanjang menyebabkan paras lemak meningkatdalam darah.

    Lebihan lemak ini kemudian menyempitkanpembuluh darah. Apabila ini berlaku dalampembuluh darah koronari, serangan jantung mulaberlaku.

    Sesungguhnya kita tidak belajar daripadakejayaan-kejayaan kita, tetapi kita belajardaripada kegagalan-kegagalan kita yang lalu.Maknanya apa saja kegagalan atau kekecewaanlihatlah ianya dari sudut yang positif.

    Memang benar. Kefahaman kita mungkinberbeza. Kefahaman itu bergantung pada sejauhmana daya kefahaman dan pengetahuanmasing-masing.

    Dalam sistem saraf otak, terdapat bahagianpusat penglihatan yang menghubungkan sarafnyadengan pusat percakapan, sementara bahagianlain menghantar isyarat-isyarat yang diterimadengan pergerakan tertentu bagi bertutur.

    Mari dengar cerita tentang pengalaman ketikajadi murid di sekolah rendah dan sekolahmenengah. Kita tidak sama dengan murid laindaripada segi kebolehan dan kemahiran belajar.

    Penulis sendiri adalah murid yang lembapketika di sekolah rendah. Sukar dan tidak pernahbetul menyebut perkataan pasu. Bila disuruhsebut Pasu Bunga, penulis akan sebut PacuBunga.

    Sebutan huruf 'S' itu menjadi sebutan 'C'.Menariknya, bila penulis sebut Pacu Bunga, tiadamurid sedarjah yang ketawa. Entah, kenapa!Mungkin juga, ketika itu murid amat hormatkepada guru.

    Bila guru menyuruh penulis tampil ke papanhitam, dan tulis dengan kapur putih huruf PasuBunga pasti betul iaitu pasu bunga bukan pacuBunga. Bila disuruh ucap dan sebut apa yangditulis di papan hitam itu, pastinya yang ter-sembur dari mulut penulis ialah Pacu Bunga.

    Tidak percaya. Tanyalah kepada Cikgu HajiYusuf Sidek yang pernah mengajar penulis diSekolah Melayu Laila Mencanai (SMLM) dariDarjah Satu hingga Darjah Tiga. Dan tanyalahkepada Cikgu Pengiran Haji Tuah yang pernahmengajar penulis selama satu bulan ketika jadimurid di Sekolah Melayu Jamalul Alam (SMJA),kerana selepas itu penulis masuk sekolah aliranInggeris, Maktab Sultan Omar 'Ali Saifuddien(SOAS).

    Banyak kata-kata yang penulis sukar mengu-

    capnya dengan betul. Ya, tinglur. 'Tinglur'adalah kata bahasa Melayu Brunei yangbermaksud tidak dapat mengucapkan kata-katadengan sebutan yang betul atau talur.

    Tinglur penulis semakin hari semakin terhakisketika penulis jadi murid di Maktab SOAS. CikguJevarathnam, berbangsa Sri Lanka tapi menetapdi Perak adalah guru Ilmu Alam tetapi selalu jadiguru ganti bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris.

    Guru inilah yang banyak memberi perangsang,dan membetulkan karangan-karangan (compo-sition) penulis apabila dia menyuruh semua muridmenulis karangan dalam bahasa Inggeris. Tajukyang diberikan bebas.

    Lazimnya penulis menulis tentang keadaanKampung Ayer, tentang keadaan persekitaran.Penulis mengarang mengenai perkara yang pe-nulis alami sendiri. Pun penulis dedahkan jugatentang ketingluran penulis. Hal ini menarikperhatiannya.

    Penulis masih ingat, Cikgu Jevarathnam,meminjamkan penulis sebuah buku nipis untukdibaca. Entah, jenis buku apa itu? Kamus, bukan.Yang pastinya, buku nipis itu majoritinya memuatperkataan-perkataan Inggeris yang banyakmengandungi huruf 'S'. Guru itu menyuruhpenulis menghafal sebahagian daripada kata-kataitu dengan tepat.

    Kemudian dia juga menggalakkan penulisuntuk baca buku di bilik perpustakaan maktabkami semasa rehat. Malah dia sering bertanyapenulis, buku apa yang telah penulis baca. Keranaasyik ditanya, maka penulis rajin dan galakmembaca buku dalam bahasa Inggeris. Akhirnyamenjadi kebiasaan. Dari kebiasaan menjadi kutubuku. Lalu beralih baca novel-novel dalambahasa Melayu. Rajin baca surat khabar yangterdapat di Bilik Bacaan yang dikendalikanoleh Bahagian Penerangan, Pejabat SetiausahaKerajaan.

    Nasihat Cikgu Jevarathnam yang hingga kinimelekat dalam ingatan penulis ialah : “Libatkandiri awak dalam kisah yang sedang awak baca.Ilmu itu bermakna tahu dan faham apa yangsedang dibaca. Sebutan juga mestilah tepat.”

    Lama-kelamaan tinglur penulis hilang.Alhamdulillah. Waima penulis tinglur tapi jarangmenalur kerana masa-masa terluang diisi denganmembaca atau bersenda gurau seadanya.

    Bagi penulis, tabiat membaca adalah suatuamalan yang baik. Ia mendedahkan kita denganilmu pengetahuan dan peristiwa. Membacaseperti orang memakan nasi atau roti. Tanpamakanan, ibarat tidak lengkap hidup ini.Tanpa membaca ibarat tidak sempurna kehidupanharian.

    Lagipun Islam adalah agama yang mengan-jurkan manusia membaca. Jalan bagi mengem-bangkan pemikiran ialah menerusi membaca.Ilmu boleh didapati menerusi pembacaan.Masya-Allah!

    Alhamdulillah, sejak di bangku sekolahmenengah hingga sudah menjadi orang tua-tuapenulis masih rajin membaca.

    Kan halnya, ketika penulis di alam remaja mainkikik itu tidak boleh tinggal! Main kikik adalahriadah unggul bagi remaja di zaman 50-an dan60-an.

    Penulis jarang menalur atau melakukan sesuatupekerjaan yang sia-sia! Ya main kikik memakanmasa dua tiga jam, memang. Menyambut kikikputus dari jam satu tengah hari hingga limapetang, sering.

    Atau membalahan iaitu mencalitkan kepadatali kikik sebatian antara serbuk kaca denganambuyat, memakan sehari suntuk memang jadi

    kegemaran mengisi masa lapang terutama cutisekolah.

    Namun rata-rata bagi kami, kanak-kanak dizaman tahun 50-an dan awal tahun 60-an,kerja-kerja sebegini bukan dianggap kerja sia-sia.Tidak dianggap hiburan buang masa. Bukan.

    Itu adalah riadah bagi memantapkan pendiriandalam suatu perjuangan. Perjuangan hidup dimasa depan. Perjuangan kalah menang dalamsetiap pertarungan atau berjaya dan gagal dalammengejar cita-cita.

    Memang, main kikik di zaman kanak-kanakdan remaja adalah riadah. Mungkin, satu-saturiadah yang boleh kami banggakan terutamamereka yang tinggal di Kampung Ayer. Bila kikikkami terputus atau terpenggal di angkasa rayadipulut oleh orang lain, kami tidak kecewa. Malahdalam hati muncul satu harapan baru untuk dapatmenewaskan pada esok hari.

    Maka akal fikiran pun datang mencaribahan-bahan kaca yang terdapat nilai tambah bagimenajamkan tali kikik. Ada-ada saja ikhtiar yangmuncul. Tanya kawan-kawan lain, macam manatali kikik boleh dipertajam, apa pantang-larang-nya. Maklumat-maklumat itu dicari hinggakanjenis serbuk kaca apa yang diguna oleh pemulutlain juga diselidiki.

    Serbuk kacak ditumbuk lumat-lumat hinggapenat. Dalam fikiran tersemat azam : Besok danhari-hari berikutnya mahu menang berpulut!.

    Cita-cita untuk menang dan berjaya bukanlahangan-angan. Ia adalah sesuatu yang bolehdicapai jika diiringi dengan usaha. Tanpa usaha iahanya tinggal angan-angan.

    Allah kurniakan kita otak untuk membolehkankita berfikir. Dari proses berfikir datangnya mak-lumat dan ilmu. Dari berfikir juga menjadikankita tahu tentang sesuatu dan menyebabkan kitaberpengetahuan. Upaya berfikir melahirkanidea-idea. Ia menyebabkan kita menjadi kreatif.

    Namun dalam Islam, akal bukanlah segala-ga-lanya. Penggunaannya perlu ada had. Kenapa?Sebab terdapat beberapa perkara dalam hidup initidak terjangkau oleh akal.

    Ia memerlukan bantuan bagi memahamimengapa kita dihidupkan. Apa hubunganPencipta dengan yang dicipta. Apa hubunganmanusia dengan persekitarannya. Kemanakahakhirnya manusia. Di samping pedoman-pedoman sempurna bagi manusia melalui hidupini agar sentiasa dalam keadaan fitrah.

    Benar, dalam Islam kita diberi kebebasan untukberfikir selama mana ia tidak bertentangandengan faktor-faktor wahyu dan selari dengansyarak. Pemikiran dalam Islam ialah perkem-bangan idea, maklumat, ilmu dan pengetahuanyang selari dengan keperluan syarak.

    Nah, perlu kita terus membina aliran pemikiranyang betul dan sihat.

    Pengalaman dan riadah yang tidak seberapadi waktu remaja secara tidak disedari telahmenyemai sikap pemedulian. Mendidik untukpeka terhadap apa yang berlaku. Ambil kisah apa

    yang terjadi di sekitar.

    Rasa peduli ini adalah suatu sikap bahawa kitahidup bermasyarakat bukan hidup sendiri-sendiri.Kita hidup dalam sebuah kampung yang dihunioleh kumpulan-kumpulan keluarga tapi tidakhidup nafsu-nafsi.

    Hah, ibarat aur dengan tebing salingtopang-menopang. Rasa peduli juga mendidikkita mengambil tahu apa yang berlaku di sekitarkita secara positif.

    Rasa peduli amat penting diamalkan semuaorang. Rasa peduli bertujuan mendidik kitabahawa hidup ini memerlukan orang lain.

    Aduhai, setiap manusia sentiasa memikirkancara dan mencari jalan bagaimana hidup inimenjadi lebih baik. Maka lahirlah fikiran,rumusan dan pendekatan. Kita yakin untuk tetapberjaya maka pasti berjaya.

    Baiklah, pernahkah anda berlumba-lumbadengan rakan-rakan dalam perkara kebaikan?Sudah tentu, pernah! Sesungguhnya Allah sudahmenitipkan sifat suka berlumba-lumba dan sukamenandingi orang lain dalam diri seseorangsupaya dia menang dan berjaya daripada sudutkebaikan.

    Nah, kita mengamati, bukan sekadar melihat.Mengambil bukan sekadar melihat. Jika melihatmungkin hanya setakat menggunakan mata kasar,tetapi di sini mengamati. Kita gunakan mata kasardan mata batin sehingga mendapatkan hikmah,dari apa yang dilihat.

    Buka fikiran. Maksud kita dengan membukafikiran ini adalah bagaimana kita selalu melihatsuatu masalah itu dengan kacamata yang positif,jangan ada kacamata yang negatif. Kenapa?

    Kerana kita yakin bahawa setiap yangdiberikan Allah kepada kita selalu mengundangkebaikan. Misalnya tinglur di zaman remajaadalah suatu kebaikan, bukan suatu kekurangan.Kawan-kawan tidak memperli kita kerana tinglur.Guru-guru tidak pandang rendah kepada orangyang tinglur.

    Benar, pada saat itu kita tidak melihathikmahnya, tetapi setelah itu kita akan bolehmenyingkap misteri itu semua dan menjadisebuah hikmah buat kita semua. Menjadi suatupencerahan untuk semua.

    Maaf cakap, banyak di kalangan kita yangketika menginginkan sesuatu lalu gagalmendapatkannya, maka mudah patah semangatatau terus berputus asa.

    Kenapa harus merasa kurang percaya diridalam kehidupan ini? Merasa takut gagal untukmenjalankan cabaran dan tanggungjawab.

    Beberapa bulan lalu penulis ingin kongsikanmaklumat saintifik dari pembacaan bahawa adasebuah penyelidikan dan penelitian yangdilakukan oleh ahli psikologi dari Eropahbernama Tony Buzan yang bukan Islam. Diamengatakan bahawa ketika seorang anak damitlahir, dia sudah dikurniakan oleh Allah, jumlahsel sarafnya adalah satu triliun sel saraf. Dari satutriliun sel saraf itu dibagi menjadi dua, yang 100bilion untuk berfikir sedangkan yang 900 bilionini fungsinya adalah memberikan nutrisi,memberikan bekalan makanan kepada 100 bilion.Masya-Allah!

    Ketika satu sel saraf dari 100 bilion itu diambil,terbukti boleh menciptakan 20 ribu hubungan, 20ribu cabang di dalam otak kita yang begitu kecil.Allahuakbar! Bayangkan, satu sel saraf adalah 20ribu hubungan atau 20 kilobyte, cubalah sifir 100bilion, berapa kilobyte yang boleh diciptakan olehmemori otak anda, memori otak anak damit. Ituhanya secebis kehebatan ciptaan Allah. Janganhendak tunjuk pandai membandingkan kemajuanteknologi maklumat terkini dengan kehebatandan kebesaran Allah Yang Maha Berkuasa.

  • HARI ISNIN, 1 JANUARI 2011 HARI ISNIN 20 MEI 201310 AGAMA

  • HARI ISNIN, 1 JANUARI 2011HARI ISNIN 20 MEI 2013 11RENCANA

    Masyarakat peka individu autisme

    PENYAKIT Autisme adalahsejenis penyakit yangdianggap sebagai kecacatanneurologi yang dikategorikansebagai gangguan perkembanganyang kompleks disebabkan kerosa-kan pada otak sehingga mengaki-batkan gangguan pada perkem-bangan komunikasi, perilaku,masalah sosial, pengetahuan, aktiviti,minat dan dalam pembelajaran.

    Individu yang menghidap autismemempunyai perbezaan dalamkemampuan dan perilaku mereka.Masing-masing memiliki sekumpu-lan ciri-ciri yang unik serta kelebihandan kekurangan yang tersendiri.

    Ciri-ciri awal kecacatan perkem-bangan yang melibatkan fungsiotak boleh dikesan lebih awalpada tahun pertama bayi dilahirkanmelalui ujian pemantauan perkem-bangan otak. Di Negara BruneiDarussalam, autisme tidak asingterdapat di negara kita seperti jugadengan negara-negara yang lain.

    Antara Gejala AutismeAntara gejala yang boleh

    diperolehi dari individu autismeialah mereka ini tidak suka bergauldan kerap kali suka bersendirian,tidak peka kepada kesakitan yangdihadapi, malah mereka tidaksuka dipeluk, kebanyakkan individuautisme berkomunikasi mengguna-kan gerak isyarat atau tangan,selain itu, mereka ini didapatilewat bertutur.

    Individu autisme ini juga adayang terlalu aktif atau pasif malahada yang tidak suka bertentangmata bila berkomunikasi danbercakap dalam nada pelik sepertimenyanyi atau bercakap macamrobot, sukar memulakan percakapancontohnya kalau berbual hanyasatu pihak iaitu hanya orang yangbercakap itu sahaja. Mereka mungkinakan mengulang perkataan yangsama tetapi tidak faham akanmaksudnya.

    Selain itu, individu autismesangat sensitif kepada rasa, baudan bunyi yang menyebabkanmereka menunjukkan perlakuandi luar kawalan malah merekamudah berubah mood dan sukamengasingkan diri, mengamuk,

    menjerit, marah-marah dan agresif.Sokongan Semua Pihak

    Negara Brunei Darussalam kayadengan masyarakat yang penyayang,ambil berat serta prihatin antarasatu dengan yang lain terhadapindividu-individu autisme. Merekapeka dengan kebajikan dankesejahteraan individu autisme iniyang perlukan perhatian, dorongan,bimbingan dan semangat yangjitu untuk lebih yakin pada dirisendiri dan tidak malu dengankekurangan yang dimiliki.

    Keprihatinan terhadap individuautisme juga jelas tergambar ketikaYang Teramat Mulia Paduka SeriDuli Pengiran Muda Haji 'Abdul'Azim ibni Kebawah Duli YangMaha Mulia Paduka Seri BagindaSultan Haji Hassanal BolkiahMu'izzaddin Waddaulah bersabdapada hari Pembukaan KongresRangkaian Autisme ASEANKe-2 pada hari Sabtu, 27 April 2013bertempat di salah sebuah hoteldi Gadong.

    “Kita berada di sini untukmenjadikan masyarakat kita menjadiindividu-individu autism friendly,sama ada dari segi menyebarkanpemahaman yang lebih baikmengenai keperluan individu-individu tersebut atau mencaricara bagaimana kita boleh meng-integrasikan mereka ke dalammasyarakat yang lebih baik danmemberikan mereka masa depanyang lebih cerah,” sabda YangTeramat Mulia.

    Menyentuh mengenai tema'Ke Arah Mesra Autisme, KomunitiASEAN (Towards Autism Friendly,ASEAN Community)', YTMbersabda, ianya memerlukanpemahaman yang mendalam danmeluas mengenai autisme bagirantau ASEAN.

    Misi Rangkaian Autisme ASEAN(AAN), sabda YTM, adalah untukmenyokong, membantu, memudahdan meningkatkan perolehanautisme yang berkaitan dengansokongan kumpulan keluarga sertakerjasama pihak berkepentinganyang lain dalam rantau ASEANdan global.

    Justeru itu, YTM bersabda, YTM

    yakin bahawa dari semasa ke semasa,AAN akan terus berkembang yangmana ianya akan membawa pelbagaifaedah kepada individu autismedan keluarga mereka di seluruhrantau ini.

    Dari sabda YTM tersebutmemperlihatkan betapa YTMmengambil perhatian dan pekadengan individu autisme supayamereka memperolehi masa depanyang cerah dan dijadikan individuautisme yang friendly danmengintegrasikan mereka dalammasyarakat yang baik malah tema'Ke Arah Mesra Autisme, KomunitiASEAN (Towards Autism Friendly,ASEAN Community)', perlu mem-punyai kefahaman yang meluasmengenai individu autisme.

    Menteri Kebudayaan, Belia danSukan, Yang Berhormat PehinOrang Kaya Pekerma Laila DirajaDato Seri Setia Awang Haji Hazairbin Haji Abdullah berkata sempenamerasmikan Perkhemahan BeliaAutisme ASEAN 2013 (AAYC2013) Kali Pertama bersempenadengan Kongres Rangkaian AutismeASEAN Kali Kedua, berlangsungdi Taman Rekreasi Hutan SimpanBerakas.

    “Dengan semangat yang kuatakan membolehkan anda menjadiibu bapa yang baik bagi keperluananak-anak,” ujar Yang Berhormat.

    Menurut Yang Berhormat,kejayaan penghidap autismemerupakan sumber inspirasi bagimereka yang mempunyai simptomautistik termasuk keluarga merekadan orang-orang yang berkeperluan

    khas tidak boleh dipandang rendah,termasuk mereka yang menghidapautisme.

    Bagaimanapun, tambah YangBerhormat, kita sering mendengar,mereka yang kurang upaya seringdikecualikan daripada mengikutipeluang-peluang aktiviti luar yangmencabar seperti pendidikankokurikulum dan aktiviti-aktivitipembangunan diri.

    Banyak yang kita tidak sedaribahawa aktiviti-aktiviti sepertiperkhemahan, jelasnya, akanmemperkasa individu yang meng-hidap autisme untuk menjalanikehidupan mereka dan meningkatkantahap keyakinan diri sendiri.

    Aktiviti perkhemahan, jelas YangBerhormat, memenuhi matlamatpenting termasuk mudah menyesuai-kan kepada persekitaran baru,kepuasan peribadi dengan menerokaminat, nilai dan bakat serta membinatabiat peribadi yang membawakepada gaya hidup sihat.

    Bagi Negara Brunei Darussalam,jelasnya, Kerajaan Kebawah DuliYang Maha Mulia Paduka SeriBaginda Sultan dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalam sangatkomited dalam memastikan isu-isuyang berhubung kait dengan merekayang berkeperluan khas termasukyang menghidap autisme diberikanperhatian yang khusus.

    Salah satu daripadanya, jelasYang Berhormat, ialah bantuan-bantuan kewangan di bawah AktaPencen Bagi Orang Tua dan KurangUpaya yang juga dilaratkan kepadamereka yang berkeperluan khas.

    Dari penjelasan Yang Berhormattersebut memperlihatkan betapamasyarakat Brunei ini memainkanperanan yang penting dalam melihatkemajuan individu autisme malahKerajaan Kebawah DYMMPaduka Seri Baginda Sultan danYang Di-Pertuan Negara BruneiDarussalam juga memberikankomited yang sewajarnya.

    Individu autisme jangan samasekali diketepikan dalam aktivitiyang diadakan dan mereka jugamemerlukan tempat di hati masya-rakat secara tidak langsung akanmembuatkan penghidap autisme itulebih berani, mahu bergaul denganmasyarakat, yakin dengan kemam-puan diri dan sebagainya.

    Justeru itu, kita sebagai masya-rakat Brunei jangan sambil lewadengan penghidap autisme termasukjuga orang-orang yang kurang upayakerana mereka ini memiliki keunikanyang tersendiri yang mungkin sahajatidak terdapat pada individu normal.

    KesimpulanDalam mengharungi kehidupan

    sehari-hari kita perlu ingat danprihatin akan kesukaran dan kepe-ritan yang dihadapi oleh individuautisme. Individu autisme memer-lukan sesiapa sahaja untuk mem-bakar semangat dan memberikandorongan untuk terus hidup yangpenuh berliku ini. Kekurangan yangmereka miliki ini bukanlah satupenghalang untuk kita terusmengetepikan dan mengasingkanmereka dari masyarakat. Kita harusbersatu padu menerima merekaseadanya dan menghormati kekura-ngan mereka itu.

    SEBAHAGIAN daripada kanak-kanak autisme yang menyertai Kongres RangkaianAutisme ASEAN (AAN) Ke-2 yang berlangsung di sebuah hotel di Gadong.

    YANG Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri BagindaSultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berkenan menyaksikan pameran sempena Kongres Rangkaian AutismeASEAN (AAN) Ke-2.

    Oleh : Zawiyatun Ni'mah Mohamad AkirFoto : Jabatan Penerangan

    ANTARA gejala yang boleh diperolehi dari individu autisme ialahmereka ini tidak suka bergaul dan kerap kali suka bersendirian,

    tidak peka kepada kesakitan yang dihadapi, malah mereka tidaksuka dipeluk, kebanyakkan individu autisme berkomunikasi

    menggunakan gerak isyarat atau tangan, selain itu,mereka ini didapati lewat bertutur.

    Individu autisme ini juga ada yang terlalu aktif atau pasif malahada yang tidak suka bertentang mata bila berkomunikasi danbercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap

    macam robot, sukar memulakan percakapan contohnya kalauberbual hanya satu pihak iaitu hanya orang yang bercakap itu

    sahaja. Mereka mungkin akan mengulang perkataan yang samatetapi tidak faham akan maksudnya.

  • HARI ISNIN, 1 JANUARI 2011 HARI ISNIN 20 MEI 201312 NASIONAL

    Forum sempena Hari PertubuhanTelekomunikasi dan Maklumat Sedunia

    BANDAR SERI BEGAWAN,Sabtu, 18 Mei. - Pihak BerkuasaIndustri Teknologi Info-Komunikasi(AiTi) dengan kerjasama KementerianPerhubungan meraikan Hari Pertubu-han Telekomunikasi dan MaklumatSedunia (WTISD) dengan mengada-kan forum bertemakan 'ICT danMeningkatkan Keselamatan JalanRaya' merangkumi persembahan danperbincangan panel oleh penceramahtempatan dan antarabangsa mengenaitopik-topik yang berkaitan dengantema tersebut.

    Hadir selaku tetamu kehormat padaacara yang berlangsung di sebuahhotel di Gadong ialah MenteriPerhubungan, Yang BerhormatPehin Orang Kaya Hamzah PahlawanDato Seri Setia Awang Haji Abdullahbin Begawan Mudim Dato PadukaHaji Bakar.

    Antara topik yang dibincangkandan dibentangkan di dalam forumtermasuk 'Peranan ICT & ImplikasiKeselamatan Jalan Raya dan gangguanPemandu dan Sistem PengangkutanPintar (ITS) yang akan dibentangkanoleh penceramah antarabangsa dariITU, Mr. Martin Adolph.

    Forum ini merupakan peluang untukpakar-pakar dan pihak berkepentinganyang berkaitan berkongsi maklumatdengan orang ramai mengenaiperkembangan ICT terkini dansumbangannya ke arah meningkatkankeselamatan jalan raya.

    Di forum tersebut, antara topik-topik yang turut dibincangkan ialah'Apa yang awda patut lakukan jikakereta awda rosak?' yang disampaikanoleh wakil dari Megamas TrainingSendirian Berhad, Haji Mahmud binHaji Idris.

    Forum ini memberi peluang kepadapakar-pakar dan pihak berkepentinganyang berkaitan untuk berkongsimaklumat kepada orang ramaimengenai perkembangan ICT terkinidan sumbangannya ke arah mening-katkan keselamatan jalan raya.

    Semasa forum itu, video kesela-matan jalan raya dua maskotiaitu 'Awang Selamat' dan 'DayangSalmi' telah dilancarkan untukmeningkatkan kesedaran orang ramaimengenai bahaya menggunakantelefon bimbit semasa memandu.

    Pada majlis itu juga, YangBerhormat Menteri Perhubungan jugaberkesempatan melancarkan aplikasikeselamatan memandu telefon bimbitmudahalih di petak pameran DST.

    Sementara itu, pameran yang akandiadakan seiring dengan forumtersebut mempamerkan teknologi ICTsemasa dan akan datang yang bolehmenyumbang ke arah meningkatkankeselamatan jalan raya.

    Antara peserta terdiri dari wakilsyarikat-syarikat ICT, pengedar keretadan pembekal perkhidmatan teleko-munikasi.

    Pameran itu akan dibuka kepadaorang ramai bermula pukul 1.30 petanghingga 6.00 petang bertempat di Hotel

    Antarabangsa Rizqun, Sutera Hall,Tingkat 4 (masuk adalah percumauntuk orang ramai).

    Selain aktiviti-aktiviti untukmenyambut WTISD 2013, pertandi-ngan menulis esei dan melukis jugadiadakan yang akan dibukakan pada11 Mei 2013 dan tarikh tutup untuklukisan dan esei ialah pada 7 Jun 2013sehingga 11.00 pagi.

    Turut hadir ialah Ahli-ahli MajlisMesyuarat Negara, Setiausaha-Setia-usaha Tetap, Pesuruhjaya-Pesuruhjayatinggi ke Negara Brunei Darussalam,Timbalan Setiausaha Tetap daripelbagai jabatan dan kementerian, pe-gawai-pegawai dan kakitangan AiTidan juga Kementerian Pembangunan.

    Kemalangan jalanraya punca kematianketujuh tertinggi

    Yang Berhormat seterusnyaberkata teknologi canggih yangdipasang di dalam kenderaanseperti In-Vehicle ManagementSystems (IVMS), ElectronicStability Control (ESC) BrakingSystems, Antilock BrakingSystems (ABS) dan beg udaratelah terbukti membantu pemandudalam meningkatkan tahapkeselamatan kenderaan.

    Jalan raya yang selamat juga,ujar Yang Berhormat, merupakanantara faktor yang penting dalammeningkatkan keselamatan jalanraya iaitu dengan Sistem Peng-angkutan Pintar (ITS), sepertiKamera Lit