analisis puisi- esei

Upload: sumatra-sue

Post on 06-Oct-2015

226 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

stilistik

TRANSCRIPT

SUBJEK:SKBL3113 STILISTIK

TAJUK:

SAJAK MEMBUNUH MIMPI (SEBUAH PESAN UNTUK MAYAWATI):SATU ANALISIS STILISTIK

DISEDIAKAN UNTUK:

Prof. Madya Dr. Mohamad Fadzeli Jaafar

DISEDIAKAN OLEH:

SUMATRA BINTI KAMAN ( A 141121 )

PUSAT PENGAJIAN BAHASA DAN LINGUISTIKFAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAANUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA1.0 PENGENALAN1.1 KONSEP STILISTIK

Stilistik adalah ilmu yang mengkaji teknik pemakaian bahasa dalam penulisan yang berkaitan dengan disiplin linguistik. Stilistik juga mencakupi stail dan gaya yang dihubungkan dengan pemakaian bahasa sebagai wahana pengucapan. Stilistik memfokuskan aspek kebahasaan yang membentuk ilmu gaya yakni gaya sastera dan gaya bukan sastera. dengan lain perkataan, ilmu stilistik adalah ilmu linguistik yang kemudiannya diperluas dalam bidang sastera dengan menekankan kajian tentang bahasa.

Beberapa pendapat lain yang dapat dikutip tentang stilistik ialah yang pernah diutarakan oleh Donald C. Freeman (1970 : 4). Baginya stilistik itu melihat penggunaan bahasa yang menyimpang atau deviasi daripada norma-norma tatabahasa, penggunaan pengulangan dan meminjam usaha-usaha pengarang (dalam konteks ini penyair) untuk mendapatkan kepadatan tulisannya. J. Middleton Murry pula berpendapat bahawa stilistik itu ialah gaya sebagai sesuatu yang istimewa, sebagai teknik eksposisi, pencapaian estetika dan pernyataan sikap penulis. Pemilihan kata dan penyusunan struktur ayat itu memperlihatkan ciri-ciri keperibadian penulis.

Fokus utama ilmu stilistik adalah menjawab kepada apa gaya bahasa yang digunakan? Gaya bahasa merujuk terus kepada gaya unik seseorang penulis dalam menyampaikan idea kepada pembaca mengikut pandangannya. Selain itu, tumpuan stilistik merangkumi kenapa gaya bahasa sedemikian digunakan (tujuan) penulis menggunakan gaya bahasa tersebut yang terbahagi kepada dua unsur iaitu gaya menurut sistem bahasa dan gaya menurut seni bahasa.

1.2 BIODATA PENYAIR

Usman lahir di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor, pada 12 Julai 1929. Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya ke Usman Awang. Ibunya bernama Halimah, telah meninggal dunia sewaktu beliau kecil lagi. Ayahnya seorang nelayan yang mencari& menjual rotan pada waktu musim tengkujuh.Usman melalui alam kemiskinan semasa alam kanak-kanaknya yang menyebabkan beliau hanya mampu belajar setakat darjah enam sahaja.Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanyalah setakat Darjah 6 Sekolah Melayu sahaja. Kemiskinan tidak membenarkannya mengecap kejayaan dengan lebih jauh dalam bidang pendidikan walaupun dia sangat gemar membaca dari kecil lagi. Bersekolah di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940) hingga lulus Darjah 6.

Ketika Jepun menjajah Malaya bermula pada tahun 1942, Usman Awang adalah seorang anak tani di Segamat. Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun selama 6 bulan di Singapura. Beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Usman Awang pernah menjadi budak pejabat di Pejabat Taliair Segamat. Kemudian beliau memasuki Botai iaitu pasukan polis Jepun, tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan,pihak Jepun menyerah kalah.Usman Awang menjadi anggota polis bila Inggeris kembali memerintah semula pada tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka. Pada tahun 1951, beliau berhenti dan berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf dengan Melayu Raya selama enam bulan, kemudian menjadi pemberita. Sesudah itu bekerja di Mingguan Melayu sebagai sidang pengarang.

Pada tahun 1952, Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak. Beliau diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan majalah Mastika selepas itu. Pada tahun Malaya mencapai kemerdekaan, Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur. Usman Awang turut serta berhijrah dengan memegang jawatan yang sama. Dalam tahun 1961, beliau terlibat dalam peristiwa pemogokan Utusan Melayu.Akibatnya beliau berhenti dan menganggur seketika.Pada tahun 1962,Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan. Kemudian beliau berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatan pertamanya adalah sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan Bahasa. Kemudian beliau menjadi pengarang untuk majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Jawatan yang disandang beliau ketika itu ialah Pegawai Penyelidik Kanan. Usman kemudian di tukarkan ke Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera. Mulai Mei 1982 beliau menjadi ketua bahagian ini sehingga bersara pada bulan Julai 1985.Selepas bersara dari Dewan Bahasa Dan Pustaka, Usman Awang bergiat cergas dalam beberapa pertubuhan masyarakat. Antaranya ialah Persatuan Persahabatan Malaysia-Cina. Sementara itu dalam tahun 1991, beliau di lantik sebagai Ahli Jemaah Kolej Selatan. Jawatan ini di pegang hingga tahun 2001. Selain itu beliau dilantik sebagai Penasihat Sastera Maybank mulai 1991 hingga 2001.Memandangkan jasa serta peranan Usman Awang yang amat besar dalam kesusateraan Melayu moden tanah air,beliau telah mendapat perhatian dan pengiktirafan pihak berkuasa.Pada tahun 1976 beliau dianugerahi Pejuang Sastera,Ijazah Kehormatan Doktor Persuratan daripada Universiti Malaya pada tahun 1983 serta Anugerah Sastera Negara daripada kerajaan Malaysia pada tahun yang sama.Di peringkat antarabangsa,beliau dianugerahi Sastera Asia Tenggara (S.E.A. Write Award) di Bangkok pada tahun 1982.

2.0 DATA KAJIAN

Membunuh Mimpi(sebuah pesanan untuk Mayawati) - Usman Awang

Usiamu menghampiri sunti daraMengibarkan rasa diselendang suteraMenyembunyikan malu di bilik terkunciDiselubungi rindu lagu dan tariSeribu bayang seribu mimpiYang manis indah kerana itulah mimpi.

Mimpi itu adalah keajaiban anugerahTapi dialah nanti menyebabkan kau gundahTerasing dicermin kenyataanKehidupan yang ganas dan kejam.

Sunti daraku,Jangan kau pinjam lamunanku, hati seorang ayahYang kini kubenci sebab begitu lemahSelamanya mimpiku hidup ini begitu indah.

Bunuhlah mimpi itu, anakkuKau membunuh segala palsuLagu dan rinduYang selalu menipumu.

Dapatkan keberanian hidup baruDari kekuatan hati dan ketinggian ilmu.( Membunuh Mimpi, Usman Awang, 1987,Mutiara Sastera Melayu Moden3.0 INTERPRETASI UMUM

Rangkap 1Usiamu menghampiri sunti daramengibarkan rasa di selendang suteramenyembunyikan malu di bilik terkuncidiselubungi rindu lagu dan tariseribu bayang seribu mimpiyang manis indah kerana itulah mimpi

Dalam rangkap pertama ini,penyajak menyampaikan beberapa pesanan kepada anak gadisnya Mayawati yang meningkat remaja dan sudah memperlihatkan rasa malu. Penyajak menasihatkan anaknya supaya mengikis perasaan rindu dan impian yang mengasyikkan kerana semuanya bukan realiti dalam kehidupan yang sebenar seperti dalam rangkap:

seribu bayang seribu mimpiYang manis indah kerana itulah mimpi

Rangkap 2Mimpi itu adalah keajaiban anugerahTapi dialah nanti menyebabkan kau gundahTerasing dicermin kenyataanKehidupan yang ganas dan kejam.

Dalam rangkap kedua ini, penyajak mengatakan bahawa sungguhpun impian-impian yang indah itu mengasyikkan, namun impian-impian itu kelak akan akan menyebabkan anaknya itu kecewa apabila segala yang diharapnya berlainan daripada kenyataan hidup yang sebenarnya. Ini kerana kehidupan yang sebenarnya adalah kehidupan yang penuh dengan keganasan dan kekejaman. Contoh:Kehidupan yang ganas dan kejam

Rangkap 3Sunti daraku,Jangan kau pinjam lamunanku, hati seorang ayahYang kini kubenci sebab begitu lemahSelamanya mimpiku hidup ini begitu indah.

Dalam rangkap ini,penyajak mengharapkan anaknya itu supaya tidak mengikut jejak atau peribadinya sebagai seorang yang begitu lemah. Penyajak juga selalu mengimpikan bahawa hidup ini penuh dengan keindahan dan mengasyikkan dan kini dia sedar realiti kehidupan yang sebenarnya. Contoh:Jangan kau pinjam lamunanku,Selamanya mimpiku hidup itu serba indah

Rangkap 4Bunuhlah mimpi itu, anakkuKau membunuh segala palsuLagu dan rinduYang selalu menipumu.

Dalam rangkap keempat ini,penyajak berkata bahawa zaman remaja akan menipu anaknya. Penyajak berharap anaknya boleh menghindarkan mimpi-mimpi zaman remaja yang boleh menjerat diri. Contoh:Bunuhlah mimpi ituYang selalu menipumu

Rangkap 5Dapatkan keberanian hidup baruDari kekuatan hati dan ketinggian ilmu.

Dalam rangkap terakhir ini,penyajak berharap anaknya menanamkan keberanian hidup baru yang akan diperolehinya daripada kekuatan hati dan ketinggian ilmu. Contoh:Dapatkan keberanian hidup baru

Secara keseluruhannya, puisi ini bertemakan luahan kasih sayang seorang kepada anaknya kerana memberi nasihat demi masa depan anaknya. Penyajak banyak menggunakan kata-kata yang bersifat kiasan seperti metafora untuk menimbulkan kesan yang lebih estetik dan mendalam kepada pembaca apabila membaca puisi ini..

Bentuk Bentuk sajak ini adalah bebas dan tidak terikat dengan mana-mana puisi tradisional seperti pantun dan syair. Sajak ini terbina daripada daripada lima rangkap.Rangkap 1-6 barisRangkap 2,3,4-4 barisRangkap 5-2 baris

Jumlah perkataan dalam setiap baris juga tidak sama.Jumlahnya antara 2-7 perkataan sebaris. Jumlah suku kata dalam setiap rangkap antara 5-17 perkataan sebaris.

4.0 ANALISIS STILISTIK

Dalam kajian sajak ini, aspek stilistik yang akan dikaji ialah aspek:

4.1 Bahasa Kiasan

Dalam sajak ini, terdapat dua jenis bahasa kiasan yang akan dikaji iaitu metafora dan personafikasi. Dalam bahasa kiasan, kita membuat perbandingan akan sesuatu perkara dengan benda yang lain. Perbandingan ini dibuat melalui bandingan yang nyata dengan atau tanpa menggunakan kata bandingan tertentu. Kita hanya mengiaskan sesuatu yang dimaksudkan itu dengan benda atau perkara yang lain.

Pendeta Zaba mengatakan bahawa bahasa kiasan ialah bahasa yang mencakapkan sesuatu perkara dengan mengiaskannya kepada perkara lain, sama ada dengan menyebut bandingan antaranya atau dengan tiada menyebutkan bandingan lagi, tujuannya supaya menambahkan terang sesuatu yang dikatakan atau diceritakan dan menguatkan makna. Inilah keistimewaan bahasa kiasan.

Menurut Abdullah Hassan 1997: 276, bahasa kiasan atau analogi ialah ungkapan- ungkapan yang maknanya tidak boleh diketahui daripada makna perkataan itu sendiri ataupun daripada susunan tatabahasanya. Penggunaan istilah dan konsep-konsep dalam bidang ini berbeza- beza dalam kalangan pengarang. Perbezaan itu diselaraskan untuk dijadikan pedoman mengajar. Bentuk bahasa kiasan dapat diklasifikasikan kepada dua golongan utama iaitu, kiasan jenis peribahasa dan bukan peribahasa. Setiap golongan mempunyai jenis masing- masing.

i) Metafora

Metafora ialah gabungan daripada dua kata iaitu meta bermaksud memindahkan dan pherein bermakna membawa. Perkataan metafora berasal daripada bahasa Yunani. Perkataan ini biasanya mengandungi satu kata konkrit dan satu kata abstrak, iaitu perbandingan tidak terus (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005: 360-361). Ia merupakan gaya bahasa kiasan yang menyatakan sesuatu dengan menyebut sesuatu yang lain. Tujuannya adalah untuk memberi kelainan kepada susunan kata dalam sajak bagi menimbulkan gerak imaginasi pembaca.

Antara contoh metafora yang terdapat dalam sajak Membunuh Mimpi oleh Usman Awang ini ialah:

Yang manis indah kerana itulah mimpi (R1)Mimpi itu adalah keajaiban anugerah (R2)terasing di cermin kenyataan (R2)

Dalam contoh di atas, penyajak mengatakan segala yang manis dan indah itu adalah mimpi dalam rangkap pertama yang manis indah kerana itulah mimpi. Dalam rangkap ini, mimpi adalah sesuatu yang abstrak yang mana ia tidak boleh dilihat dan disentuh melainkan apa yang dialami oleh manusia itu sendiri. Oleh itu, baris ini merupakan satu ayat metafora kerana dikiaskan kepada sesuatu yang abstrak. Begitu juga halnya dengan contoh-contoh baris yang lain seperti dalam rangkap kedua (R2) terasing di cermin kenyataan di mana cermin kenyataan membawa maksud yang abstrak dan memberi kelainan bahasa kepada baris tersebut.

ii) PersonifikasiPerkataan personifikasi berasal daripada bahasa Latin. Perkataan ini merupakan cantuman dua perkataan iaitu persona dan fic. Perkataan persona bermaksud orang atau pelaku atau aktor atau topeng yang dipakai dalam persembahan drama. Manakala fic ialah perkataan yang bererti membuat ( Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005: 368). Perkataan personifikasi itu kita kaitkan dengan segala sifat yang dimiliki oleh manusia bagi segala macam benda yang tidak bernyawa. Maka, personifikasi ialah sejenis gaya bahasa perbandingan, iaitu penginsanan atau pemberian ciri- ciri peribadi orang atau sifat- sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang, tumbuh- tumbuhan, keadaan, peristiwa, barang yang tidak bernyawa, atau idea yang abstrak.Contoh gaya bahasa personifikasi yang terdapat dalam sajak ini ialah: mengibarkan rasa di selendang sutera (R1) menyembunyikan malu di bilik terkunci (R1) kehidupan yang ganas dan kejam (R2) jangan kau pinjam lamunanku (R3) bunuhlah mimpi itu (R4) lagu dan rindu yang selalu menipumu (R4) dari kekuatan hati dan ketinggian ilmu (R5)

Kesemua contoh di atas menggambarkan pemberian sifat manusia yang bernyawa kepada benda yang abstrak atau tidak bernyawa iaitu bukan manusia. Perkataan mengibarkan, menyembunyikan, pinjam, bunuhlah, menipu, kekuatan dan ketinggian merupakan sifat-sifat yang diberikan kepada manusia tetapi digunakan dalam sajak ini dan diberikan kepada benda-banda yang abstrak dan tidak bernyawa seperti selendang sutera, malu, kehidupan, mimpi, lagu dan rindu, hati dan ilmu.Sebagai contoh dalam rangkap kedua (R2) kehidupan yang ganas dan kejam, leksikal kata adjektif ganas dan kejam diberikan kepada benda yang abstrak iaitu kehidupan di mana leksikal ganas dan kejam hanya diberikan kepada sifat manusia untuk menujukkan sikap luaran seseorang manusia.4.2 Bunyi

Dari segi penggunaan rima atau bunyi di hujung baris,terdapat rangkap yang mengekalkan persamaan bunyi.Rimanya berbentuk bebas dan tidak terikat dengan puisi tradisional. Rangkap 1-a-a-b-b-b-b Rangkap 2-a-a-b-c Rangkap 3-a-b-b-b Rangkap 4-a-a-a-a (sama seperti syair) Rangkap 5-a-a

PerulanganPerulangan yang juga disebut sebagairepetisimerujuk gaya bahasa yang mengandungi perulangan bunyi, pengulangan bahasa dan pengulangan struktur. Menurut Donald C. Freeman, aliran kedua dalam pendekatan stilistik ialah aliran yang meneliti gaya dari sudut pengulangan atau pengulangan pola. Hal ini bermakna dalam hasil ciptaan, para pengarang sering berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan kesan dan kekuatan dengan melakukan pengulangan.

Dharmawijaya menyatakan bahawa unsur pengulangan ini digunakan untuk memenuhi beberapa fungsi. Pertama, menimbulkan irama atau suasana muzikal, terutamanya apabila puisi itu dideklamasikan. Kedua, menegaskan maksud tertentu sebagai persoalan utama bagi penyairnya. Ketiga, menarik tumpuan perhatian. Pengulangan berfungsi bagi menimbulkan kesan keindahan tertentu untuk mencapai intensiti.

Pengulangan Aspek BahasaPengulangan aspek bahasa dalam puisi boleh diteliti dari segi pengulangan kata, frasa atau ungkapan, kalimat atau ayat berangkap. Pengulangan kata dalam puisi boleh berlaku di awal, tengah dan akhir serta di awal dan akhir baris atau rangkap puisi.Pengulangan bunyi konsonan dan vokal dalam setiap baris akan mewujudkan kesan bunyi yang estetik dan mengindahkan lagi ritma yang diulang seperti alunan muzik. Antara aspek perulangan bunyi dalam puisi Membunuh Mimpi oleh Usman Awang ini ialah:

i) Aliterasi pengulangan konsonan di awal kataContoh:seribu bayang seribu mimpi (R1)menyembunyikan malu di bilik terkunci (R1)

Dalam contoh rangkap pertama (R1), seribu bayang seribu mimpi berlaku perulangan konsonan s di setiap awal perkataan. Begitu juga dengan contoh kedua menyembunyikan malu di bilik terkunci. Konsonan m di ulang pada kedudukan awal perkataan bagi memperlihatkan kesan yang seragam dengan cara perulangan berlaku di titik dan cara artikulasi yang sama dimana konsonan m merupakan konsonan letupan dua bibir bersuara dan konsonan s dibunyikan dengan cara letusan. Perulangan pada titik dan cara artikulasi yang sama menunjukkan penyair bijak dalam mengatur rima dan ritma semasa sajak ini dialunkan menjadikan bunyi sajak ini akan lebih beralun dan berestetika.

ii) Asonansi pengulangan vokal di akhir suku kata Contoh:lagu dan rinduyang selalu menipumu (R4)Dalam contoh rangkap keempat (R4), lagu dan rindu yang selalu menipumu berlaku perulangan vokal u di setiap akhir suku kata. Tujuannya adalah untuk menimbulkan kemerduan dan keindahan dalam bunyi penyebutan kata.

5.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, tema puisi karya Usman Awang ini berkisarkan tentang nasihat dan kasih sayang seorang ayah kepada anak gadisnya . Dalam sajak ini, Usman Awang banyak menggunakan bahasa-bahasa kiasan dan sifat kemanusiaan. Pendekatan stilistik diambil untuk menganalisis sajak ini daripada aspek bahasa kiasan dan bunyi menunjukkan Usman Awang seorang penyair yang bijak kerana mampu menghasilkan sajak yang berupa nasihat untuk anaknya selain menjadi pedoman kepada pembaca yang turut membaca sajak beliau.

Dalam sajak ini Usman Awang banyak memberikan untuk dijadikan pengajaran kepada anak gadisnya. Selain itu, beliau turut memperlihatkan kasih seorang ayah terhadap seorang anak untuk melihat masa depan dan berjaya dalam kehidupannya.

6.0 RUJUKAN

Kamal Abdullah. 1983. Sastera Dalam Esei, Kuala Lumpur : Tratra Publishing & Trading Sdn BhdHalilah Haji Khalid. 2004. Usman Awang Dalam Esei dan Kritikan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan PustakaMohammad Fadzeli Jaafar. 2013. Teori Sistemik-Fungsional dalam Stilistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaAsmah Haji Omar, 1986. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.

2 STILISTIK