analisis artikel

18

Click here to load reader

Upload: lalitha-litha

Post on 30-Jul-2015

243 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

hubungan etnik

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Artikel

1.1 Analisis artikel 1

Tajuk

Tahap Hubungan Etnik: Kajian Di Kalangan Pelajar Yang

Mengikuti Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sesi Pengajian 2007-

2008, Semester 2 Di Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai.

Tema Pendidikan

Publisher Universiti Teknologi Malaysia

Pengarang Mohd Rizal Bin Mohd Said

Thay Cheow Yin

Latar belakang pengarang

Mohd Rizal bekerja sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia. Dip.F.S.Mgmt.(ITM) B.Sc.(Purdue) M.Ed. (Technical & Vocational Education) (UTM) E-mel : [email protected] : C13-312 . Tel : 07-5534424Website : http://ac.utm.my/web/p-rizal

Tahun 2008

Kumpulan sasaranPihak universiti, pensyarah, guru sekolah, pelajar universiti

dan murid sekolah.

Objektif penulisan

Mengenalpasti tahap hubungan etnik di kalangan pelajar

kursus SPH, UTM dari segi kehidupan seharian pelajar,

kegiatan pembelajaran pelajar dan kegiatan kokurikulum

pelajar.

Dapatan kajian

Tahap hubungan etnik di kalangan pelajar kursus SPH,

UTM dari segi kehidupan seharian pelajar, kegiatan

pembelajaran pelajar dan kegiatan kokurikulum pelajar

adalah pada tahap sederhana.

Sumber

Soal selidik, buku-buku, laporan kajian, laporan

persidangan, penyelidikan bertulis, artikel dalam surat

khabar serta artikel dan laporan dari internet.

Kaedah penulisan Borang soal selidik

Page 2: Analisis Artikel

1.2 Ulasan Kritikan Artikel 1

Artikel ini merupakan hasil kajian yang dijalankan oleh Mohd Rizal Bin Mohd Said dan

Thay Cheow Yin terhadap para mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia Fakulti

Pendidikan berkaitan tahap hubungan etnik di kalangan pelajar yang mengikuti Kursus

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Para mahasiswa dipilih

dari sesi pengajian 2007-2008, semester 2 di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Artikel ini dimuat turun dari internet. Tujuan artikel ini ialah untuk mendapatkan

gambaran tentang tahap hubungan etnik dalam kalangan mahasiswa UTM khususnya

dari sesi pengajian 2007-2008, semester 2.

Penulisan artikel ini teratur dan berstruktur. Penyelidik artikel ini menggunakan

penulisan ilmiah bercorak penyelidikan. Ini memudahkan pemahaman para pembaca.

Bahasa yang digunakan ringkas dan sesuai dengan bahasa penyelidikan atau bahasa

ilmiah dengan menggunakan istilah-istilah tertentu dalam membicarakan penyelidikan

yang dijalankan. Format penulisannya merujuk kepada format APA. Penyelidik

memecahkan kandungan artikel dengan lebih teliti supaya mudah mencari isi-isi

penting.

Artikel ini menggunakan isu semasa iaitu berdasarkan kepada konsep Satu Malaysia

yang dilancarkan oleh Perdana Menteri kita. Menurut Aizuddin (2009) konsep Satu

Malaysia merupakan tulang belakang bagi semua negara yang pernah berjaya

mengatasi zaman-zaman yang mencabar dalam sejarah mereka. Melalui artikel ini, kita

dapat merumuskan tahap hubungan atau keakraban yang terdapat antara pelajar-

pelajar universiti yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Kajian ini penting

untuk menentukan masa depan negara. Hal ini demikian, pemuda-pemudi negara kita

yang akan menentukan hala tuju negara. Melalui hasil kajian artikel ini, pihak kerajaan

dapat menentukan cara-cara untuk memupukkan hubungan etnik dalam kalangan

pelajar- pelajar universiti.

Saya bersetuju dengan fakta-fakta yang dikemukakan kerana penyelidik menyediakan

satu siri dapatan kajian pelajar-pelajar universiti berkenaan dan dikukuhkan lagi dengan

pengumpulan data sekunder seperti buku-buku, penyelidikan bertulis dan surat khabar.

Page 3: Analisis Artikel

Penyelidik menggunakan borang soal selidik yang diedar dan dijawab oleh pelajar-

pelajar terpilih. Dapatan kajian artikel ini menunjukkan bahawa tahap hubungan etnik

dalam kalangan pelajar-pelajar universiti masih berada pada tahap sederhana. Tahap

hubungan etnik dari segi kegiatan pembelajaran pelajar adalah paling rendah iaitu 2.66.

Saya memang setuju dengan dapatan ini kerana pelajar-pelajar lebih gemar untuk

belajar dengan kelompok masing-masing yang terdiri daripada bahasa, agama dan

minat yang sama. Hal ini dapat memudahkan proses pembelajaran dengan adanya

komunikasi yang berkesan antara mereka. Namun, sistem pendidikan negara kita perlu

menitikberatkan kandungan sukatan pelajaran untuk mengeratkan lagi hubungan etnik

antara pelajar sekolah dan pelajar universiti atau kolej. Menurut Asnarulkhadi (1997)

membentuk sebuah negara bagsa yang bersatu padu dianggap sebagai cabaran yang

asas dan paling utama. Oleh itu, dasar kerajaan yang diperkenalkan perlu

membangunkan masyarakat Malaysia berbilang kaum untuk membentuk suatu negara

bangsa yang bermaruah dan memiliki identiti yang unik.

Walau bagaimanapun, kita tidak dapat merumuskan bahawa tahap hubungan etnik

antara pelajar-pelajar universiti di seluruh Malaysia akan menunjukkan dapatan yang

sama kerana penyelidik hanya memilih seramai 146 orang pelajar atau responden yang

mengikuti kursus SPH sesi pengajian 2007/2008 untuk penyelidikan ini. Hal ini mungkin

disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Menurut C. Parameswary (2001) ketidaksamaan

individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat sosial, tingkah laku dan

moral mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Selain itu,

penyelidik hanya memilih pelajar-pelajar daripada kursus yang sama. Oleh itu, dapatan

ini tidak dapat menunjukkan keaslian tahap hubungan etnik dalam kalangan pelajar

universiti.

Di samping itu, perbezaan keputusan kajian ini tidak menunjukkan perbezaan yang

ketara iaitu 2.95. Malah 10 daripada item kajian pertama iaitu mengetahui hubungan

etnik dari segi kehidupan seharian pelajar berada di tahap yang tinggi dan 10 item pada

tahap yang sederhana. Keputusan ini mungkin disebabkan oleh faktor dalaman pelajar

tersebut seperti emosi, perselisihan faham antara kawan dari bangsa lain, dan komuniti

Page 4: Analisis Artikel

persekitarannya. Namun, hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai satu panduan kepada

penyelidik lain yang ingin mengkaji tentang tahap hubungan etnik.

Artikel ini juga dapat menyedarkan keperluan untuk membangunkan hubungan etnik

kepada setiap modal insan yang berada di universiti khususnya. Ini kerana para pelajar

universiti yang membangunkan negara pada masa akan datang dengan adanya

kolaborasi dan komunikasi antara mereka. Pendidikan merupakan satu-satunya cara

yang paling berkesan untuk menggalakkan hubungan silaturahim antara pelajar-pelajar

yang terdiri daripada kaum yang berlainan. Negara-negara besar yang maju dan liberal

pun menekankan satu sistem pendidikan yang kukuh untuk menggembeling mudanya

agar menjadi warga yang taat setianya tidak tertumpah ke tempat lain (Kumpulan

Kertas Kerja Seminar, 2000). Malah, penyelidik juga berjaya menyatakan kepentingan

jaga hubungan etnik dalam kalangan pelajar-pelajar universiti secara tersirat melalui

artikel ini.

Page 5: Analisis Artikel

2.1 Analisis artikel 2

Tajuk Adat resam dan budaya masyarakat Iban di Sarawak

Tema Budaya

Publisher Nasional Malaysia Sdn Bhd

Pengarang Dr. Chemaline Osup

Jabatan Pengajian Melayu

Latar belakang pengarang

Beliau bekerja sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti

Bahasa Dan Komunikasi. Bidang pengkhususan ialah

bahasa Iban. Beliau mendapat Doktor Falsafah

Kesusasteraan - Kesusasteraan di Universiti Sains

Malaysia pada tahun 2007 dan Ijazah Sarjana Sastera

(Sastera Tradisional) - Sastera (Sastera Tradisional - Puisi

Rakyat Iban) di Universiti Sains Malaysia pada tahun 2002

Tahun 2007

Kumpulan sasaranMasyarakat Malaysia khususnya penduduk Semenanjung

Malaysia

Objektif penulisanMemberi satu gambaran tentang budaya dan kehidupan

masyarakat Iban kepada orang lain.

Dapatan kajian

Menyusul tentang asal-usul suku kaum Iban, perpindahan

dan cabaran faktor persekitaran, rumah panjang,

organisasi sosial, kepercayaan, budaya, perayaan

tradisional serta adat resam menghormati si mati

masyarakat Iban

Sumber Buku-buku rujukan tentang masyarakat Iban

Kaedah penulisan Penulisan dokumen dan ilmiah

Page 6: Analisis Artikel

2.2 Ulasan Kritikan artikel 2

Artikel ini merupakan hasil kajian Dr. Chemaline Osup dari Jabatan Pengajian Melayu

terhadap adat resam dan budaya masyarakat Iban di Sarawak. Penulis memilih tema

budaya sebagai fokus utama penulisan beliau. Perbincangan dalam artikel ini adalah

untuk memberi gambaran yang jelas kepada kumpulan sasarannya tentang kehidupan

masyarakat Iban di Sarawak yang dikenali sebagai Bumi Kenyalang. Penulis merujuk

banyak buku berkaitan sejarah dan kehidupan seharian masyarakat Iban. Artikel ini

cuba menyedarkan semua orang tentang kepentingan mengetahui adat resam kaum-

kaum lain untuk memupukkan hubungan etnik antara satu sama lain.

Gaya penulisan penulis ini lebih kepada fakta, bukti serta sokongan daripada para

ilmuan untuk membuktikan penulisannya. Namun begitu, penulis menggunakan bahasa

yang terus dan mudah difahami mengenai isi penulisan. Artikel ini sesuai kepada

semua lapisan dan golongan masyarakat tanpa mengira umur dan latar belakang.

Melalui sokongan dan bukti yang dikemukakan oleh penulis difikirkan berjaya

meyakinkan pembaca tentang keperluan mengetahui adat resam kaum lain dalam

pembangunan modal insan masa kini.

Artikel ini adalah satu kajian dan pandangan yang amat menarik tentang konsep etnisiti.

Melalui artikel ini, para pembaca dapat mengetahui tentang 23 etnik utama dan

berpuluh-puluh lagi suku kaum pribumi yang terdapat di Sarawak secara lebih dalam.

Menurut Mohd. Isa Othman (2003) bilangan suku kaum yang terbesar di Sarawak

adalah orang Iban dan adalah tanggungjawab kita untuk mengenali adat resam mereka.

Selain masyarakat Melayu, Cina dan India para pembaca berpeluang untuk mengetahui

tentang suku kaum lain yang terdiri daripada dua puluh tiga etnik bumiputera di

Sarawak khususnya suku kaum Iban. Selain itu, isu yang dibincangkan sangat

menyeluruh dan pelbagai aspek telah disentuh dan dibincangkan dengan baik dan

berkesan.

Penulis memecahkan kandungan artikel dengan lebih teratur dan teliti. Hal ini dapat

memudahkan proses pembacaan. Penulis menggunakan gaya penulisan APA dengan

Page 7: Analisis Artikel

tepat bagi setiap tajuk yang dibincangkan. Hal ini dapat menunjukkan keaslian

penulisannya.

Selain itu, artikel ini bukan sahaja dapat dijadikan sebagai bahan rujukan yang ilmiah

tetapi dapat juga memupukkan integrasi kaum. Hal ini demikian, para pembaca

berpeluang untuk mengenali budaya masyarakat Iban dan menjalin hubungan mesra

dengan mereka. Dengan ini, kaum lain dapat meningkatkan persefahaman dengan

suku kaum di Sarawak terutamanya kaum Iban. Melalui artikel ini, masyarakat dapat

membetulkan pandangan dan tafsiran yang salah mengenai masyarakat Iban.

Misalnya, kisah ngayau (memotong kepala) yang telah dieksploitasi dan

disalahtafsirkan oleh orang Barat yang menggelar Sarawak sebagai Bumi Pemotong

Kepala. Pada mulanya saya pun beranggapan bahawa masyarakat Iban bunuh

sembarangan untuk menunjukkan kewiraan mereka dengan menggantung kepala

musuh di rumah dan dijadikan harta pusakan keluarga berkenaan. Namun, penulis

dapat memperbetulkan tanggapan demikian melalui artikelnya.

Melalui artikel ini, saya dapat mengenalpasti persamaan yang terdapat antara

kumpulan etnik lain dengan masyarakat Iban. Sebagai contoh, semangat orang hidup

dan mati, makhluk hidup dan objek tidak bernyawa serta kuasa ghaib masyarakat Iban

yang diamalkan oleh kaum Cina melalui penyembahan nenek moyang. Dengan adanya

persamaan ini, kaum Iban dan kaum Cina dapat menjalinkan hubungan dari segi

persamaan kepercayaan dan keagamaan. Menurut Nazaruddin (2001) menyatukan

unsur-unsur kebudayaan lain melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara

berterusan, bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang diwarisi pelbagai

budaya. Dengan ini, perselisihan faham dan pertengkaran dapat dielakkan. Secara

tidak langsung, ia juga dapat meningkatkan tahap hubungan etnik masyarakat

Malaysia.

Artikel ini dapat memberi satu gambaran tentang kaum Iban yang unik dan kaya

dengan adat dan kebudayaan yang tersendiri. Jika dIbandingkan dengan kaum-kaum

lain, hanya masyarakat Iban gemar tinggal di rumah panjang. Dengan ini, mereka dapat

mengukuhkan institusi keluarga dan kerjasama dalam kalangan mereka. Dengan ini

dapat merumuskan bahawa untuk mengukuhkan hubungan etnik di negara, kita perlu

Page 8: Analisis Artikel

hidup dalam satu ‘bumbung’ yang bermaksud sebagai satu keluarga tanpa mengira

agama, bangsa, kaum dan kumpulan etnik. Walaupun, kita mempunyai kepercayaan,

budaya dan bahasa tersendiri namun, kita perlu menghormati kepercayaan kaum-kaum

lain juga.

Masyarakat Iban mempunyai adat dan kebudayaan tersendiri seperti masyarakat lain.

Upacara pemujaan paling utama masyarakat ini ialah Hari Gawai yang diwarisi secara

turun temurun. Upacara ini diketuai oleh seorang ketua dalam kalangan mereka dan

semua orang menurut perintah mereka tanpa mengira usia mereka. Adat sebegini

memang terdapat dalam semua kaum tetapi bergantung kepada adat masing-masing.

Banyak masalah dapat dibendung melalui sistem ini iaitu mematuhi arahan pemimpin

atau wakilnya. Saling mempercayai dan hormat menghormati dapat mengukuhkan

hubungan etnik negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Tidak dapat dinafikan, suku kaum Iban adalah sebahagian daripada bangsa Malaysia.

Justeru, mengetahui dan mempelajari tentang adat resam serta budaya mereka

menjadi satu kewajipan kepada semua lapisan masyarakat Malaysia. Maka,

kebudayaan perlu menangani pensejagatan dengan penuh kebijaksanaan. Kebudayaan

mestilah menjadi asas kepada semua projek pembangunan baik fizikal mahupun bukan

fizikal (Kumpulan Kertas Kerja Seminar, 2000). Melalui artikel ini, penulis dapat

mengurangkan bebanan kita untuk mencari bahan bacaan tentang masyarakat Iban

kerana segala info mengenai masyarakat Iban terdapat dalam artikel ini.

Page 9: Analisis Artikel

3.1 Analisis artikel 3

Tajuk Cadangan Cara-Cara Memupuk Integrasi Etnik Di Sekolah

Tema Integrasi kaum dalam sistem pendidikan

Sumber Internet

Laman web danmat.tripod.com/pupuk.html

Tarik dimuat turun 4 Februari 2012

Pengarang -

Kumpulan sasaran Pihak kerajaan, pihak sekolah dan guru

Objektif penulisanMemberi cadangan untuk memupuk dan meningkatkan

integrasi kaum di sekolah

Dapatan kajian

Penyelidik mengemukakan 6 cadangan untuk

meningkatkan integrasi kaum di sekolah iaitu

memantapkan lagi perlaksanaan Dasar Pelajaran

Kebangsaan, menjadikan sekolah sebagi alat perpaduan,

pendemokrasian pendidikan, perlaksanaan sekolah

wawasan dan perlaksanaan sekolah satu aliran.

Kaedah penulisan Penulisan dokumen dan ilmiah

Page 10: Analisis Artikel

3.2 Ulasan Kritikan artikel 3

Artikel yang bertajuk cadangan cara-cara memupuk integrasi etnik di sekolah telah

dimuat turun dari laman web danmat.tripod.com/pupuk.html. Perbincangan dalam

artikel ini adalah untuk memberi gambaran yang jelas kepada kumpulan sasarannya

tentang cadangan yang dapat diambil untuk memupuk integrasi kaum di sekolah

khususnya antara murid-murid sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa,

budaya, bahasa dan agama. Cadangan ini juga telah disertakan dengan penjelasan

dan pelaksanaan yang cukup jelas. Keperluan untuk memupuk integrasi kaum dalam

kalangan murid-murid sekolah dijelaskan secara terperinci dalam artikel ini.

Gaya penulisan artikel ini sangat teratur dan berstruktur. Penulis menggunakan gaya

penulisan ilmiah. Ini sangat sesuai untuk semua golongan pembaca tanpa mengira

status pendidikan mereka. Ayat yang digunakan tidak berputar belit dan menjurus terus

kepada isi kandungan artikel. Ayat juga disusun secara sistematik iaitu isi diikuti dengan

bukti atau penjelasan dan contoh. Bahasa yang digunakan dalam artikel ringkas dan

sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Artikel ini adalah satu kajian yang dijalankan oleh penulis untuk memupuk integrasi

kaum di sekolah khususnya dalam kalangan murid sekolah rendah. Jika, sistem

pendidikan gagal untuk memupuk integrasi dan perpaduan kaum dari peringkat

sekolah rendah akan menyebabkan juga kegagalan pada peringkat menengah dan

universiti. Seterusnya, menyebabkan keruntuhan perpaduan dalam kalangan

masyarakat pelbagai kaum dan menjejaskan keamanaan serta kedamaian negara pada

masa depan.

Penulis menyatakan bahawa salah satu cara untuk memupuk integrasi kaum ialah

memantapkan perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Menurut Nazaruddin (2001)

Dasar Pelajaran Negara mencantas sistem pendidikan penjajah bagi menyemarakkan

semangat masyarakat Malaysia selepas Merdeka kerana pelaksanaanya akan

membentuk identiti baru yang cintakan bangsa dan negara. Oleh itu, kerajaan Malaysia

mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis

sekolah. Walau bagaimanapun, penggunaan sukatan pelajaran, pakaian seragam dan

Page 11: Analisis Artikel

buku teks yang sama tidak dapat memupuk perpaduan kaum seratus peratus kerana

penglibatan murid adalah kurang. Dari pandangan murid, mereka hanya mengikuti

pengajaran di dalam kelas dan tidak sedar akan persamaan dan perbezaan yang

terdapat di sekolah lain. Oleh itu, Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dibentuk dan

dilaksanakan perlu lebih praktikal dan melibatkan murid secara langsung dan tidak

langsung dengan murid-murid dari aliran lain. Integrasi kaum hanya dapat dipupuk

menerusi komunikasi dan pergaulan yang berkesan. Bagi saya, Dasar Pelajaran

Kebangsaan tidak hanya memberi perhatian kepada sistem pendidikan yang sama

malah tempat dan suasana pengajaran dan pembelajaran juga perlu diselaraskan.

Semua murid tanpa mengira kaum belajar di sekolah yang sama seperti murid sekolah

menengah yang mengikuti satu aliran sahaja. Jika murid dan pihak sekolah tidak

menghadapi masalah dengan murid sekolah menengah sudah pasti mereka dapat

menguruskan sekolah rendah satu aliran. Hal ini demikian, murid sekolah rendah

mudah diuruskan berbanding dengan murid sekolah menengah.

Kerajaan patut melaksanakan sekolah satu aliran dari awal iaitu selepas merdeka lagi

tanpa mengabaikan pendidikan bahasa ibunda kaum-kaum lain seperti kaum Cina,

India Dan Kadazan. Menurut Aizuddin (2009) sistem pendidikan menjadi satu cabaran

kerana kita tidak berpeluang untuk membolehkan rakyat Malaysia membesar bersama

melalui satu saluran pendidikan dari segi fizikalnya. Seperti yang diterangkan dalam

artikel ini, pihak kerajaan tetap memberi peluang dan menjadikan bahasa ibunda

sebagai subjek wajib supaya mereka dapat mempelajari dan mendalami bahasa

mereka sendiri. Sementara itu, murid Melayu diberi pilihan sama ada memilih bahasa

Tamil atau Cina semasa waktu pengajaran bahasa tersebut. Dengan ini, mereka

berpeluang untuk mengenali budaya kaum lain. Selain itu, masalah perselisihan faham

juga dapat diatasi melalui perlaksanaan sekolah satu aliran.

Kebanyakan guru sekolah kurang menggunakan kaedah perbincangan dan kerja

kumpulan semasa pengajaran bagi memudahkan kawalan kelas dan kebisingan. Bagi

merealisasikan hasrat penulis untuk menjadikan sekolah sebagai alat perpaduan sikap

sebegini perlu dielakkan oleh guru kerana integrasi kaum dibentuk melalui komunikasi

sahaja. Di samping itu, pengasingan dan pemisahan murid sekolah perlu dielakkan

Page 12: Analisis Artikel

supaya murid tidak merasai perbezaan mereka dari segi agama. Pihak sekolah perlu

mengambil inisiatif untuk menganjurkan program yang melibatkan semua murid tanpa

memisahkan mereka kepada agama masing-masing. Penulis menyarankan pendidik

untuk memupuk integrasi melalui pengajaran. Namun, masih terdapat pendidik yang

hanya mengajar berpandukan sukatan pelajaran tanpa menghiraukan pemupukan nilai-

nilai murni dan tahap perpaduan dalam kalangan murid.

Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

dapat memupuk integrasi di sekolah tetapi adakah pihak sekolah memberi perhatian

kepada penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan murid? Semua Sekolah Jenis

Kebangsaan melaksanakan hari bahasa Melayu dan minggu bahasa Melayu tetapi

sejauh manakah objektif penggunaan bahasa Melayu telah tercapai? Akhir-akhir ini,

terutama dengan pindaan Akta Pendidikan 1996 dan sikap liberal, kedudukan bahasa

Melayu sudah tercabar (Kumpulan Kertas Kerja Seminar, 2000). Malah, dalam badan-

badan kerajaan dan separuh kerajaan pun penggunaannya masih kurang merata. Jika,

bahasa Melayu dapat dijadikan sebagai alat komunikasi yang berkesan antara murid-

murid daripada etnik yang berbeza pihak sekolah dapat memupuk integrasi kaum di

sekolah.

Saya setuju bahawa perlaksanaan sekolah wawasan dapat meningkatkan integrasi

kaum di sekolah tetapi pihak kerajaan perlu memperbanyakkan projek sekolah

wawasan ini. Setakat ini, sekolah wawasan hanya dilaksanakan di bandar. Oleh itu,

pihak kerajaan perlu mendirikan sekolah wawasan di luar bandar juga. Hal ini demikian,

murid yang berada di bandar tinggal di kawasan perumahan yang dipenghuni oleh

masyarakat majmuk. Malah, di luar bandar kawasan perumahan atau tempat tinggal

dipisahkan mengukit agama. Misalnya, orang Melayu di kampung dan orang India di

estet. Oleh itu, perlaksanaan sekolah wawasan di kawasan luar bandar dapat

meningkatkan integrasi dan perpaduan kaum lagi.

Page 13: Analisis Artikel

BIBLIOGRAFI

Aizuddin Muhamad Muaz (2009). Perdana Menteri Malaysia Ke- 6. Kuala Lumpur:

Creative Learning Mind

Asnarulkhadi Abu Samah dan Jayum A. Jawan (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang:

Penerbit Universiti Putra Malaysia

C. Parameswary Chelliah (2001). Perbezaan Individu. Dlm Abdul Rahim M. Ali. Ilmu

Pendidikan DPM. hlm 80-84. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors

Sdn Bhd

Cadangan Cara-Cara Memupuk Integrasi Etnik Di Sekolah. Dimuat turun pada 4

Februari 2012. Laman Web: danmat. tripod.com/pupuk.html

Dasar Kebudayaan Kebangsaan Menghadapi Cabaran Zaman. (2000). Kumpulan

Kertas Kerja Seminar Penghayatan Dan Pengukuhan Kemerdekaan Malaysia

(Jilid 1). Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia

Dr. Chemaline Osup. (2007). Adat Resam Dan Budaya Masyarakat Iban Di Sarawak.

dlm Jurnal MAPERA Jilid 19 November 2007. Kuching: Nasional Malaysia Sdn

Bhd

Mohd Rizal Bin Mohd Said Dan Thay Cheow Yin. (2007). Tahap Hubungan Etnik.

Skudai: Universiti Teknologi Malaysia

Mohd. Isa Othman (2004). Malaysia Kita: Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am

Kerajaan. Kuala Lumpur: Direct Art Company

Nazaruddin Hj. Mohd Jail at.el (2001). Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan

Kewarganegaraaan Edisi 2. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn Bhd