utpsz 19:16 (pind.1/97) universiti teknologi malaysia...utpsz 19:16 (pind.1/97) universiti teknologi...
Post on 05-Feb-2021
8 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: POLA GAYA PEMIKIRAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN
PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR KIMIA FAKULTI SAINS
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
SESI PENGAJIAN: 2010/2011
Saya SALEZA BINTI SELAMAT
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap:
NO. 88, JLN SERINDIT, PM. AZIZ BIN NORDIN
FELDA KAHANG TIMUR, Nama Penyelia
86000, KLUANG,JOHOR.
Tarikh: 17 MEI 2011__________ Tarikh: 18 MEI 2011__________
-
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)”
Tandatangan :
Nama Penyelia : PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN
Tarikh : 18 MEI 2011
-
i
POLA GAYA PEMIKIRAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN
PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR KIMIA FAKULTI SAINS
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SALEZA BINTI SELAMAT
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
-
ii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis : SALEZA BINTI SELAMAT
Tarikh : 17 MEI 2011
-
iii
DEDIKASI
Syukur Alhamdulillah ke atas nikmat Allah S.W.T.
Selawat dan salam atas junjungan besar baginda Muhammad S.A.W.
Terutamanya buat kedua ibu bapa
(Selamat Bin Achak dan Jamriah Binti Ebas)
yang disanjungi kerana telah banyak memberi dorongan dan doa bagi menjayakan
Projek Sarjana Muda ini
dan
kakak serta abang-abang yang disayangi
(Suzana Binti Selamat, Suhaimi Bin Selamat dan Sahrom Bin Selamat)
serta
Profesor Madya Aziz Bin Nordin selaku penyelia kerana telah banyak memberi
bimbingan dan dorongan.
Tidak lupa juga kepada
rakan seperjuangan yang dikasihi kerana telah banyak membantu dan menyokong
selama ini.
Semoga Allah S.W.T. memberkati setiap pengorbanan kalian.
-
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani serta
selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan kepada
keluarganya serta para sahabat. Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurniaNya dapat saya menyempurnakan projek sarjana muda ini. Dalam kesempatan
ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima
kasih kepada Profesor Madya Aziz Bin Nordin selaku penyelia di atas dorongan dan
bimbingan yang diberikan sepanjang projek sarjana muda ini dijalankan. Tanpa
beliau, sukar bagi saya memahami penggunaan perisian komputer Statistical For
Science Social (SPSS 15.0) bagi memudahkan proses menganalisis data. Sekali lagi
ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana mencurahkan ilmu. Segala
pengorbanan yang telah dicurahkan amat bermakna buat saya.
Seterusnya penghargaan ini juga ditujukan kepada pelajar-pelajar tahun dua
jurusan kimia Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia kerana telah memberi
kerjasama yang amat baik semasa kajian di jalankan. Tidak ketinggalan juga kepada
rakan-rakan seperjuangan di Universiti Teknologi Malaysia terutama rakan-rakan
dibawah penyeliaan Profesor Madya Aziz Bin Nordin atas sokongan dan dorongan
serta teguran yang bernas sepanjang tempoh kajian ini. Jasa kalian tidak akan saya
lupakan. Terima kasih diatas pengorbanan kalian selama ini.
Akhir sekali, ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga turut
ditujukan kepada semua yang memberikan apa juga bantuan sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan projek sarjana muda ini.
-
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan melihat gaya pemikiran dominan pelajar-pelajar tahun
dua jurusan kimia Fakulti Sains di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kajian ini
juga meninjau hubungan gaya pemikiran pelajar mengikut Purata Nilai Gred
Keseluruhan (PNGK). Seramai 97 orang pelajar tahun dua jurusan kimia telah
terlibat dalam kajian ini. Inventori Gaya Pemikiran (Sternberg & Wagner, 1992)
yang telah diadaptasikan dalam bahasa Melayu digunakan untuk mengukur 13 gaya
pemikiran yang terkandung dalam teori mental gugusan kendiri (self-government).
Kajian telah menggunakan analisis statistik deskriptif bagi maklumat yang
dikumpulkan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan gaya pemikiran
dalam kalangan pelajar. Gaya pemikiran yang dominan adalah Executive, Judicial,
Monarchic, Oligarchic, Anarchic, Local, Internal dan Conservative. Akhir sekali,
kajian lanjutan agar para pendidik mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran dan
pembelajaran yang bersesuaian dengan gaya pemikiran pelajar juga dicadangkan.
-
vi
ABSTRACT
The aim of the study was to identify the dominant’s thinking style of second
year chemistry courses students of faculty Science, Universiti Teknologi Malaysia
(UTM). This study also surveyed students’ thinking style pattern according to
Cumulative Grade Point Average (CGPA). 97 second year chemistry courses
students have been involved in this study. Thinking Style Inventory (Sternberg &
Wagner, 1992) that has been adapted in Malay language was used to measure 13
thinking styles of mental self-government’s theory. Descriptive statistics was used to
analyse the data collection in this study. The result showed that there are different
types of thinking styles existed among the students. Thinking style that dominant are
Executive, Judicial, Monarchic, Oligarchic, Anarchic, Local, Internal and
Conservative. Finally, some suggestions are recommended so that educators can
apply various technique teaching and learning style that fit with student’s thinking
style.
-
KANDUNGAN
BAB PERKARA
MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definasi Istilah 9
1.9 Penutup 11
-
viii
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Gaya Pemikiran 13
2.3 Konsep Gaya pemikiran 13
2.4 Model Gaya Pemikiran Sternberg (1997) 14
2.6 Kajian lepas berkaitan dengan Teori Mental
Gugusan-kendiri Sternberg
(Theory Of Mental Self-Government)
19
2.7 Penutup 22
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 23
3.2 Reka bentuk Kajian 24
3.3 Tempat Kajian 24
3.4 Sampel Kajian 24
3.5 Instrumen Kajian 25
3.6 Kajian Rintis 27
3.7 Prosedur Kajian 28
3.8 Kaedah Analisis Data 29
3.9 Penutup 32
BAB 4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 33
4.2 Bahagian A 33
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jenis
Kursus dan Tahun Pengajian 34
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 35
4.2.3 Taburan Responden Mengikut
Keturunan 36
-
ix
4.2.4 Taburan Responden Mengikut
Keputusan Bahasa Inggeris Dalam
Peperiksaan SPM
37
4.2.5 Taburan Responden Mengikut
Keputusan Mata Pelajaran Matematik
Dalam Peperiksaan SPM
37
4.2.6 Taburan Responden Mengikut
Keputusan Matematik Tambahan
Dalam Peperiksaan SPM
38
4.2.7 Taburan Responden Mengikut
Keputusan Fizik Dalam Peperiksaan
SPM
39
4.2.8 Taburan Responden Mengikut
Keputusan Kimia Dalam Peperiksaan
SPM
40
4.2.9 Taburan Responden Mengikut
Kemasukan ke UTM 40
4.2.10 Taburan Responden Mengikut Purata
Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 41
4.3 Bahagian B 41
4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 42
4.3.1.1Pola Taburan Kekerapan dan
Peratusan Gaya Pemikiran
Dominan Mengikut Cara
Kemasukan ke UTM
47
4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 52
4.3.2.1 Pencapaian Akademik
Mengikut Hubungan Korelasi
Pearson
53
4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 55
4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 62
4.4 Penutup
64
-
x
BAB 5 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 65
5.2 Rumusan 65
5.3 Implikasi 67
5.4 Cadangan 68
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 70
5.6 Penutup 72
RUJUKAN 73
Lampiran 78
-
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kategori Pencapaian Akademik Mengikut PNGK 11
2.1 Gaya Pemikiran Seseorang Mengikut Ciri Tertentu Dalam
Melaksanakan Sesuatu Tugasan
17
2.2 Kesesuaian Gaya Pemikiran Dengan Kaedah Pengajaran
dan Penilaian
18
3.1 Sebilangan daripada Jadual untuk Penentuan Saiz Sampel
daripada Jumlah Populasi
25
3.2 Taburan Skor Mengikut Skala Likert 26
3.3 Gaya Pemikiran Pelajar-pelajar Tahun Dua Jurusan Kimia
Fakulti Sains
27
3.4 Min Gaya Pemikiran Piawaian Mengikut Sternberg 30
3.5 Kategori pencapaian akademik mengikut PNGK 31
3.6 Jadual Skala Anggaran Kekuatan Perhubungan Antara
Pembolehubah
31
4.1 Taburan Responden Mengikut Kursus 34
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 35
4.3 Taburan Responden Mengikut Keturunan 36
4.4 Taburan Responden Mengikut Keputusan Bahasa Inggeris
Dalam Peperiksaan SPM
37
4.5 Taburan Responden Mengikut Keputusan Mata Pelajaran
Matematik Dalam Peperiksaan SPM
37
4.6 Taburan Responden Mengikut Keputusan Matematik
Tambahan Dalam Peperiksaan SPM
38
-
xii
4.7 Taburan Responden Mengikut Keputusan Fizik Dalam
Peperiksaan SPM
39
4.8 Taburan Responden Mengikut Keputusan Kimia Dalam
Peperiksaan SPM
40
4.9 Taburan Responden Mengikut Kemasukan ke UTM 40
4.10 Taburan Responden Mengikut PNGK 41
4.11 Taburan Min Terhadap Gaya Pemikiran Pesponden 42
4.12 Taburan Kekerapan dan Peratusan Gaya Pemikiran
Dominan Responden Mengikut Cara Kemasukan ke UTM
48
4.13 Taburan Responden Berdasarkan Purata Nilai Gred
Keseluruhan (PNGK)
53
4.14 Analisis Hubungan Korelasi Responden Antara Keputusan
SPM Dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK)
54
4.15 Pola Taburan Kekerapan dan Peratusan Gaya Pemikiran
Dominan Responden Mengikut Purata Nilai Gred
Keseluruhan (PNGK)
56
4.16 Analisis Hubungan Korelasi Responden Antara Jenis Gaya
Pemikiran Dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK)
63
-
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Peratus Taburan Responden Mengikut Kursus 34
4.2 Peratus Taburan Responden Mengikut Jantina 35
4.3 Peratus Taburan Responden Mengikut Keturunan 36
-
xiv
SENARAI SINGKATAN
PNGK - Purata Nilai Gred Keseluruhan
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Package For Science Social
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
UKM - Universiti Teknologi Malaysia
-
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik Bagi Pelajar-pelajar Tahun Dua Jurusan
Kimia Fakulti Sains
77
B Statistik Pelajar Kursus Kimia Tahun Dua Fakulti sains
Universiti Teknologi Malaysia
85
-
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Menurut Ghazali, 2000 Manusia telah dicipta dengan pelbagai keistimewaan
dan kelebihan berbanding makhluk lain. Akal dikurniakan kepada manusia supaya
mereka dapat berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara. Akal atau minda adalah
sumber ilmu intelek (intellectual knowledge) yang menghasilkan pengetahuan
melalui proses pemikiran dan penaakulan minda. Melaluinya manusia boleh
membuat pentaakulan (rationalize), membentuk konsep (conceptualize), memahami
(comprehend) dan sebagainya.
Pemikiran sangat sukar untuk ditafsirkan dengan tepat. Pemikiran boleh
dikatakan sebagai satu proses penggunaan akal atau otak untuk mencari penyelesaian
kepada sesuatu masalah atau mendapatkan jawapan kepada sesuatu persoalan dalam
hidup manusia. Pemikiran sebenarnya tidak berlandaskan akal semata-mata,
sebaliknya naluri kepercayaan yang ada dalam diri manusia berfungsi dengan lebih
ketara.
Setiap orang pasti akan mengalami situasi yang mana mereka perlu berfikir
apabila timbul keraguan terhadap sesuatu perkara ataupun terdapat masalah yang
dialami dalam kehidupan mereka. Proses berfikir yang dilalui merupakan satu
aktiviti psikologikal yang digunakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Pemikiran merupakan asas kepada proses dalam pendidikan. Perkembangan gaya
-
2
pemikiran pelajar adalah sangat penting bagi memastikan mereka dapat membuat
pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang munasabah terhadap masalah yang
dialami (Heong et al., 2009).
Setiap individu mempunyai gaya berfikir yang tersendiri dan berbeza dengan
individu lain. Dalam kajian mengenai gaya, pelbagai istilah yang berbeza
menggunakan gaya sebagai asas telah dicipta. Tiga istilah yang sering digunakan
adalah gaya kognitif, gaya pembelajaran, dan gaya pemikiran. Walaupun ketiga-tiga
jenis gaya secara konseptual berbeza namun tetap serupa dari segi kepentingannya.
Ini bermaksud, semuanya berbeza dari segi kemampuan. Kemampuan merujuk pada
apa yang boleh dilakukan, sedangkan gaya pula merujuk kepada bagaimana
seseorang lebih memilih untuk menggunakan kemampuan sendiri (Sternberg &
Zhang, 2001).
Prestasi akademik pelajar dapat diramalkan melalui tahap keupayaan pelajar
tersebut. Namun keupayaan tidak dapat meramal prestasi akademik sepenuhnya
(Sternberg dan William,1997). Peranan faktor bukan akademik dalam prestasi
akademik juga telah dikaji dan didapati faktor bukan akademik yang berkaitan adalah
konsep kendiri, keyakinan diri dan harga diri (Allen, 1992). Prestasi akademik juga
telah menjadi fokus dalam kajian yang menunjukkan perbezaan individu berdasarkan
kepada gaya sebagai satu pemboleh ubah tertentu (Drysdale, Ross, dan Schulz,
2001). Dalam kajian mengenai gaya, banyak model teori telah dihasilkan sejak akhir
tahun 1950-an dan awal 1970-an (Zhang, 2004).
Pelbagai usaha telah dijalankan untuk mengintegrasikan konsep beberapa
model gaya. Contohnya, Curry (1983) memperkenalkan model “bawang” tiga-lapis
dimana gaya pembelajaran dikelaskan kepada tiga kelas yang memyerupai lapisan-
lapisan bawang, Model proses kognitif dan gaya kognitif Miller (1987) pula
merupakan model memproses maklumat yang dipecahkan kepada tiga proses
kognitif iaitu persepsi, ingatan dan pemikiran. Manakala Riding dan Cheema (1991)
berpendapat bahawa terdapat dua prinsip gaya kognitif: “wholist-analytic” dan
“verbal-imagery”. Manakala model terkini ialah model Sternberg (1997). Menurut
-
3
Sternberg, gaya ini dibahagikan kepada tiga kelas, iaitu gaya yang berpusat kognitif,
berpusat personaliti, dan berpusat aktiviti. (Zhang, 2004).
Berdasarkan kepada rancangan yang telah diwujudkan oleh kerajaan,
kepentingan pendidikan dan kecemerlangan amat dititikberatkan dalam menuju
wawasan 2020. Kajian terhadap gaya pemikiran giat dijalankan di luar negara
khasnya di barat. Namun begitu, kesungguhan untuk menjalankan kajian dalam
bidang pemikiran ini masih kekurangan di Malaysia. Maka aspek gaya berfikir harus
diberi tumpuan bagi merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
mana perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu perlu
dititikberatkan dalam sistem pendidikan agar pelajar berupaya mengecapi kejayaan
sama ada dalam bidang akademik mahupun kehidupan harian. Dengan adanya kajian
dalam bidang pemikiran, secara tidak langsung jenis pemikiran yang baik dapat
diterapkan pada diri pelajar supaya mereka akan berjaya (Heong et al., 2009).
Menurut teori mental gugusan kendiri (self-government) Sternberg (1997),
konstruk gaya pengajaran dan gaya pembelajaran dipengaruhi oleh satu faktor
gabungan yang utama iaitu gaya berfikir yang dominan. Beliau menyatakan bahawa
setiap individu mempunyai gaya berfikir yang tersendiri dari segi fungsi, bentuk,
tahap, skop dan kecenderungan (Ruslin et al., 2007). Lantaran itu, kajian ini
dijalankan untuk mengenal pasti gaya pemikiran dominan yang ada pada pelajar-
pelajar tahun dua jurusan kimia Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
dan pencapaian akademik pelajar seterusnya melihat pola gaya pemikiran dominan
mengikut pencapaian akademik pelajar. Dengan ini, proses pengajaran dan
pembelajaran boleh diperbaiki ke arah pembelajaran yang optimum di kalangan
pelajar-pelajar tahun dua jurusan kimia Fakulti Sains. Malah, pelajar dapat
memahami corak gaya pemikiran mereka yang bersesuaian dan dapat merancang
aktiviti dalam pembelajaran yang bersepadanan dengan gaya berfikir mereka.
-
4
1.1 Latar Belakang Masalah
Persoalan sering timbul apabila seseorang menukar kerjaya mereka. Malah
terdapat golongan profesional sanggup meninggalkan kerjaya mereka dengan alasan
pekerjaan tersebut tidak sesuai denagan jiwa mereka. Hal ini juga sering berlaku di
sekolah dan universiti yang mana pelajar menukar jurusan kerana merasakan jurusan
yang diambil tidak memenuhi minat mereka. Berlakunya perkara seperti ini kerana
ada paksaan contohnya daripada ibu bapa mahupun dari pihak pentadbiran sekolah
sendiri.
Oleh kerana gaya pemikiran setiap individu adalah berbeza, maka mereka
lebih cenderung berfikir mengikut cara mereka sendiri. Gaya pemikiran bukan
merupakan sesuatu kebolehan, tetapi merupakan cara individu menggunakan
kebolehan yang sedia ada pada dirinya. Kadangkala terdapat individu yang
mempunyai kebolehan yang serupa, tetapi tidak semestinya gaya pemikiran mereka
juga sama. Kesilapan berlaku apabila orang sekeliling menganggap bahawa individu
yang mempunyai kebolehan yang sama adalah serupa sama sekali. Individu yang
mempunyai kebolehan yang baik sangat pandai memadankan gaya pemikiran dengan
cara yang dijangka dalam situasi tertentu, walaupun pada kenyataannya apa yang
wujud adalah bukan kebolehan, tetapi kesesuaian antara gaya pemikiran seseorang
itu dengan tugasan yang dihadapinya.
Setiap orang akan mengatur tugasan mereka bersesuaian dengan gaya
pemikiran mereka. Mereka juga boleh mengubah gaya pemikiran yang bersesuaian
dengan tugasan yang perlu mereka lakukan. Ramai orang berpendapat bahawa
pekerjaan mereka tidak sesuai dengan gaya pemikiran mereka, sedangkan mereka
tidak memahami dengan lebih jelas bagaimana menggunakan gaya pemikiran yang
sesuai dengan aktiviti yang mereka lakukan. Disebabkan ketidakfahaman inilah yang
mengakibatkan sesetengah orang itu tidak sesuai melakukan aktiviti tertentu
(Sternberg, 1997).
-
5
Riding dan Mathias (1991) berpendapat bahawa dalam proses pengajaran,
selalu wujud anggapan bahawa pelajar belajar dengan cara yang sama. Pendekatan
ini tidak mengambil kira perbezaan pemikiran, padahal gaya pemikiran ini penting
kerana gaya pemikiran ini akan mempengaruhi cara pembelajaran dan seterusnya
pencapaian akademik mereka.
Perbezaan antara individu yang wujud dalam kalangan para pelajar
merupakan satu fakta yang tidak boleh dinafikan dan perlu diberi perhatian yang
sewajarnya. Setiap individu mempunyai gaya memproses maklumat yang berbeza.
Terdapat individu yang memproses maklumat dengan cepat dan lebih berkesan
daripada yang lain. Oleh itu, para pendidik perlu mengenal pasti gaya pemikiran
pelajar agar mereka dapat mempelbagaikan teknik pengajaran yang bersesuaian
dengan gaya pemikiran pelajar tersebut (Shaharom dan Yap, 1992).
Sejak kebelakangan ini terdapat isu bahawa pelajar-pelajar universiti tidak
memberikan prestasi yang baik pada pencapaian akademik mereka. Hal ini secara
tidak langsung menimbulkan persoalan adakah gaya pemikiran seseorang pelajar
tidak bersesuaian dengan jurusan yang mereka ambil. Justeru, kajian ini dijalankan
untuk mengenal pasti gaya pemikiran dominan pelajar-pelajar tahun dua jurusan
kimia Fakulti Sains di Universiti Teknologi Malaysia.
1.3 Pernyataan Masalah
Setiap pelajar mempunyai gaya pemikiran mereka sendiri. Perbezaan antara
setiap pelajar adalah cara mereka berfikir. Gaya pemikiran yang berbeza dapat
mempengaruhi cara mereka belajar, seterusnya mempengaruhi prestasi akademik
mereka. Institusi pendidikan memainkan peranan yang cukup besar dalam mendidik
ke arah memenuhi matlamat dan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Matlamat utama
institusi pendidikan adalah untuk menyediakan dan melengkapkan pelajar dalam
menghadapi pekerjaan dan dunia sebenar. Pelajar juga merupakan golongan yang
menjadi harapan Negara untuk meneruskan kecemerlangan pada masa akan datang.
-
6
Kecemerlangan hanya akan dicapai jika mereka menggunakan gaya pemikiran dan
pembelajaran yang bersesuaian. Oleh itu, kajian dijalankan untuk mengenal pasti
gaya pemikiran dominan pelajar-pelajar tahun dua jurusan kimia Fakulti Sains dan
pola taburan gaya pemikiran pelajar-pelajar tersebut mengikut pencapaian akademik
Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) mereka.
1.4 Objektif Kajian
Matlamat utama kajian yang dijalankan kepada pelajar-pelajar tahun dua
Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah untuk mencapai objektif
yang ditetapkan. Berdasarkan pernyataan permasalahan yang dikemukakan, objektif
kajian ini adalah untuk:
1. Mengenal pasti gaya pemikiran dominan pelajar-pelajar tahun dua jurusan
kimia Fakulti Sains.
2. Mengenal pasti tahap pencapaian akademik pelajar-pelajar tahun dua
jurusan kimia Fakulti Sains mengikut Purata Nilai Gred Keseluruhan
(PNGK).
3. Mengenal pasti pola taburan kekerapan dan peratusan gaya pemikiran
dominan pelajar-pelajar tahun dua jurusan kimia Fakulti Sains mengikut
pencapaian akademik PNGK.
4. Menentukan hubungan pencapaian akademik PNGK dengan jenis gaya
pemikiran dominan pelajar-pelajar tahun dua Fakulti Sains.
Melalui objektif yang ditetapkan, gaya pemikiran dominan dan hubungannya
dengan pencapaian akademik pelajar-pelajar tahun dua aliran kimia Fakulti Sains
dapat dikenalpasti seterusnya boleh membantu pelajar mengenalpasti gaya pemikiran
yang dominan pada diri mereka supaya mereka dapat menyesuaikan gaya pemikiran
yang dapat membantu semasa proses pembelajaran. Objektif ini dinyatakan untuk
memastikan kajian ini berjalan dengan lancar dan teratur.
-
7
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan ini, persoalan kajian yang boleh
dibentuk adalah:
1. Apakah gaya pemikiran dominan pelajar-pelajar tahun dua jurusan kimia
Fakulti Sains?
2. Apakah tahap pencapaian akademik pelajar-pelajar tahun dua jurusan
kimia Fakulti Sains mengikut Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK)?
3. Apakah pola taburan kekerapan dan peratusan gaya pemikiran pelajar-
pelajar tahun dua jurusan kimia Fakulti Sains mengikut pencapaian
akademik PNGK?
4. Apakah hubungan pencapaian akademik PNGK dengan jenis gaya
pemikiran pelajar-pelajar tahun dua Fakulti Sains?
top related