upload internet ringkasan isp 2 - mkm.edu.my · pelan strategik ict (isp) (2008 - 2015) ... operasi...
Post on 27-May-2018
227 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015)
Maktab Kerjasama Malaysia
1
1 PENGENALAN
Perkhidmatan Awam Malaysia memainkan peranan penting di dalam menyahut cabaran
mempertingkatkan daya saing dan daya tahan negara berikutan perubahan persekitaran
ekonomi dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Sehubungan itu, Kerajaan
memberikan tumpuan kepada usaha untuk menyediakan kemudahan sistem dan
perkhidmatan berkualiti tinggi melalui sistem yang cekap dan berkesan.
Bagi mencapai tujuan ini, satu perancangan rapi di peringkat pusat telah dilaksanakan oleh
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di mana Pelan
Strategik Teknologi Maklumat Sektor Awam (PSTM) atau Public Sector ICT Strategic Plan
(ISP) telah dilancarkan pada Ogos 2003. Susulan itu, semua agensi Kerajaan diarahkan
untuk menyediakan dan memperkemaskan ISP masing-masing bersesuaian dengan hala tuju
dan objektif strategik organisasi dan juga selaras dengan ISP Sektor Awam.
Oleh itu, Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) telah mengambil langkah ke arah
membangunkan ISPnya bagi menyediakan satu pelan induk ICT yang akan memastikan
perancangan dan pelaksanaan ICT adalah selaras dengan keperluan strategi bisnes MKM dan
memenuhi keperluan semasa dan jangka panjang selain menyokong visi ICT Sektor Awam.
1.1 Tujuan
ISP MKM bertujuan untuk menyediakan satu rangka kerja yang komprehensif dalam
mewujudkan persekitaran berautomasi menerusi penggunaan dan pembangunan ICT yang
tersusun dan sejajar bagi tempoh 2008 – 2015.
Pendekatan yang telah diambil untuk membangunkan ISP ini adalah seperti berikut:
a. Pembangunan secara berfasa;
b. Sesi interaktif dan percambahan minda melalui bengkel yang di mudah cara oleh konsultan;
c. Penggunaan soal selidik; dan
d. Sesi temu bual bersama Pengurusan Atasan, Ketua Pusat/Unit dan Pegawai yang bertanggungjawab.
Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015)
Maktab Kerjasama Malaysia
2
2 PERSEKITARAN SISTEM ICT SEMASA
Sistem ICT utama yang dilaksanakan pada masa ini ialah seperti berikut:
a. Sistem MIOS ( MKM Information Online System) Fasa 1 dan 2;
b. Sistem ILMU (Integrated Library Management Utilities);
c. Sistem Perakaunan SAGA (Standard Accounting System for Government
Agencies);
d. e-SISPEN (Sistem Pengurusan Tenaga Kerja Jabatan);
e. Sistem Tempahan Kenderaan;
f. Sistem Aduan Pelanggan;
g. Intranet;
h. Laman Web MKM;
i. Kiosk MKM;
j. Sistem E-mel (Exchange 2003); dan
k. MyAsset ( Sistem Pengurusan Aset dan Inventori).
Pada masa ini, operasi MKM tidak terlalu bergantung kepada sistem ICT. Ini ialah kerana
kebanyakan sistem aplikasi dibina secara individu khusus untuk keperluan Pusat dan Unit
serta tidak mengambil kira keperluan holistik bisnes MKM dan keperluan pembangunan
sistem secara integrasi, melalui perkongsian pangkalan data. Walau bagaimanapun,
berdasarkan keperluan bisnes di Pusat dan Unit MKM, terdapat potensi yang tinggi dalam
penggunaan ICT di mana dengan pembangunan inisiatif ICT yang bersesuaian dijangka akan
dapat meningkatkan prestasi MKM di masa hadapan. Struktur organisasi ICT dan
persekitaran ICT semasa juga turut dikaji dan didapati memerlukan peningkatan yang
bersesuaian bagi menyokong MKM ke arah organisasi yang berteraskan ICT di masa
hadapan.
3 HALA TUJU STRATEGIK ICT
Hala tuju ICT yang strategik perlu sejajar dengan bisnes agar inisiatif ICT dapat
merealisasikan visi dan misi MKM. Oleh itu, hala tuju ICT yang dirangka merangkumi visi,
misi, teras strategik dan peluang inisiatif yang dikenal pasti mampu untuk menyokong hala
tuju bisnes MKM kelak.
Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015)
Maktab Kerjasama Malaysia
3
Hala tuju strategik ICT MKM adalah seperti di Rajah 3.
Rajah 3: Hala Tuju Strategik ICT
5.1 Visi ICT
Visi ICT adalah seperti berikut:
� Pemangkin kepada merealisasikan visi MKM menerusi kaedah yang unik dan inovatif
sesuai dengan persekitaran MKM.
5.2 Misi ICT
Misi ICT adalah seperti berikut:
� Menjadikan ICT sebagai teras utama kepada perkhidmatan dan penyampaian yang
efisien dan efektif; dan
� Membudayakan ICT sepenuhnya dalam setiap aktiviti di MKM.
Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015)
Maktab Kerjasama Malaysia
4
Misi ICT yang di rumus oleh MKM adalah sejajar dengan misi ICT Sektor Awam Malaysia
iaitu:
� Menyediakan perkhidmatan elektronik yang cekap, cepat, berkualiti dan selamat;
� Menggunakan ICT dan multimedia bagi mempertingkatkan produktiviti sektor
awam;
� Mempermudah perkongsian sumber dalam kalangan agensi-agensi Kerajaan; dan
� Mengutamakan pelanggan dalam penyampaian perkhidmatan.
5.3 Teras Strategik ICT
Teras strategik ICT akan memandu pelaksanaan inisiatif ICT di MKM adalah seperti berikut:
� ICT sebagai saluran yang membolehkan pelanggan berhubung secara terus dengan
MKM;
� ICT sebagai alat yang boleh membantu MKM berkembang dengan penyediaan data dan
maklumat bisnes dan pasaran dengan tepat;
� ICT sebagai saluran bagi menyampaikan kelebihan, kekuatan yang terdapat di MKM
bagi mendapatkan pengiktirafan yang sewajarnya;
� ICT menawarkan servis yang berkualiti dan cepat melalui penggunaan teknologi yang
bersesuaian; dan
� ICT sebagai pemangkin kepada proses pembelajaran dan penggunaan informasi bagi
tujuan memenuhi keperluan pelanggan.
5.4 Peluang-peluang Inisiatif ICT – Aplikasi
Peluang-peluang ICT yang dikenal pasti akan melibatkan pembangunan aplikasi baru dan
penambahbaikan kepada aplikasi sedia ada. Pemetaan peluang ICT MKM dengan rangka
kerja peluang ICT menunjukkan pelbagai aplikasi dan penyelesaian teknologi dapat
menyokong perkhidmatan teras, operasi harian dan keperluan pihak pengurusan serta
pihak berkepentingan digambarkan seperti di Rajah 4 berikut.
Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015)
Maktab Kerjasama Malaysia
5
• Customer
RelationshipManagement (CRM)
• Meja Bantuan
VISION, MISSION & ICT
STRATEGIC THRUST
CUSTOMER COMMUNITIES
ACCESS CHANNELS
APPLICATIONS
KNOWLEDGE WAREHOUSE
ENABLING ENVIRONMENT
INFRASTRUCTUREInfrastructure
MKM Database
CommunityApplications
• Leadership & Commitment
• Smart Partnership
• People & Culture
• Change Management• Policy & Governance
• HR Development
• Support Strategy
MKM Entr. Wide
Appl – KMS, eG, HRMIS
MKM InternalApplications
Decision Support System
Organizational Governance related application
Gateway GerbangMKM
SMS Mobile Web IVR Counter FaxPhone
MKM Stakeholders, Students, International AgenciesCooperatives, Parents, Public,IndustrialPlayers etc
as the enabler in
realizing MKM 's vision through unique
and innovative solution tailored to
MKM cooperative environment
SECURITY
• Balanced Score Card Performance
Management (BSC)
• Decision Support System (DSS)
• MIOS Fasa 3 ( MKM Information Online
System ) • Sistem Perkongsian
Maklumat
• Sistem Perakaunan
Pelajar• Sistem Ahli Koperasi
dan Kad Pintar
• E-learning
• KMS dan Sistem
Kolaborasi• Sistem
Perpustakaan dengan RFID
• Video Conferencing
• HRMIS
• GOE-EGDMS
• Urustadbir organisasi
• Change Management
yang mengurusprogram latihan
• Polisi dan garis
panduan berkenaan
ICT • Service Level
Management System
Rajah 4: Pemetaan Peluang ICT MKM Dengan Rangka Kerja ICT
Strategi ICT yang dirangka bagi tempoh 2008-2015 untuk merealisasikan persekitaran
bersepadu ICT terdiri daripada inisiatif-inisiatif berikut dan digambarkan di Rajah 5.
i. Aplikasi Gatewa.
ii. Aplikasi Pengurusan
iii. Aplikasi Dalaman MKM
iv. Aplikasi Enterprise Wide MKM
v. Pewujudan Bank Pengetahuan MKM
vi. Pengukuhan Infrastruktur ICT
vii. Pengukuhan pembudayaan dan persekitaran ICT (enabling environment)
Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015)
Maktab Kerjasama Malaysia
6
Pe
laja
rd
ala
md
an
lua
rn
eg
ara
me
mp
ela
jari
me
lalu
ie
-le
arn
ing
did
ala
mke
las
ata
ud
iru
ma
h
Le
bih
5.5
ju
tab
aka
l
pe
lan
gg
an
do
me
stik
da
n
pe
lua
ng
kep
ad
ap
ela
ng
ga
n
da
rise
luru
hp
elu
sok
du
nia
Pe
rko
ng
sia
nm
aklu
ma
t
de
ng
an
ag
en
silu
ar
–
KP
M, M
EC
D, K
PT
,IC
A d
an
seb
ag
ain
ya
BSC
P
erf
orm
an
ce
Ma
na
ge
me
nt
& D
ecis
ion
Su
pp
ort
Syst
em
Sis
tem
Pe
ng
uru
san
Pe
ng
eta
hu
an
da
nK
erj
asa
ma
Me
ja
ba
ntu
an
Pu
sat
da
ta
MK
M
Dis
ast
er
Re
co
ve
ry F
acil
ity
Ge
rba
ng
MK
M Sis
tem
Pe
rhu
bu
ng
an
Pe
lan
gg
an
Pa
ng
ka
lan
da
ta
be
rpu
sat
Sis
tem
Pe
rpu
sta
ka
an
de
ng
an
RFID
Sis
tem
Pe
raka
un
an
Pe
laja
r
MIO
S
Rajah 5: Persekitaran Bersepadu ICT M
KM di Masa Hadapan
Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015)
Maktab Kerjasama Malaysia
7
5.4.1 Aplikasi Gateway
Aplikasi ini menyediakan kemudahan kepada pengguna dalaman dan luaran MKM untuk
mengakses maklumat, aplikasi dan perkhidmatan yang disediakan oleh MKM seperti di
Jadual 1.
Jadual 1: Aplikasi Gateway
Aplikasi Keterangan
Gerbang MKM Gerbang MKM merupakan aplikasi yang menyediakan single
interface kepada mereka yang berkenaan untuk mengakses
maklumat, aplikasi dan perkhidmatan yang terdapat di MKM.
Pengurusan Hubungan
Pelanggan (CRM)
CRM merupakan aplikasi yang membenarkan MKM secara
proaktif mengurus pelanggannya. CRM ini berperanan untuk
membantu MKM menarik minat pelanggan dan mengekalkan
perhubungan baik dengan mereka. Integrasi aplikasi ini dengan
semua aplikasi membolehkan MKM mengetahui persekitaran
pelanggan dari segi keperluan dan permasalahan mereka
dengan lebih sistematik.
Meja Bantuan
Meja Bantuan ini berfungsi untuk membantu menyelesaikan
masalah pengguna dan juga bertindak sebagai Single Point of
Contact (SPOC). Aplikasi ini akan diintegrasikan dengan
aplikasi lain terutamanya dengan aplikasi CRM.
5.4.2 Aplikasi Pengurusan
Aplikasi pengurusan terdiri daripada aplikasi-aplikasi di Jadual 2.
Jadual 2: Aplikasi Pengurusan
Aplikasi Keterangan
Balanced Score Card &
Performance
Management System
Balanced Score Card (BSC) merupakan aplikasi yang dapat
membantu MKM memantau prestasi keseluruhan MKM sehingga
kepada prestasi individu. Dengan berpandukan Petunjuk
Comment [r1]: Tukar Numbering format + add description
Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015)
Maktab Kerjasama Malaysia
8
Aplikasi Keterangan
Prestasi Utama (KPI) yang terdapat di desktop masing-masing,
mereka akan dapat melihat dan memantau secara online
prestasi individu, Pusat, Unit sehingga kepada prestasi
keseluruhan MKM.
Decision Support System
(DSS)
Decision Support System (DSS) merupakan aplikasi yang akan
dapat membantu MKM membuat keputusan penting
berdasarkan analisis-analisisi trend terdahulu, masa kini dan
perancangan masa hadapan. Aplikasi ini akan membolehkan
proses membuat keputusan dilakukan dengan lebih cepat dan
tepat. Laporan-laporan yang dijana diambil terus daripada
data-data yang terdapat di pangkalan data berpusat.
VIDEO Conferencing dan
VOIP
Sistem ini dapat membantu MKM berkomunikasi secara online
antara PJ, kampus cawangan atau anggota koperasi tanpa
perlu hadir di Ibu Pejabat MKM. Pada masa yang sama,
pelaksanaan projek ini akan membantu proses pembelajaran di
antara pelajar dan tenaga pengajar secara jarak jauh
(e-Learning).
5.4.3 Aplikasi Dalaman MKM
Aplikasi dalaman yang akan dibangunkan adalah terdiri daripada aplikasi-aplikasi di
Jadual 3.
Jadual 3: Aplikasi Dalaman MKM
Aplikasi Keterangan
MKM Information Online System (MIOS) Fasa 3
Aplikasi ini merupakan penambahbaikan kepada Sistem MIOS
Fasa I dan 2 yang dapat membantu mengurus maklumat
secara keseluruhan yang berkaitan dengan pelajar, tenaga
pengajar, pengurusan akademik dan sebagainya.
Comment [r2]: To add description
Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015)
Maktab Kerjasama Malaysia
9
Aplikasi Keterangan
Modul Pengurusan
Perakaunan Pelajar
Komponen perakaunan pelajar merupakan modul tambahan
yang diperlukan bagi melengkapkan sistem SAGA yang sedia
ada. Modul ini diperlukan untuk mengurus pembelajaran
secara jarak jauh dan pembayaran yuran secara elektronik .
e-Learning bagi peringkat
Sijil, Diploma dan Sarjana
Muda
Aplikasi ini membolehkan pelajar mengikuti kursus yang
ditawarkan secara jarak jauh tanpa batasan masa dan
lokasi. Sistem ini membenarkan mereka mengikuti
pengajian tanpa perlu hadir secara fizikal ke kampus MKM.
Sistem Perkongsian
Maklumat secara elektronik
Sistem ini membolehkan MKM berkongsi maklumat dengan
agensi yang berkaitan yang dapat membantu MKM
memperkukuhkan kedudukannya sebagai institusi pengajian
tinggi. Maklumat daripada agensi-agensi berkaitan akan
dapat digunakan untuk tujuan analisis, promosi dan
perkongsian maklumat.
Agensi-agensi yang berkaitan adalah seperti berikut:
• Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);
• Kementerian Pengajian Tinggi (KPT);
� Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM);
� Kementerian Usahawan Dan Pembangunan Koperasi
(MECD);
� Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);
� Kementerian Pengajian Tinggi (KPT);
� Badan-badan koperasi dalam dan luar negara;
� Malaysian Qualifications Agency (MQA);
� Jabatan Statistik Malaysia; dan
� Agensi-agensi lain yang dapat menyumbang kepada
pembangunan MKM sebagai institusi latihan koperasi.
Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015)
Maktab Kerjasama Malaysia
10
Aplikasi Keterangan
Sistem Anggota Koperasi dan Kad Pintar
Sistem ini berfungsi bagi menguruskan rekod keahlian
anggota koperasi. Sistem ini mengandungi maklumat
terperinci berkaitan dengan organisasi koperasi dan anggota
koperasi yang terdapat di Malaysia. Dengan penggunaan kad
pintar, proses pengurusan anggota koperasi ini dapat
dilakukan dengan lebih mudah.
5.4.4 Aplikasi Enterprise Wide
Aplikasi yang digunakan secara meluas dan menyeluruh bagi melancarkan operasi MKM
terdiri daripada aplikasi-aplikasi di Jadual 4.
Jadual 4: Aplikasi Enterprise Wide MKM
Aplikasi Keterangan
HRMIS Aplikasi ini menyediakan kemudahan pengurusan sumber
manusia yang komprehensif dan bersepadu bagi menggantikan
sistem pengurusan sumber manusia yang sedia ada iaitu
SISPEN.
Generic Office
Environment (GOE)
Sistem Generic Office Environment (GOE) membolehkan
urusan pentadbiran pejabat dilakukan dengan lebih cepat dan
efisien secara elektronik. Selain menyediakan kemudahan bagi
penyediaan dan penyimpanan dokumen, sistem ini akan
membantu mengurangkan penggunaan kertas dan
mempercepatkan penghantaran/penerimaan dokumen.
5.4.5 Pewujudan Bank Pengetahuan MKM (Knowledge Bank)
Bank Pengetahuan MKM adalah sistem yang digunakan bagi menyokong persekitaran proses
integrasi di antara aplikasi-aplikasi di MKM. Ia juga menyokong perkongsian maklumat dan
Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015)
Maktab Kerjasama Malaysia
11
pengalaman bersama untuk penghasilan jurnal bisnes, penambahbaikan produktiviti dan
peningkatan kecekapan keseluruhan di MKM seperti di Jadual 5.
Jadual 5: Aplikasi Bank Pengetahuan MKM
Aplikasi Keterangan
Sistem Pengurusan
Pengetahuan (KMS) dan
Collaboration System.
Sistem Pengurusan Pengetahuan atau Sistem Pengurusan
Pengetahuan (KMS) menyediakan antara muka (interface)
untuk membolehkan kerjasama dibuat melalui fungsi
pencarian, penyimpanan, perkongsian dan penyebaran
dokumen. Aktiviti-aktiviti ini dapat dilakukan di mana-mana
sahaja. Sistem ini akan meningkatkan dan menggalakkan
aktiviti-aktiviti penyelidikan, kolaborasi dan perkongsian
maklumat di kalangan tenaga kerja. Pengetahuan yang ada
akan disimpan dan dijaga dengan baik, agar ianya tidak hilang
begitu sahaja atau diambil tanpa kebenaran. MKM akan dapat
memanfaatkan pengetahuan yang ada di kalangan tenaga kerja
MKM kerana dalam era teknologi dan ekonomi pengetahuan,
pengetahuan adalah kuasa (knowledge is power).
5.4.6 Pengukuhan Infrastruktur ICT
Bagi memastikan segala aplikasi dan sistem yang bakal dibangunkan atau yang ditambahbaik
dapat berfungsi dengan lancar dan memenuhi keperluan MKM, infrastruktur ICT yang sedia
ada perlu ditambah baik. Infrastruktur yang sedia ada sudah tidak dapat lagi menampung
keperluan semasa mahupun yang akan datang. Antara penambahbaikan yang diperlukan
dengan segera adalah seperti berikut:
a. Keperluan rangkaian jalur lebar yang lebih tinggi bagi memenuhi keperluan ibu pejabat
dan juga cawangan-cawangan MKM;
b. Keperluan Pusat Data berserta dengan infrastruktur bersesuaian bagi menyokong
aplikasi-aplikasi sedia ada dan juga yang bakal diujudkan;
Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015)
Maktab Kerjasama Malaysia
12
c. Keperluan komputer peribadi kepada pelajar-pelajar dan juga notebook kepada tenaga
kerja MKM. Pembekalan notebook kepada tenaga kerja MKM adalah supaya mereka lebih
produktif dan mobile; dan
d. Keperluan kepada Disaster Recovery Facility (DRF) yang akan memastikan operasi yang
berterusan dan juga mengurangkan gangguan kepada sistem MKM yang sedia ada dan
juga akan datang.
5.4.7 Pengukuhan Pembudayaan dan Persekitaran ICT (Enabling Environment)
Bagi setiap pelaksanaan inisiatif ICT, aspek pembudayaan ICT perlu diberikan penekanan
yang sewajarnya. Ini adalah kerana kebanyakan projek pengkomputeran yang gagal adalah
berpunca daripada persekitaran pembudayaan ICT yang lemah yang tidak menyokong
pelaksanaan inisiatif yang dilaksanakan. Oleh itu, di antara program yang dirancang
termasuklah seperti berikut:
a. Program pembudayaan ICT yang berterusan melalui program kesedaran (awareness
program) kepada aplikasi yang sedia ada atau bakal dibangunkan, polisi-polisi berkaitan
ICT dan sebagainya;
b. Program latihan teknikal yang membolehkan tenaga kerja teknikal BTM berupaya
mengendalikan sistem yang terdapat di MKM kelak; dan
c. Program latihan kursus kepada aplikasi yang ada di MKM kepada tenaga kerja MKM dan
mereka yang berkenaan.
5.6 Strategi Pelaksanaan
Pelaksanaan keseluruhan inisiatif ICT dirangka untuk jangka masa lapan (8) tahun.
Pelaksanaan secara berperingkat dicadangkan supaya sejajar dengan kapasiti dan keupayaan
tenaga kerja MKM dan mengambil kira proses persediaan spesifikasi teknikal sistem,
pengurusan perubahan (Change Management) dan Business Process Re-Engineering (BPR).
Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015)
Maktab Kerjasama Malaysia
13
Pelaksanaan inisiatif-inisiatif ICT di cadang dilakukan di dalam tiga (3) fasa seperti di
Rajah 7.
Fasa Tahun
2008 – 2010 2011 – 2012 2013 - 2015
Fasa 1
Fasa 2
Fasa 3
Rajah 7: Pelan Pelaksanaan ISP
1. Fasa 1: Fasa ini melibatkan pembangunan inisiatif ICT yang menjurus kepada memenuhi
keperluan pelajar, anggota koperasi dan tenaga kerja di MKM. Fasa ini juga memberi
fokus kepada pengurusan pengetahuan, pembinaan pangkalan data berpusat dan
penambahbaikan Infrastruktur IT sedia ada.
2. Fasa 2: Fasa ini melibatkan pembangunan aplikasi dan sistem yang menyokong
melicinkan operasi harian MKM.
3. Fasa 3: Fasa ini memberikan tumpuan kepada perkongsian maklumat dengan organisasi
luar seperti MECD, SKM, MARA, KPM, KPT, badan koperasi dan agensi lain yang berkaitan.
Fasa ini juga memfokuskan kepada pengumpulan maklumat bagi mempromosikan
pembangunan MKM sebagai institusi koperasi yang bertaraf dunia.
5.7 Faktor Kejayaan Kritikal
Di antara faktor kejayaan kritikal bagi menentukan kejayaan pelaksanaan setiap inisiatif ICT
adalah seperti berikut:
Comment [r3]: To add Rajah III – Jadual Pelaksanaan ISP Kementerian
Comment [r4]: To add Rajah III – Jadual Pelaksanaan ISP Kementerian
Comment [r5]: To add Rajah III – Jadual Pelaksanaan ISP Kementerian
Comment [r6]: To add Rajah III – Jadual Pelaksanaan ISP Kementerian
Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015)
Maktab Kerjasama Malaysia
14
i. Sokongan dan komitmen pihak Pengurusan Atasan dalam memastikan projek ICT
dilaksanakan dengan sempurna;
ii. Penyediaan polisi ICT yang berkaitan untuk membantu ke arah mewujudkan
persekitaran yang membina (enabling environment) bagi membantu melaksanakan
inisiatif-inisiatif ICT agar berjalan lancar;
iii. Program Pembudayaan Persekitaran ICT melalui Change Management bagi menerapkan
budaya ICT kepada tenaga kerja MKM untuk menyediakan modal insan yang celik ICT;
dan
iv. Business Process Re-Engineering (BPR) perlu dilaksanakan untuk menilai semula dan
menambah baik proses sedia ada supaya yang tidak bersesuaian dan tidak cekap dikaji
semula selaras dengan penggunaan teknologi ICT.
4 PENUTUP
Pelan Strategik ICT MKM merupakan satu blueprint untuk melaksanakan projek ICT bagi
mencapai hala tuju dan teras strategik MKM. Pelan Strategik ini adalah sebuah dokumen
yang mengandungi perancangan ICT MKM bagi mengenal pasti inisiatif-inisiatif ICT yang
perlu dilaksanakan mengikut jangka masa lapan (8) tahun, bagi tempoh 2008–2015. Hasil
kejayaan pelaksanaan program-program ICT ini dijangka dapat meningkatkan penyampaian
perkhidmatan MKM kepada pelanggan serta meningkatkan kualiti maklumat yang
disampaikan kepada pihak berkepentingan. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya sukar
disempurnakan sekiranya tidak disokong oleh faktor-faktor kejayaan kritikal yang telah
disebutkan di perenggan 5.4.
Pelan ini akan menjadi panduan dan rujukan sepanjang pelaksanaan ICT untuk tempoh
tersebut. Oleh itu, dokumen ini hendaklah sentiasa dikaji semula dan dikemas kini dari
semasa ke semasa, jika perlu, bagi memastikan ianya sentiasa relevan dan terus menjadi
pemboleh daya strategik kepada usaha MKM untuk mencapai visinya menjadi institusi
pendidikan koperasi yang bertaraf dunia.
top related