pelan strategik ict (isp) (2012-2016) - ptg.perak.gov.myptg.perak.gov.my/contents/wargajabatan/new...

22
Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016) Pentadbiran Tanah Negeri Perak 1 Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016) Pentadbiran Tanah Negeri Perak 1. PENGENALAN Perkhidmatan Awam Malaysia memainkan peranan penting di dalam menyahut cabaran mempertingkatkan daya saing dan daya tahan Negara berikutan perubahan persekitaran ekonomi dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Sehubungan itu, Kerajaan memberikan tumpuan kepada usaha untuk menyediakan kemudahan sistem dan perkhidmatan berkualiti tinggi melalui sistem yang cekap dan berkesan. Bagi mencapai tujuan ini, satu perancangan rapi di peringkat pusat telah dilaksanakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di mana Pelan Strategik Teknologi Maklumat Sektor Awam (PSTM) atau Public Sector ICT Strategic Plan (ISP) telah dilancarkan pada Ogos 2003. Susulan itu, semua agensi Kerajaan diarahkan untuk menyediakan dan memperkemaskan ISP masing-masing bersesuaian dengan hala tuju dan objektif strategik organisasi dan juga selaras dengan ISP Sektor Awam. Oleh itu, Pentadbiran Tanah Negeri Perak telah mengambil langkah ke arah membangunkan ISPnya bagi menyediakan satu pelan induk ICT yang akan memastikan perancangan dan pelaksanaan ICT adalah selaras dengan keperluan strategi bisnes Pentadbiran Tanah dan memenuhi keperluan semasa dan jangka panjang selain menyokong visi ICT Sektor Awam.

Upload: vuongdiep

Post on 06-Feb-2018

266 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pelan Strategik ICT (ISP) (2012-2016) - ptg.perak.gov.myptg.perak.gov.my/contents/wargajabatan/NEW PELAN_STRATEGIK_IC… · Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016) Pentadbiran Tanah

Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016)

Pentadbiran Tanah Negeri Perak

1

Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016)

Pentadbiran Tanah Negeri Perak

1. PENGENALAN

Perkhidmatan Awam Malaysia memainkan peranan penting di dalam

menyahut cabaran mempertingkatkan daya saing dan daya tahan Negara

berikutan perubahan persekitaran ekonomi dalam negara dan di peringkat

antarabangsa. Sehubungan itu, Kerajaan memberikan tumpuan kepada

usaha untuk menyediakan kemudahan sistem dan perkhidmatan berkualiti

tinggi melalui sistem yang cekap dan berkesan.

Bagi mencapai tujuan ini, satu perancangan rapi di peringkat pusat telah

dilaksanakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan

Malaysia (MAMPU) di mana Pelan Strategik Teknologi Maklumat Sektor

Awam (PSTM) atau Public Sector ICT Strategic Plan (ISP) telah dilancarkan

pada Ogos 2003. Susulan itu, semua agensi Kerajaan diarahkan untuk

menyediakan dan memperkemaskan ISP masing-masing bersesuaian

dengan hala tuju dan objektif strategik organisasi dan juga selaras dengan

ISP Sektor Awam.

Oleh itu, Pentadbiran Tanah Negeri Perak telah mengambil langkah ke arah

membangunkan ISPnya bagi menyediakan satu pelan induk ICT yang akan

memastikan perancangan dan pelaksanaan ICT adalah selaras dengan

keperluan strategi bisnes Pentadbiran Tanah dan memenuhi keperluan

semasa dan jangka panjang selain menyokong visi ICT Sektor Awam.

Page 2: Pelan Strategik ICT (ISP) (2012-2016) - ptg.perak.gov.myptg.perak.gov.my/contents/wargajabatan/NEW PELAN_STRATEGIK_IC… · Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016) Pentadbiran Tanah

Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016)

Pentadbiran Tanah Negeri Perak

2

1.1. LATARBELAKANG

ISP ini merupakan Masterplan yang dibangunkan untuk menyokong pelan

pemodenan Pentadbiran Tanah Negeri agar perancangan dan

pembangunan ICT selari dengan perancangan dan perlaksaan program

dan aktiviti yang dirancang. Pada masa yang sama, pelan tersebut akan

menyokong visi ICT Sektor Awam yang dilaksanakan oleh Unit

Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

ISP ini juga digubal berasaskan Manual Prosedur Kerja, Fail Meja,

Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian

(PTG) serta 17 Pejabat Daerah Dan Tanah bersama dengan dokumen lain

yang berkaitan.

1.2. RASIONAL

Tujuan ISP ini digubal adalah untuk :

1.2.1. Memperjelaskan halatuju pembangunan dan penggunaan ICT

Pentadbiran Tanah bagi tempoh 5 tahun akan datang (2011-2016);

1.2.2. Menyediakan satu pelan perlaksanaan ICT yang terancang dan

sistematik;

1.2.3. Mewujudkan sistem pemantauan dan penilaian dalam pengurusan

dan penyediaan kemudahan ICT sebagai khidmat sokongan dan

1.2.4. Menjadi sumber rujukan untuk mempertingkatkan sistem

penyampaian perkhidmatan melalui pembudayaan ICT

Page 3: Pelan Strategik ICT (ISP) (2012-2016) - ptg.perak.gov.myptg.perak.gov.my/contents/wargajabatan/NEW PELAN_STRATEGIK_IC… · Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016) Pentadbiran Tanah

Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016)

Pentadbiran Tanah Negeri Perak

3

2. PROFIL BTM

2.1. VISI

Pemangkin kepada merealisasikan visi Pentadbiran Tanah menerusi kaedah

yang unik dan inovatif sesuai dengan persekitaran Pentadbiran Tanah.

2.2. MISI

Misi ICT adalah seperti berikut:

Menjadikan ICT sebagai teras utama kepada perkhidmatan dan

penyampaian yang efisien dan efektif; dan

Membudayakan ICT sepenuhnya dalam setiap aktiviti di Pentadbiran

Tanah.

Misi ICT yang di rumus oleh Pentadbiran Tanah adalah sejajar dengan

misi ICT Sektor Awam Malaysia iaitu:

Menyediakan perkhidmatan elektronik yang cekap, cepat, berkualiti

dan selamat;

Menggunakan ICT dan multimedia bagi mempertingkatkan produktiviti

sektor awam;

Mempermudah perkongsian sumber dalam kalangan agensi-agensi

Kerajaan; dan

Mengutamakan pelanggan dalam penyampaian perkhidmatan.

Page 4: Pelan Strategik ICT (ISP) (2012-2016) - ptg.perak.gov.myptg.perak.gov.my/contents/wargajabatan/NEW PELAN_STRATEGIK_IC… · Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016) Pentadbiran Tanah

Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016)

Pentadbiran Tanah Negeri Perak

4

2.3. TERAS STRATEGIK ICT

Teras Strategik ICT akan menjadi garis panduan dalam pelaksanaan ICT di

dalam Pentadbiran Tanah adalah seperti berikut:

ICT dapat membantu Pentadbiran Tanah dalam membuat

perancangan dan pelaksanaan Pelan Strategik Jabatan.

ICT dapat menggalakkan perkongsian maklumat untuk memperbaiki

dan melengkapkan pelaksanaan kerja di pentadbiran tanah.

ICT sebagai medium transformasi dalam meningkatkan sistem

penyampaian jabatan kepada pelanggan dengan lebih berkesan.

ICT menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dan pantas melalui

penggunaan teknologi yang bersesuaian.

ICT sebagai sumber maklumat bagi memenuhi keperluan pelanggan

untuk memperolehi informasi terkini.

ICT sebagai alat yang membantu Pentadbiran Tanah lebih berdaya

maju dengan penyediaan data dan maklumat yang cepat dan tepat.

ICT sebagai sumber perkongsian maklumat dan integrasi antara

agensi.

2.4. PERANAN BTM

Bahagian Teknologi Maklumat PTG berperanan untuk:

2.4.1. Merancang,menyelaras dan melaksanakan Perancangan Strategik

ICT jabatan bagi PTG dan 17 Pejabat Daerah dan Tanah (PDT).

Page 5: Pelan Strategik ICT (ISP) (2012-2016) - ptg.perak.gov.myptg.perak.gov.my/contents/wargajabatan/NEW PELAN_STRATEGIK_IC… · Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016) Pentadbiran Tanah

Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016)

Pentadbiran Tanah Negeri Perak

5

2.4.2. Membangun dan menyelenggara sistem aplikasi mengikut keperluan

jabatan.

2.4.3. Menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan bantuan teknikal

peralatan, perisian dan keselamatan ICT.

2.4.4. Menyediakan khidmat pengurusan sistem rangkaian.

2.4.5. Latihan ICT teknikal dan kakitangan.

2.5. STRUKTUR ORGANISASI

Seperti di Lampiran 1

Page 6: Pelan Strategik ICT (ISP) (2012-2016) - ptg.perak.gov.myptg.perak.gov.my/contents/wargajabatan/NEW PELAN_STRATEGIK_IC… · Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016) Pentadbiran Tanah

Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016)

Pentadbiran Tanah Negeri Perak

6

LAMPIRAN 1

Page 7: Pelan Strategik ICT (ISP) (2012-2016) - ptg.perak.gov.myptg.perak.gov.my/contents/wargajabatan/NEW PELAN_STRATEGIK_IC… · Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016) Pentadbiran Tanah

Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016)

Pentadbiran Tanah Negeri Perak

7

2. PERSEKITARAN ICT SEMASA

BTM diamanahkan dalam semua aspek pengurusan ICT dan senarai aplikasi-

aplikasi ICT utama yang di dalam jagaan adalah:

Bil Sistem Tujuan

1 Portal Pentadbiran

Tanah

Web interaktif bagi PTG dan 17 PDT

eCarian

ePayment

eDokumen

2 E-Hadir Merekod kehadiran kakitangan jabatan, rekod @

mohon cuti, pengiraan kerja lebih masa.

3 Speks Pengurusan kewangan negeri

4 HRMIS Pengurusan maklumat sumber manusia

5 e-Aduan Penerimaan dan menjawab aduan umum

6 e-Survey Kepuasan pelanggan

7 e-Setinggan Pengurusan maklumat setinggan

8 e-Ruang udara Pengurusan lesen ruang udara ( Iklan dan lain-lain

lagi )

9 Sistem Pentadbiran

Hasil Tanah (SPHT)

Pengurusan hasil tanah negeri

10 E-Benar Memproses permohonan melepas sekatan

kepentingan untuk tujuan pindahmilik dan gadaian

11 Sistem Pentadbiran

Tanah Berkomputer

(SPTB)

Pengurusan maklumat hakmilik dan merekod

transaksi yang berlaku ke atas hakmilik

12 e-MMK Fasa 1 Sistem janaan kertas mesyuarat untuk dibawa ke

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Bah.

Perumahan dan Industri)

Page 8: Pelan Strategik ICT (ISP) (2012-2016) - ptg.perak.gov.myptg.perak.gov.my/contents/wargajabatan/NEW PELAN_STRATEGIK_IC… · Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016) Pentadbiran Tanah

Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016)

Pentadbiran Tanah Negeri Perak

8

13 e-Bahan Batu Permohonan Permit Bahan Batu

14 e-LMS Pengurusan Lesen Tumpangan Sementara

15 Sistem Pemantauan

Perumahan dan

Industri

Memproses dan memantau proses pelepasan

kuota bumiputera

16 E-akses Fasa 1 CCTV dan Thumb Print bilik kebal dan bilik server

17 SPTB Biometrik Penggunaan biometrik dalam urusan geran

18 Pangkalan Data

Geospatial Tanah

(PDGT) fasa 1

Menyimpan lapisan-lapisan GIS untuk pelbagai

kegunaan dan fasa 1 bagi lapisan pelan hakmilik

sementara.

Page 9: Pelan Strategik ICT (ISP) (2012-2016) - ptg.perak.gov.myptg.perak.gov.my/contents/wargajabatan/NEW PELAN_STRATEGIK_IC… · Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016) Pentadbiran Tanah

Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016)

Pentadbiran Tanah Negeri Perak

9

3. HALA TUJU PENGURUSAN ICT

Hala tuju ICT yang strategik perlu sejajar dengan bisnes agar inisiatif ICT dapat

merealisasikan visi dan misi Pentadbiran Tanah. Oleh itu, hala tuju ICT yang

dirangka merangkumi visi, misi, teras strategik dan peluang inisiatif yang dikenal

pasti mampu untuk menyokong hala tuju bisnes Pentadbiran Tanah kelak

3.1. PELUANG BARU ICT

Peluang-peluang ICT yang dikenal pasti akan melibatkan pembangunan

aplikasi baru dan penambahbaikan kepada aplikasi sedia ada. Pemetaan

peluang ICT Pentadbiran Tanah dengan rangka kerja peluang ICT

menunjukkan pelbagai aplikasi dan penyelesaian teknologi dapat menyokong

perkhidmatan teras, operasi harian dan keperluan pihak pengurusan serta

pihak berkepentingan digambarkan seperti di Lampiran 2.

Strategi ICT yang dirangka bagi tempoh 2012-2016 untuk merealisasikan

persekitaran bersepadu ICT terdiri daripada inisiatif-inisiatif berikut :

Community Application

Agency Specific Application

Enterprise Wide Application

Knowledge Bank

Pengukuhan Infrastruktur ICT

Pengukuhan pembudayaan dan persekitaran ICT (enabling environment)

Page 10: Pelan Strategik ICT (ISP) (2012-2016) - ptg.perak.gov.myptg.perak.gov.my/contents/wargajabatan/NEW PELAN_STRATEGIK_IC… · Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016) Pentadbiran Tanah

10

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

VISION AND ICT

STRATEGIC THRUST

INFRASTRUCTURE

ENABLING

ENVIROMENT

KNOWLEDGE

WAREHOUSE

APPLICATIONS

ACCESS

CHANNELS

CUSTOMER

COMMUNITIES

As the enabler in realizing

PTG/PDT vision

Gateway PTG/PDT Perak

PTG/PDT Enterprise Wide

Applications

SMS

PTG/PDT Internal

Applications

PTD/PDT Database

Leadership & Commitment | People & Culture | Policy

& Governance | Change management | Smart

Partnership | HR Development | Support Strategy

SEC

UR

ITY

Infrastructure

Sis. Pentadbiran Hasil Tanah

(SPHT)

E-Benar

Sis. Pentadbiran Tanah

Berkomputer (SPTB)

e-MMK

e-Bahan Batu

e-LMS

Sis. Pemantauan

Perumahan dan Industri

E-akses

SPTB Biometrik

Pangkalan Data Geospatial

Tanah (PDGT

E-Hadir

Speks

eAduan

e-Survey

e-Setinggan

eRuang udara

E-Benar online

e-Rizab

Sistem Integrasi Aplikasi

Tanah (SIAP)

HRMIS

MEJA BANTUAN

CUSTOMER

RELATIONSHIP

MANAGEMENT (CRM)

PTG/PDT Stakeholders, Agencies, Public Etc

Community Applications

MOBILE WEB PHONE COUNTER

Pemetaan Peluang ICT Pentadbiran Tanah Dengan Rangka Kerja ICT LAMPIRAN 2

Page 11: Pelan Strategik ICT (ISP) (2012-2016) - ptg.perak.gov.myptg.perak.gov.my/contents/wargajabatan/NEW PELAN_STRATEGIK_IC… · Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016) Pentadbiran Tanah

11

3.2 INISIATIF BARU

3.2.1 Commmunity Application

Bil Aplikasi keterangan

1

Title Online Info

&

Kiosk

Kemudahan orang awam untuk mendapatkan

maklumat hakmilik tanah secara berpusat seperti :

Cetakan bil

Penyata pembayaran

Pembayaran online

Maklumat ringkas hakmilik

Kemudahan memohon pertukaran alamat

ke atas bil cukai tanah.

2

e-Benar Online

Kemudahan yang disediakan kepada orang awam

untuk membuat permohonan kebenaran

pindahmilik dan gadaian secara online di mana-

mana sahaja

3

Portal

Penambahbaikan medium pembayaran dan

serahan online

Page 12: Pelan Strategik ICT (ISP) (2012-2016) - ptg.perak.gov.myptg.perak.gov.my/contents/wargajabatan/NEW PELAN_STRATEGIK_IC… · Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016) Pentadbiran Tanah

12

3.2.2 Aplikasi Dalaman (Agency Specific Application)

Bil Aplikasi keterangan

1

e-Benar (strata)

Sistem ini merupakan

penambahbaikan keatas sistem e-

benar sedia ada dengan penambahan

kepada hakmilik strata.

Sistem ini akan berintegrasi dengan

sistem SPTB dan SPHT.

2

Sistem Pendaftaran

Hakmilik Strata.

Sistem pendaftaran hakmilik strata

dibuat secara berkomputer.

Cetakan hakmilik berkomputer akan

dikeluarkan mengikut petak.

Penyimpanan data maklumat pemilik

dan transaksi akan disimpan di dalam

pangkalan data.

3

Sistem Pengurusan

mesyuarat

Sistem ini akan merangkumi perkara-

perkara berikut:

Penyediaan jadual mesyuarat.

Maklumat tempat (bilik) mesyuarat

digunakan supaya tiada

pertindihan tempat.

Pemberitahuan mesyuarat kepada

pegawai/kakitangan yang terlibat

melalui emel.

Penyediaan senarai kehadiran.

Page 13: Pelan Strategik ICT (ISP) (2012-2016) - ptg.perak.gov.myptg.perak.gov.my/contents/wargajabatan/NEW PELAN_STRATEGIK_IC… · Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016) Pentadbiran Tanah

13

4

e- Ruang udara

(strata)

Sistem telah ada tetapi tidak

digunakan.

Penambahbaikan perlu dilakukan

untuk bahagian strata.

5

e- penguatkuasaan

(strata)

Sistem telah ada tetapi tidak

digunakan.

Penambahbaikan perlu dilakukan

untuk bahagian strata.

6

Salinan sah di PTG

bagi kegunaan

Bahagian

Pendaftaran.

Kemudahan kepada orang awam

untuk mendapatkan salinan sah tanpa

perlu ke Pejabat Tanah.

7

SPHT

Penambahbaikan dari segi capaian

pertanyaan maklumat hakmilik untuk

kemudahan semakan di Bahagian

Hasil.

Pembetulan alamat secara berpusat

Memperkemaskan modul deposit.

Mempertingkatkan sekuriti kaunter

hasil iaitu :

Kawalan mod lewat/biasa

Cetakan Logoff bagi

menggantikan mesin audit roll

Page 14: Pelan Strategik ICT (ISP) (2012-2016) - ptg.perak.gov.myptg.perak.gov.my/contents/wargajabatan/NEW PELAN_STRATEGIK_IC… · Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016) Pentadbiran Tanah

14

8

SPTB Biometrik

Pengecaman cap jari dilakukan

sebelum mengakses sistem SPTB

Menyimpan cap jari pemilik dan

penyerah bagi urusan pindah milik

tanah dan kes hakmilik hilang

9

eMMK (Fasa 2)

Aplikasi ini merupakan penambahbaikan

kepada sistem sedia ada pada Fasa 1

yang dapat membantu mengurus

maklumat dan memperluaskan proses

permohonan tanah dari peringkat daerah

secara keseluruhan merangkumi urusan-

urusan seperti di bawah;

Memperbaharui tempoh pajakan

tanah

Perwartaan

Rayuan Keputusan MMKN

Rayuan Premium/ Premium

Tambahan

Lanjutan Tempoh Bayaran Premium

Pindaan Pelan

Pemecahan Tanah Ladang

Izinlalu TNB Seksyen 16(2) Akta

Bekalan Elektrik

Perlombongan Seksyen 81 Enakmen

Mineral (Perancangan ada, tiada

pelaksanaan)

Page 15: Pelan Strategik ICT (ISP) (2012-2016) - ptg.perak.gov.myptg.perak.gov.my/contents/wargajabatan/NEW PELAN_STRATEGIK_IC… · Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016) Pentadbiran Tanah

15

Menambah baik sistem pengurusan

keputusan MMK bagi memudahkan

tujuan mendapatkan laporan statistik

secara efektif.

10

e-Zone

(Jawatankuasa

Zon)

Aplikasi ini merupakan sistem

baru:

Proses permohonan mendapatkan

kelulusan MB melalui

jawatankuasa zon bagi

permohonan yang tidak bertindih.

11

e-Tanah Lapang

Aplikasi ini merupakan sistem baru:

Proses pengumpulan maklumat status

tanah lapang kerajaan yang direzabkan

untuk pembangunan masa depan seperti

pengumpulan, mengenalpasti,

merancang, mewartakan, memelihara

dan menguruskan (upkeep) kawasan

lapang.

(Proses aliran kerja semasa adalah

daripada PBT terus ke PTG)

12

e-Warta

Aplikasi ini merupakan sistem baru:

Proses kerja penyediaan untuk

pewartaan merangkumi urusan-urusan

Page 16: Pelan Strategik ICT (ISP) (2012-2016) - ptg.perak.gov.myptg.perak.gov.my/contents/wargajabatan/NEW PELAN_STRATEGIK_IC… · Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016) Pentadbiran Tanah

16

seperti di bawah;

tanah rancangan (kawasan

penempatan berkelompok)

tanah rancangan (tujuan awam)

13

e-Rezab

Aplikasi ini merupakan sistem baru:

Proses permohonan di bawah kategori

rezab

Rezab Tanah Melayu

Pembatalan Tanah Simpanan

(Rezab) – Seksyen 64 KTN Akta

56/1965

Proses Kerja

Penyimpanan(Perezaban)

Tanah Kegunaan Awam

14

e- Lesen

Penjelajahan

Seksyen 14

Aplikasi ini merupakan sistem baru:

Prosedur permohonan untuk Lesen

Penjelajahan

15

Sistem Pengurusan

fail

Sistem ini bertujuan bagi memantau,

merekod pergerakan fail dan dokumen

supaya pengguna dapat mengetahui

kedudukan fail sama ada di peringkat

bawahan, pertengahan dan atasan.

Sistem ini juga dapat menjimatkan masa

Page 17: Pelan Strategik ICT (ISP) (2012-2016) - ptg.perak.gov.myptg.perak.gov.my/contents/wargajabatan/NEW PELAN_STRATEGIK_IC… · Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016) Pentadbiran Tanah

17

dalam pencarian fail dan mengurangkan

kehilangan fail.

16 Sistem Temujanji

dan Pergerakan

Menguruskan waktu temujanji antara

pegawai, kakitangan dan orang awam.

17 Sistem Tempahan

Kawalan tempahan bilik mesyuarat dan

kenderaan jabatan.

18 E-sensor

Sistem ini diwujudkan untuk mengesan

pergerakan kenderaan yang terlibat

dengan usaha bahan batu.

19

Sistem

Perpustakaan

Sistem ini diwujudkan bagi

menyenaraikan buku-buku yang terdapat

di dalam perpustakaan dan menyediakan

tempahan pinjaman buku tersebut. Selain

daripada itu ianya dapat merekod urusan

pinjaman buku berkenaan.

20

Sistem Data

(Doket)

Megesan doket yang sah dan

menentukan kepunyaan doket melalui no.

siri.

Page 18: Pelan Strategik ICT (ISP) (2012-2016) - ptg.perak.gov.myptg.perak.gov.my/contents/wargajabatan/NEW PELAN_STRATEGIK_IC… · Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016) Pentadbiran Tanah

18

3.2.3 Aplikasi Enterprise Wide

Bil Aplikasi keterangan Bil

1

Video

Conferencing dan

VOIP

Sistem ini dapat

membantu jabatan

berkomunikasi

secara online di

antara kakitangan

jabatan-jabatan

yang berkaitan

tanpa perlu hadir

ke pejabat

berkenaan. Sistem

ini juga membantu

proses

pembelajaran

diantara

kakitangan yang

berkenaan.

2 GIS (Public) Semakan

maklumat geografi

tanah untuk

semakan orang

awam

3.3 Pewujudan Bank Pengetahuan (Knowledge Bank)

Bank Pengetahuan Pentadbiran Tanah adalah sistem yang digunakan bagi

menyokong persekitaran proses integrasi di antara aplikasi-aplikasi di PTG

dan 17 PDT. Ia juga menyokong perkongsian maklumat untuk

penambahbaikan produktiviti dan peningkatan kecekapan keseluruhan di

Pentadbiran Tanah negeri.

Page 19: Pelan Strategik ICT (ISP) (2012-2016) - ptg.perak.gov.myptg.perak.gov.my/contents/wargajabatan/NEW PELAN_STRATEGIK_IC… · Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016) Pentadbiran Tanah

19

Bil Aplikasi keterangan

1 Sistem

Integrasi

Aplikasi Tanah

(SIAP)

Integrasi dengan semua aplikasi dan modul ICT

yang boleh digunakan secara bersama bagi

tujuan:

Perkongsian data

Laporan

Semakan

Profil tanah

Perancangan

3.4 Pengukukan Infrastruktur ICT

Bagi memastikan segala aplikasi dan sistem yang bakal dibangunkan atau

yang ditambahbaik dapat berfungsi dengan lancar dan memenuhi keperluan

Pentadbiran Tanah, infrastruktur ICT yang sedia ada perlu ditambah baik.

Infrastruktur yang sedia ada sudah tidak dapat lagi menampung keperluan

semasa mahupun yang akan datang. Antara penambahbaikan yang

diperlukan dengan segera adalah seperti berikut:

Keperluan rangkaian jalur lebar yang lebih tinggi bagi memenuhi

keperluan jabatan-jabatan berkaitan;

Penukaran perkakasan ICT yang terkini mengikut peredaran masa dan

teknologi.

Keperluan kepada Disaster Recovery Facility (DRF) yang akan

memastikan operasi yang berterusan dan juga mengurangkan gangguan

kepada system yang sedia ada dan juga akan datang.

Page 20: Pelan Strategik ICT (ISP) (2012-2016) - ptg.perak.gov.myptg.perak.gov.my/contents/wargajabatan/NEW PELAN_STRATEGIK_IC… · Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016) Pentadbiran Tanah

20

Perisian yang ‘Genuin’ bagi memastikan sokongan dari pihak pengeluar

pengisian.

3.5 Pengukuhan Pembudayaan dan Persekitaran ICT (Enabling

Environment)

Peringkat permulaan pelaksanaan inisiatif ICT, aspek pembudayaan ICT

perlu diberikan penekanan sewajarnya dan pemantapan penggunaan ICT

secara strategik perlu dipertingkatkan. Tujuan pengukuhan pembudayaan

dan persekitaran ICT (enabling environment) untuk memastikan

persekitaran yang kondusif.

Antara faktor kegagalan projek pengkomputeran adalah berpunca daripada

persekitaran pembudayaan ICT yang lemah yang tidak menyokong

pelaksanaan inisiatif yang dilaksanakan. Ini termasuklah kepimpinan dan

koordinasi, personel dan

budaya kerja, polisi dan garis panduan perlu dimantapkan untuk

pembentukan persekitaran yang sesuai dalam mendorong pembangunan

dan penggunaan ICT.

Objektif strategik ICT PTG yang telah dirancang adalah:

a. Mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan

stakeholder melalui penambahbaikan dan penyeragaman infrastruktur dan

aplikasi ICT;

b. Memastikan pembudayaan ICT yang berterusan melalui program

kesedaran (awareness program) terhadap aplikasi yang sedia ada atau

bakal dibangunkan, melalui kaedah yang lebih interaktif seperti mesra

pengguna, manual pengguna, polisi-polisi berkaitan ICT dan sebagainya.

c. Mempertingkatkan Knowledge Management (KM) untuk memantapkan

dan memperluaskan perkongsian pengetahuan, pengalaman dan amalan

terbaik;

Page 21: Pelan Strategik ICT (ISP) (2012-2016) - ptg.perak.gov.myptg.perak.gov.my/contents/wargajabatan/NEW PELAN_STRATEGIK_IC… · Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016) Pentadbiran Tanah

21

d. Mempertingkatkan latihan teknikal yang membolehkan pengguna

berupaya mengendalikan sistem yang terdapat di PTG.

e. Membangun dan memperkukuhkan aplikasi strategik ICT dalam

menyokong hala tuju dan fungsi-fungsi utama

f. Memperkukuhkan tadbir urus ICT dalam mempertingkatkan penyampaian

perkhidmatan; dan

g. Mempertingkatkan kompetensi ICT dalam menyediakan perkhidmatan

yang lebih efektif.

4. STRATEGI PERLAKSANAAN

Pelaksanaan keseluruhan inisiatif ICT dirangka untuk jangka masa lapan (5)

tahun. Pelaksanaan secara berperingkat dicadangkan supaya sejajar dengan

kapasiti dan keupayaan tenaga kerja Pentadbiran Tanah dan mengambil kira

proses persediaan spesifikasi teknikal sistem, pengurusan perubahan (Change

Management) dan Business Process Re-Engineering (BPR).Pelan Strategik

ICT(ISP)(2008-2015)

4.1 Faktor kejayaan kritikal

Di antara faktor kejayaan kritikal bagi menentukan kejayaan

perlaksanaan setiap inisiatif ICT adalah seperti berikut :

Penyertaan, kerjasama dan sokongan dari pihak pengurusan atasan serta

jabatan-jabatan berkaitan seperti memberi idea-idea yang bernas dan

menyokong dari segi kewangan untuk program-program ICT yang hendak

dilaksanakan.

Membudayakan pengkomputeran diperingkat awalan bagi menyediakan

modal insan yang celik ICT.

Menyediakan polisi ICT yang berkaitan sebagai panduan dalam

menentukan halatuju organisasi jabatan berkaitan.

Kerjasama dan kesefahaman di antara jabatan-jabatan yang berkaitan.

Penyelidikan dan pembangunan dalam melancarkan program ICT dengan

memgambil kira aplikasi teknologi terkini.

Page 22: Pelan Strategik ICT (ISP) (2012-2016) - ptg.perak.gov.myptg.perak.gov.my/contents/wargajabatan/NEW PELAN_STRATEGIK_IC… · Pelan Strategik ICT (ISP) (2011-2016) Pentadbiran Tanah

22

Memperolehi dan memastikan sumber yang mencukupi dari segi tenaga

kerja, sistem, struktur dan teknologi secara optimum.

Responsif kepada persekitaran dengan menunjukkan adaptibiliti dan

fleksibiliti dalam menangani perubahan bagi memastikan pertumbuhan

berterusan dan menyumbang kepada jabatan.

Pengurusan berkesan bagi semua projek-projek ICT.

Pengurusan ke atas faktor-faktor luar kawalan seperti rangkaian dan

keselamatan.

4.2 ’Timeline’ Perlaksanaan.

Kesemua inisiatif yang dirancang akan disusun dalam tempoh pelan strategik

yang dicadangkan dan berdasarkan keutamaan serta bajet yang yang ada.

Bagi pengukuhan infrastruktur, latihan dan keselamatan akan dijalankan

seiring perlaksanaan dalam tempoh 5 tahun.

5. PENUTUP

Pelan strategik ini merupakan masterplan yang dibangunkan untuk menyokong

pelan pemodenan Pentadbiran Tanah bagi tempoh 5 tahun akan datang (2011-

2016) agar perancangan dan pembangunan ICT dapat dimanfaatkan

sepenuhnya.