ulasan jurnal(kajian & tindakan)

Post on 10-Jun-2015

4.439 Views

Category:

Education

12 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

jurnal dalam & luar negara

TRANSCRIPT

KPR 4063KAJIAN TINDAKAN:JURNAL 1::::::>>>>

“BIOLOGY IN MOTION”: KAEDAH MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA

KUNCI UNTUK MENERANGKAN ‘MOVEMENT OF WATER FROM ROOTS TO LEAVES’ BAGI PELAJAR TINGKATAN 5S3

2009

(ULASAN JURNAL)MODEL SOMEKH 1989

:::AHLI KUMPULAN:::

<<NAKIRAH BT MD LAZIM>> L20111006512

<<HURIL-AIN MARINDA BT HUSSAINI >>

L20111006488

<<TAN LI CHIN>> L20111006516

http://kyrakpr4063b.blogspot.com

METODOLOGI KAJIANMODEL SOMEKH (1989)

PENGENALAN:

Kajian ini telah di jalankan oleh seorang guru Biologi,iaitu Cikgu Roziah Bt Ayub, daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat, 31350 Ipoh,Perak.

Kajian ini juga telah dilakukan ke atas 21 orang pelajar sasaran daripada tingkatan 5s3 2009.

Fokus kajian ini ialah meningkatkan penguasaan mengenalpasti kata kunci untuk menerangkan ‘Movement of Water from Roots to Leaves’, melalui penggunaan aplikasi terkawal.

Tujuan kajian ini pula adalah untuk mengenalpasti satu teknik berkesan P&P untuk membantu pelajar sasaran menguasai kemahiran mengenalpasti kata kunci secara tepat.

LANGKAH 1::::

MENGENALPASTI MASALAH &FOKUS YANG

DIMINATI

(I) MENGENALPASTI MASALAH:• Pelajar-pelajar Tingkatan 5s3 telah dikenalpasti

agak lemah dari segi penguasaan kata kunci, dan tidak dapat ‘transform’apa yang difahami di dalam kelas ke dalam bentuk ayat yang bermakna untuk mata pelajaran Biologi.

(ii) FOKUS YANG DIMINATI:

• Mengkaji sama ada kaedah ‘Biology in Motion’ menggunakan animasi terkawal yang dipilih dapat membantu pelajar-pelajar Tingkatan 5s3 untuk meningkatkan penguasaan kata kunci untuk menerangkan tajuk “Movement of Water from Roots to Leaves”.

LANGKAH 2:::::MENGUMPUL DATA

KAEDAH CATATANi) Pemerhatian Telah membuat tinjauan terhadap masalah

pelajar dalam mengesan kata kunci sejak mula mengajar mata pelajaran Biologi dalam bahasa inggeris pada 2006.

ii) Temubual a) Menemu bual beberapa ibu bapa pelajar-pelajar yang anak mereka rajin membacs buku di rumah tetapi masih gagal mendapat keputusan cemerlang.

b) Menemu bual 21 pelajar sasaran yang mempunyai idea berkenaan konten yang diajar,tetapi ,masih tidak dapat menyatakan semula isi dengan tepat.

iii) Ujian Pra Diberikan kepada 21 pelajar sasaran,untuk mengesan sejauh mana pengajaran yang tidak menggunakan animasi terkawal membolehkan mereka mengesan kata kunci.

LANGKAH 3::::MENGANALISIS DATA

Hasil dapatan tinjauan pemerhatian yang dibuat,mendapati dengan hanya mempunyai minat sahaja tidak membolehkan pelajar-pelajar menjawab soalan berkaitan dengan tepat.

Hasil temu bual dengan ibu bapa pula mendapati anak mereka rajin membaca buku tetapi masih gagal mendapat keputusan cemerlang

Manakala temu bual dengan pelajar pula mendapati pelajar mempunyai idea berkenaan konten diajar,tetapi gagal menyatakan semula isi kandungan dengan tepat

LANGKAH 4::::MERANCANG PELAN TINDAKAN:

Guru bercadang menggunakan kaedah ‘Biologi in Motion’ semasa P&P.

Iaitu melalui persembahan powerpoint dengan menggunkan animasi terkawal,penerangan,perbincangan berpasangan serta pengukuhan oleh guru.

Selanjutnya,guru akan memberikan soalan pos kepada pelajar untuk dijawab,kemudian dikumpul dan ditanda jawapannya.

LANGKAH 5:::::MELAKSANAKAN PELAN TINDAKAN

Pada kelas yang berikutnya,guru telah memulakan kaedah ‘Biology in Motion’,di mana animasi terkawal digunakan untuk menerangkan konsep dan konten tajuk berkenaan.

Animasi dikawal supaya murid lebih fokus kepada bahagian-bahagian tertentu dalam pelajaran berkenaan.

Seterusnya,ujian pos diberikan kepada pelajar untuk dijawab.Jawapan kemudian dikumpul dan ditanda oleh guru.

LANGKAH 6:::::MENGUMPUL DATA UNTUK MENGESAHKAN PERUBAHAN

KELAS

UJIAN PRA UJIAN POS PERATUSPENINGKATAN(%)

BIL PERATUS(%) BIL PERATUS(%)

Baik(80%-100%)

1 4.76 9 42.86 + 38.10

Sederhana(50%-79%)

2 9.52 11 52.38 + 42.86

Lemah(0%-49%)

18 85.71 1 4.76 - 80.95

LULUS 3 14.29 20 95.24 + 80.95

JADUAL 1: ANALISIS KAJIAN DARIPADA 21 ORANG PELAJAR 5S3 2009

MENGESAHKAN PERUBAHAN

Dapat disahkan di sini bahawa kaedah ‘Biology in Motion’ dengan menggunakan animasi terkawal telah membawa perubahan dalam pencapaian pelajar 5s3.

Hal ini sekaligus menampakkan peningkatan dalam pemahaman mereka melalui keputusan ujian pra dan pos.

Keputusan ujian telah menunjukkan perbezaan yang ketara berbanding sebelum menggunakan kaedah ‘Biology in Motion’.

LANGKAH 7::::MENGANALISIS DAN MENILAI

Analisis ujian mereka juga mendapati telah berlaku peningkatan dalam tahap keyakinan dan fokus mereka ketika menjawab soalan.

Pelajar juga didapati berjaya mengesan kata kunci semasa P&P dalam matapelajaran berkenaan.

Hasil analisis ujian mereka telah membuktikan peratus peningkatan yang dicapai amat memberansangkan,iaitu pelajar yang mendapat keputusan yang baik meningkat kepada 9 orang,sederhana meningkat kepada 11 orang,dan yang lemah berjaya dikurangkan menjadi 1 orang sahaja. Ini merupakan satu pencapaian yang amat baik.

Berdasarkan analisis ini,dapat dilihat ketaranya perubahan terhadap kumpulan yang lemah,iaitu berjaya dikurangkan sebanyak 80.95%.

Juga didapati pelajar menunjukkan rasa puas hati dan seronok kerana berjaya menguasai topik yang diajar dengan memberikan kata kunci yang tepat.

LANGKAH 8::::PUTARAN SETERUSNYA

Berdasarkan kajian ini,guru telah berjaya meningkatkan penguasaan kata kunci pelajar dalam topik ‘Movement of Water from Roots to Leaves’,

Ini jelas terbukti apabila hasil ujian pencapaian pra dan pos yang dilakukan telah mengalami peningkatan yang ketara,

Bagi melengkapkan putaran yang seterusnya,guru bercadang untuk meneruskan kaedah ‘Biology in Motion’ untuk topik-topik lain yang bersesuaian,

Selain itu guru juga ingin meluaskan penggunaan multimedia dalam P&P kerana ia mampu menarik minat pelajar terhadap topik yang diajarkan.

ULASAN JURNAL 2:::

PENGGUNAAN PENDEKATAN INKUIRI BERTUJUAN

MENINGKATKAN MOTIVASI, PRODUKTIVITI DAN TAHAP PENCAPAIAN SUBJEK SAINS BAGI PELAJAR TINGKATAN 4

PENGENALAN

Penulis telah mengajar pelajar-pelajar tingkatan 4 subjek Sains selama setahun,

penulis mendapati bahawa penggunaan kaedah tradisional iaitu dengan kaedah membuka atau merujuk buku teks sahaja sebagai panduan tidak dapat membantu dalam memberangsangkan pelajar dalam pembelajaran subjek Sains.

MODEL SOMEKH (1989)

MENGENALPASTI

MASALAH/FOKUS YANG DIMINATI

MASALAH

1. Penggunaan pendekatan tradisional iaitu dengan kaedah membuka atau merujuk buku teks sahaja sebagai panduan tidak dapat membantu dalam memberangsangkan pelajar dalam pembelajaran subjek Sains.

2. Pencapaian pelajar-pelajar ini dalam subjek Sains adalah ditahap tidak memuaskan.

FOKUS

Melihat kesesuian penggunaan pendekatan inkuiri yang bertujuan meningkatkan motivasi, produktiviti dan tahap pencapaian subjek Sains bagi pelar tingkatan 4.

MENGUMPUL DATA

PERSATUAN KEBANGSAAN BAGI PENDIDIKAN KANAK-KANAK MUDA (NAEYC) Ia melaporkan bahawa sumbangan bidang

Sains dalam usaha untuk memperkembangkan kanak-kanak telah ditekankan sekian lama dan iana semakin meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Ia melibatkan penyelidikan, penemuan, eksperimen, pemerhatian, penentuan, perbandingan, perhubungait dan pembuatan kesimpulan diperlukan dalam pertumbuhan minda.

GARDNER DALAM UNSCHOOLED MIND

Ia bersutuju bahawa bilik darjah yang asas perlu melibatkan pelajar dalam pengalaman sains dan tidak harus ditangguhkan sehingga mereka ke sekolah menengah tinggi

STANDARD PENDIDIKAN SAINS NEGARA AMERIKA SYARIKAT

Ia menyatakan bahawa “ Inkuiri soalan-soalan yang sahih yang dijana daripada pengalaman pelajar adalah strategi penting untuk mengajar subjek Sains.” (NSES,1992,P.31)

DUNKHASE Ia menyatakan bahawa inkuiri

adalah penting untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam bidang Sains.

Ia juga penting untuk memcapai misi penguasaan kemahiran leterasi saintifik oleh semua pelajar.

MAJLIS PENYELIDIKAN NEGARA,2000

Ia telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk “Inkuiri dan Standard Pendidikan Sains Negara” untuk menerangkan piawaian inkuiri.

KARYA DENNIS LITTKY’S YANG BERJUDUL ‘THE BIG PICTURE’

Ia menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam pembelajaran aktif, dimana semua pelajar mendengar dan memberi pendapat untuk menyelesaikan masalah kehidupan yang sebenar.

Penyelidikan yang dilakukan oleh pelajar dalam menyelesaikan masalah tersebut dapat memupuk minat dan motivasi pelajar-pelajar dalam bidang sains.

NATIONAL SCIENCE FOUNDATION, FOUNDATION. VOL 2 Pelajar daripada semua peringkat dan setiap domain

sains menyatakan “harus mempunyai peluang untuk menggunakan inkuiri saintifik dan berupaya untuk berfikir dan bertindak dalam cara berkaitan dengan inkuiri, termasuklah bertanyakan soalan, merancang dan menjalankan penyelidikan.

Ia adalah dengan menggunakan peralatan dan teknik yang sesuai untuk mengumpul data, berfikir secara kritis dan logik tentang hubungan antara bukti dan penjelasan, membina dan menganalisis penjelasan alternatif dan menyampaikan hujah-hujah.

MENGANALISIS DATA/ MEMBENTUK HIPOTESIS

Adakah pencapaian pelajar dalam subjek Sains akan meningkat sekiranya pendekatan inkuiri diperkenalkan?

MERANCANG PELAN TINDAKAN

KAEDAH-KAEDAH TERLIBAT

1. Membuat tinjauan terhadap pelajar-pelajar tingkatan 4 terlebih dahulu bagi memahami minat dan memotivasikan mereka dalam bidang Sains (Lampiran E dan F ialah contoh soalan tinjauan yang dilakukan).

2. Pembahagian secara rawak pelajar tingkatan 4 daripada kelas yang berlainan kepada 2 kumpulan.

MELAKSANA PELAN TINDAKAN

KAEDAH 1

Penyelidik telah membuat tinjauan terhadap pelajar-pelajar tingkatan 4 terlebih dahulu bagi memahami minat dan memotivasikan mereka dalam bidang Sains (Lampiran E dan F ialah contoh soalan tinjauan yang dilakukan).

KAEDAH 2

1. Pendekatan Inkuiri

Pelajar-pelajar dikehendaki mencatatkan pemerhatian, soalan, kesimpulan dan refleksi mereka dalam jurnal Sains untuk memberi maklum balas terhadap sebelum dan selepas pembelajaran.

Kemudian, pelajar-pelajar ini dibahagikan kepada beberapa kumpulam untuk membincangkan konsep yang baru dipelajari.

Pada akhir pembelajaran, pelajar-pelajar dikehendaki membuat pemetaan konsep yang bertujuan untuk menilai pemahaman pelajar-pelajar terhadap pengajaran sains, yang menggunakan pendekatan inkuiri.

2. Pendekatan Tradisional

Pelajar-pelajar menggunakan sains jurnal untuk mencatat nota, membuat latihan, mentakrifkan istilah dan membaca buku teks.

MENGUMPUL DATA UNTUK MENGESAHKAN PERUBAHAN

1. Mengumpul markah Ujian Penilaian Komprehensif Florida (FCAT) pelajar-prlajar dari tahun sebelumnya untuk menentukan tahap pembacaan mereka.

2. Menjalankan tinjauan terhadap minat pelajar-pelajar dan menganalisis keputusan (Lampiran E & F)

3. Mengumpulkan jurnal-jurnal Sains daripada pelajar-pelajar sebanyak 2 kali seminggu untuk mendapatkan maklumbalas daripada pelajar-pelajar sama ada mereka memahami konsep Sains yang telah dipelajari dan melakukan tugasan dengan sempurna.

4. Menilai peta konsep yang telah dibuat oleh pelajar-pelajar pada akhir pembelajaran untuk melihat setakat mana pemahaman mereka.

5. Guru memerhati pelajar-pelajar semasa segmen “penerokaan” untuk menentukan pencapaian pelajar dalam pendekatan inkuiri.

MENGANALISA DAN MENILAI

KAEDAH 1(LAMPIRAN E)

1. Kaji selidik pelajar menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar menyukai subjek Sains.

2. Majoriti pelajar menyukai subjek Sains yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran seperti membuat projek dan menjalankan aktiviti secara berkumpulan.

3. Tinjauan melihat bahawa pelajar-pelajar tidak suka membaca buku teks, belajar untuk menduduki ujian dan menulis dalam pembelajaran sains.

LAMPIRAN F

1. Ia menunjukkan pelajar-pelajar minat yang tinggi dalam bidang Sains yang menjalankan ativiti-aktiviti

KAEDAH 2(LAMPIRAN A,B,C,D)

1. Melalui pemerhatian, didapati pelajar-pelajar yang diajar dengan konsep inkuiri teah meluangkan lebih banyak masa untuk membuat uasan dan lebih kerap mengadakan perbincangan secara berkumpulan.

2. Pelajar-pelajar yang diajar dengan pendekatan inkuiri juga mempunyai kemajuan yang signifikan dalam subjek Sains berbanding pelajar-pelajar yang diajar dengan pendekatan tradisional.

PERBEZAAN SKOR ANTARA PENDEKATAN INKUIRI DAN PENDEKATAN TRADISIONAL (KELAS C) LAMPIRAN A

PERBEZAAN SKOR ANTARA PENDEKATAN INKUIRI DAN PENDEKATAN TRADISIONAL (KELAS H)LAMPIRAN B

PERBEZAAN SKOR ANTARA PENDEKATAN INKUIRI DAN PENDEKATAN TRADISIONAL (KELAS P)LAMPIRAN C

PERBEZAAN SKOR ANTARA PENDEKATAN INKUIRI DAN PENDEKATAN TRADISIONAL (KELAS S)LAMPIRAN D

TINJAUAN TERHADAP MINAT PELAJARLAMPIRAN E

1. Do you like Science?2. Circle the things you like about

science.3. Circe the things you don’t like

about science.4. Give suggestions about things to do

in scince.

TINJAUAN TERHADAP MINAT PELAJARLAMPIRAN F

Merujuk Skala 5

1. I like scince

2. I like reading the textbook

3. I like doing investigations/experiments

4. I like discovering new information

5. I like to write/draw about what I have discovered.

SEKIAN::::TERIMA ::::

KASIH::::

top related