tutorial

Post on 31-Oct-2014

103 Views

Category:

Education

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

TUTORIAL

PERIBAHASA

Tutorial 1

Tutorial 2

Tutorial 3

Tutorial 4

Tutorial 1

SIMPULAN BAHASA

Definisi

Aktiviti

Latihan / Pengukuhan

Kesimpulan

Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya, terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat atau nyata.

MENGETAHUI MAKSUD PERIBAHASA

Anak buah = anak saudara / orang yang berada di bawah seorang ketua.

Muka tembok = seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu.

Abang kandung = abang yang seibu sebapa

Baik Budi = baik hati.

Baik Hati = bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

MENGETAHUI MAKSUD PERIBAHASA

Ambil angin = bersiar-siar mengambil udara bersih.

Ambil bahagian = menyertai.

Ambil berat = beri perhatian.

Ambil Hati = berasa tersinggung.

MENGETAHUI MAKSUD PERIBAHASA

Latihan pengukuhan

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Latihan pengukuhan

1. Ahmad seorang yang _______ kerana telah menolong mak cik tua itu melintas jalan raya.

2. Syakira _______ dalam acara lompat tinggi pada acara sukan sekolahnya.

3. Hujung minggu ini, kami akan ke Cameron Highlands untuk ________ .

Ambil bahagian Ambil angin Baik hati

KESIMPULAN

Simpulan Bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada maksud asal perkataan-perkataan yang digunakan. Penggunaan simpulan bahasa dalam karangan atau esei akan menjadikan sesuatu hasil tulisan yang dibuat itu menjadi lebih menarik.

TUTORIAL 2

BIDALANDefinisi

Aktiviti

Latihan / Pengukuhan

Kesimpulan

Bidalan ialah susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu. Di dalam bidalan terkandung perbandingan, teladan, dan pengajaran.

Contoh-Contoh Bidalan

jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin tegak = semakin kaya semakin sombong

ada gula ada semut = orang akan berkumpul ditempat yang banyak mendatangkan rezeki.

air yang tenang jangan disangka tiada buaya = jangan disangka orang yang pendiam itu atau tenang tidak berbahaya.

alah bisa tegal biasa = pekerjaan susah akan menjadi senang jika selalu dilakukan.

baik bawa resmi padi, jangan bawa resmi lalang = kita hendaklah merendah diri dengan kelebihan yang dimiliki, bukan menjadi sombong.

belum duduk sudah belunjur = membuat sesuatu kerja yang belum sampai masanya.

besar periuk, besarlah keraknya = semakin besar pendapatan, semakin besar perbelanjaannya.

bertemu buku dengan ruas = seseorang yang bertemu lawan yang sama kuat.

biar tersengat, jangan tertiarap = lebih baik menanggung sedikit kesusahan daripada terus menderita.

Berikan maksud bidalan yang berikut .

1. Ada rupa ada harga Maksud :

__________________________________________________

2. Ada udang di sebalik batu Maksud :

____________________________________________

3. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya Maksud :

_________________________________________________

4. Belakang parang kalau diasah akan tajam juga Maksud :

____________________________________________

5. Bapa borek , anak rintik Maksud :

____________________________________________

6. Berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikulnya.

Maksud : ____________________________________________

PILIHAN JAWAPAN

• Pura-pura tidak tahu selepas melakukan kesalahan

• Pada zahirnya , dua orang kelihatan sama tetapi berbeza sifat dan kelakuannya

• Harga sesuatu barang  mengikut keadaan

• Ada maksud yang terselindung di sebalik perbuatan sesorang

• Perangai seseorang mengikut keturunan bapa  atau ibunya

• Keadaan yang dilebih-lebihkan daripada keadaan sebenar.

• Percakapan yang salah akan membinasakan diri sendiri

• Orang yang pendiam jangan disangka penakut , bodoh atau tidak berbahaya

• Menaruh kepercayaan kepada seseorang yang akhirnya membinasakan diri sendiri

• Betapa berat kita melihat kesusahan orang lain , berat lagi orang yang menanggungnya

• Mengajar anak hendaklah bermula semenjak mereka kecil lagi bukan semasa dewasa

• Orang yang mendapat kemenangan di saat-saat akhir permainan

• Apabila membuat sesuatu kerja yang susah hendaklah bersabar hingga berjaya

• Kalau mencari jodoh atau sahabat biarlah setaraf atau sepadan .

• Orang yang susah atau kurang pandai , jika berusaha pasti akan berjaya juga

JAWAPAN

1. Harga sesuatu barang mengikut keadaan.

2. Ada maksud yang terselindung di sebalik perbuatan sesorang

3. Orang yang pendiam jangan disangka penakut, bodoh atau tidak berbahaya

4. Orang yang susah atau kurang pandai , jika berusaha pasti akan berjaya juga

5. Perangai seseorang mengikut keturunan bapa  atau ibunya

6. Betapa berat kita melihat kesusahan orang lain , berat lagi orang yang menanggungnya

Kesimpulan

Melalui latihan pengukuhan, murid akan lebih memahami

makna bidalan, maksud dan cara penggunaannya.

TUTORIAL 3

PERUMPAMAAN

Definisi

Aktiviti

Latihan / Pengukuhan

Kesimpulan

Perumpamaan ialah sejenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan apa-apa yang ada di sekeliling kita.

Perumpamaan menggunakan perkataan

bagai, laksana, dan seperti. Sebagai contoh; bagai aur dengan tebing yang bermaksud bermuafakat atau tolong-menolong.

MENGETAHUI MAKSUD PERUMPAAN

Bagai aur dengan tebing = tolong-menolong antara satu dengan yang lain.

Bagai bunyi cempedak jatuh = bunyi jatuh yang kuat

Bagai dihiris dengan sembilu = perasaan yang sangat pedih

Bagai itik pulang petang = berjalan lambat sekaliBagai isi dengan kuku = persahabatan yang

sangat eratBagai mencencang air = membuat pekerjaan

yang sia-siaBagai tikus membaiki labu = merosakkan lagi

barang yang dibaikinya

Seperti ayam berak kapur = muka pucat dan tidak bermaya

LATIHAN PENGUKUHAN

Berikan maksud perumpamaan di bawah.1. Bagai bunyi cempedek jatuh = 2. Bagai isi dengan kuku = 3. Seperti ayam berak kapur = 4. Bagai aur dengan tebing = 5. Bagai mencencang air = 6. Bagai itik pulang petang =

JAWAPAN

1. Bunyi jatuh yang kuat 2. Persahabatan yang sangat erat3. Muka pucat dan tidak bermaya4. Tolong-menolong antara satu dengan yang

lain5. Membuat pekerjaan yang sia-sia6. Berjalan lambat sekali

KESIMPULAN

Perumpamaan merupakan susunan kata-kata yang

indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud

yang tersirat.

TUTORIAL 4

PEPATAH

Definisi

Aktiviti

Latihan / Pengukuhan

Kesimpulan

Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah.

Sebagai contoh, diam ubi berisi, diam besi berkarat bermaksud orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang pendiam tetapi bodoh.

MENGENAL PEPATAH

Ada gula ada semut = Di tempat yang senang mencari rezeki akan menjadi tumpuan.

Air dicincang tidak akan putus = Pergaduhan antara adik beradik tidak akan berpanjangan.

Biar putih tulang jangan putih mata = Lebih baik mati daripada

menanggung malu.

Buang yang keruh ambil yang jernih = Tinggalkan perangai yang buruk dan ambillah yang baik.

Adil seperti hakim = Orang yang sangat adil.

Berikan makna pepatah berikut :

1. Adil seperti hakim = 2. Ada gula ada semut =3. Buang yang keruh ambil yang jernih =4. Air dicincang tidak akan putus =

5. Biar putih tulang jangan putih mata =

KESIMPULAN

Pepatah ialah jenis peribahasa yang berangkap dan terdapat pengulangan

kata di dalamnya.Pengulangan tersebut adalah untuk menyatakan penegasan,falsafah,atau pengajaran

yang hendak disampaikan.

Sekian…Terima Kasih

top related