tugasan refleksi

Post on 30-Jul-2015

279 Views

Category:

Education

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Pembentangan Kajian Tindakkan

Seminar Refleksi Latihan Mengajar(KPR3012)

SEKOLAH MENENGAH KUALA KUBU BHARU SELANGOR

Mushidi Bin Kamaruddin

D2011104807295

Ditubuhkan- April 1959 Bermula dengan 1 kelas sahaja untuk tingkatan 1 Mula mengorak langkah pada 1 Mei 1979 dengan wujudnya

tingkatan 6. Mulanya dikenali sebagai Darjah Menengah Melayu Kebangsaan. Menampung di bangunan Sekolah Umum Kalumpang yg kini

dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Kalumpang. 1963 berpindah ke Kuala Kubu Bharu – Dikenali Sebagai Sekolah

Menengah Aneka Jurusan dan Akhirnya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu.

Tahun 2000 telah dipilih menjadi sekolah perintis Bestari bersama 88 buah sekolah lain di Malaysia.

Kini Dikenali Sebagai SMK Kubu Bharu Bestari Perdana.

Penubuhan SMK KKB

• Misi• Membangunkan modal insan kelas pertama yang

seimbang dan harmonis dengan mengupayakan sumber serta mengamalkan budaya kerja berkualiti berlandaskan aspirasi negara

Visi

SMK KKB Sekolah Berprestasi Tinggi Menjelang 2018

Logo

Motto Sekolah

ILMU KUNCI KEBAHAGIAAN

Tajuk Kajian Tindakkan

keberkesanan penggunaan peta minda dalam meningkatkan kefahaman dan ingatan murid-murid terhadap isi-isi

penting dalam topik sistem komputer .

Refleksi Pengajaran Lepas

Sebelum memulakan pengajaran, saya akan melaksanakan sesi penyolan kepada pelajar tentang pembelajaran yang lepas. Segelintir pelajar tidak boleh mengigat kembali pelajaran yang lepas.

Dalam proses pengajaran pula, saya juga menerapkan aktiviti penyoalan kepada pelajar, Setelah beberapa minit memberi penerangan saya akan memilih beberapa orang pelajar untuk menerang kembali apa yang telah disampaikan oleh oleh saya. Pelajar tersebut gagal memberi penerangan dan mereka tidak boleh mengingat kembali apa yang telah disampaikan dalam masa yang singkat. Daya ingatan mereka terlalu lemah.

Sebagai Aktiviti pengukuhan diakhir pembelajaran saya mengedarkan helaian kerja kepada pelajar dan mendapati bahawa segelintir pelajar gagal untuk menjawab keseluruhan soalan.

Isu Keperhatinan

Setelah saya membuat penilaian dan saya mendapati bahawa murid sukar memahami tajuk yang dipelajari dalam topik sistem komputer.

Kesedaran terhadap perkara tersebut saya mengambil langkah untuk mengkaji perkara ini dan mencari satu inisiatif untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Saya memilih isu ini juga disebabkan betapa pentingnya seorang murid memahami dan menguasai pendidikan teknoloogi maklumat pada masa kini seiring dengan kemajuan negara.

Sekiranya murid-murid tidak berupaya untuk memahami dan menguasai sistem komputer ini , maka mereka akan mengahadapi masalah yang besar dalam menjawab peperiksaan dan berkemungkinan mereka akan mempunyai masalah dalam topik yang seterusnya.

Tumpuan kajian ini adalah untuk menguji keberkesanan penggunaan peta minda dalam meningkatkan kefahaman dan ingatan murid-murid terhadap isi-isi penting dalam topik sistem komputer .

Dilip Mukerjea (1996)

dalam bukunya yang bertajuk ”Super Brain” menyatakan melalui peta minda seseorang itu dapat ..

.learn more, remember more, use less paper, invest less effort...

yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat belajar dengan lebih banyak, meningkatkan daya ingatan murid-murid tanpa membazirkan kertas yang banyak serta tenaga.

Gagne (1996)

Beliau menyatakan bahawa penggunaan peta minda dalam proses pembelajaran merupakan satu strategi kognitif yang mudah untuk difahami oleh pelajar.

Menurut beliau juga pelajar akan lebih cepat memahami apabila pengajaran tersebut dibuat dalam bentuk kumpulan dengan dan menggunakan lakaran yang bentuk gambar atau bentuk perkataan tersusun.

Bagi menyelesaikan masalah yang diberi pelajar berupaya menggunakan kemahiran intelek untuk berfikir berdasarkan pelajaran yang dipelajari.

Beliau juga menyatakan bahawa pelajar yang menghadapi masalah dalam pengajaran akan memilih cara yang mudah untuk memahami kandungan pelajaran.

Novak dan Gowing (1984)

Telah membuktikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran melalui pengaplikasian peta minda. Hasil kajian yang telah dijalankan di universiti cornell mendapati penggunaan peta minda boleh meningkatkatkan tahap pemprosesan maklumat dan mengintegrasikan maklumat baru.

Hasil kajian juga mendapati kejaayan penggunaan peta minda telah membuktikan pelajar boleh meningkatkan prasyarat pemikiran yang lebih baik berbanding keadaan sebelum pelajaran menggunakan strategi ini.

Objektif Kajian

Meningkatkan kefahaman dan daya ingatan murid-murid Tingkatan 4 Gigabait dalam topik sistem komputer dengan penggunaan peta minda.

Meningkatkan minat dan motivasi murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menambahbaikan proses pengajaran pembelajaran saya dengan penggunaan peta minda.

Persoalan Kajian

Adakah kaedah peta minda berkesan untuk meningkatkan kefahaman murid-murid dan mengingati isi-isi penting tentang topik sistem komputer komputer?

Adakah murid-murid lebih minat dan bermotivasi melalui sikap dan tahap penglibatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sistemkomputer?

Adakah peta minda menambahbaik amalan mengajar saya dalam mengajar sistem komputer?

Kumpulan Sasaran

Seramai 5 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Mereka merupakan para pelajar tingkatan 4 Gigabait Sekolah Menengah kebangsaan Kuala Kubu Bharu.

Terdiri daripada : 5 orang pelajar lelaki

Pelaksanaan Kajian

Saya telah menggunakan beberapa kaedah penggumpulan data, iaitu pemerhatian, soal selidik, temu bual, ujian pra dan ujian pos untuk memastikan data yang telah dikumpul mencukupi dan menyeluruh serta memberi bukti dan sokongan untuk menjawab semua soalan kajian saya.

Pemerhatian (Terhadap responden/ pelajar)

Kaedah pemerhatian telah dijalankan untuk meninjau tingkah laku dan penglibatan respoden-responden sebelum, semasa dan selepas kajian.

Pemerhatian dilakukan dengan berdasarkan tindakan yang dilaksanakan, tingkah laku, mimik muka responden-responden, tanggapan dan prasangka saya serta perkara yang berlaku di luar jangkaan.

Pemerhatian(Berdasarkan Aktiviti Kumpulan)

Pembelajaran Secara Koperatif dan hubungannya dengan Strategi Kogntif

(Sumber:Michael Reynold, 1989)

Hasil Pemerhatian

Mendapati bahawa pelajar lebih mudah untuk menghasilkan peta minda.

Mampu menghuraikan isi-isi penting dalam peta minda.

Mampu mengingat kembali perkara yang telah dipelajari dengan lebih cepat.

Temu Bual

Temu bual berstruktur dengan menggunakan soalan tertutup dipilih sebagai kaedah mengumpul data.

Responden 1: (Guru Pembimbing: Encik Rosli Bin Jamalluddin)

Hasil temu bual

Menggalakan saya melaksanakan proses pembelajaran menggunakan konsep I Think.

Melalui pengelaman beliau, beliau menyatakan bahawa penggunaan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja memudahkan pelajar, malah memberi kemudahan kepada guru.

.

Responden 2: (Guru Lain: Encik Mohd Sayuti bin Deraman

Hasil temu bual

Menggalakkan saya untuk merumuskan diakhir pembelajaran

menggunakakan kaedah penggunaan peta minda.

Beliau juga menyatakan bahawa konsep peta minda memang sesuai didedahkan kepada pelajar yang tidak minat belajar dan sesuai didedahkan kepada golongan pelajar yang memiliki daya ingatan yang lemah

Temu bual Pelajar

Soal Selidik

Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada responden-responden yang terlibat untuk mendapat maklum balas responden-responden terhadap kaedah peta minda yang diperkenalkan.

Contoh BoRANG Soal Selidik

Hasil Kajian

Bil Perkara Ya Tidak1 Berminat menggunakan konsep peta minda

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 5 orang  

2. Kaedah peta minda berkesan meningkatkan kefahaman pelajar.

5 orang  

3. Peta minda mampu membantu pelajar serta memudahkan anda mengingatfakta-fakta yang dipelajari

5 orang  

4 Peta minda boleh memotivasikan pelaja rdalam mempelajari topik sistem komputer

 4 orang  1 orang

5 Kaedah pembelajaran melalui peta minda yang diperkenalkan oleh guru mampu meningkatkan keberkesanan dalam proses pengajaran

 4 orang 1 orang

Pra Ujian & Pos

Ujian pra dan ujian pos digunakan untuk mengesan kefahaman dan ingatan responden-responden mengenai topik sistem komputer yang akan diuji. Ujian pos telah dijalankan untuk menilai keupayaan murid-murid.

Bil Pra Ujian Ujian Post

Murid A 52 68

Murid B 40 56

Murid C 24 42

Murid D 10 48

Murid E 44 72

Hasil Kajian

Murid A Murid B Murid C Murid D Murid E0

10

20

30

40

50

60

70

80

Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pos

Ujian Pra Ujian Post

Penyelidikan tindakan ini berjaya mendatangkan impak yang bersifat positif kepada kelima- lima responden saya.

Secara keseluruhannya, mereka telah menunjukkan peningkatan yang banyak dari segi kefahaman, daya ingatan terhadap isi-isi penting, minat dan motivasi responden-responden untuk belajar .

Bagi diri saya pula, saya berupaya untuk memperlihat kekuatan dan kelemahan saya semasa melaksanakan penyelidikan tindakan dan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih jelas.

Dari segi kekuatan, penggunaan peta minda dengan gabungan teknologi maklumat seperti slaid PowerPoint membantu meningkatkan minat dan motivasi murid-murid termasuk responden-responden untuk belajar teknoligi maklumat .

Kelemahan diri ialah saya hanya menumpukan perhatian saya kepada sesetengah murid dalam kelas terutamanya kelima-lima responden sahaja.

Refleksi Penilaian Tindakkan

Cadangan dan TindakkanSekiranya saya ditempatkan di sekolah ini sebagai seorang guru baharu selepas tamat pengajian, saya berhasrat untuk meneruskan kajian ini kepada kitaran yang seterusnya, iaitu kitaran kedua. Pertama sekali, saya ingin memanjangkan tempoh masa penyelidikan tindakan saya daripada satu bulan kepada tiga bulan.

Selepas itu, saya ingin menambahkan bilangan responden penyelidikan tindakan. Dengan itu, penyelidikan tindakan ini bersifat adil kepada semua murid yang lemah. Maka, prestasi ujian kelas ini berjaya ditingkatkan dengan penggunaan kaedah peta minda.

Kemudian, saya ingin memperkenalkan peta minda bagi setiap topik dalam teknologi maklumat yang diajar kepada murid-murid. Saya ingin menambahkan satu peta minda kepada slaid PowerPoint saya semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, murid-murid dalam kelas akan tahu mana satu ialah isi penting yang

top related