tugasan kpf 3012
Post on 09-Jul-2016
170 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
ISI KANDUNGAN
Muka Surat
1.0 PENGENALAN 1
2.0 SEJARAH
2.1 Latarbelakang Penyata Razak 2 – 3
2.2 Sebab Tertubuhnya Penyata Razak 4 – 6
2.3 Tujuan Penyata Razak 7 – 11
2.4 Matlamat Penyata Razak
2.5 Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
2.6 Kurikulum 12 – 17
2.7 Peperiksaan 17 – 18
2.8 Kesimpulan 19 – 20
RUJUKAN
REFLEKSI INDIVIDU
DIALOG FORUM
1.0 PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah Negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum, berbeza
keturunan,agama, budaya dan bahasa. Usaha untuk melahirkan rakyat yang bersatu dan
patriotiknya kepada Negara, maka perancangan sosial perlu dilaksanakan. Antara
perancangan sosial adalah melalui proses pendidikan kerana ia menjadi alat utama yang boleh
dimanipulasikan bagi melahirkan rakyat yang bersatu. Bahasa menjadi wahana yang paling
utama untuk menyampaikan pendidikan dengan berkesan sepertimana yang dinyatakan dalam
penyata Razak (1956) iaitu kanak-kanak perlu belajar perkara yang sama melalui bahasa
kebangsaan yang sama. Bahasa yang dimaksudkan ialah bahasa Melayu yang menjadi bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi rakyat Malaysia.
Semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu pada kurun ke-15 lagi, bahasa Melayu
telah digunakan sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perdagangan, bahasa ilmu,
bahasa perhubungan serta bahasa harian rakyat jelata ketika itu. Pihak penjajah iaitu Portugis,
Belanda dan Inggeris juga telah mengakui akan hakikat penggunaan Bahasa Melayu dan
tarafnya di masa itu.
Menurut Zainal Abidin (1996) bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam
sistem pendidikan kebangsaan serta sebagai alat untuk mencapai perpaduan kebangsaan serta
pembentukan satu bangsa Malaysia. Namun begitu, terdapat beberapa usaha daripada
sebahagian pihak untuk menukar bahasa pengantar ini ke bahasa Inggeris dimana ianya boleh
menggugat dan mengancam peranan dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar dan bahasa perpaduan di negara ini. Kesannya, maka lahirlah di pemikiran etnik
lain untuk mereka menukar dan menggelak daripada mereka menggunakan bahasa Melayu di
dalam sistem pendidikan mereka.
Bahasa Melayu kini telah dinobatkan dan diiktirafkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa
rasmi serta bahasa pengantar ilmu semenjak negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun
1957. Kedudukan bahasa Melayu ini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi telah
diwartakan di dalam Perlembagaan Persekutuan manakala kedudukan bahasa Melayu pula
sebagai bahasa rasmi negara khususnya telah diwartakan di dalam Akta Bahasa Kebangsaan
1967 serta sebagai bahasa pengantar ilmu diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961 dan
kemudiannya pula di dalam Akta Pendidikan 1996. Oleh itu penggunaan bahasa Melayu di
negara ini perlulah diperkukuhkan kedudukannya terutama dari segi penggunaannya di dalam
negara mahupun di luar negara.
1
2.0 SEJARAH
2.1 Latarbelakang Penyata Razak
Menuju era kemerdekaan pada tahun 1957, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin
dan rakyat jelata mengenai kepentingan dan mustahaknya bagi diadakan satu sistem
pendidikan kebangsaan bagi menggantikan sistem pendidikan penjajah untuk memenuhi
kehendak dan aspirasi negara. Di atas kesedaran inilah maka lahirlah satu dasar iaitu Dasar
Pelajaran Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan telah dimaktubkan di dalam Ordianan
Pelajaran pada tahun 1957.
Penyata Razak (1956) merupakan salah satu cadangan yang dibuat oleh satu jawatankuasa
yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada ketika itu bagi mengkaji semula sistem
pendidikan di Malaysia. Jawatankuasa pelajaran ini ditubuhkan pada bulan September 1955
yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Tun Abdul Razak Haji Hussein
(1955 – 1957).
Tujaan dasar pelajaran di dalam negara ini adalah untuk menyatukan pelajar daripada
semua bangsa di dalam negara dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi
semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang
besar. Semua sekolah rendah dan menengah hendaklah bercorak Tanah Melayu dan
kaedahnya ialah dengan menyamakan sukatan pelajaran semua sekolah.
Tujuan utama Jawantankuasa Razak ini ditubuhkan adalah untuk :
i. Membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang boleh menyatupadukan kanak-kanak
negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum.
ii. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di samping menjamin
perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum-kaum lain.
Jawatankuasa ini telah meminta saranan dan pandangan daripada orang ramai serta
persatuan mengenai isu-isu pendidikan. Hasilnya, kajian ini terkandung di dalam Laporan
Razak yang dikemukakan pada bulan April 1956.
Penyata Razak juga telah mengemukakan beberapa syor mengenai pendidikan rendah,
pendidikan menengah serta sistem peperiksaan iaitu :
2
i. Pendidikan Rendah
Sekolah rendah dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
a. Sekolah rendah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar.
b. Sekolah rendah jenis kebangsaan yang menggunakan bahasa Inggeris, bahasa Cina atau
bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.
Penyata razak juga menekankan semula tentang kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan di samping pengajaran bahasa Inggeris. Kongres Bahasa Ke-3 di Johor Bahru
turut mencadangkan hal yan sama serta mencadangkan penubuhan Dewan Bahasa dan
Pustaka. Pada masa yang sama, kelonggaran mengenai penggunaan bahasa Cina dan Tamil
telah diberikan kelonggaran mengenai penggunaan bahasa tersebut di peringkat sekolah
rendah jenis kebangsaan.
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris juga dijadikan mata pelajaran wajib di kedua-dua jenis
sekolah ini. Murid-murid keturunan Cina dan Tamil di sekolah aliran Inggeris diberi peluang
untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing.
Cadangan yang telah dikemukakan oleh Penyata Razak telah diterima oleh kerajaan
persekutuan Tanah Melayu. Dalam Penyata Razak ini, pemantapan bahasa Melayu di dalam
sistem pendidikan negara telah diberi penekanan dan antara perkara yang penting yang turut
dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan
(SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) yang akan menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di
sekolah tersebut. Kesedaran para pemimpin yang terdahulu terhadap kepentingan penggunaan
bahasa Melayu di Tanah Melayu diharap dapat memberi kesan dan impak yang baik terutama
di dalam pelbagai bentuk penggunaannya di kalangan pelbagai kaum masa itu iaitu bangsa
Melayu, Cina serta India.
Selain itu, kesedaran mengenai penyelarasan cara berkomunikasi antara kaum ini akan
memberi satu jaminan bahawa penggunaan satu ini dapat menyatupadukan pelbagai kaum di
negara ini. Cadangan mengenai sekolah kebangsaan yang memberi galakkan kepada murid-
murid yang datang dari pelbagai kaum untuk bersekolah di sekolah yang sama juga diadakan
dan menggunakan satu bahasa serta satu kurikulum yang diselaraskan dengan penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Tumpuan yang khusus di dalam Penyata Razak telah diberikan kepada isu bahasa. Tujuan
utama dasar pelajaran negara ini adalah membawa kanak-kanak daripada pelbagai kaum ini
3
untuk mempelajari perkara yang sama di dalam satu pendidikan yang sama melalui satu
bahasa pengantar. Namun begitu, perlu diakui oleh kita bahawa kemajuan untuk menuju
matlamat ini tidak boleh dipaksa tetapi mesti dilakukan secara berperingkat-peringkat. Ini
menunjukkan bahawa status quo telah dikekalkan untuk sementara iaitu bahasa Melayu,
Inggeris, Cina dan Tamil dikekalkan di dalam sistem pendidikan sepenuhnya (Abdullah
Hassan 1996). Setelah negara ini mencapai kemerdekaan, suatu perlembagaan telah dibentuk.
Perlembagaan ini telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan ianya
digunakan sebagai bahasa untuk menyampaikan pendidikan dan mentadbirkan negara.
2.2 Sebab Tertubuhnya Penyata Razak
2.2.1 Kemunculan Rakyat Yang Berbilang Kaum
Pada awal kurun ke-19, beberapa buah negeri di Semenanjung Tanah Melayu telah didiami
oleh orang Melayu. Pada ketika itu, setiap negeri telah diperintah oleh seorang sultan. Isu
mengenai ketuanan orang Melayu tidak pernah wujud walaupun ramai pedagang dan
pendakwah dari pelbagai Negara datang. Tanah Melayu menjadi semakin aktif dengan
aktiviti ekonomi dan perdagangan.Namun, pada akhir kurun ke-19 Tanah Melayu sudah
berubah wajah kerana kuasa barat mula dating ke Tanah Melayu.Syarikat Hindia Timur yang
dimiliki oleh Inggeris telah memanipulasikan kuasanya dengan memaksa raja-raja Melayu
supaya menerima nasihat mereka dalam pemerintahan. Penasihat ini mempunyai kepentingan
terhadap hasil yang ada di Tanah Melayu pada ketika itu iaitu getah dan bijih timah. Oleh itu,
penasihat tersebut telah memasukkan buruh dari Negara Cina dan Negara India ke Tanah
Melayu. Buruh dari Cina telah ditempatkan di kawasan lombong bijih manakala buruh India
pula dihantar ke kawasan ladang getah. Akhirnya, bilangan penduduk Cina dan India semakin
bertambah di Tanah Melayu.
2.2.2 Perbezaan Bahasa
Pada ketika itu, orang Melayu menuturkan satu bahasa iaitu bahasa Melayu. Ada juga
masyarakat yang menuturkan bahasa pribumi yang lain seperti Senoi, Temuan dan Kintak. Di
Sabah dan Sarawak yang mempunyai beberapa kelompok telah menuturkan bahasa seperti
bajau, Kadazan, Iban dan Penan. Kaum Cina pula mempunyai banyak bahasa seperti
4
Hokkien, Kanton, Hakka, Hainan dan Kwongsai. Begitu juga dengan kaum India, mereka
juga menuturkan banyak bahasa seperti Tamil, Telugu, Malayali, Benggali dan Punjabi.
Penjajah Inggeris yang datang ke Tanah Melayu pula telah membawa bahasa Inggeris. Oleh
itu, dalam situasi ragam bahasa yang berbeza menjadi amat sukar untuk menyatupadukan
penduduk yang berbilang kaum.
2.2.3 Perpecahan Masyarakat di Tanah Melayu
Dasar laissez-faire(pecah perintah) British dalam bidang pendidikan telah mewujudkan
lima jenis persekolahan pada zaman pemerintahannya. Jenis persekolahan tersebut ialah
sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, sekolah vernakular Tamil, sekolah
Inggeris dan sekolah Agama Madrasah. Kewujudan lima jenis persekolahan ini dalam sistem
pendidikan pada zaman pemerintahan British telah menimbulkan situasi yang rumit dalam
sistem pendidikan sekarang, khususnya dari segi keseragaman dan integrasi nasional.
2.2.4 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan
Isu bahasa sering menimbulkan reaksi yang hangat namun ia akan mudah diatasi sekiranya
semua kaum bersatu menggunakan satu bahasa sahaja sebagai bahasa kebangsaan.
Sebagaimana yang terdapat dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia iaitu
“memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Kedudukan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk
digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam”.
2.2.5 Merancang Bangsa Malaysia melalui Pendidikan
Negara-negara yang membangun percaya bahawa pembangunan negara-negara mereka
dapat dicapai melalui pelajaran. Oleh itu, pendidikan dianggap sebagai satu alat atau saluran
yang paling sesuai dan boleh membawa perubahan kepada bangsa di Malaysia.
5
2.2.6 Perkembangan yang Membawa Wujudnya Penyata Razak
a) Laporan Cheeseman 1946 bertujuan untuk membina semula sistem pendidikan
Malaya yang telah dihapuskan oleh Jepun. Cheeseman telah mengusulkan supaya
pendidikan rendah dan menengah disampaikan dalam empat bahasa iaitu Inggeris,
Melayu, Cina dan Tamil.
b) Laporan Barnes 1950 telah merancang supaya orang Melayu dapat mengembalikan
kedudukan mereka terutamanya pendidikan kerana sepanjang penjajahan Inggeris,
orang Melayu jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan etnik yang lain seperti
kekurangan kemudahan terutamanya buku-buku teks dan bahan-bahan bacaan.
Barnes mengusulkan supaya sistem persekolahan yang terpisah-terpisah disatukan
dengan menggunakan dua bahasa pengantar utama, iaitu bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris. Sekolaha-sekolah ini dinamakan sekolah kebangsaan. Mengiku laporan
Barnes sekolah kebangsaan ini akan menyatupadukan kanak-kanak daripada semua
kaum dan membuka peluang yang lebih luas untuk murid-murid Melayu
menyambungkan pelajaran mereka ke peringkat menengah di sekolah Inggeris
(Sufean Hussin 2004:221).
c) Laporan Fenn-Wu 1952 wujud kerana kaum Cina tidak setuju dengan cadangan yang
terdapat dalam Laporan Barnes. Laporan Fenn-Wu telah mencadangkan supaya
sistem sekolah Cina dikekalkan tetapi kurikulumnya, buku teks dan bahan bacaan
haruslah disesuaikan dengan keperluan keadaan di Tanah Melayu dan berorientasikan
negara ini. Latihan guru juga disediakan untuk sekolah ini. Oleh itu, guru yang
dibawa masuk dari negara Cina semakin berkurangan (Sufean Hussin 2004:222).
Penyata Razak wujud kerana kerajaan pemerintahan British tidak dapat mengambil
sebarang tindakan kepada kedua-dua laporan tersebut kerana syor-syornya berlainan.
Akhirnya, sistem persekolahan rendah dikekalkan. Pemerintahan British hanya
memperbaiki dari segi kemudahan, guru, buku dan sebagainya. Oleh itu, hal pendidikan
rendah yang terpisah ini menjadi gejala dan masalah berterusan.
6
2.3 Tujuan Penyata Razak
Menjelang kemerdekaan timbul kesedaran dalam kalangan rakyat tentang perlunya
digubal satu sistem pelajaran kebangsaan untuk menggantikan sistem pendidikan penjajah
bagi memenuhi kehendak dan aspirasi negara. Satu jawatankuasa yang dipengerusikan
oleh Dato’ Abdul Razak bin haji Hussein, Menteri Pelajaran tanah Melayu telah dibentuk.
“Tugas jawatankuasa ini adalah untuk mengkaji kedudukan dasar pelajaran yang terdapat
di Persekutuan Tanah Melayu pada ketika ini dan membuat syor-syor bagi mengubah di
mana perlu dengan maksud untuk menubuhkan satu sistem pendidikan kebangsaan yang
diterima oleh rakyat Persekutuan keseluruhannya dan yang akan memenuhi keperluan
mereka dan menggalakkan pertumbuhan kebudayaan, social, ekonomi dan politik negara
ini, dan mengambil kira hasrat untu menjadikan bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan negara ini, di samping mengekalkan dan meneruskan pertumbuhan bahasa
dan kebudayaan kaum-kaum lain yang tinggal di negara ini” (Sufean Hussin 2004:222).
2.4 Matlamat Penyata Razak
Penyata Razak (1956) bermatlamatkan perpaduan . Perpaduan boleh didefinasikan
sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota-anggota masyarakat dan negara
seluruhnya melalui ideologi negara (Tang Chee Yee 1995: 72). Masalah perpaduan ini
timbul kerana Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang bangsa. Banyak masalah
perpaduan yang dihadapi oleh Malaysia berpunca dari dasar-dasar penjajah British. Dari
mula lagi ketiga-tiga kaum yang terbesar iaitu Melayu, Cina dan India bukan sahaja
tinggal di kawasan yang berasingan tetapi juga mempunyai jenis pekerjaan yang
berasingan. Tidak ada dasar yang tegas ketika itu untuk menyatupadukan ketiga-tiga
kaum tersebut. Oleh itu, perpaduan merupakan matlamat penting bagi Malaysia kerana ia
adalah jaminan terpenting untuk keutuhan negara dan pentadbirannya.
2.5 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar
Dasar Pelajaran Razak telah menjadikan perpaduan sebagai objektif utama dasar.
Perpaduan ini dapat dicapai melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan yang sama.
7
“Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-
budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan
pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa pengantar yang besar (Ibrahim Saad 1992:27)”.
Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai alat untuk menyatupadukan rakyat dalam
proses untuk mencapai perpaduan negara seperti yang dicita-citakan. Sebagai sebuah
negara yang mempunyai masyarakat majmuk dengan bahasa dan budaya yang pelbagai,
memerlukan satu bahasa yang mudah difahami oleh rakyat bagi mewujudkan perpaduan
di kalangan rakyat.
Pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan yang menekankan bahasa Melayu mulai
diperluaskan dan dipertingkatkan dan diharapkan sistem ini akan memainkan peranan
yang berkesan sebagai asas sosialisasi untuk memupuk keperibadian dan kesedaran
bersama di kalangan rakyat. Selain itu, penyebaran dan penggunaan bahasa Melayu juga
dilaksanakan dengan lebih sistematik serta serius. Selain menjadi alat komunikasi, bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar juga bertujuan untuk melahirkan satu identity
kebangsaan. Sekiranya proses pemupukan perpaduan ini mengambil masa yang lama,
maka ada kemungkinan proses ini akan dipintas oleh pengaruh asing. Mujurlah hal ini
telah disedari oleh pemimpin sejak negara menapai kemerdekaan lagi.
Tujuan utama penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah ailah
untuk menggalakan hubungan di antara kaum yang terdapat di negara ini agar saling
berhubung di antara satu sama lain bagi mewujudkan hubungan yang lebih baik dan
mesra. Ini menunjukkan betapa pentingnya penggunaan bahasa Melayu di dalam
memupuk perpaduan antara kaum. Di atas kesedaran ini, kerajaan telah menetapkan
bahawa bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan
bahasa komunikasi. Bahasa Melayu juga juga mempunyai fungsinya yang tersendiri iaitu:
i. Sebagai bahasa kebangsaan
Menyedarai bahasa Melayu adalah satu bahasa yang perlu digunakan secara meluas di
dalam perhubungan antara kaum, kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan negara Malaysia.
8
Mulai tahun 1970, bahasa Melayu secara berperingkat telah menggantikan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Ini bermakna semua sekolah
perlulah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di dalam
berkomunikasi di antara satu sama lain.
Sebuah badan berkanun iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka dipertanggungjawabkan
untuk memajukan dan memperkayakan bahasa Melayu itu sendiri. Kepentingan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang berpaksikan perkara
152 Perlembagaan Persekutuan, akta Bahasa Kebangsaan serta di dalam akta Pendidikan.
Sehingga kini, penggunaan bahasa Melayu secara meluas di sekolah-sekolah di negara ini
dapat dilihat serta ianya turut diguna oleh semua golongan kaum dan diterima pakai oleh
pelbagai kaum di Malaysia sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.
ii. Sebagai bahasa perpaduan.
Kamus Dewan (1994) menyatakan bahawa perpaduan bermakna penggabungan, perihal
bergabung yang menjadi satu dan sebagainya. Dalam erti kata lain, perpaduan dapatlah
dimaksudkan sebagai hubungan erat yang bersifat tolenrasi yang diwujudkan secara
sengaja di dalam kalangan serta etnik yang berbeza bagi mancapai satu matlamat yang
sam secara jujur dan ikhlas. Perpaduan ialah satu proses menyatupadukan seluruh
masyarakat bagi membentuk satu ideniti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan juga
bangga akan negara ini. Selaras dengan dasar pendidikan, bahasa Melayu diajar sebagai
mata pelajaran wajib dan telah dijadikan bahasa pengantar utama bagi semua peringkat
pendidikan dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke pengajian tinggi. Mata pelajaran
ini memberi penekanan kepada kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis di
dalam bahasa Melayu.
Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dapat dilihat dari aspek penyatuan
antara kaum dengan menggunakan bahasa yang sama dalam satu sistem pendidikan yang
digunapakai oleh setiap kaum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di peringkat sekolah
dapat mendidik pelajar mengenai hubungan perpaduan antara kaum dalam membentuk
satu identiti warga Malaysia yang sebenar dan boleh dikenali oleh negara lain sebagai
bangsa Malaysia serta membentuk perpaduan daripada peringkat awal hinggalah ke
peringkat seterusnya.
9
iii. Sebagai bahasa komunikasi
Menurut Kamus Dewan, komunikasi bermakna satu interaksi antara hidupan untuk
berhubung di antara satu sama lain di dalam kehidupan seharian. Manusia menggunakan
bahasa sebagai alat komunikasi yang penting dalam kehidupan seharian. Ini disebabkan
bahasa dan pertuturan yang akan membezakan manusia dengan haiwan. Komunikasi
merupakan satu elemen yang sangat penting dalan mengeratkan lagi hubungan antara
kaum yang menggunakan bahasa yang berlainan. Dengan menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar di sekolah, komunikasi antara kaum dapat diperluaskan lagi dan
hubungan komunikasi dapat membantu dari segi mengenali antara satu sama lain dengan
menggunakan bahasa Melayu serta dapat mengeratkan hubungan di antara kaum di
negara ini.
2.5.1 Keberkesanan Penggunaan Bahasa Melayu
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai lingua franca perlu diberi penekanan supaya
bahasa ini benar-benar menjadi tali pengikat semua rakyat berbilang kaum. Dalam
mengharungi dunia globalisasi kini, penggunaan Bahasa Melayu yang betul dilihat
semakin terpinggir. Sebagai bahasa perpaduan dan juga bahasa komunikasi, jelas sekali
bahawa Bahasa Melayu semakin hilang sengatnya.
Sering kali ejaan dan sebutan tidak digunakan dengan betul seperti dalam khidmat
pesanan ringkas (SMS). Masalah kemerosotan ini juga dapat dilihat di kalangan para
pelajar Melayu dan bukan Melayu. Bangsa Melayu khususnya di bandar sudah mulai
kurang bertutur dalam Bahasa Melayu kerana cara hidup mereka yang lebih
mengutamakan Bahasa Inggeris.
Manakala bagi kalangan pelajar bukan Melayu, mereka hanya menggunakan bahasa itu
semasa proses pembelajaran di bilik darjah sahaja. Mereka lebih cenderung untuk
menggunakan bahasa ibunda atau Bahasa Inggeris dalam kehidupan harian mereka.
Malah para pelajar juga dikatakan seringkali gemar menggunakan ‘bahasa rojak’ dan
tidak berkemahiran menggunakan Bahasa Melayu ‘standard’ dalam pengucapan mereka.
10
Penggunaan ‘bahasa rojak’ yang berleluasa menggambarkan situasi kehilangan bahasa
dalam kalangan masyarakat iaitu apabila sejumlah besarnya tidak fasih berbahasa Melayu
sepenuhnya, sama ada secara lisan ataupun tulisan. Jika perkara ini tidak dibendung,
kekuatan bahasa Melayu akan terhakis.
Sekiranya perspektif ini ditinjau, pelbagai rakyat dan peringkat perlulah sedar akan
hakikat bahawa sesebuah negara yang sedang menuju ke arah keunggulan tidak
seharusnya mengetepikan peranan bahasa utama negaranya. Perpaduan jitu di dalam
kalangan pejuang dan rakyat pula akan dapat menjamin bahawa bahasa Melayu akan
mendapat tempat yang sewajarnya di negara ini.
Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pemersatu dan bahasa perpaduan terbukti
berkesan apabila terdapat golongan tua daripada pelbagai kaum dan bangsa yang buta
huruf selesa dan fasih menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi sesama mereka
di dalam pelbagai kegiatan kemasyarakatan. Pembentukan sesuatu bangsa melalui bahasa
Melayu dapat diserapkan ke dalam jiwa masyarakat ketika pelbagai permasalahan
membelenggu pelbagai kehidupan masyarakat. Usaha bagi mencapai keperibadian bangsa
Malaysia yang unggul akan lebih terserlah luas dan mudah untuk dicapai. Bahasa Melayu
adalah bahasa rakyat dan tidak ada alas an yang kukuh bagi meragui keupayaan dan
kepentingannya sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi utama dan bahasa perpaduan.
Pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan yang berteraskan perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan serta beberapa penyata dan akta-akta pendidikan telah membelehkan semua
kaum berkomunikasi secara berkesan dengan menggunakan bahasa Melayu dan
mempunyai latar belakang pendidikan yang sama.
Selain itu, usaha ini seharusnya diteruskan dengan usaha-usaha menggemblingkan
tenaga yang telah terbukti berkesan di samping mengenalpasti langkah-langkah yang
sesuai untuk mengatasi faktor-faktor penghalang. Semua ini menuntut komitmen,
kebijaksanaan, keikhlasan serta kesedaran yang berterusan agar bahasa Melayu terus
dipratikkan dan diamalkan.
11
2.6 Kurikulum
2.6.1 Pendidikan ketika Penjajahan British
Sekolah-sekolah yang wujud pada zaman penjajah mencerminkan kuasa, keperluan-
keperluan dan kehendak-kehendak pendidikan penjajah. Walaupun sistem persekolahan
yang ditubuhkan memenuhi keperluan masyarakat pada ketika itu tetapi sekolah tersebut
direka bagi memenuhi kehendak penjajah. Sekolah yang direka ini terpisah dari budaya
masyarakat Tanah Melayu, bukan sahaja dari segi bahasa tetapi dari segi nilai-nilai
kemasyarakatan. Kanak-kanak diajar menggunakan kurikulum yang serupa seperti di
England. Buku-buku juga serupa, kecuali buku-buku itu telah digunakan di England 10
atau 20 tahun terdahulu dari itu. Sukatan pelajarannya lebih memberatkan kepada hal-hal
yang tidak bersangkut-paut dengan Tanah Melayu (Ibrahim Saad 1992 : 8). Selain itu,
sukatan pelajarannya juga tidak langsung mementingkan hal-ehwal Tanah Melayu,
misalnya dalam ilmu hisab (kira-kira) digunakan pounds dan shilling bukannya ringgit
dan sen ( Ibrahim Saad 1992 : 11)
Setelah pendatang dari Cina dan India datang ke Tanah Melayu, mereka tidak langsung
didedahkan kepada masyarakat dan kebudayaan penduduk Tanah Melayu. Di sekolah,
mereka telah menerima nilai-nilai dan norma-norma asing. Nilai-nilai ini bukan sahaja
asing di kalangan mereka malah bagi masyarakat di Tanah Melayu sendiri turut merasai
apa yang dialami oleh pihak pendatang. Pendedahan kepada orang Melayu juga terhad
memandangkan kehadiran kanak-kanak Melayu di sekolah Inggeris agak terhad.
Kanak-kanak Cina dan India pula tidak menghadiri sekolah-sekolah Melayu. Mereka
ditempatkan di sekolah-sekolah yang berbahasa Cina dan Tamil. Dalam erti kata yang
lain, kanak-kanak ini bukanlah dimasyarakatkan seperti kehidupan di Tanah Melayu,
tetapi kehidupan di Cina dan India. Mereka juga tidak didedahkan untuk mengetahui
tentang masyarakat Melayu, bahkan sekolah juga tidak menyediakan persekitaran Tanah
Melayu.
12
PELAJARAN RENDAH
Berbagai sukatan pelajaran sekolah
Sekolah Melayu Sekolah Inggeris Sekolah Cina Sekolah TamilDidirikan oleh dikelolakan oleh dikelolakan oleh dikelolakan olehKerajaan mubaligh-mubaligh masyarakat pihak peladang
Kristian Cina tempatan
PELAJARAN MENENGAH
Berbagai sukatan pelajaran sekolah
Sekolah Inggeris Sekolah Cina
Rajah 1 : Sistem Pendidikan Pada Zaman Penjajahan British
Sumber : Tang Chee Yee, Negara Kita Untuk Peperiksaan Am Kerajaan (1995), Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti
13
2.6.2 Kurikulum dalam Pendidikan
Kurikulum bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah
sekolah atau sesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum
boleh dibahagikan kepada bahagian yang meliputi sukatan pelajaran dan kandungan
matapelajaran serta segala kegiatan pengajaran dan pembelajaran. Bahagian yang kedua ialah
yang meliputi kegiatan pendidikan luar bilik darjah (ko-kurikulum) seperti kegiatan sukan,
persatuan, pasukan pakaian seragam dan lain-lain.
Selain itu, kurikulum juga diertikan sebagai suatu rancangan pendidikan yang membendung
segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebuadayaan
dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diturunkan kepada ahli-
ahlinya.
Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan murid yang
lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi serta menyemai, menanam dan memupuk
nilai-nilai akhlak yang diingini, di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Di negara kita,
kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita negara dalam
mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan rakyat
yang terlatih untuk keperluan negara.
Hubungan kurikulum sekolah dengan perpaduan adalah rapat. Selain daripada memberi
ilmu pengetahuan, kurikulum juga boleh membentuk keperibadian dan perwatakan murid
yang baik yang boleh membawa ke arah perpaduan. Murid-murid sekolah dari semua kaum
dan lapisan masyarakat mengikuti kurikulum yang seragam melalui sukatan pelajaran yang
sama kandungannya, kegiatan-kegiatan luar bilik darjah yang sama.
Menurut Laporan Razak, pendidikan rendah yang menggunakan berbagai-bagai bahasa
pengantar dikekalkan. Walaupun menggunakan bahasa pengantar yang berlainan tetapi cirri
kebangsaan telah dimasukkan ke dalam pendidikan di sekolah-sekolah tersebut, sebagai asas
untuk memupuk pembinaan negara yang merdeka.
14
Semua sekolah ini iaitu sekolah Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil akan mengikut peraturan
yang sama. Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) dan bahasa Inggeris akan diajar di semua
sekolah. Semua sekolah menggunakan kurikulum yang sama dari segi kandungannya dan
berorientasikan negara Persekutuan Tanah Melayu.
Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah
dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan
negara. Penyata itu memperakukan bahawa :
Kami tidaklah dapat hendak menegaskan dengan lebih berat lagi daripada ini
akan pendapatan kami bahawa perkara menggunakan Sukatan Pelajaran yang
sama oleh semua sekolah-sekolahdalam Negeri Persekutuan Tanah Melayu
ini ialah kemahuan yang wajib kepada dasar pelajaran Tanah Melayu ini. Inilah
suatu perkara yangmustahak bagi kemajuan kebangsaan Tanah Melayu yang satu.
(Laporan Jawatankuasa Kabinet 1982: 68)
Berikutan penyata di atas, sukatan pelajaran yang sama kandungannya bagi semua mata
pelajaran dan semua aliran di sekolah mula dikuatkuasakan di Semenanjung Malaysia sejak
tahun 1957.
2.6.3 Kepentingan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan
Di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu bagi mewujudkan serta melahirkan
individu yang berilmu pengetahuan dan berguna di masa akan datang untuk member
sumbangan kepada negara. Bahasa Melayu adalah suatu bahasa yang dapat menjadi bahasa
pengantar bagi menyampaikan ilmu pengetahuan daripada pelbagai peringkat yang rendah
hinggalah ke peringkat tertinggi serta telah diktiraf penggunaannya oleh semua pihak. Di
antara penggunaan bahasa Melayu adalah :
i. Sebagai bahasa ilmu
Bahasa Melayu telah dijadikan satu bahasa ilmu setelah sekian lama ia digunakan. Ini dapat
digambarkan oleh penggunaannya untuk mengungkap konsep-konsep serta proses-proses
yang tinggi serta kompleks terutama di dalam bidang agama, falsafah, sastera dan budaya.
Konsep dan proses ini dapat dilihat dengan penggunaannya di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang disampaikan di sekolah sebagai suatu pendidikan.
15
Penggunaan bahasa Melayu di dalam ilmu dapat dilihat dengan terhasil banyak buku-buku
ilmiah dan boleh dijadikan sebagai bahan rujukan kepada para pelajar di negara ini untuk
menimba ilmu. Selain di peringkat sekolah, pusat pengajian tinggi turut menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar serta ia turut dipelajari oleh pelajar luar negara semasa
mereka menuntut ilmu di negara ini.
ii. Sebagai bahasa rasmi.
Bahasa rasmi ialah bahasa yang telah digunakan secara meluas oleh pihak kerajaan dari
peringkat pemimpin sehinggalah ke peringkat bawahan dan ianya menjadi satu lambing serta
simbol identiti bagi sesebuah negara. Bahasa rasmi juga digunakan di dalam sistem
pentadbiran sesebuah negara terutamanya di dalam urusan yang rasmi. Bahasa Melayu di
dalam sistem pendidikan di negara ini adalah sangat penting disebabkan kebanyakkan proses
pendidikan di sekolah menggunakan bahasa rasmi iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu
merupakan suatu bahasa yang utama yang digunakan di dalam komunikasi, pengajaran dan
pembelajaran, peperiksaan, urusan pentadbiran dan sebagainya. Penggunaan bahasa Melayu
secara meluas di dalam sistem pendidikan dari peringkat sekolah rendah sehinggalah ke
peringkat pengajian tinggi. Dengan memberi penekanan bahawa penggunaan bahasa Melayu
perlulah lulus bagi pelajat sekiranya ingin melanjutkan pelajaran dan ini wajib dipelajari oleh
semua pelajar di negara ini.
iii. Sebagai bahasa contoh.
Penggunaan bahasa Melayu yang sangat meluas di dalam sistem pendidikan negara iaitu
dari segi penggunaannya sebagai bahasa ilmu, sebagai bahasa pengantar, sebagai bahasa
komunikasi dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu ialah satu lambing atau
contoh kepada satu sistem bahasa yang mantap dari segi pengantaraan untuk menyampaikan
ilmu pengetahuan hinggalah ke peringkat tertinggi serta diperkenalkan seiring dengan
penekanan terhadap budaya ilmu. Bahasa Melayu tidak lagi berada di tahap yang rendah
kerana ianya telah mencapai taraf cendiakawan dan menjadi bahasa saintifik. Dengan ini
sistem pendidikan negara kita telah menjadikan bahasa Melayu sebagai satu bahasa yang
rasmi di dalam system pendidikan yang telah menjadi contoh berdasarkan kemantapan yang
ditunjukkan melalui penggunaannya sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi, bahasa
pengantar, bahasa rasmi dan juga sebagai bahasa perpaduan di Malaysia.
16
Oleh itu, bahasa Melayu merupakan satu contoh bahasa yang terbaik yang perlu dijadikan
rujukan kepada negara lain dalam memantapkan penggunaan bahasa. Kedudukan bahasa
Melayu di dalam sistem pendidikan negara ini seharusnya dimantapkan dan diperkukuhkan
bagi memastikan bahasa Melayu ini menjadi bahasa rasmi dan serta menggambarkan identiti
Malaysia di serata dunia.
2.7 Peperiksaan
Rancangan kerajaan untuk menseragamkan kurikulum disekolah-sekolah telah
diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu system peperiksaan yang sama. Murid-murid di
peringkat menengah mengambil peperiksaan Sijil rendah Pelajaran (SRP) / Lower Certificate
of Education (LCE) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Malaysia Certificate of Education
(MCE). Mereka boleh mengambil peperiksaan-peperiksaan tersebut dalam salah satu bahasa
pengantar, iaitu dalam Bahasa Malaysia untuk Peperiksaan SRP dan SPM dan dalam Bahasa
Inggeris untuk Peperiksaan LCE dan MCE.
Di peringkat pendidikan Tingkatan VI, murid-murid disediakan untuk mengambil
Peperiksaan Higher School Certificate (HSC). Peperiksaan ini disediakan dalam Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris. Peperiksaan SRP/LCE dan SPM / MCE dikelolakan oleh
Kementerian Pelajaran melalui Lembaga Peperiksaan, sementara Peperiksaan HSC
dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bersama dengan Lembaga Peperiksaan
Universiti Cambridge (Laporan Jawatankuasa Kabinet 1982:68)
Kesan daripada penggunaan sukatan pelajaran yang sama kandungannya dan peperiksaan
yang sama ini , memudahkan murid-murid yang terpaksa berpindah sekolah. Pelajaran
mereka tidak akan terganggu kerana sukatan pelajaran yang sama kandungannya yang diikuti
oleh murid-murid dari berbagai aliran bahasa pengantar juga membolehkan mereka mendapat
pendidikan yang sama sepertimana yang sering berlaku di sekolah-sekolah di mana murid
dari Sekolah Jenis Kebangsaan menyambung pengajiannya di Sekolah Kebangsaan.
Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan murid-murid yang berbilang kaum di
negara ini di samping mewujudkan keperibadian kebangsaan yang sama. Sebaliknya,
sekiranya murid-murid tidak mengikuti sukatan pelajaran yang sama kandungannya malahan
mengikuti sukatan pelajaran yang berlainan, maka rupa bangsa dan keperibadian kebangsaan
tidak boleh diwujudkan.
17
Ringkasan peperiksaan seperti yang terdapat pada Rajah 2 di bawah.
Pelajaran Peringkat Rendah
Satu sukatan pelajaran Enam tahun persekolahan
Sekolah Rendah Peperiksaan Sekolah Rendah JenisKebangsaan memasuki Kebangsaan- Bahasa melayu sekolah - Bahasa Inggeris, Cina
sebagai menengah dan Tamil sebagai bahasa pengantar bahasa pengantar
Pelajaran Peringkat Menengah
Satu sukatan pelajaran Enam tahun persekolahan
Sekolah Menengah Perlu lulus Sekolah Menengah Jenis Peperiksaan Kebangsaan
- Bahasa Melayu SRP atau LCEsebagai - Bahasa Inggeris sebagaibahasa pengantar bahasa pengantar
Sijil Persekolahan Tanah Melayu
Sijil Tinggi Persekolahan (HSC/STP)
Universiti/ Kolej/ Institut
Rajah 2: Sistem Persekolahan Mengikut Syor Laporan Penyata Razak, 1956
Sumber : Ruslan Zainudin, Mohd Mahadee Ismail & Zaini Othman (2010). Kenegaraan Malaysia (Edisi Kedua). Oxford Fajar: Kuala Lumpur.
18
2.8 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, bahasa Melayu perlulah dikekalkan sebagai satu bahasa rasmi
sekalipun di mana-mana bidang di negara ini. Kita juga seharusnya mempunyai pendirian
yang tetap serta utuh dan perlulah mengenang kembali pejuang-pejuang bahasa Melayu yang
terdahulu hinggalah berlakunya tragedi 13 Mei 1969 dalam menjadikan bahasa Melayu ini
sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi serta bahasa pengantar utama di dalam sistem
pendidikan negara. Demi untuk mencapai matlamat perpaduan antara kaum di negara ini
tercapai maka bahasa Melayu perlulah terus dipertahankan peranannya dan penggunaannya.
Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang dapat digunakan dalam sistem pendidikan negara
dan sebagai bahasa ilmu, bahasa pengantar, bahasa perpaduan, bahasa komunikasi, bahasa
rasmi serta pelbagai lagi kegunaannya yang mampu melonjakkan martabat bahasa ini.
Kedudukan bahasa Melayu juga perlu dimantapkan lagi bagi menjamin akan kekuatannya di
dalam penggunaannya secata meluas di semua peringkat seperti sistem pendidikan, sistem
pentadbiran dan sebagainya. Usaha memantapkan lagi bahasa Melayu di Malaysia akan dapat
menunjukkan satu idenitti yang sebenar bagi negara ini agar terkenal di seluruh dunia.
Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib yang mengemukakan cadangan agar bahasa
Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama di sekolah dan universiti seharusnya
dikekalkan serta dilaksanakan sepenuhnya supaya perpaduan kebangsaan dapat dicapai dan
terlaksana dengan jayanya. Bahasa Melayu perlu dijadikan sebagai teras keperibadiaan
kebangsaan dan penggunaannya harus dipupuk dan diperkembangkan lagi. Untuk
kepentingan kebangsaan, perpaduan negara, identiti negara serta keamanan, maka langkah
untuk menjaga bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlulah dipertingkatkan dan
diperkukuhkan, bukannya dihilangkan dan digantikan dengan bahasa lain seperti bahasa
Inggeris. Perlu diketahui bahawa bagi mencapai matlamat perpaduan ialah dengan
menggunakan satu bahasa yang sama bagi memudahkan lagi perhubungan dan interaksi
antara kaum di negara ini.
Oleh yang demikian, fungsi bahasa Melayu dalam pelbagai bidang dan untuk kesejahteraan
masyarakat di negara ini. Sekalipun pembangunan negara dicapai dengan menggunakan
bahasa Inggeris terutama di dalam bidang ekonomi, perindustrian dan perdagangan, apa
salahnya sekiranya kita menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi.
19
Dasar dwibahasa yang dicadangkan akan penggunaannya lebih baik daripada kita
mengetepikan dan tidak mengguna terus bahasa Melayu di dalam sektor ini. Kemajuan dan
kejayaan penggunaan bahasa Melayu hanya dapat diketahui apabila keluasaan
penggunaannya dicapai. Demikianlah sekiranya kita mahu menyelamatkan dasar bahasa yang
ada sekarang ini serta kedudukan bahasa Melayu di negara ini sebagai bahasa kemajuan,
bahasa pendidikan, bahasa ilmu, dan sebagainya perlulah ada kempen besar-besaran bagi
memusnahkan persepsi serta andaian yang salah terhadap bahasa Melayu serta hubungannya
dengan kemajuan bangsa Melayu.
Bagi mencapai tahap penerimaan dan penggunaan bahasa Melayu oleh kaum etnik yang
lain khususnya kaum Cina dan India, orang Melayu seharusnya boleh menunjukkan
keyakinan untuk menguasai bahasa Melayu yang boleh mencapai tahap kemajuan kepada
negara Malaysia dan tiada perasaan sangsi dalam menggunakan bahasa Melayu di dalm
bidang pendidikan, pentadbiran serta lain-lain. Perpaduan hanya akan tercapai jika orang
Melayu sendiri yang menunjukkan bukti kejayaan bahawa rakyat Malaysia baoleh maju ke
hadapan dengan bahasa Melayunya sendiri bukan maju dengan bahasa lain,
Sekiranya ingin melangkah jauh biarlah kita membawa bersama dengan bahasa Melayu
kita ini disebabkan ianya merupakan identiti bagi rakyat Malaysia serta lambang perpaduan
yang akan terus dipupuk. Oleh yang sedemikian, langkah kesedaran semula dan penelitian
serta kajian yang lebih mendalam perlulah dimainkan peranannya bagi meningkatkan semula
peranan bahasa Melayu di dalam kehidupan masyarakat di Malaysia.
20
RUJUKAN
Ibrahim Saad. (1992). Perubahan Pendidikan di Malaysia Satu Cabaran. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1982). Kuala
Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Nik Safiah Karim. (2000). Bahasa Melayu dalam dekad 90an. Kuala Lumpur: Akademik
Pengajian Melayu.
Ruslan Zainudin, Mohd Mahadee Ismail & Zaini Othman (2010). Kenegaraan Malaysia
(Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Oxford Fajar.
Sufean Hussin. (2004) Sejarah, Sistem & Falsafah Pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tang Chee Yee. (1995) Negara Kita untuk Peperiksaan Am Kerajaan. Shah Alam: Penerbit
Fajar Bakti.
http://www.moe.gov.my/my/soalan-lazim?cat=28
http://www.slideshare.net/nor1205/kertas-kerja-26091457
https://ms.wikipedia.org/wiki/Perkara_152_Perlembagaan_Malaysia
http://www.bharian.com.my/node/46713
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat.kenegaraan/242-dasar-
pendidikan.kebangsaan.html.
http://mujahadahcintaallah.blogspot.my/2014/06/tahap-penerimaan-dan-penggunaan-
bahasa.html.
KPF 3012
REFLEKSI INDIVIDU (TUGASAN BERKUMPULAN) SOALAN: NO 1.
NAMA : MOHD KAMAL BIN MUSTAFA - PPG 23423 / 12 - 720416025515
Kumpulan saya telah diberi tugasan berkumpulan iaitu soalan nombor 1 yang bertajuk
“Perlembagaan Dasar dan hala tuju pendidikan di Malaysia. Penyata Razak (1956)
bermatlamatkan perpaduan melalui penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar,
kurikulum dan peperiksaan yang sama bagi semua sekolah. Sejauh manakah matlamat ini
dicapai berasaskan scenario semasa pada hari ini.”
Setelah mendapat tajuk tugasan ini, saya selaku ketua kumpulan ini telah memberi tugasan
kepada setiap ahli kumpulan saya untuk mencari bahan rujukan yang sesuai untuk tajuk ini.
Perjumpaan kumpulan saya telah diadakan sebanyak empat kali di SK Seri Gedong, Sg.
Petani untuk berbincang dan mencari isi yang sesuai berkaitan dengan tajuk tugasan kami.
Bagi saya, tugasan kali ini agak mencabar kerana kebanyakkan kami sibuk dengan tugas
sebagai guru dan hanya dapat berbincang dan berjumpa apabila berkelapangan sahaja.
Walaubagaimanapun, tugasan yang diberikan kepada setiap ahli dapat juga dilaksanakan
dan pada perjumpaan kali ketiga, saya bersama-sama ahli kumpulan saya telah berbincamg
untuk melaksanakan forum yang perlu dirakam di dalam video. Setiap ahli telah diberi
tugasan masing-masing dan pada perjumpaan kali keempat, kami telah melaksanakan forum
dan dirakam sebagai bahan bukti kumpulan kami. Dalam forum ini, saya telah dipilih
menjadi ahli panel pertama dan masa rakaman forum ini lebih kurang 30 minit. Pelbagai
halangan yang terjadi semasa kumpulan saya merakam forum ini seperti bekalan elektrik
terputus, masalah teknikal semasa rakaman dan sebagainya.
Secara keseluruhannya, tugasan yang saya dan kumpulan saya laksanakan ini akhirnya
berjaya juga. Saya amat berpuashati dengan komitmem dan sokongan yang telah diberikan
oleh ahli kumpulan saya bagi menyaipkan tugasan ini. Alhamdullillah syukur ke hadrat Illahi
kerana akhirnya, saya dapat juga menyiapkan semua tugasan yang diberikan dan segala
perancangan saya bersama kumpulan telah membuahkan hasilnya.
REFLEKSI INDIVIDU ( KPF 3012 )NOOR LAILA BT ISMAILPPG 23442/12
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah telah
diberikan peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus bersama rakan-rakan yang lain.
Tajuk tugasan kerja kursus bagi kumpulan ini ialah ‘Perkembangan Dasar dan hala tuju
Pendidikan di Malaysia’.
Ucapan terima kasih diberikan kepada ahli-ahli kumpulan saya iaitu Mohd kamal,
Mohd Fuad, Nor Azizan dan Mazuini dalam menjayakan tugasan pada kali ini. Jutaan terima
kasih diberikan pada pensyarah iaitu Dr. Jamalsafri b. Saibon atas bimbingan dan ilmu yang
disampaikan dalam kursus berkaitan ‘Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan
Dasar’. Semoga ilmu yang diberikan dapat dimanfaatkan dalam kehidupan saya.
Sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini, banyak halangan yang telah saya
hadapi. Pertama sekali ketika menerima tugasan ini, persoalan yang bermain di minda saya
ialah mampukah saya menyiapkan tugasan ini memandangkan pada masa yang sama saya
perlu sentiasa peka dengan kuiz dan forum yang terdapat dalam kursus ini. Begitu juga saya
perlu sentiasa bersedia dengan tarikh-tarikh kuiz dan forum yang terdapat dalam kursus-
kursus yang lain. Adakalanya saya terlepas pandang dengan tarikh kuiz dan forum
disebabkan oleh pelbagai kekangan yang saya hadapi. Selain itu, saya juga berhadapan
dengan kekangan masa untuk berkumpul bersama-sama rakan sekumpulan yang lain.
Keadaan ini sedikit sebanyak telah menguji saya untuk melaksanakan tugasan yang telah
diberikan. Walaubagaimanapun, saya tetap menjalankan tanggungjawab seperti yang telah
diberikan kepada saya.
Bagi mengatasi kesukaran yang dialami, saya dan rakan-rakan telah menetapkan
beberapa tarikh untuk mengadakan perbincangan serta menjalankan forum seperti yang
dikehendaki oleh pensyarah. Adakalanya kami mengadakan perbincangan yang singkat
ketika minggu kuliah dijalankan. Setelah mencapai kata sepakat mengenai kandungan esei
dan forum yang ingin dijalankan, saya mula mencari bahan rujukan di perpustakaan Sungai
Petani dan juga melalui laman web yang berkaitan. Setelah semua bahan telah mencukupi,
saya dan rakan-rakan berkumpul semula sebagai langkah persediaan sebelum menjalankan
sesi forum.
Alhamdulillah, akhirnya kumpulan kami berjaya menyiapkan forum. Penggambaran
forum ini telah dijalankan di dalam bilik darjah. Forum ini terdiri daripada tiga orang ahli
panel dan seorang moderator. Manakala seorang ahli kumpulan telah menjadi juru kamera.
Kekangan yang dihadapi semasa penggambaran dijalankan ialah tidak mempunyai peralatan
yang mencukupi seperti video. Rakaman dibuat menggunakan ‘handphone’. Selain itu, kami
juga menghadapi masalah kekangan masa untuk menjalankan rakaman. Namun, akhirnya
semua masalah yang dihadapi telah berakhir apabila sesi penggambaran dapat dilaksanakan
dengan jayanya.
Melalui tugasan yang diberikan, dapat saya simpulkan di sini bahawa pengurusan
masa dan komitmen yang tinggi daripada rakan sekumpulan sangat penting dalam
melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan. Tanpa kolaborasi dan semangat setia kawan
daripada rakan-rakan segala-galanya mungkin sukar untuk dilaksanakan. Akhir sekali, terima
kasih sekali lagi diucapkan buat rakan sekumpulan yang setia dari Semester 1 hingga kini.
MOHD FUAD BIN ABU HASANPPG 23422 / 12REFLEKSI INDIVIDU KPF 3012 ( SOALAN 1 )
Matlamat untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar melalui kurikulum dan
peperiksaan yang sama bagi semua sekolah pada masa kini boleh dikatakan tidak sepenuhnya
tercapai. Setelah lebih 58 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, bidang pendidikan telah
mengalami pelbagai perubahan. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjayakan matlamat
penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Pada pendapat saya, penerapan untuk
menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar melalui kurikulum dan peperiksaan
yang sama bagi semua sekolah merupakan satu langkah yang sangat tepat tetapi sekiranya
kita lihat scenario masa kini, sikap masyarakat yang menyebabkan matlamat untuk
menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar tidak tercapai.
Dalam mengharungi dunia globalisasi kini, penggunaan Bahasa Melayu yang betul dilihat
semakin terpinggir. Sebagai bahasa perpaduan dan juga bahasa komunikasi, jelas sekali kita
lihat bahawa Bahasa Melayu tidak digunakan dengan betul sebagai bahasa pengantar. Sering
kali kita lihat dan dengar bagaimana kaum Melayu yang merupakan bangsa yang mewakili
Bahasa Melayu itu sendiri tidak menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Kita sering kali
dengar pertuturan Bahasa Melayu yang menggunakan dialek bahasa bangsa lain dalam
urusan jual beli dan urusan yang lain dalam kehidupan seharian atau kita juga boleh dengar
dan lihat bagaimana masyarakat di Bandar sudah mulai kurang bertutur dalam Bahasa
Melayu kerana cara hidup mereka yang lebih gemar mengutamakan Bahasa Inggeris.
Disebabkan oleh pengaruh kecanggihan teknologi masa kini, seringkali juga ejaan dan
sebutan tidak digunakan dengan betul seperti dalam khidmat pesanan ringkas (SMS).
Kelemahan penggunaan Bahasa Melayu juga dapat dilihat di kalangan para pelajar bukan
Melayu . Mereka hanya menggunakan bahasa itu semasa proses pembelajaran di bilik darjah
sahaja. Mereka lebih suka atau cenderung untuk menggunakan bahasa ibunda atau Bahasa
Inggeris dalam kehidupan seharian mereka. Malah para pelajar juga gemar menggunakan
‘bahasa rojak’. Penggunaan ‘bahasa rojak’ yang berleluasa menggambarkan situasi
kehilangan bahasa kalangan masyarakat iaitu apabila sejumlah besarnya tidak fasih berbahasa
Melayu sepenuhnya, sama ada secara lisan ataupun tulisan. Jika perkara ini tidak dibendung,
kekuatan Bahasa Melayu akan terhakis.
Kesimpulannya, matlamat penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar melalui
kurikulum dan peperiksaan yang sama bagi semua sekolah pada masa kini adalah tidak
sepenuhnya tercapai.
NOR AZIZAN BIN ISHAK
PPG/23447/12
REFLEKSI INDIVIDU KPF 3012 ( SOALAN 1 )
Tajuk forum kumpulan ialah PENYATA RAZAK. Terdiri dari 5 ahli kumpulan. Empat ahli
menjalankan pengambaran forum, tiga orang sebagai ahli panel dan seorang sebagai
moderator di mana seorang daripada kami menjadi juru kamera. Pengambaran dijalan di
dalam bilik darjah. Kekangan sepanjang pengambaran ialah tidak mempunyai peralatan yang
cukup untuk menjalan sessi s pengambaran dari segi audio dan video. Kekangan masa juga
menjadi sedikit halangan kepada ahli kumpulan untuk berkumpul bagi menjalankan sessi
pengambaran. Dari segi pencarian bahan-bahan untuk dipersembahkan adalah tidak menjadi
masalah kerana ianya boleh diperolehi melalui modul dan capaian internet.
Forum ialah satu makanisme yang sangat baik untuk menyampaikan sesuatu maklumat
pembelajaran. Melalui forum isi-isi penting telah disediakan oleh ahli panel mudah dihadam
dan dengan audio yang didengar penyerapan maklumat terjadi lebih efektif. Sesetengah
forum juga membenarkan soalan-soalan diajukan oleh pendengar terus kepada ahli panel. Ini
dapat menyelesaikan ketidakfahaman individu terhadap topik yang dibincangkan secara
langsung. Tetapi terdapat juga kekurangan terhadap sessi forum ini ialah sebarang kesilapan
yang berlaku merupakan mandatori.
MAZUINI BINTI ZULKIFLI
PPG/23405/12
REFLEKSI INDIVIDU
Tajuk forum kumpulan kami ialah mengenai Penyata Razak berkenaan peranan Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar. Kumpulan ini terdiri dari 5 ahli iaitu tiga orang lelaki dan
dua orang perempuan. Empat ahli terlibat dengan pengambaran forum dimana tiga orang
sebagai ahli panel , seorang sebagai moderator dan seorang daripada kami menjadi juru
kamera. Pengambaran ini dijalankan di dalam bilik darjah.Pengambaran dijalankan dengan
baik tetapi peralatan yang digunakan adalah sangat terhad dari segi audio dan video. Hari
minggu merupakan hari yang sesuai untuk kami berkumpul.Kami telah mengadakan
perjumpaan sebanyak dua kali untuk perbincangan bagi pengisian forum.Bahan-bahan
diperolehi dari capaian Internet dan juga dari modul serta buku yang kami dapati di
perpustakaan awam.Hal ini tidak menjadi masalah kerana masing-masing memberi
kerjasama mencari bahan-bahan dan bergabung tenaga untuk menjalankan forum.
Forum ialah satu madah atau badan yg dibentuk untuk membicarakan suatu hal tertentu.
Setiap ahli panel telah menyediakan serta menyampaikan isi-isi penting yang senang
difahami .Moderator berperanan untuk mengawal dan mengawasi perjalanan forum.Setelah
mendengar pandangan dari seseorang ahli panel,moderator akan membuat rumusan dan
mengaitkan dengan soalan yang ingin diajukan kepada panel
berikutnya.Alhamdulillah,semua penjelasan dari semua ahli panel tidak menyimpang dari
tajuk atau soalan yang diberi dan ini mememudahkan peranan moderator yang perlu memberi
bimbingan kepada semua ahli panel agar tidak melencong dari tajuk perbincangan.Semua ahli
panel tidak mencelah semasa seseorang ahli panel bercakap dan ini memberi ruang untuk
setiap panel bersedia dengan perbahasan masing-masing.Secara tidak langsung,dapat
menyelesaikan kekeliruan individu terhadap topik yang yang dibincangkan.Forum
berlangsung adalah lebih kurang 25 minit.Semuanya berjalan dengan lancar dan semua ahli
panel kelihatan tenang ketika menjawab soalan.Forum pendidikan ini disokong oleh fakta-
fakta yang sahih dan betul.Pada masa akan datang,kami berharap agar dapat menyediakan
forum yang lebih bagus serta menggunakan alatan yang lebih canggih serta tempat yang lebih
sesuai.Ianya akan lebih baik jika terdapat penonton yang boleh memberii respon dan
sokongan.Ucapan terima kasih diucapkan kepada pensyarah di atas tunjuk ajar dan semua
kawan-kawan seperjuangan yang menjayakan forum pendidikan ini.Diharapkan kami masih
berpeluang untuk bergabung tenaga untuk melakukan tugasan di masa akan
datang..InsyaAllah.
top related