topik 2 kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Post on 10-Jul-2016
466 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Secara berkumpulan berempat Anda dikehendaki mencari bahan dari jurnal
penyelidikan satu kajian mengenai budaya (Malaysia atau Luar Negara)
Kumpulan anda dikehendaki menjelaskan apakah isu dan dapatan kajian tersebut terutama yang berkaitan dengan pendidikan.
Pembentangan pada tutorial akan datang
Menjelaskan konsep bangsa, masyarakat dan kelas sosial
Menghuraikan bentuk kepercayaan, bahasa, adat resam dan jantina dalam kepelbagaian sosio budaya masyarakat di Malaysia
Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum akan mewujudkan corak sosio budaya yang berbeza
Dalam kontek negara Malaysia yang mempunyai lebih dari 28 juta penduduk pada 2010 dengan lebih daripada 200 kumpulan etnik ,rakyat negara ini perlu sedar akan kepentingan kepelbagaian sosio budaya ini.
Antara kumpulan yang terbesar ialah Melayu, Cina, India, Kadazan-dusun, Banjar, Iban dan lain-lain
Dengan jumlah kumpulan etnik yang besar ini politik dan pendidikan adalah menjadi asas pembinaan hubungan antara kaum di Malaysia
Murid di sekolah harus didedahkan kepada kepelbagaian sosio budaya dalam masyarakat agar mereka dapat belajar dalam suasana yang kondusif walaupun berhadapan dengan murid dari kaum yang berlainan.
Kepelbagaian sosio budaya ini boleh ditinjau dari aspek bangsa, struktur masyarakat atau kelas sosial, kepercayaan, bahasa , adat resam dan jantina
John Stuart Mill – rumpun manusia yang terikat oleh rasa taksub bersama dan lebih rela bekerjasama sesama mereka, berbanding dengan rumpun bangsa lain.
Kamus Dewan (1999)- sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama (sama asal usul serta serupa sifat-sifatnya)
Bangsa juga merujuk kepada nilai-nilai sosial seperti bekerjasama, toleransi, hormat menghormati, setiakawan, dedikasi, persahabatan, perkongsian kesabaran dan kegigihan yang boleh dipupuk dalam kalangan murid untuk mencorakkan suasana bilik darjah yang sihat dan dinamik
Melayu merujuk kepada ◦ mereka yang bertutur bahasa Melayu dan
mengamalkan adat resam orang melayu◦ Berasal dari nama sebuah anak sungai yang bernama
Sungai melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera Terletaknya “Kerajaan Melayu” sekitar 1500 tahun
dahulu sebelum semasa adanya Kerajaan Srivijaya
◦ Dari segi etimologi – “Melayu” berasal daripada perkataan Sanskrit “Malaya” yang bermaksid “bukit” ataupun tanah tinggi
◦ Ada juga yang mengatakan perkataan “Melayu” berasal dari :Sungai Melayu: di Jambi
ORANG MELAYU
UNESCO (1972)- “Melayu” sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagascar
Perlembagaan Malaysia- “melayu’ merujuk kepada seseorang yang berketurunan melayu dan menganut agama islam ( bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang melayu)
Melayu juga merujuk kepada nama bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya kesultanan Melayu melaka
Abad ke 17- baru istilah “melayu” itu digunakan merujUk kepada bangsa secara meluas, Sebelum ini hanya merujuk kepada keturanan Raja Melayu dari Sumatera sahaja
Penggunaan istilah ‘melayu”- kira-kira 100 – 150 Masihi dalam karya Ptolemy, Geographike Sintaxis dengan menggunakan istilah maleu-kolon
G.E. Gerini – istilah maleu-kolon berasal dari perkataan Sanskrit – malayakom atau malaikurram – bermaksud Tanjung Kuantan di semenanjung Malaysia
Roland Bradell- merujuk kepada Tanjung Penyabung
Muncul malaya dvipa – dalam kitab Hindu purba – Purana – ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi Dvipa –Bermaksud : Tanah Yang Dikeliling Air”- Merujuk
kepada Pulau Sumatera
644-645 masihi – muncul perkataan : Mo-lo-yu” tercatat dalam buku perjalanan pengembara Cina semasa zaman Dinasti Tang:◦ Pengkaji merujuk kepada kerajaan yang terletak di
Jambi di Pulau Sumatera serta juga Srivijaya di daerah Palembang
Penakrifan orang Melayu merupakan satu pekerjaan yang sukar. ◦ Menurut penakrifan orang Melayu sebagai orang yang
bertutur dalam Bahasa Melayu, penakrifan ini merangkumi kebanyakan orang di Malaysia, Indonesia, dan sebahagian dari negeri Thai dan Filipina.
◦ Tetapi, apa yang menjadi masalahnya, di Indonesia, orang Melayu hanya merupakan salah satu daripada beratus-ratus kaum/suku di negara itu. Lebih-lebih lagi, warga Indonesia lebih suka mengenali diri mereka sebagai orang Indonesia dan mengenali bahasa mereka sebagai bahasa Indonesia
Walaupun demikian, secara amnya terdapat dua jenis penakrifan untuk menentukan sama ada seseorang itu orang Melayu. Iaitu:
Penakrifan Undang-undang Penakrifan Antropologi
Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai ◦ Seorang yang beragama Islam ◦ Bertutur bahasa Melayu ◦ Mengamalkan adat istiadat Melayu ◦ Lahir sebelum hari merdeka sama ada di
Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) ◦ atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di
Persekutuan atau di Singapura. Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan demi
keperluan politik di negara Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di
mana sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. Contohnya di selatan Thailand terdapat juga kelompok manusia yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu.
Menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi di negara Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa.
Dari segi etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan sistem kemasyarakatan dwisisi dan kegenerasian yang termasuk dalam bangsa Mongoloid.
Suku-suku melayu di Malaysia◦ Serawai
Suku-suku melayu di Indonesia◦ Bukit ( Sumatera Utara)◦ Deli ( Riau)◦ Anak Dalam (Riau)◦ Melayu Jambi◦ Melayu Palembang◦ Melayu Bengkulu
MELAYUJumlah
sekitar 22 juta Kawasan yang nyata diduduki
Brunei, Filipina, Indonesia, Madagascar, Malaysia, Singapura, Timor LestePenduduk majoriti
Malaysia 12.3 juta (Angggran 2006)Brunei 0.25 juta (Anggaran 2006)
Penduduk minoritiIndonesia 6.9 juta (Bancian 2000)Thailand 1.9 juta (Anggaran 2006)
Singapura 0.45 juta (Bancian 2000)[
BahasaMelayu, Indonesia, Jawi, Thai
AgamaIslam ( lebih kurang, 99%Kumpulan etnik berkaitan
Melayu Malaysia, Melayu Singapura, Melayu Luar Negara
Orang Cina Malaysia- orang cina yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia
Kebanyakan mereka keturunan pendatang dari China yang tiba di malaysia sekitar abad ke 15 hingga pertengahan abad ke 20
Dirujuk sebagai ”orang Cina” dalam semua bahasa
Mereka mengekalkan identiti komuniti yang amat ketara bezanya dengan kaum lain serta jarang berkahwin campur dengan orang melayu beragama islam
ORANG CINA
Di bawah undang-undang Malaysia, perkahwinan sedemikian memerlukan pihak bukan beragama islam untuk memeluk agama pasangannya
Kebanyakan orang Cina Malaysia menganggap “kecinaan” mereka sebagai stau identiti etnik, budaya dan politik
Suku kaum cina – Hakka, Hailam, kantonis dsb
Setiap kelompok manusia & aneka warna kelompok
Setiap kelompok mempunyai dialek, adat kebiasaan, nilai-nilai & kepercayaan agama yang tersendiri
Asimilasi budaya berlaku dan perubahan mula diterima oleh masyarakat cina
Orang India di Malaysia adalah kaum yang berketurunan dari mereka yang berhijrah dari India semasa pemerintahan British di Tanah Melayu- 2000 tahu yang lalu- semasa Kesultanan Melaka dan pendudukan Melaka oleh Portugal dan Belanda
Suku orang India- Tamil, Jaffna, Pakistan, Sikh Dan Bangladesh
Penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura sebelum ini terdiri terutamanya daripada orang lelaki yang meninggalkan keluarga mereka di India dan Sri Lanka
ORANG INDIA
Apabila membincangkan bangsa, bermakna kita membincangkan ◦ Etnik:
Bermaksud kaum Ada hubungan persaudaraan melalui nenek moyang yang
sama Mengamalkan budaya yang hampir seragam Berbeza dari segi kebudayaan Pecahan masyarakat dalam sesuatu kaum seperti etnik
Bidayuh, kadazan dsb Wujud disebabkan Perbezaan ciri-ciri budaya- keseluruhan
cara berfikir dan cara bertindak yang meliputi sistem politik, kepercayaan, agama, bahasa, adat resam, pakaian, kegiatan ekonomi dan lain-lain
◦ Kaum Salah satu pecahan bagi sesuatu bangsa seperti kaum Asli
◦ Ras: Satu kelompok manusia yang mempunyai
persamaan dari segi ciri-ciri fizikal seperti warna kulit dan lain-lain –diwarisi dari generasi ke genarasi- cth- Mongoloid
Kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal yang nyata seperti kulit, warna mata, warna rambut dsb
Satu kelompok manusia yang menganggap diri atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza daripada kelompok mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal yang tidak dapat diubah dan sifat-sifat ini berkaitan dengan sifat-sifat atau kebolehan moral dan intelek mereka
Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang pernah menghadapi konflik etnik
Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauhmana struktur masyarakt bersifat kolonial.
Terdapat pelabgai cara penyerapan budaya dalam kepelbagaian kelompok dan agama
Penyerapan ini boleh berlaku secara mikro yang mungkin tidak disedari oleh masyarakat
Hubungan etnik mencerminkan◦ Perkembangan sejarah◦ Kemampuann sosio-ekonomi sesebuah negara◦ Darjah dan sumber ketegangan sosial dalam
sesebuah masyarakat◦ Dapat memahami isu atau prasangka dan
diskriminasi di sesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkah laku ahli masyarakat
◦ Memahami kesan perindustrian & perubahan sosial
◦ Akan Mempengaruhi dasar sosial & perancangan sosial
Di Malaysia hubungan etnik yang berbeza masih berlaku dalam suasana yang baik dan mampu memacu perkembangan ekonomi negara
Malaysia sangat beruntung kerana dengan kepelbagaian budaya yang kaya ini mengandungi potensi hebat bagi memperkaya kreativiti, ciptaan, ilmu dan teknologi, penghasilan ekonomi dan kebudayaan negara sekiranya mereka dapat bersenergi dan digembeleng secara inovatif
Apakah yang dimaksudkan dengan Bangsa Malaysia?
Merancang secara berkesan – jangka segera dan panjang
Mewujudkan sikap membina yang kukuh untuk setiap kaum berusaha hidup aman dengan orang lain
Penyelidikan sosial- budaya yang saintifik Usaha pembangunan yang berpanjanagan
dalam rangka pemodalan insan dan kehidupan bernegara
Kementerian kebudayaan – wujudkan institusi khas bagi tujuan nasional- jalankan penyelidikan ilmiah
Berorientaasikan keperluan membina kerjasama dan perhubungan antarabangsa
Dasar-dasar Program-program tindakan bagi kementerian lain
Kementerian pelajaran – membantu dengan menerapkan aspek berkenaan kepada akar umbi iaitu sejak murid berada di sekolah rendah
Wujud tidak kejelasan dalam kalangan pemimpin dan rakyat Masyarakat melayu – tidak benar-benar memahami
struktur sosial dan nilai-nilai masyarakat Cina, India dan pribumi lain dan asebaliknya
Perasaan prasngka juga menjadikan banyak syak wasangka yang dieksploit oleh pihak-pihak tertentu
Sesuatu kaum patut mengetahui sensitiviti, pantang larang dan kepercayaan kaum yan laian supaya berhati-hati dan tidak menyinggong perasaan orang lain
Masyarakat bukan islam wajib mengetahui apa-apa yang halal dan haram
Konsep 1 Malaysia- adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang bebilang kaum, berteraskan nilai-nilai penting, ke arah mencapai kemajiuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysiamengukuhkan semangat perpaduan dan persaudaraan melalui tiga teras utama- sikap penerimaan, penghayatan ke atas prinsip-prinsip kenegaraan dan pembelaan kepada semua golongan yang memerlukan
Perpaduan merupakan hala tuju ke arah kecemerlangan- lantaran pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan berkesan
Pemangkin kepada proses transformasi sosial yang mengarah kepada kemajuan negara dan kesejahteraan kehidupan masyarakat
Membawa bersama 8 nilai aspirasi Peranan pendidik adalah penting untuk
memastikan hasrat murni pemimpin negara dapat diterjemahkan supaya manfaatnya kelak, bakal dinikmati oleh rakyat dan negara
Masyarakat- sekolompok besar manusia yang hidup saling berhubungan dan bergantungan berasaskan satu budaya yang sama serta bidang tertentu dan mempunyai matlamat yang sama dari pelbagai aspek cara hidup
Masyarakat juga merupakan satu kumpulan atau kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin hubungan antara satu sama lain serta lahir sistem yang dinamakan kebudayaan
Roucek & Warren ( 1979)- masyarakat sebagai satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti sevcara kolektif dan merasakan mereka hidup bersama
Masyarakat juga terdiri daripada segolongan orang yang membentuk sistem separuh tertutup dan berkongsi kebudayaan, adat-adat, nilai-nlai, undang-undang dsb
Kebanyakan interaksi adalah antara individu dalam kumpulan berkenaan
Masyarakat juga merupakan sebuah komuniti saling bergantungan antara golongan yang wujud bersama
Segolongan orang yang besar jumlahnya dan tinggal bersama-sama di sebuah komuniti yang teratur, mempunyai kehidupan tersendiri dan hidup dalam keadaan saling bergantung antara satu sama lain
3 konsep perihal masyarakat◦ Masyarakat◦ Budaya◦ Perpaduan dalam masyarakat
De Fleur 91974)- sebuah pola yang sangat kompleks mengenai organisasi sosial, ahli saling bergantungan dan terdapat garis panduan (peraturan yang diterima bersama dalam sesebuah masyarakat) bagi semua bidang tingkah laku sosial
M.H.Biesanz & J. Biesanz ( 1969)- merupakan suatu sistem perhubungan yang kompleks dalam kalangan individu dan kelompok yang didasarkan kepada nilai-nilia simbolik, kepercayaan, norma biasa yang merupakan sebahagian daripada kebudayaan tersebut. Nilai itu jadi amalan dalam kehidupan masyarakat berkenaan
CIRI UTAMA MASYARAKAT
Konsep masyarakat juga sering dibincangkan konsep etnik dan kaum
Konsep etnik membentuk ◦ konsep etnisiti
Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu Wujud satu kebudayaan atau subbudaya yang jelas
dan dapat menyatukan anggotanya berasaskan stau sejarah, nilai , sikap dan tingkah laku yang sama
◦ Etnosentrisme Satu sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan
sendiri adalah lebih baik dan lebih tinggi nilainya dari pada kebudayaan kelompok lain
Membayangkan keenganan atau ketidakmampuan sesuatu kelompok untuk menghargai pandangan kelompok daripada kebudayaan masyarakat yang lain
Menganggap kelompok lain sebagai stereotaip yang sedia ada- bersifat negatif
Etnosentrik- satu kelompok yan menilaikan kebudayaan lain berdasarkan standard dan nilai kebudayaan sendiri dan menganggap kebudayaan lain mempunyai nilai yang lebih rendah
Suku◦ Kelompok masyarakat yang membentuk rumpun
bangsa seperti dalam rumpun Kadazan Dusun terdapat subetnik seperti Tatana, Bisaya, Lotud, Kimaragang dll.
Rasisme◦ Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh
sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal- biologikal atau ras semata-mata yang dilakukan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan
◦ Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang dilakukan semata-mata berasasakan keturunan bangsanya
◦ Menganggap suku kaum sendiri sahaja yang paling unggul
Rasisme wujud pada 2 tahap iaitu:◦ Tahap individu- kepercayaan dan sikap individu◦ Tahap Institusi – melibatkan dasar dan
pelaksanaan yang bersifat diskriminasi Konsep prejudise
◦ Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu
◦ Tidak diluahkan secara terbuka◦ Tidak berasaskan maklumat yangb jelas, tepat
atau mencukupi◦ Disalurkan dari satu generasi kepada generasi
yang lain◦ Semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan
bagi mendapatkan sesuatu yamg terhad sama dalam aspek politik, ekonomi atau sosial
◦ Apabila prejudise disuarakan ia menjadi stereotaip
Stereotaip◦ Kenyataan-kenyataannumum yang negatif
terhadap sesuatu kumpulan etnik ◦ Gambaran yang berlebih-lebihan tentang sesuatu
perlakuan baik atau buruk yang ditujukan oleh satu kumpulan etnik oleh etnik yang lain
◦ Terhasil daripada pertembungan 2 atau lebih komuniti etnik
◦ Memendang rendah atau pandangan negatif kepada kumpulan etnik lain
◦ Ini akan membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yang menebal
Sususn lapis masyarakat boleh dikategorikan kepada 2 kumpulan:◦ Golongan yang memerintah◦ Golongan yang diperintah
Kelas sosial masyarakat boleh diklasifikasikan kepada:◦ Sultan : kelas hieraki tertinggi◦ Kelas bangsawan : terdiri daaripada kaum
keluarga diraja◦ Kelas pembesar : pembesar negeri / daerah◦ Rakyat biasa : golongan diperintah
J.S. Furnivall, Terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri, namun mereka berganding bahu di bawah sistem politik yang sama dominasi penjajah),tetapi kehidupan mereka adalah berasinganInteraksi sosial dalam kalangan mereka amat kurang dan hubungan mereka amat terbatas dan pembahagian tugas dilakukan atas garis-garis rasCampuran pelbagai kelompok manusia
Kamarudin Jaafar- kaum bercampur tetapi mempunyai kehidupan yang berasingan, interaksi sesama mereka terbatas, penuh prasangka serta : bersama’ tetapi tidak bersatu
Sukar untuk satu masyarakat menerima kebudayaan masyarakat lain akibat perbezaan budaya yang diamalkan
J.S. Furnivall ( 19e48)- Masyarakat majmuk adalah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kelompok atau etnik yang berlainan yang berada di bawah satu sistem pemerintahan
Dalam konteks Malaysia- masyarakat merujuk kepada sekelompok manusia yang terkandung di dalamnya pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan sebagainya serta mempunyai kepelbagaian agama, adat resam dan budaya yang tersendiri
Masyarakat ini akan sentiasa berkembang, yang dapat dilihat dalam aspek kehidupan mereka seperti:
Masyarakat memburu dan mengumpul Masyarakt menternak dan bertani Masyarakat petani Masyarakat Industri Masyarakat Pasca Industri
Pergaulan bebas dan tidak berkelompok Struktur masyarakat dan kelas sosial Hubungan baik- dapat memupuk nilai persahabatan,
nilai ,kerjasama dan nilaimtoleransi di dalam bilik drajah
Wujudkan nilai-nilai penyayang atau caring di dalam jiwa murid dalam bilik darjah◦ Masalah tingkah laku yang tidak didingaini dapat dikurangkan
dan dibendung denganlebih berkesan◦ Murid golongan bawahan dapat bergaul dan berinteraksi
dengan murid golongan atasan tanopa mengira budaya dan masyarakat
◦ Satu suasana pembelajaran yang kondusif akan terbentuk
Akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara
Menaruh kepercayaan akan disertai oleh perasaan pasti atau kepastian terhadap perkara yang berkenaan
Dalam konteks psikologi bermaksud- suatu keadan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan memihak ( propositional attitude)
Dalam konteks agama-kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral atau dikenali sebagi akidah ataupun iman. Kepercayaan inilah yang akan membentuk nilai yang akan menjadi amalan dalam kehiduapan masyarakat
Kamus Dewan ( 1994)- kepercayaan merupakan keyakinan atau akuan mengenai kebenaran berlakunya sesuatu
Sesuatu yang dipercayai dan diterima secara turun temurun
Dedahkan kepada murid kepercayaan masyarakat lain supaya tidak timbul salah faham ketika proses pengajaran dan pembelajaran
BINCANGKAN KEPERCAYAAN DALAM MASYARAKAT MELAYU, CINA DAN INDIA?
Masyarakat Melayu◦ Masyarakat melayu dahulu banyak meninggalkan
pelbagai kepercayaan seperti pantang larang, tunjuk ajar dan nasihat yang masih berguna.
◦ Bertujuan untuk mendidik tetapi disampaikan secara halus supaya tidak menyinggung perasaan mereka yang ditegur
◦ Dapat memperkayakan adat dalam masyarakat
◦ Contoh: kepercayaan terhadap pawang ( waktu kecemasan) bomoh ( mentera dan jampi serapah atau seru)
–mentera dan manir, Mentera
perkataan sanskrit mantra atau manir kata-kata dalam kitab suci penganut Hindu, Veda. merupakan sejenis pengucapan yang berentak puisi yang
mengandungi unsur-unsur sihir bertujuan bagi mempengaruhi atau mengawal sesuatu
perkara untuk memenuhi keinginan penuturnya Mempunyai kuasa ghaib yang luar biasa yang
membeolehkan pembacanya mengawal seseorang atau alam semulajadi
◦ Contoh: Pantang larang
Melarang anak duduk di atas bantal- mendapat bisul Tujuan sebenar- kerana hendak menjaga bantal daripada
terkoyak tambahan pula tidak sopan tempat letak kepala dilakukan sedemikian rupa
Menjahit waktu senja- mata buta Sebenarnya menjaga kesihatan mata
Tidak boleh bersiul atau menyanyi di dapur- dapat suami tua sebenarnya untuk elakkan sebarang kecelakaan dan
supaya masakan lebih baik
Masyarakat Cina◦ Percaya bahawa alam semesta ini dikuasai oleh
semangat yang kekuatannya luar biasa.◦Beberapa semangat itu berada dan hidup di dalam
fenomena-fenomena alam seperti langit, matahari, tanah, air, tumbuh-tumbuhan, gunung dllFenomena alam ini diklasifikasikan kepada Yang dan Yin
Yang merupakan prinsip dasar untuk laki-laki, matahari, arah selatan, panasnya cahaya (siang) dan segala yang masuk keaktifannya.Yin adalah suatu prinsip seperti wanita, bulan, arah utara, dingin, gelap 9malam), dan segala yang bersifat pasif
◦ Masyarakat Cina percaya bahawa jade dapat memberi kekayaan dan keharmonian
◦ Feng-shui dikatakan akan memberi tuah dalam kehidupan
Masyarakat India◦ Kepercayaan masyarakat India dikaitkan dengan dewa-
dewi, unsur alam, unsur jahat seperti hantu, roh dan penunggu serta kesan-kesan negatif
◦ Sesiapa yang melanggar kepercayaan biasanya akan menerima nasib buruk atau kesan negatif
◦ Contoh: Perbuatan bersiul pada waktu malam akan megundang
ular masuk ke dalam rumah Bagi yang makan di tempat gelap pula- makanan mereka
akan dikongsi bersama oleh hantu, roh atau penunggu Jika pensel diasah di kedua-dua belah, maka ibu dan
bapa dalam keluarga berkenaan akan sentiasa bergaduh
Masyarakat primitif purba kala
◦ Kepercayaan animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul. Kepercayaan animisme mempercayai bahawa setiap benda di
bumi ini seperti kawasan tertentu, gua, pokok atau batu besar mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak menganggu manusia malahan membantu mereka dari semangat danroh jahat dan kehidupan seharian mereka
Semangat ini dikenali sebagai jin, mambang, roh, datuk, tuan dan penunggu
Masyarakat petani
◦ Percaya kepada semangat padi◦ Satu kepercayaan kuno yang diwarisi dari zaman animisme◦ Percaya setiap benda semangat yang mengawalnya◦ Kepercayaan ini terdapat meluas dalam kalangan kebudayaan
masyarakat yang menanam padi secar turun temurun dan tidak terhad epada orang melayu sahaja
◦ kepercayaan ini kian terhakis akibat daripada pendalaman akidah Islam dan juga perkembangan teknologi
◦ Kini kepercayaan terhadap semangat padi semakinpudar dan hanya diamalkan oleh golongan tua sahaja
Nilai dan kepercayaan saling berkait Kepercayaan memberi hala tuju manusia
tentang kehidupan Nilai merupakan prinsip-prinsip yang
menentukan apakah yang sesuai dan bermoral dalam sesebuah masyarakat
Nilai dalam masyarakat boleh mempengaruhi norma masyarakat tersebut
Nilai dalam masyarakat: etnosentrik- menilai budaya masyarakat lain berpandukan nilai, kepercayaan dan norma sendiri
Nilai relativisme- sesuatu budaya tidak boleh dinilai secara arbitrari dengan menggunakan nilai, kepercayaan dan norma sendiri
Nilai xenosentrisme – budaya masyarakat lain lebih baik daripada masyarakat sendiri
Tegasnya di dalam sesuatu bangsa, terdapat pelbagai kaum yang mempunyai kepercayaan masing-masing
Setiap kaum & etnik terdapat pelbagai kaum yang mempunyai kefahaman yang berasal dari zaman nenek moyang mereka dan masih diamalkan sehingga kini,
BAHASA Bahasa merupakan satu sistem komunikasi yang menggunakan bunyi atau simbol dengan pengertian yang tidak harus digunakan dengan sewenang-wenang, tetapi mempunyai struktur Alat menyalurkan idea Bahasa juga dapat membentuk kuantiti kelompok dan penyatuan dalam masyarakat Cole (1998 ) Bahasa adalah satu set simbol-simbol dan aturcara-aturcara yang disusun bersama denagn kaedah yang bermakna dan ditambah dengan sistem komunikasi yang kompleks Bersifat dinamik kerana bersesuaian engan kelompok masyarakat dan peredaraan masa Linguistik bahasa
Kajian tentang bahasa yang meliputi kajian tentang bunyi kepada analisis bentuk pertuturan ( sintaksis) dan tulisan Edward Sapir-Kebolehan manusia untuk berhubung atau melahirkan perasaan dan fikiranFerdinand de Saussure -ika dikaitkan dengan konsep bahasa sebagai alat perhubungan, linguistik mengkaji struktur bahasa, kerana struktur bahasa yang betul sahaja melahirkan fikiran yang betul
Bahasa juga mengalami perubahan – perlu untuk penyesuaian yang berlaku dalam organisasi sosial dan pola-pola peranan sosial dalam sesustu masysrakat
Ini adalah kerana terdapat pertembungan masyarakat dan budaya, penjajahan, peperangan, perpindahan, perubahan populasi, kelas sosial, etnik, umur seks, pekerjaan, penemuan baru ( kaedah, benda-benda, peralatan), pendidikan, penghijrahan, perdagangan, agama, status ekonomi dll
Bahasa menjadi alat komunikasi untuk manusia bekerjasama, melestarikan kebudayaan dan penerusan pemikiran
Pendapat lain tentang bahasaNababan
Sistem oerisyaratan (semiotik) yang terdiri daripada unsur isyarat dan hubungan antara unsur-unsur itu.: fonologi + morfologi +sintaksis = bahasa terbuka untuk penafsiran
ChomskyKebolehan inat ( semulajadi) penutur asli untuk membentuk
ayat yang gramatis sebagai ujaran sebenar pada waktu tertentu
De SaussurePola-pola umum dalam pertuturan sesuatu komuniti bahasa
Edward SapirSistem manusiawi yang instingtif ( yakni arbitrari) untuk
menyampaikan perasaan dan fikiran melalui alat sistem simbol yang dikeluarkan secara voluntari
Bahasa mempunyai kepelbagaian fungsi dalam masyarakat”◦ Untuk memenuhi pelbagai tujuan untuk
menggambarkan suasana atau menyampaikan maklumat antara penutur dan pendengar (komunikatif)
◦ Supaya pendengar menyambut (apelatif)◦ Untuk menyatakan perasaan ( akspresif)◦ Menaakul kebijaksanaan (kognitif)◦ Terdapat unsur dialek yang mempengaruhi
bahasa yang digunakan
Orang melayu – Guna bahasa melayu dan ada dialek mengikut negeri-negeri yang membezakannya
Orang India- bahasa Tamil dari taaaaaamil Nadu
Orang Cina- ikut kumpulan penutur◦ Kumpulan Pulau Pinang & melaka – bahasa
Hokkien◦ Kumpulan Kuala Lumpur, Seremban dan Ipoh –
Kantonis dan Hakka◦ Malaysia Timur – bahasa Hakka & Mandarin
Sibu – Bahasa Foochow Sandakan - Kantonis
Di Selatan Semenanjung Malaysia – Johor- bahasa Mandrin kesan daripada Singapura dan pendidikan formal
Generasi muda Orang Cina menyisihkan penggunaan dialek-dialek Cina yang lain seperti Teochew & Kantonis
Aktiviti: ◦ Pertandingan◦ Perbahasan.◦ Syarahan◦ Pidato
Wujudkan Sekolah Wawasan –◦ interaksi murid pelbagai keturunan – ◦ bahasa kebangsaan◦ Memahami budaya, bahasa serta pemikiran rakan
dari kaum lain
Satu cara yang telah ditentukan untuk melakukan sesuatu yang telah diakui oleh masyarakat
Amalan yang piawai, iaitu adat dan kelaziman yang diharapkan daripada anggota masyarakat
Mempunyai isbat kepada pelaku sama ada positif atau negatif
Diwarisi sejak turun temurun oleh masyarakat melayu, Cina dan India
Kaum berbeza- - adat berbeza Murid- murid dapat mempelajari adat resam
secara formal melalui topik budaya
Terdapat pelbagai adat resam dari pelbagai kaum
Telah diamalkan dan masih relevan dan dapat diterima oleh masyarakat umum dan generasi muda
Adat resam yang masih diamalkan oleh◦ Orang Melayu
Melenggang perut Meminang dan bertunang Kematian Bersunat bercukur jambul
◦ Orang Cina Kelahiran Kenduri selepas kelahiran Mencukur rambut
◦ Orang India Sewaktu mengandung – Adat Valaikaappu, Suulkaappu Semasa bersalin – bisikan nama Tuhan – Gayatii
Mantiram Upacara potong kek Menyapu madu pada lidah bayi Potongan tali pusat
Butler dan Manning (1998) The term gender describes masculinity and
femininity- the thoughts, feelings, and behaviour that identify one as either male or female”
Ada prsamaan antara lelaki dan perempuan, guru harus mengenal pasti dan merancang pengalaman pembelajatan bersesuaian dengan jantina
Faktor jantina turut mempengaruhi pembentukan iklim di dalam bilik darjah
“
Peranan guru bertanggung jawab ◦ untuk mengetahui pengaruh jantina terhadap
pembelajaran◦ Memberi peluang murid lelaki dan perempuan bergaul
dengan lebih tertib, bertanggungjawab, menghormati perbezaan yang wujud dari segi jantina
◦ Menjelaskan tanggungjawab tentang kepercayaan mengenai lelaki da perempuan yang begiti stereotaip
◦ Perancangan aktiviti perlu mengambil kira aspek perbezaan invdividu – akan memberi kesan dan dapat memotivasikan murid ketika P & P
Lelaki secara fitrahnya – bersikap keras dan agresif
Perempuan- lumrahnya bersopan sntun dan berhemah, lebih cepat matang
Terdapat kepelbagaian sosio budaya dalam masyarakat majmuk di negara kita.
Masalah yang timbul perlu sepeti perbezaan pencapaian murid, jurang sosial dalam masyarakat, pengekalan identiti bangsa, monopoli kumpulan tertentu, masalah menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat yang berbeza dan bersikap prasangka sesama ahli masyarakat
Membolehkan pendidik memahami serta mengenali perbezaan budaya antara sesuatu kaum dalam kalangan murid
Perpaduan dapat diwujudkan dalam kalangan warga sekolah
Dapat merapatkan jurang sosio ekonomi yang berbeza
Pencapaian murid dapat dibezakan melalui perbezaan kaum, jantina, taraf hidup dan latar belakang keluarga
TERIMA KASIH
top related