teorikognitif kump 3

Post on 27-Dec-2015

110 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

psikologi

TRANSCRIPT

PEMBELAJARAN Dan Kognisi KpP6074

Dr. Nik Azmah Nik Yusuff

TEORI YANG DIASASKAN OLEH VYGOTSKY/PIAGET MELIBATKAN

PERKEMBANGAN KANAK2 DAN REMAJA

Teori Belajar Kognitif

AHLI KUMPULAN 31.HASNI 2.LAURAH MARKUS3.RAMLE 4.ZAINAL ANDI5.VERAWATI WAHID

PENGENALAN Kemahiran Kognitif kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat,

memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing.

melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain.

Perkembangan kognitif memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat.

Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak.

Perkembangan kemahiran adalah berasaskan perubahan stuktur mental kanak-kanak yang melibatkan bahasa, imaginasi, mental, fikiran, penaakulan dan penyelesaian masalah kemahiran mengingat.

Perkembangan kemahiran adalah berasaskan perubahan stuktur mental kanak-kanak yang melibatkan bahasa, imaginasi, mental, fikiran, penaakulan dan penyelesaian masalah kemahiran mengingat.

teori perkembangan kognitif dipelopori oleh tokoh yang tidak asing lagi bagi kita semua iaitu Jean Piaget dan Lev Vygotsky.

Teori-teori ini telah memainkan peranan penting di dalam membantu memahami cara kanak-kanak berfikir dan bagaimana guru boleh memainkan peranannya di dalam perkembangan kognitif kanak-kanak dimana teori ini memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak.

JEAN PIAGET (1896 – 1980)

Jean Piaget dilahirkan di Neuchatel iaitu di Switzerland pada Ogos 1896 dan meninggal dunia pada September 1980.

ahli psikologi kanak-kanak yang terkenal. Pada pandangan beliau, minda boleh berkembang,

berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran.

Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi yang mula diceburi oleh Piaget setelah beliau bekerja dengan Binet untuk membentuk ujian kecerdasan mental.

Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget Kanak-kanak akan melalui peringkat

perkembangan yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza

Persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, tetapi kanak-kanak yang membina persekitarannya

Konsep Asas Berhubung Teori Kognitif PiagetKonsep Takrif

Skemata Struktur kognitif yang berubah untuk mengadaptasikan maklumat baru.

Asimilasi Penerimaan maklumat baru sebagai selaras dengan skemata sedia ada.

Akomodasi Pengubahsuaian skemata yang ada bagi menerima maklumat baru.

Keseimbangan Gabungan proses asimilasi dan adaptasi yang membantu dalam keseimbangan terhadap pengetahuan, kepercayaan dan pengalaman.

Umur Peringkat Cara Berfikir

0-2 tahun

Deria motor

Mengguna deria motor dan deria yg lain meninjau dan memahami persekitaran

2-7 tahun

Praoperasi Berfikir secara simbolik utk menyelesaikan masalah tetapi pemikiran masih tidak logik dan mudah diperdaya oleh persepsi yg berlainan.

Peringkat Perkembangan Kognitif Mengikut Jean Piaget

7-11 tahun

Operasi konkrit

Berfikir secara logik dan konkrit. Boleh selesai masalah secara cuba-jaya

12 tahun ke atas

Operasi formal

Berfikir secara abstrak konsep hipotetikal dan akibat jangka panjang sesuatu aksi.

sambungan…..

TEORI PERKEMBANGAN VYGOTSKY

LATARBELAKANG

Vygotsky lahir pada 17 November 1896 di Orsha,

Moscow, Russia.

Membesar dalam sebuah keluarga kelas pertengahan.

Beliau merupakan pelajar yang baik dan sering digelar

sebagai ‘ professor kecil’ kerana selalu memimpin

perbincangan mahasiswa pada topik berkenaan falsafah

atau budaya, teater dan sastera.

Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky• Teori Perkembangan kognitif berkait rapat dengan konstruktivisme.

• Teori Konstruktivisme mencadangkan bahawa manusia membina

pemahaman dan pengetahuannya sendiri tentang dunia di

sekelilingnya dengan mengalami dan membuat refleksi ke atas

pengalaman tersebut.

• Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang

diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina

pengetahuan baru

ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL• Zon perkembangan proksimal merupakan idea Vygotsky yang paling

dikenali.

• Vygotsky menerangkan tentang kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan

oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang-

orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.

• Dalam zon perkembangan proksimal terdapat had atas dan had bawah.

Had atas ialah Kemahiran yang boleh dicapai dengan bantuan individu yang

lebih mahir manakala had bawah bermaksud kemahiran yang telah dicapai

sendiri oleh kanak-kanak.

ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL • Konsep perancah (scaffolding) juga merupakan teori yang diasaskan oleh

Vygotsky. Scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang

diberikan dan berkait rapat dengan zon perkembangan proksimal.

• Mengikut Haliza Hamzah dan Joy N.Samuel (2010), konsep ini merujuk

kepada bimbingan yang diberi oleh seorang dewasa dalam proses

pengajaran dan pembelajaran melalui soalan-soalan dan interaksi.

• Bimbingan diberikan kepada pelajar dalam mempelajari kemahiran baharu,

namun bimbingan yang diberi dikurangkan sehingga pelajar boleh

menguasai sesuatu kemahiran.

CONTOH AKTIVITI

Tema : Diri Saya (Anggota Badan) Pra Sekolah Aktiviti:

1) Susun bentuk menjadi anggota badan

2) Puzzle

3) Padankan gambar dengan deria ikut fungsi

Bahan yang digunakan dalam aktiviti

Bahan yang digunakan dalam aktiviti

Bahan yang digunakan dalam aktiviti

Set Induksi

Aktiviti Kumpulan Mata

Aktiviti Kumpulan Hidung

Aktiviti Kumpulan Mulut

Hasil Kerja Murid

Hasil Kerja Murid

PERBANDINGAN TEORI JEAN PIAGE DAN TEORI LEV

VYGOTSKYJEAN PIAGE

Terdapat penghujung kepada perkembangan kognitif iaitu dari kanak-kanak kepada dewasa.

Kanak-kanak bertindak dengan cara sendiri dalam pembelajaran

Kanak-kanak berfikir secara solo

Aktiviti ‘Hands on’ membantu pembelajaran kanak-kanak

Kanak-kanak membina pengetauan sendiri.

LEV VYGOTSKY

Perkembangan kognitif: Pembelajaran bermula sejak lahir sehingga meninggal dunia

Perkembangan social mempengaruhi perkembangan kognitif

Kanak-kanak distruktur (scaffolded) oleh orang dewasa atau rakan iaitu mereka yang lebih berupaya

KEKUATAN DAN KELEMAHAN TEORI JEAN

PIAGETKEKUATAN

menyediakan anggaran berguna kepada perkembangan kanak-kanak dan beberapa garis panduan untuk pendidikan. (Beilin, 1992).

KELEMAHAN

Proses perkembangan tidak setelus seperti mana yang diramalkan ole Piaget. (Santrock, 2008).

Sesetengah kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk belajar sesuatu bahan pada peringkat lanjutan dan ada yang mungkin tidak secara automatik membangunkan berfungsi operasi formal. (Vianna, 2006).

Beliau secara drastic memandang rendah faktor sosial dalam perkembangan kognitif. (Erdener, 2009).

KEKUATAN DAN KELEMAHAN TEORI VYGOTSKY

KEKUATAN Penerangan Vygotsky

terhadap jurang antara individu dan masyarakat sebagai sebahagian daripada hubungan antara perkembangan kognitif dan pembelajaran kekal penting dalam pendidikan (Miller, 1983)

Teori beliau mempertimbangkan perbezaan budaya yang mana menyokong kebolehgunaannya merentas budaya. (Miller, 1983)

KELEMAHAN Tidak dapat menjelaskan

peringkat perkembangan kanak-kanak

Tidak dapat menerangkan bagaimana tahap kognitif memberi kesan kepada keupayaan untuk mengintegrasi dan mengasimilasi nilai-nilai yang wujud dalam sosialisasi (Vienna, 2006)

KESIMPULAN

Banyak pemahaman konseptual Vygotsky mengenai perkembangan tidak dapat menghubungkan teori Piaget dengan muktamad dan juga sebaliknya. Mungkin sintesis antara kedua-dua konsep ini dapat menunjukkan perspektif yang lebih menyeluruh dan berkesan untuk menerangkan perkembangan manusia berbanding melihat kepada perbandingan antara teori, yang mana jauh lebih menyeluruh daripada teori itu sendiri.

top related