tahap penggunaan forum e-pembelajaran di … filetahap penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan...
Post on 28-May-2019
239 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TAHAP PENGGUNAAN FORUM E-PEMBELAJARAN DI KALANGAN
PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN MULTIMEDIA (SPK, SPP DAN SPT)
FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ANILI FASHA BINTI MAHADI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
id10662937 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : TAHAP PENGGUNAAN FORUM E-PEMBELAJARAN DI KALANGAN
PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN MULTIMEDIA
(SPK, SPP DAN SPT) FAKULTI PENDIDIKAN, UTM
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya : ANILI FASHA BINTI MAHADI
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1 Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar
yang dipersetujui kelak. 5. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi
pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/
badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :
No. 39 Jalan Pinang Kuning 12,
Taman Sayong Pinang,
Bandar Tenggara, 81440, Johor
Tarikh : 25 APRIL 2008 Tarikh : 25 APRIL 2008
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
EN. MOHD NIHRA HARUZUAN
B. MOHAMAD SAID
�Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)�.
Tandatangan :
Nama Penyelia : EN. MOHD NIHRA HARUZUAN B. MOHAMAD SAID
Tarikh : 25 APRIL 2008
TAHAP PENGGUNAAN FORUM E-PEMBELAJARAN DI KALANGAN
PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN MULTIMEDIA (SPK, SPP DAN SPT)
FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ANILI FASHA BINTI MAHADI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Matematik)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2008
i
�Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya�.
Tandatangan :
Nama Penulis : ANILI FASHA BINTI MAHADI
Tarikh : 25 APRIL 2008
ii
DEDIKASI
Buat semua ahli keluarga tersayang...
Terima kasih atas doa, nasihat dan sokongan yang diberikan
Sepanjang pengajianku di UTM
iii
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia tesis saya iaitu
En. Mohd Nihra Haruzuan B. Mohamad Said atas bimbingan, dorongan serta tunjuk
ajar beliau sepanjang proses menyiapkan tesis ini.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua rakan seperjuangan,
pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia Fakulti Pendidikan (SPK, SPP dan SPT) atas
kerjasama penuh serta bantuan mereka melengkapkan borang soal selidik yang
diedarkan.
Penghargaan turut dirakamkan kepada semua rakan sepengajian yang sentiasa
memberi bantuan dan sokongan sepanjang menyelesaikan tesis ini.
Sekian, terima kasih.
iv
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap penggunaan forum e-pembelajaran
di kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPP dan SPT) Fakulti
Pendidikan UTM serta masalah yang dihadapi pelajar semasa menggunakan forum e-
pembelajaran. Seramai 69 orang responden yang terdiri daripada pelajar tahun akhir
Jabatan Multimedia (SPK, SPP dan SPT) Fakulti Pendidikan UTM telah terlibat
dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri daripada set soal
selidik yang mengandungi 37 item. Item terdiri daripada 30 soalan yang
menggunakan Skala Likert dan 4 soalan terbuka. Statistik deskriptif digunakan di
mana data dianalisis bagi mencari frekuensi, peratusan dan min. Data dianalisis
menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science v15.0 for
Windows). Purata taburan peratus dikelaskan kepada tiga tahap iaitu tinggi,
sederhana dan rendah. Nilai alpha adalah 0.991. Hasil kajian mendapati tahap
penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan pelajar adalah pada tahap sederhana
di mana min keseluruhan adalah 3.51.
v
ABSTRACT
The purpose of this study is to determine the application of e-learning forum
among the final year students of Multimedia Department (SPK, SPP and SPT)
Faculty of Education UTM and also problems faced by the students in using e-
learning forum. 69 respondents were chosen among the final year student of
Multimedia Department (SPK, SPP and SPT) Faculty of Education UTM. Sets of
questionnaires consist of 37 items were used in this study. 30 items were based on
Likert�s Scale and 4 items were open ended questions. Descriptive statistics in term
of frequency, percentage and min were used. SPSS (Statistical Package for Social
Science v15.0 for Windows) was used in order to analysed the data. The percentages
were ranked into three stages namely high, medium and low. The value of alpha is
0.991. The analysis of the data revealed that the application of the forum in e-
learning is at a medium level which is 3.51 total mean score.
vi
KANDUNGAN
BAB PERKARA
HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN DIRI ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 5
1.7 Batasan Kajian 6
vii
1.8 Definisi Istilah 6
1.8.1 Forum 7
1.8.2 Tahap 7
1.8.3 Faktor 7
1.8.4 Pengaruh 8
1.8.5 Efektif 8
1.8.6 E-learning 8
1.8.7 Pelajar 9
1.8.8 Perbincangan Asynchronous 9
1.9 Penutup 10
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Pembelajaran Online 11
2.3 E-pembelajaran Berbeza daripada Pembelajaran Konvensional 13
2.4 Forum E-pempelajaran 14
2.5 Forum E-learning UTM 15
2.6 Perbincangan dan Teknologi Asynchronous 16
2.7 Faktor-faktor Perbincangan yang Efektif 17
2.7.1 Pengajar atau Pensyarah sebagai Fasilitator 17
2.7.2. Beri Masa Memahirkan Pelajar dengan
Computer Mediated Communication (CMC) 17
2.7.3 Menyediakan Suasana yang Mesra 18
2.7.4 Perbincangan yang Mempunyai Pnaduan Jelas 18
2.7.5 Forum yang Bertujuan dan Kolaboratif 18
2.7.6 Perbincangan yang Berstruktur 19
2.7.7 Kawalan Masa 19
2.7.8 Maklumbalas Pensyarah 20
2.7.9 Penilaian 20
viii
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 21
3.2 Rekabentuk Kajian 22
3.3 Tempat Kajian 23
3.4 Populasi dan Persampelan 23
3.5 Instrumen Kajian 24
3.5.1 Bahagian A � Demografi 24
3.5.2 Bahagian B � Tahap Penggunaan Forum E-learning 24
3.5.3 Bahagian C � Masalah yang Dihadapi Semasa
Menggunakan Forum E-learning 25
3.6 Kajian Rintis 27
3.7 Prosedur Kajian 27
3.8 Analisa Data 28
3.9 Penutup 30
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 31
4.2 Analisis Data 32
4.2.1 Analisis Bahagian A 32
4.2.2 Dapatan Persoalan Kajian 1 34
4.2.3 Dapatan Persoalan Kajian 2 41
4.2.4 Analisis Soalan Terbuka 46
4.3 Penutup 51
ix
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 52
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 53
5.2.1 Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian 1 53
5.2.2 Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian 2 54
5.2.3 Perbincangan Dapatan Soalan Terbuka 56
5.3 Rumusan 57
5.4 Cadangan 58
5.4.1 Pihak Universiti / Jabatan Multimedia Fakulti
Pendidikan 58
5.4.2 Pensyarah 59
5.4.3 Pelajar 59
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 59
5.6 Penutup 60
BIBLIOGRAFI 61
LAMPIRAN 65
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK
HALAMAN
3.1 Pecahan item mengikut bahagian 22
3.2 Pecahan responden mengikut kursus 23
3.3 Skala Likert 25
3.4 Taburan item soal selidik 26
3.5 Pekali Alpha Cronbach 27
3.6 Pengkelasan skala lima mata kepada skala tiga mata 28
3.7 Tahap nilai peratusan 29
3.8 Tahap penilaian dan julat min skor 29
4.1 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina 33
4.2 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut kursus 33
4.3 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut bangsa 34
4.4 Data analisis frekuensi, peratusan dan min bagi persoalan kajian 34
4.5 Data analisis frekuensi, peratusan dan min bagi persoalan kajian
(Masalah Dalaman) 41
4.6 Data analisis frekuensi, peratusan dan min bagi persoalan kajian
(Masalah Luaran) 44
4.7 Taburan purata min mengikut masalah yang dihadapi oleh pelajar
tahun akhir Jabatan Multimedia (SPP, SPK dan SPT) Fakulti
Pendidikan, UTM semasa menggunakan forum e-learning 46
4.8 Data analisis frekuensi dan peratusan bagi item 31 47
4.9 Data analisis frekuensi dan peratusan bagi item 32 48
4.10 Data analisis frekuensi dan peratusan bagi item 33 49
xi
4.11 Data analisis frekuensi dan peratusan bagi item 34 50
xii
SENARAI SINGKATAN
SPSS - Statistical Package for Social Science
SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)
SPK - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
SPT - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
AS - Amat setuju
S - Setuju
TP - Tidak Pasti
TS - Tidak Setuju
ATS - Amat Tidak Setuju
SMS - Short Messaging System
IPT - Institusi Pengajian Tinggi
xiii
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkembangan teknologi maklumat di negara Malaysia kini semakin pesat.
Sektor teknologi maklumat dan komunikasi data telah mengalami evolusi yang
begitu pantas. Telah menjadi suatu keperluan kepada dunia pendidikan negara untuk
mengaplikasikan kaedah pembelajaran secara elektronik yang lebih dikenali sebagai
e-pembelajaran ataupun e-learning. Kementerian Penerangan Malaysia juga turut
mengakui bahawa e-learning merupakan suatu kaedah pembelajaran yang berkesan.
Cikgu.Net adalah portal pendidikan pertama yang berjaya ditubuhkan di negara kita.
Laman web portal yang banyak membantu masyarakat pendidik ini telah dilancarkan
pada bulan Mac 2000 oleh syarikat MIMOS Berhad.
E-pembelajaran boleh didefinisikan sebagai pendekatan kepada pengajaran
dan pembelajaran yang menggunakan teknologi Internet untuk proses komunikasi
dan kolaborasi di dalam konteks pendidikan (Blackboard, 2000). Menurutnya lagi,
ini termasuklah teknologi yang melengkapkan amalan pembelajaran dalam kelas
secara tradisional dengan komponen-komponen berasaskan web dan persekitaran
pembelajaran secara online ataupun maya.
Melalui pembelajaran secara elektronik, pengguna juga dibekalkan dengan
kemudahan berkomunikasi secara online. Menurut wikipedia, forum Internet adalah
suatu aplikasi web yang mengendalikan perbincangan dan menerima serta
memaparkan pendapat yang dihantar pengguna. Forum merujuk kepada seluruh
komuniti atau sebahagiannya berbincang mengenai topik tertentu. Mesej atau
pendapat yang dihantar pengguna ini kemudian akan dipaparkan samada secara
kronologi iaitu mengikut susunan waktu ataupun bersambungan atau berterusan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Ledakan perkembangan laman web dan persekitaran pembelajaran maya
telah membawa banyak faedah kepada dunia pembelajaran universiti. Pembelajaran
secara online memberikan banyak manfaat dan faedah kepada sistem pendidikan
pada peringkat pengajian tinggi (Benfield, 2002). Ini termasuklah meningkatkan
kemahiran komunikasi antara pelajar serta antara pelajar dengan fakulti. Selain itu,
dikatakan juga dapat mengadakan suasana pembelajaran berpusatkan pelajar.
Pembelajaran asynchronous bermaksud tidak berlaku pada masa yang sama. Ini
bermakna, pensyarah dan pelajar tidak berinteraksi antara satu sama lain bersama
dengan kandungan kursus pada masa yang sama. (Faizal et.al.,2002). Di dalam
perbincangan secara asynchronous ini, pengguna berupaya untuk berkomunikasi
sesama sendiri tanpa perlu berada di tempat dan masa yang sama
Universiti Teknologi Malaysia turut tidak ketinggalan dalam memberikan
kemudahan kepada warganya menjalankan semua urusan kampus secara elektronik.
UTM secra rasmi diisytiharkan sebagai Cyber Campus pada tahun 1997. Selaras
dengan itu, setiap pelajar yang berdaftar diberi kemudahan untuk membuat akses
kepada subjek masing-masing pada bila-bila masa dan dari mana-mana tempat.
Segala maklumat matapelajaran, bahan kuliah, tugasan dan perbincangan boleh
diakses melalui kemudahan rangkaian komputer universiti.
2
Lazimnya di peringkat universiti, pelajar akan mengikuti kuliah mereka di
dalam kelas secara beramai-ramai yang dikendalikan oleh pensyarah mereka. Kuliah
merupakan kaedah yang biasa digunakan kerana kaedah ini mampu menampung
bilangan pelajar yang besar. Justeru kuliah biasanya dianggap membosankan
berikutan pendekatan pengajarannya yang berlaku secara sehala sahaja (Sulaiman,
2003). Sistem pembelajaran tradisional memperuntukkan ruangan kerja yang terhad
iaitu hanya di sekitar bilik kuliah (Ishak et.al., 2002). Dalam suasana ini, pelajar
cuma berhubung dengan rakan sekuliah mereka dan pensyarah yang mengajar.
Ruangan yang terhad ini hanya boleh diperluaskan jika pelajar itu sendiri mempunyai
initiatif untuk meluaskan jaringan hubungan mereka.
Apa yang pasti, projek e-learning UTM telah memberikan berbagai-bagai
kemudahan kepada warga kampusnya terutama sekali kepada para pelajarnya. Antara
faedah penting yang pelajar perolehi adalah kemudahan komunikasi. Wujud ruang
untuk pelajar berbincang bersama rakan sekuliah mereka ataupun bersama pensyarah
melalui forum, emel ataupun chat. Bagi kemudahan forum, terdapat pelbagai jenis
forum yang boleh berlangsung. Ini termasuklah forum di antara pengajar sahaja,
forum berita, forum yang terbuka kepada semua dan satu thread bagi seorang
pengguna. Format paparan bagi perbincangan juga adalah pelbagai. Perbincangan
boleh dipaparkan mengikut format nested, threaded, flat atau oldest or newest first.
Di dunia pembelajaran universiti, wujud pelbagai golongan pelajar yang
berbeza cara serta pendekatan mereka dalam mencari ilmu. Pengajaran dikatakan
seni kerana mengambilkira perbezaan individu dan keperluan pelajar yang berbeza-
beza di dalam kelas (Sulaiman, 2003). Oleh itu, kaedah pembelajaran maya dalam
talian ataupun forum ini memperuntukkan ruang untuk pelajar-pelajar berkomunikasi
serta mengutarakan pandangan atau pendapat mereka. Semasa perbincangan di
dalam forum, pelajar mempunyai fleksibiliti untuk memberi sumbangan pendapat
kepada perbincangan yang disertainya pada masa dan tempat yang sesuai bagi
mereka (Benfield, 2002). Mereka juga diberikan tempoh untuk mempertimbangkan
pendapat mereka ataupun pendapat pelajar lain. Kaedah perbincangan inilah yang
dilihat dapat menjadi alternatif kepada kaedah pembelajaran secara interaksi
bersemuka antara pensyarah dan pelajar atau pelajar dengan pelajar di peringkat
pengajian tinggi.
3
1.3 Penyataan Masalah
Pihak UTM telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada warga
kampusnya bagi memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran mereka. Apa
yang pasti, e-learning telah menyediakan ruangan forum sebagai tempat
penggunanya mengutarakan pandangan, pendapat serta melakukan perbincangan
secara dalam talian. Sejauh manakah pelajar mengguna serta memanfaat kemudahan
forum perbincangan yang disediakan melalui e-learning. Oleh yang demikian,
pengkaji berminat untuk mengetahui tahap penggunaan forum e-pembelajaran di
kalangan pelajar. Selain itu, pengkaji juga ingin mengenalpasti masalah yang
dihadapi pelajar tahun akhir di bawah Jabatan Multimedia fakulti Pendidikan dari
kursus SPP, SPK dan SPT semasa menggunakan forum e-pembelajaran.
1.4 Objektif Kajian
Dalam kajian ini, objektif adalah seperti berikut:
1.4.1 Mengenalpasti tahap penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan pelajar
tahun akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPP dan SPT) Fakulti Pendidikan
UTM.
1.4.2 Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar tahun akhir Jabatan
Multimedia (SPK, SPP dan SPT) Fakulti Pendidikan UTM semasa
menggunakan forum e-pembelajaran.
4
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah tahap penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun
akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPP dan SPT) Fakulti Pendidikan UTM?
1.5.2 Apakah masalah yang dihadapi oleh pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia
(SPK, SPP dan SPT) Fakulti Pendidikan UTM semasa menggunakan forum
e-pembelajaran?
5
top related