sintaksis
Post on 19-Dec-2015
54 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
BML 3063
SINTAKSIS BAHASA MELAYU
TAJUK TUGASAN : ANALISIS AYAT BAHASA MELAYU.
0
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya, tugasan ini dapat
disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat sokongan dan
bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam membantu saya sehingga
berjaya.
Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu
dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan
yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan.
Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini.
Sekian, terima kasih.
1
Kandungan
Perkara Muka surat
1.0 Pendahuluan 3
2.0 Tujuan 3
3.0 Bidang 3
4.0 Bahan 4
5.0 Kaedah 4
6.0 Konsep 5
7.0 Analisis 11
8.0 Penutup 13
Bibliografi 14
Lampiran I(a – d) 15
Lampiran II 29
2
1.0 Pendahuluan
Analisis pembinaan ayat atau sintaksis merupakan proses pengkajian bagaimana
serangkai perkataan yang disusun menjadi frasa seterusnya membentuk klausa sebelum menjadi
sebuah ayat yang lengkap. Ayat yang lengkap menghasilkan makna yang membolehkan
kelangsungan komunikasi di dalam sesebuah masyarakat. Aspek analisis sintaksis dilaksanakan
dengan melihat unsur-unsur sintaksis berpadu yang menjadi frasa dan ayat. Binaan sintaksis
dianalisis dengan melihat bagaimana pola-pola sintaksis dikembangkan bersama fungsinya.
2.0 Tujuan
Tujuan analisis ini adalah untuk menganalisis jenis binaan ayat sama ada dari ayat
tunggal, ayat majmuk dan memahami fungsi serta jenis-jenis pola tersebut. Agar mampu
meneguhkan ilmu linguistik yang merupakan satu cabang hukum tatabahasa yang akhinya akan
menentukan identiti bahasa itu sendiri.
3.0 Bidang
Analisis ini memfokuskan kepada elemen sintaksis di dalam teks berdasarkan analisis
ayat tunggal, ayat majmuk dan subjenis yang terdapat di dalamnya.
3
4.0 Bahan
Teks diperolehi daripada Utusan Malaysia, rabu, bertarikh 26 nonember 2014 bertajuk
Diseksa nenek sendiri yang tersiar di ruangan Utusan Malaysia Mega. Khalayaknya merupakan
pembaca yang tahu berbahasa Melayu.
5.0 Kaedah
Analisis akan dilaksanakan dengan menyaring keluar ayat-ayat tunggal dan ayat-ayat
majmuk dan mengenalpasti bentuknya dan melakukan analisis peratusan terhadap ayat-ayat
tersebut yang dijumpai di dalam teks analisis. Ayat akan dicerakin dan direkodkan di dalam tiga
jadual seperti Jadual Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk, Jadual Analisis Ayat Tunggal dan Jadual
Analisis Ayat Majmuk dan perincian subjenis serta peratusan masing-masing.
Analisis ini adalah bersifat kuantitatif di mana bahan telah diambil daripada surat khabar
Utusan Malaysia. Ayat akan dianalisis sepenuhnya terdapat dalam Lampiran 1. Analisis meliputi
empat jadual iaitu Jadual Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk, Jadual Analisis Ayat Tunggal, Jadual
Analisis Ayat Majmuk, dan Jadual Jenis Ayat. Perincian jenis dan subjenis serta peratusan
masing-masing juga dilakukan.
4
6.0 Konsep
Ayat tunggal pada dasarnya ialah ayat yang mempunyai ciri yang sama dengan ayat
dasar. Kedua-dua ayat mempunyai elemen satu klausa yang ketara iaitu satu subjek dan satu
predikat. Namun, ayat tunggal dibezakan dengan ayat dasar dengan kebolehannya menerima
kehadiran unsur keterangan pada bahagian subjek atau predikatnya. Selain itu, ayat tunggal juga
boleh disongsangkan kedudukan subjek dan predikatnya.
Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob dan Zulkifli Osman(2006)
menyebut ayat tunggal dan ayat dasar merupakan satu perkara yang sama sebab ia dibentuk
berdasarkan bilangan subjek dan predikat yang paling asas dan semestinya terdiri daripada satu
subjek dan satu predikat.
Abdullah Hassan di dalam buku Linguistik Am (2007) mendefinisikan ayat dasar oleh
para ilmuwan bahasa seperti Arbak Othman dan Asmah Hj Omar serta penggarisan konsep ayat
dasar oleh Tatabahasa Dewan. Arbak Othman membahagikan ayat dasar kepada beberapa
bahagian seperti di bawah:
a) Subjek nama + predikat nama (FN + FN)
b) Subjek nama + predikat sifat (FN + FAdj)
c) Subjek nama + predikat kopula (FN + FPemeri)
d) Subjek nama + predikat rangkai kata depan (FN + FSn)
e) Subjek nama + predikat kata kerja tak transitif (FN + FKttr)
f) Subjek nama + predikat kata kerja transitif (FN + Ftr)
5
Asmah Hj Omar pula menulis di dalam Nahu Melayu Mutakhir edisi ke-4 meringkaskan
ayat dasar kepada dua pola sahaja iaitu:
a) Frasa benda + frasa benda
b) Frasa benda + frasa karyaan
Sementara Tatabahasa Dewan 1981 menggariskan pola ayat dasar iaitu:
a) Frasa nama + frasa nama
b) Frasa nama + frasa adjektif
c) Frasa nama + frasa kerja
d) Frasa nama + frasa sendi nama
Manakala ayat majmuk pula merupakan rangkuman ayat-ayat tunggal sehingga
menghasilkan ayat-ayat baru yang terdiri daripada dua atau lebih klausa. Secara umumnya, ayat
majmuk merupakan gabungan dua ayat tunggal yang lengkap dan disatukan menjadi sebuah ayat
yang bermakna. Jika ayat tunggal mempunyai satu klausa iaitu satu predikat dan satu subjek
maka ayat majmuk mempunyai lebih daripada dua klausa sekurang-kurangnya.
Za’aba atau Zainal Abidin bin Ahmad (2000: 279) memakai istilah ayat berlapis, ayat
berkait dan ayat bercampur untuk sebagai definisi ayat majmuk. Asmah Hj Omar (1973 : 58)
pula menyatakan ayat majmuk sebagai klausa kompleks yang terbahagi kepada dua iaitu klausa
kompleks yang terbentuk daripada penggabungan dan pelapisan. Beliau kemudian
membahagikannya sebagai klausa kompleks tak setara dan klausa kompleks setara.
Abdullah Hassan (1993 : 201) telah memecahkan ayat majmuk kepada dua iaitu ayat
majmuk setara dan ayat majmuk bertingkat. Sementara Arbak Othman (1989 : 172)
membahagikan ayat majmuk kepada ayat berlapis dan ayat berkait. Bagaimanapun dirumuskan
6
oleh Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob dan Zulkifli Osman (2006) juga
dipersetujui oleh Nik Safiah Karim bahawa ayat majmuk dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
1. Ayat Majmuk Gabungan
Ayat majmuk gabungan ialah pencantuman dua ayat atau lebih dengan susunan tertentu
sehingga terbentuknya satu ayat yang baharu. Ayat-ayat ini dihubungkan dengan penggunaan
kata hubung tertuntu ataupun hanya dengan tanda koma. Ayat-ayat yang tercantum itu perlulah
mempunyai kedudukan yang setara iaitu kedua-duanya boleh berdiri sendiri. Secara ringkasnya,
ayat majmuk gabungan merupakan gabungan dua ayat tunggal yang lengkap klausanya dengan
menggunakan kata hubung yang tertentu.
Bagi melengkapkan makna ayat majmuk gabungan sehingga menjadi ayat yang gramatis,
penggunaan kata hubung yang menjunjung makna yang tepat digunakan. Jadual di bawah
menunjukkan makna dan contoh kata hubung sebagai alternatif kepada penggunaan parataksis di
dalam ayat.
Makna Contoh Kata Hubung
Penjumlahan …dan, serta, juga,
Pilihan …atau
Urutan …lalu, lantas, terus
Penambahan …dan, serta, tambahan pula
Penyertaan …sambil, serta, seraya
Pertentangan …tetapi, namun, melainkan
Peluasan …tambahan pula, dan, serta
7
Namun terdapat kelonggaran di dalam penghasilan ayat majmuk gabungan iaitu
seandainya ia melibatkan dua unsur yang sama di dalam pembinaan ayat tersebut maka unsur
yang sama digugurkan dan sekiranya unsur yang berbeza digunakan maka unsur yang sedia ada
tidak dibuang. Tetapi, ia masih juga tertakluk keadaan hubungan semantik dan makna yang
logik dalam membentuk ayat yang gramatis dan saling berkait.
2. Ayat Majmuk Pancangan
Nik Safiah Karim (2008) menyatakan ayat majmuk pancangan merupakan ayat yang
mengandungi satu ayat induk yang bergabung dengan satu atau lebih ayat kecil lain yang
dipancangan kepada ayat induk. Ayat kecil ini dapat menjadi sebahagian daripada ayat induk.
Abdullah Hassan (2008) mendefinisikan ayat majmuk pancangan berlaku apabila kedapatan dua
atau lebih klausa tak setara. Ini kerana ayat majmuk pancangan terdiri daripada klausa utama
dan klausa bukan utama. Klausa bukan utama ini akan diserap masuk ke dalam klausa utama.
Ada tiga jenis ayat majmuk pancangan iaitu:
2.1 Ayat Majmuk Pancangan Relatif
Ayat Majmuk Pancangan Relatif disebut dengan kata penghubung yang (Nik
SafiahKarim et. Al. 2008) . Abdullah Hassan (2008) menekankan ayat relatif ini boleh
dikesan apabila terdapat kelahiran klausa yang menerangkan kata nama sama ada kata
nama tersebut berfungsi sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan ayat. Klausa
relatif hanya menerangkan frasa nama dan tidak berkait dengan unsur lain di dalam ayat
serta dihubungkan dengan kata ganti nama hubung relatif yang (Abdullah Hassan, Seri
Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob, Zulkifli Osman (2006 : 58)
8
Unsur penerangan kata nama ini dibantu oleh empat jenis peluasan yang dipanggil
peluasan frasa nama oleh klausa relatif yang boleh berlaku kepada empat bahagian ayat
iatu:
a) Peluasan subjek
b) Peluasan predikat
c) Peluasan objek
d) Peluasan keterangan
2.2. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen
Ayat majmuk jenis ini dikenali dengan kehadiran klausa komplemen dan klausa ini
dipancangkan kepada klausa utama untuk menjadikan klausa tersebut lengkap (Abdullah
Hassan, 2008). Ia terbentuk dengan dua kata hubung komplemen bahasa Melayu iaitu
bahawa dan untuk. Nik Safiah Karim menetapkan pula kata hubung komplemen bahawa
hanya dapat digunakan pada bahagian subjek atau predikat ayat namun kata hubung
komplemen untuk hanya digunakan pada bahagian subjek sahaja. Ayat komplemen juga
terbahagi kepada tiga jenis iaitu :
a) Ayat komplemen frasa nama – dapat digunakan dalam dua posisi iaitu subjek dan
predikat
b) Ayat komplemen frasa kerja
c) Ayat komplemen frasa adjektif
2.3 Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
Ayat majmuk jenis ini nyata kelihatan apabila terdapat satu ayat induk tergabung dengan
satu atau lebih ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk. Ayat kecil ini pula
9
bertugas sebagai keterangan kepada predikat. Umumnya, frasa kerja digunakan di dalam
predikat tersebut dan terdapat huraian lanjut oleh ayat kecil atau huraian oleh klausa
keterangan. Kata hubung keterangan berfungsi menggabungkan kedua-dua ayat induk
dan ayat kecil ini untuk membina ayat majmuk pancangan keterangan. Nik Safiah Karim
et. al (2008) menggariskan sembilan jenis ayat majmuk keterangan yang beserta contoh-
contohnya.
Kata Keterangan Contoh
Musabab Kerana,
Akibat Hingga, sehingga
Syarat Sekiranya, andai kata, jikalau, kalau
Waktu Sejak, setelah, sewaktu, sementara
Pertentangan Biarpun, walaupun, kendatipun, sedangkan,
Harapan Supaya, agar, semoga
Cara Dengan
3. Ayat Majmuk Campuran
Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob dan Zulkifli Osman (2006)
menekankan ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis
ayat. Ia terjadi apabila ayat tunggal digabungkan dengan ayat majmuk atau campuran ayat
majmuk gabungan dengan ayat majmuk campuran. Nama lainnya ialah ayat kompleks. Ahmad
Khair Mohd Nor (2003) menyatakan ayat majmuk campuran adalah apabila terdapat sekurang-
10
kurangnya tiga klausa yang dijalinkan bersama-sama yang melibatkan campuran antara ayat
majmuk setara dengan ayat majmuk tidak setara.
7.0 Analisis
Hasil analisis ditunjukkan sepenuhnya dalam beberapa jadual yang dilampirkan. Analisis
tersebut telah mengekstrak ayat tunggal dan ayat majmuk serta subjenisnya di dalam teks
tersebut. Sebagai pengitlakan daripada analisis ini didapati terdapat sejumlah 14 (100%) ayat
tunggal dan 36 ayat majmuk (100%). Contoh-contoh ayat tunggul dan ayat majmuk tersebut
adalah seperti berikut:
Ayat Tunggal
1. Begitu terkesan di jiwanya mengingatkan peristiwa silam yang menghiris jiwa
2. Akhirnya kedua-duanya telah diijabkabulkan.
3. Ibunya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ayat Majmuk
1. Susah hendak mempercayai dalam peradaban manusia yang semakin maju seperti
sekarang,masih berlaku kisah membabitkan kebencian yang amat mendalam sehingga
sanggup menyeksa darah daging sendiri.
2. Ingatkan kisah seperti ini hanya berlaku dalam filem 50-an dahulu,mengenai
penyeksaan ibu tiri terhadap anak tiri,mentua terhadap menantu,kekejaman yang tidak
tercapai dek akal memikirkannya.
3. Perbualan santai bersama seorang peragawati yang ditemubual bagi satu ruangan di
MEGA baru-baru ini,berubah kepada perbualan yang diiringi dengan juraian air mata.
11
Daripada contoh ayat yang ditunjukkan di atas, terdapat pelbagai jenis ayat majmuk dan
subjenisnya seperti ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan relatif dan ayat majmuk
campuran. Jadual Analisis Ayat Majmuk berpandukan tiga jenis ayat majmuk iaitu ayat majmuk
gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran. Hasil yang didapati ialah
Analisisi Ayat Majmuk menunjukkan kehadiran 17 (47.2%) ayat majmuk gabungan, ayat
majmuk pancangan relatif sebanyak 2 (5.6%), ayat majmuk pancangan komplemen 4 (11.1%),
ayat majmuk pancangan keterangan 9 (25%) manakala kehadiran ayat majmuk campuran 4
(11.1%). Sebagai contoh ditunjukkan di bawah :
Contoh ayat majmuk gabungan ialah :
1. Perbualan santai bersama seorang peragawati yang ditemubual bagi satu ruangan di
MEGA baru-baru ini,berubah kepada perbualan yang diiringi dengan juraian air mata.
Contoh ayat majmuk pancangan relatif ialah :
1. Abang menyuruh kami tidak mengambil belanja sekolah supaya kami dapat makan nasi
di rumah kerana duit tersebut tidak cukup pun untuk membeli sebungkus nasi lemak.
Contoh ayat majmuk pancangan komplemen ialah :
1. Kata Ariza,setelah berkahwin,baru ibunya tahu bahawa bapanya adalah seorang kaki
perempuan dan asyik bertukar teman wanita seperti lelaki bujang.
Contoh ayat majmuk pancangan keterangan ialah :
12
1. Ingatkan kisah seperti ini hanya berlaku dalam filem 50-an dahulu,mengenai penyeksaan
ibu tiri terhadap anak tiri,mentua terhadap menantu,kekejaman yang tidak tercapai dek
akal memikirkannya.
Contoh ayat majmuk pancangan campuran ialah :
1. Susah hendak mempercayai dalam peradaban manusia yang semakin maju seperti
sekarang,masih berlaku kisah membabitkan kebencian yang amat mendalam sehingga
sanggup menyeksa darah daging sendiri.
Penutup
Hasil daripada analisis didapati kajian dan perbandingan ini menemukan beberapa jenis
ayat majmuk dan ayat tunggal di dalam teks ini. Analisis ini memberi kefahaman mengenai
variasi ayat-ayat majmuk di dalam bahasa Melayu yang memungkinkan penggunaan bahasa
yang lebih tuntas dan bersistem.
Analisis ini hanya mempunyai dua tujuan iaitu bagi menganalisis dan membuat
perbandingan. Didalam analisis ini penggunaan ayat majmuk lebih kerap berbanding ayat
tunggal. Begitu juga dapat dilihat dalam tulisan di media cetak penggunaan ayat majmuk lebih
banyak daripada ayat tunggal. Saya mencadangkan agra analisis lanjutan dilakukan dapat
dijalankan sama ada dengan menambahkan teks yang sama genre atau genre yang lain yang lebih
khusus misalnya, ayat tunggal, ayat majmuk atau jenis ayat sahaja.
Bibliografi
13
Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob dan Zulkifli Osman (2006). Sintaksis
Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing Sdn Bhd.
Abdullah Hassan, (2002). Tatabahasa Bahasa Melayu, Morfologi dan Sintaksis. Pahang : PTS
Publications & Distributer Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan, (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn Bhd.
Asmah Haji Omar (2008). Nahu Kemas Kini. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn
Bhd.
Abdullah Hassan, (2007). Linguistik Am, Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Selangor: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Ayat Majmuk, Abdul Ghalib Yunus – Munsyi Dewan Rabu 31 Mac 2010 diperolehi pada 14
April 2013 daripada agy7500.blogspot.com/2010/03/siri-370-binaan-ayat.
Utusan Malaysia, rabu, bertarikh 26 nonember 2014 Diseksa Nenek Sendiri
Lampiran I(a)
14
Analisis Sepenuhnya
Jadual Analisis AT dan AM
BilA
Senarai Ayat AT AM JA
1 Susah hendak mempercayai dalam peradaban manusia yang semakin maju seperti sekarang,masih berlaku kisah membabitkan kebencian yang amat mendalam sehingga sanggup menyeksa darah daging sendiri.
0 1 1
2 Ingatkan kisah seperti ini hanya berlaku dalam filem 50-an dahulu,mengenai penyeksaan ibu tiri terhadap anak tiri,mentua terhadap menantu,kekejaman yang tidak tercapai dek akal memikirkannya.
0 1 1
3 Perbualan santai bersama seorang peragawati yang ditemubual bagi satu ruangan di MEGA baru-baru ini,berubah kepada perbualan yang diiringi dengan juraian air mata.
0 1 1
4 Begitu terkesan di jiwanya mengingatkan peristiwa silam yang menghiris jiwa.
1 0 1
5 Jika tidak,masakan dia mampu mengalirkan air mata sehingga bagaikan tidak disekat lagi.
0 1 1
6 Cerita Ariza (bukan nama sebenar), dia merupakan anak keempat daripada lima beradik.
1 0 1
7 Berasal dari sebuah negeri di selatan tanah air,bapanya merupakan pesara kerajaan sementara ibunya adalah suri rumah.
0 1 1
8 Mengikut cerita ibunya,mereka berkahwin kerana nenek sebelah ibu begitu berkenan dengan bapa untuk dijadikan menantu.
0 1 1
9 Akhirnya kedua-duanya telah diijabkabulkan. 1 0 1
10 Ibunya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
1 0 1
11 Pada masa itu iaitu sekitar tahun 80-an, dengan kelulusan tersebut mudah mencari pekerjaan.
0 1 1
12 Bagaimanapun,desakan nenek yang mahu ibu berkahwin tidak mampu untuk dibantah.
0 1 1
13 Kata Ariza,setelah berkahwin,baru ibunya tahu 0 1 1
15
bahawa bapanya adalah seorang kaki perempuan dan asyik bertukar teman wanita seperti lelaki bujang.
14 Lebih teruk pantang ditanya ibunya akan teruk dipukul.
1 0 1
15 Kami adik beradik sudah biasa melihat ibu dipukul. 1 0 1
16 Ibu merupakan seorang penyabar. 1 0 1
17 Mungkin dia terpaksa bersabar kerana memikirkan dia sendiri tidak bekerja dan anak-anak sudah ramai
0 1 1
18 Walaupun sudah mempunyai lima orang anak,perangai bapa tidak pernah berubah.
0 1 1
19 Malah ada perempuan yang sanggup datang ke rumah mencari bapa dan ada juga yang menelefon ibu memberitahu mengenai hubungannya dengan bapa saya
0 1 1
20 Ibu saya makan hati. 1 0 1
21 Dia sedih namun tiada apa yang boleh dilakukan kerana jika buka mulut sahaja dia akan dipukul tidak kira walau di depan anak.
0 1 1
22 Sudahlah begitu,ibu langsung tidak dibenarkan balik ke kampung untuk berjumpa nenek walaupun nenek sedang sakit
0 1 1
23 Satu hari kerana tidak tahan lagi teringatkan nenek yang sakit tenat,ibu pulang ke kampung bersama kami semua.
0 1 1
24 Mengetahui perkara ini,bapa terus menyusul ibu dan memarahi ibu di depan saudara-mara dan jiran tetangga di rumah nenek.
0 1 1
25 Di situ juga bapa menceraikan ibu 1 0 1
26 Seminggu selepas itu,nenek meninggal dunia. 1 0 1
27 Ibu bertambah sedih kerana kehilangan orang yang paling disayangi dan tempat mengadu
0 1 1
28 Sambungnya,bagaimanapun dua bulan selepas itu,bapanya datang menjemput ibunya dan ingin rujuk.
0 1 1
29 Ibunya menerima setelah dipujuk oleh saudara-mara.
0 1 1
30 Ingatkan selepas itu perangai bapa akan berubah,sebaliknya dia tetap dengan perangai lama.
0 1 1
31 Bapanya langsung tidak memikirkan dosa akan 0 1 1
16
perbuatannya atau berasa kasihan terhadap isteri dan anak-anak.
32 Ujar Ariza lagi,bapa jarang pulang ke rumah dan ibulah yang membesarkan anak-anak sendirian dengan perbelanjaan yang sedikit untuk membeli makanan atau belanja sekolah anak-anak.
0 1 1
33 Tiba-tiba ibu jatuh sakit. 1 0 1
34 Sakit yang teruk sekali. 1 0 1
35 Hatinya membengkak dan organ peranakan seperti dihiris buluh tajam.
0 1 1
36 Ibu pergi ke hospital dan doktor mengatakan ibunya dihinggapi penyakit kelamin.
0 1 1
37 Kasihan ibu, kerana perbuatan bapa yang kaki perempuan menyebabkab ibu yang menanggung azab.
0 1 1
38 Ibu mendapatkan rawatan dan terpaksa tinggal beberapa bulan di hospital.
0 1 1
39 Oleh kerana tiada siapa yang boleh menjaga kami,maka kami adik beradik telah dihantar tinggal dengan nenek sebelah bapa.
0 1 1
40 Di sinilah bermula kisah kami adik beradik diseksa oleh nenek dan makcik serta pakcik kami (adik beradik bapa).
0 1 1
41 Kakak sulung saya ketika berumur sembilan tahun dan abang lapan tahun.
0 1 1
42 Saya pula baharu berumur enam tahun dan adik bongsu dua tahun.
0 1 1
43 Setiap hari kakak dipaksa masak nasi,sementara saya,abang dan adik turut dipaksa membuat kerja rumah yang lain seperti menyapu sampah di laman,membasuh dan melipat baju.
0 1 1
44 Belanja sekolah hanya diberi 20 sen sahaja. 1 0 1
45 Jika telah diberi belanja sekolah kami tidak dibenarkan makan nasi di rumah.
1 0 1
46 Abang menyuruh kami tidak mengambil belanja sekolah supaya kami dapat makan nasi di rumah kerana duit tersebut tidak cukup pun untuk membeli sebungkus nasi lemak.
0 1 1
47 Mengenai kakak,dia pernah diseksa nenek kerana nasi yang dimasak hangus.
0 1 1
17
48 Dia yang baru berusia sembilan tahun sudah dikerah masak nasi hampir setiap hari sedangkan makcik saya yang berumur 17 tahun langsung tidak jejak dapur.
0 1 1
49 Malah makcik boleh pergi berjumpa kawan-kawannya dan pergi berjalan-jalan.
0 1 1
50 Dijadikan cerita,selepas menjerang nasi,kakak terleka kerana melihat kanak-kanak lain sedang bermain di halaman rumah.
0 1 1
Jumlah Ayat: 50 AT:14 (0.00%)
JA: 14 (0.00%)
AM:36(100.00% ) AT+AM=50 (100.00%)
JA: 36 (100.00%) JA: 50 (100.00%)
Lampiran I(b)
Jadual Analisis AT
AT AT AT AT
18
BilA
Senarai Ayat 1 2 3 4
1 Begitu terkesan di jiwanya mengingatkan peristiwa silam yang menghiris jiwa.
1
2 Cerita Ariza (bukan nama sebenar), dia merupakan anak keempat daripada lima beradik.
1
3 Akhirnya kedua-duanya telah diijabkabulkan. 14 Ibunya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM).1
5 Lebih teruk pantang ditanya ibunya akan teruk dipukul.
1
6 Kami adik beradik sudah biasa melihat ibu dipukul.
1
7 Ibu merupakan seorang penyabar. 18 Ibu saya makan hati. 19 Di situ juga bapa menceraikan ibu 110 Seminggu selepas itu,nenek meninggal dunia. 111 Tiba-tiba ibu jatuh sakit. 112 Sakit yang teruk sekali. 113 Belanja sekolah hanya diberi 20 sen sahaja. 114 Jika telah diberi belanja sekolah kami tidak
dibenarkan makan nasi di rumah.1
AT
1 : 2 (14.3%)
2 : 3 (21.4%)
3 : 7 (50%)
4 : 2 (14.3%)
Jumlah Jenis Pembinaan AT: 14 (100%)
Lampiran I(c)
Jadual Analisis AM
19
BilA
Senarai AyatAM
1AM2.1
AM2.2
AM2.3
AM3
1 Susah hendak mempercayai dalam peradaban manusia yang semakin maju seperti sekarang,masih berlaku kisah membabitkan kebencian yang amat mendalam sehingga sanggup menyeksa darah daging sendiri.
1
2 Ingatkan kisah seperti ini hanya berlaku dalam filem 50-an dahulu,mengenai penyeksaan ibu tiri terhadap anak tiri,mentua terhadap menantu,kekejaman yang tidak tercapai dek akal memikirkannya.
1
3 Perbualan santai bersama seorang peragawati yang ditemubual bagi satu ruangan di MEGA baru-baru ini,berubah kepada perbualan yang diiringi dengan juraian air mata.
1
4 Jika tidak,masakan dia mampu mengalirkan air mata sehingga bagaikan tidak disekat lagi.
1
5 Berasal dari sebuah negeri di selatan tanah air,bapanya merupakan pesara kerajaan sementara ibunya adalah suri rumah.
1
6 Mengikut cerita ibunya,mereka berkahwin kerana nenek sebelah ibu begitu berkenan dengan bapa untuk dijadikan menantu.
1
7 Pada masa itu iaitu sekitar tahun 80-an, dengan kelulusan tersebut mudah mencari pekerjaan.
1
8 Bagaimanapun,desakan nenek yang mahu ibu berkahwin tidak mampu untuk dibantah.
1
9 Kata Ariza,setelah berkahwin,baru ibunya tahu bahawa bapanya adalah seorang kaki perempuan dan asyik bertukar teman wanita seperti lelaki bujang.
1
10 Mungkin dia terpaksa bersabar kerana memikirkan dia sendiri tidak bekerja dan anak-anak sudah ramai
1
11 Walaupun sudah mempunyai lima orang anak,perangai bapa tidak pernah berubah.
1
12 Malah ada perempuan yang sanggup datang ke rumah mencari bapa dan ada juga yang menelefon ibu memberitahu mengenai hubungannya dengan bapa saya
1
13 Dia sedih namun tiada apa yang boleh dilakukan kerana jika buka mulut sahaja dia akan dipukul tidak kira walau di depan anak.
1
14 Sudahlah begitu,ibu langsung tidak dibenarkan balik ke kampung untuk berjumpa nenek walaupun nenek sedang
1
20
sakit15 Satu hari kerana tidak tahan lagi teringatkan nenek yang
sakit tenat,ibu pulang ke kampung bersama kami semua.1
16 Mengetahui perkara ini,bapa terus menyusul ibu dan memarahi ibu di depan saudara-mara dan jiran tetangga di rumah nenek.
1
17 Ibu bertambah sedih kerana kehilangan orang yang paling disayangi dan tempat mengadu
1
18 Sambungnya,bagaimanapun dua bulan selepas itu,bapanya datang menjemput ibunya dan ingin rujuk.
1
19 Ibunya menerima setelah dipujuk oleh saudara-mara. 120 Ingatkan selepas itu perangai bapa akan
berubah,sebaliknya dia tetap dengan perangai lama.1
21 Bapanya langsung tidak memikirkan dosa akan perbuatannya atau berasa kasihan terhadap isteri dan anak-anak.
1
22 Ujar Ariza lagi,bapa jarang pulang ke rumah dan ibulah yang membesarkan anak-anak sendirian dengan perbelanjaan yang sedikit untuk membeli makanan atau belanja sekolah anak-anak.
1
23 Hatinya membengkak dan organ peranakan seperti dihiris buluh tajam.
1
24 Ibu pergi ke hospital dan doktor mengatakan ibunya dihinggapi penyakit kelamin.
1
25 Kasihan ibu, kerana perbuatan bapa yang kaki perempuan menyebabkab ibu yang menanggung azab.
1
26 Ibu mendapatkan rawatan dan terpaksa tinggal beberapa bulan di hospital.
1
27 Oleh kerana tiada siapa yang boleh menjaga kami,maka kami adik beradik telah dihantar tinggal dengan nenek sebelah bapa.
1
28 Di sinilah bermula kisah kami adik beradik diseksa oleh nenek dan makcik serta pakcik kami (adik beradik bapa).
1
29 Kakak sulung saya ketika berumur sembilan tahun dan abang lapan tahun.
1
30 Saya pula baharu berumur enam tahun dan adik bongsu dua tahun.
1
31 Setiap hari kakak dipaksa masak nasi,sementara saya,abang dan adik turut dipaksa membuat kerja rumah yang lain seperti menyapu sampah di laman,membasuh dan melipat baju.
1
32 Abang menyuruh kami tidak mengambil belanja sekolah 1
21
supaya kami dapat makan nasi di rumah kerana duit tersebut tidak cukup pun untuk membeli sebungkus nasi lemak.
33 Mengenai kakak,dia pernah diseksa nenek kerana nasi yang dimasak hangus.
1
34 Dia yang baru berusia sembilan tahun sudah dikerah masak nasi hampir setiap hari sedangkan makcik saya yang berumur 17 tahun langsung tidak jejak dapur.
1
35 Malah makcik boleh pergi berjumpa kawan-kawannya dan pergi berjalan-jalan.
1
36 Dijadikan cerita,selepas menjerang nasi,kakak terleka kerana melihat kanak-kanak lain sedang bermain di halaman rumah.
1
JA
1 : 17 (47.2%)
2.1: 2 (5.6%)
2.2: 4 (11.1%)
2.3: 9 (25%)
3 : 4 (11.1%)
Jumlah Jenis Pembinaan AM: 36 (100.00%)
Lampiran I(d)
Jadual Analisis JA
22
BilA
Senarai Ayat JA1 2 3 4
1 Susah hendak mempercayai dalam peradaban manusia yang semakin maju seperti sekarang,masih berlaku kisah membabitkan kebencian yang amat mendalam sehingga sanggup menyeksa darah daging sendiri.
1
2 Ingatkan kisah seperti ini hanya berlaku dalam filem 50-an dahulu,mengenai penyeksaan ibu tiri terhadap anak tiri,mentua terhadap menantu,kekejaman yang tidak tercapai dek akal memikirkannya.
1
3 Perbualan santai bersama seorang peragawati yang ditemubual bagi satu ruangan di MEGA baru-baru ini,berubah kepada perbualan yang diiringi dengan juraian air mata.
1
4 Begitu terkesan di jiwanya mengingatkan peristiwa silam yang menghiris jiwa.
1
5 Jika tidak,masakan dia mampu mengalirkan air mata sehingga bagaikan tidak disekat lagi.
1
6 Cerita Ariza (bukan nama sebenar), dia merupakan anak keempat daripada lima beradik.
1
7 Berasal dari sebuah negeri di selatan tanah air,bapanya merupakan pesara kerajaan sementara ibunya adalah suri rumah.
1
8 Mengikut cerita ibunya,mereka berkahwin kerana nenek sebelah ibu begitu berkenan dengan bapa untuk dijadikan menantu.
1
9 Akhirnya kedua-duanya telah diijabkabulkan. 1
10 Ibunya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
1
11 Pada masa itu iaitu sekitar tahun 80-an, dengan kelulusan tersebut mudah mencari pekerjaan.
1
12 Bagaimanapun,desakan nenek yang mahu ibu berkahwin tidak mampu untuk dibantah.
1
13 Kata Ariza,setelah berkahwin,baru ibunya tahu bahawa bapanya adalah seorang kaki perempuan dan asyik bertukar teman wanita seperti lelaki bujang.
1
14 Lebih teruk pantang ditanya ibunya akan teruk dipukul.
1
23
15 Kami adik beradik sudah biasa melihat ibu dipukul. 1
16 Ibu merupakan seorang penyabar. 1
17 Mungkin dia terpaksa bersabar kerana memikirkan dia sendiri tidak bekerja dan anak-anak sudah ramai
1
18 Walaupun sudah mempunyai lima orang anak,perangai bapa tidak pernah berubah.
1
19 Malah ada perempuan yang sanggup datang ke rumah mencari bapa dan ada juga yang menelefon ibu memberitahu mengenai hubungannya dengan bapa saya
1
20 Ibu saya makan hati. 1
21 Dia sedih namun tiada apa yang boleh dilakukan kerana jika buka mulut sahaja dia akan dipukul tidak kira walau di depan anak.
1
22 Sudahlah begitu,ibu langsung tidak dibenarkan balik ke kampung untuk berjumpa nenek walaupun nenek sedang sakit
1
23 Satu hari kerana tidak tahan lagi teringatkan nenek yang sakit tenat,ibu pulang ke kampung bersama kami semua.
1
24 Mengetahui perkara ini,bapa terus menyusul ibu dan memarahi ibu di depan saudara-mara dan jiran tetangga di rumah nenek.
1
25 Di situ juga bapa menceraikan ibu 1
26 Seminggu selepas itu,nenek meninggal dunia. 1
27 Ibu bertambah sedih kerana kehilangan orang yang paling disayangi dan tempat mengadu
1
28 Sambungnya,bagaimanapun dua bulan selepas itu,bapanya datang menjemput ibunya dan ingin rujuk.
1
29 Ibunya menerima setelah dipujuk oleh saudara-mara.
1
30 Ingatkan selepas itu perangai bapa akan berubah,sebaliknya dia tetap dengan perangai lama.
1
31 Bapanya langsung tidak memikirkan dosa akan perbuatannya atau berasa kasihan terhadap isteri dan anak-anak.
1
32 Ujar Ariza lagi,bapa jarang pulang ke rumah dan ibulah yang membesarkan anak-anak sendirian dengan perbelanjaan yang sedikit untuk membeli makanan atau belanja sekolah anak-anak.
1
24
33 Tiba-tiba ibu jatuh sakit. 1
34 Sakit yang teruk sekali. 1
35 Hatinya membengkak dan organ peranakan seperti dihiris buluh tajam.
1
36 Ibu pergi ke hospital dan doktor mengatakan ibunya dihinggapi penyakit kelamin.
1
37 Kasihan ibu, kerana perbuatan bapa yang kaki perempuan menyebabkab ibu yang menanggung azab.
1
38 Ibu mendapatkan rawatan dan terpaksa tinggal beberapa bulan di hospital.
1
39 Oleh kerana tiada siapa yang boleh menjaga kami,maka kami adik beradik telah dihantar tinggal dengan nenek sebelah bapa.
1
40 Di sinilah bermula kisah kami adik beradik diseksa oleh nenek dan makcik serta pakcik kami (adik beradik bapa).
1
41 Kakak sulung saya ketika berumur sembilan tahun dan abang lapan tahun.
1
42 Saya pula baharu berumur enam tahun dan adik bongsu dua tahun.
1
43 Setiap hari kakak dipaksa masak nasi,sementara saya,abang dan adik turut dipaksa membuat kerja rumah yang lain seperti menyapu sampah di laman,membasuh dan melipat baju.
1
44 Belanja sekolah hanya diberi 20 sen sahaja. 1
45 Jika telah diberi belanja sekolah kami tidak dibenarkan makan nasi di rumah.
1
46 Abang menyuruh kami tidak mengambil belanja sekolah supaya kami dapat makan nasi di rumah kerana duit tersebut tidak cukup pun untuk membeli sebungkus nasi lemak.
1
47 Mengenai kakak,dia pernah diseksa nenek kerana nasi yang dimasak hangus.
1
48 Dia yang baru berusia sembilan tahun sudah dikerah masak nasi hampir setiap hari sedangkan makcik saya yang berumur 17 tahun langsung tidak jejak dapur.
1
49 Malah makcik boleh pergi berjumpa kawan-kawannya dan pergi berjalan-jalan.
1
25
50 Dijadikan cerita,selepas menjerang nasi,kakak terleka kerana melihat kanak-kanak lain sedang bermain di halaman rumah.
1
JA
1 : 50 (100%)
Jumlah JA1: 50 (100%)
2 : 0 (0.00%)
3 : 0 (0.00%)
4: 0 (0.00%)
Jumlah JA: 50 (100.00%)
Singkatan dan Kod Analisis
Bil=Bilangan
26
A= Ayat
AT= Ayat Tunggal
AT1= Ayat Tunggal FN+FN
AT2= Ayat Tunggal FN+FK
AT3= Ayat Tunggal FN+FA
AT4= Ayat Tunggal FN+FS
AM=Ayat Majmuk
AM1=Ayat Majmuk Gabungan
AM2=Ayat Majmuk Pancangan
AM2.1= Ayat Majmuk Pancangan Relatif
AM2.2= Ayat Majmuk Pancangan Komplemen
AM2.3= Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
AM3= Ayat Majmuk Campuran
JA= Jenis Ayat
JA1= Jenis Ayat Penyata
JA2= Jenis Ayat Tanya
JA3= Jenis Ayat Perintah
27
JA4= Jenis Ayat Seruan
Lampiran II(Bahan)
28
29
top related