rph sofbol
Post on 25-Jun-2015
1.553 Views
Preview:
TRANSCRIPT
RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN TIGA
Tarikh : 20 April 2010 Bil. Pelajaran : 10 Tingkatan : 3A dan 3B
Hari : Selasa Minggu : 14 Bil. Murid : 36 orang perempuan
Masa : 7.30 – 8.40 pagi
Tunjang Pembelajaran : Tunjang 2 : Kemahiran Sukan dan Rekreasi
Tajuk Pembelajaran : Tajuk 2 : Permainan (Sofbol)
Fokus pembelajaran : Membaling dan menyambut
Pengetahuan Awal Murid : Murid pernah didedahkan dengan sukan yang melibatkan kemahiran menyambut bola tinggi dan
membaling dalam permainan bola jaring, malah murid pernah menonton perlawanan sofbol di telivisyen dan juga video.
Objektif : Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
Objektif : a) Psikomotor
1. Murid boleh melakukan kemahiran membaling dengan tepat kepada rakan.
2. Murid dapat melakukan teknik membaling dengan betul mengikut fasa perlakuan
sebanyak 3 daripada 4 percubaan
B) Kognitif
1. Murid boleh menyatakan tujuan membaling dan menyambut bola sofbol
2. Murid boleh mengenal pasti jenis – jenis otot yang terlibat semasa melakukan
kemahiran membaling dalam sofbol.
C) Afektif
1. Murid dapat menunjukkan keseronokkan semasa menjalankan aktiviti.
2. Murid – murid dapat menunjukkan sikap kerjasama di antara rakan – rakan.
Strategi mengajar : Stail C (semak bergandingan), Stail A (Stail arahan), kaedah Kooperatif,
Nilai KBKK : Murid – Murid dapat mengaplikasikan teknik balingan bola sofbol mengikut kesesuaian jarak dan
situasi.
Persediaan pelajar : Pakaian Sukan,
Persediaan guru : ABM, bola sofbol, glove, gelung.
FASA
( masa)
AKTIVITI MAKLUMAT P & P ORGANISASI CATATAN
Fasa Permulaan
Set Induksi
(5 minit)
‘Siapa Cepat dia dapat’ Guru memberi sampul yang berisi
kepingan kertas dan meminta pelajar
menyelesaikan perkataan yang akan
terhasil.
Pelajar diminta berlari anak ke
hadapan gelung dan mengambil
sampul surat yangterdapat
didalamnya. Kemudia pelajar perlu
menyelesaikan perkataan tersebut.
G
X X X X X
X X X X X
X X X X X
Petunjuk :
G = Guru
X = Murid
= Gelung
Fasa Permulaan
(Penerangan)
(7 minit )
Pengenalan dan
penerangan sukan
Sofbol merupakan permainan yang
telah di ubahsuai daripada permainan
G
XXXX XXXX
Stail A (stail
Perintah)
S O LF B A
sofbol. baseball. Permainan sofbol telah
bermula pada tahun 1887.
permaianan initelah dicipta oleh
George Hancock dari Farragu Boat
Club. Permainan ini dimainkan di
dalam dewan ketika musim sejuk.
beliau telah menggunkan satu sarung
tangan tinju yang diikat sebagai bola
dan sebatang kayu penyapu sebagai
bet. Pada tahun 1895, Lonis Rober,
pengawal Jabatan Bomba
Minneapolis menjadikan sofbol
sebagai permainan untuk
mengekalkan kecergasan fizikal
anggota bomba pada waktu lapang.
Kini, permainan sofbol ini semakin
di minati ramai, dan kemudian
kemudahan dan peralatan sofbol
wujud. diantaranya adalah
kemudahan gelanggang yang
berbentuk segi empat sama yang
mempunyai empat sudut iaitu base
XXX XXX
XXX
Petunjuk :
G = Guru
X = Murid
G
XXXX XXXX
XXX XXX
Nota
akhir (home plate), base pertama
(first base), base kedua (second base)
dan base ketiga (third base).
Lemparan pitcher’s plate terletak
ditengah – tengah gelanggang.
Pitcher’s plate merupakan tempat
melakukan lemparan yang diperbuat
daripada getah padu berwarna cerah.
Home plate pula merupakan tapak
terakhir yang disentuh oleh setiap
base runner untuk memperoleh run
(mata).Bet, diperbuat daripada kayu
atau juga boleh diperbuat daripada
aluminium yang dibahagikan kepada
tiga bahagian iaitu tombol, pemegang
dan laras. tombol diperbuat untuk
menghalang bet daripada
menggelongsor daripada genggaman,
manakala lapisan getah pula boleh
dipasang pada tombol dan pemegang
untuk mengemaskan genggaman.
bola sofbol diperbuat daripada gabus
XXX
Petunjuk :
G = Guru
X = Murid
atau getah yang dililit dengang
benang dimana bahagian luarnya
dibalut dengan kulit atau bahan
sintetik yang sesuai. jahitan yang
timbul menjadi panduan kepada
pitcher untuk menentukan
pergerakan bola semasa lemparan
pitch. pemain sofbol perlu memakai
topi keselamatan yang ianya
diperbuat daripada gentian dan
bahagian dalamnya dilapik gabus
atau juga getah. pemukul, pemukul
on deck, base runner dan catcher
mesti memakai topi keselamatan bagi
megelakkan daripada berlakunya
kecederaan. glove yang dipakai oleh
pemain adalah diperbuat daripada
kulit atau bahan sintetik yang sesuai
dan dipakai oleh semua pemain yang
memadang. glove ini mempunyai
poket diantara ibu jari dan jari
telunjuk yang berfungsi untuk
memerangkap bola. Manakala glove
catcher yang dikenali sebagai
catcher’s mitt pula mempunyai
pelapik yang lebih tebal untuk
melindungi tangannya. Jumlah
pemain dalam permainan ini adalah
seramai 9 orang dan dibahagikan
kepada tiga kumpulan iaitu, battery,
pemadang dalam dan pemadang luar.
battery terdiri daripada pitcher dan
catcher. pemadang dalam terdiri
daripada base pertama, kedua, ketiga
dan juga pemadang dekat. Pemadang
luar pula terdiri daripada pemadang
kanan, tengah dan kiri.
Fasa Permulaan
Memanaskan
badan
( 10 minit )
Memanaskan badan Pelajar melakukan aktiviti
memanaskan badan di dalam bulatan
dengan mengikut arahan guru. Guru
akan memberi isyarat seperti :
a) 1 = berlari mengiring ke arah
Stail arahanXX
X
X X
XXX
X
XG
kanan
b) 2 = berlari mengiring ke arah kiri
c) 3 = berlari secara mengundur
d) 4 = lompat bintang.
Petunjuk :
G = Guru
X = Murid
Fasa
Perkembangan
Langkah 1
( 12 minit )
Tunjuk cara
Membaling merupakan asas
kemahiran yang perlu dikuasai oleh
pemadang. Tujuan membaling bola
adalah untuk mengembalikan bola
kepada ‘pitcher’ yang berada di
tengah – tengah gelanggang ataupun
pemadang yang berhampiran dengan
tepat dan pantas.untuk mematikan
pihak lawan yang sedang membuat
larian.
Teknik membaling mengikut fasa:
1) Fasa persediaan
- Bahu menghadap ke arah sasaran
- Berat badan pada kaki belakang
- Genggam bola dengan kemas
- Ekstensi tangan membaling ke
belakang
Semasa penerangan :
G
XXXX XXXX
XXX XXX
XXX
Petunjuk :
G = Guru
X = Murid
Semasa aktiviti :
X X X X X X X X X
X X X X X X X X X
Petunjuk :
Stail C(Stail
semak
bergandingan)
Nilai ;
berkerjasama
dan saling
membantu.
G
- Mata pandang ke arah sasaran
2) Fasa perlaksanaan
- Tangan berada di hadapan
menyambut ke arah sasaran bola
- Pindah berat badan pada kaki
hadapan
- Kilas pinggang
- Lontar melepasi kepala.
3) Fasa ikut lajak.
- Berat badan pada kaki hadapan
- Dleksi lutut kaki belakang
- Tangan membaling dengan lajak
ke bawah
- Kawal imbangan badan
G = Guru
X = Murid
Fasa
Perkembangan
Langkah 2
(12 minit )
Menyambut bola Selain daripada kemahiran
membaling dalam permainan sofbol,
kemahiran menyambut bola tinggi
merupakan salah satu kemahiran
yang perlu dikuasai oleh pemadang.
Semasa penerangan :
G
XXXX XXXX
Nilai : sentiasa
bertukar fikiran
dan menerima
pendapat orang
hal ini kerana ianya dapat membantu
pasukan mematikan larian pihak
lawan sekiranya bola berjaya
ditangkap sebelum jatuh ke tanah.
teknik menyambut bola tinggi
mengikut fasa :-
1) Fasa persediaan
- Buka kaki seluas bahu dan fleksi
lutut.
- Kedua – dua belah tangan pula
hendaklah sentiasa berada dihadapan
badan yang menghadap ke arah bola
yang akan datang.
2) Fasa Perlaksanaan
- Mata mestilah ditumpukan pada
layangan bola dan kedua – dua belah
tangan mestilah berada pada keadaan
(ekstensi) membengkok
3) Fasa ikut lajak
- Tangkap bola dan genggam bola
tersebut
Bawa bola ke aras bahu dan
XXX XXX
XXX
Petunjuk :
G = Guru
X = Murid
Semasa aktiviti :
X X X X X X X X X
X X X X X X X X X
Petunjuk :
G = Guru
X = Murid
lain.
G
bersedsia untuk membuat lontaran.
Fasa
perkembangan
Langkah 3
( 12 minit )
Aktiviti secara
berpasangan dengan
menandakan borang
semak bergandingan
mengikut setiap fasa
Borang semak bergandingan
diberikan kepada pelajar dan setiap
orang akan mendapat satu borang.
kemudian borang tersebut akan di
tandakan oleh pasangan yang
melakukan kemahiran membaling
dan juga menyambut dengan
menandakan betul sekiranya
perlakuan setiap fasa dilakukan oleh
pasangan masing – masing dengan
betul.
Semasa penerangan :
G
XXXX XXXX
XXX XXX
XXX
Petunjuk :
G = Guru
X = Murid
Semasa aktiviti :
X X X X X X X X X
X X X X X X X X X
Petunjuk :
G = Guru
X = Murid
Nilai :
menunjukkan
sikap toleransi
dan saling
bekerjasama
antara satu sama
lain.
G
Fasa Kemuncak
Permainan Kecil
(10 minit )
Permainan kecil Permainan kecil dijalankan sesama
kumpulan dalam kalangan murid
bagi menimbulkan keseronokan dan
mengelakkan kebosanan daripada
berlaku. murid – murid dalam setiap
kumpulan diminta melakukan
kemahiran membaling dan juga
menangkap secara berulangan sejauh
kira – kira 20 meter. Sekiranya bola
yang dibaling ataupun disambut
terjatuh, ahli kumpulan tersebut
diminta memulakan kemahiran
tersebut dari garisan permulaan.
Kumpulan yang tamat dahulu akan
dikira sebagai pemenang.
X X
X X
X X
Nilai :
menunjukkan
keseronokkan
dalam kalangan
murid,
bekerjasama
antara satu sama
lain dan saling
berkomunikasi
serta menberi
dorongan kepada
ahli kumpulan
yang lain.
Fasa Penutup
Pengenduran otot
(limbering down)
5 minit
Limbering down
( menyejukkan badan)
Guru memilih salah seorang pelajar
unutk mengetuai aktiviti
pengenduran otot (limbering down).
Aktiviti ini boleh dilakukan dengan
Nilai : Sentiasa
menghormati
antara satu sama
G
Refleksi
(6 minit)
Perbincangan dan soal
jawab
menggunakan kaedah PNF ataupun
secara statik.
Pelajar diminta memberi sedikit
rumusan mengenai aktiviti yang telah
dijalankan dan mendorong pemikiran
mereka terhadap aspek KBKK dan
nilai. Murid juga diberi peluang
sekiranya ingin meneruskan dengan
aktiviti yang mereka minati.
G
XXXX XXXX
XXX XXX
XXX
lain
Penilaian Kendiri :
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________
Penilaian Penyelia :
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________
LAMPIRAN
top related