rph lontar peluru
Post on 05-Dec-2014
369 Views
Preview:
TRANSCRIPT
OLAHRAGA LONTAR PELURU
RANCANGAN LATIHAN PENDIDIKAN JASMANI
Jenis Sukan : Olahraga
Tarikh :
Bilangan Peserta :
Hari : Sabtu
Masa : 12.00 th – 1.00 pm
Tajuk : Olahraga ( Acara padang )
Kemahiran : Lontar Peluru ( Asas lontar peluru )
Objektif Latihan : Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan murid dapat :
Psikomotor : Melakukan 2 teknik memegang peluru dan kedudukan peluru dengan lakuan yang betul.
Kognitif : Menerangkan secara lisan teknik memegang peluru dan kedudukan peluru dengan betul.
Afektif : Menunjukkan sifat toleransi dan kesungguhan semasa melakukan aktiviti.
Alatan Latihan : Kon besar (4), kon kecil (5), peluru (5), pita ukur (1), bola softball (5), dan ABM
Pelaksanaan Aktiviti
___________________________________________________________________________________________1
OLAHRAGA LONTAR PELURU
AKTIVITI ORGANISASI / PENERANGAN / BUTIRAN MENGAJAR
1.0 PERMULAAN Pengenalan ( 1 minit )
- Penerangan
Penerangan guru.
- Terdapat 3 teknik gaya melontar yang biasa
digunakan. ( gaya berdiri statik, gaya berdiri
selangkah, gaya O’Brien )
- Guru memberitahu bahawa mereka akan belajar
teknik pegangan dan lontar peluru gaya berdiri statik.
G
M M M M M M M M M M G = Guru M = Murid
MEMANASKAN BADAN( 14 minit )
- Lari anak ( joging )
- Murid berlari dengan mengelilingi 4 kon yang disediakan oleh guru. ( 2 kali )
___________________________________________________________________________________________2
Peluru
OLAHRAGA LONTAR PELURU
- Untuk melakukan teknik berjoging dengan betul, dimulakan dengan kepala. Kepala mesti tegak. Bahagian belakang tegak dan lurus.
- Tangan pula dibengkokkan 90 darjah dengan jari digenggam tapi relaks. Hayunan tangan adalah antara paras dada ke paras pinggang. ( ke depan dan belakang )
- Kawasan midsole (tengah tapak kaki hingga jari kaki) menyentuh tanah… kaki perlulah dihayunkan hingga ke punggung. Kemudian daya akan dipindahkan ke hujung jari kaki dan akan menolak untuk lonjakan seterusnya.
- Perkara yang perlu diberi perhatian semasa berlari adalah bunyi hentakkan kaki. Jika bunyi hentakan terlalu kuat, ini bermakna impak yang ditanggung oleh kaki adalah besar. Ini amat merbahaya untuk kesihatan kaki terutama bahagian sendi.
- Kelajuan larian juga perlu dikawal kerana sekiranya terlalu laju, pernafasan akan menjadi mengah, maka kelajuan larian adalah sederhana.
- Aktiviti keregangan - Semua otot-otot major di bahagian badan diregangkan
bermula dari bahagian kepala hingga ke bahagian
___________________________________________________________________________________________3
OLAHRAGA LONTAR PELURU
kaki.- Berdiri tegak dan kaki dibuka seluas paras bahu.
Cekak pinggang dengan kedua-dua tangan.- Mendongak melihat ke atas dengan kiraan 10 saat.
- Kemudian tundukkan kepala menghadap ke permukaan tanah ( 10 saat )
- Pergerakan yang dilakukan seterusnya di mana kepala dipusingkan ke bahagian kiri dan kanan
___________________________________________________________________________________________4
OLAHRAGA LONTAR PELURU
- Luruskan kedua belah tangan di belakang punggung dan siku dihalakan ke dalam.
- Tolak tangan perlahan-lahan ke atas dan kira dalam kiraan 8.
- Ulang aktiviti sebanyak 2 kali. - Berdiri tegak dan kaki dibuka seluas paras bahu.- Tangan kanan menyilang ke kiri di hadapan badan.- Tangan kiri memegang siku kanan dan tarik ke arah
bahu kiri.- Ulang langkah yang sama dengan tangan kiri.
- Kedua tangan memegang pinggang.- Kilas badan ke kiri.- Ulang langkah yang sama dengan mengilaskan badan
ke kanan.
___________________________________________________________________________________________5
OLAHRAGA LONTAR PELURU
- Bongkokkan badan ke hadapan dan meleding kebelakang.
- Kesemua pergerakan dilakukan dengan kiraan sebanyak 8 kali.
- Akhir sekali mengangkat peha ke arah dada atau perut dan melipat kaki ke arah punggung dengan kiraan 8. ( kiri dan kanan )
PERKEMBANGAN( 30 minit )
2. KEMAHIRAN LONTAR PELURU
a. Teknik memegang peluru.- ( Pelajar akan
mengaplikasikan teknik memegang peluru menggunakan bola softball )
- Ansur maju 1
teknik pertama
Guru menunjukkan teknik memegang peluru dan kedudukan peluru kepada pelajar.
Peluru berada dalam bebola tangan Peluru tidak mengenai tapak tangan Gunakan tiga jari untuk menyokong bahagian atas peluru Gunakan dua jari untuk menyokong bahagian bawah peluru
___________________________________________________________________________________________6
OLAHRAGA LONTAR PELURU
teknik kedua
Peluru berada dalam bebola tangan Peluru tidak mengenai tapak tangan Gunakan kelima-lima jari untuk menyokong keseluruhan
peluru
Teknik ketiga
Gambarajah teknik pegangan peluru di leher sebelum peluru dilontar
Bawa peluru ke leher, ke bawah sedikit daripada dagu.
Siku menghala keluar badan dengan pangkal lengan membuat sudut 45 darjah dengan badan.
Fasa Persediaan.
- Pelajar berdiri dan sambil memegang peluru dalam kedudukan sedia
- Pelajar akan mengilaskan badan dengan memusingkan bahu, pinggang naik ke hadapan dan diikuti tolakan dada ke hadapan.
- Pelajar akan mengaplikasikan teknik melontar peluru tanpa peluru terlebih dahulu
___________________________________________________________________________________________7
OLAHRAGA LONTAR PELURU
b. lontar peluru gaya berdiri statik.
- Fasa Permulaan/Persediaan(ansur maju 2 )
- Fasa Lontaran ( ansur maju 3 )
Fasa Lontaran
- Pelajar pada kedudukan ini akan menggunakan kaki yang dibelakang menolak dengan kuat sehingga badan melentik.
- Pergerakan ini disusuli dengan pergerakan menolak bola dengan menggunakan bahagian bahu.
- Kuasa tolakan tadi perpindah kepada tangan dan melontar sekuat yang boleh.
- Pelajar akan membuat lontaran secara statik dengan menggunakan bola softbol.
Fasa Ikut Lajak
- Pelajar melakukan hayunan dengan membawa berat badan ke hadapan dan seterusnya melontar.
- Selepas lontaran, melonjak dengan kaki kiri untuk mengimbangi badan sambil memerhati arah peluru
___________________________________________________________________________________________8
OLAHRAGA LONTAR PELURU
- Fasa ikut lajak ( ansur maju 3 )
mendarat.
- Tukar dengan pantas kaki kanan ke hadapan dan kaki kiri digerakkan ke belakang.
- Fleksi lutut kaki hadapan.
- Pindahkan berat badan dari kaki kiri ke kaki kanan.
- Seterusnya, pelajar akan mengaplikasikan teknik melontar peluru menggunakan bola sofbol.
KEMUNCAK ( 10 minit )
- Pertandingan lontar peluru
G
M MM M
M MM M M M
G - Guru
M - Pelajar
- Setiap pelajar akan berpeluang menyertai
___________________________________________________________________________________________9
OLAHRAGA LONTAR PELURU
pertandingan lontar peluru.- Pelajar perlu mengaplikasikan semua kemahiran yang
telah diajar- Setiap pelajar di beri peluang melontar satu kali
sahaja.- Pelajar yang melontar peluru dengan jarak paling jauh
akan dinobatkan sebagai pemenang.- Jauh lontaran diukur dari sentuhan tanah terdekat
dengan bahagian penghujung garisan bulatan.
4.0 Penutup ( 5 minit )- pengenduran
- Rumusan
- Gerak-gerakkan seluruh anggota tubuh untuk meratakan asid laktik ke seluruh anggota badan.
- Otot-otot major yang telah digunakan diregangkan bermula dengan bahagian kaki hingga ke bahagian kepala
- Guru mengajukan soalan kepada pelajar. Berikan fasa pergerakan dalam acara melontar
peluru mengikut teknik yang di ajar.
- Guru memberi nasihat kepada pelajar berkaitan dengan kemahiran yang di pelajari.
___________________________________________________________________________________________10
top related