reputasi global - office of corporate affairs · daripada 14 buah negara dari 26 buah institusi...
Post on 27-Jun-2019
225 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Reputasi GlobalUTM berhasrat menjadi sebuah
Universiti tersohor yang tergolong dalam 50 buah Universiti
Kejuruteraan dan Teknologi terbaik dunia menjelang tahun 2020.
Usaha ke arah mencapai hasrat ini dipergiatkan melalui inisiatif menjadikan UTM pusat rujukan
dalam ruang lingkup Asia Tenggara dengan serlahan kehebatan para
ilmuan mempunyai kepakaran tinggi, selain pelaksanaan
program berimpak tinggi yang memperkukuhkan jenama UTM
di peringkat global.
87
Reputasi GlobalPencapaian dalam University Global Ranking
University Global Ranking merupakan satu kaedah untuk mengukur kedudukan reputasi Universiti di peringkat global. Kaedah ini membolehkan banyak pihak mengetahui pencapaian sesebuah Universiti. Reputasi yang dicapai oleh sesebuah Universiti akan menarik minat pelbagai agensi untuk berkolaborasi dan menjadi penanda aras kejayaan sesebuah Universiti sekaligus meningkatkan nilai kompetitif Universiti dan menjadi destinasi pilihan utama mahasiswa. Ianya juga berupaya menarik pelabur asing dalam meningkatkan jumlah pemberian penajaan pengajian kepada mahasiswa cemerlang disamping dapat menjalankan pelbagai aktiviti pembangunan mahasiswa, penyelidikan dan sebagainya.
Penarafan UTM di Peringkat Antarabangsa
Penarafan UTM di dalam QS World University
UTM QS World University Rankings (2012-2014)
Rankings (QS WUR) bagi tahun 2014 juga menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelum ini iaitu di tempat ke-294 berbanding tempat yang ke-355 dalam tahun 2013. Carta kedudukan UTM di dalam QS WUR bagi tahun 2012-2014 adalah seperti Jadual di bawah.
UTM juga telah menduduki tempat ke-134 dalam QS World University by Subject Rankings bagi tahun 2014 berbanding tempat yang ke-256 pada tahun 2013. UTM buat julung kalinya telah menduduki tempat ke-93 di dalam The BRICS
and Emerging Economies Rankings 2015. Ini merupakan satu permulaan yang baik bagi UTM dalam usaha memperkasa kedudukan dan jenama UTM di peringkat antarabangsa.
Pencapaian UTM di dalam QS Asian University
Rankings (QS AUR) tahun 2014 mencatatkan kenaikan sebanyak dua anak tangga iaitu di tempat yang ke-66 berbanding tempat ke-68 pada tahun 2013. Carta kedudukan UTM di dalam QS AUR bagi tahun 2012-2014 adalah seperti Jadual berikut.
80
70
60
50
40
30
20
10
0
QS Asian University Rankings (2012-2014)
2013 20142012
Penarafan
Tahun
400
350
300
250
200
150
100
50
02013 20142012
Penarafan
ke-358ke-355
ke-294
Tahun
ke-74
ke-68ke-66
88
UTM telah menganjurkan 8th South East Asian Technical University Consortium (8th SEATUC) pada 3 hingga 5 Mei 2014 bertempat di M-Suites Hotel, Johor Bahru. Program ini dihadiri oleh seramai 200 peserta dari teknikal universiti di Asia. Para peserta terdiri daripada ahli akademik dan mahasiswa universiti Shibaura Institute of Technology (Jepun), Hanoi University of Science and Technology (Vietnam), Ho Chi Minh University of Technology (Vietnam), Institut Teknologi Bandung (Indonesia), Universitas Gadjah Mada (Indonesia), Suranaree University of Technology (Thailand), King Mongkut’s University of Technology Thonburi (Thailand) dan juga Universiti Teknologi Malaysia (satu-satunya Universiti di Malaysia yang menjadi ahli konsortium).
Aktiviti Pengantarabangsaan
Program ini memberi peluang kepada ahli untuk
membincangkan tentang perlaksanaan Hybrid
Twinning Program iaitu program usahasama
pendidikan peringkat pascaijazah dan Program
Ijazah Berkembar (Dual Degree) bersama ahli.
Setakat ini, seramai 29 orang (6 orang daripada
UTM) telah bergraduat dan memperoleh Ph.D
melalui program ini. Fokus utama SEATUC adalah
memupuk individu yang berbakat menerusi
program pertukaran di antara ahli konsortium.
Penglibatan UTM dalam simposium ini adalah selari
dengan matlamat UTM bagi meningkatkan aktiviti
penyelidikan dan pembangunan (R&D) selaras
dengan status UTM sebagai sebuah Universiti
Penyelidikan RU).
Peserta 8th South East Asian Technical University Consortium (8th SEATUC)
The 8th South East Asian Technical University Consortium (8th SEATUC)
89
University Presidents Forum (UPF) 2014
UTM telah menganjurkan University Presidents
Forum Siri Ke-6 pada 3-5 Mei 2014 bertempat di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru. Seramai 50 orang Presiden/Naib Canselor/Wakil telah hadir ke forum ini daripada 14 buah negara dari 26 buah institusi luar negara. Tema forum pada kali ini adalah “Global Collaboration Opportunities in Knowledge
Creation and Innovation”. Antara objektif University
Presidents Forum (UPF) adalah seperti berikut:
• Mewujudkan satu platform untuk pengurusan tertinggi universiti bertukar pandangan tentang isu-isu global pendidikan tinggi;
• Memudahcara perkongsian maklumat strategik berkaitan pendidikan tinggi;
• Meningkatkan hubungan kerjasama dengan Universiti luar negara melalui perjanjian mewujudkan memorandum persefahaman;
• Mengeratkan jalinan kerjasama dengan universiti rakan kerjasama dan jemputan demi kebaikan bersama dari segi akademik dan penyelidikan berasaskan Co2;
• Meningkatkan profil antarabangsa UTM;• Meninjau peluang untuk membangunkan Pusat
Kecemerlangan Co2 di peringkat antarabangsa.
UPF 2014 juga menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Suratcara (LoC) diadakan bersama rakan Universiti kerjasama yang baharu iaitu:
• Curtin University, Australia;• Gene-Oasis Pte Ltd, Singapura;• Tsukuba University, Jepun;• Far Eastern University, Filipina – LoC;• Military Institute of Science and Technology• (MIST), Dhaka - LoC.
University Presidents Forum Siri ke-6
90
UTM melalui Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) telah menganjurkan 7th
AUN/SEED-Net International Conference on
Electrical and Electronics Engineering bersempena dengan MJIIT-JUC Joint International Symposium
2014 (MJJIS 2014) dan Malaysia-Japan Tribology
Symposium 2014. Matlamat konferen ini adalah
untuk menggalakkan penyelidik muda yang berlatarbelakangkan kejuruteraan elektrik dan elektronik berkongsi idea baru dan inovatif dan juga dapatan kajian bersama para delegasi daripada pelbagai negara anggota seperti Malaysia, Kemboja, Indonesia, Jepun, Loas, Myanmar, Filipina, Thailand, Timor-Leste, Vietnam dan India.
ASEAN University Network/South East Asia Engineering Education (AUN/SED Net)
Antara Program yang Dijalankan melalui Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT)
91
UTM telah terlibat secara aktif dalam pebagai aktiviti pengantarabangsaan. Antara program yang dihadiri oleh UTM pada tahun 2014 adalah seperti berikut:
• 7th QS World Class in South Africa
• 10th QS-APPLE in Taipei, Taiwan
• 4th QS-MAPLE in Doha, Qatar
• QS in Conversation in Brunei Darussalam
• QS Summer School Summit in Kuala
Lumpur
• NAFSA 2014 Annual Conference in
San Diego, California
• 9th APAIE Annual Conference and Exhibition
2014 in Seoul, Korea
• The 26th Annual EAIE Conference 2014 in
Prague, Czech Republic
• Going Global 2014: The Conference
forLeaders of International Education in USA
• 5th Global Initiatives Partnership (GIP)
Meeting in Belgium
• COP 20: The Sustainable Innovation Forum
2014 (SIF14) in Lima, Peru.
UTM Membership/ Alliances:
• South East Asian Technical University
Consortium (SEATUC)
• Southeast and South Asia and Taiwan
Universities (SATU)
• ASEAN University Network/South East Asia
Engineering Education (AUN/SED Net)
• ASEAN Learning Network Council (ALNC)
• Asia-Pacific Association of International
Education (APAIE)
• Asia Professional Education Network (APEN)
• NAFSA: Association of International Educators
• European Association for International
Education (EAIE)
• Global Education Exchanges for Engineers and
Entreprenuers (GE4)
• Global Engineering Education Exchange (GE3)
• International Association of Universities (IAU)
• Association of Southeast Asian Institute of
Higher Learning (ASAIHL)
• American Society for Engineering Education
(ASEE)
Kerjasama dengan Rakan Kongsi Luar Negara
UTM telah menjalankan kolaborasi strategik dengan rakan yang menyediakan program penyelidikan intensif yang berasaskan teknologi dalam membantu memacu pencapaian Universiti. Kolabarasi ini diperkuatkan melalui perbagai bentuk perjanjian dan persefahaman. Selaras dengan aspirasi ini, pada tahun 2014 UTM telah mempunyai lebih daripada 200 perjanjian seperti dipaparkan dalam jadual di bawah.
Kerjasama dengan Rakan Kongsi Luar Negara
Negara Bil. Kerjasama
Afrika - Timur Tengah 20
Eropah 43
USA - Amerika Selatan 8
Australia - New Zealand - Oceania 14
Jepun - China - Korea 59
India - Pakistan 5
ASEAN 47
Jumlah 209
top related