refleksi 2

Post on 22-Dec-2015

9 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Refleksi Akt. Muzik

TRANSCRIPT

Refleksi Choir Festival – Voice Celebration Concert

Pertama sekali, saya berasa amat bersyukur dan gembira kerana berpeluang

menonton persembahan dari pelajar Uitm. Saya ingin berterima kasih pensyarah

pembimbing, Puan Bernice kerana sudi membawa kami untuk mendapat pengalaman

yang berbeza-beza dalam dunia muzik.

Pada 27th September 2014, kami unit PISMP Sem2 Pendidikan Muzik dengan

rakan yang lain telah pergi ke Auditorium Parcel E untuk menonton persembahan.

Saya berasa amat gembira kerana berpeluang menonton persembahan penyanyi

soprano dan ini amat mempesonakan. Saya berasa teringin hendak belajar cara

nyanyian sebegini kerana cara nyanyian sebegini sungguh menarik.

Selain itu, saya berasa koir amat hebat kerana dapat bernyanyi tanpa iringan

muzik kebanyakan masa. Pemain iringan, piano dan flute dapat berkolaborasi dengan

baik dan ini memberikan perasaan yang unik kerana kebanyakan persembahan hanya

melibatkan piano sahaja. Saya berpendapat bahawa flute sebagai iringan dapat

ditambahkan dalam konsert yang bakal dianjurkan kerana flute memberikan suara

yang begitu halus dan merdu.

Seterusnya, beberapa persembahan yang merangkumi pelbagai genre muzik

amatlah menarik sekali. Melalui persembahan ini, saya lebih mengetahui muzik klasikal

Malaysia, contohnya muzik P.Ramlee dan lagu Samba luar negara. Ini merupakan

pengalaman dan pengetahuan yang amat berharga kerana semua pengalaman ini

bolehlah dimasukkkan ke dalam lunch time konsert, dan ini dapat menarik perhatian

penonton kerana mereka akan berasa tertanya-tanya dan tertarik dengan lagu tempo

cepat seperti samba.

Walaupun beberapa kelemahan terkandung dalam persembahan ini, contohnya

pakaian penyanyi koir amat membosankan, namun keseluruhan persembahan masih

boleh diterima.

Saya berharap kami mempunyai banyak peluang sebegini untuk menonton

persembahan supaya dapat memperoleh ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam

dunia muzik. Sekian.

top related