projek paper inklusif
Post on 10-Apr-2016
132 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
KBP6014 :
PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN
KERTAS PROJEK :
KESEDIAAN GURU ALIRAN PERDANA DALAM MELAKSANAKANPROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF DI SEKOLAH
PROF. MADYA DR HANIZ IBRAHIM
NAMA : NO. MATRIK
ZANIS HAIDAR BINTI ZAINAL ABIDIN M20142001323
KEETHA A/P GNANAMOORTHY M20020141969
HAZMILA BINTI ROMLI M20141000670
1
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKASURAT
i Abstrak
Pengenalan
Latarbelakang kajian
Pernyataan Masalah
Tujuan kajian
Objektif Kajian
Persoalan Kajian
Kerangka Konseptual Kajian
Kepentingan kajian
Batasan kajian
Definisi Istilah
345777778910
ii Kajian Literatur
Pengenalan
Kajian Lepas
a)Kajian dalam negeri
b) kajian luar Negara
14151616
iii Metodologi
Pengenalan
Rekabentuk Kajian
Populasi
Persampelan Kajian
Instrumen Kajian
Pengumpulan dan Analisis Data
202020202121
iv Analisis Dapatan 22
v Rumusan 30
vi Bibliografi 33
2
Tajuk:KESEDIAAN GURU ALIRAN PERDANA DALAM MELAKSANAKAN
PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF DI SEKOLAH
Oleh
Hazmila Binti Romli
Keetha Gnanamorthy
Zanis Haidar Binti Zainal Abidin
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
ABSTRAK
Pendidikan Khas adalah satu cabang perkhidmatan pendidikan yang disediakan
untuk murid berkeperluan khas. Bidang ini sedang berkembang pesat seiring dengan
perkembangan sistem pendidikan negara. Selain perkhidmatan di Program Pendidikan Khas
Integrasi, Program Pendidikan Inklusif juga dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh
negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada
yang diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi
kanak-kanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar ‘Pendidikan
Wajib’ dan ‘Pendidikan untuk Semua’ yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan
pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Dengan termaterai dua dasar tersebut,
pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi cabaran dan
isu-isu semasa pendidikan khas. Oleh itu satu kajian telah dijalankan di beberapa buah
sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi bagi meninjau tahap
kesediaan guru-guru aliran perdana dalam perlaksanaan Program Inklusif. Kajian ini
tertumpu terhadap beberapa aspek antaranya pengetahuan/kemahiran, persepsi/tanggapan
dan sikap guru aliran perdana yang mengajar pelajar pendidikan khas di program inklusif..
Kajian ini merupakan kajian tindakan kualitatif yang menggunakan instrumen soal selidik.
Hasil kajian mendapati bahawa amalan pengajaran bersama mampu menjayakan Program
3
Pendidikan Inklusif dengan lebih berkesan sekiranya diimplementasikan dengan bantuan,
sokongan dan pemantauan berterusan.
BAB 1
1.1 PENGENALAN
Pendidikan khas ialah suatu program yang mana murid berkeperluan khas menerima
pendidikan formal secara lebih khusus sama ada akademik mahupun bukan akademik.
Selain itu dengan berpandukan kepada peruntukan Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian 1, perkara 2 (b) dan (c), bidang
pendidikan khas menjadi lebih menyeluruh di mana Program Inklusif diperkenalkan.
Sebagaimana yang dijelaskan oleh Lewis dan Doorlag (2003), Inklusif merupakan istilah
yang sering digunakan kini untuk menerangkan tentang penempatan bagi murid
berkeperluan khas di dalam pendidikan arus perdana. Ini menunjukkan bahawa inklusif
adalah program yang dirancang khas untuk menempatkan murid berkeperluan khas agar
dapat belajar bersama murid normal di kelas aliran perdana.
Dasar sedia ada yang diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat
pendidikan formal bagi kanak-kanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh
dasar ‘Pendidikan Wajib’ dan ‘Pendidikan untuk Semua’ yang kini menjadi asas perkiraan
dalam perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Dengan termaterai dua
dasar tersebut, pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi
cabaran dan isu-isu semasa pendidikan khas. Konsep pendidikan untuk semua murid
berkeperluan khas seperti bermasalah pembelajaran(BP), bermasalah penglihatan(BL) dan
bermasalah pendengaran(BD) telah lama dilaksanakan di Malaysia . Sejajar dengan itu,
pelbagai usaha dilakukan agar peluang pendidikan murid berkeperluan khas di kelas alliran
perdana mendapat kesan yang positif.
Menurut Maklumat Pendidikan Khas 2008 (2008), program ini diwujudkan di sekolah
harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang
menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa
inklusif. Ini menunjukkan bahawa program inklusif ini turut dilaksanakan di Program
Pendidikan Khas Intergrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) di sekolah-sekolah harian
biasa yang terpilih. Murid berkeperluan khas yang boleh mengikuti pembelajaran di aliran
perdana akan diberikan peluang untuk belajar bersama murid lain. Hal ini memerlukan
4
kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam kalangan guru pendidikan khas dan guru aliran
perdana.
Walaupun begitu, terdapat banyak cabaran yang perlu ditempuh dalam
melaksanakan Program Inklusif, kajian ini memberikan penekanan terhadap persepsi guru
aliran perdana terhadap perlaksanaan Program Inklusif. Menurut Sheehy et al. (2005)
terdapat banyak cabaran dalam melaksanakan Program Inklusif ia termasuklah sikap guru-
guru yang terlibat rentetan daripada tiadanya kemahiran untuk mengendalikan murid
berkeperluan khas di kelas-kelas inklusif. Permasalahan yang dihadapi oleh guru aliran
perdana lebih berfokus kepada pengendalian murid serta ekspektasi mereka terhadap murid
berkeperluan khas.
.
1.2: LATAR BELAKANG
Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas (MURID BERKEPERLUAN KHAS)
adalah istimewa, mempunyai kepelbagaian kebolehan dan mempunyai hak yang sama rata
bagi mendapatkan akses pendidikan yang berkualiti di semua sekolah. Di peringkat
pendidikan antarabangsa, konsep pendidikan inklusif telah diletakkan sebagai asas dalam
melaksanakan “Pendidikan Untuk Semua”. Aspirasi pendidikan inklusif ini juga telah
dikongsi oleh pakar pendidikan dan profesional yang terlibat dalam menyediakan
perkhidmatan pendidikan khas.
Program pendidikan untuk murid berkeperluan khas perlu diimplementasi supaya
sesuai dengan sistem pendidikan negara. Rangka Tindakan Salamanca juga
memperakukan bahawa kanak-kanak khas mempunyai hak untuk memasuki sekolah biasa
melalui amalan inklusif. Negara-negara yang bersidang di Salamanca disarankan supaya
memberi keutamaan terhadap polisi dan peruntukan kewangan agar sistem pendidikan
dapat diperbaiki bagi membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas diserapkan dalam
sistem pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan masalah ketidakupayaan mereka.
Kerajaan setiap negara juga digesa supaya mewujud dan mengukuhkan mekanisme
merancang, memantau dan menilai pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak khas.
Program Pendidikan Inklusif telah dijalankan sejak lama dahulu dan mula
diperkenalkan pada tahun 1994/1995 bermula di 14 buah sekolah. Program Pendidikan
Khas Inklusif merupakan rentetan daripada Pengisytiharan Dunia bagi Pendidikan Untuk
Semua (Education For All) yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1990
dan Kenyataan Salamanca yang ditandatangani pada 1994.
5
Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education (UNESCO 1994):
“Regular schools with an inclusive orientation are the mosteffective means of
combating discriminatory attitudes, creating welcoming communities, building an
inclusive society and achieving education for all.......”
Di dalam deklarasi Pendidikan Untuk Semua tersebut, ianya menyarankan agar
semua kanak-kanak diberikan pendidikan yang sama rata dan berkualiti, dan kanak-kanak
berkeperluan khas tidak terkecuali. Sementara Kenyataan Salamanca pula menyatakan
bahawa pendidikan inklusif merupakan pendekatan dan amalan terbaik bagi memenuhi
keperluan persekolahan kanak-kanak berkeperluan khas. Seperti yang dinyatakan Program
Pendidikan Inklusif berkitar daripada Program Pendidikan Khas Integrasi Berfungsi. Walau
bagaimana pun, terdapat perbezaan konsep bagi kedua-dua program. Program Inklusif
memerlukan sekolah menyesuaikan persekitarannya agar serasi dan sesuai dengan murid
berkeperluan khas. Pada masa ini, situasi tersebut tidak berlaku di sekolah-sekolah
Malaysia.
Di Malaysia, kita juga mempunyai dasar-dasar yang menyokong perlaksanaan
Program Pendidikan Inklusif bagi murid-murid berkeperluan khas antaranya Akta Orang
Kurang Upaya 2008 iaitu Akses kepada pendidikan yang sama rata bagi kanak-kanak
kurang upaya juga termaktub dalam Undang-undang Malaysia, Akta 685 di bawah Seksyen
28(1), yang menyatakan:
“orang kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas
asas ketidakupayaan, dan kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada
pendidikan prasekolah, rendah, menengah dan tinggi, atas asas kesetaraan dengan
orang atau kanak-kanak upaya,termasuk latihan vokasional dan pembelajaran
sepanjang hayat”
Di dalam Peraturan-peraturan Pendidikan( Pendidikan Khas)2013 juga ada menyatakan
bahawa “Program Pendidikan Inklusif bermaksud suatu program pendidikan bagi murid
bekeperluan khas yang dihadiri oleh murid bekeperluan khas bersama-sama dengan murid
lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan”.
Di sini jelas dapat dilihat bahawa sokongan terhadap Program Pendidikan Inklusif amat
diberikan perhatian bukan sahaja di Negara luar malah di Malaysia.
6
1.3 PERNYATAAN MASALAH
1) Sejauh manakah tahap pengetahuan guru aliran perdana tentang Program
Pendidikan Inklusif.
2) Sejauh manakah guru-guru aliran perdana mendapat latihan atau kursus persediaan
bagi melaksanakan Program Pendidikan Inklusif
1.4: TUJUAN KAJIAN
Kajian ini adalah bertujuan :
i. Untuk mengkaji sejauh mana kesediaan guru arus perdana untuk melaksanakan
Program Pendidikan Inklusif.
ii. Untuk meninjau tahap pengetahuan guru arus perdana tentang Program Pendidikan
Inklusif
iii. Untuk mengenalpasti sejauh manakah guru-guru aliran perdana mendapat latihan
dan pendedahan sebelum melaksanakan Program Pendidikan Inklusif.
1.5: OBJEKTIF KAJIAN
i. Untuk mengenalpasti samada terdapat perbezaan tahap kesediaan dari segi sikap
guru-guru aliran perdana terhadap perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif mengikut
tahap kelulusan pendidikan guru-guru tersebut.
ii. Untuk mendapatkan data mengenai tahap pengetahuan guru-guru aliran perdana
mengenai Program Pendidikan Inklusif mengikut pengalaman mengajar guru tersebut.
iii. Bertujuan untuk melihat sejauh mana guru-guru aliran perdana memerlukan latihan
bagi menjalankan Program Pendidikan Inklusif berdasarkan pengalaman mengajar guru
tersebut.
1.6: PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini akan cuba menjawab tiga persoalan berikut:
7
i) Sejauh manakah kesediaan guru arus perdana untuk melaksanakan Program
Pendidikan Inklusif?
ii) Sejauh manakah tahap pengetahuan guru arus perdana terhadap Program
Pendidikan Inklusif?
iii) Sejauh manakah guru-guru aliran perdana mendapat latihan dan pendedahan
sebelum melaksanakan Program Pendidikan Inklusif.
1.7: Kerangka Konseptual Kajian
Kerangka konsep disediakan sebagai panduan kepada kajian ini agar ia menjurus kepada
tujuan dan matlamat yang dikehendaki.
1.8: Kepentingan Kajian
Adalah diharapkan agar melalui kajian ini akan ditemui beberapa penemuan penting
di mana hasilannya dapat dijadikan panduan oleh semua pihak yang terlibat dengan
pendidikan inklusif samada secara langsung mahupun tidak langsung seterusnya membantu
meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar khas di samping melancarkan perlaksanaan dan
perjalanan program inklusif ini.
Hasil kajian ini diharapkan akan dapat memberikan maklumat kepada pihak- pihak
yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan PPI murid-murid autistik seperti Jabatan
Pendidikan Khas, KPM, Unit Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat
Pendidikan Daerah dan pentadbir se
kolah-sekolah yang mempunyai Program Intergrasi Pendidikan Khas di sekolah-sekolah
harian. Pihak yang tersebut perlu memberikan perhatian yang lebih menyeluruh dalam 8
kesediaan guru – guru aliran perdana
tahap pengetahuan tentang Program Pendidikan Inklusif serta perlaksanaannya.
latihan / kursus pendedahan tentang program Pendidikan Inklusif
Keberkesanan pelaksanaan program Pendidikan Inklusif
PEMBOLEHUBAH
PERLAKSANAAN
KEBERHASILAN
merancang dan melaksanakan program yang lebih berkesan bagi murid autistik khasnya
dan murid berkeperluan khas amnya.
Di pihak pentadbir sekolah dan guru-guru di sekolah pula diharapkan mendapat
maklumat bagi menyediakan Program Pendidikan Inklusif yang berkesan bukan sahaja
kepada murid inklusif tetapi juga melihat kepentingan sosial murid normal yang dipaksa
menerima murid autistik sebagai rakan sekelas. Penyediaan tempat yang sesuai akan
membolehkan pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif dapat
merancang dengan lebih berkesan untuk mencapai fungsinyaKajian ini amat penting kerana
ia dapat dijadikan sebagai asas bagi menentukan jenis latihan yang diperlukan oleh guru
arus perdana dan perlu diberi penekanan. Selain daripada itu ia juga dapat mengenalpasti
masalah atau isu yang dihadapi oleh guru arus semasa PPI dijalankan.
Kajian ini juga diharapkan agar dapat menjadi panduan asas dan membekalkan
maklumat-maklumat kepada guru arus perdana dalam menjalankan tugas dan tanggung
jawab serta sanggup untuk merancang dan bekerjasama dalam semua aspek.
Guru-guru yang terlibat program inklusif ini akan memperolehi pandangan yang lebih
jelas berkaitan murid-murid khas dan lebih sedar akan keperluan serta tanggungjawab
mereka membantu murid-murid khas ini. Input yang diperolehinya diharap akan menjadikan
guru ini lebih berlapang dada dan rela hati untuk menerima kehadiran murid-murid khas di
bilik darjah arus perdana seadanya mereka di samping sanggup mendidik murid khas
dengan rasa tanggungjawab dan penuh empati agar murid-murid khas dapat mengikuti
pengajaran dan pembelajarannya dengan lebih yakin dan tenang.
1.9: BATASAN KAJIAN
Fokus kajian ini akan melibatkan 12 buah sekolah kebangsaan harian di tiga tempat
(daerah) berbeza yang melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi dan juga
Program Pendidikan Inklusif. Sampel dipilih secara tidak rawak bertujuan dimana responden
terdiri daripada semua guru yang mengajar mata pelajaran teras di aliran perdana yang
terlibat secara langsung dalam mengajar pelajar-pelajar khas di kelas aliran perdana dalam
berbagai mata pelajaran bagi setiap sekolah.
Responden dipilih dalam kalangan guru-guru aliran perdana yang terlibat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran murid-murid .Dalam kajian ini bilangan sampel yang dipilih
ialah 10 orang guru aliran perdana yang mengajar murid Pendidikan Khas dalam Program
Pendidikan Inklusif bagi setiap sekolah.
Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk tinjauan deskriptif. Ia sekadar meninjau
tentang beberapa perkara berkaitan perlaksanaan dan pengurusan program inklusif yang
9
telah dijalankan di program intergrasi bermasalah pembelajaran di sekolah-sekolah harian
terpilih.
Data-data yang dikumpul adalah berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan
kepada semua guru aliran perdana yang mengajar pelajar-pelajar khas secara langsung
bagi mata pelajaran teras dalam progam inklusif ini. Maka, dapatan yang diberikan oleh guru
adalah bergantung kepada keikhlasan mereka semasa menjawab soal selidik yang
dikemukakan. Kajian ini tidak melibatkan guru-guru di sekolah rendah yang mempunyai
program inklusif di PPKI(BP) di sekolah mereka.
1.10: DEFINISI ISTILAH
Terdapat beberapa istilah yang biasa digunakan dalam pendidikan Khas telah diguna agar
mengikut kehendak kajian
i. Integrasi (intergration)Integrasi bermaksud memberi pendidikan atau mengajar murid berkeperluan
khas bersama-sama dengan murid biasa berdasarkan kepada prinsip bahawa
kanak-kanak berkeperluan khas perlu berkongsi peluang-peluang pendidikan yang
disediakan sebagaimana kanak-kanak yang lain. Mengikut British Columbia Ministry
Of Education (2011), proses pengintergrasian murid-murid berkeperluan khas perlu
ditempatkan di ruang pembelajaran yang sama sebagaimana rakan-rakan
sebayanya yang tidak berkeperluan khas dan dibekalkan dengan kemudahan yang
perlu berdasarkan kepada keperluan individu bagi memastikan mereka boleh
mencapai kejayaan. Dalam konteks kajian ini, inklusif adalah penyertaan murid-murid
khas untuk belajar bersama murid-murid normal di aliran perdana, di kelas aliran
perdana, diajar oleh guru perdana yang sama namun diberikan bantuan, bimbingan
dan modifikasi yang perlu agar dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran
seterusnya dapat menguasai kemahiran semaksima mungkin. Ini bertepatan dengan
definisi yang diutarakan oleh Bahagian Pendididikan Khas Kementerian Muridan
Malaysia (2008) bahawa program pendidikan intergrasi merupakan sebuah program
yang disediakan bagi murid-murid pendidikan khas di sekolah-sekolah aliran
perdana.
ii. Aliran perdana (mainstream)Kamus Dwibahasa Oxford Fajar edisi 5 (2011) menyatakan bahawa aliran perdana
bermaksud aliran utama. Dari sini dapatlah disimpulkan bahawa makna aliran utama
adalah aliran perdana di mana murid-murid normal di tempatkan. Menurut
10
Ensaiklopesia Wikipedia (2007) pula, ‘mainstreaming’ didefinisikan sebagaimana
berikut iaitu berdasarkan konteks pendidikan, ia merupakan satu tindakan yang
diambil dalam memberikan pendidikan kepada murid-murid berkeperluan khas dalam
bilik darjah biasa untuk jangka masa yang ditetapkan berlandaskan kepada
kemampuan kemahiran mereka. Menurut Watson (2013) pula, ‘mainstream’
diistilahkan sebagai penempatan bagi murid-murid berkeperluan khas dalam
suasana yang paling kurang menghadkan ataupun bilik darjah biasa. Manakala Stout
(2001) pula menyatakan, secara umumnya “mainstreaming” digunakan bagi merujuk
kepada penempatan terpilih bagi murid-murid berkeperluan khas di dalam bilik darjah
biasa. Berdasarkan pendapat-pendapat di atas, dapatlah disimpulkan bahawa istilah
“aliran perdana” yang digunakan dalam melaksanakan program inklusif bagi murid
PKBP membawa makna tempat murid PKBP ditempatkan iaitu di kelas-kelas biasa
dengan suasana pembelajaran yang biasa, bersama murid biasa dalam tempoh
masa tertentu untuk mengikuti aktiviti dan proses pengajaran dan pembelajaran.
iii. Program Inklusif: (Inclusion)
Suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan khas yang dihadiri oleh murid
berkeperluan khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di
sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. Voughn, Bos dan Schumm (2003)
menyatakan bahawa inklusif adalah merujuk kepada pendidikan bagi murid
berkeperluan khas bersama rakan-rakannya yang tidak berkeperluan khas dengan
berbekalkan bantuan khas pendidikan dan perkhidmatan ini perlu diberikan bila
mana diperlukan. Manakala Wood (2002) pula berpendapat bahawa dalam tahun
1990an, konsep menempatkan murid berkeperluan khas di dalam bilik darjah aliran
perdana mula dikanali sebagai inklusif. Kamus Dwibahasa Oxford Fajar edisi 5
(2011) pula mendefinisikan ‘inclusion’ sebagai tindakan menyertakan bersama
samada orang atau benda yang disertakan bersama. Berdasarkan definisi ini,
mengikut kontek pendidikan khas ia membawa makna tindakan menyertakan murid-
murid pendidikan khas bersama-sama murid normal. Berdasarkan Buku Maklumat
Pendidikan Khas (2008) pula mendefinisikan separa inklusif sebagai satu
pendekatan pendidikan di mana murid-murid pendidikan khas dan aliran perdana
belajar bersama di dalam satu kelas bagi subjek-subjek tertentu. Manakala Mohd.
Najib dan Sanisah (2006) pula menyatakan bahawa program inklusif ini menitik
beratkan suatu program Pendidikan Inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas
yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa belajar bersama-sama dengan murid-
murid biasa.
11
iv. Inklusif separaMurid berkeperluan khas belajar secara sepenuh masa bersama-sama murid
arus perdana. Murid berkeperluan khas mengikuti pembelajaran bagi semua
mata pelajaran akademik berasaskan kurikulum kebangsaan atau kurikulum
kebangsaan yang di ubahsuai dengan bantuan atau tanpa bantuan perkhidmatan
sokongan.
v. Inklusif penuhMurid berkeperluan khas belajar bersama-sama murid arus perdana bagi mata
pelajaran akademik atau aktiviti koakademik atau aktiviti kokurikulum tertentu
sahaja mengikut keupayaan mereka. Murid berkeperluan khas yang mengikuti
inklusif separa bagi mata pelajaran akademik adalah berasaskan kurikulum
kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang diubahsuai dengan sedikit atau
tanpa bantuan perkhidmatan sokongan. Inklusif separa bagi aktiviti koakademik
atau kokurikulum adalah berdasarkan potensi, bakat dan kaupayaan mereka.
(Bahagian Pendidikan Khas 2013)
1.11 KESIMPULAN
Daripada kajian ini dapatlah disimpulkan bahawa salah satu pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang wajar dilaksanakan bagi memenuhi keperluan pelajar pendidikan
khas adalah dengan menjalankan inklusif. Persepsi yang positif guru aliran perdana
berkenaan perlaksanaan inklusif sangat diperlukan bagi membolehkan peluang belajar
dapat diberikan kepada pelajar pendidikan khas. Kesediaan dan teknik pengajaran perlu
diberikan penekanan agar perlaksanaan inklusif ini dapat dijalankan dengan sistematik dan
dapat mencapai matlamat inklusif terutamanya daripada segi tahap penerimaan guru aliran
perdana yang bertanggungjawab untuk memastikan inklusif dapat dilaksanakan.
Penerimaan terhadap pelajar perlu diberikan perhatian khusus disamping keperluan guru
seperti latihan khusus berkenaan pedagogi perlu diberikan keutamaan bagi memastikan
kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar mendapat manfaat daripada program yang telah
tersedia. Pendekatan ini akan memberikan banyak manfaat kepada pelajar khususnya dan
kepada masyarakat umumanya. Berpandukan kepada cara perlaksanaan inklusif di sekolah
dan bagaimana pihak-pihak tertentu menjalankan tanggungjawab mereka ia dapat
mengurangkan pergantungan pelajar pendidikan khas kepada akses mudah seperti guru
12
dan rakan-rakan. Diharapkan dengan inklusif ini ia akan memberikan peluang berdikari
selain mengurangkan stigmatisme dan labelling yang diberikan kepada para pelajar
pendidikan khas sejak sekian lama.
13
BAB 2: TINJAUAN LITERATUR
2.1 : Pengenalan
Program Pendidikan Inklusif bagi Murid Berkeperluan Khas telah dijalankan
dijalankan di Malaysia pada tahun 1987 di bawah Kementerian Pendidikan. Ia juga
merupakan satu usaha bagi memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid
tanpa mengira ketidakupayaan atau kecacatan. Murid berkeperluan khas diberi peluang
untuk berjaya dan cemerlang kerana mereka juga mempunyai minat dan cita-cita sama
seperti murid normal.PPI juga merapatkan jurang pendidikan antara murid arus perdana dan
murid berkeperluan khas.
Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem Pendidikan Arus Perdana merupakan
matlamat yang ingin dicapai dalam meletakkan pendidikan Malaysia bertaraf dunia. Namun
terdapat pelbagai halangan dan rintangan dalam melaksanakan pendidikan inklusif secara
sepenuhnya di setiap sekolah. Antara faktor yang menjadi kekangan utama ialah sumber
yang terhad, sikap yang negatif dan kurangnya guru-guru terlatih dalam melaksanakannya
(Ysseldyke dan Alozzine, 1982)
Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan
kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan
murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.(Haji Sabri Salleh.
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. 1996).Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya
ke arah pengsealiran pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal.
Matlamatnya ialah memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran,
pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama
pelajar normal. Matlamat selanjutnya supaya pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat
menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di
sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya
mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang.
1996).
Di Malaysia, Kebanyakan pelajar kurang upaya diberi pendidikan sama ada dalam
persekitaran khas atau-pun dalam persekitaran bersepadu. Pendidikan inklusif digalakkan
oleh Kementerian Pelajaran, namun im-plementasi pendidikan inklusif masih belum lagi
meluas. Ini dapat dilihat, iaitu pelajar-pelajar bermasalah pen-dengaran dan bermasalah
penglihatan mengikuti kurikulum biasa, manakala pelajar-pelajar bermasalah pem-belajaran
kebanyakannya mengikuti kurikulum khas yang diajar oleh guru pendidikan khas.
14
Pendidikan Inklusif telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk memberi
peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan dan
kecacatan mereka. Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) adalah untuk memastikan semua sekolah dan murid
mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya
akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 mengatakan:
“Kementerian beriltizam menggalakkan lebih ramai Murid Berkeperluan Khas ke dalam
program pendidikan inklusif dan meningkatkan kualiti penyediaannya secara keseluruhan”
Jadi dapat dilihat matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) adalah untuk memastikan semua sekolah dan murid
mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang.
Murid yang mengikuti Program Pendidikan Inklusif terdiri hanya dari murid yang
menguasai literasi dan numerasi sahaja. Mereka juga boleh berkominikasi dan tidak
mempunyai masalah tingkahlaku yang teruk sehingga menganggu aktiviti pembelajaran.
2.1: Kajian Lepas
Halen Rae (2010) dalam kajian beliau menyatakan tidak semua guru menerima
program inklusif dengan baik. Ini kerana guru perlu lebih teliti dan peka terhadap pengajaran
dan pembelajaran. Guru hanya menerima murid berkeperluan khas yang tidak mempunyai
masalah yang teruk dan tidak memerlukan pengurusan tambahan atau sokongan.
Manakala Johnson, Hunter dan G.L. Newton (2014) menyatakan bahawa guru
mempunyai sikap dan pandangan yang positif tentang PPI. Walaubagaimanapun, ada juga
berpendapat PPI ini membosankan dan memerlukan masa yang panjang untuk memberi
pemahaman kepada murid berkeperluan khas. Latihan dan seminar perlu diadakan agar
guru yang terlibat dengan program ini dapat siapa dan bagaimana untuk mengajar murid
berkeperluan khas. Ia bagi mengetahui amalan terbaik dalam menjayakan PPI.
Menurut Rubina Faza (2009) menyatakan kekurangan pengetahuan menyebabkan
guru dan pentadbir mengalami kesukaran dalam mengendalikan murid-murid inklusif.
Walaubagaimanapun mereka masih menunjukkan sikap positif terhadap Pendidikan Inklusif.
Menurut NN Mthembu (2009) kejayaan pendidikan inklusif bergantung pada Guru perdana
mempunyai tanggunjawab yang besar dalam melaksanakan pendidikan inklusif. Guru perlu
15
diberi latihan dan kemahiran, perlu dibekalkan dengan sumber dan kemudahan yang
mencukupi. Guru juga perlu memiliki sikap,persepsi dan kepercayaan yang positif dalam
melaksanakan PPI.
i) Kajian Dalam NegeriDi Malaysia, banyak kajian mengenai perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif.
Antaranya ialah Persepsi Guru Aliran Perdana Terhadap Inklusif kajian oleh Abdul Rahim
Hamdan dan Muhamad Khairul Anuar Hussin.Kajian ini membincangkan secara umum
persepsi umum guru aliran perdana terhadap beberapa aspek antaranya pengetahuan,
kesediaan, strategi dan kekangan dan alternatif kepada penambahbaikan program inklusif
daripada pandangan guru aliran perdana yang mengajar pelajar pendidikan khas di program
inklusif. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kuantitatif yang mana
melibatkan 97 orang responden yang dipilih secara rawak di atas talian dengan penggunaan
aplikasi ‘online survey’ yang ada dalam laman sosial facebook.Responden perlu menepati
kelayakan menjawab pada bahagian demografi responden.Hasil daripada analisis
mendapati kecenderungan guru aliran perdana memberikan maklum balas dengan baik
yang mana peratusan yang tinggi melebihi 49.5% dalam keyakinan, kursus yang diperlukan,
kesediaan dan pengetahuan dapat menggambarkan kematangan responden. Adalah
diharapkan kajian ini akan memberikan manfaat kepada para guru aliran perdana dalam
pengajaran mereka selain memberi peluang pelajar pendidikan khas mendapat pendidikan
yang lebih baik.
ii) Kajian Luar Negara Banyak kajian telah dibuat menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai masalah
pertuturan,fizikal, terencat akal, emosi dan berpencapaian rendah dalam pelajaran tidak
diterima oleh rakan sebaya mereka daripada golongan murid yang bernasib baik (Garguilo,
2006).Murid yang mempunyai masalah personaliti, pertuturan dan kecacatan ringan sering
membuatkan mereka sukar diterima Begitu juga strategi yang diambil oleh guru dan pihak
pentadbir sekolah dalam menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara murid
normal dengan murid autistik. Sekiranya guru dapat menanamkan kefahaman yang positif
kepada murid normal maka pergaulan dan penerimaan mereka juga akan lebih baik dan
menimbulkan persepsi yang positif. (Gore, 2004 )
16
iii) Akta perundangan dan dasar antarabangsa mengenai Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu atau
United Nations Educational Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) menyatakan,
sekolah biasa yang mempunyai orientasi Pendidikan Inklusif adalah kaedah paling berkesan
bagi melawan sikap diskriminasi terhadap murid keperluan khas.UNESCO menggesa
semua kerajaan menjalankan dasar Pendidikan Inklusif dengan mendaftarkan murid
berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa.
Di Amerika Syarikat, sokongan terhadap PPI mempunyai sejarah yang agak
panjang. Ia dimulakan dengan Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-kanak Cacat 1975,
kemudian bertukar nama menjadi Akta Individu Kurang Upaya (IDEA) 1990, dan beberapa
pengubahsuaian pada akta ini pada tahun 1997. Semua akta ini memastikan khidmat
pendidikan disediakan untuk semua murid, tanpa mengira sifat kurang upaya atau keperluan
pembelajaran mereka, dan bahawa ciri pelajaran ini agak tekal di seluruh Amerika
Syarikat.Di Great Britain, perundangan kurang terperinci berbanding perundangan di
Amerika Syarikat, dan ini membolehkan pihak berkuasa pendidikan mentafsir undang-
undang ini dalam pelbagai cara ( Dyson dan Millward, 2000 ). Di Australia dan New Zealand,
tiada perundangan yang bersifat kebangsaan yang dapat menentukan secara khusus,
perkhidmatan pendidikan khas bagi memenuhi keperluan pendidikan murid berkeperluan
khas
iv) Kepentingan Program Pendidikan InklusifMenginklusifkan murid-murid pendidikan khas disarankan atas sebab-sebab berikut.
i. Murid ini dirasakan boleh mendapat manfaat dalam pendidikan jika mereka
berada di kelas-kelas arus perdana;
ii. Inklusif tidak dapat dilaksanakan di sekolah-sekolah pendidikan khas kerana
kesemua murid di sekolah tersebut terdiri daripada murid berkeperluan khas.
Keterhadan berinteraksi dengan murid-murid arus perdana akan
membantutkan perkembangan dan pencapaian kemahiran sosial mereka
apabila berada dalam komuniti arus perdana;
iii. Untuk mempercepatkan pembekalan perkhidmatan pendidikan kepada murid-
murid berkeperluan khas. Murid tersebut boleh terus dimasukkan ke kelas
arus perdana walaupun sekolah berkenaan tiada Program Pendidikan Khas
Integrasi.
17
iv. Untuk memenuhi prinsip “persekitaran pendidikan terhad minima” (least
restrictive environment) yang disarani dalam Deklarasi Antarabangsa yang
ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia.
Matlamat jangka panjang pewujudan Program Pendidikan Khas inklusif adalah seperti
berikut;
1. Interaksi murid pendidikan khas dan arus perdana diharap akan
memperluaskan pengetahuan, pengalaman dan kreativiti murid pendidikan
khas. Ini secara langsung akan meningkatkan kesedaran moral serta
kebolehan murid-murid tersebut untuk menyesuaikan diri dalam komuniti
setempat dan untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa.
Selepas menamatkan pendidikan formal, murid-murid pendidikan khas yang telah
melalui proses inklusif diharapkan akan menjadi anggota masyarakat yang aktif,
menyumbang kepada pembangunan negara, dan boleh hidup berdikari.
2.4: RUMUSAN
PPI merupakan satu proses pendidikan yang memberi peluang kepada MURID
BERKEPERLUAN KHAS untuk belajar bersama rakan sebaya. MURID BERKEPERLUAN
KHAS yang mengikuti PPI ini dapat berinteraksi dan bergaul dengan rakan sebaya tanpa
memikirkan kekurangan mereka. Mereka juga menunjukkan kemajuan yang positif dan
memberangsangkan dalam semua aspek seperti komunikasi, tingkah laku dan pencapaian
akademik. Guru juga memainkan peranan penting untuk memudahkan pembelajaran para
pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana
pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran
yang berkesan.Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat
meransangkan minat murid di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan murid.
Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan murid yang berbeza dari segi
kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi
pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih
kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuaidengan perkembangan dan
kebolehan murid. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan murid belajar
secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya
menarik hati murid sertadapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Perlunya guru
menarik perhatian murid dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktivitiyang dipilih hendaklah
yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan
konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas.Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, 18
emosi dan minat pelajar secara berkesan. Selain itu, dalam mencari kesesuaian serta
pendekatan yang berkesan, kerjasama guru aliran perdana dengan guru Pendidikan Khas
amatlah penting untuk mencapai matlamat kearah kecemerlangan murid pendidikan khas.
BAB 3: METODOLOGI
19
3.1 Pengenalan
Penyelidikan merupakan satu aktiviti akademik yang mempunyai tahap dan prosedur
untuk dilaksanakan(Neuman, 2000). Hal ini kerana sesuatu kajian yang dijalankan
merupakan aktiviti yang menjurus kepada pengumpulan maklumat primer dan sekunder
yang bertujuan untuk menerangkan(description), mengklasifikasikan(classification),
menjelaskan(explanation) dan pembenaran(comfirmation) mengenai sesuatu masalah yang
dijadikan tajuk kajian.
3.2 Rekabentuk Kajian
Pengkaji menggunakan gabungan kaedah kajian secara kualitatif. Kaedah pungutan
data telah digunakan iaitu pemerhatian melalui temubual. Kajian ini dijalankan melalui
kaedah tinjauan dengan menggunakan temubual sepenuhnya bagi mengumpul data. Kajian
bertujuan bagi mengenal pasti Persepsi Guru Aliran Perdana Dalam Pelaksanaan
Pendidikan Inklusif Di Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Manjung. Reka bentuk ini dipilih
berdasarkan kepada saiz populasi yang kecil.
Konstruk-Konstruk utama yang dikaji ialah pengetahuan/kemahiran dan persepsi/tanggapan
guru-guru aliran perdana yang mengajar murid pendidikan khas di Program Pendidikan
Inklusif di sekolah mereka.
3.3 Populasi
Populasi kajian ini ialah di 4 buah sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas
Integrasi di Perak dan menjalankan Program Pendidikan Inklusif .
3.4 Persampelan Kajian
Persampelan merupakan satu proses dalam memilih sebilangan subjek daripada
satu populasi untuk dijadikan sebagai responden dalam sesuatu kajian(Fraenkel & Wallen,
2006; Kerlinger & Lee, 2000;). Ianya adalah satu aspek yang penting dalam penyelidikan
dan sekiranya pemilihan sampel yang tidak tepat, secara tidak langsung akan menjejaskan
kesahan dan kebolehpercayaan penyelidikan. Dengan merancang persampelan, dapat
memudahkan penyelidik dalam mengumpul data dan seterusnya dapat mengurangkan ralat
pengukuran.
Persampelan kajian juga penting dalam menentukan fokus sampel yang diinginkan.
Prosedur persampelan dalam penyelidikan ini dilakukan dengan menetapkan kerangka
persampelan terlebih dahulu dan seterusnya diikuti dengan memilih sampel kajian daripada
kerangka persampelan tersebut. Ujian statistik dilakukan ke atas sampel selepas kedua-dua 20
langkah di atas telah disempurnakan. Nilai ujian statistik yang diperolehi daripada sampel
yang telah dianalisis seterusnya akan digeneralisasikan kepada seluruh populasi.
Memandangkan kajian ini kajian kualitatif yang menggunakan kaedah temubual,
sampel yang diperlukan tidak besar. Sebelum penyelidik menentukan jenis persampelan
kajian, penyelidik perlu menentukan saiz sampel terlebih dahulu selain mengambil kira faktor
yang mempengaruhi saiz sampel, pertimbangan antara ketepatan, kos, jenis ujian statistik,
ciri variabel dan saiz populasi. Kaedah persampelan dalam kajian ini adalah jenis
persampelan rawak mudah. Pemilihan sampel dibuat secara rawak bagi memberi peluang
kepada subjek dalam populasi untuk dipilih sebagai responden kajian(Mohd Majid Konting,
2000; Chua, 2006)
Dalam kajian ini sampel dipilih secara rawak di setiap sekolah yang telah dipilih.
Setiap sekolah 3 orang guru aliran perdana yang mengajar murid Pendidikan Khas di dalam
Program Pendidikan Inklusif. Guru-guru diberikan borang soal selidik untuk dijawab. Jumlah
guru yang di ambil sebagai sampel 12 orang guru bagi 4buah sekolah.
3.5 Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah temubual. 1 set soalan yang
mengandungi beberapa.... soalan telah ditetapkan untuk proses temubual tersebut.
3.5: Prosedur Kajian
Responden akan menjalani temubual dimana soalan-soalan yang telah ditentukan
pada awal kajian ini dijalankan.
3.6: Pengumpulan dan Analisis Data
Data yang diperoleh dari responden melalui temubual yang telah jalankan akan
dicatat oleh pengkaji. Pengkaji akan menganalisis data-data yang diperoleh dari setiap
responden dengan mengasingkan jawapan yang positif dan negatif berdasarkan soalan dan
satu rumusan akan dibuat bagi dapatan yang diperoleh.
BAB 4: ANALISIS DAN DAPATAN
21
Setelah temubual dijalankan terhadap sampel kajian, terdapat beberapa isu dalam
pelaksanaan program inklusif di sekolah tersebut.Isu yang akan dijelaskan akan dibahagikan
kepada beberapa item.
1. Penerimaan guru aliran perdana terhadap program inklusif tidak menggalakkan.Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, kebanyakan guru aliran perdana tidak memberi
sokongan dan kurang berpengetahuan tentang murid-murid pendidikan khas. Selain itu,
ada juga guru aliran perdana yang tidak berminat dan tidak mempunyai latihan langsung
untuk mengajar murid-murid yang dinklusifkan. Ini dapat dilihat menerusi temu bual di
bawah:
Pengkaji: Adakah anda setuju dengan pelaksanaan PPI? Cikgu A : hmmmm…..saya kurang setuju dengan perlaksanaan PPI ini
Cikgu B : (sambil mengeluh) Saya tidak setuju PPI dilaksanakan di sekolah.
Cikgu C : Ya. Saya setuju
Pengkaji : Kenapakah anda setuju / tidak setuju dengan PPI? Guru A : mmm..sebenarnya…saya tidak faham tentang murid pendidikan khas. Hal
ini menyebabkan saya tidak berminat untuk mengajar mereka. Saya rasa tidak
selesa dengan kehadiran mereka di dalam kelas.
Guru B : erkkk…aaa…ia membebankan lagi tugas saya untuk mengajar dalam kelas
tersebut. Tambahan pula, saya tidak pernah diberi pendedahan tentang inklusif
mahupun tentang pendidikan khas
Guru C : Bagi saya semua murid perlu mendapat pendidikan yang sewajarnya.
(sambil senyum) ini bertepatan dengan saranan kerajaan “pendidikan untuk
semua”
Jika guru ini tidak berminat untuk mendidik murid-murid ini, ia akan menjejaskan murid-
murid tersebut dalam pembelajaran. Pada masa yang sama, guru aliran perdana berkenaan
tidak memahami dengan jelas peranan yang boleh dimainkan untuk menangani isu-isu
inklusif bagi murid - murid pendidikan khas. Justeru, pihak sekolah perlu mencari guru yang
berminat, yang sedia untuk belajar ‘on the job’ dan amat prihatin dan penyayang.
2. Komitmen Pentadbir Sekolah
22
Dalam kajian ini juga menunjukkan pentadbir tidak menerima penempatan murid-
murid pendidikan khas di dalam kelas aliran perdana. Mereka menganggap murid-murid
tersebut akan menjejaskan prestasi sekolah dalam peperiksaan dan menyusahkan
pengurusan dan pentadbiran sekolah. Sepatutnya pentadbir perlu menerima secara positif
murid-murid tersebut dan membenarkan mereka belajar menurut tempoh dan kemampuan
masing-masing. Mereka juga mempunyai hak yang sama untuk mendapatkan layanan serta
pendidikan yang terbaik agar potensi mereka dapat berkembang ke tahap yang optimum. Ini
dapat dilihat menerusi temu bual di bawah:
Pengkaji : Bagaimanakah penerimaan pentadbir terhadap perlaksanaan PPI?Cikgu D: Setakat ini..alhamdulillah..semua berjalan dengan lancer. Pihak pentadbir
komited dengan segala perancan program PPI di sekolah kami..
Cikgu E: mmm….pihak pentadbir tidak komited dan kurang beri kerjasama dalam
perlaksanaan PPI. Segala urusan yangbberkaitan dengan PPI …Kami…guru pendidikan
khas yang perlu uruskan.
Cikgu F: Tiada kerjasama yang diberikan oleh pihak pentadbir…mmm…malahan
mereka bias terhadap murid pendidikan khas kerana takut akan menjatuhkan prestasi
sekolah.
Selain itu, pentadbir yang tidak menunjukkan komitmen dalam menjayakan Program
Pendidikan Inklusif dan membuat sterotaip bahawa pelajar-pelajar ini tidak layak belajar di
aliran perdana dan mereka juga berpendapat murid ini akan menganggu pengajaran dan
pembelajaran murid-murid di aliran perdana. Sikap seperti ini, akan menyebabkan murid-
murid pendidikan khas tidak dapat diinklusifkan ke aliran perdana. Oleh kerana, kurang
sokongan dan bantuan daripada guru besar dari segi kemudahan infrastruktur, peruntukan
kewangan untuk program murid-murid pendidikan khas dan guru-guru aliran perdana juga
tidak didedahkan dengan program inklusif oleh guru besar. Tanpa komitmen pentadbir guru
aliran perdana tidak tahu bagaimana untuk bekerjasama dan melaksanakan program
ini.Pentadbir perlu memberi komitmen yang sepenuhnya dalam menjayakan program ini
demi murid-murid pendidikan khas, agar mereka diberi peluang untuk merasai suasana
pembelajaran yang sebenar dan berinteraksi dengan murid-murid biasa di aliran perdana.
3. Murid Khas Tidak Dapat Menyesuaikan diri Di Kelas Aliran Perdana.Selain isu yang telah dibincangkan, keadaan murid pendidikan khas yang tidak dapat
menyesuaikan diri di kelas aliran perdana juga merupakan satu isu yang boleh
menyebabkan kegagalan program inklusif ini. Murid pendidikan khas tidak dapat
23
menyesuaikan diri dengan persekitaran kelas, pergaulan dengan rakan-rakan biasa, corak
pengajajaran dan pembelajaran, peraturan dan rutin kelas biasa, arahan yang diberikan
secara lisan dan bertulis serta keadaan kelas yang tidak kondusif dengan bilangan murid
yang ramai dalam 36 orang murid bagi sesuatu kelas. Keadaan kelas seperti ini akan
mempengaruhi sikap murid terhadap pembelajaran, iaitu tidak minat belajar di kelas aliran
inklusif dan wujud perasaan rendah diri di kalangan murid pendidikan khas menyebabkan
mereka tidak boleh memperkembangkan potensi diri mereka di aliran perdana. Ini dapat
dilihat menerusi temu bual di bawah:
Pengkaji : Adakah murid berminat mengikuti kelas inklusif?Cikgu D : ya…murid kami sangat berminat untuk belajar di kelas aliran perdana.
Cikgu E : mmm….murid tidak suka masuk kelas kerana guru aliran perdana sering
melabelkan mereka sebagai murid cacat…tidak berguna..hal ini menyebabkan
motivasi mereka kurang untuk mengikuti kelas inklusif.
Cikgu F: (dengan menggelengkan kepala) Ramai murid mengeluh dan tidak mahu
masuk kelas inklusif. Mereka tidak berpuas hati dengan sikap guru aliran perdana yang
suka memilih kasih dan memulau mereka di dalam kelas.
Kajian ini menunjukkan bahawa murid-murid yang diletakkan dalam kelas biasa, belajar
dengan kanak-kanak normal, adalah menunjukkan pencapaian yang lebih baik dari mereka
yang diasingkan. Kelas Pendidikan Khas yang mana murid-murid diasingkan tidak
menunjukkan pencapaian yang diharapkan oleh semua pihak. Daripada pemerhatian juga
didapati bahawa murid lebih berjaya jikalau mereka berada dalam kelas biasa hampir
sepanjang hari berbanding dengan kelas Pendidikan Khas. Ia merupakan amalan yang
paling berkesan dan bermakna untuk anak-anak ini. Anak yang diasingkan daripada rakan
sebayanya yang lain, akan dengan sendirinya memberi kesan kepada diri mereka dan juga
murid-murid yang lain bahawa mereka adalah sememangnya berlainan.
5. Masalah Kekurangan Kemudahan AsasIsu kekurangan kemudahan asas juga dibangkitkan ketika temubual
dijalankan.Sampel menyatakan program ini dijalankan tanpa sebarang kajian .Kejayaan
sesuatu program ini juga bergantung kepada kemudahan asas yang disediakan oleh pihak
pentadbir sekolah seperti kemudahan mengakses maklumat, tandas, tempat laluan, buku
rujukan, dan tempat belajar yang baik serta kemudahan-kemudahan ko-kurikulum.
Kekurangan kemudahan asas juga merupakan isu yang membantutkan usaha untuk
mengadakan program inklusif pendidikan khas ke aliran perdana. Kemungkinan besar
ketiadaan kemudahan asas menyebabkan mereka belajar dalam keadaan tidak selesa dan 24
seterusnya akan menganggu pembelajaran mereka. Ini dapat dilihat menerusi temu bual di
bawah:
Pengkaji : Apakah yang sering dihadapi oleh anda dalam perlaksanaan PPI?Cikgu A : mmm…banyak isu yang timbul sebenarnya…antaranya..kekurangan
kerusi dan meja dalam kelas..murid jadi kurang selesa untuk belajar. Guru
pun tidak selesa untuk mengajar
Cikgu B : Isu ye…hmmmm….kekurangan BBM…tak ada bahan yang sesuai dengan
tahap pembelajaran mereka.
Cikgu C : Bagi saya tiada masalah pun…semua masalah…saya boleh rujuk guru
pendidikan khas. Mereka sangat membantu saya untuk bersama-sama memberi
pendidikan kepada murid berkeperluan khas.
Cikgu D : Tiada kemudahan asas yang cukup. Murid berkeperluan khas perlu
mengangkat kerusi dan meja sendiri masuk ke kelas aliran perdana.
Cikgu E : mmm….banyak murid mengeluh…mereka tak ada kerusi dan meja…hal ini
menyebabkan mereka jadi malas nak masuk kelas. Mereka bosan kena
angkat meja kerusi sendiri selalu.
Cikgu F : (Sambil memuncungkan mulut) nota yang diberi oleh guru aliran perdana tidak
sesuai…murid jadi kurang faham dengan mata pelajaran yang diajar guru
tersebut.
Oleh kerana, susun atur meja, kerusi dan peralatan adalah faktor keselesaan yang
akan mempengaruhi pencapaian pelajar sama ada secara langsung atau sebaliknya.
Persekitaran bilik darjah yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta keceriaan
susun atau yang selesa akan menimbulkan minat kepada pelajar untuk belajar dan dapat
membantu murid mengaplikasikan setiap kemudahan yang disediakan dengan baik.
6. Sikap Murid Aliran Perdana Yang Memandang Rendah Terhadap Pelajar PPKIPersekitaran pembelajaran pelajar pendidikan khas di aliran perdana juga
dipengaruhi oleh faktor interaksi sosial di kalangan rakan sebaya di kelas biasa, akan
menggalakkan kerjasama, sokongan emosi dan semangat setiakawan serta mewujudkan
suasana yang mesra di sekolah. Tetapi berdasarkan temubual,didapati bahawa murid aliran
perdana meminggirkan murid pendidikan khas dan memandang rendah terhadap
kebolehan mereka. Keadaan berlaku oleh kerana murid aliran perdana tidak dimaklumkan
dan dijelaskan peranan mereka terhadap murid yang diinklusifkan. Ini dapat dilihat menerusi
temu bual di bawah:
25
Pengkaji : Adakah murid aliran perdana dapat menerima kehadiran MURID BERKEPERLUAN KHAS dalam kelas mereka?
Cikgu D : Setakat yang tahu…MURID BERKEPERLUAN KHAS sering mengeluh rasa
kecewa dengan sikap murid
aliran perdana yang sering memandang rendah dan membuli mereka di dalam kelas.
Cikgu E : mmm….MURID BERKEPERLUAN KHAS sering mengadu kepada saya…
yang murid aliran perdana sering memulaukan mereka…malahan ada juga murid aliran
perdana yang mengejek
dengan mengatakan mereka ni cacat..bodoh.. (sambil mengesat air mata)
Cikgu F : (dengan mata terkebil-kebil) kasihan murid berkeperluan khas ni..mereka
sering dijadikan bahan gurauan di dalam kelas tersebut.Mereka sedih dengan sikap
murid aliran perdana. Mereka juga ada perasaan..apalah dosa mereka sampai
diperlakukan begni.. (sambil tunduk mengambil tisu dan mengelap air mata)
Akibatnya, sikap prejudis dan salah faham di antara murid kelas di aliran perdana
tetap berterusan sehingga terbentuknya imej pelajar pendidikan khas sebagai murid yang
pasif. Tambahan pula, murid biasa seringkali melihat murid pendidikan khas sebagai fungsi
limitasi individu dan kekurangan (kecacatan) itu merupakan masalah mereka sendiri.Di
samping itu, pelajar biasa juga sering membataskan peluang penyertaan pelajar pendidikan
khas dalam pembelajaran di dalam kelas dan kegiatan ko-kurikulum di sekolah.
7. Pengetahuan guru untuk mengajar PPI Guru yang kurang pengetahuan tentang murid berkeperluan khas biasanya kurang
prihatin terhadap murid berkeperluan khas. Tahap pengetahuan guru aliran perdana tentang
pendidikan khas adalah masih rendah. Ini dapat dilihat menerusi temu bual di bawah:
Pengkaji :Apakah tahap pengetahuan anda untuk mengajar PPI?
Cikgu A : Humm...saya tak tahu tentang PPI. Saya tidak mendapat pendedahan
tentang PPI ni…
Cikgu B : Saya tiada kemahiran untuk mengajar murid berkeperluan khas yang
mengikuti PPI dalam kelas saya.
Cikgu C : Saya tiada kemahiran dalam menangani dan mengajar murid berkeperluan
khas..namun begitu, saya akan berusaha untuk mengajar murid berkeperluan khas di
dalam kelas saya.
Cikgu D: (sambil mengeluh) hmm…sebenarnya saya tiada sijil ikhtisas dalam
pendidikan khas. jadi saya mengalami kesukaran untuk mengenalpasti masalah murid
26
berkeperluan khas. saya tidak tahu kaedah yang sesuai untuk mengajar mereka.
walaupun begitu, saya berusaha untuk mendidik murid berkeperluan khas untuk
mencapai matlamat hidup.
Cikgu E : Saya ni expertise dalam pendidikan khas..jadi…dengan tahap pengetahuan
saya ni..saya mampu untuk mengendalikan apa jua aktiviti yang berkaitan engan
pendidikan. Saya bersyukur dengan apa saya ada ni.. (dengan senyuman bangga)
Cikgu F : Walaupun saya berkelulusan ikhtisas pendidikan khas..namun begitu saya
tidak mempunyai kemahiran mengajar mata pelajaran teras dalam pendidikan. Oleh
sebab itu murid berkeperluan khas perlu mengikuti kelas inklusif.
Menurut NN Mthembu (2009) mengatakan pendidikan inklusif bergantung pada guru-
guru. Guru perdana mempunyai tanggunjawab yang besar dalam melaksanakan pendidikan
inklusif. Untuk menjana suasana pembelajaran yang kondusif, hubungan positif antara guru
dan murid adalah penting. murid berkeperluan khas mempunyai konsep kendiri yang rendah
hasil interaksi yang negatif dan pengalaman yang tidak konstruktif. Untuk mengubah konsep
kendiri murid berkeperluan khas, usaha guru-guru perdana yang berterusan serta gigih dan
dan mengambil masa yang lebih panjang. Penolakan (rejection) daripada guru perdana
kerana kecacatan atau déficit yang ada dan kritikan yang berterusan daripada rakan sebaya
atau masyarakat menyebabkan murid berkeperluan khas kurang keyakinan diri. Bagi murid
berkeperluan khas perubahan adalah perkara yang tidak digemari kecuali ke arah
perkara/tugasan yang sangat diminatinya. Guru perdana perlulah menjadi sumber penjana
kekuatan murid berkeperluan khas untuk berubah.
Pada pendapat Murnie Hassan (2013) dalam artikel beliau yang bertajuk
Perlaksanaan Program Inklusif Bagi Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Di
Program Intergrasi, mengatakan pelaksanaan PPI semua pihak yang terlibat dengannya
samada secara langsung mahupun tidak langsung perlu tahu dan faham mengapa program
inklusif ini perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Memandangkan ianya
mempunyai perkaitan dengan masa hadapan dan kemampuan berdikari bagi setiap individu
berkeperluan khas maka adalah sangat penting perlaksanaannya diberi perhatian serius
agar pelajar- pelajar ini dapat turut mencapai kesempurnaan hidup yang lebih baik.
Kebanyakkan guru-guru ini tidak mempunyai pendedahan yang secukupya untuk
mengajar murid berkeperluan khas. Menurut Rubina Fazal (2009) Kekurangan pengetahuan
menyebabkan guru dan pentadbir mengalami kesukaran dalam mengendalikan murid-murid
inklusif. Walaubagaimanapun mereka masih menunjukkan sikap positif terhadap pendidikan
27
inklusif. Masalah kekurangan kemahiran dan pengetahuan dikalangan guru perdana juga
menjadi salah satu masalah dalam perlaksanaan program inklusif ini. Perkara ini turut
dipersetujui oleh NN Mthembu (2009) dimana guru perdana perlu diberi latihan dan
kemahiran yang secukunya dan dibekalkan dengan sumber dan kemudahan yang
mencukupi. Selain itu, guru perdana juga perlu memiliki sikap,persepsi dan kepercayaan
yang positif. Dengan adanya pendedahan, kemahiran dan pengetahuan, guru dapat
membimbing murid inklusif dan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian
pelajar inklusif dalam menguasai sesuatu kemahiran.
KESIMPULANBagi menjayakan perlaksanaan program inklusif ini, guru aliran perdana perlulah
memainkan peranan sepenuhnya dengan bertindak sebagai pembimbing yang sangat
efektif. Kerjasama antara guru pendidikan khas dan guru aliran perdana dalam
mengendalikan murid berkeperluan khas, membantu menyediakan peralatan yang
diperlukan, serta sentiasa dapat memberikan maklumat terperinci dan ilmu berkaitan murid
berkeperluan khas yang menyertai program inklusif tentunya dapat mengurangkan masalah
dan banyak membantu guru pendidikan khas mengendalikan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan baik.Salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang wajar
dilaksanakan bagi memenuhi keperluan pelajar pendidikan khas adalah dengan
menjalankan inklusif.Persepsi yang positif guru aliran perdana berkenaan perlaksanaan
inklusif sangat diperlukan bagi membolehkan peluang belajar dapat diberikan kepada pelajar
pendidikan khas.Kesediaan dan teknik pengajaran perlu diberikan penekanan agar
perlaksanaan inklusif ini dapat dijalankan dengan sistematik dan dapat mencapai matlamat
inklusif terutamanya daripada segi tahap penerimaan guru aliran perdana yang
bertanggungjawab untuk memastikan inklusif dapat dilaksanakan.Penerimaan terhadap
pelajar perlu diberikan perhatian khusus disamping keperluan guru seperti latihan khusus
berkenaan pedagogi perlu diberikan keutamaan bagi memastikan kedua-dua pihak iaitu
guru dan pelajar mendapat manfaat daripada program yang telah tersedia. Pendekatan ini
akan memberikan banyak manfaat kepada pelajar khususnya dan kepada masyarakat
umum amnya. Berpandukan kepada cara perlaksanaan inklusif di sekolah dan bagaimana
pihak-pihak tertentu menjalankan tanggungjawab mereka ia dapat mengurangkan
pergantungan pelajar pendidikan khas kepada akses mudah seperti guru dan rakan-rakan.
Diharapkan dengan inklusif ini ia akan memberikan peluang berdikari selain mengurangkan
stigmatisme dan labeling yang diberikan kepada para pelajar pendidikan khas sejak sekian
lama.
28
BAB 5: RUMUSAN
5.1 PENDAHULUAN
29
Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana kesediaan guru arus
perdana untuk melaksanakan Program Pendidikan Inklusif disamping meninjau tahap
pengetahuan guru arus perdana tentang inklusif.
Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sejauh manakah guru aliran perdana
mendapat latihan dan pendedahan mengenai pelaksanaan PPI. Melalui gabungan kaedah
kajian kualitatif dengan menggunakan temubual sepenuhnya bagi pengumpulan data. Ia
bertujuan bagi mengenal pasti Persepsi Guru Aliran Perdana Dalam Pelaksanaan
Pendidikan Inklusif di Sekolah-sekolah Rendah Daerah Manjung.
Skop perbincangan pula adalah berdasarkan hasil daripada kajian yang telah
dijalankan. Manakala cadangan yang dikemukakan oleh penyelidik adalah berdasarkan
kepada hasil perbincangan yang telah di buat.
5.2 RUMUSAN HASIL KAJIAN
Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mencari kepastian terhadap
tahap kesediaan dari segi sikap guru-guru aliran perdana terhadap pelaksanaan Program
Pendidikan Inklusif berdasarkan kelayakan akademik guru tersebut.Bagi menjayakan
Program Pendidikan Inklusif, guru Pendidikan Khas haruslah berganding bersama-sam guru
aliran perdana agar murid berkeperluan klhas dapat mengikuti Program Pendidikan Inklusif
dan mencapai objektif pembelajaran yang telah dirancang. Kerjasama antara guru
pendidikan khas dan guru aliran perdana dalam mengendalikan murid berkeperluan khas.
Kebanyakan guru tersebut mempunyai kepakaran dalam mata pelajaran dan kaedah
mengajar murid arus perdana. Justeru mereka perlu diberikan ilmu tentang selok belok
atau tatacara menangani keperluan pembelajaran murid pendidikan khas yang diinklusifkan
ke dalam kelas mereka. Persepsi positif dalam pelaksaan Program Pendidikan Inklusif juga
sangat penting bagi membolehkan MBK belajar dalam suasana yang menyeronokkan dan
selesa.
Kajian ini adalah untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:
i) sejauh manakah kesediaan guru arus perdana untuk melaksanakan Program
Pendidikan Inklusif?
ii) Sejauh manakah tahap pengetahuan guru arus perdana terhadap Program
Pendikan
Inklusif?
iii) Sejauh manakah guru-guru aliran perdana mendapat latihan dan pendedahan
30
sebelum melaksanakan PPI
5.3 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN
Secara umumnya, penyelidikan ini mendapati penerimaan guru-guru terhadap murid
berkeperluan khas perlulah diterapkan melalui pelbagai pendedahan antaranya kursus
pendedahan mengenai murid-murid ini, perbincangan bersama guru pendidikan khas
mengenai permasalahan murid-murid yang terlibat di dalam Program Inklusif.Pendedahan ini
juga tidak hanya tertumpu kepada guru-guru aliran perdana sahaja malah ianya perlu
merangkumi pentadbir sekolah tersebut.Di samping itu penerangan yang terperinci mengenai
Program Pendidikan Inklusif amat penting juga.Ianya adalah untuk memastikan
perlaksanaannya berjalan dengan baik.Misi dan visi program pendidikan inklusif dijalan amat
penting diterangkan kepada semua guru kerana ianya akan menunjukkan tujuaan
perlaksanaan program tersebut.Selain itu, kemudahan yang bersesuai juga seharusnya
disediakan bagi memudahkan guru-guru aliran perdana untuk membantu murid-murid yang
mengikuti Program Pendidikan Inklusif dapat belajar dengan baik.Hubungan antara guru
resos dan guru sumber juga perlu bergerak seiring bagi membantu pembelajaran murid
inklusif. Guru pendidikan khas tidak boleh melepaskan 100% tanggungjawab terhadap guru
aliran perdana untuk menguruskan murid berkeperkuan khas tersebut. Ini akan membuatkan
guru tersebut merasa beban dan tidak dapat menerima murid berkeperluan khas
diinklusifkan.
5.4 RUMUSAN
Kajian ini adalah satu usaha untuk melihat kejayaan pelaksanaan Program
Pendidikan Inklusif.Usaha yang berterusan perlu bagi memastikan Program Pendidikan
Inklusif ini terus dijalankan dengan teratur dan berjaya.Kita dapat meningkatkan murid
berkeperluan khas dari satu liabiliti menjadi satu asset yang penting dan berguna kepada
negara.Mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti.
Untuk mencapai salah satu daripada dua puluh lima inisiatif utama dalam agenda
bersepadu KPM pada tahun 2013-2025.Oleh itu, KPM telah mensasarkan penyertaan murid
berkeperluan khas secara inklusif di sekolah daripada 7.5% kepada 30% menjelang tahun
2015.
Langkah-langkah KPM mengamalkan prinsip Pendemokrasian Pendidikan dalam
merancang pendidikan untuk semua golongan kanak-kanak.Semua kanak-kanak tanpa
mengira kaum, latar belakang, status ekonomi dan kecacatan mempunyai hak yang sama 31
rata untuk belajar dan bermain dalam persekitaran pembelajaran tanpa halangan. KPM juga
melaksanakan pendidikan khas di Sekolah Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi
( PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI) disekolah kerajaan atau bantuan kerajaan
pada peringkat pra sekolah, rendah, menengah dan lepas menengah.Di peringkat
antarabangsa, konsep PPI telah diletakkan sebagai asas dalam melaksanakan ‘Pendidikan
Untuk Semua”. Berdasarkan pernyataan di atas, jelas menunjukkan bahawa setiap murid
termasuk MBK adalah istimewa, mempunyai kepelbagaian kebolehan dan mempunyai hak
yang sama rata bagi mendapatkan akses pendidikan yang berkualiti di semua
sekolah.Sehubungan itu usaha yang komited, terancang dan berterusan perlu dilakukan di
semua peringkat. (Garis Panduan PPI Murid Berkeperluan Khas,KPM)
BIBLIOGRAFI
32
Abdul Mutalib Mohd Zain. (1994). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif ke Arah
Pengisian Wawasan Pendidikan untuk semua. Bahagian Sekolah. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan
Inklusif.Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi
Ang Huat Bin. (1999). Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan
Inklusif. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Azrina Abdul Majid. (2000).Persepsi guru khas dan guru Biasa terhadap Hubungan
Sosialisasi Murid Khas dengan Murid Normal di dalam Program Integrasi. Latihan Ilmiah
yang tidak diterbitkan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Breaking the Silence of Mainstream Teachers’,Attitude towards Inclusive Education in the
Bahamas: High School Teachers’ Perceptions, The Qualitative Report 2014 Volume 19,
Article 84, 1-20,http://www.nova.edu/ssss/QR/QR19/cambridgejohnson84.pdf
Buku Panduan Pelaksanaan Inklusif,2013
Farrell, P. & Ainscow, M. (Ed.). (2002). Making Special Education Inclusive.London: David
Fulton Publisher
Garguilo, R.M. ( 2006 ). Special Education In Contemparary Society.( 2ndEd ). USA :
Thomson Wadsworth
Gore, M.C. ( 2004 ). Sucessful Inclusion Strategies For Secondary and Middle School
Teachers. Carlifornia, USA : Corwin Press
Halen Rae, Teachers’ attitudes to mainstream schooling, December 2010 | Volume 13 |
Number 10 LEARNING DISABILITY PRACTICE
Haniz Ibrahim. (1998). Inclusion Education in Malaysia : Teachers’ attitude to Change.
Dessertasion Ph.D: Faculty of Education, University of Exeter.
http://www.informaworld.com
Janelle Cambridge-Johnson, Yvonne Hunter-Johnson,and Norissa G. L. Newton
33
Lipsky, D.K., & Gartner, A. (2008). Inclusion: A service not a place. Port Chester, NY: Dude
Publishing.
R.L. Goodman* and D.M. Burton, The inclusion of students with BESD in mainstream
schools: teachers’experiences of and recommendations for creating a successful inclusive
environment Emotional and Behavioural Difficulties,Vol. 15, No. 3, September 2010, 223–
237, ISSN 1363-2752 print/ISSN 1741-2692 online© 2010 SEBDA,DOI:
10.1080/13632752.2010.497662
Sheehy, K., Nind, M., Rix, J., & Simmons, K. (2005). Ethics and Research in Inclusive
Education: Values intoPractice. London: Routledge Falmer.
Zaleha Tambi Adam. (1997).Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas
Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.Tesis Masters yang tidak
diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya
1ER37mE46Bo13tD-i2o67n59a2l and Behavioural Difficulties, Vol. 15, No
34
top related