pentaksiran pendidikan khas

Post on 28-Jun-2015

5.590 Views

Category:

Documents

20 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM

PENDIDIKAN KHAS

SINOPSISTajuk ini menerangkan tentang

konsep pentaksiran berfokus kepada definisi, proses dan kegunaan pentaksiran dalam pendidikan.

Tajuk ini juga menghurai pelbagai cara pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan pentaksiran dalam pendidikan

HASIL PEMBELAJARAN

Menjelaskan kepentingan pentaksiran dalam pendidikan khas

•Membina pelbagai jenis instrumen pentaksiran untuk tujuan mengumpul maklumat

PENTAKSIRAN Definisi : Menurut Gronlund

(1993), pentaksiran merupakan proses menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya.

PENTAKSIRANPentaksiran juga merupakan

proses memerhati dan mencerap pembelajaran serta mengintepretasikan maklumat berhubung pembelajaran seorang murid. Kesimpulannya pentaksiran adalah satu proses mengumpulkan maklumat untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cara yang lebih berkesan.

TUJUAN PENTAKSIRANMemberi maklumbalas kepada murid

untuk membaiki pencapaian.Mendapatkan maklumat yang berkualiti

bagi membuat interpretasi yang sah dan boleh dipercayai mengenai pembelajaran murid.

Mengenal pasti jika murid memahami kurikulum yang diperlukan dan mengajar semula jika murid tidak memahaminya.

Memberi maklumat kepada ibubapa/penjaga tentang prestasi pembelajaran anak/ anak jagaan mereka.

BIDANG PENTAKSIRANPentaksiran dan penilaian bagi

murid bermasalah pembelajaran seharusnya dijalankan secara individu dengan mengambilkira semua aspek seperti berikut:

Kemahiran kognitif◦Kecerdasan◦Memori

BIDANG PENTAKSIRANKemahiran motor

◦ Motor kasar◦ Motor halus

Kemahiran persepsi◦ Persepsi visual◦ Persepsi auditori

Pencapaian akademik◦ Bacaan◦ Tulisan◦ Matematik

BIDANG PENTAKSIRANKemahiran bahasa

◦Bahasa eskpresif◦Bahasa reseptif

 Tingkah lakuKeadaan sosial dan emosiKesihatanPemeriksaan penglihatanPemeriksaan pendengaran

INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PENILAIANPentaksiran AlternatifPentaksiran alternatif adalah berasaskan

pendapat bahawa murid boleh membuat akses pembelajaran kendiri dan belajar dari proses penilaian tersebut. Kaedah ini memberi peluang kepada murid untuk menyemak sendiri perkembangan linguistik dan proses pembelajaran. Satu contoh pentaksiran alternatif ialah pentaksiran pencapaian (performance assessment) seperti bermain alat muzik, menari, mengguna alat sains, menyumpit, memancing ikan dan lain-lain.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PENILAIANPentaksiran pencapaian adalah berdasarkan

kepada pemerhatian dan penilaian guru ketika murid sedang melakukan sesuatu aktiviti tingkah laku serta berinteraksi dengan orang lain. Pentaksiran pencapaian juga dikenali sebagai pentaksiran autentik kerana ia menilai kebolehan murid untuk melakukan sesuatu tugas dalam keadaan atau situasi yang sebenar (real life task/ situation). Pentaksiran jenis ini memberi peluang untuk mentaksir kreativiti, kemahiran merancang, kebolehan untuk mengintegrasikan pengetahuan dan kemahiran untuk bekerja dengan orang lain.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PENILAIANUjian Saringan Ujian yang dijalankan untuk mengenal

pasti kanak-kanak yang berisiko menghadapi masalah.

Satu alat pengukuran yang menyeluruh membantu mengesan murid yang lemah.

Untuk mengasing dan menentukan kumpulan murid

Dilaksanakan melalui ujian formal atau tidak formal sama ada secara individu atau kumpulan

INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PENILAIANDalam pendidikan pemulihan ujian

saringan adalah satu instrumen pengukuran yang menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh murid pemulihan secara individu untuk mengikuti sesuatu program. Ianya dapat mengenal pasti murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan pemulihan.

Ujian DiagnostikUjian diagnostik adalah satu instrumen

pengukuran yang membolehkan guru mengesan punca dan kawasan kelemahan secara spesifik yang dihadapi oleh seseorang murid. Tujuannya adalah untuk:

Mengenal pasti secara khusus kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh murid.

Mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran.

Mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut Kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PENILAIANMembantu guru merancang satu

program pengajaran yang khusus - individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.

Membantu guru merancang objektif pengajaran.

Membolehkan guru merancang dan membina bahan bantu mengajar yang bersesuaian mengikut tahap murid.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PENILAIANAnalisis Tugasan Bagi sebilangan murid, sesuatu tugasan

yang diberi tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Hal ini kerana tugasan yang dilakukan sebenarnya terdiri darpada satu siri kemahiran kecil yang perlu dilakukan dengan jayanya sebelum menguasai tugasan atau kemahiran yang lebih berat. Murid mungkin hanya boleh melakukan sebahagian daripada kemahiran kecil tersebut.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PENILAIANUntuk mengajar murid menjalankan

sesuatu tugasan dengan jayanya, kemahiran kecil yang masih tidak dapat dilakukan oleh murid perlu diajar. Guru perlu mengenal pasti apakah kemahiran-kemahiran kecil yang terdapat dalam sesuatu tugasan, dan kemudian menguji kebolehan murid menjalankan tugasan tersebut. Guru akan mengajar murid kemahiran-kemahiran kecil yang masih tidak dapat dikuasai oleh murid.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PENILAIANPortfolioPentaksiran portfolio merupakan satu

cara pentaksiran yang amat popular digunakan dalam kalangan guru. Pentaksiran jenis ini dijalankan secara berterusan. Kelebihan cara pentaksiran ini ialah sampel-sampel kerja yang disimpan dalam portfolio boleh menunjukkan kemajuan yang dicapai oleh murid dengan ketara. Sampel-sampel kerja tersebut boleh digunakan sebagai bukti pencapaiannya.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PENILAIANPemerhatianPemerhatian merupakan satu alat yang

biasa digunakan oleh guru untuk mengumpul maklumat khususnya yang berkaitan dengan tingkah laku seseorang murid. Pemerhatian yang dibuat perlu direkodkan dan terdapat beberapa cara untuk merekod hasil pemerhatian. Pemerhatian juga sesuai digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai tingkah laku dan kemahiran sosial murid.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PENILAIANSenarai semakSenarai semak merupakan instrumen

pengumpulan maklumat yang berstruktur. Soalan-soalan spesifik dikemukakan dan responden hanya memilih jawapan mengikut pandangannya.

Temu bualKaedah temu bual sesuai digunakan bagi

mendapatkan maklumat berkaitan murid dengan cara menemu bual ibu bapa, guru-guru yang lain serta rakan sebaya murid.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PENILAIANSkala PengkadaranBentuk skala pengkadaran

hampir sama dengan senarai semak. Jika senarai semak memerlukan respon “ya atau tidak”, skala pengkadaran memerlukan satu skala persetujuan diberikan dan responden perlu memilih darjah persetujuannya.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PENILAIANAnalisis ralat. Kesilapan yang dilakukan oleh

pelajar boleh dijadikan petunjuk mengenai kemahiran yang belum dikuasai.

Sampel kerja

Rekod lama

top related