kementerian pendidikan malaysia kurikulum · pdf filedraf dokumen standard kurikulum dan...

37
DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN EMPAT

Upload: vonga

Post on 03-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

TAHUN EMPAT

Page 2: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan
Page 3: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

DRAF

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

(MASALAH PEMBELAJARAN)

PENDIDIKAN SENI VISUAL

TAHUN EMPAT

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Page 4: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

Cetakan Pertama 2013 © Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Page 5: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan

seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi

kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal

terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif

yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita

tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 6: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha

berterusan ke arah lebih memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bertujuan untuk melahirkan warganegara

Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara.

Page 7: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

PENDAHULUAN 1

MATLAMAT 1

OBJEKTIF 1

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 2

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD 3

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI 3

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 4

FOKUS MATA PELAJARAN 6

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 6

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 7

PENTAKSIRAN 7

PERLAKSANAAN PdP DAN PENAKSIRAN SEKOLAH 10

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PRESTASI 12

Page 8: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan
Page 9: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

DRAF

1

PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas

Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu,

perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan

dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan

pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas Masalah

Pembelajaran adalah bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan

tidak membebankan murid, ini selaras dengan teras kedua Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan.

Bagi memenuhi keperluan individu proses pengajaran dan

pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah

Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang

menyatakan “ guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik

pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan

aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai

tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.

KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibina supaya

pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat

diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga

menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid

bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang

seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

MATLAMAT

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas

Masalah Pembelajaran digubal dengan matlamat untuk

mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan

bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid.

Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan

intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan

berakhlak mulia.

OBJEKTIF

KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran membolehkan

murid:

i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam

menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna

serta menjadi warganegara yang berguna

ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat

berdikari dalam kehidupan seharian

Page 10: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

DRAF

2

iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah

kehidupan berkerjaya

iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri

dengan sempurna

v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi,

berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila

masyarakat majmuk

vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian

bagi yang beragama Islam

vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian

viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah

ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya

x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi seiring dengan perkembangan semasa

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi

membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan

berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang

saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan

yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Domain bagi setiap tunjang adalah:

i. Komunikasi

ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai

iii. Kemanusiaan

iv. Sains dan Teknologi

v. Perkembangan Fizikal dan Estetika

vi. Keterampilan Diri

Bentuk Kurikulum Transformasi

Page 11: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

DRAF

3

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Khas

Masalah Pembelajaran digubal dalam bentuk pernyataan Standard

Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh

murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran

diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen

pengetahuan, kemahiran dan nilai.

5.1 Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut

ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh

persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran

dan nilai.

5.2 Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran

dan pencapaian yang boleh diukur bagi Standard

Kandungan.

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang

seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,

bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir,

berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad

ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan

dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid

akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,

etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran

berfikir.

Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun

1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif

Tinggi (KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran

dari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011,

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi

penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk

mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam

membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,

membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi,

menganalisis, menilai dan mencipta seperti Jadual 1.

Page 12: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

DRAF

4

Mengaplikasi

Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan

nilai dalam situasi berlainan untuk

melaksanakan sesuatu perkara

Menganalisis

Mencerakinkan maklumat kepada bahagian

kecil untuk memahami dengan lebih

mendalam serta hubung kait antara

bahagian berkenaan

Menilai

Membuat pertimbangan dan keputusan

menggunakan pengetahuan, pengalaman,

kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi

Mencipta

menghasilkan idea atau produk atau

kaedah yang kreatif dan inovatif

Jadual 1: Penerangan KBAT

Kemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap kurikulum

mata pelajaran.

KBAT boleh diaplikasikan di dalam bililik darjah melalui aktiviti

berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah

dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti

peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats

serta penyoalan

aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan

murid berfikir. Murid diberi tanggungjawab di atas pembelajaran

mereka.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah

diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar,

Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif

dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan

Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR

dikekalkan dan ditambah dengan memperkenalkan elemen

Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi.

Kreativiti dan Inovasi

Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara

umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea,

pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana

idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu.

Elemen kreativiti dan inovasi merupakan salah satu elemen yang

d

iberi penekanan dalam KSSR untuk menyediakan murid dalam

menangani cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi murid perlu

dipupuk dan dibangunkan ke tahap optimum supaya mereka

berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan

KBAT Penerangan

Page 13: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

DRAF

5

seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan

warganegara Malaysia pada masa hadapan. Bagi mencapai

matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata pelajaran

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Suaian) yang berkaitan

dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara

tersurat. Walau bagaimanapun guru juga digalakkan menerapkan

elemen kreativiti dan inovasi di mana-mana topik yang difikirkan

sesuai jika elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru

haruslah menyediakan aktiviti yang meningkatkan minat dan

kreativiti. Murid pula perlu dibekalkan dengan pengetahuan,

kemahiran dan alat yang membolehkan mereka membangunkan

kreativiti dan memupuk sikap dan personaliti individu kreatif.

Keusahawanan

Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020

adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen

keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan

keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan

murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:

Mengamalkan sikap keusahawanan;

Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

pengurusan perniagaan;

Memformulasikan konsep, proses atau produk

keusahawanan; dan

Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam

keusahawanan.

Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap

kebolehan murid sekolah rendah.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk

memperkukuhkan pembelajaran sesuatu mata pelajaran.

Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet,

perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer

menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan

berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam

mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh

dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web.

Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan

dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK

iaitu:

Belajar mengenai TMK

Belajar melalui TMK

Belajar dengan TMK

Page 14: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

DRAF

6

FOKUS MATA PELAJARAN

6.1 Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual

Matlamat

Pendidikan Seni Visual memberi fokus kepada usaha mencungkil

dan mengembangkan bakat juga potensi murid supaya dapat

mengamalkan kemahiran yang dipelajari seterusnya melahirkan

murid-murid yang berkeyakinan, berkemahiran, berketerampilan

serta bersikap positif dalam kehidupan.

Aspek yang diberi penekanan adalah perkembangan motor halus

dan motor kasar. Kemahiran menggambar, mencorak, membentuk

dan membina serta penghargaan kepada hasil kraf tradisional

boleh dimasukkan ke.dalam perkembangan motor halus dan motor

kasar Proses ini memberi keutamaan kepada aktiviti-aktiviti bagi

memenuhi kehendak tajuk berdasarkan kebolehan, kreativiti dan

inovasi.

Objektif

i. Pendidikan Seni Visual membolehkan murid

ii. menunjukkan kemahiran kognitif, psikomotor dan sosial

iii. mengembangkan bakat, kreativiti dan inovasi.

iv. menghayati keindahan alam dan warisan budaya

v. menghasilkan karya seni yang kreatif

vi. menimba ilmu sebagai persediaan ke arah kerjaya masa

depan

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pendidikan Seni Visual boleh menjadikan pengajaran dan

pembelajaran lebih seronok serta membentukdan guru dan murid

menjadi lebih kreatif dan inovatif. Dalam melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, guru boleh

mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard

Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah:

Pembelajaran kendiri

Kolaboratif

Pembelajaran berasaskan projek

Inkuiri-penemuan

Penyelesaian masalah

Pembelajaran masteri

Konstruktivisme

Pembelajaran Penerokaan

Page 15: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

DRAF

7

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

Definisi Rancangan Pendidikan Individu:

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen

bertulis yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang

dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan

panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran

dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid.

(Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI) Individu Murid-Murid

Berkeperluan Khas, 2000)

RPI ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai

disiplin yang disediakan bagi memenuhi keperluan murid

pendidikan khas. RPI dirancang khusus bagi individu murid, dan

dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan

penerapan ke atas program pembelajaran dan perkhidmatan yang

disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah

tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan

tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut,

perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa,

dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan

peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat

sokongan lain.

RPI memperincikan antara lain:

i. Tahap prestasi sedia ada murid

ii. Perancangan akademik dan bukan akademik

iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid

iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur

v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi

mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian

vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid

vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu

perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan

viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan

membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran

mereka.

PENTAKSIRAN SEKOLAH

Pentaksiran Sekolah (PS) adalah salah satu komponen utama

dalam PdP kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran

murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan mampu

memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan

atau dicapai dalam PdP. PS dilaksanakan oleh guru dan pihak

sekolah sepenuhnya bermula dengan perancangan, pembinaan

item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau

Page 16: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

DRAF

8

penskoran, perekodan hingga pelaporan. PS penting untuk

menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha

menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan

aktiviti berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi, dan hala

tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk

memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum. PS

mempunyai ciri-ciri berikut:

Holistik iaitu mampu memberi maklumat

menyeluruh tentang penguasaan, pengetahuan,

kemahiran, dan pengamalan nilai murni;

Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring

dengan PdP;

Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai

mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; dan

Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan

standard kurikulum.

PS boleh dilaksanakan secara:

Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP.

Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit

pembelajaran, semester atau tahun.

Pentaksiran Rujukan Standard

Standard Prestasi diguna untuk melihat kemajuan dan

pertumbuhan (growth) pembelajaran, serta prestasi seseorang

murid. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses

mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham

dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari

berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan.

Pentaksiran sedemikian tidak membandingkan pencapaian

seseorang murid dengan murid lain. Prestasi murid dilaporkan

dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid

dalam pembelajaran. Murid dinilai secara adil dan saksama

sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan,

kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan

dengan orang lain. Pihak sekolah berupaya mendapatkan maklum

balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif.

Maklumat yang diperolehi membolehkan pihak yang

bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf

dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting

dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan

negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-

masing.

Page 17: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

DRAF

9

Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan tertentu

yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan.

Jadual 1 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum tentang setiap

TP. Jadual 2 pula menyediakan tafsiran tentang TP yang diguna

pakai dalam mentafsir prestasi murid bagi mata pelajaran TMK

(Suaian)

Tafsiran Umum

TAHAP

PENGUASAAN MAKSUD TAFSIRAN UMUM

1 Tahu Murid tahu perkara asas,

atau boleh melakukan

kemahiran asas atau

memberi respons terhadap

perkara yang asas.

2 Tahu dan

Faham

Murid menunjukkan

kefahaman untuk menukar

bentuk komunikasi atau

menterjemah serta

menjelaskan apa yang telah

dipelajari.

TAHAP

PENGUASAAN MAKSUD TAFSIRAN UMUM

3 Tahu, Faham

dan Boleh Buat

Murid menggunakan

pengetahuan untuk

melaksanakan sesuatu

kemahiran pada suatu

situasi.

4 Tahu, Faham

dan Boleh Buat

dengan

Beradab

Murid melaksanakan

sesuatu kemahiran dengan

beradab, iaitu mengikut

prosedur atau secara

sistematik.

5 Tahu, Faham

dan Boleh Buat

dengan

Beradab Terpuji

Murid melaksanakan

sesuatu kemahiran pada

situasi baharu, dengan

mengikut prosedur atau

secara sistematik, serta

tekal, dan bersikap positif.

6 Tahu, Faham

dan Boleh Buat

dengan

Beradab Mithali

Murid berupaya

menggunakan pengetahuan

dan kemahiran sedia ada

untuk digunakan pada

situasi baharu secara

Page 18: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

DRAF

10

TAHAP

PENGUASAAN MAKSUD TAFSIRAN UMUM

sistematik, bersikap positif,

kreatif dan inovatif, serta

boleh dicontohi.

Jadual 1: Maksud dan tafsiran umum tentang Tahap Penguasaan

TAHAP

PENGUASAAN

TAFSIRAN

1 Mengenal dan mengetahui bahasa seni visual,

media serta proses dan teknik pada karya.

2 Menyatakan dan memahami bahasa seni visual,

media serta proses dan teknik pada karya.

3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman

bahasa seni visual, media serta proses dan

teknik dalam penghasilan karya.

4 Menzahirkan idea, pengetahuan, kefahaman

dan kemahiran bahasa seni visual, media serta

proses dan teknik dalam penghasilan karya.

5 Menzahirkan idea, pengetahuan, kefahaman

dan kemahiran bahasa seni visual, proses dan

teknik serta menggunakan media yang betul

TAHAP

PENGUASAAN

TAFSIRAN

dalam penghasilan karya yang kreatif.

6 Menzahirkan idea kreatif berpandukan

kemahiran bahasa seni visual, media ,proses

dan teknik yang betul dalam penghasilan karya

serta berhujah terhadap hasil karya sendiri dan

rakan secara lisan dengan menghubungkaitkan

sejarah seni, tokoh seni dan warisan seni

negara.

Jadual 2: Tafsiran Tahap Penguasaan bagi mata pelajaran

TMK(Suaian)

PELAKSANAAN PdP DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Setiap guru perlu melaksanakan proses PdP dalam bilik darjah

dengan merujuk kepada Standard Kandungan dan Standard

Pembelajaran. Kebijaksanaan guru adalah perlu dalam merancang

dan melaksanakan PdP secara berkesan dan bersesuaian. Pada

waktu yang sama, guru perlu mentaksir dan menentukan tahap

keupayaan murid berdasarkan Standard Prestasi yang telah

disusun mengikut kelompok standard kandungan dan standard

pembelajaran. Guru seharusnya memberi peluang kepada setiap

Page 19: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

DRAF

11

muridnya untuk mencapai tahap keupayaan yang lebih baik

dengan melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan.

Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari

dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi

panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan

seperti yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan

Pentaksiran mengintegrasikan standard kurikulum dan

pentaksiran sekolah dalam satu dokumen.

Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh

dijalankan adalah:

Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek

kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah

pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid,

bukan hasil akhir yang diperoleh.

Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau

lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan

objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.

Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah

penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan

pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari.

Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu

tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains

adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai

murni.

Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara

individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan

folio.

Esei: Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk

menyampaikan maklumat secara saintifik dan sistematik.

Page 20: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

DRAF

12

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1.1 Melakar secara spontan

untuk menghasilkan imej.

1.1.1 Menghasilkan lakaran

dengan teknik

gosokan.

i. pensel

ii. pensel warna

1

Mengecam pensel dan pensel warna untuk membuat

gosokan.

2

Memilih dua bahan yang boleh menghasilkan corak

dengan teknik gosokan.

3

Menghasilkan gosokan bebas menggunakan :

pensel

pensel warna

4

Menghasilkan lakaran corak dengan teknik gosokan

menggunakan :

pensel

pensel warna

5

Menghasilkan imej bercorak dengan teknik gosokan

menggunakan gabungan pensel dan pensel warna.

6

Menghasilkan gabungan corak dengan teknik gosokan

menggunakan pelbagai media secara kreatif.

Page 21: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

DRAF

13

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1.1 Melakar secara spontan

untuk menghasilkan imej.

1.1.2 Menghasilkan lakaran

teknik gurisan pada doh

dengan menggunakan.

i. pensel

ii. pembaris

iii. ranting kayu

1 Mengecam doh, pensel, pembaris dan ranting kayu.

2

Menyatakan dua alatan dan kegunaannya dalam

teknik gurisan.

pensel

pembaris

ranting kayu

3

Membuat lakaran pada sebarang permukaan

menggunakan teknik gurisan. (contohnya : tanah liat,

polisterin) dengan menggunakan :

pensel

pembaris

ranting kayu

4

Menghasilkan lakaran imej secara spontan dengan

teknik gurisan pada doh dengan menggunakan :

pensel

pembaris

ranting kayu

Page 22: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

DRAF

14

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

5

Menggunakan gabungan dua alatan bagi

menghasilkan imej dengan teknik gurisan pada doh.

6

Menghasilkan lakaran atau corak menggunakan

teknik gurisan dengan pelbagai alat dan bahan

secara kreatif.

Page 23: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

DRAF

15

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1.2 Menghasilkan gambar.

1.2.1 Menghasilkan gambar

dengan teknik kolaj

menggunakan.

i. kertas warna

ii. kertas surat khabar

iii. kertas majalah

1

Mengecam bahan dan alatan bagi menghasilkan kolaj.

2

Menghasilkan lakaran gambar bebas menggunakan

pensel.

3

Membentuk cebisan kertas dengan teknik :

memotong

mengoyak

menggunting

4

Menghasilkan gambar dengan teknik kolaj

menggunakan :

kertas warna,

kertas surat khabar

kertas majalah

5

Menghasilkan gambar dengan teknik kolaj

menggunakan gabungan ketiga-tiga bahan.

kertas warna,

kertas surat khabar

kertas majalah

Page 24: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

DRAF

16

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

6

Menghasilkan gambar menggunakan teknik kolaj

dengan bahan kitar semula secara kreatif.

Page 25: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

DRAF

17

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1.2 Menghasilkan gambar.

1.2.2 Menghasilkan gambar

dengan menggunakan

teknik montaj.

i. menggunting, menyusun

dan menampal

1

Mengecam alatan dan media untuk menghasilkan

gambar menggunakan teknik montaj.

2

Menyatakan kegunaan alatan dan media bagi

menghasilkan gambar menggunakan teknik montaj.

3

Menghasilkan gambar dengan teknik montaj.

i. menggunting, menyusun dan menampal

4

Menghasilkan gambar bertema menggunakan teknik

montaj.

5

Menghasilkan gambar dengan teknik montaj mengikut

tema dengan gabungan pelbagai media dan alatan.

6

Menghasilkan gambar dengan teknik montaj dengan

menggunakan gabungan pelbagai bahan kitar semula

secara kreatif.

Page 26: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

DRAF

18

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1.3 Mewarna.

1.3.1 Mengenal warna asas.

i. biru

ii. kuning

iii. merah

1.3.2 Mewarna rupa organik

dengan menggunakan

warna asas.

1.3.3 Mewarna rupa geometri

dengan menggunakan

warna asas.

1

Mengecam warna asas: biru, kuning dan merah

mengikut rupa organik dan rupa geometri.

2

Melakar rupa organik dan rupa geometri

3

Mewarna rupa organik atau rupa geometri

menggunakan warna asas.

4

Menghasilkan gambar rupa organik dan rupa geometri

menggunakan warna asas.

5

Menghasilkan corak menggunakan rupa organik dan

rupa geometri menggunakan warna asas dengan

pelbagai teknik.

6

Menghasilkan perspektif rupa organik dan rupa

geometri menggunakan warna asas.

Page 27: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

DRAF

19

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1.4 Meneroka unsur seni.

1.4.1 Mengenal jenis-jenis

garisan.

i. garisan titik-titik

ii. garisan putus-putus

iii. garisan berlingkar

iv. garisan beralun

v. garisan berbulu

vi. garisan zig-zag

1.4.2 Menghasilkan gambar

dengan menggunakan

gabungan jenis-jenis

garisan.

1

Mengecam 4 jenis garisan

2

Menghasilkan lakaran bebas menggunakan

i. garisan titik-titik

ii. garisan putus-putus

iii. garisan berlingkar

iv. garisan beralun

v. garisan berbulu

vi. garisan zig-zag

3

Menghasilkan gambar menggunakan gabungan tiga

jenis garisan.

4

Menghasilkan gambar tunggal menggunakan jenis-jenis

garisan

5

Menghasilkan corak bertema menggunakan gabungan

jenis-jenis garisan.

Page 28: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

DRAF

20

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

6

Menghasilkan gambar atau corak menggunakan

gabungan jenis-jenis garisan dengan pelbagai teknik

dan media secara kreatif.

Page 29: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

DRAF

21

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1. 4 Meneroka unsur seni.

1.4.3 Mengenal jenis-jenis

jalinan.

i. jalinan tampak

ii. jalinan sentuh

1.4.4 Mengenal sifat-sifat

jalinan.

i. kasar

ii. berbulu

iii. berduri

1.4.5 Menghasilkan sifat-sifat

jalinan menggunakan

pelbagai teknik dan

media.

1

Mengecam jenis-jenis jalinan tampak dan jalinan sentuh

2

Menyatakan sifat-sifat jalinan tampak dan jalinan sentuh

:

kasar

berbulu

berduri

3

Menghasilkan sifat-sifat jalinan tampak menggunakan

media kering

4

Menghasilkan sifat-sifat jalinan sentuh dengan

menggunakan unsur dua dimensi dan tiga dimensi.

5

Menghasilkan jalinan sentuh dan jalinan tampak

menggunakan pelbagai teknik dan media.

6

Menghasilkan model menggunakan gabungan sifat-sifat

jalinan sentuh dan jalinan tampak secara kreatif.

Page 30: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

DRAF

22

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

2.1 Mereka corak secara

tidak terancang.

2.1.1 Menghasilkan corak

dengan teknik capan

menggunakan.

i. buah-buahan

ii. sayur-sayuran

iii. keratan batang

iv. dedaun

v. bahan kitar semula

1

Mengecam bahan yang sesuai dengan teknik capan.

2

Menghasilkan capan bebas.

3

Menghasilkan capan corak buah-buahan, sayur-

sayuran, keratan batang dan dedaun.

4

Menghasilkan corak capan menggunakan pelbagai

bahan kitar semula.

5

Menghasilkan corak capan menggunakan gabungan

semua bahan.

6

Menghasilkan corak pada kotak hadiah menggunakan

gabungan corak capan dan kolaj secara kreatif.

Page 31: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

DRAF

23

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

2.2 Mereka corak secara

terancang.

2.2.1 Mengenal rupa positif.

2.2.2 Mengenal rupa negatif.

2.2.3 Menghasilkan rupa

positif.

2.2.4 Menghasilkan rupa

negatif.

1

Mengecam rupa positif dan rupa negatif.

2

Menghasilkan lakaran rupa

3

Mewarna rupa positif dengan warna cerah dan warna

gelap.

4

Mereka corak ulangan menggunakan rupa positif dan

rupa negatif.

5

Menghasilkan corak cerminan rupa positif dan rupa

negatif menggunakan teknik capan.

6

Menghasilkan corak rupa positif dan rupa negatif

dengan menggunakan pelbagai teknik dan media

secara kreatif.

Page 32: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

DRAF

24

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

2.3 Membuat projek.

2.3.1 Menghasilkan corak

menggunakan teknik

i. stensilan

ii. kolaj

1

Mengecam alatan dan bahan bagi menghasilkan projek.

2

Menyatakan kegunaan alatan dan bahan bagi menghasilkan projek:

3

Menghasilkan projek menggunakan corak stensilan.

4

Menghasilkan projek gabungan corak stensilan dan kolaj.

5

Menghasilkan pelbagai corak dengan menggunakan teknik :

stensilan

kolaj

6

Menghasilkan pelbagai corak dan media dengan gabungan

teknik stensilan dan teknik kolaj secara kreatif.

Page 33: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

DRAF

25

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

3.1 Membuat binaan mudah

3.1.1 Menghasilkan origami

i. bentuk kenderaan

ii. bentuk bunga

iii. bentuk haiwan

1

Mengecam origami:

bentuk kenderaan

bentuk bunga

bentuk haiwan

2

Menyatakan alatan dan bahan untuk menghasilkan

origami.

3

Menghasilkan origami mudah secara bebas.

4

Menghasilkan origami:

bentuk kenderaan

bentuk bunga

bentuk haiwan

5

Menghias origami dengan pelbagai bahan dan alat.

6

Menghasilkan model bentuk kenderaan, bentuk bunga

dan bentuk haiwan dengan teknik origami secara

kreatif.

Page 34: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

DRAF

26

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

3.1 Membuat binaan mudah.

3.1.2 Menghasilkan mobail.

1

Mengecam mobail.

2

Menyatakan alatan dan bahan untuk menghasilkan

mobail.

3

Menghasilkan mobail menggunakan hasil kerja sedia

ada.

4

Menghasilkan mobail menggunakan bahan kitar

semula:

5

Menghias mobail secara kreatif menggunakan pelbagai

bahan.

6

Menghasilkan mobail dan stabail menggunakan

pelbagai bahan dan alat secara kreatif.

Page 35: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

DRAF

27

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

3.2 Membuat projek.

3.2.1 Menghasilkan model

robot dengan teknik

asemblaj.

1

Mengecam model robot.

2

Menyatakan empat bahan yang digunakan untuk

menghasilkan model robot dengan teknik asemblaj.

3

Menghasilkan model robot dengan teknik asemblaj.

4

Menghias dan mempamerkan model robot.

5

Menghasilkan model robot dengan teknik asemblaj

menggunakan gabungan pelbagai teknik dan media

secara kreatif.

6 Menghasilkan asemblaj kreatif

Page 36: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

DRAF

28

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

4.1 Mengenal Kraf

Tradisional.

4.1.1 Mengenal jenis wau.

i. layang-layang

ii. wau bulan

iii. wau kucing

4.1.2 Menghias wau dengan

Motif.

i. flora

ii. fauna

1

Mengecam jenis wau :

layang-layang

wau bulan

wau kucing

2 Memilih motif flora dan motif fauna.

3

Menghias dan membuat kemasan akhir wau dengan :

motif flora

motif fauna

4

Menghias dan membuat kemasan akhir wau dengan gabungan motif flora dan motif fauna.

5

Menghasil dan menghias lain-lain jenis wau dengan pelbagai motif.

6

Mereka cipta wau secara kreatif.

Page 37: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filedraf dokumen standard kurikulum dan pentaksiran kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan

TERBITAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

ARAS 4-8 BLOK E9

KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604

PUTRAJAYA

Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917

http//www.moe. gov.my/bpk