pendidikan konservasi (word)
Post on 05-Apr-2018
247 Views
Preview:
TRANSCRIPT
7/31/2019 Pendidikan Konservasi (Word)
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-konservasi-word 1/8
1
Tajuk 7 : Jenis Sukan Dan Rekreasi –Pendidikan Konservasi
Fokus Pembelajaran
1.0 PENGENALAN
Pendidikan konservasi perlu dilakukan sejak kecil kerana pada usia
itulah pelajar akan diberi pengetahuan mengenal dan memahami
pentingnya konservasi alam.
Ini akan membawa kesedaran kepada mereka tentang kewajipan
memelihara dan memulihara alam sekitar, sikap serta tindakan
positif terhadap alam.
Di Malaysia, pendidikan luar secara tidak formal bermula dengan
aktivitinya dijalankan di maktab perguruan untuk pelatih guru
yang mengikuti program pendidikan jasmani.
Aktiviti seperti berkayak, menjelajah, mendaki gunung
danperkhemahan diperkenalkan kepada guru pelatih.
Peranan alam sekitar dalam kehidupan seharian :
memberikan suasana yang selesa dan mennyamankan
menghasilkan sumber keperluan untuk manusia
sumber makanan, minuman, tenaga, dan alat perhubungan
7/31/2019 Pendidikan Konservasi (Word)
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-konservasi-word 2/8
2
2.0 Definisi
Konservasi adalah menggunakan sumber daya alam untuk memenuhi
keperluan manusia dalam jumlah yang besar dalam waktu yang lama
(American Dictionary).
Konservasi adalah alokasi sumber daya alam antara waktu (generasi)
yang optimal secara sosial (Randall, 1982).
Konservasi merupakan manajemen udara, air, tanah, mineral ke
organisme hidup termasuk manusia sehingga dapat dicapai ke atas
kehidupan manusia yang meningkat termasuk dalam kegiatan
manajemen adalah survai, penelitian, administrasi, preservasi,
pendidikan, pemanfaatan dan latihan (IUCN, 1968).
Konservasi adalah manajemen penggunaan biosfer oleh manusiasehingga dapat memberikan atau memenuhi keuntungan yang besar
dan dapat diperbaharui untuk generasi-generasi yang akan datang
(WCS, 1980)
Perlindungan, pengawetan dan pemeliharaan atau dengan kata lain
menjaga sesuatu dalam keadaan selamat atau aman.
Jika diterapkan pada sumber daya tanah, definisi untuk konservasi
adalah pengawetan sumber daya bumi tanpa mengurangi efisiensi.
3.0 Keperluan
Pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi perlu didedahkan kepada
semua orang sejak di bangku sekolah lagi supaya dapat meluaskan
ilmu pengetahuan mereka terhadap kepentingan alam sekitar .
Hal ini kerana isu alam sekitar sememangnya menjadi suatu isu yang
serius dan memerlukan pemerhatian segera.
Oleh itu apabila pendidikan konservasi terhadap alam sekitar diberikan
kepada anak murid melalui sukan rekreasi,kita dapat memupuk amalan
memelihara dan memulihara alam sekitar daripada ancaman
pencemaran.
Pendidikan koservasi ini juga turut mendidik anak-anak murid untuk
tidak mencemarkan alam sekitar kita dan
ramah dengan alam sekitar dengan tidak membuang sampah
serta mencemarkan sungai.
7/31/2019 Pendidikan Konservasi (Word)
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-konservasi-word 3/8
3
Mereka juga akan mula untuk mencintai flora dan
fauna serta sungai yang berada di kawasan aktiviti sukan rekreasi.
Ini akan membantu untuk memelihara alam sekitar kita yang kian hari
semakin mengalami ancaman yang serius.
Selain itu, pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi juga menjadi
alat utama untuk menanamkan semangat untuk menjaga alam sekitar
dan sekaligus menukar sikap mereka yang tidak bertanggungjawab
terhadap alam sekitar kepada sebaliknya.
Pendek kata, pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi sememang
sesuatu yang harus ditekankan dan diteruskan supaya kita dapat
mengubah sikap generasi yang akan datang supaya mereka juga
turut memainkan peranan dalam menjaga alam sekitar kita.
Dengan berbuat demikian dapatlah kita mengurangkan masalah
pencemaran alam sekitar dan mula untuk menanam semula pokok-
pokok baru supaya kawasan sekeliling kita dipenuhi dengan tumbuh-
tumbuhan hijau.
4.0 Objektif
1) Pendidikan konservasi ialah suatu usaha yang dilakukan berulang-ulang
atau terus menerus.
# tujuan : masyarakat memiliki kesedaran dan kepedulian terhadap
konservasi sumber daya alam dan segala permasalahannya yang memiliki
pengetahuan, sikap, keahlian, motivasi dan komitmen untuk ikut
memecahkan masalah konservasi .
2) mengembangkan kepekaan individu dan kelompok komuniti dan bangsa-
bangsa terhadap konservasi alam semula jadi.
Contohnya masalah ‘Green house effect’, penipisan lapisan ozon dan
kenaikan purata suhu
3) Pengetahuan (knowledge)
pengetahuan dan pemahaman yang mendalam terhadap alam
sekitar, permasalahan peranan dan tanggungjawabnya.
4) Sikap (attitude).
Nilai-nilai sosial, rasa kepedulian yang kuat terhadap alam,
motivasi untuk berperanan serta dalam upaya-upaya
7/31/2019 Pendidikan Konservasi (Word)
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-konservasi-word 4/8
4
perlindungan, pengawetan dan pemanfaatan alam secara lestari
harus ditanam dalam diri pelajar.
5) kemampuan mengevaluasi (evaluation ability)
setiap pelajar mempunyai kemampuan mengevaluasikonservasi alam dan program pendidikan dari segi ekologi,
ekonomi, sosial, estetika dan pendidikan.
6) peranan serta (participation)
Pelajar dapat mengembangkan rasa tanggungjawab terhadap
suatu permasalahan konservasi alam sehingga dapat
mengambil tindakan yang relevan untuk pemecahannya.
Contonya mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk
menyelesaikan masalah peningkatan suhu dunia dengan cara
yang saintifik berikutan dengankemajuan teknologi.
5.0 AKTIVITI MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR
1) Kempen Kitar Semula
Kempen-kempen yang berkaitan dengan mengurangkan bahan
buangan, mengguna semula dan mengitar semula 3R (Reduce,
Reuse, Recycle) di sekolah-sekolah.
Pihak sekolah juga boleh bekerjasama dengan kerajaan atau
badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha menggalakkan
pelajar mengitar semula bahan buangan mereka.
Dari aspek manusia, kita dapat menimbulkan kesedaran dalam
diri tentang kepentingan untuk memelihara dan memulihara
alam sekitar.
Dengan mengitar semula buku-buku, surat khabar lama dan
naskah-naskah dapat memelihara dan memulihara dari aspek
tumbuhan.
7/31/2019 Pendidikan Konservasi (Word)
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-konservasi-word 5/8
5
Dari aspek alam pula, amalan kitar semula barang keperluan
akan membantu mengurangkan kebergantungan kita terhadap
alam sekitar dan memelihara sumber alam sekitar.
2) Jungle Trekking
Pihak sekolah boleh menganjurkan aktiviti jungle trekking
sempena cuti penggal untuk menambahkan pengetahuan
pelajar tentang kepentingan dan keindahan hutan.
contoh, guru boleh membawa pelajar ke hutan negara.
Sepanjang perjalanan, guru boleh membuat penerangan
tentang keunikan tumbuhan dan juga kegunaan dalam
perubatan.
Ini dapat menimbulkan kesedaran kepada pelajar tentang
penggunaan tumbuhan dan kesan memusnahkan hutan.
Pelajar berpeluang melihat haiwan-haiwan yang tinggal di dalam
hutan seperti arnab liar, burung, katak dan sebagainya.
Guru boleh mengambil peluang untuk memberikan pendidikan
kepada mereka bahawa hutan merupakan habitat haiwan dan
tumbuhan.
Keseimbangan alam sekitar juga akan menjadi tidak seimbang,
bencana alam seperti banjir kilat, tanah runtuh dan hakisan
tanah akan melanda bumi.
7/31/2019 Pendidikan Konservasi (Word)
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-konservasi-word 6/8
6
3) Aktiviti Menanam Pokok
Setiap pelajar dikehendaki menanam sepohon pokok di
sekeliling sekolah dan bertanggungjawab untuk menjaga pokok
tersebut.
Melalui proses menanam, menyiram, mencabut rumput dan
menangkap serangga perosak, mereka akan lebih berusaha
memelihara dan memulihara alam sekitar.
Di samping itu, mereka akan memahami bahawa tumbuhan
merupakan sumber makanan dan habitat haiwan.
4) Perkhemahan
Semasa menjalankan perkhemahan di hutan, pelajar akan
mempelajari pengetahuan hidup dengan menggunakan sumber hutan.
Mereka akan belajar menangkap ikan, mencari sayur-sayuran
atau buah-buahan liar dan menggelakkan diri daripada binatang
buas.
Melalui pengalaman ini, mereka akanmempelajari kepentingan
hidup harmoni dengan alam sekitar.
7/31/2019 Pendidikan Konservasi (Word)
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-konservasi-word 7/8
7
6.0 Pokok Pinang Hutan
6.1 Pengenalan
Nama saintifik pokok pinang hutan ialah Areca catechu; bahasa
Inggerisnya ialah betelnut.
Pokok pinang merupakan satu spesis tumbuhan palma yang tumbuh di
kebanyakan kawasan tropika Pasifik, Asia, dan bahagian-bahagian
Afrika timur.
Pokoknya bersaiz sederhana dengan ketinggiannya mencecah 20
meter, dengan diameter batangnya setebal 20-30 cm.
Daunnya berukuran 1.5-2m panjangnya, berbucu tajam, dan terdiri
daripada anak daun yang banyak bilangannya.
6.2 Kegunaan
Pinang ditanam untuk memperoleh benihnya yang penting dari segi
ekonomi, iaitu buah pinang (betel nut).
Benih ini mengandungi bahan alkaloid seperti arecaine dan arecoline,
yang dianggap boleh menyebabkan rasa keasyikan dalam
penggunanya apabila dikunyah
Buah pokok pinang boleh digunakan dengan luas di bidang perubatan.
Pucuk Areca Catechu boleh dimakan.
Hampas pinang rebus boleh diletakkan pada luka-luka.
Akar dan sabut pinang yang separuh reput digunakan untuk disenteri
atau disebut sebagai cirit berdarah
Akar pinang juga digunakan untuk membanyakkan kencing dan
mengubati sakit perut.
7/31/2019 Pendidikan Konservasi (Word)
http://slidepdf.com/reader/full/pendidikan-konservasi-word 8/8
8
Kanak-kanak yang cirit-birit boleh mandi dengan menggunakan
campuran airnya.
serbuk daun pinang bersama daun Atalantia dan limau digunakan
untuk mengubati sakit perut.
Serbuk pinang boleh membuang cacing gelang dan cacing kerawit.
membekalkan banyak manfaat kepada haiwan dan alam sekitar.
Sebagai contoh, binatang liar seperti khinzir hutan, rusa dan monyet
akan menjadikan buah pinang sebagai makanan.
pokok pinang hutan membekalkan habitat kepada binatang liar.
Akar pokok pinang juga akan mengengam tanih dan meggelakkan
hakisan tanah berlaku.
Dengan adanya pokok-pokok pinang hutan juga akan menjadikan
hutan tersebut menjadi kawasan tadahan air
7.0 RUMUSAN
Sejarah sosio-budaya menyatakan, pendidikan luar memperlihatkan
suatu gambaran interaksi dengan alam sejak manusia berubah tempat
tinggal dari alam luar ke bangunan dan rumah.
Manusia hidup saling bergantungan dengan alam sekitar, seandainya
alam sekitar dimusnah, pastinya manusia akan hidup sengsara.
pendidikan awal harus diberi kepada pelajar-pelajar kerana mereka
merupakan pemangkin Negara pada masa akan datang.
Dengan memberikan pengetahuan akan cara memelihara dan
memulihara alam sekitar, keindahan alam sekitar dapat terus dinikmati
oleh generasi yang akan datang.
Di samping itu, kita juga dapat dengan gembira tanpa risau akan
dilanda bencana alam
top related