nota pengujian

Post on 03-Jul-2015

799 Views

Category:

Documents

8 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

.

Pengujian

Proses penyerahan satu set terpiawai soalan-soalan yang perlu dijawab atau satu instrumen atau satu prosedur sistematik bagi mengukur satu sampel tingkah laku seseorang.

Pengukuran

Proses memperoleh penjelasan numerik tentang setakat mana individu mempunyai sesuatu ciri yang disukat dengan menggunakan alat.

Penilaian

Satu proses sistematik yang digunakan untuk mengumpul, menganalisis, dan menginterprestasi maklumat bagi menentukan setakat mana pelajar mencapai objektif pembelajaran.

Pentaksiran

Satu proses mendapatkan maklumat dan setersunya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Proses ialah langkah/tindakan/operasi yg digunakan untuk mendapatkan hasil yg dikehendaki.

Maklumat ialah evidens tentang prestasi pelajar dlm sesuatu perkarayg ditaksir.

Penghakiman merupakan proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.

Produk dlm konteks pendidikan ialah pengetahuan, kemahiran dan nilai yg diperoleh setelah melalui proses pendidikan.

Dlm konteks pendidikan, pentaksiran ialah satu episod dlm proses pemb. yg merangkumi:

o menghurai

o mengumpul

o merekod

o memberi skor

o menginterpretasi

Maklumat tentang hasil pemb.seseorang pelajar bg tujuan tertentu.

Pentaksiran dilihat sbg:

Proses dptkan gambaran ttg prestasi seseorang dlm pemb.

Aktiviti semasa p&p

Aktiviti secara berterusan

Aktiviti unt mendapatkan pemb. Yg baik.

Produk dlm konteks pendidikan ialah

Pengetahuan

Kemahiran

Nilai

Yg diperoleh pelajar setelah melalui pro. Pendidikan.

Rukun Pentaksiran

Instrumen

Kumpulan yg ditaksir

Respons

Kumpulan yg mentaksir

Skor

Ciri pentaksiran

a) Skor yg mempunyai darjah kesahan dan kebolehpercayaan yg tinggi.

- skor dilambangkan dlm bentuk nombor, huruf, pernyataan dan simbol.

-kesahan merujuk ciri skor berhubung dgn kerelevanan dan kecukupan cakupan skor itu unk menggambarkan prestasi pelajar dlm perkara yg ditaksir.

-kebolehpercayaan merujuk ciri skor berhubung dgn ketepatan dan ketekalan skor itu unt.menggambarkan prestasi pelajar dlm perkara yg ditaksir.

-skor mestilah mempunyai darjah kesahan dan kebolehpercayaan yg tinggi unt. Memastikan keadilan kpd pelajar serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran pend. kebangsaan..

b)Keobjektifan

•Keobjektifan sesuatu ujian atau pentaksiran merujuk ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan atau ketepatan pemeriksa memberi markah calon.

•Ciri keobjektifan boleh ditingkatkan dgn:

-menyediakan peraturan memberi markah(pmm)

-skema penskoran yg objektif

-skor diselaras dlm mesyuarat penyelarasan

•Mekanisme ini bertujuan memastikan pemeriksa mempunyai kefahaman dan kemahiran yg terselaras antara satu sama lain dan ini boleh mengurangkan perselisihan memberi markah/skor dalam kalangan pemeriksa atau pentaksir.

c) Kebolehtadbiran

Ciri praktik yg merujuk sejauh mana kelicinan dan kerja-kerja susulan dapat dijalankan dgn. Mudah dlm proses pengujian dan pentaksiran yg dilaksanakan sama ada secara berpusat atau pentaksiran berdasarkan sekolah.

d) Kemudahtafsiran

Merujuk sejauh mana ia dapat memberi maklumat tentang calon berdasarkan skor yg diperoleh,

Sejauh mana ia boleh mendiskriminasikan calon, dan

Sejauh mana ia menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran.

e) Kekomprehensifan

Kekomprehensifan sesuatu ujian atau pentaksiran merujuk sejauh mana

sesuatu item yg mewakili semua objektif yg penting.

1.1 Tujuan pengujian dan penilaian

(a)Dapat memberi maklum balas kepada guru tentang keberkesanan

proses pembelajaran dan pengajaran yang telah berlaku :

• Kemahiran bahasa yang dikuasai.

• Kemahiran bahasa yang masih lemah.

• Nilai keberkesanan pengajaran kemahiran.

• Tentukan arah penekanan P&P

(b) Dapat memberi maklum balas kepada pelajar :

• Pelajar ingin tahu ulasan guru. (karangan)

Gred

Aspek-aspek lain.

(c) Dapat bantu pihak sekolah dari segi pemilihan dan pentadbiran :

• Ujian bahasa peringkat SPM / STPM.

• Ujian bahasa peringkat maktab dan universiti.

• Ujian bahasa peringkat jabatan kerajaan.

• Penempatan pelajar.

1.2 Kepentingan pengujian dan penilaian dalam pendidikan bahasa:

(a) Untuk mempertingkatkan dan membaiki pembelajaran.

(b) Pengujian dan penilaian sama penting dengan pengajaran & pembelajaran.

(c) Asas bagi guru membuat keputusan berhubung aktiviti P&P di bilik darjah.

(d) Guru perlu tahu aspek dalam kemahiran bahasa yang telah dikuasai.

(e) Membantu guru memulakan pengajaran.

(f) Membantu guru mengelompokkan pelajar.

(g) Melihat kesediaan pelajar untuk mempelajari kemahiran bahasa.

(h) Untuk melihat sama ada pelajar menunjukkan kemajuan yang berterusan.

(i) Dapat mengesan kelemahan pelajar dan mencari punca mengatasi.

(j) Melihat penguasaan pelajar terhadap bahasa yang diajar secara keseluruhan.

(k) Menentukan gred pencapaian pelajar.

(l) Membantu pelajar mengetahui tahap penguasaan dan keboleh mereka.

(m) Membantu pelajar belajar mengikut matlamat yang ditentukan.

(n) Pelajar mengetahui bakat dan kebolehan dengan lebih baik.

(o) Menyuburkan kemahiran kognitif.

(p) Maklum balas kepada pihak penggubal kurikulum.

(q) Maklum balas kepada pihak sekolah untuk mencari kaedah yang lebih berkesan.

(r) Membantu ibu bapa mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka.

(s) Bantu pihak Kementerian mengetahui tahap penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar.

2.0 KONSTRUK DAN DOMAIN KOGNITIF

Konstruk ialah perkara yg. Ditaksir dan merupakan dimensi manusia yg. berbentuk:

Konkrit spt. tinggi dan berat.

Abstrak spt. pengetahuan, kemahiran dan sikap.

Yg. dibangun atau diperkembang melalui hasil pembelajaran sesuatu mata pelajaran.

Konstruk yg. ditaksir boleh dikategorikan sbg.:

a) Pengetahuan-mengukur sejauh mana pelajar itu tahu dan faham tentang sesuatu perkara melalui sesi pembelajaran.

b) Kemahiran –mengukur sejauh mana pelajar itu berupaya melakukan sesuatu selepas melalui sesi pembelajaran.

c) Nilai dan sikap-mengukur sejauh mana pelajar boleh mempamerkan

dan

Dan mengamalkan sikap yg positif selepas melalui sesi pembelajaran.

Domain Kognitif

Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom digunakan untuk menerangkan konstruk yg mengukur kebolehan kognitif.

Kebolehan kognitif dibahagikan kpd enam:

Pengetahuan

Kefahaman

Aplikasi

Analisis

Sintesis

Penilaian

Pengetahuan

Ialah kebolehan kognitif untuk mengingat semula atau mengenal pasti elemen spesifik yg terdapat dlm kandungan mata pelajaran. Pengetahuan diterima melalui pengalaman, pemerhatian, pembacaan atau pemberitahuan.

Jika pengetahuan disimpan tanpa pemikiran lanjut, ia kekal sbg maklumat paling sedikit kegunaannya kpd individu itu.

Maklumat ini boleh dikeluarkan dlm bentuk asal apabila diuji menggunakan item berbentu pengingatan atau recall.

Komponen pengetahuan:

Terminologi

Fakta

Konvensyen

urutan

Pengkelasan

Kriteria

Metodologi

Prinsip

Teori

Kefahaman

Ialah kebolehan kognitif yg melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa situasi baru dan tidak memerlukan atau meperihalkan implikasi terhdp pengetahuan itu.

Kefahaman dibahagikan kpd tiga:

Penterjemahan

interpretasi

Ekstrapolasi

Penterjemahan ialah kebolehan menyatakan sesuatu konsep dgn guna perkataan atau simbol lain.

Interpretasi ialah kebolehan menghubung kait bahagian-bahagian dlm set komunikasi dan mnyatakan dlm bentuk lain (verbal atau grafik)

Ekstrapolasi ialah melibatkan interpretasi tapi melampaui maklumat yg terdapat dlm set komunikasi berkenaan. Ia menghasilkan ramalan, inferens aatau anggaran berdasarkan pemerhatian, pengalaman, corak, trend atau sesuatu urutan berkala.

Aplikasi

Guna prinsip dan generalisasi pd satu masalah dan situasi baru. Pelajar tidak dapat menyelesaikannya dgn hanya mengignat semula. Jadi, idea, konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan sebagainya yg dipelajari perlu digunakan dlm masalah baru ini.

Analisis

Untuk memisahkan suatu set komunikasi kpd elemen sehingga suatu bentuk pertalian antara elemen itu dapat dilihat dgn jelas.

Ada tiga peringkat analisis:

Elemen

Perkaitan

Organisasi

Analisis elemen

Kemahiran mengenal pasti perkara pokok yg melibatkan aktiviti berikut:

a) Mengecam dan mengenal pasti fakta

b) Mengecam kesimpulan drp penyataan yg menyokong

c) Mengenal pasti anggapan yg tidak dinyatakan secara eksplisit

d) Mengenal pasti motif dlm lukisan

Analisis perkaitan

Kemahiran memperlihat saling kaitan antara elemen spt hipotesis dgn pemerhatian, anggapan dgn hujah, sebab dgn akibat dll.

Analisis organisasi

Kemahiran mengenal pasti susunan yg sistematik mengikut urutan , struktur dsb.

Sintesis

Kemahiran kognitif yg menggabungkan elemen untuk membentuk suatu set komunikasi. Ia melibatkan proses menyusun dan menggabungkan sesuatu untuk membentuk suatu struktur, persembahan dan corak yg tak jelas sebelumnya.

Kemahiran mensintesis terbahagi tiga:

Penghasilan set komunikasi yg unik

Penghasilan cadangan suatu set operasi

Penghasilan suatu set pertalian yg abstrak

Penghasilan set kom. Yg unik

a) Mengemukakan idea melalui penulisan atau ucapan yg baik

b) Menulis cerpen, karangan, puisi

c) Melukis grafik

d) Mencipta lagu

Penghasilan cadangan suatu set operasi

Melibatkan pelan kerja yg melibatkan:

a) Membuat cadangan ttg prosedur

b) Mereka bentuk sesuatu

2.0 Prinsip-prinsip Pengujian dan Penilaian Bahasa

2.1 Kesahan

Dalam pengujian bahasa, ujian itu merupakan alat untuk mengukur sesuatu kemahiran atau aspek-aspek bahasa. Tinggi rendah kesahan ujian itu bergantung kepada ketepatannya mengukur sesuatu kemahiran atau aspek bahasa yang ia perlu mengukur, menilai, atau menguji.

Kesahan sesuatu instrumen penilaian dapat dilihat dari lima sudut atau jenis :

• Kesahan kandungan (isi)

• Kesahan muka

• Kesahan gagasan (konstruk)

• Kesahan semasa (serentak)

•Kesahan ramalan

Kesahan Kandungan

Ketepatan isi atau kandungan instrumen itu dalam menilai atau menguji apa yang hendak diuji

Kesahan Muka

Sifat instrumen yang dapat diterima sebagai sesuai dan betul seperti yang dijangkakan oleh pentadbir.

Kesahan Gagasan

Ketepatan takrifan terhadap binaan atau konsep berkaitan dengan kemahiran bahasa yang hendak dinilai.

Kesahan Semasa

Pencapaian pelajar yang serupa dalam sesuatu ujian lain yang dijalankan pada masa lebih kurang sama.

Kesahan RamalanKesahan sesuatu keputusan penilaian itu dalam menjangkakan

atau meramalkan prestasi pelajar pada masa akan datang.

2.2 Kebolehpercayaan

Merujuk sifat kestabilan, ketekalan, ketahanan, ketepatan, keputusan atau hasil sesuatu instrumen penilaian.

Penilaian yang bersifat boleh dipercayai akan menunjukkan hasil yang sama atau hampir sama jika diulang kepada kumpulan pelajar yang sama dalam keadaan pembolehubah yang lain dikawal.

Semakin tinggi perbezaan keputusan ujian (instrumen sama) bermakna semakin rendah nilai kebolehpercayaan instrumen itu.

Dua cara menentukan pengujian penilaian ada sifat kebolehpercayaan :

• Panjangkan masa ujian.• Soalan bermutu

Jenis-jenis Kebolehpercayaan

1. Kebolehpercayaan antara pemeriksa.

Ujian yang diperiksa oleh beberapa orang guru / seorang guru menunjukkan hasil yang sama atau hampir sama, menunjukkan ujian itu ada kebolehpercayaan.

Faktor Penentu Kebolehpercayaan

• Adakan skema pemarkahan.

• Buat mesyuarat moderasi.

• Buat mesyuarat penyelarasan.

2. Kebolehpercayaan Item

Bermaksud ketekalan sesuatu item dapat membezakan antara pelajar pandai dengan yang lemah dalm sesuatu kemahiran bahasa.

Kebolehpercayaan item kadang-kadang disebut ketekalan, oleh itu :

• Jangan guna soalan terlalu senang.

• Jangan guna soalan terlalu susah.

• Soalan mengikut aras tertentu.

• Aneka pilihan.

• Gugurkan item yang kabur atau item yang ada dua pilihan yang boleh dianggap betul.

3. Kebolehpercayaan Uji dan Ulang Uji

Keputusan ujian yang serupa jika ujian itu diadakan dua tiga kali pada masa lain.

2.3 Keobjektifan

Setakat mana pemarkahan sesuatu ujian itu bebas daripada pertimbangan pemeriksa.

Keobjektifan tinggi - ujian objektif

aneka pilihan

Keobjektifan rendah – ujian esei

Cara Meninggikan Keobjektifan Ujian Objektif

• Semak skema pemarkahan

• Moderasi antara pemeriksa

• Bincang kes khas

2.4 Kebolehtadbiran Ujian

Kebolehtadbiran atau kemudahtadbiran merujuk ciri kelicinan pelaksanaan atau tadbiran sesuatu ujian di bilik darjah.

Untuk memudahkan tadbiran ujian:

•Arahan ujian mestilah jelas, jitu, dan tak panjang.

•Ujian tak ambil masa panjang

•Tak perlu guru khas untuk tadbir

Kebolehtadbiran merangkumi aspek-aspek:

•Penyediaan bilik pep.

•Pengedaran kertas ujian

•Jadual pengawasan pep.

•Pengutipan skrip jawapan yg. Sistematik

•Proses pemarkahan mudah

Kemudahtafsiran ujian

Kemudahtafsiran ujian berkait rapat dgn. Penilaian.

Keputusan ujian harus mudah ditafsir supaya gambaran yg. Tepat tentang maklumat dapat dilakukan.

Tafsiran hasil ujian akan baik jika maklumat diperoleh dgn. Baik, sah dan berkesan.

Ujian memainkan peranan penting dlm memberi maklumat tentang:

•Pencapaian keseluruhan pelajar dlm kelas

•Kekuatan dan kelemahan pelajar

•Pencapaian objektif p&p

•Kesesuaian strategi pengajaran

•Kesesuaian alat bantu mengajar

•Kesesuaian aras kesukaran isi

3.0 JENIS-JENIS UJIANTerdapat 2 jenis ujian:

•Ujian formatif•Ujian sumatif

Ujian Formatif

Alat ujian yg dibina guru untuk menguji sesuatu unit kemahiran atau

subkemahiran bahasayg telah diajar.:

•Skop p&p terhad(unit kem. tertentu sahaja.)

•Diajar dlm jangka masa pendek (mingguan, bulanan)

•Tujuan-uji kemahiran pelajar dlm capai subkemahiran bahasa.

3.0 JENIS-JENIS UJIAN

Terdapat 2 jenis ujian:

Ujian formatif

Ujian sumatif

Ujian Formatif

Alat ujian yg dibina guru untuk menguji sesuatu unit kemahiran atau subkemahiran bahasa yg telah diajar.:

•Skop p&p terhad(unit kem. tertentu sahaja.)

•Diajar dlm jangka masa pendek (mingguan, bulanan)

•Tujuan-uji kemahiran pelajar dlm capai subkemahiran bahasa.

Ujian Sumatif

Alat ujian yg dibina guru untuk menguji pencapaian pelajar dlm beberapa kemahiran bahasa yg telah diajar secara jangka masa panjang spt penggal, semester atau akhir tahun.:

•Skop lebih luas

•Semua kemahiran bahasa diuji

•Contoh UPSR, PMR, SPM, STPM

3.2 Jenis Pengujian

Pengujian bahasa boleh dijalankan mengikut dua cara :

(a) Pengujian formal

(b) Pengujian Tak Formal

Pengujian Formal

Ditadbirkan dalam keadaan rasmi

Tempoh masa khas

Tempat tertentu

Guna pensel kertas

Lisan SPM

Ujian bulanan, akhir tahun

Peperiksaan awam

Pengujian Tak Formal

Selalu dilakukan di kelas

Secara lisan atau spontan

Aspek bahasa tertentu

Jenis-jenis Penilaian

(a) Penilaian rujukan norma

(b) Penilaian rujukan kriteria

Penilaian Rujukan Norma

Penilaian ke atas pencapaian seseorang pelajar dibuat dengan merujuk markat norma yang diperoleh oleh keseluruhan pelajar dalam kelas.

Penilaian Rujukan Kriteria

Melihat kebolehan seseorang pelajar berdasarkan satu set kriteria yang telah ditetapkan terlebih dahulu dan bukan untuk membandingkan pencapaian antara murid.

Jenis-jenis Ujian Bahasa

(a) Ujian bakat

(b) Ujian Pencapaian

(c) Ujian kefasihan

(d) Ujian diagnostik

(e) Ujian penempatan

4.0 KEGUNAAN UJIAN DI BILIK DARJAH

Guru bahasa perlu tahu:

Teknik mengajar kemahiran bahasa

Teknik menguji kemahiran bahasa

Perkara-perkara yg perlu diketahui guru bahasa sebelum ujian:

oKemahiran atau aspek bahasa yg hendak diuji

oMurid/pelajar atau sasaran

oMasa ujian

oCara menguji

oJenis ujian

oJenis penilaian

oDomain kognitif

o tujuan penilaian

oKandungan instrumen

oSediakan jadual spesifikasi ujian

oCara gubal butiran ujian

oUjian rintis

oCara memberi markah

oCara merekod markat

oCara melaporkan keputusan

Kemahiran atau aspek bahasa yg nak diuji

Kemahiran bahasa terdiri drpd 4, iaitu:

Mendengar

Bertutur

Membaca

Menulis

Guru perlu jelas dan spesifik tentang jenis kemahiran atau aspek bahasa yg nak diuji, contohnya:

Membaca-nyaring/tujuan/ciri

-senyap-senyap/tujuan/ciri

Menulis-surat kiriman rasmi/tidak

-karangan/jenis

Selain kemahiran, guru bahasa perlu tahu aspek-aspek bahasa seperti berikut:

Fonologi

Perbendaharaan kata

Tatabahasa

Semantik

Murid/pelajar/sasaran

Guru perlu tahu status pelajar:

oSekolah rendah /menengah

oBahan yg sesuai dari segi:usia, tema cerita, struktur bahasa,p/kata

oTopik bercakap/mengarang yg sesuai dari segi:usia, minat, pengalaman

Masa ujian

Sama ada pada hujung bulan, pertengahan penggah/tahun/akhir tahun/semester

Perkara-perkara ini akan menentukan jenis-jenis ujian

Cara menguji

Gunakan teknik-teknik tertentu untuk uji kemahiran bahasa

(Rujuk teknik menguji keempat-empat kemahiran)

Jenis-jenis ujian

Tentukan sama ada formatif atau sumatif

Jenis-jenis penilaian

Tentukan sama ada penilaian rujukan norma atau penilaian kriteria (rujuk ciri yg membezakan kedua-duanya,)

Domain /bidaang

Tentukan sama ada:

Kognitif, afektif atau psikomotor

Aras kesukaran domain kognitif (dari mudah ke susah)

•Pengetahuan

•Kefahaman

•Aplikasi

•Analisis

•Sintesis

•penilaian

Tujuan penilaian, sama ada untuk:

•Ujian kesediaan

•Ujian kefasihan

•Ujian pensijilan

•Ujian bakat

•Ujian pencapaian

•Ujian diagnostik

•Ujian penempatan

Kandungan instrumen dari segi:

Kesahan

Kebolehpercayaan

Keobjektifan

Kebolehtadbiran

Kemudahtafsiran

Penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian

(Rujuk tajuk JSU berkaitan)

Cara menggubal item/butiran ujian:

-rujuk silibus

-digubal oleh guru-guru yg mengajar bahasa

-dlm kump;ulan (bukan individu)

-ikut prosedur

Cara memarkah

Sama ada guna teknik holistik, analitikal atau lain-lain yg sesuai

(Rujuk tajuk berkaitan)

Cara merekod/melapor

5.0 PENILAIAN KEMAHIRAN LISAN

Tujuan penilaian kemahiran lisan

Kaedah penilaian kemahiran lisan melibatkan kemahiran mendengar dan bertutur.

Tujuannya memberi gambaran mengenai keupayaan dan kebolehan

pelajar menyampaikan idea dgn. Berkesan dan melalui pertuturan

ataupun menilai kefahaman melalui pendengaran.Oleh itu, aspek yg

boleh dinilai melalui kaedah lisan meliputi:

-pengetahuan, kemahiran dan nilai

Ujian lisan digunakan untuk mengukur empat perkara asa:

Kecekapan

Penempatan

Diagnostik

Pencapaian

Teknik-teknik menilai kemahiran lisan

Perbincangan/perbualan

Perbincangan kumpulan

Temu bual

Temu ramah

Menyoal dan menjawab

Menerangkan tentang gambar/cerita bergambar/bersiri

Bercerita semula berdasarkan bahan yg ditulis

Mendengar dan menyebut ayat semula

Kaedah mengajuk cakap

Main peranan

Kloz

Contoh teknik temu bual

Guru jalankan aktiviti sebaik-baik selesai sesuatu tajuk.Guru meminta pelajar memilih kawan-kawan sendiri.

Mereka akan berbual tentang tajuk yg ditetapkan guru.

Semasa pelajar bercerita, guru:

-senaraikan isi-isi

-

-Pilih satu isi penting

-guru boleh rancang tajuk yg hendak dibincangkan

Tajuk: Pekerjaan bapa saya sebagai Ketua Pejabat Pos

a)kemukakan soalan tentang hal berkaitan kerja di pejabat pos.

b)Siapkan benda-benda yg diperlukan ada di pejabat pos.

c)Guru boleh bina pejabat pos olok-olok

d)Letakkan pelajar di bahagian kaunter

d)Tetapkan perbualan yg dikehendaki,misalnya:

-minta beli setem

-tanya harga setem

-hendak simpan wang

-minta borang telegram

-hendak keluarkan wang

e)Perkenalkan barang-barang yg hendak digunakan berserta harga.

f)Bincang ragam ayat yg nak digunakan.

g)Daftarkan di papan hitam atau kad imbasan perkataan yg di

Perlukan dlm aktiviti.

6.0 PENILAIAN KEMAHIRAN MENDENGAR

Keempat-empat kemahiran asas bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis boleh dibahagikan kepada 2 jenis komunikasi

• mendengar + membaca = kemahiran menerima komunikasi

• bertutur + menulis = kemahiran menyampaikan

• mendengar + bertutur = media lisan

• menulis + baca = media tulisan

Media Bahasa Kemahiran MenyampaikanKomunikasi

Kemahiran Menerima Komunikasi

Lisan (aural-oral) Bertutur Mendengar

Tulisan (visual-graphic)

Menulis Membaca

Keempat-empat kemahiran bahasa sama penting dalam P&P. Tetapi, selama ini aspek kemahiran mendengar tidak diberikan tumpuan yang sepatutnya.

Faktor-faktor Kemahiran Mendengar Perlu Diajar

• Sebahagian besar komunikasi manusia dalam bentuk perutusan (hantar mesej) terima mesej (pendengaran)

• Manusia guna 70 % dari masa seharian untuk berkomunikasi lisan (sebahagian besar mendengar).

• Kebanyakan pelajar ingat 50 % daripada tajuk yang didengar, selepas 2 minggu tinggal 25 %.

• Tidak semua pelajar jadi pendengar aktif.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kefahaman Mendengar

• Tajam pengamatan

• Kecerdasan daya fikir

• Sikap terhadap perkara yang didengar

• Minat

• Personaliti pendengar dan orang yang bercakap

• Keperluan pendengar

Objektif Menguji Kemahiran Mendengar

• Menilai kemhiran mendengar bunyi bahasa dan mengenalinya dari segi:

-Struktur Linguistik :

Perbendaharaan Kata

Tatabahasa

Fonologi

Semantik

Sintaksis

Idiom

• Menguji kefahaman mendengar secara langsung

• Membolehkan guru menguji kebolehan pelajar menganalisis

Teknik-teknik Menguji Kemahiran Mendengar

Ujian mendengar petikan

Ujian mendengar perenggan petikan

Ujian imlak

Ujian mendengar dengan menggunakan gambar

Ujian mengguna radio

Teknik Lindblad

Teknik mengenal pasti

Teknik mencantum keratan

Ujian Mendengar Petikan

- Bahagian yang dikutip daripada buku, akhbar, majalah

- Terdiri daripada beberapa perenggan, panjang 300-400 perkataan

- Diperdengarkan kepada pelajar melalui bacaan nyaring dua kali

- Sepuluh soalan kefahaman diberi sebelum bacaan

- Bacaan kali pertama, pelajar dengar dan faham

- Selepas itu, pelajar diberi lapan minit untuk menjawab soalan aneka pilihan

- Kemudian, guru baca kali kedua, pelajar dengar dan fahami cerita sekali lagi

- Pelajar diberi lapan minit lagi untuk jawab soalan yang belum habis

Ujian Mendengar Perenggan

Terdiri drpd beberapa perenggan (petikan)yg berbeza dari segi isi, tema, cerita dll

Guna bacaan nyaring

Setiap petikan disediakan 2-3 soalan aneka pilihan

Edarkan soalan sebelum mula

Ujian Imlak

Def: menulis semula sesuatu keratan (petikan)yg didengar.

Lebih praktis, mudah disediakan

Guru baca, pelajar dengar dan tulis semula

Ketekalan dan pengukuran sangat tinggi.

Ujian Mendengar Menggunakan Gambar

Digunakan di sek. Rendah

Pelajar dengar ayat dan memadankan dgn gambar.

Ujian Menggunakan Radio

Guru memainkan radio (rakaman)

Pelajar mendengar.

Teknik Lindblad

Pelajar mendengar perbualan atau keratan yg dibaca

Bahagikan perbualan/petikan pendek-pendek

Pelajar tulis teks khas.

Mengenal pasti

Bunyi-bunyi fonem perkataan pasangan minimal

Beza bunyi berdasarkan gambar

Frasa/ayat yg mengandungi perkataan yg bunyi hampir sama

Jenis-jenis ayat ikut intonasi

7.0 PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA

Terdapat 2 jenis bacaan:

Bacaan senyap

Bacaan lisan/nyaring

Tujuan bacaan

Senyap-untuk terima komunikasi

Nyaring-sampaikan komunikasi

Smith(1980) 2 jenis bacaan senyap

Bacaan fungsian

Bacaan rekreasi

Bacaan fungsian-bacaan untuk tujuan khusus

Bacaan rekreasi-untuk isi masa lapang

Perkara-perkara penting dlm bacaan ialah kefahaman:

a) Memahami pemikiran penulis

b) Menerima komunikasi

c) Menyedut maklumat drpd teks

Jadi, menguji kemahiran membaca secara senyap ialah menguji aspek kefahaman dalam bacaan tersebut.

Peringkat-peringkat kemahiran bacaan:

Prabacaan

Mekanis

Kemahiran membaca

Taksonomi Kefahaman Bacaan

Smith (1969):

Literal

Pentafsiran’penilaian kritis

Kreativiti

Barnett (1972)

Literal

Penyimpulan

Pentafsiran

Penilaian

Penikmatan

Lamberg & Lamb (1980)

Literal

Tafsiran

Kritis dan kreatif

Lamberg & Lamb

a)Kefahaman jenis literal

-kebolehan memahami maksud yg tersurat

-bermula dgn kata tanya apakah, siapakah, bilakah, di manakah, ceritakan.

b)Kefahaman jenis tafsiran

-kebolehan membuat interpretasi

-bermula dgn kata tanya mengapakah, di manakah, jelaskan, bandingkan, bezakan, pada pendapat anda.

c)Kefahaman jenis kritis/kreatif

-kebolehan menghakimi dan menilai sesuatu

-bermula dgn kata tanya buatkan satu kritis, bahaskan, nilaikan, apakah kesimpulan

Teknik-teknik Menguji Kemahiran Bacaan Senyap

penyoalan terbuka

Aneka pilihan

Pilihan benar/tak benar

Kloz

Melengkapkan ayat

Menerangkan semula

Menerangkan semula

Membuat ringkasan karangan

Mengubah petikan

Menyusun semula

a)Penyoalan terbuka

ciri

Soalan ada pelbagai peringkat (L&L)

Panjang petikan 200-500 pp

Sesuai dari pelbagai aspek.

Kebaikan:

•Pelajar boleh guna bahasa sendiri

•Cabar luahan pelajar

•Diguna dlm jawab kefahaman dan ujian formal bercorak formatihf dan diagnostik

•Mudah disediakan.

b) Aneka pilihan

Ciri:

•Terdiri drpd 3-5 pilihan jawapan

•Terbahagi dua iaitu batang atau dahan (stem) dan satu senarai pilihan yg hanya satu merupakan jawapan.

•Pilihan tak betul-pendaya, pengganggu atau pencabar

•Stem ditulis dlm bentuk soalan langsung atau penyataan tak lengkap.

c)Pilihan benar –tak benar

-2 cara teknik ini, iaitu:

•Tidak bergantung pada petikan bacaan

•Bergantung pada petikan bacaan

•i)tidak bergantung pada petikan bacaan

-digunakan di sekolah rendah

Diuji kefahaman ayat-ayat pendek

-setiap ayat jadi penyataan –murid Cuma tanda B atau TB

ii)Bergantung pada petikan bacaan

-beberapa penyataan (item) dibina berdasarkan petikan

-beri petikan kpd pelajar

-tanda “benar” atau “tak benar” ikut kefahaman

d)Ujian Kloz

Ciri-ciri

•Pilih petikan lebih kurang 250 pp

•Guru guna nisbah 1:5 bermakna 50 item (tempat kosong)

•Perkatan kelima dikeluarkan (dokosongkan)

•Sek. Rendah (100-160pp),sek. Men (250-300pp)

•Gunakan petikan prosa sahaja

•Kekalkan tajuk, seluruh ayat pertama dan ayat akhir.

Cara tadbir

•Pelajar diminta isi tempat kosong

•Satu minit satu kloz

Cara memarkah

•3 markah untuk jawapan tepat (spt petikan asal)

•2 markah jika perkataan sendiri

•1 markah jika makna logik

•0 markah jika makna tak logik/tak jawab

Mentafsir markat kloz

-150 markah (50 item x 3 markah), jadikan peratus :

60/150 X 100 = 40%

Davis & Vincent (1977)

Skala Tafsiran

Peratus Markat Murid

Peringkat Bacaan Am Murid

Maksud

75 peratus ke atas Peringkat Bersendirian

Murid telah mencapai bacaan dan kefahaman yang memuaskan, iaitu dia telah menunjukkan kebolehan membaca dan memahami bahan bacaan dengan bersendirian tanpa memerlukan bantuan.

50 peratus ke bawah

25 peratus ke bawah

Peringkat Bimbingan

Peringkat Kecewa

Murid telah menghadapi beberapa masalah dalam bacaan dan kefahaman dan masih memerlukan pertolongan dan bimbingan

Murid telah menghadapi banyak masalah dalam bacaan dan kefahaman dan oleh yang demikian, dia berasa kecewa.

(e) Melengkapkan ayat

-Melengkapkan ayat yang dipetik daripada petikan

(f) Menerangkan semula

-Boleh menerangkan semula isi petikan

(g) Membuat ringkasan karangan

Edar petikan, baca dan fahamkan

Jawab soalan kefahaman

Buat ringkasan

Panjang 300 patah perkataan dijadikan 100.

(h) Mengubah petikan

- Ubah petikan prosa kepada graf, carta, jadual, dan lain-lain.

- Ubah cerita jadi dialog

- Ubah cakap ajuk jadi cakap pindah

(i) Menyusun semula

- Memerlukan satu petikan cerita

- Guru mengubah susunan ayat

- Minat pelajar susun semula ayat.

8.0 PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS

Ada pendapat menyatakan bahawa kemahiran menulis paling penting dalam kalangan keempat-empat kemahiran bahasa dan perlu dipelajari.

Kemahiran menulis dan bertutur dapat dianggap kemahiran yg menghasilkan dan menyampaikan komunikasi.

Kemahiran menulis lebih sukar dari pengajaran dan penguasaannya.

Beza antara pertuturan dgn penulisan adalah spt berikut:

Pertuturan

Dipelajari pd peringkat lebih awal (1 ½ hingga 2 tahun)

Guna bahasa daerah atau dialek.

Guna suara (nada, tekanan, rentak),tangan dan penyataan wajah.

Guna jeda dan intonasi.

Menyebut.

Bercakap dgn pendengar secara berhadapan.

Bercorak tak formal.

Guna ayat yg senang dan banyak gabung ayat.

Penulisan

Diajar lebih lewat (6-7 tahun).

Memerlukan tatabahasa, sintaksis, dan p/kata yg baku.

Guna perkataan di atas kertas.

Guna tanda bacaan dan mengeja.

Tindak balas pembaca tidak berlaku segera.

Bercorak formal dan padat./guna ayat lebih kompleks.

Peringkat-peringkat kemahiran menulis

Menulis abjad

Menulis suku kata

Menulis perkataan

Menulis frasa

Menulis ayat pendek

Membentuk perenggan

Menulis karangan,laporan,surat kiriman dll.

Jenis-jenis pendekatan mengajar penulisan

Pendekatan paragraf-pola

Pendekatan tatabahasa-sintaksis dan penyusunan

Pendekatan terkawal ke pend. Terpimpin

Pendekatan terpimpin ke pend. Bebas

Kelemahan pelajar dlm penulisan

penggubahan dan penghuraian

-ayat tidak spesipik

-Ayat tidak terhurai

-Banyak guna ayat mudah

-guna bahasa lisan

-idea tak lengkap

Penyusunan gaya

-kurang susunan

-Kurang penerangan logik

-Kurang jelas

-Kurang fokus

-Kurang bersepadu

-Kurang pertalian logik

-Kurang tepati sasaran penulisan

-kurang penekanan

Membaca semula dan menyemak

-kesalahan tatabahasa

-kesalahan tanda bacaan

-Kesalahan mekanis spt perenggan

-kesalahan ejaan

-Kesalahan guna huruf besar dan kecil

Teknik menguji kemahiran menulis

Ujian jenis formatif terdiri drpd:

Ujian membina ayat

Ujian menyambung ayat

Ujian membina/menyusun perenggan

Ujian menulis secara terkawal

Ujian menulis secara terpimpin

Ujian jenis sumatif terdiri drpd:

Ujian mengarang secara bebas

Ujian membina ayat

Ujian ini bercorak formatif dan diagnostik yg bertujuan melihat sama ada pelajar boleh membina ayat yg betul atau tidak.

Ayat yg betul bermakna ayat yg gramatis.

Untuk menguji kemahiran menulis ayat, gambar foto atau gambar

lukisan(bersiri atau komposisi)

boleh digunakan sbg stimulus bagi murid mengarang ayat.

Gantung atau pamerkan gambar dan minta murid fahami cerita dan

tuliskan 5-10 ayat.

Ujian menyambung ayat

Salah satu kelemahan pelajar ialah penggunaan kata hubung.

Beri beberapa ayat yg pendek-pendek tetapi berkaitan dan mina pelajar menyambungkannya dgn menggunakan kata hubung.

Beri beberapa kata hubung dan minta pelajar membina ayat daripada perkataan-perkataan tersebut.

Cadangan kata hubung yg boleh digunakan:

a) Penambahan, spt:

Dan, juga, tambah lagi, sekali lagi, lebih-lebih lagi, selain itu dll.

b)perbandingan,spt:

Jika dibandingkan dengan

Menurut cara yg sama ,sehubungan itu

Seperti mana, sama dengan dll

c)perbezaan,spt:

Tetapi,

Sebaliknya,

Berbeza dengan,

Walaupun,

Walau bagaimanapun,

Namun demikian,

d) Turutan

Selepas itu,

Kemudiannya

Seterusnya dll

e)Percontohan

Misalnya,

Sebagai contoh,

Seperti mana

Apa yang dimaksudkan ialah ..

Seperti yang

f)Kesimpulan

Jadi,

Itu bermaksud

Kesimpulan daripada

Implikasi daripada

g)Masa

Pendek kata

Ringkasnya

Sebagai rumusan

Pada keseluruhannya

h)Rumusan

Sementara itu,

Akhirnya

Pada masa ini

Pada masa yang sama

Semenjak itu

i)keputusan/hasil

Oleh yang demikian,

Oleh sebab itu,

Akibatnya,

Jadi,

Ujian membina/menyusun perenggan

Paragraf atau perenggan:

Sesuatu paragraf atau perenggan terdiri drpd:

-4-5 ayat (jika prgn pendek)

-dalam turutan yg logik dan berkaitan

-berfokus kpd sesuatu perkara

Cara menulis perenggan yg baik

Berfokus kpd satu idea khusus

Huraian mencukupi agar dapat menyokong sesuatu idea

Bersepadu antara satu dgn lain

Cara membina perenggan

Menurut kronolgi

Menurut ruang

Menurut kepentingan

Menurut klasifikasi

Menurut susunan logik

Menurut perbandingan/perbezaan

Ujian menulis secara terkawal

Sesuai untuk sekolah rendah.

Tujuan untuk menilai sama ada murid boleh menulis dan mengarang berdasarkan isi dan bentuk karangan yg disediakan oleh guru.

Beri butiran tentang sesuatu perkara atau orang secara ringkas (soalan UPSR) dan mina murid tuliskan ayat.

Ujian menulis secara terpimpin

Lanjutan drpd ujian jenis terkawal

Isi atau bentuk karangan murid kurang dikawal

Beri sedikit panduan seperti ayat yang pertama, ayat yang akhir, rangka karangan, gambar bersiri atau gambar komposisi.

Ujian menulis secara bebas

Ujian kemahiran menulis karangan tanpa sebarang panduan.

Beri tajuk (contoh UPSR, PMR, SPM, STPM)yg boleh dipilih.

Pelajar bebas buat karangan dgn guna kemahiran sendiri.

Cara menulis/merancang:

Fahami tajuk dan fikirkan idea

Sediakan rangka karangan

Tulis deraf karangan

Semak dan baiki deraf

Tulis versi akhir karngan

Semak versi akhir

9.0 PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Konsep JSU

Dokumen penting kpd guru untuk mengajar dan menggubal soalan.

Kerangka taburan matrik pemberatan penilaian pengajaran dan pembelajaran bilik darjah berasaskan penekanan objektif pengajaran dan isi kandungan yg diajar.

Membantu guru menggubal soalan dan pembina ujian menggubal soalan dan ujian secara sistematik.

Tujuan JSU

Soalan tidak dibina sebarangan

Dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian

Panduan dan penentu kpd penggubal soalan

Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.

Menentukan bidang dan pemberat yg akan diberi dlm sesuatu ujian.

Membolehkan soalan dibina oleh penggubal lain.

Membuat perbandingan antara satu sama lain.

Bentuk JSU

Dapat dibina dalam pelbagai cara Cuma yg berbeza ialah dari segi aturan ciri-ciri yg terkandung dlm JSU.

JSU mempunyai dua dimensi utama iaitu isi atau kandungan dan peringkat kemahiran.

KemahiranIsi

Mengenal Memadan MengolahAngka1-910-5051-100Campur1-910-5051-100

Tolak1-910-5051-100

XXX

XXX

XXx

X--

X--

X--

---

XXX

XXx

Contoh JSU ialah untuk menguji kemahiran mengira Tahun 1.

Dimensi isi ialah tajuk-tajuk spt campur nombor satu digit dan tolak nombor 51-100.

Dimenwi kemahiran pula ialah perkara yg berkait dgn kebolehan yg berlainan yg dapat ditunjukkan oleh seseorang murid.

Ada pendapat lain menyatakan topik disusun dlm paksi mencancang dan aras kemahiran disusun dlm paksi mengufuk spt rajah berikut:

Bil Topik-Topik

Matematik

Aras Kemahiran Jumlah

Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis

123456789

10

NomborTambahTolakDarabBahagiPecahan

PerpuluhanWangMasa

Ukuran

2111122111

2222222---

-222222322

-----1-111

4555576544

13 14 19 4 50

Paksi mencancang

Paksi untuk mengisi topik, isi kandungan sesuatu mata pelajaran termasuk topik besar dan kecil secara tereperinci.

Item-item yg diisi dlm paksi ini dianalisis oleh penggubal soalan daripada perkara-perkara berikut:

Buku nota guru

Sukatan pelajaran

Buku teks dan rujukan

Buku panduan/huraian mata pelajaran

Soalan peperiksaan lepas

Aktiviti p&p

Paksi mengufuk

Paksi yg mengandungi objektif p&p dan melibatkan tingkah laku dan kemahiran yg diharapkan tercapai pada akhir sesuatu p&p.

Langkah-langkah membina JSU

Terdapat 5 langkah yg perlu diikuti untuk menyediakan JSU, iaitu:

Memilih isi kandungan atau topik yg hendak diuji

Menyenaraikan isi atau topik dlm jadual yg disediakan

Menentukan aras kemahiran dan aras

Menentukan bilangan item atau soalan berdasarkan isi dan aras kemahiran dan tulis bilangan soalan di dlm petak.

Menyemak bilangan soalan dgn menjumlahkan semua soalan dlm setiap baris secara menegak dan mengufuk.

Pemberatan soalan

Bermaksud dari segi bilangan soalan bagi tiap-tiap kandungan dan bagi aras kemahiran.

Jumlah butiran berdasarkan kandungan haruslah relatif kpd pemberatan dan penekanan p&p.

Semakin diutamakan sesuatu isi pelajaran, semakin tinggi pemberatan.

Begitu juga dari segi kognitif, jika objektif p&p menekankan tahap kognitif yg tinggi, maka kandungan instrumen perlu memberikan pemberatan kpd aspek tersebut.

Kandungan instrumen penilaian dan pengujian mestilah mengekalkan keseimbangan dan kesesuaian dgn pemberatan pada kedua-dua unsur tersebut, iaitu unsur kandungan dan unsur kemahiran mental.

Jenis soalan

Jenis soalan yg sesuai mestilah berdasarkan matlamat dan aras kemahiran yg hendak diuji.

Contoh menguji struktur ayat pd peringkat aplikasi, soalan yg sesuai ialah melengkapkan ayat dan esei rangsangan terhad iaitu yg memerlukan pelajar menjawab dgn menggunakan satu atau dua ayat.

Panjang dan masa

Kepanjangan masa menentukan jenis ujian dan jumlah butiran.

Contoh ujian objektif mesti bersifat ujian daya bukan ujian kepantasan.

Peruntukan masa berasaskan andaian bahawa 80% pelajar boleh jawab semua butiran dlm masa 2 jam,jadi masa perlu 2 jam.

Jumlah butiran dalam sesuatu instrumen ujian

Mesti mencukupi dan dapat mewakili domain yg hendak diuji.

jumlah butiran sesuatu instrumenb mempengaruhi nilai kebolehpercayaan ujian

Jumlah soalan ditetapkan berdasarkan:

Jenis soalan

Aras kesukaran

Peringkat kemahiran yg diuji

Prestasi bahasa pelajar

Kebolehan kognitif pelajar

Panjang soalan

Pemikiran kuantitif (kerja pengiraan)

Aras kesukaran soalan

Bermaksud peratus pelajar yg dapat menjawab sesuatu soalan dgn betul.

Contoh:

Sesuatu soalan dapat dijawab betul oleh 60% pelajar drp jumlah pelajar yg mengambil ujian itu, bermakna aras kesukaran ialah 0.6000 dan tergolong ke dlm soalan mudah.

25%=0.2500 (soalan sukar)

0.1999= soalan amat sukar(20% jawab betul)

0.2000-0.2999=soalan sukar

0.3000-0.4999=soalan sederhana sukar

0.5000-0.5999=soalan sederhana

0.6000-0.6999=soalan mudah

0.8600 lebih=terlalu mudah

10.0 PEMBINAAN ITEM OBJEKTIF

Sesuatu ujian itu dikatakan objektif kerana pemeriksa memberikan markah yang sama setelah memeriksa kertas yg sama.

Ujian objektif dibentuk drpd beberapa item objektif yg boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa yg berbeza memperoleh skor yg sama ketika memeriksa tindak balas yg sama.

Ujian objektif memerlukan calon memberikan jawapan dgn tepat dan ringkas supaya dapat dipoeriksa dgn mudah dan tepat.

Konsep-konsep penting

Butiran

Sesuatu soalan yg mengandungi beberapa pilihan jawapan. Sesuatu butiran mengandungi 4-5 pilihan dan setiap butiran hanya mempunyai satu pilihan jawapan yg tepat. Butiran boleh berdiri sebagai soalan atau penyataan atau petikan.

Stem

Penyataan-penyataan yg terdapat dalam butiran yg mendahului pilihan yg disediakan. Stem mengandungi makalumat tertentu yg menjadi fokus soalan. Stem boleh terdiri drpd:

•Satu penyataan penuh

•Penyataan lengkap

•Petikan

Pilihan

Semua pilihan atau cadangan jawapan yg disediakan bagi sesuatu butiran.

Petunjuk

Pilihan yg berfungsi sebagai jawapan yg betul.

Pengganggu-pilihan-pilihan yg bukan jawapan.

Jenis-jenis soalan objektif

Terbahagi dua, iaitu:

Bentuk respon bebas

Bentuk respon tetap

Bentuk respon bebas terbahagi dua, iaitu:

Item jawapan pendek

Item melengkapkan

Bentuk respon tetap terbahagi empat, iaitu:

Item benar salah

Item padanan

Item aneka pilihan

Item teknik kloz

Pembinaan item respon bebas

Pelajar perlu menulis jawapan sendiri di ruangan yg sediakan sama ada di hujung soalan atau di petak yg sediakan.

Jawapan dlm bentuk satu perkataan atau perkataan seperti arahan yg diberikan.

Item jawapan pendek

Soalan boleh terdiri drpd melengkapkan ayat sama ada dgn perkataan atau rangkai kata.

Ciri-ciri pembinaan item jawapan pendek

Mengaitkan tugasan soalan dgn jawapan. Tugasan mestilah jelas dan jawapan pula perlu ringkas dan tepat.

Elakkan memetik perkataan atau ayat drpd buku teks. Ini untuk mengelakkan pelajar menghafal.

Soalan langsung lebih baik drpd penyataan yg tidak lengkap.

Contoh:

Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun……..

Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan?

Semua garisan jawapan hendaklah sama panjang dan terletak di sebelah kanan.

Perlu hanya satui ruang kosong untuk jawapan.

Item melengkapkan

Merupakan satu ayat yg tak lengkap.

Pelajar diminta melengkapkan atau memenuhkan ruang kosong dengan perkatan atau rangkai kata.

Ciri pembinaan item melengkapkan

Tugasan soalan haruslah jelas dan jawapan pula ringkas dan padat.

Elakkan guna terlalu banyak tempat kosong.

Elakkan penyataan yg kurang pasti bagi mengelakkan pelajar memberi pelbagai jawapan yg boleh diterima kesahihannya.

Elakkan memetik ayat drp buku teks.

Ayat penyataan hendaklah mempunyai tempat kosong di hujung ayat bukan awal ayat.

contoh:

………………ialah gaya bahasa yg memberikan sifat manusia kepada benda.

Gaya bahasa yg memberikan sifat manusia kpd benda ialah…

Kebaikan item respon bebas

oPembinaan item lebih mudah.tidak mewujudkan unsur meneka jawapan kerana pelajar perlu menggunakan daya ingatan.

oDapat menyampel lebih banyak kandungan drpd sukatan pelajaran

Kelemahan item respon bebas

o item yg dikemukakan tidak begitu kompleks.

o hanya mengukur aras kesukaran yg rendah spt pengetahuan dan kefahaman.

o jawapan pelajar kadang kala sukar diperiksa.

o pelbagai jawapan boleh diterima betul dan boleh dipertahankan kesahihannya.tidak melibatkan perlakuan yg kompleks (hanya fakta, nama tempat sahaja)

Pembinaan item respon tetap

Item objektif jenis pilihan merupaka item respon tetap yg memerlukan pelajar menanda, membulat, menggaaris atau menyesuaikan gerak balas yg tepat.

Item objektif jenis pilihan boleh dibina berdasarkan empat jenis, iaitu:

Item betul salahitem padanan

Item pengelasan

Item aneka pilihan

Item betul salah

Mengandungi pokok soalan berbentuk penyataan dgn betul salah sbg pilihan jawapan.

Item padanan

Berbentuk dua kumpulan objek atau perkara yg berkaitan.

Pelajar menjawab dengan menggunakan garis amenandakan kedua-dua objek atau perkara yg berkaitan.

Item pengelasan

Sama spt item padanan dan dibentuk drpd dua kumpulan objek yg berkaitan. Bezanya item pengelasan memerlukan pelajar menjawab dgn menulis huruf atau angka yg tepat di tempat yg disediakan.

Item aneka pilihan

Paling kerap digunakan dalam peperiksaan.

Mengandungi satu pokok item yg berfungsi sbg soalan dan diikuti dgn beberapa gerak balas (biasanya 4 atau 5)sbg pilihan jawapan.

Antara 4 atau 5 gerak balas itu terdapat satu jawapan betul yg dipanggil kunci atau petanda.

Gerak balas lain dipanggil pengganggu, pendaya.

Item aneka pilihan boleh dibina dalam bentuk:

Soalan

Ayat tak lengkap

Cantuman

Item teknik kloz

(rujuk subtajuk sebelum ini)

Aras item objektif

Pengetahuan

Menguji fakta, mengingat kembali, seni,istilah,prinsip, hukum, definisi dgn mnenggunakan kata tanya berikut:

•Apakah

•Siapakah

•Senaraikan

•Nyatakan

•Bilakah

•Berikan

Item aras kefahaman

Menguji calon memahami, menukar,menjelaskan fakta, konsep dgn menggunakan kata tanya:

•Jelaskan

•Terangkan

•Mengapa

•Benarkah

•Tukarkan

Item aras aplikasi

Menggunakan fakta, konsep, hukum, teori, prinsip,pengetahuan untuk menyelesaikan masalah yg berkaitan.

Contoh kata tanya:

•Selesaikan

•Demonstrasikan

•Susunkan

•Uruskan

•Gunakan

Item aras analisis

Menguji calon membanding, menghuraikan faktor-faktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan antara satu sama lain.

Contoh kata tanya:

Bezakan

Bandingkan

Asingkan

Klasifikasikan

tafsirkan

•bahagikan

Aras item sintesis

Menguji calon mencantum, menggabungkan dan mengintepretasikan fakta-fakta.

Kata tanya yg digunakan:

Gabungkan

Reka bentukkan

Kumpulan

Susunkan

Gubahkan

Karangkan

Kepentingan ujian objektif

Mempunyai ciri keobjektifan yg tinggi

Dapat digunakan untuk menilai pelajar dgn cepat

Jawapan dapat diperiksa dgn cepat

Masa yg singkat untuk menjawab

Tiada kekeliruan dalam jawapan

Senang untuk dikendalikan

(latihan siri ke-9-huraikan kekuatan dan kelemahan ujian objektif)

Jenis-jenis soalan subjektif

Item respon terhad

Item respon terbuka

Item berstruktur

Item respon terhad

Dikenali sbg soalan jawapan pendek ataupun soalan jenis struktur

mengehadkan respon calon dan juga isi kandungan jawapannya.

11.0 PEMBINAAN ITEM SUBJEKTIF

Suatu ujian boleh dianggap sebagai ujian esei apabila ia memerlukan calon menulis sekurang-kurangnya satu ayat, satu perenggan ataupun sepotong karangan dan pemarkahannya memerlukan pemeriksa mempertimbangkan mutu esei.

Ujian subjektif dapat menilai kebolehan pelajar mengorganisasikan buah fikiran, pendapat atau fakta lain dan menaympaikannya dgn menggunakan bahasa mereka sendiri.

Ujian subjektif merupakan ujian yg terdiri drpd soalan yg memerlukan caalon memberi tindak balas secara lisan ataupun bertulis. Tindak balas calon mungkin bebas atau terhad.

Memerlukan calon menulis satu ayat, satu frasa atau satu penyataan ringkas.

Biasanya bermula dengan perkataan, seperti senaraikan,nyatakan, siapakah, dan berikan.

Contoh:

Nyatakan dua watak penting dalam drama Serunai Malam.

a)………………………………………………………………………

b)………………………………………………………………………

Senaraikan faktor-faktor yg menyebabkan kedatangan pendatang asing tanpa izin.

a)………………………………………………………………………

b)………………………………………………………………………

Item respon terbuka

Beri kebebasan kepada calon untuk menulis apa-apa sahaja yg difikirkan tepat.

Dapat mengukur aras kemahiran yg lebih tinggi, seperti memilih, menyusun, dan menilai idea sendiri.

Contoh:

Baca petikan kritikan mengenai sebuah novel dan nyatakan perkara-perkara yang anda bersetuju dan tidak bersetuju.

Buat sebuah karangana yang panjangnya tidak kurang daripada 350 patah perkataan tentang Bahaya Penggunaan Dadah.

Kebaikannya

Penyediaanya mudah dan tidak memerlukan masa yg panjang.

Soalan boleh ditulis di atas papan hitam atau kertas kajang sahaja.

Dapat mengukur beberapa peringkat kemahiran pelajar kerana melalui penulisan mereka, dapatlah kita mengukur kemahiran seperti pengetahuan, kefahaman dan aplikasi.

Peluang calon untuk menipu, meniru dan meneka jawapan kurang dan kalau berlaku mudah dikesan.

Dapat menguji kemahiran menulis calon secara kreatif dan kritis.

Item struktur

Membentangkan satu situasi kpd pelajar yg mengkehendaki pelajar memberi respon.

Boleh menguji masalah situasi yg kompleks bagi pelajar tetapi konsep atau prinsip di sebaliknya adalah lazim ditemui oleh pelajar sendiri.

Stimulus yg lazim digunakan adalah dalam bentuk gambar rajah, jadual, carta alir, gambar foto dan petikan.

Aras soalan subjektif

Dapat mengukur pelbagai peringkat kemahiraan kognitif khususnya, seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis, dan penilaian.

Walaupun soalan dikemukakan hanya menekankan kemahiran kognitif seperti sintesis dan penilaian tetapi semasa pengolahan atau semasa menulis jawapan, calon terpaksa memanipulasikan semua peringkat kemahiran yg ada.

Aras pengetahuan

Menguji kelebihan calon mengingat kembali fakta, erti, prinsip dan generalisasi, teori, definisi dan elemen utama yg diperlukan ialah proses mengingat.

Kata arahan yg digunakan ialah:

Namakan, berikan, nyatakan, senaraikan, apakah.

Aras kefahaman

Kebolehan memberi penghuraian atau makna sesuatu perkara.

Kefahaman meliputi menginterpretasi iaitu dapat memberi penerangan atau ringkasan mengenai sesuatu maklumat.

Penguasaan lain ialah dapat memberi penerangan tentang sesuatu aliran, kesan, akibat yg dapat dilanjutkan drpd maklumat asal.

Perkataan yg digunakan ialah

Jelaskan, terangkan, tukarkan, huraikan dll.

Contoh:

Dengan menggunakan perkataan sendiri beri maksud aras kesukaran kognitif dalam pendidikan.

Huraikan konsep disiplin yg dilaksanakan di peringkat pengajian tinggi.

Aras aplikasi

Menguji calon menggunakan fakta, konsep, hukum, teori, prinsip pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah.

Calon dikehendaki menggunakan maklumat khusus dan konkrit.

Calon harus berkebolehan menggunakan perkara-perkara yg dipelajari dlm keadan baru dan berlainan.

Banyak digunakan dlm menganalisis kerja seni, membezakan fakta-fakta dari hipotesis, penyelesaian masalah dan menyimpulkan pandangan, perasaan dtau pengarang.

Perkataan yg digunakan ialah tunjukkan, kirakan, selesaikan, susunkan, gunakan.

Aras analisis

Kebolehan memecahkan perkara-perkara yg telah dipelajari kepada bahagian tertentu supaya susunan dan perkaitan pecahan itu dapat difahami.

Peringkat ini lebih tinggi drpd peringkat aplikasi dan kefahaman kerana kebolehan menganalisis memerlukan pengetahuan, kefahaman, aplikasi dan juga penyusunan pecahan kpd strutur yg mudah difahami.

Perkataan-perkataan yg digunakan ialah

Bezakan

Bandingkan

Asingkan

Gubahkan

Aras sintesis

Sintesis ialah kebolehan menggabungkan pecahan-pecahan kecil kpd bahagian yg besar dan baru.

Kebolehan ini memerlukan tingkah laku yg kreatif untuk membentuk satu corak atau unsur yg terbaru drp unsur-unsur yg lama.

Kebolehan calon dapat dilihat drp mengarang cerita, sajak dgn cara kreatif, menceritakan sesuatu dgn berkesan.

Perkataan-perkataan yg digunakan ialah:

Bentukkan

Gabungkan

Susunkan

Karangkan

Gubahkan

Contoh soalan:

Bagaimanakah nilai-nilai murni dapat diintergrasikan dalam aktiviti-aktiviti di pusat pengajian tinggi. Karangkan tidak lebih 350 patah perkataan.

Gubahkan satu pantun bertemakan kasih sayang.

Aras penilaian

Ialah kebolehan mempertimbang nilai sesuatu (sama ada pendapat, novel,puisi, penyelidikan) untuk sesuatu tujuan tertentu.

Kebolehan menilai ialah peringkat pembelajaran yg tertinggi dlm bidang kognitif.

Pertimbangan dlm aras penilaian berdasarkan fakta dan kenyataan dab bukti-bukti tertulis.

Kebolehan menilai dilihat sbg kemampuan membandingkan teori-teori dan generalisasi tentang sesuatu dan juga dapat menilai sesuatu kepercayaan secara kritis.

Calon perlu membuktikan, menilai, mengesahkan, merumus atau memberi pendapat.

Perkataan-perkataan yg digunakan ialah nilaikan, rumuskan, tafsirkan,kritikkan, buktikan dan huraikan.

Panduan membina item subjektif

Menentukan jenis item

Memastikan tugasan dan arahan jelas

Memastikan ketepatan kata tugas

Mengelakkan soalan yg memerlukan jawapan ya atau tidak

Memastikan perbendaharaan, konsep dan isu dlm konteks sesuai dan adil kpd pelajar.

Menyediakan peraturan pemarkahan

Memastikan tempoh masa yg mencukupi

Memastikan kualiti item terjamin

Kelebihan-kelebihan soalan subjektif

Mudah dibina dan ditadbir dan digunakan dlm banyak mata pelajaran.

Cara mengetahui calon dapat menerangkan, menyusun, menganalisis dan membuat sintesis serta mengintergrasikan idea-idea mereka.

Peluang meneka adalah kurang.

Peluang meniru dan menipu kurang.

Dapat mengukur hasil pembelajaran yg kompleks.

Membolehkan calon menggunakan bahasa sendiri.

Dapat membentuk kemahiran menulis yg baik dan berkomunikasi dgn berkesan.

Bilangan soalan kecil.

9.0 KELEMAHAN SOALAN SUBJEKTIF

Unsur subjektif pemarkahan akan mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.

Hanya dapat meliputi bidang yang terhad kerana bilangan soalan esei terbatas.

Pemarkahan mengambil masa dan tenaga yang panjang.

Pemarkahan ujian esei mungkin dipengaruhi oleh faktor-faktor yang kurang relevan yang panjang atau pendek.

Pemarkahan mungkin juga dipengaruhi oleh faktor emosi pemeriksa, keadaan fizikalnya dan masa yang telah digunakan untuk memeriksa kertas jawapan.

Kesan ‘halo’ mungkin dapat memainkan peranan. Markah yang tinggi bagi soalan pertama mungkin mempengaruhi markah bagi soalan-soalan seterusnya.

Ujian esei biasanya merupakan satu soalan sahaja, tetapi memakan masa yang lama untuk menjawabnya. Yang sebenarnya, dalam satu soalan tersebut, banyak terkandung soalan-soalan kecil yang harus dijawab oleh murid.

Bidang pengetahuan yang dapat diuji dalam esei amatlah terhad.

Gred yang tidak begitu tepat terpaksa digunakan. Markat yang tepat yang sebenarnya tidak dapat diberikan.

13.0 ANALISIS ITEM

DEFINISI

Satu teknik yg membolehkan guru mentaksir kualiti atau kegunaan item. Juga dapat dikatakan satu prosedur yg sistematik untuk memberi maklumat yg khusus tentang setiap item dalam sesuatu ujian.

Satu teknik yg boleh digunakan oleh guru untuk menilai kelebihan dan

kelemahan ujian pencapaiannya. Guru juga dapat menentukan sama ada

ujian itu baik ataupun tidak dan dapat membezakan yang mana baik dan

tidak baik.

Jenis-jenis analisis item

Analisis item kuantitatif

Analisis item kuanlitatif

Analisis item kuantitatif

Satu kaedah numerik untuk menganalisis item atau butir atau soalan

yg menggunakan jawapan pelajar kpd pilihan dalam soalan aneka

pilihan.

Satu prosedur sistematik untuk memberi maklumat khususnya tentang

setiap item dalam sesuatu ujian.

Tujuan menggunakan analisis item

Mengenal pasti item yg kabur

Mengenal pasti item yg silap ditaip

Mengenal pasti item yg terlalu senang dan susah

Mengenal pasti item yg tak membezakan kumpulan pelajar yg dapat markat tinggi dgn rendah

Mengetahui pilihan yg tak berfungsi, patut dibuang atau dibaiki

Mempertingkat kualiti ujian

Memudahkan p&p (item yg gagal dijawab)

Analisis item boleh dijalankan selepas sesuatu ujian itu:

•Ditadbirkan

•Diperiksa

•Dimarkatkan

Dalam pengujian bahasa, analisis item dijalankan bagi soalan jenis aneka pilihan:

o Ujian kefahaman bacaan

oUjian kefahaman mendengar

oUjian tatabahasa

oUjian perbendaharaan kata

oUjian peribahasa

Guru ingin melihat keberkesanan fungsi setiap butir (item) dalam sesuatu ujian dari segi:

Kesukaran sesuatu item

Kuasa diskriminasi

Keberkesanan setiap pilihan dalam sesuatu butir

Kesukaran item (indeks kesukaran (I.K)

Indeks kesukaran (I.K)ialah peratus pelajar yg telah menjawab sesuatu

item dgn betul.

Caranya:

Guru sediakan satu jadual bilangan pelajar yg telah menjawab dgn

betul setiap item.

Bagi setiap item, bilangan pelajar yg menjawan betul dibahagikan dgn

jumlah bilangan pelajar yg menjawab (betul dan salah)

Dikalikan dgn seratus

Formula I.K ialah:

Nb/Nj X 100

I.K. ialah indeks kesukaran (peratus pelajar yg jawab sesuatu item dgn betul)

Nb ialah bilangan pelajar jawab betul setiap item

Nj ialah jumlah yg jawab butir itu

Contoh:

Guru buat satu ujian kefahaman bacaan 20 soalan aneka pilihan kpd 45 orang pelajar. Untuk butir nombor 1, 40 pelajar jawab dgn betul, guru nak cari I.K.

I.K =40/45 X 100

=88.9%

Untuk item nombor 2, katakan 15 jawab betul, jadi I.K ialah

15/45 x 100=33.3%

I.K 88.9% bermakna butir agak mudah kerana 40 (sbhgn besar jawab betul).

I.K 33.3% bermakna butir agak sukar kerana 15 (sbhgn kecil jawab betul).

Oleh itu, semakin rendah peratus I.K bermakna semakin sukar butir atau item itu, dan semakin tinggi peratus I.K bermakna semakin mudah butir atau item itu.

Rumusan

Kurang 5% =item amat sukar

40%-70% =item sederhana

95% ke atas =item amat mudah

Pendapat lain:

I.K Tafsiran Keputusan

kurang 30% terlalu sukar ubah suai

30%-80% sederhana terima

lebih 80% terlalu mudah ubah suai

Kuasa Diskriminasi (Indeks Diskriminasi I.D. )

Kuasa butir (item) yg membezakan antara pelajar yg baik (kump. Pencapaian tinggi) dan pelajar yg lkemah (kump. Pencapaiaan rendah) dalam sesuatu kelas yg diuji.

Tujuan:

Melihat kuasa diskriminasi setiap butir dalam ujian tersebut.

Formula:

I.D. =T-R

N

I.D=indeks dikriminasi

T=bilangan pelajar dlm kumpulan markat tinggi yg jawab butir dgn betul

R=bilangan pelajar dlm kumpulan markat rendah yg jawab butir dgn betul. N=bil pelajar dlm sesuatu kumpulan (T atau R)

Drpd contoh di atas, guru perlu:

Susun 45 kertas menurut markat tertinggi ke markat terendah

Senaraikan markat itu ke dalam satu jadual

Bahagikan kpd tiga bahagian yg sama bilangannya, iaitu

1/3 kumpulan tinggi=15 orang

1/3 kumpulan tengah=15 orang

1/3 kumpulan rendah=15 orang

Katakan bagi butir nombor (1), 14 drpd 15 pelajar kumpulan tinggi jawab betul, 10 drpd 15 kumpulan rendah jawab betul.

Jadi, I.D=T-R = 14-10 = +0.27

N 15

Nilai maksimum I.D ialah +1.00, nilai minimum ialah -1.00

Contoh:

a) T-R = 15-10 =+1.00

N 15

Huraian:butir itu ada kuasa diskriminasi yg penuh (amat kuat)

semua pelajar kump. tinggi jawab betul

tiada pelajar kump. rendah jawab betul

b) T-R = 15-15 = 0.00

N 15

Huraian:-butir itu tidak berkuasa langsung (sifar)bagi membezakan pelajar yg berpencapaian tinggi drpd pelajar rendah

-pelajar kumpulan tinggi dan rendah jawab betul

c) T-R = 10-15 = -5 =0.33

N 15 15

Huraian:-lebih ramai pelajar kum rendah jawab betul

-jarang berlaku atau mustahil

- kalau berlaku, ajaib

d) T-R = 0-15 = -5 = -1.00

N 15 15

Huraian:-semua pelajar k. rendah jawab betul

-tiada pelajar k. tinggi jawab betul

-lagi ajaib!

Jadi,

Lebih besar nilai positif I.D bagi sesuatu butir itu lebih baik kerana itu bermakna lebih kuatlah kuasa diskriminasi butir tersebut., iaitu membezakan pelajar yg baik dan lemah.

Pendapat 1:

+0.20 bermakna lemah kuasa diskriminasi

+0.30 bermakna boleh digunakan

Pendapat 2:

I.D Tafsiran Keputusan

Kurang 0.40 Positif tinggi Sesuai

0.20-0.40 Positif sederhana Sesuai/ubah suai

0.00-0.20 Positif rendah Bina semula

Kurang 0.00 Negatif Buang

Oleh yg demikian, apa maksud I.K dan I.D bagi sesuatu butir itu?

Contoh: No butir I.K I.D

1 88.9% +0.27

2 33.3% +0.67

Huraian butir no. 1:

butir yg mudah

sebahagian besar pelajar jawab betul

kuasa beza pelajar tinggi dan rendah (+0.27)agak lemah

biasa berlaku bagi butir yg mudah kerana agak ramai drpd kedua-dua kumpulan pelajar jawab betul

gambaran I.K dan I.D sangat logik.

Butir no. 2

Butir agak sukar

Sebahagian kecil (I.K 33.3%) drpd pelajar dlm kelas jawab betul dan mungkin sebahagian besar drpdnya adalah pelajar dari kum tinggi.

Kuasa bagiu beza pelajar dari kump pencapaian tinggi dan rendah agak kuat (I.D +0.67)

Biasa berlaku bagi butir yg agak sukar kerana ramai pelajar kum tinggi jawab betul berbanding pelajar markat rendah.

Gambaran yg ditunjukkan oleh I.K dan I.D juga menurut hukum logik.

Keberkesanan Setiap Pilihan

Keberkesanan setiap pilihan yg terdapat dlm sesebuah butir atau item boleh dikaji dgn cara melihat tindak balas pelajar dari kumpulan markat tinggi dan rendah.

Contoh butir no 3

Pilihan

A B C D E

Kumpulan Tinggi(15) 0 9 5 1 0

KumpulanRendah (15) 4 5 2 4 0

Jawapan betul = B

Tafsiran:

a) Dapat membandingkan bilangan pelajar kumpulan tinggi dan rendah yg telah memilih pilihan yg salah (pendaya)

b) Pilihan (A) dan (D)-pendaya yg baik atau berkesan kerana ramai pelajar kumpulan rendah tertarik untuk menjawab.

c) Pilihan (C)-pendaya lemah kerana ramai pelajar kumpulan tinggi tertarik menjawab.

d) Pilihan (E)-pendaya tak berfungsi langsung kerana tidak berjaya menarik pelajar dari mana-mana kumpulan menjawab.

Jadi, butir (C) dan (E) perlu dibaiki atau digantikan.

Teori pendaya yg baik (berkesan) sebenarnya lebih menarik kpd pelajar kumpulan rendah dan bukan sebaliknya.

Kegunaan analisis item

Boleh memberikan gambaran yg oibjektif kepada guru tentang kualiti ujian yg dibina, mengesan kelemahan dan membaiki.

Boleh memberi gambaran tentang kelemahan pelajar dalam respon jawapan sama ada individu mahupun kumpulan.

Panduan

Kalau 40 butir (item) ujian:

•50% (20 butir)=I.K 40%-75% (butir pertengahan)

•25% (10 butir)=I.K 76% ke atas (butir mudah)

•25% (10 butir)=I.K 39% ke bawah (butir sukar)

Dianggap seimbang dari segi teori kerana:

Gambaran taburan kebanyakan pelajar dalam satu kumpulan lazim

Pelajar berkebolehan tinggi berpotensi mendapat 40 markat

Pelajar berkebolehan sederhana berpotensi mendapat 30 markat

Pelajar berkebolehan rendah berpotensi mendapat 10 markat

Latihan menganalisis item

Katakan satu ujian tatabahasa telah diberikan kepada 25 pelajar dan pencapaian mereka adalah seperti berikut:

Nama Markat Nama Markat

1 Ahmad 702 Aziz 493 Ah Fook 354 Kamarul 445 Fazli 486 Arumugam 547 Mei Wan 658 Ah Funn 629 Norli 5310 Isman 5011 Fatimah 4812 Mary 34

13 Joseph 4714 Amran 4515 Khamis 5216 Khairiah 4017 Faridah 3918 Azfar 4619 Nordin 5620 Nagiswari 5021 Teoh Meng 6922 Keo Wei 6323 Mazlan 4124 Arif 5125 Hazidah 54

a) Susun tertib markat

34, 35, 39

40, 41, 44, 45, 46, 47, 48, 49

50, 50, 51, 52, 53, 54, 56

62, 63, 65, 69, 70

Markat tertinggi = 70

Markat terendah= 34

Markat berulang=48 (2X) dan 50 (2X)

Oleh itu: Julat=MT-MR 70-34 =36

Jeda=Julat

Bil kelas

=36/6=6

b) Buat jadual taburan kekerapan

Kelas (kumpulana markat) Gundal Kekerapan

34-39

40-45

46-51

52-57

58-63

64-69

70-75

111

1111

1111 111

1111

11

11

1

3

4

8

5

2

2

1

25

Ubah jadual kekerapan kpd carta poligon

Perlu cari:

nilai titik tengah bagi setiap kelas

nilai sempadan

Titik tengah ialah pertengahan antara dua had atau sempadan kelas.Misalnya kalau had bawah markat bagi kelas itu ialah 40 dan had atasnya 45, maka nilai titik tengahnya ialah 42.5 (nilai di tengah-tengah antara 40-45).

Formula

Nilai had bawah + Nilai had atas

2

(40 + 45) = 85 = 42.5

2 2

Sempadan

Nilai antara kelas-kelas. Misalnya antara 34-39 dan 40-45.

Nilai ini dikira dgn formula, had atas kelas ke-X + had bawah kelas ke(X+1) dibahagi dua.

(39 + 40) = 39.5

2

Nilai titik tengah dan nilai sempadan bagi jadual kekerapan di atas adalah seperti berikut:

Kelas Kekerapan T/tengah Sempadan34-3940-4546-5152-5758-6364-6970-75

3485221

36.542.548.554.560.566.572.5

33.539.545.551.557.563.569.5

Latihan:

a) Ubah maklumat dalam jadual kepada carta poligon.

b) Ubah jadual kepada carta histogram

Pencapaian 10 pelajar dalam ujian tatabahasa adalah seperti berikut:

45, 57, 48, 68, 75, 66, 60, 52, 50 dan 42

c) Cari min

d) Cari sisihan piawai

top related