model bisness
Post on 29-Feb-2016
229 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
-
KERTAS CADANGAN MEMPERKASA MATA PELAJARAN SEJARAHTINGKATAN SATU HINGGA TINGKATAN LIMA 2014
-
2.0RASIONAL
2.1 Ketua Bidang telah menyediakan kertas cadangan Bidang Kemanusiaan Tonggak Pembangunan Kemenjadian Insan ESEMPI dalam agenda Tranformasi Negara. Guru Cemerlang (GC) Sejarah bersama-sama guru Sejarah memikul tanggungjawab untuk memperkasa mata pelajaran Sejarah Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima berdasarkan segmen pelanggan.
-
2.2 Guru-guru di bawah Panitia Sejarah, termasuk GC perlu digembleng secukupnya dengan mengamalkan komunikasi berkesan untuk perkongsian idea dan maklumat serta membuat perancangan yang strategik untuk memperkasakan mata pelajaran Sejarah .
-
2.3 Budaya belajar Sejarah ESEMPI masih ditahap rendah dan kurang minat yang perlu dipertingkatkan kerana keputusan peperiksaan SPM mata pelajaran Sejarah masih ditahap yang kurang memuaskan.
-
2.4Bantuan Gran Perkapita (PCG) mata pelajaran Sejarah perlu diuruskan dengan cekap dan berkesan untuk memberikan hasil yang optimum selaras dengan aspirasi sistem Pendidikan Malaysia iaitu kecekapan.
-
2.5 Pemuafakatan yang stategik dalam kalangan rakan kongsi utama perlu ditingkatkan untuk memperoleh sumbangan dan sokongan bagi faedah Bidang Kemanusiaan.
-
3.0OBJEKTIF
3.1 Guru-guru Sejarah yang kurang berkemahiran merupakan pelanggan yang perlu dibantu dengan penggemblengan dari segi idea dan kompetensi rakan kongsi utama seperti GC Sejarah, Lembaga peperiksaan Jurulatih Utama dan guru berpengalaman
-
3.2Projek ini akan menawarkan nilai mencungkildan menggilap potensi pelanggan guru dalam kepimpinan dan kompetensi pengajaran serta pelanggan pelajar mengikut segmen seperti yang berikut:
-
i.Pelajar tahap cemerlang merupakan pelanggan yang perlu digilap potensi untuk mencapai gred A+ dan seterusnya menjadi tutor muda dalam projek Menggapai Bintang dan Merangkul Awan (segmen pelanggan - pelajar cemerlang yang mendapat markah 65 -75)
-
ii.Pelajar tahap sederhana merupakan pelanggan yang perlu digilap potensi untuk mencapai gred sekurang-kurangnya C dan sekaligus meningkatkan Gred Purata Mata Pelajaran Sejarah (segmen pelanggan - pelajar sederhana yang mendapat markah antara 21-40)
-
iii.Mencungkil keupayaan pelajar yang lemah sekurang-kurangnya lulus dalam setiap ujian dan peperiksaan sepanjang tahun(segmen pelanggan - pelajar lemah yang mendapat markah antara 0-20)
-
3.3 Memperoleh bantuan kewangan dan kepakaran daripada rakan kongsi dan sumber utama iaitu pihak PIBG dan ALUMNI untuk mendapat impak yang lebih berkesan.
-
4.0 STRATEGI PELAKSANAAN
4.1 Membentangkan kertas cadangan memperkasa mata pelajaran Sejarah Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima dalam mesyuarat Panitia Sejarah setelah mendapat kelulusan daripada Pengetua iaitu rakan kongsi.
-
4.2Merancang projek dan aktiviti untuk mencapai semua objektif yang telah dirancangkan dengan mewujudkan pelan taktikal bagi setiap tahun berpandukan perancangan strategik yang telah disiapkan oleh Ketua Panitia.
-
4.3 Mendapatkan data melaluiujian dan temubual tentang potensi dan minat pelajar terhadap Sejarah yang menjadi sumber utamauntuk mencapai objektif projek (Outcome)
-
4.4Menggunakan kepakaran dan kolaborasi pelbagairakan kongsi untuk mendapatkan info-info bagi meningkatkan kompetensi guru yang menjadi pelanggan dalam projek ini.
-
4.5Mendapatkan belanjawan daripada rakan kongsi utama iaitu PIBG , KPM(PCG)dan memohon sumbangan daripada komuniti bagi menampung struktur kos seperti yang telah dirancang
-
4.6 Menggunakan saluran (channels) yang betul melalui aktiviti utama yang menarik dan berkesan untuk mencapai objektif projek.
-
4.7 Berinteraksi / Berhubung dengan segmen pelanggan iaitu guru dan pelajar melalui emel, bengkel, kursus, jaringan profesionalisme, PdP di dalam darjah.
-
4.8 Memantau dan menilai pelaksanaan dari semasa ke semasa.
top related