minit mesyuarat

Post on 25-Dec-2015

233 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Program Gotong-royong

TRANSCRIPT

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBGTAHUN 2014 (Bil 8/2014)

SEKOLAH KEBANGSAAN SURA23000 DUNGUN, TERENGGANU.

Tarikh : 3 Ogos 2014

Masa : 3.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat, SK. Sura.

Kehadiran : Hj. Yaswadi b. Hj. Abd. GhaniEn. Wan Razak bin Wan IdrisPuan Nafisah bt. HusinPuan Sazlinda bt. RamliPuan Sapura bt. Abu BakarPuan Nor Rislah bt MohdPuan Mardiana bt. JalilEncik Ahmad Tarmizi b. Ab. RahmanEncik Azmi b. AwangPn. Zaidah bt. GhazaliPuan Shakirah bt. Abu BakarEncik Wahab bin Yusof@Abdul Ghani

0.0 UCAPAN PENGERUSI (YDP PIBG)

0.1 Tuan Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan bacaan Umul-Kitab Al-Fatihah dan ucapan terima kasih atas kehadiran guru-guru.

Tindakan : Makluman

1.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

1.1 Tuan pengerusi meminta semua jawatankuasa untuk menyemak minit mesyuarat yang lalu seterusnya meminta wakil dari ajk untuk mengesahkannya.

1.1.1 Cadangan : En. Wahab bin Yusof1.1.2 Sokongan : Pn. Nor Rislah bt Mohd

Tindakan : Makluman

2.0 LAPORAN KEWANGAN (BENDAHARI)

2.1 Pn. Sapura bt Abu Bakar selaku bendahari melaporkan laporan kewangan bagi Bulan September 2014.(Rujuk Lampiran 1)

3.0 KEMPEN SAYANGI SEKOLAH

3.1 Sempena Kempen Sayangi Sekolah yang akan dilancarkan, Puan Sazlinda bt Ramli mencadangkan untuk diadakan Program Gotong-royong yang melibatkan guru, murid dan ibu bapa.

3.2 En. Azmi selaku setiausaha PIBG diminta menyediakan kertas kerja dan pembahagian ajk bagi guru dan ibu bapa.

3.3 Puan Sapura selaku bendahari diminta untuk mengeluarkan perbelanjaan minum pagi bagi 150 orang guru dan ibu bapa serta 500 orang murid Tahap 2.

3.4 Pengerusi telah mempersetujui untuk mengadakan aktiviti ini pada 16 Ogos 2014 iaitu bersamaan dengan hari Sabtu.

3.5 Aktiviti dimulakan pada jam 8.00 hingga 11.30 pagi.

Tindakan : Makluman

4.0 HAL-HAL LAIN

4.1 En. Rusmadi selaku Penyelaran UPSR memohon sedikit sumbangan bagi program Kem Harapan-Lulus murid-murid Tahun 6.

4.2 Sumbangan sebanyak RM1000 dipersetujui dan diluluskan oleh tuan Yang DiPertua.

Tindakan : Makluman

8.0 PENUTUP

8.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang.

Disediakan oleh; Disemak olah ;

(Azmi bin Awang) (Wan Abd Razak bin Wan Idris)Setiausaha PIBG, Guru Besar,SK Sura, Dungun, Terengganu. SK Sura, Dungun, Terengganu.

Disahkan oleh ;

(Yaswadi bin Haji Abd. Ghani)Yang DiPertua PIBG,SK Sura, Dungun, Terengganu.

top related