laporan akhir
Post on 20-Jun-2015
94 Views
Preview:
TRANSCRIPT
LAPORAN AKHIR
HHHC 9301
KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG
HAYAT
A145021
TUNKU RAFHANAH BINTI TUNKU IBRAHIM
PROF. MADYA SR. DR. ADI IRFAN BIN CHE ANI
ISI KANDUNGAN
Latar Belakang Program
1.0 Pengenalan
2.0 Perlantikan dan Tugas Sebagai AJK Protokol
3.0 Cabaran
4.0 Pengajaran
5.0 Lampiran Gambar Aktiviti
Pengenalan
Pertandingan sukan Piala Dekan ini telah dirancang sejak awal semester dan bertujuan untuk
menggalakkan para mahasiswa agar mengambil bahagian dalam aktiviti kesukanan. Di samping
itu, silaturrahim sesama pelajar dapat dieratkan melalui aktviti-aktiviti sukan yang dijalankan
iaitu bowling dan futsal.
Perlantikan dan Tugas Sebagai AJK Protokol
Saya telah dilantik sebagai AJK protokol ketika perjumpaan bersama ahli-ahli
jawatankuasa yang lain. Kami diberi penerangan tentang tujuan dan tarikh aktiviti serta tugas
masing-masing yang perlu dilaksanakan.
Antara tugas-tugasan yang telah saya lakukan adalah, mengira markah ketika
pertandingan futsal, menyediakan skrip penganugerahan hadiah untuk pengacara majlis, Ketua
Program serta Dekan bagi peserta-peserta yang menang dalam pertandingan Piala Dekan. Selain
daripada itu, saya juga telah meenghantar jemputan kepada Dekan melalui emel kepada
setiausahanya. Saya sentiasa bertanya tentang perkembangan program agar kami tahu jika
terdapat sebarang perubahan untuk memperbaiki apa yang patut. Saya bersama rakan Ajk
protokol telah diarahkan untuk mencari usher, pembaca doa dan pengacara majlis bagi
memudahkan aturcara pada hari penganugerahan.
Cabaran
Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi sebelum berlangsungnya pertandingan. Yang
pertama, semua ahli jawatankuasa terdiri daripada pelajar tahun satu yang tidak berpengalaman
dan tidak mahir tentang prosedur-prosedur rasmi yang perlu dilakukan. Tetapi kami belajar
dengan bertanya serta mencuba sendiri melaksanakan perkara-perkara yang perlu dilengkapkan
sebaik mungkin.
Selain daripada itu, sambutan untuk pertandingan piala dekan kurang mendapat sambutan
daripada para pelajar. Oleh itu, kami telah membanting tulang untuk meningkatkan tahap
publisiti kami dengan mengedarkan poster dan flyer kepada mahasiswa mahasiswi di Fakulti
Sains Sosial dan Kemanusiaan serta melancarkan poster itu secara atas talian kepada seluruh
kolej UKM di kampus Bangi melalui Facebook Akhirnya, kamimendapat penyertaan yang
mencukupi untuk mengadakan pertandingan dan aktiviti-aktiviti semuanya berjalan dengan
lancar.
Tambahan pula, selepas pertandingan selesai, kami tidak dapat menberi hadiah terus
kepada para pemenang kerana hadiah yang berbentuk wang dan piala masih belum diperolehi
oleh pihak yang bertanggungjawab maka pemberian hadiah menjadi tertangguh dan
menyebabkan kami mendapat teguran daripada penyelia aktiviti. Namun begitu, penyelia
mengucapkan terima kasih atas usaha ahli-ahli jawatankuasa dan berharap agar aktiviti sebegini
dapat dilaksanakan dengan lebih baik dimasa hadapan.
Pengajaran
Dari segi nilai dan preofesionalisme saya telah belajar untuk bersabar kerana sebagai ajk
protokol, kami perlu berganding bahu dengan ajk program. Perubahan sentiasa berlaku dan kami
perlu pandai menguruskan segala urusan sebaik mungkin. Selain daripada itu, para jemputan
hanya memberi tindak balas pada waktu yang singkat menyebabkan kami perlu sentiasa
bersedia. Di samping itu, saya sentiasa menghadiri mesyuarat mingguan yang diadakan
seminggu sekali di fakulti sains sosial dan kemanusiaan pada pukul 9 malam secara berterusan
agar saya tahu perkembangan program. Dari segi etika, saya perlu bersikap amanah dengan
melaksanakan apa yang telah diminta oleh ketua program seperti menghantar surat jemputan
kepada Dekan fakulti dan menyedian teks-teks ucapan serta mencari pengiring dan pengacara
untuk majlis pemberian hadiah. Semua tugasan-tugasan tersebut jatuh atasa tanggungjawab saya
sebagai ajk protokol. Saya telah melaksanakannya sebaik yang saya mungkin demi menjayakan
aktiviti Piala Dekan bersama ahli-ahli yang lain.
Lampiran Gambar-gambar Aktiviti
top related