kuliah 5 - pentaksiran dalam pengajaran bahasa edited

Post on 11-Apr-2016

23 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

pentaksiran

TRANSCRIPT

Pentaksiran dalam pengajaran bahasa

KRB3053 - Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Pengurus : Profesor Madya Dr. Rohizani Yaakub (013-9226944) Pensyarah: Dr. Jamalsafri Saibon (Kota Kinabalu – 016-4556096) Dr. Ahmad Zamri Khairani (Kuching – 019-5492525)

Pengenalan

Kuliah ini akan membincangkan: - Konsep pentaksiran - Tujuan pentaksiran - Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) - Menguji kemahiran bahasa

Konsep pentaksiran

• Aktiviti atau proses yang bersistematik bagi mendapatkan maklumat yang berguna untuk menentukan pencapaian objektif pdp.

• Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat untuk membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

(LPM, KPM)

Pentaksiran

1.Proses

2. Maklumat 3. Penghakiman

4. Produk

Pertimbangan

Pencapaian

Pendidikan

Bukti

Prestasi

Topik

Operasi

Dapat

Hasil

Pengetahuan

Kemahiran

Nilai

4

Tujuan pentaksiran • Mendapatkan gambaran tentang prestasi murid dalam

pembelajaran. • Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan

pembelajaran. • Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pdp. • Menambahbaik pdp. • Merancang aktiviti pdp yang tersusun dan sistematik

bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. • Melibatkan semua / sebahagian besar murid dalam kelas

secara efektif. • Merancang dan melaksanakan aktiviti susulan yang

berkesan.

Pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang murid.

6

Pentaksiran berasaskan sekolah

Jaminan kualiti • Penjaminan kualiti merupakan piawaian untuk menentukan kualiti

pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yang ditetapkan. • Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang

tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid.

• Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pdp.

• Indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam pentaksiran ialah kesahan dan kebolehpercayaan skor, kebolehtadbiran instrumen dan keadilan kepada calon.

• Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS dilakukan melalui: - Pementoran - Penyelarasan - Pemantauan - Pengesanan

Evidens

• Evidens ialah bahan bukti yang perlu diuruskan secara sistematik mengikut keputusan JK PBS.

• Evidens terbahagi kepada dua iaitu evidens murid dan evidens bahan.

• Evidens murid merujuk kepada keupayaan sebenar murid tentang perkara yang murid tahu dan boleh buat secara lisan atau perlakuan.

• Evidens bahan merujuk kepada bukti produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain yang dihasilkan oleh murid dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

• Evidens bahan boleh disediakan secara individu atau berkumpulan.

Ciri-ciri evidens

a. Sah - evidens yang dikemukakan hendaklah relevan dan menggambarkan penguasaan / pencapaian standard yang telah ditetapkan.

b. Autentik - murid dapat membuktikan evidens yang dikutip adalah hasil kerjanya sendiri.

c. Kecukupan - evidens yang dikumpul mencukupi untuk menunjukkan kemampuan murid.

d. Semasa - evidens dapat membuktikan murid dapat membuat tugasan mengikut piawaian semasa.

e. Tekal - evidens yang dikumpul dapat membuktikan ketekalan perlakuan dan membuktikan keputusan yang sama diberi oleh pentaksir yang berlainan.

Jenis-jenis evidens • Penulisan • Bahan cetakan • Persembahan • Foto • Grafik • Artifak • Laporan • Model • Rakaman • Bahan ICT • Gerak kerja / manual

Penggunaan standard prestasi

Instrumen pentaksiran

Pelbagai instrumen pentaksiran yang sesuai dengan konstruk yang ditaksir dalam sesuatu mata pelajaran yang digunakan. Antara instrumen pentaksiran yang digunakan ialah :

a. Pemerhatian b. Soal Jawab c. Pensil dan kertas / Ujian Bertulis d. Persembahan

Instrumen pentaksiran

e. Projek f. Produk g. Amali h. Lembaran Kerja i. Tugasan bertulis / karya penulisan j. Kuiz k. Senarai semak l. Tugasan rumah

Jenis-jenis ujian

1. Ujian pencapaian Disebut juga sebagai ujian sumatif iaitu

diberi setelah tamat kursus. Tujuannya untuk menilai hasil pengajaran. Mengukur pencapaian murid.

2. Ujian penempatan Bertujuan menempatkan murid ke dalam

kursus atau kumpulan tertentu. Untuk mengasingkan murid mengikut

kebolehan. Memudahkan perancangan dan strategi

pdp.

Jenis-jenis ujian

3. Ujian bakat Sesuai untuk pengujian bahasa asing. Khusus untuk menelah prestasi murid

dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.

Jenis-jenis ujian

4. Ujian diagnostik Untuk mengesan kelemahan atau masalah

yang dihadapi oleh murid. Dapatan/keputusannya boleh digunakan

untuk perancangan aktiviti pemulihan.

Jenis-jenis ujian

5. Ujian formatif Dilaksanakan untuk menentukan kemajuan

murid dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran.

Tujuannya untuk mempercepatkan proses pdp, apabila guru dapat menentukan kebolehan/prestasi murid sebelum memula/meneruskan pdp.

Jenis-jenis ujian

Jenis-jenis ujian Ujian objektif Jawapan pendek – melengkapkan ayat Aneka pilihan Item betul-salah Item padanan Kloz Ujian subjektif Gerak balas terhad – apa, siapa, bila, berapa, … Gerak balas lanjutan – huraikan, bincangkan,…

Langkah-langkah pembinaan ujian

• Menentukan skop • Menentukan objektif ujian • Menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) • Menulis ujian • Mentadbirkan ujian • Menganalisis keputusan • Membuat refleksi • Aktiviti susulan: pengayaan/pemulihan

Kesahan & kebolehpercayaan

• Kesahan – Item-item yang dibina mengukur aspek yang ingin

diuji.

• Kebolehpercayaan – Ketekalan markah yang diperoleh melalui ujian

yang sama menunjukkan bahawa ujian itu tinggi kebolehpercayaannya.

– Tiada perkara yang boleh mengganggu tumpuan murid mengambil ujian.

Menguji kemahiran bahasa

Kemahiran mendengar

Kemahiran paling asas.

Berlaku pada peringkat penerimaan.

Murid yang telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsir perkara yang didengar.

Kemahiran bertutur

Melafazkan bunyi-bunyi bahasa daripada alat-alat artikulasi.

Pada peringkat penglahiran, kemahiran perlu ditiru & diajuk.

Model bahasa lemah hasil ajukan yang lemah, tetapi model bahasa baik tidak semestinya menjamin ajukan yang baik.

28

Kemahiran lisan

Tujuan penilaian lisan

Mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis.

Mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.

Mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.

Mengesan kelancaran dalam sebutan.

Mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.

Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respons murid dalam bentuk lisan.

29

Teknik menguji kemahiran mendengar

Ujian Mendengar

Petikan

Ujian Mendengar Perenggan

Ujian Imlak

30

1. Ujian mendengar petikan

Dipetik daripada buku, majalah, ucapan, cerita, akhbar, syarahan, dan seumpamanya.

Petikan diperdengarkan kepada murid melalui bacaan nyaring.

Petikan hendaklah sesuai dengan tahap murid dari segi tema, perbendaraan kata & kompleksiti ayat.

31

Murid hendaklah memberi tumpuan kepada guru & mendengar dengan teliti.

Petikan dibacakan dua kali.

Bacaan dengan kelajuan biasa, selesa, natural dan senang bagi murid mendengar.

Soalan kefahaman mendengar berbentuk aneka pilihan biasanya digunakan untuk menguji kefahaman mendengar.

32

2. Ujian mendengar perenggan

Perengan pendek yang berlainan cerita, tema, dan tidak berkaitan antara satu sama lain diperdengarkan.

Soalan kefahaman mendengar diberikan dalam bentuk aneka pilihan.

Cara pentadbiran sama seperti ujian mendengar petikan tetapi berbeza dari sudut pemberian jawapan daripada murid (mengikut turutan).

33

3. Ujian imlak

Ujian imlak menguji

kefahaman pendengaran

dalam sesuatu bahasa.

Kemahiran mengeja penting

Menulis semula keratan (petikan

perenggan) yang

diperdengarkan.

Lebih praktis berbanding teknik lain

kerana mudah ditadbir.

34

Teknik menguji kemahiran bertutur & bacaan lisan

35

• Bacaan secara nyaring • Menjawab soalan-soalan pemahaman • Perbualan berdasarkan tajuk

Aspek-aspek dalam penilaian bacaan lisan

• Suara dan sebutan • Kelancaran • Intonasi • Kefahaman ***Aspek bacaan nyaring yang tidak diingini

36

Teknik menguji kefahaman bacaan senyap

1. Penyoalan

Secara Terbuka

2. Aneka Pilihan

3. Pilihan

Benar-Salah

4. Teknik Kloz

37

• Teknik tertua • Murid perlu menjawab soalan kefahaman

bacaan dengan menggunakan ayat sendiri. • Digunakan dalam latihan menjawab

kefahaman bacaan, dan dalam ujian bercorak formatif dan diagnostik.

• Murid perlu menggubal ayat dan menggunakan bahasa menurut tatabahasa & perbendaharaan kata yang tepat.

1. Penyoalan secara terbuka

2. Aneka pilihan

Kelebihan • Senang ditadbir dari segi pemarkahan dan

pengukuran.

Kelemahan • Tidak menggalakkan daya luahan dan penggubalan

bahasa daripada murid. • Menggalakkan murid meneka dalam usaha

mencari jawapan yang betul.

39

3. Pilihan Benar – Salah

Kurang popular kerana mempunyai

lebih banyak kelemahan

berbanding teknik aneka pilihan.

Mempunyai kebarangkalian

yang lebih tinggi untuk murid

meneka.

40

4. Teknik Kloz

Teknik mengisi tempat kosong.

A technique based on the human

tendency to complete an incomplete pattern or sequence. Thus, if a word is omitted from a sentence, the reader

attempts to supply the word to complete the meaning.

Moyle (1972)

41

Penilaian kemahiran menulis

Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti

karangan, laporan projek, kerja kursus, folio, latihan dan

ujian bertulis, huraian atau tafsiran peta, jadual, graf dan

carta.

42

Aspek yang perlu diuji

Penggubahan dan penghuraian

Penyusunan dan gaya

Tatabahasa

Tanda bacaan

Perenggan

Ejaan

Penggunaan huruf besar dan kecil 43

Teknik menguji kemahiran menulis

Teknik Tanggapan

(impression)

Teknik Analisis

44

1. Teknik tanggapan (impression)

• Seorang/kumpulan pemeriksa akan mengukur dan menilai mutu sesuatu karangan berdasarkan tanggapan ke atas keseluruhan karangan.

• Kelemahan: – Bercorak sangat subjektif. Unsur-unsur nasib dan

prasangka boleh wujud. • Heaton (1979) mencadangkan tiga atau empat

orang pemeriksa menilai sesuatu karangan dan satu persetujuan diambil untuk menentukan kualiti karangan.

2. Teknik analisis

• Mengurangkan/mengawal unsur subjektif.

• Mengawal ketekalan pemarkahan.

• Menyenarai-semak subkemahiran penting.

Skema pemarkahan disediakan

bagi pemeriksa

dengan tujuan untuk:

Penutup

• Terdapat pelbagai kaedah untuk menguji kemahiran bahasa seperti yang dicadangkan dalam PBS.

• Guru tidak terikat dengan kaedah-kaedah tradisional seperti ujian semata-mata.

• Beberapa kemahiran bahasa dapat dijalankan serentak.

• Pelbagaikan aktiviti pentaksiran supaya lebih bermakna.

top related