p5 peribahasa (cerita edited)

17
ANAK ARNAB HILANG!

Upload: zullie-zufie

Post on 20-Jun-2015

229 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: P5 peribahasa (cerita edited)

ANAK ARNABHILANG!

Page 2: P5 peribahasa (cerita edited)

Ibu Arnab dan Anak Arnab

tinggal di dalam hutan bersama

Si Tupai, kawan-kawannya dan

Pak Beruang.

Page 3: P5 peribahasa (cerita edited)

Si Tupai berkebolehan menggubah

lagu sendiri dan suka bernyanyi.

Namun, dia selalu bernyanyi

dengan kuat. Ini membuat Ibu

Arnab sangat marah.

Page 4: P5 peribahasa (cerita edited)

“Cuba senyap sikit! Kan Anak

Arnab sedang tidur!” marah Ibu

Arnab kepada Si Tupai dan

kawan-kawannya.

Page 5: P5 peribahasa (cerita edited)

Si Tupai meminta maaf

kepada Ibu Arnab. Namun, Si

Tupai berasa tersinggung

atas perbuatan Ibu Arnab

itu.

Page 6: P5 peribahasa (cerita edited)

Ibu Arnab mengadu hal itu kepada

Pak Beruang yang dikenali dengan

sikapnya yang tidak menyebelahi

satu pihak. Pak Beruang menyuruh

Ibu Arnab bersabar tetapi Ibu Arnab

sangat degil.

Page 7: P5 peribahasa (cerita edited)

“Sudah! Saya tidak mahu tinggal

di sini lagi. Saya lebih rela

mencari penghidupan di

tempat lain yang lebih jauh,”

kata Ibu Arnab.

Page 8: P5 peribahasa (cerita edited)

Pada suatu hari, Si Musang

melarikan diri dengan Anak

Arnab. Ibu Arnab cuba

mengejarnya tetapi tidak

berjaya. Ibu Arnab menangis.

Page 9: P5 peribahasa (cerita edited)

Ibu Arnab kembali ke tempat

tinggal asalnya untuk meminta

bantuan Pak Beruang dan Si

Tupai. Mereka yang suka

memberikan bantuan berasa

kasihan terhadap Ibu Arnab.

Page 10: P5 peribahasa (cerita edited)

Si Tupai mencuba berikhtiar

menyelesaikan masalah yang

dihadapi oleh Ibu Arnab.

Akhirnya, Si Tupai mendapat

idea yang amat baik sekali.

Page 11: P5 peribahasa (cerita edited)

Si Tupai memiliki idea yang baik.

Dia dan kawan-kawannya

memanjat pokok untuk melihat

pemandangan sekeliling. Mereka

lihat Si Musang memasuki gua.

Page 12: P5 peribahasa (cerita edited)

Ibu Arnab, Si Tupai dan Pak

Beruang berlari dengan pantas

untuk mengejar Si Musang.

Page 13: P5 peribahasa (cerita edited)

Setibanya di sana, Pak Beruang

terus menggunakan suaranya yang

kuat untuk menakutkan Si Musang.

“Kembalikan Anak Arnab!” jerit Pak

Beruang.

Page 14: P5 peribahasa (cerita edited)

Si Musang berasa terkejut lalu

melepaskan Anak Arnab. Ibu

Arnab terus berlari ke Anak Arnab

dan memeluknya dengan kuat.

Page 15: P5 peribahasa (cerita edited)

Ibu Arnab berasa gembira atas

pertolongan yang telah diberikan

kepadanya. Dia menangis apabila dia

teringat tentang kelakuan kasarnya

terhadap mereka.

Page 16: P5 peribahasa (cerita edited)

“Saya minta maaf kerana tidak

berhati-hati apabila bercakap

sehingga menyakiti kamu berdua.

Saya berjanji tidak akan melakukan

perkara sebegitu lagi,” kata ibu

Arnab.

Page 17: P5 peribahasa (cerita edited)

AKHIR