kepelbagaian budaya di sekolah
Post on 10-Jul-2016
1.270 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN
Malaysia telah dikenali sebagai sebuah Negara yang mempunyai berbilang bangsa oleh
semua Negara di bumi ini. Dengan adanya kepelbagaian bangsa ini maka wujud lah
kepelbagaian budaya yang sukar dinafikan dalam sesebuah Negara seperti Malaysia yang lahir
dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina, India yang merupakan kaum
majoroti di Malaysia manakala masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan
kaum-kaum lain menjadi kaum minority di Malaysia ini. Setiap etnik mempunyai budaya yang
berbeza-beza yang diwarisi dari nenek moyang mereka yang terdahulu. Walaupun Malaysia
hidup dengan bervariasi kaum, budaya dan etnik namun Malaysia merupakan sebuah Negara
yang aman dan damai kerana setiap penduduk nya telah di ajar untuk menghormati agama dan
budaya dari kaum yang lain melalui rukun Negara yang dibentuk untuk menyatupadu kan
penduduk.
Namun di dalam konteks pendidikan, kepelbagaian budaya tidak hanya dilihat dari segi
ras, etnik dan adat budaya sahaja bah kan ia juga telah merangkumi skop yang lebih meluas
seperti ilmu pengtahuan, kepercayaan, keseniaan, tatsusila, undang-undang, adat resam dan juga
lain-lain kebolehan dan kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyrakat di
Malaysia. Bukan itu sahaja kepelbagaian budaya juga boleh dikaitkan dengan budaya di dalam
bilik darjah. Kepelbagaian budaya di dalam bilik darjah boleh dilihat dari aspek pelajar rajin dan
pelajar malas, bijak dan kurang bijak, memberi perhatian dan tidak memberi perhatian serta
pelbagai contoh yang lain.
kepelbagaian budaya di dalam bilik darjah ini mungkin wujud kesan daripada
keplbagaian budaya dan latar belakang pelajar itu sendiri. Jika dibandingkan pelajar yang bijak
dan pelajar yang kurang bijak, mereka mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza.
Kebiasannya pelajar yang bijak ini mempunyai latar belakang keluarga yang juga bijak.
Contohnya ibu bapa mereka seorang yang bijak, atau adik beradik mereka juga seorang bijak
sehingga mendorong mereka untuk belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi seperti ibu bapa
mereka atau adik beradik mereka yang bijak tadi. Berbeza dengan latar belakang pelajar yang
kurang bijak, rata-rata pelajar yang kurang bijak ini mempunyai keluarga yang bermasalah,
contohnya ibu bapa mereka yang bercerai, atau taraf pendidikan adik beradik mereka kurang
memberangsangkan. Hal ini membuat kan mereka tidak terdorong untuk belajar bersungguh-
sungguh dan tiada sokongan untuk mereka berjaya. Namun tidak semua mereka yang
mempunyai latar belakang keluarga yang buruk mempunyai masalah dalam pengajaran, ia juga
bergantung dengan tahap pencapaian pelajar itu sendiri.
2.0 DEFINISI
Berdasarkan tajuk penulisan ini, apa yang didefinisikan sebagai Pengajaran adalah
pengajaran sebagai aktiviti atau proses kerana apabila mengajar, aktiviti seperti menyoal,
menerangkan, mendengar, menggalakkan sesuatu dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku.
Sharifah Alwiah juga menganggap pengajaran sebagai suatu proses komunikasi walaupun tidak
semua aktiviti pengajaran merupakan komunikasi antara guru dan pelajar (Sharifah Alwiah
1983). Seterusnya Pembelajaran mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for
Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang
dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasil kan
tindak balas yang baru. Seterusnya definisi Kepelbagaian yang diambil daripada Kamus Dewan
(2005) edisi keempat ialah kepelbagaian ialah perihal berbagai jenis. Kepelbagaian merangkumi
banyak benda sama ada abstrak atau pun konkrit yang boleh diperolehi di sesuatu tempat atau
kawasan yang sama.
Seterusnya Budaya pula merupakan cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat
berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan masyrakat dan alam sekitar. Perkataan budaya
berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu ‘budhi’ dan ‘daya’. Perkataan ‘budhi’
yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan ‘daya’
pula ialah perkataan Melayu Polynesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh.
Seterusnya Bilik darjah bermaksud tempat berlakunya proses pengajaran dan
pembelajaran dan merupakan tempat terpenting yang perlu ada pada sekolah. Ia juga
merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru (Leonard & Karen, 1996).
Secaranya amnya, bilik darjah ialah bilik-bilik di sekolah yang melibatkan sekumpulan murid
atau pelajar yang mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh
guru. Bagi konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak semata-mata merupakan ruang
untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar-pelajar dan guru yang
belajar dan mengajar serta berinteraksi antara satu sama lain di dalamnya.
Seterunya definisi guru adalah guru adalah pendidik, yaitu orang dewasa yang
bertanggung jawab memberi bimbingan atau bantuan kepada anak didik dalam perkembangan
jasmani dan rohaninya agar mencapai kedewasaannya, mampu berdiri sendiri dapat
melaksanakan tugasnya sebagai makhluk Allah khalifah di muka bumi, sebagai makhluk sosial
dan individu yang sanggup berdiri sendiri.
Seterusnya definsi pelajar adalah
3.0 CIRI-CIRI BUDAYA
Menurut Ferraro(2006), beliau telah menyenaraikan sebanyak lapan ciri-ciri budaya yang
boleh dijadikan sebagai panduan iaitu budaya boleh dikongsi, budaya boleh dipelajari, budaya
tidak kelihatan, budaya mempengaruhi proses-proses biologi, budaya saling berubah, kesejagatan
budaya, budaya adaptif dan maladaptif dan budaya bersikap integritif.
3.1 Budaya boleh dikongsi
Budaya dikongsi adalah salah satu ciri kebudayaan dalam satu kumpulan masyarakat. Ini
bermaksud bahawa ahli-ahli masyarakat yang berkongsi sesuatu budaya maklum tentang maksud
sesuatu objek, idea atau kelakuan dalam konteks budaya tersebut. Sebagai contoh, orang-orang
Malaysia gemar makan nasi lemak, roti canai, teh tarik dan lain-lain lagi. Sudah kita maklum
bahawa Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum. Jadi kegemaran kepada makanan
inilah telah membawa ahli-ahli masyarakat bersama walaupun berlainan bangsa. Begitu juga
dengan bahasa. Tambahan pula dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia, bahasa rasmi
iaitu bahasa Melayu dipelajari di institut-institut pendidikan iaitu seperti sekolah, universiti dan
lain-lain lagi.
3.2 Budaya dipelajari
Ciri budaya yang kedua ialah budaya dipelajari. Pelbagai bentuk tingkahlaku, adat resam
dan bahasa yang telah biasa kita lalui sepanjang hari. Perkara tersebut adalah satu perbuatan
yang bukannya terbentuk atau lahir daripada naluri. Tingkahlaku, adat resam dan bahasa tersebut
adalah hasil daripada proses pembelajaran. Sebagai contoh, bayi yang dilahirkan dalam norma
masyarakat akan membesar dan akan mempelajari serta mengamalkan adat resam dan
kebudayaan masyarakatnya. Sekiranya bayi yang sama dibesarkan dalam masyarakat lain pula,
proses mempelajari kebudayaan dipanggil sosialisasi.
3.3 Budaya tidak kelihatan
Ketiga pula adalah budaya kelihatan iaitu budaya tersebut telah sebati dengan jiwa kita
sebagai insan sosial sehinggakan ia tidak kelihatan. Kita tidak dapat menyedarinya kerana
budaya itu telah mempengaruhi setiap tindakan dan pemikiran kita kerana ia telah menjadi tabiat
yang dilakukan secara automatik. Sebagai contoh, kegiatan memberus gigi pada setiap pagi hari
telah menjadi kelakuan biasa dalam rutin harian kita sehinggakan kita tidak perlu lagi berfikir
mengenainya untuk mengarahkan diri kita untuk bertindak. Namun demikian, oleh kerana
budaya yang kita amalkan tidak kelihatan, secara tidak langsung kita akan menganggap bahawa
amalan budaya kita sama sahaja dengan amalan budaya yang lain.
3.4 Budaya mempengaruhi proses-proses biologi
Budaya juga mempengaruhi proses-proses biologi iaitu makan, minum, tidur, berlindung,
berkumuh dan sebagainya. Kita merujuk kepada budaya kita untuk melaksanakan proses-proses
biologi menurut norma-norma yang diterima pakai oleh masyarakat kita. Sebagai contoh,
masyarakat Melayu iaitu sangat mementingkan sama ada makanan yang dimakan oleh mereka
halal atau tidak. Oleh itu, jika kita mengadakan rumah terbuka dan ingin menjemput rakan-rakan
berbangsa Melayu, kita seharusnya memastikan bahawa makanan yang dihidangkan sesuai
menurut kepercayaan agama mereka.
3.5 Budaya saling berubah
Ciri budaya yang kelima ialah budaya saling berubah. Budaya sering melalui proses
perubahan dari masa ke semasa. Perubahan ini boleh berlaku melalui dua cara iaitu inovasi dan
difusi budaya. Inovasi merujuk kepada idea-idea baru yang boleh digunakan untuk memajukan
sesebuah masyarakat. Inovasi yang diterima pakai oleh masyarakat secara meluas akan mencetus
perubahan budaya. Difusi budaya pula berlaku apabila elemen-elemen dalam sesuatu budaya itu
merebak kepada budaya-budaya yang lain. Contohnya, budaya MTV yang berasal daripada
industri muzik Amerika Syarikat telah banyak mempengaruhi tingkah laku remaja secara global.
3.6 Kesejagatan budaya
Kesejagatan budaya adalah merupakan ciri budaya yang keenam. Banyak perkara-perkara
asas yang dikongsi bersama tidak kira di mana kita berada. Sebagai contoh, negara kita Malaysia
mempunyai pelbagai bangsa dan agama mengikut sistem kepercayaan yang menggariskan nilai-
nilai moral dan cara hidup yang tersendiri. Agama mungkin berbeza tetapi yang penting adalah
panduan tentang moraliti dan perlakuan baik. Inilah yang dikatakan kesejagatan budaya iaitu
ekspresi luaran mungkin berbeza-beza tetapi konsep teras yang ingin disampaika adalah sama.
Peraturan inilah yang juga digunakan sebagai garis panduan bagi seseorang itu bertindak dalam
pergaulannya sebagai individu sesama insan sosial yang lain. Sifat adaptif adalah salah satu ciri
budaya yang memastikan kelangsungan masyarakat manusia. Manusia primitif pada masa
dahulu, perlu mendapatkan sumber-sumber dari alam semula jadi untuk terus hidup. Budaya
memungkinkan manusia mengawal dan menggunakan alam persekitarannya untuk kepentingan
diri sendiri. Sebagai contoh, manusia telah mencipta peralatan untuk memburu binatang dan
sebagainya. Sifat adaptif inilah yang memastikan manusia terus kekal dan dominan di muka
bumi. Berlainan pula dengan budaya maladaptif iaitu tidak menyumbang kepada kelangsungan
masyarakat manusia. Dalam jangka masa panjang, aspek negatif boleh membawa kepada
kehancuran masyarakat manusia. Misalnya, tabiat merokok yang merupakan satu budaya yang
diterima secara global. Namun demikian, merokok merupakan budaya maladaptif kerana ia
boleh menjejaskan kesihatan dan turut mencemarkan udara.
3.7 Budaya yang bersifat integratif
Ciri budaya yang seterusnya ialah budaya yang bersifat integratif. Pelbagai aspek yang
saling berkait rapat antara satu sama lain adalah merupakan budaya yang sebenar. Budaya terdiri
daripada aspek-aspek seperti ekonomi, pendidikan, keluarga, agama,kerajaan, kepimpinan
teknologi, keluarga, sistem perubatan, seni hiburan dan keupacaraan. Aspek ini saling
mempengaruhi antara satu sama lain. Sesuatu perubahan kepada mana-mana aspek budaya akan
mencetuskan perubahan pada aspek-aspek yang lain. Sebagai contoh, negara yang mengalami
kemelesetan ekonomi akan turut menjejaskan aspek-aspek budaya yang lain. Institusi keluarga
mungkin akan goyah akibat tertekan dengan kebimbangan kehilangan sumber pendapatan.
4.0 BUDAYA DALAM PERSEKITARAN SEKOLAH
Budaya sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan
struktur organisasi di sekolah yang dapat mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses
pembentukan tingkahlaku, keselamatan serta gaya pembelajaran para pelajar di sekolah. Budaya
sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah tersebut juga merupakan
keperluan masyarakat. Semua pelajar di sekolah akan didedahkan kepada norma, nilai, simbol
dan bahasa dalam komunikasi yang akan mencorakkan masa depan mereka. Di dalam budaya
sekolah ini, terkandungnya corak idea, norma, pemikiran, dan nilai-nilai yang menyumbang
kepada pembentukan kelakuan individu. Budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh
sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat
dikawal.
Contoh-contoh budaya yang wujud dalam persekitaran sekolah antaranya adalah seperti
budaya belajar yang mana proses ini berlaku dalam waktu pembelajaran dan pengajaran (p&p).
Para pelajar dituntut untuk fokus dalam waktu pembelajaran agar proses belajar dapat berlaku
dengan belajar. Di dalam bilik darjah akan wujudnya budaya positif dan budaya negatif yang
diterbitkan sendiri oleh para pelajar. Sebagai contoh budaya positif di dalam kelas iaitu suka
bertanya tentang topik yang diajarkan oleh guru. Melalui proses bertanya, para pelajar dapat
mengetahui maklumat dengan lebih lanjut serta dapat memahami sesuatu isi-isi pembelajaran
dengan lebih terperinci. Budaya negatif pula seperti tidak menghormati guru semasa guru
mengajar. Perkara ini akan mengganggu proses pembelajaran dan pelajar tidak mendapat ilmu.
Selain itu, terdapat juga budaya berpakaian yang mana setiap sekolah akan menetapkan
peraturan pemakaian yang harus dituruti oleh semua pelajar. Seterusnya, budaya yang sering kita
lihat di sekolah terutamanya sekolah menengah adalah budaya hormat-menghormati kepada
senior. Ini telah menjadi satu amalan apabila yang muda harus menghormati kepda yang lebih
berusia. Budaya hormat-menghormati juga diterapkan supaya menghormati guru dan semua
kakitangan di sekolah tersebut termsuklah tukang kebun, pembantu makmal dan seupamanya.
Terdapat banyak lagi budaya-budaya yang boleh kita dapati dalam persekitaran sekolah.
Budaya-budaya yang wujud akan mencerminkan keperibadian semua insan yang berada di
sekolah tersebut. Jadi, budaya-budaya yang positif perlulah disebar dan diamalkan agar
keharmonian sekolah terjaga. Budaya seringkali dikaitkan dengan etnik, agama, jantina sosio
ekonomi serta latar belakang keluarga. Aspek-aspek ini adalah saling berkait antara satu sama
lain bagi menggambarkan akan kepelbagaian yang wujud di antara pelajar di dalamsesebuah
bilik darjah. Sebagai guru, ia perlu tahu bahawa setiap individu pelajar itu mempunyai budaya,
latar belakang keluarga dan tahap sosioekonomi yang berbeza-beza yang mana ia sedikit
sebanyak memberi kesan kepada pembelajaran mereka.
Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian pelajar yang wujud
bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga pemerhatian yang teliti
perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar belakang keluarga, sosioekonomi dan
gaya pembelajaran pelajar itu sendiri. Kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji dan
difahami dengan sebaiknya dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan diselitkan
dengan latar belakang budaya setiap orang pelajar dalam menentukan strategi pengajaran yang
lebih berkesan.
Budaya dan gaya pembelajaran merupakan dua hubungan yang sangat penting dalam
memahami kepelbagaian pelajar dalam memberikan pengajaran yang lebih berkesan dalam
membantu pelajar untuk mencapai kejayaan dalam pembelajaran mereka. Perhubungan nilai-
nilai budaya ini dan pendekatan pembelajaran serta pengalaman di dalam kelas adalah satu
hubungkait untuk pelajar berjaya bukan sahaja dari segi akademik, bahkan juga dari segi sosial
dan emosi.Kebiasaannya guru berhadapan dengan dua cabaran yang besar iaitu kerenah murid
yang datang dari pelbagai budaya dan memastikan gaya pengajaran yang disampaikan sesuai
dengan gaya pembelajaran pelajar. Guru yang memahami pembelajaran dan perbezaan budaya
akan berusaha bersungguh-sungguh dalammenangani cabaran yang wujud dalam bilik darjah.
Perlakuan mereka perlu dibentuk melalui pendidikan dan asuhan yang terbaik dengan memahami
latar belakang identiti diri mereka tidak kira dari segi budaya, etnik, usia, jantina, sosio ekonomi,
gayapembelajaran dan sebagainya.
Konsep ini dipilih adalah berdasarkan keperluan guru untuk memahami bahawa terdapat
perbezaan antara setiap pelajar dengan pelajar yang lain. Ini mendesak guruuntuk menggunakan
kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilik darjah. Malah adalah penting bagi guru
memahami tingkah laku dan budaya pelajar terlebih dahulusupaya sebarang tindakan dapat
dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat. Kepelbagaian pengajaran yang sesuai dengan
tahap serta gaya pembelajaran pelajar akan memberikan faedah kepada semua pelajar tanpa
mengira kepelbagaian yang wujud di dalam sesebuah bilik darjah. Dengan kata lain,
meningkatkan metodologi pengajaran dan amalan bagi pelajar-pelajar tertentu akan
menghasilkan pembaikanpengajaran untuk semua.Dari segi pelajar yang pelbagai budaya, guru
perlu memikirkan cara yang tersendiri dalam memberikan kesamarataan pembelajaran yang
selari untuk semuapelajar-pelajarnya tanpa mengira budaya. Oleh yang demikian guru harus
memahami pelajar-pelajarnya sama ada Melayu, Cina mahu pun India mempunyai tahap
kefahaman dan gaya pembelajaran yang berbeza-beza anatara satu sama lain.
Secara kesimpulannya, kepelbagaian pelajar, gaya pembelajaran, dan budaya meruapakan
tiga aspek penting serta secara tidak langsung menjadi cabaran utama dalam menghasilkan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kepekaan guru terhadap kepelbagaian ini adalah
sangat penting dalam dunia pendidikan. Apa jua cabaran yangmendatang, inilah dunia
pendidikan yang sebenar dalam menyatukan kepelbagaian pelajar yang pelbagai budaya.
5.0 Kesan kepelbagaian budaya yang dihadapi oleh guru dan pelajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
Bilik darjah merupakan sebuah tempat ataupun sebuah medan perjuangan utama seorang
guru untuk menjalankan tugas, peranan dan tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Guru
bukan sahaja menjalankan tugas sebagai seorang pendidik malah menjalankan tugas sebagai
seorang yang membantu dalam meningkatkan pembangunan negara dengan melahirkan lebih
banyak generasi muda yang berdaya saing di peringkat yang lebih tinggi. Malaysia merupakan
sebuah negara yang berbilang kaum yang terdapat perbezaan yang mampu dilihat bukan sahaja
dari segi etnik bahkan dari aspek ekonomi, kebudayaan dan agama. Persekitaran yang mesra
budaya perlulah diwujudkan bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
kondusif, tenteram dan berkesan kepada semua murid.
Oleh itu, terdapat pelbagai kesan yang telah diperoleh hasil daripada pelbagaian budaya
dalam bilik darjah kepada guru bahkan kepada pelajar itu sendiri. Kesannya bukan sahaja dari
segi kesan negatif bahkan termasuklah kesan positif. Berikut merupakan kesan positif dan kesan
negatif yang telah wujud kepada guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran
hasil daripada kepelbagaian budaya.
5.1 Kesan positif kepada guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah
Kepelbagaian budaya boleh mendatangkan kesan dari segi positif dan negatif. Di dalam
konteks bilik darjah, pihak yang akan mendapat kesan adalah guru. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, kesan dari segi positifnya adalah guru akan dapat belajar dan mengetahui
kepelbagaian latar belakang pelajar dengan lebih mendalam. Setiap pelajar datang dari pelbagai
latar belakang tidak kira dari segi ekonomi keluarga, dari segi tahap pendidikan dan dari segi
taraf hidup seseorang. Melalui maklumat yang diperoleh dari setiap para pelajar, ini akan
membantu guru dalam memahami para pelajar dengan lebih baik dan secara tidak langsung, ini
akan membantu dalam memastikan penyampaian sesuatu maklumat adalah lebih berkesan.
Tambahan pula, guru dapat menggunakan maklumat yang telah dikumpul untuk dijadikan
sebagai bahan perkongsian ketika mengajar. Sebagai contoh, dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, topik yang diajar oelh guru pada masa itu adalah berkaitan dengan kebudayaan
sesebuah kaum. Guru dapat menggunakan maklumat yang telah diperoleh dari para pelajarnya
untuk memberi penjelasan dan maklumat yang lebih jelas dan sekiranya pelajar mempunyai
persoalan berkaitan dengan topik yang dipelajarinya, guru akan dapat menerangkannya dengan
menggunakan maklumat yang diperolehnya,
Selain daripada itu, kesan kepelbagaian budaya terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah bagi guru adalah guru akan dapat mengguna dan menambahbaik
bahan kurikulum. Bahan kurikulum dalam konteks ini merujuk kepada sesuatu bahan yang
digunakan sebagai alat bantu mengajar dan membantu dalam proses penyampaian maklumat.
Dari konteks kepelbagaian budaya, guru akan dapat menggunakan atau merujuk kepada para
pelajar yang berlainan latar belakang untuk bertanya dengan lebih mendalam berkaitan dengan
budaya mereka untuk dijadikan sebagai contoh kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini akan
dapat meransang pemikiran para pelajar untuk berfikir dengan lebih mendalam dan pelajar juga
akan dapat belajar melalui kaedah penceritaan dan berdasarkan pengalaman mereka sendiri.
Contohnya, pada hari tersebut, guru mengajar “Budaya Di Malaysia”. Guru dapat meminta
bantuan para pelajar yang berlainan latar belakang untuk menceritakan keunikan budaya masing-
masing.
5.2 Kesan negatif kepada guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah
Kesan negatif kepelbagaian budaya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah kepada guru adalah wujudnya jurang komunikasi di antara guru dan pelajar. Jurang
komunikasi merujuk kepada kesukaran dalam mewujudkan sesebuah pertuturan atau komunikasi
di antara dua pihak. Kedua-dua belah pihak akan mengalami kesukaran dalam
mengintepretasikan maklumat yang disampaikan kepadanya disebabkan berlakunya jurang
komunikasi. Setiap kaum mempunyai bahasa pengantarnya yang tersendiri atau lebih dikenali
dengan longhat tersendiri. Ianya juga dikenali sebagai bahasa ibunda. Disebabkan berlakunya
jurang tersebut, guru akan mengalami masalah dalam penyampaian maklumat dan ini akan
menyebabkan maklumat yang ingin disampaikan pada hari tersebut tidak dapat disampaikan
dengan efektif. Contohnya, mempraktikkan penggunaan bahasa Malaysia dalam pertuturan
seharian dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah jarang disebabkan
para pelajar terbiasa dengan gaya pertuturannya setiap hari. Kekerapan menggunakan bahasa
ibunda sendiri untuk bertutur akan menyebabkan komunikasi tidak berjalan dengan lancar.
Kebiasaannya, masalah wujudnya jurang komunikasi boleh berlaku dalam kalangan pelajar Cina
dan pelajar India. Kebiasaan menggunakan bahasa ibunda menyebabkan mereka mengalami
kesukaran untuk berkomunikasi dengan lancar menggunakan bahasa Malaysia.
Selain itu, kesan negatifnya juga adalah guru akan mengalami cabaran untuk memastikan
gaya pengajaran yang disampaikan sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar. Setiap pelajar
mempunyai tahap penerimaan sesuatu maklumat yang berbeza. Ini bermaksud sesetengah pelajar
berada di tahap sederhana, baik dan cemerlang. Perbezaan dari segi mengintepretasi dan
kefahaman terhadap apa yang dipelajari pada hari tersebut akan menyebabkan sesetangah pelajar
akan ketinggalan dalam sesi pengajaran dan pengajaran. Guru terpaksa bekerja lebih dalam
menyesuaikan kaedah pengajaran dengan kepelbagaian jenis tahap pendidikan dalam konteks
bilik darjah.
5.3 Kesan positif kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah
Kepelbagaian budaya juga akan membawa kepada kesan kepada pelajar dari segi positif
dan negatif. Kesan positif kepelbagaian budaya yang akan dihadapi oleh pelajar adalah pelajar
akan dapat mengenali di antara satu sama lain. Mengenali antara satu sama lain merujuk kepada
pelajar akan dapat mengetahui perbezaan latar belakang antara satu sama lain. Interaksi yang
wujud di antara pelajar yang berlainan latar belakang akan membawa kepada pengenalan
terhadap latar belakang pelajar yang berbeza. Sebagai contoh, pelajar di sekolah adalah berbilang
kaum. Dengan adanya kepelbagaian latar belakang, pelajar dapat mengenali latar belakang setiap
kaum dan juga belajar bahasa setiap kaum yang berbeza-beza.
Selain itu, kesan positifnya juga adalah ianya dapat merapatkan hubungan di antara satu
sama lain. Ini merujuk kepada hubungan antara pelajar dalam bilik darjah. Apabila berlakunya
interaksi di antara setiap pelajar yang berlainan latar belakang, ini akan mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif atau suasana yang selesa. Sejajar dengan matlamat negara dalam
melahirkan masyarakat 1 Malaysia yang mementingkan perpaduan kaum, pelajar akan belajar
untuk mengenali dan juga membentuk suatu hubungan antara satu sama lain melalui interaksi
dalam bilik darjah.
Kesan positif yang seterusnya pula adalah pelajar akan dapat berkongsi pengalaman dan
pengetahuan antara satu sama lain. Ini merujuk kepada latar belakang dari segi tahap pendidikan.
Di dalam sesebuah bilik darjah, kebiasaannya akan ada pelajar yang berlainan tahap-tahap
prestasi dalam akademik. Contohnya, tahap lemah, tahap sederhana, tahap baik, dan tahap
cemerlang. Situasi ini dapat membantu dalam membentuk sikap kerjasama antara para pelajar.
Ini bermaksud pelajar yang lemah akan merujuk kepada pelajar yang menunjukkan prestasi yang
baik dengan membimbing rakan-rakannya yang lemah. Perkongsian ilmu pengetahuan dan
pengalaman akan dapat menambahkan tahap kefahaman para pelajar dan juga menggalakkan
interaksi antara satu sama lain. Sebagai contoh, dalam menjalankan aktiviti berkumpulan, pelajar
yang cemerlang akan membimbing rakan-rakan yang lemah dan sederhana bagi memastikan
mereka faham apa yang mereka pelajari pada hari tersebut.
5.4 Kesan negatif kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah
Kesan negatif yang wujud dalam kalangan pelajar akibat daripada kepelbagaian budaya
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah adalah pelajar akan sukar untuk
berkomunikasi dengan rakan-rakan sekelasnya. Ini merujuk kepada penggunaan bahasa ibunda
mereka dalam berkomunikasi dalam bilik darjah. Apabila pelajar terlalu terikat dengan bahasa
ibundanya, ini akan mewujudkan jurang komunikasi atau boleh menyebabkan wujudnya keadaan
tidak selesa bagi pelajar yang lain. Bukan sahaja akan menyebabkan masalah wujud jurang
komunikasi malah akan menyebabkan pelajar ketinggalan dalam pembelajaran di dalam bilik
darjah. Pelajar akan mempunyai kesukaran dalam mengintepretasikan maklumat yang
disampaikan dan mereka akan sukar untuk memahaminya. Contohnya, pelajar yang sering
menggunakan bahasa ibunda untuk berkomunikasi akan mengalami kesukaran dalam
menyatakan pendapatnya dengan menggunakan Bahasa Malaysia dan apa yang ingin
disampaikan tidak dapat disampaikan dengan efektif.
Kesan negatif yang seterusnya adalah akan wujud jurang dari tahap sosioekonomi anatara
pelajar. Tahap sosioekonomi terdiri daripada tahap rendah, sederhana dan tinggi. Kelas sosial ini
wujud hasil daripada taraf pendidikan dan taraf sosioekonomi keluarga. Tahap sosioekonomi
akan membantu dalam memberi keperluan terhadap pendidikan yang mencukupi. Pelajar yang
datang dari sosioekonomi yang rendah kebiasaannya akan mengalami kesukaran dari sedgi
persediaan dalam keperluan untuk persekolahannya. Ini akan menyebabkan mereka ketinggalan.
Berbeza pula dengan mereka yang datang dari tahap sosioekonomi yang agak stabil atau tinggi,
keperluan skolah mereka akan disediakan dengan mencukupi dan mereka akan bersedia untuk
menimba ilmu.
Selain itu, kesan negatifnya juga adalah akan wujud masalah pergaulan sosial dalam bilik
darjah. Kepelbagaian budaya dalam sesebuah bilik darjah tidak akan dapat diterima oleh
sesetengah pihak. Akan wujud masalah seperti perkauman dalam bilik darjah sekira pelajar tidak
dapat menyesuaikan diri dalam situasi tersebut. Kebiasaannya sikap yang tidak ingin menerima
atau tiadanya sikap keterbukaan dalam diri pelajar akan menyebabkan wujud masalah
perkauman dan ini akan mempengaruhi suasana di dalam bilik darjah malah akan mengganggu
proses pengajaran dan pembelajaran.
Kesimpulannya, kepelbagaian budaya yang wujud dalam bilik darjah akan mendatangkan
kesan positif dan kesan negatif kepada guru dan juga para pelajar. Setiap perkara yang baru
dialami oleh pelajar atau guru tidak semestinya akan dapat diterima dengan mudah terutamanya
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam sesebuah bilik darjah. Bagi menghadapi
masalah tersebut, pelajar dan guru perlulah membuat persediaan dari segi mental untuk
menerima segala perbezaan yang ada dan bersedia untuk menyesuaikan diri dengan dituasi
tersebut.
6.0 Cara mengatasi isu kepelbagaian budaya dalam bilik darjah.
6.1 Pengurus persekitaran fizikal bilik darjah
Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai
pengurus. Ini bermakna kerja guru di dalam bilik darjah bukan setakat mengajar tetapi juga
mengelolakan murid-murid serta kemudahan dan keadaan fizikal yang terdapat di dalamnya. Di
dalam sesebuah bilik darjah yang mempunyai pelajar yang terdiri daripada pelbagai budaya, guru
harus mengambil perhatian dari ciri-ciri seperti perlu mengetahui, memahami dan menghormati
latar belakang kebudayaan, agama dan adat setiap murid. Guru juga harus mengikis pra sangka
terhadap pelajar bagi mengelakkan guru daripada tidak bersikap adil kepada semua pelajar tanpa
mengira latar belakang, budaya, bahasa, pencapaian akademik serta sifat mereka yang berlainan.
Selain itu juga, guru harus mewujudkan interaksi yang baik antara guru dengan murid.
Interaksi yang baik akan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu
merancang aktiviti yang melibatkan penglibatan semua pelajar bagi memberi pendedahan kepada
murid mengenai kepelbagaian budaya. Pelajar juga diwajibkan menggunakan bahasa pengantar
seperti Bahasa Malaysia dan bahasa-bahasa lain yang bersesuaian dan guru harus bersedia
menghadapi masalah dari aspek bahasa dengan mempelajari bahasa-bahasa tertentu bagi
memudahkan komunikasi antara guru dengan murid. Komunikasi yang berkesan akan
memudahkan murid untuk memahami arahan yang diberikan oleh guru.
Guru sebagai pengurus persekitaran fizikal bilik darjah juga perlu bijak merancang susun
atur fizikal bilik darjah yang mesra budaya. Konsep pengurusan fizikal harus melewati bukan
hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari
pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasan serta iklim pembelajaran yang
kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan
sosial. Guru perlu menyusun tempat duduk pelajar supaya terdapat kesamarataan taburan di
antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik
dikelompokkan dalam satu kumpulan. Apabila ada aktiviti kumpulan, guru harus memilih ahli
kumpulan yang terdiri daripada pelbagai etnik atau mempunyai ahli yang lemah, sederhana dan
pandai bagi satu-satu subjek. Sesebuah bilik darjah juga harus mempunyai pencahayaan dan
pengudaraan yang baik, memasang langsir dan mewarnakan dinding bilik darjah dengan warna
yang terang, ceria dan lembut. Keselamatan pelajar juga wajib diambil perhatian dengan
menyediakan pelan kebakaran dan pemadam api dalam bilik darjah. Ruang bekerja juga harus
disediakan agar pelajar dapat berbincang tugasan yang diberikan guru di ruang tersebut dan ia
adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong menolong antara murid dari pelbagai
latar belakang.
Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural-mural juga boleh dilakukan oleh guru
dengan melibatkan murid dalam bilik darjah. Tema lukisan mural perlu sesuai contohnya mural
berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara.
Mural-mural tersebut bukan sahaja menceriakan bilik darjah, malah mendedahkan pelajar serta
menambah ilmu pengetahuan mengenai kepelbagaian kumopulan etnik. Aktiviti seperti ini juga
merupakan salah satu aktiviti yang sesuai yang boleh dilakukan oleh murid-murid dari pelbagai
latar belakang kumpulan etnik supaya dapat memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan
mereka. Persediaan dan perbincangan untuk lukisan mural secara tidak langsung akan dapat
memupuk nilai serta belajar untuk bertoleransi dan bekerjasama.
Di samping itu, guru harus mempelbagaikan sudut maklumat atau sudut pembelajaran
dan sudut bacaan seperti buku cerita dan majalah pendidikan serta sudut multimedia seperti
komputer dan multimedia. Selain daripada sudut-sudut yang biasa, guru juga boleh mewujudkan
sudut baru seperti sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat
mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan
dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Secara tidak langsung dapat memupuk nilai-nilai murni
seperti sabar, toleransi dan hormat-menghormati yang merupakan komponen penting untuk
mewujudkan perpaduan kaum. Sudut pembelajaran elektronik adalah penting di mana pelajar
dapat menggunakan perisian “software” yang disediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif dan
multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan. Semasa membuat tugasan,
murid-murid dapat memupuk serta menghayati nilai-nilai seperti bekerjasama, tolong menolong
serta toleransi.
6.2 Pengurusan sosio-emosi
Aspek sosio-emosi amat penting untuk mewujudkan suatu keadaan yang harmonis dan
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesannya. Terdapat beberapa aspek
dalam sosio-emosi yang perlu diambil kira oleh guru dalam mengurus bilik darjah.
Perkembangan sosial adalah satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang
lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Perkembangan sosial
kanak-kanak terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain, pembentukan kendiri,
penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. Emosi pula merupakan satu perasaan efektif yang
dialamai oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya.
Emosi juga boleh ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai
rangsangan kepada perasaan emosi. Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat bahawa emosi
melibatkan perasaan, gerak hati, tindak balas fisioogi dan pernyataan emosi.
Pengurusan sosio-emosi sangat penting di dalam bilik darjah kerana aspek ini akan
mempengaruhi pembelajaran pelajar dan membolehkan pelajar mengawal emosi, pemikiran dan
tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam bilik darjah. Perkembangan sosio-emosi
bermula dengan kebolehan pelajar memahami dan menguruskan emosi sendiri dan membolehkan
pelajar memahami keperluan, emosi dan pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial
di dalam bilik darjah pelbagai budaya. Antara salah satu strategi pengajaran yang dapat memberi
perhatian kepada sosio-emosi pelajar dalam bilik darjah pelbagai budaya ialah kaedah belajar
melalui bermain. Ia adalah merupakan pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi
peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Pendekatan
melalui bermain diberi penekanan khusus dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana
bermain adalah fitrah kanak-kanak. Melalui bermain, mereka gembira dan senang hati membuat
penerokaan, penemuan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi. Belajar
melalui bermain juga antara strategi yang boleh digunakan oleh seseorang guru untuk
menggalakkan interaksi sosial dan mengawal emosi murid secara semula jadi.
Guru perlu mengurus sosio-emosi pelajarnya secara berkesan kerana kegagalan guru
berbuat demikian akan memberi impak kepada pencapaian murid. Antara kesan jika guru gagal
mengurus sosio-emosi pelajar dengan baik ialah proses pengajaran dan pembelajaran akan
terganggu dan iklim bilik darjah tidak kondusif akan memberi kesan yang buruk terhadap
prestasi keseluruhan. Kegagalan pengurusan sosio-emosi juga akan memberi tekanan mental
kepada murid dan guru, dan menyebabkan murid sukar memberi tumpuan kepada proses
pengajaran dan pembelajaran.
6.3 Pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Kepelbagaian budaya dalam sesebuah bilik darjah merupakan satu cabaran kepada guru
dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Pengurusan
melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan
termasuk penambahbaikan. Pengajaran bermaksud bagaimana seseorang guru menyampaikan
pelajaran atau ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajarnya. Pembelajaran pula merupakan proses
perubahan struktur mental yang membina keupayaan tingkah laku yang berbeza.
Sebagai seorang guru yang berhadapan dengan pelajar pelbagai budaya, guru haruslah
membuat persediaan rapi sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Persedian
sebelum pengajaran dan pembelajaran termasuk merancang pelaksanaan pengajaran melalui
penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) meliputi aspek-aspek hasil pembelajaran yang
tepat, kaedah pengajaran yang sesuai dengan kepelbagaian budaya murid, menyediakan sumber
pengajaran yang pelbagai selain daripada pengunaan buku teks, memilih bahan bantu mengajar
yang sesuai, berkesan dan mencukupi, serta merangka langkah-langkah proses pengajaran yang
jelas. Penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai dan berkesan sangat penting untuk membantu
guru menerangkan konsep abstrak yang sukar kepada para pelajar. Selain itu, pemilihan sumber
pengajaran yang tepat, sesuai dan mencukupi mampu mencabar minda pelajar seterusnya
menarik minat mereka untuk memahami isi pelajaran dengan lebih berkesan.
Semasa proses pengajaran pula, guru harus memilih strategi yang tepat agar penyampaian
maklumat dan pelaksanaan pengajaran menjadi lebih berkesan terutamanya memilih aktiviti
yang melibatkan interaksi aktif murid yang terdiri daripada pelbagai budaya. Semasa guru
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memastikan pengajaran yang
dirancang terlaksana dan berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang dalam RPH. Guru
juga perlu menerapkan nilai-nilai kepelbagaian budaya dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif dari segi psikososial dan fizikal
contohnya dengan memastikan susun atur kerusi dan meja dalam keadaan kemas, mengurus
disiplin murid dengan mengambilkira kepelbagaian kelompok murid dan mengendalikan aktiviti
pemulihan dan pengayaan.
Seterusnya, selepas proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, proses
penilaian dan pengukuran perlu dilaksanakan oleh guru untuk mengetahui keberkesanan
pengajaran. Penilaian dilaksanakan bertujuan untuk mengesan perkembangan penguasaan murid
dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran untuk merancang aktiviti
pengayaan dan pemulihan, mengenalpasti keberkesanan pengajaran guru supaya membolehkan
guru memperbaiki pengajaran selanjutnya, dan mengambil tindakan susulan untuk mengatasi
kelemahan dan meningkatkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh
penilaian ialah dengan mengadakan penilaian formatif selepas tamat sesuatau tajuk dan penilaian
sumatif yang dilaksanakan pada hujung penggal atau semester. Pengukuran pula mmerupakan
satu proses sistematik untuk mendapatkan maklumat secara kuantitatif untuk menentukan
pencapaian murid. Alat pengukuran dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti
data kuantitatif hasil daripada ujian bulanan, kuiz, peperiksaan, temubual murid, soal selidik dan
data pemerhatian.
Setelah guru selesai melaksanakan penilaian dan pengukuran, penambahbaikan perlu
dilakukan. Penambahbaikan berbentuk pemulihan, pengayaan dan penilaian semula kesemua
proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku perlu diambilkira oleh seseorang guru yang
proaktif dan berkesan. Setelah guru selesai menyempurnakan proses pengajaran dan
pembelajaran, guru perlu memperuntukkan masa membuat refleksi terhadap pelaksanaan
pengajarannya. Langkah ini adalah penting untuk mengkaji keberkesanan pengajaran guru dalam
aspek pemilihan strategi pengajaran, tahap pencapaian murid dan keberkesanan komunikasi guru
murid.
6.4 Kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
Sebagai seorang guru yang memegang tugas utama mengajar pelajar, guru perlu
mengambil perhatian terhadap kepelbagaian budaya dalam bilik darjah iaitu dengan
mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dengan mengambil kira konsep perbezaan
individu. Guru digalakkan merancang poengajaran terlebih dahulu sebelum memulakan proses
pengajaran bagi memastikan kaedah dan teknik pengajaran yang digunakan berkesan.
Antara kaedah dan teknik yang sesuai digunakan ialah kaedah pembelajaran kolaboratif
dan koperatif. Kaedah pembelajaran ini merupakan kaedah belajar secara kerjasama dalam
kumpulan di bawah bimbingan guru, yang terdiri daripada empat hingga enam orang pelajar
berbagai kebolehan atau berlainan etnik untuk mencapai sesuatu matlamat yang sama. Kaedah
ini menggalakkan pelajar untuk berbincang dan bekerjasama dalam suasana hormat-
menghormati dan toleransi dalam bertukar-tukar idea melalui perbincangan serta menyumbang
kemahiran masing-masing. Melalui kaedah ini, pembelajaran dapat ditingkatkan, kerjasama
dapat dipupuk dan masalah disiplin dalam bilik darjah dapat dikurangkan.
Seterusnya, guru digalakkan menggunakan kaedah dan teknik penemuan dalam bilik
darjah yang mempunyai pelajar pelbagai budaya. Menerusi kaedah ini, guru merancang
pengajaran melalui penemuan. Contohnya guru memberikan tajuk rentas budaya kepada pelajar
di mana pelajar dikehendaki meneroka dan membina pengetahuan serta pengalaman supaya
faham budaya orang lain. Selain itu, kedah dan teknik projek juga boleh digunakan oleh guru.
Kaedah ini memerlukan pembinaan pelajar yang terdiri daripada murid pelbagai kaum dan
budaya. Ahli kumpulan yang terdiri daripada bangsa yang berbeza supaya mereka boleh kongsi
pengalaman dan buat kerja lapangan di komuniti yang berbeza.
Kaedah dan teknik pengajaran berpusatkan murid juga sesuai digunakan oleh guru untuk
mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan
penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk kaedah ini, murid
memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran manakala guru sebagai
pembimbing dengan melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui
rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar. Kaedah ini memberi peluang kepada
pelajar belajar secara individu, berkumpulan dan kelas.
Di samping itu, guru memvariasikan kaedah dan teknik pengajaran mengikut kesesuaian
dan keperluan pelajar iaitu dengan menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan bahan. Kaedah
ini memberikan penakanan terhadap bahan bantu mengajar (BBM) seperti carta, model, graf,
peta, gambar maujud, slaid, radio, perakam pita, video dan sebagainya. Teknik pengukuhan juga
sesuai digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran iaitu teknik peneguhan positif dan
teknik peneguhan negatif. Teknik peneguhan positif adalah guru memberikan ganjaran yang
menyenangkan contohnya memberikan makanan, sentuhan fizikal dan pujian jika murid
menunjukkan tingkah laku yang diingini seperti menjawab soalan yang ditanyakan guru dalam
bilik darjah. Teknik peneguhan negatif pula merupakan teknik penamatan keadaan yang tidak
menyeronokkan diikuti dengan respon perasaan contohnya guru membenarkan pelajar keluar
rehat selepas menyiapkan tugasannya.
7.0 KESIMPULAN
Walaupun Malaysia sudah mengecapi kemerdekaan hampi 59 tahun, namun terdapat
pelbagai perkara yang masih perlu diberi perhatian dan diperbaiki. Salah satu nya adalah
kepelbagaian budaya di dalam Negara kita ini. Negara kita dikenali dan dikagumi oleh
masyarakat luar dengan mempunyai masyarakat pelbagai latar belakang dan unik ini. Oleh itu
sebagai warga Negara Malaysia ini masyarakat nya perlu lah mempertahan kan keunikan ini
daripada sebarang kesulitan yang boleh menghancurkan keamanan Negara ini.
Di dalam pelaksanaan sistem sekolah yang berpusat dan kebangsaan wujud jenis-jenis
sekolah yang berbeza. Oleh itu budaya sekolah tersebut juga berbeza memandangkan warga-
warga sekolah-sekolah tertentu tergolong dari kaum etnik tertentu. Maka akan wujud
kepelbagaian budaya yang sering berlaku di dalam kelas adalah dari segi adat resam dan loghat.
Walaupun hal ini berlaku di dalam kelas namun guru dan pelajar sentiasa bergerak seiring untuk
mencapai matlamat yang ditetap kan. Kebanyakan sekolah-sekolah yang terletak di Bandar
disertai oleh pelbagai latar belakang kepelbagaian budaya berbanding sekolah-sekolah di luar
Bandar.
Walaupun mempunyai pelbagai perbezaan budaya namun kejayaan sesebuah sekolah itu
bergantung kepada gaya kepimpinan pengurus sekolah. Pengurusan sekolah yang menarik dan
baik dapat mewujudkan suasana sekolah mesra dan dapat memotivasikan setiap pelajar. Sebagai
seorang guru haruslah memastikan kepelbagaian budaya ini memberi manfaat kepada semua
murid di dalam kelas. Semua guru yang terlibat mengajar kelas yang mempunyai pelbagai latar
belakang budaya perlu mengajar dengan penuh dedikasi dan bersikap professional. Guru tidak
patut membezakan bangsa dan agama murid yang di ajar. Guru juga haruslah mengajar dengan
tidak mengelompokkan murid mengikut kaum mereka yang tertentu dalam satu kumpulan
sahaja.
Peranan guru adalah sebagai sumber utama pengetahuan kepada murid telah bertukar
kepada guru sebagai pemudahcaraan dalam pengajaran dan pembelajaran, agen perubahan dan
sumber inspirasi kepada murid. Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sisitem
penyampai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi efektif, menarik dan
menyeronokkan.
RUJUKAN
Academia (2016). Implikasi Kepelbagaian Budaya. Diperoleh daripada
https://www.academia.edu/8584318/Implikasi_Kepelbagaian_Sosiobudaya
Azwani Ismail & Zahara Aziz. (2009). Pendidikan pelbagai budaya dalam sistem pendidikan
di Malaysia. Sosiologi Pendidikan, 9 (2), 38-48. Diperoleh daripada
http://education.usm.my/images/docs/DigesPendidik/DP2009-2/5.pdf
Mok Soon Sang. (2012). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku (Edisi Ketiga). Selangor:
Penerbitan Multimedia.
Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Shukor Ramlah Jantan,
Roslinda Mustapha & Hazalizah Hamzah. (2012). Pembelajaran dan perkembangan
pelajar (Edisi Kedua). Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Najeemah Mohd Yusof. (2011). Persekitaran sekolah dan peranan guru dalam meningkatkan
interaksi sosial dalam kalangan murid di sekolah menengah kebangsaan. Pendidikan Sosial, 11
(2),67-75. Diperoleh daripada
http://education.usm.my/images/docs/DigesPendidik/DP2011-2/dp2011-2-07.pdf.
James Ang Jit Eng & Ed.D (20140. Pengurusan Bilik darjah: strategi-starategi mewujudkan
komuniti pembelajaran berkesan. Kuala Lumpur: PTS Akedemia
top related