pengurusan kepelbagaian budaya dalam konteks pencapaian sekolah terintang

32
Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang. Oleh: Prof. Madya Hasan Mat Nor Inst. Kajian Etnik (KITA) UKM

Upload: destiny-weber

Post on 02-Jan-2016

138 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang. Oleh : Prof. Madya Hasan Mat Nor Inst. Kajian Etnik (KITA) UKM. Kandungan. Pengenalan Huraian konsep - sekolah terintang - pengurusan budaya - pencapaian sekolah - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang

Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang.Oleh:

Prof. Madya Hasan Mat NorInst. Kajian Etnik (KITA)

UKM

Page 2: Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang

KandunganPengenalanHuraian konsep - sekolah terintang

- pengurusan budaya - pencapaian sekolah

Bentuk Kepelbagaian Budaya Di Sekolah Terintang

Cadangan Cara Menguruskan Kepelbagaian Budaya Untuk Menjamin Pencapaian Sekolah

Penutup

Page 3: Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang

Pengenalan Saya sebenarnya kurang arif untuk membicarakan

tajuk tersebut, sebab saya bukanlah seorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan budaya dalam pendidikan pendirian - tiada pengalaman mengajar disekolah terintang.

Terasa terlalu kerdil untuk membicarakan dengan tokoh-tokoh pendidikan yang hadir

Namun cuba memberikan input berdasarkan tanggapan dan pemerhatian yang bukan saintifik, tetapi lebih bersifat peribadi semasa saya menjalankan kajian tentang keciciran pelajar sekolah orang asli pada tahun 1990an yang lalu,dan juga pengalaman sebagai ahli fokus group ahli MPKPOA

Page 4: Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang

Beberapa konsep pentingSekolah Terintang - . Pihak penganjur telah

mendefinisikannya sebagai sekolah murid Orang Asli, Penan, Sekolah Kurang Murid, Sekolah Kecil, Sekolah Terpencil dan Sekolah Pedalaman.

Ada tiga kategori sekolah jenis ini: Pertama, sekolah yang pelajarnya daripada etnik Asli dan Penan. Kedua, bilangan pelajar kecil, dan Ketiga sekolah terintang ditentukan oleh lokasi – pedalaman.

Pencapaian sekolah ini biasanya rendah, tapi mungkin isu yang dihadapi sekolah ituberbeza.

Page 5: Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang

Samb:Sekolah ini juga berhadapan dengan kadar

ponteng serta berlakunya keciciran pelajar yang tinggi.

Kurangnya kemudahan infrastruktur pendidikan dan peruntukkan kewangan.

Barangkali juga kurang guru, malah mungkin juga terdapat guru-guru yang tiada minat berkhidmat disini, dan mengambil ringan sahaja tentang tugas yang diamanahkan.

Murid-murid tidak berminat kepada pelajaran serta ibu-bapa yang lemah komitmennya terhadap memastikan anak-anaknya cemerlang.

Page 6: Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang

Sedikit Gambaran Sek Orang AsliJumlahnya: 98 buahLokasinya : Kebanyakannya dipedalamanSejarahnya: Mula ditubuhkan oleh JHEOA pada tahun

1954, sebagai usaha mengenalkan persekolahan kepada Orang Asli dan juga sebagai langkah memastikan mereka tidak lagi berpindah randah.

Kakitangan sekolah : Staf JHEOA – Tiada latihan guru.1996 – Sekolah Orang Asli diambil alih

pengurusannya oleh KPM.BAGAIMANA PENCAPAIAN PELAJARNYA?

Page 7: Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang

UPSR 2006 HINGGA 2011TAHUN BILANGAN

HADIRBILANGAN

LULUS% LULUS PELAJAR CEMERLANG

(4A & 5A)

BIL %

2006 2,884 1,807 62.66 19 1.052007 2,846 1,706 59.94 20 1.172008 2,884 1,807 62.66 34 1.882009 3,107 1,789 57.58 46 2.572010 3,018 1,852 61.37 45 2.432011 3,091 2,154 72.40 **44 1.42

** 5A = 19 ORANG 4A = 25 ORANG

Page 8: Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang

ANALISA UPSR 2011NEGERI BIL

CALONBIL

HADIRBIL

LULUS

( ABC)

% LULUS

(ABC)

BIL LULUS

( ABCD)

% LULUS

(ABCD)

BIL GAGAL

% GAGAL

JOHOR 292 233 193 82.8 218 93.6 15 6.4

NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA

241 193 155 80.0 176 91.2 21 9.0

KELANTAN DAN TERENGGANU

462 345 195 56.5 256 74.2 61 17.7

PAHANG 1,569 1,128 832 73.8 982 87.1 150 15.3

PERAK DAN KEDAH 1,160 957 592 61.9 779 81.4 187 19.5

SELANGOR 312 235 187 79.6 212 90.2 25 11.8

JUMLAH4,036 3,091 2,154 72.4 2,623 84.8 469 15.2

Page 9: Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang

ANALISA UPSR 2011

NAMA PELAJARANJUMLAH CALON

CALON HADIR

% PELAJAR HADIR

ANALISA MATA PELAJARAN MENGIKUT CALON

A B C ABC % D E DE % TH %

BAHASA MELAYU KEFAHAMAN

4,036 3,091 77.4 454 406 1,294 2,154 72.4 469 464 933 27.6 945 22.6

BAHASA MELAYU PENULISAN

4,036 3,091 77.5 457 518 519 1,494 52.4 538 1,3481,616 47.6 945 22.5

BAHASA INGGERIS 4,036 3,062 76.6 37 185 755 977 36.5 823 1,1051,968 63.5 975 23.4

MATEMATIK 4,036 3,059 76.4 111 211 1,043 1,365 47.8 533 1,1411,674 52.2 977 23.6

SAINS 4,036 3,064 76.7 90 523 895 1,508 53.5 515 1,0441,559 46.5 974 23.3

% MATAPELAJARAN TERTINGGI% MATA PELAJARAN TERENDAH

Page 10: Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang

Bil

Negeri Bil. Tamat Drjh. 6

Bil. Menyamb.ke Tkt 1

Bil. Tidak Menyamb.Ke Tkt 1

% Cicir

1 Johor 319 286 33 10.34

2 Perak 1169 828 341 29.17

3 Kedah 5 5 0 0.00

4 Kelantan 462 441 21 4.55

5 Terengganu 30 11 19 63.33

6 Negeri Sembilan 233 175 58 24.89

7 Melaka 38 41 -3 -7.89

8 Selangor 349 277 72 20.63

9 Pahang 1486 1049 437 29.41

JUMLAH 4091 3,113 978 23.91

Page 11: Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang

SambungSenario ini menunjukkan ada masalah dalam

sistem persekolahan, masalah membangunkan dan memajukan serta menguruskan pendidikan di sekolah terintang.

Ramai penulis telah mengupas persoalan dan membahas isu ini. Ada yang mengatakan bahawa pendidikan yang dibekalkan itu tidak menarik pelajar untuk menimba pengetahuan; pendidikan yang disediakan itu tidak memberi makna kepada kehidupan orang asli.

Page 12: Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang

Bersekolah ataupun tidak, tidak merubah atau memberi kesan kepada mereka.

bahawa persekolahan itu kurang berguna kepada mereka, kerana budaya pendidikan yang disogokkan tidak selari dengan budaya sosialisasi dan nilai yang mereka warisi.

Ilmu yang dibekalkan disekolah dirasakan tidak serasi dengan budaya dan kehidupan yang mereka lalui.

Page 13: Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang

SambJusteru untuk menangani masalah yang

dihadapi, ada yang mencadangkan supaya dibangunkan pedagogi pribumi, supaya pedagogi ini selaras dengan citarasa dan kebiasaan kanak-kanak Orang Asli.

Cuma yang ingin kita tanyakan sejauh manakah ia telah diaplikasikan dalam P & P di sekolah. Adakah kajian menilai kesan pedagogi pribumi telah dilakukan. Jika telah dilaksanakan apakah dapatannya?

Page 14: Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang

Konsep: Pengurusan Kepelbagaian Budaya

Terdapat dua istilah yang perlu saya perjelaskan maksudnya dalam konsep di atas. Pertama ialah istilah Pengurusan dan kedua Budaya.

Secara mudah Pengurusan boleh sahaja bermaksud mentadbir atau mengawal ataupun mengusahakan sesuatu pekerjaan, atau pengurusan juga boleh bermaksud sekumpulan orang atau entiti yang berfungsi menyelaras dan mengharmonikan sesuatu kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks sekolah, pengurusan ini boleh sahaja bermaksud sesiapa sahaja yang menjalankan pentadbiran dan proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 15: Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang

Manakala budaya atau kebudayaan pula secara mudah sering dimaksudkan sebagai cara hidup yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat ataupun oleh sekelompok manusia

Saya memilih definisi yang telah digunapakai oleh Robert H. Lowie. Kata beliau kebudayaan adalah segala sesuatu yang di peroleh individu dari masyarakat, mencakup kepercayaan, adat istiadat, norma-norma artistik, kebiasaan makan, kebolehan yang di peroleh bukan dari kreatifitasnya sendiri melainkan merupakan warisan masa lampau yang di dapat melalui pendidikan formal atau informal.

Page 16: Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang

sambLantas pengurusan kepelbagaian budaya dalam

konteks persekolahan boleh sahaja kita maksudkan sebagai bagaimana pihak pengurusan sekolah mentadbir atau mengusahakan pengajaran dan pembelajaran untuk tujuan mengharmonikan kumpulan-lumpulan atau kelompok-kelompok yang memiliki kebiasaan-kebiasaan yang diwarisi dari masa lampau dan disesuaikan dengan persekitaran dan nilai-nilai sesebuah sekolah bagi mencapai sesuatu matlamat iaitu kecemerlangan pelajar-pelajarnya

Page 17: Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang

Konsep: Pencapaian SekolahSelalunya pencapaian sekolah diukur dari

peratusan pelajar yang lulus dan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.

Kerana indikator yang sedemikianlah pernah kita terbaca di akhbar-akhbar terdapat pihak pengurusan sekolah yang menghalang pelajar-pelajar lemah daripada menduduki peperiksaan, kerana khuatir tahap pencapaian sekolah mereka menurun.

Tetapi mengapakah kita tidak mengukur pencapaian sekolah itu dari sudut keupayaannya memenuhi falsafah pendidikan negara.

Page 18: Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang

Falsafah Pendidikan Negara“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha

berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.”

Page 19: Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang

Ertinya pihak sekolah perlu menterjemahkan nilai-nilai ini dalam P&Pnya supaya pelajar yang dididik menjadi seimbang intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kerana itulah bagi pendapat saya tugas guru tidak terhad kepada mengajar tetapi mendidik.

Mendidik ini satu budaya kerja atau budaya tugas yang belum pasti berupaya dihayati oleh semua guru.

Kita ingin bertanya apakah budaya mendidik ini telah berjaya disemaikan kepada guru-guru yang dilatih?

Page 20: Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang

Bentuk Kepelbagaian Yang Terdapat Di Sekolah Orang AsliSecara kasar kita boleh bahagikan kepelbagaian

disekolah kepada dua kelompok. 1.Kelompok yang membekalkan perkhidmatan

dan 2. kelompok yang menjadi klien. Kelompok yang membekalkan perkhidmatan ini

terikat kepada budaya Eurocentrik persekolahan, budaya bangsa/etniknya sendiri serta nilai-nilai semasa yang telah diperolehi melalui proses-proses sosial yang dilaluinya. (Budaya moden)

Klpk ini juga memiliki kuasa yang disahkan oleh sistem pendidikan itu sendiri.

Page 21: Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang

Samb:Kelompok kedua atau kelompok klien

adalah terdiri daripada murid-murid, juga ibu-bapa dan masyarakat setempat.

Kelompok ini juga memiliki tatacara, keinginan dan harapan mereka sendiri yang berpaksikan oleh kepada adat dan tradisi yang mereka warisi.

Pandang dunia mereka sangat dipengaruh oleh adat dan tradisi yang telah diwarisi. Mereka memang merasa selesa dan sebati dengan keadaan kehidupan tradisi ini, yang diselubungi kemiskinan material.

Page 22: Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang

.Mereka sedar bahawa mereka sangat berbeza dengan kelompok dominan yang moden.

Lantaran itu mereka menjadi kelompok yang sangat sensitif, mudah merasa terhina dan kecil hati.

Jurang perbezaan inilah yang memisahkan kedua-dua kelompok ini. Semakin lebar jurang ini mereka rasakan, maka semakin sukarlah kelompok klien ini berminat menerima perkhidmatan yang disediakan dan ini menjadikan mereka sebagai klien yang pasif.

Lantas apakah cara yang telah dilakukan oleh kelompok dominan untuk mengubah keadaan ini. Di sinilah fungsi pengurusan kepelbagaian kebudayaan menjadi amat penting, kerana dengannya jurang itu boleh dirapatkan

Page 23: Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang

Samb:Andainya komponen-komponen ini gagal diurus-tadbir

dengan baik dan masing-masing mengekalkan kebiasaan, sikap dan nilai masing-masing, maka matlamat kecemerlangan yang ingin dicapai akan tinggal sebagai harapan sahaja dan tidak mungkin akan menjadi realiti.

Setelah sekian lama sekolah terintang ini beroperasi, mari kita tanya diri kita mengapa kecemerlangan itu menjadi sesuatu yang begitu sukar dicapai di sekolah jenis ini?

Saya pasti setiap komponen yang saya sebutkan tadi ada jawapan mereka sendiri. Dan jari mereka akan ditudingkan kepada elemen-elemen lain yang biasanya berada di luar kawalan masing-masing yang dianggap sebagai penyebab.

Page 24: Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang

Langkah MengatasiPemahaman yang mendalam tentang pelajar atau klien

serta masyarakat setempat menjadi sangat pentingPemahaman ini akan jadi lebih mudah jika wujudkan

hubungan yang mesra antara kedua-dua kelompok ini. Hubungan mesra ini akan melahirkan rasa percaya

serta rasa hormat dan menghormati antara satu sama lain.

Peranan kumpulan dominant/ guru bukan hanya berfokus kepada P & P yang terikat kepada silibus sahaja, malah pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya pelajar, agama, latar belakang keluarga, dan sosioekonomi

Page 25: Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang

Latihan Guru ada menyediakan kursus untuk memperkenalkan bakal-bakal guru kepada budaya masyarakat Orang Asli. Tetapi sejauh manakah maklumat ini, berjaya mereka terjemahkan dalam melaksanakan peranan mereka di sekolah-sekolah terintang ini.

Maklumat yang diperoleh itu tidak akan memberi apa-apa kesan jika personaliti atau sahsiah guru itu bermasalah. (sikap bekerja untuk gaji / dihukum)

Individu-individu atau guru-guru atau orang yang terlibat perlu membetulkan sikap mereka terlebih dahulu

Page 26: Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang

Salah satu pendekatan dalam konteks memahami budaya Orang Asli (klien), perlu sekali guru-guru yang berkhidmat di sekolah berkenaan berupaya bertutur dalam bahasa penduduk setempat. Ini akan memudahkan guru diterima oleh masyarakat setempat, dan lebih penting lagi murid-murid akan merasa wujud kaitan dengan guru itu, -- ada perkara yang mereka miliki bersama. Murid-murid juga merasakan guru itu adalah sebahagian daripada mereka.

Page 27: Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang

Apabila murid-murid faham mereka akan berminat dengan guru itu dan sekali gus akan berminat kepada mata pelajaran yang diajarkannya.

Pelajaran yang diajarkan akan jadi lebih menarik jika guru itu dapat mengolahnya dengan baik dan menarik. Ini akan diterjemahkan oleh murid-murid dalam bentuk suka kepada guru tersebut, sayang, hormat dan patuh kepadanya.

Page 28: Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang

Guru-guru juga perlu mengetahui keadaan kehidupan setiap keluarga muridnya, tahu adat resam dan pantang-larang yang mereka amalkan.

Guru-guru perlu selami akal budi mereka. Akal budi setiap individu itu berbeza. Ini perlu kerana dengannya guru akan mudah dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat dan juga menyesuaikan diri dengan murid-muridnya dan dengan mudah juga dapat menyelesaikan masalah-masalah yang wujud.

Page 29: Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang

Bergaul, bermesra, prihatin dan terbuka dengan ibu-bapa murid dan masyarakat setempat adalah elemen atau langkah dalam pengurusan kebudayaan di sekolah terintang. Jika ini telah dilakukan oleh semua guru bermakna telah bermulalah usaha sekolah menguruskan kepelbagaian budaya di sekolah itu.

Kesannya, bila hubungan sekolah dengan masyarakat akrab dan mesra akan zahirlah rasa tanggung-jawab oleh semua pihak, dengan itu kualiti produk perkdimatan disekolah akan meningkat dan masalah P & P di sekolah terintang mampu dikurangkan.

Page 30: Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang

Guru boleh kaitkan kandungan pelajaran dengan elemen budaya, kehidupan dan persekitaran yang biasa dengan murid-murid. Ini pasti akan menjadikan pelajaran itu bermakna dan menyeronokkan kepada mereka.

Untuk menjadikan mereka faham, guru wajar mampu memberi banyak contoh, dan contoh ini juga harus sesuatu yang dekat dan biasa dengan mereka. Gunakan bahasa yang mudah atau bahasa yang mereka gunakan untuk memberikan penerangan. Di sinilah pentingnya guru menguasai bahasa murid-murid atau bahasa setempat.

Page 31: Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang

Guru-guru kena tahu apa benda yang boleh menyentuh hati kecil murid-murid mereka. Mengetahui semua inilah yang boleh membantu guru menguruskan kepelbagaian kebudayaan.

Guru-guru semuanya telah didedahkan dengan psikologi kanak-kanak. Manfaatkan pengetahuan psikologi dan kebudayaan ini untuk memperkasakan P & P guru-guru. Elakan daripada menyentuh perkara-perkara yang boleh menjadikan murid mereka tersinggung atau malu. Perkukuhkan jati diri murid dan keyakinan diri. Bina self-esteem dan harga diri mereka. Libatkan ibu-bapa dan masyarakat bersama dalam aktibiti sekolah dan guru-guru pula mesrakan diri ke dalam masyarakat. Akan lahirlah satu sinergi kebersamaan yang mampu menguruskan hubungan antara budaya kelompok-kelompok dalam sekolah demi mencapai kecemerlangan pendidikan.

Page 32: Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian Sekolah Terintang

SEKIAN

TERIMA KASIH