kemahiran mendengar dan bertutur tahun 2(lampiran 1)

Post on 23-Jul-2015

106 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2

Garisi nilai-nilai murni yang terdapat dalam

petikan menggunakan papan kekunci . Keluarga Harmoni

Ikhwan murid tahun dua. Dia mempunyai empatorang adik-beradik. Ayah Ikhwan bernama Encik Zailan. Beliau seorang yang bertanggungjawab dan bertugassebagai juruteknik. Ibu Ikhwan bernama Puan Lina. Beliauseorang yang penyayang dan bertugas sebagai guru.

Keluarga Ikhwan mengamalkan sikap berjimatcermat. Pada waktu lapang, mereka membuat penyapu lididaripada daun kelapa. Daun kelapa itu diambil daripadapokok kelapa yang ditanam di belakang rumah mereka. Penyapu lidi itu digunakan untuk menyapu kawasan rumahmereka. Keluarga Ikhwan juga bekerjasama menjagakebersihan rumah. Mereka juga suka tolong menolongantara satu sama lain semasa melakukan tugas-tugas yang diamanahkan. Rumah mereka sentiasa bersih.

Keluarga Ikhwan saling menghormati antara satusama lain. Ikhwan dan adik-beradiknya taat kepada ibubapa. Mereka sekeluarga hidup sihat, ceria dan harmoni.

top related