kata kerja

Post on 29-Dec-2015

85 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

kata

TRANSCRIPT

Kata Kerja Tunggal• Kata kenja tunggal ialah kata yang tenbentuk tanpa imbuhan.• Kebanyakan kata kerja demikian bensifat tak transitif. Antara

contohnya ialah:• ada, ikut, balik, jaga,pulang, keluar, datang, lahir

• Contoh penggunaan kata kerja tunggal dalam ayat adalah seperti yang berikut:

• Murid-murid itu balik ke rumah.• Pelawat sekolah saya belum datang lagi.• Burung helang terbang di angkasa.

Kata Kerja Terbitan• Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang terhasil daripada

proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan melahirkan perkataan-perkataan terbitan.

• terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan.

Awalan kata kerja• Awalan yang membentuk kata kerja terbitan dalam bahasa

Melayu ialah:(i) meN-(ii) beR-(iii) teR—(iv) di-(v) mempeR-(vi) dipeR-

(i) Awalan meN-(a) Bentuk awalan meN• Awalan meN- ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif,

sama ada transitif atau tak transitif. • Awalan ini mempunyai empat bentuk varian, bengantung pada

huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya, iaitu me-, mem-, men-, dan meng-.

• Bentuk-bentuk varian ini berlaku seperti yang berikut:

(I) meN- menjadi me- apabila bengabung dengan kata dasar yang bermula dengan hunuf-huruf m,ny, r, I, w, dan y. Contohnya:• masak — memasak• nanti — menanti• nyala — menyala• nganga — menganga• nayu — menayu• lawan — melawan• wangi — mewangi• yakmn — meyakinkan

Termasuk ke dalam jenis ini ialah kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf p, t, k, dan s. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar berubah menjadi bentuk sengau yang sama daerah antikulasinya iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s, seperti dalam contoh yang berikut:

• pesan — memesan• pukul — memukul• tetap — menetap• tan — menani• karang — menganang• kaji — mengaji• salin — menyalin• sinan — menyinar

(II) meN- menjadi mem- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf b dan perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf f, p dan v, dan gugus konsonan yang bermula dengan huruf b dan p. Contohnya:• ben — membeni• bantu — membantu• bilas — membilas

Perkataan pinjaman:• veto — memveto• fitnah - memfitnah• fatwa — memfatwakan• pamer — mempamerkan• popular — mempopulankan• proses — memproses• praktik — mempraktikkan• plagiat — memplagiat• plaster — memplaster• blok — memblok• brek — membrek

• Terdapat bebenapa perkataan yang bermula dengan huruf p yang menerima awalan mem- dan dianggap kecualian. Contohnya:

• pelopor — mempeloponi• pelawa — mempelawa• percaya — mempercayai• punya — mempunyai• peduli — mempedulikan

(III) meN- menjadi men- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy, dan z, serta perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s dan perkataan pinjaman yang mengandungi gugus konsonan yang juga bermula dengan huruf t dan s. Contohnya:• deru - menderu• dayung - mendayung• duga – menduga• Cari – mencari• Jemur-menjemur

Perkataan pinjaman• Tabligh-mentablighkan• Tadbir-mentadbir• Tafsir-mentafsir• Swasta-menswastakan

Tendapat dua kecualian pada bentuk kata dasar, iaitu ternak dan tertawa yang menerima awalan men- tanpa berlaku pengguguran .• Ternak – menternak• Tertawa - mentertawa

(IV) meN- menjadi meng- apabila digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf g, gh, kh, dan h(bunyi konsonan), dan a, e, i, o, dan u (bunyi vokal). Seperti• peng-, meng- juga hadir dengan perkataan pinjaman yang kata

dasarnya bermula dengan huruf k termasuk gugus konsonan yang bermula dengan huruf k. Contohnya:

• Gali-menggali• Ghairah-mengghairahkan• Khayal-menghayalkan• Hantar-menghantar• Alir-mengalir• Ejek-mengejek• Ikut-mengikut• Olah-mengolah• Ulang-mengulang

Perkataan pinjaman:• Kabul-mengkabulkan• Kanun-mengkanunkan• Kategori-mengkategorikan

• Tendapat satu bentuk kecualian, iaitu kata dasar kaji yang huruf pentarnanya tidak berubah menjadi bentuk sengau apabila bergabung dengan awalan meng- iaitu mengkaji. Bentuk ini berbeza daripada bentuk mengkaji.

• kaji — rnengkaji

Awalan meng- menjadi menge- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bersuku kata satu, baik perkataan Melayu mahupun kata pinjaman, contohnya:• cat — mengecat• bom — mengebom• sah — mengesahkan• pos — mengepos• tin — mengetin• lap — mengelap

• Kecualian iaitu awalan menge- tidak berubah menjadi menge-,contohnya:• stor — menstor• brek — membrek• klip — mengklip

(b) Golongan kata yang dapat bergabung dengan awalan meN Awalan meN- boleh digabungkan dengan kata dasar yang tendiri daripada berbagai-bagai golongan kata, iaitu kata nama, kata adjektif, dan kata kerja. Contohnya:

Kata Nama• dayung-mendayung• lombong-melombong• Langit-melangit• Kail-mengail

Kata adjektif• Putih-memutih• Tinggi-meninggi• Besar-membesar• Tebal-menebal

Kata kerja (transitif)• Beri-memberi• Jual-menjual• Pakai-memakai• Baca-membaca

Kata kerja (tak transitif)• Tangis-menangis• Naik-menaik• laung-melaung• Turun-menurun

(c) Jenis kata kerja berawalan meN-• kata kerja boleh terdiri daripada kata kerja transitif dan kata kerja

tak transitif. Demikian juga halnya dengan kata kerja yang menerima awalan meN-. Dalam hal ini terdapat tiga jenis kata kerja berawalan meN-, iaitu:

(i) kata kerja transitif tanpa akhiran(ii) kata kerja transitif berakhiran(iii) kata kerja tak transitif

(I) Kata kerja aktif transitif tanpa akhiran• Kata kerja jenis ini terdiri daripada kata kerja yang hanya menerima awalan

meN- tanpa apa-apa akhiran, tetapi diikuti langsung oleh objek, contohnya:• membaca buku• menggonggong tulang• menendang bola• membeli sayun• memakai baju

• Dalam contoh di atas buku, tulang, bola, sayur, dan baju merupakan objek atau penyambut kata kerja yang mendahulu perkataan-perkataan tersebut. Contoh dalam ayat:

• Adik sedang membaca buku di beranda rumah.• Anjing itu menggonggong tulang.• Ali menendang bola ke pintu gol.

(II) Kata kerja aktif transitif berakhiran• Kata kerja berawalan meN- boleh juga hadir dalam ayat aktif

transitifdengan akhiran, iaitu akhiran -kan dan -i. contoh:• menjalankan — menjalani• mendekatkan — mendekati• menaikkan — menaiki

(III) Kata kerja aktif tak transitif• Kata kerja aktif tak transitif, seperti yang telah diterangkan, ialah kata

kerja yang tidak mernerlukan penyambut atau objek. Contohnya ialah:• Menangis, menurun, menaik, menguning, memutih

Contoh dalamayat:• Anak kecil itu menangis.• Suhu badannya makin menaik.• Ombak memutih di pantai.• Harga barang menurun sejak akhir-akhir ini.• Padi menguning di sawah.

d) Aspek makna awalan meN-1) Bagi makna melakukan perbuatan, perkataan yang tergolong ke dalamnya dapat dipecahkan kepada bahagian yang khusus mengikut maksud tertentu seperti yang berikut:(a) Melakukan sesuatu contohnya:Menggarang, menggoreng,memprosesContoh dalam ayat:• Penulis itu telah mengarang sepuluh buah buku.• Pak Mat sedang menggoreng pisang di warungnya.• Jawatankuasa itu sedang memproses borang itu.

(b) Mengeluarkan suara, contohnya.Mengaum, mencicit, mengiauContoh dalam ayat:• Harimau itu mengaum ketika hendak menerkam mangsanya.• Tikus itu mencicit di sebalik almani kain.• Kucing belang mengiau meminta makanan.

(c) membuang, mencari atau mengumpulkan sesuatu, contohnya:Merotan,merumputContoh dalam ayat:• Mata pencarian Pak Abu merotan di hutan.• Petani itu merumput di kebunnya.

2) Bagi makna menyatakan keadaan, terdapat dua pecahan iaitu:(a) hidup sebagai, contohnya:Membujang,menduda• Dia berasa lebih senang hidup membujang• Sejak menduda Encik Ali menumpukan perhatian pada hobinya.

(b) menjadi, contohnya:Memucat,memutih• Mukanya memucat apabila menerima khabar buruk itu• Ombak memutih di pantai

(ii) Awalan beR-(a) Bentuk awalan beR-• Awalan beR- juga membentuk kata kerja. Perkataan-perkataan yang menerima

awalan ini menjadi kata kerja yang bensifat tak transitif, sama ada yang memerlukan pelengkap atau yang tidak memerlukan pelengkap.

• Pada dasarnya tendapat satu bentuk awalan beR-, yakni ber- yang digabungkan dengan semua kata dasar. Contohnya:

• angkat — berangkat• ikut — berikut• ekor— berekon• baju — benbaju• dayung - bendayung• nyanyi — bennyanyi

• Apabila ber- bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r, dua r yang bergabung itu akan berubah menjadi satu r melalui proses peleburan bunyi. Contohnya:

• ber + rasa — berasa• ber + renang — berenang• ber + raja — beraja• ber + rendam — berendam

(b) Golongan kata yang boleh bergabung dengan awalan beR-• Awalan beR- boleh digabungkan pada kata dasar yang terdiri daripada keempat-empat golongan kata

utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas. Contohnya:

kata nama:• buah - berbuah• kereta — berkereta• baju — berbaju• haba — berhaba

kata kerja:• buat — berbuat• ubah — berubah• baring — berbaring• lari — berlari

kata adjektif:• susah — bersusah• gembira — bergembira• sedih — bersedih• dukacita — berdukacita

kata tugas:• satu — bersatu• tiga — bertiga• ratus — beratus• oleh — beroleh

(c) Jenis kata kerja berawalan beR-• Kata kerja yang dibentuk dengan awalan beR- bensifat tak transitif.• Tendapat dua jenis kata kerja berawalan beR- tak transitif, iaitu:(i) tak transitif tanpa pelengkap(ii) tak transitif berpelengkap

(I) Contoh kata kenja berawalan heR- tak tnansitif tanpa pelengkapialah:berjalan, berkeretaContoh dalam ayat:• Mereka sedang berjalan.• Bapa tidak berkereta ke pejabat hari ini.

(II) Contoh kata kerja berawalan beR- tak transitif berpelengkap ialah:beransur baikberbuat jahatContoh dalam ayat:• Pesakit itu sudah beransur baik.• Banduan itu berbuat jahat lagi.

• d) aspek makna awalan beR-1) beR- yang memberi pengertian refleksif, iaitu perbuatan yang melibatkan atau mengenai diri sendiri, contohnya:• cukur — bercukur• hias — berhias• jemur — berjemurContoh dalam ayat:• Ayah sedang bercukur di bilik air.• Pengantin baharu sedang berhias.• Kucing itu memang suka berjemur.

2) beR- yang memberi pengertian perbuatan bersalingan, iaitu saling melakukan perbuatan yang terkandung dalam kata kerja, contohnya:tumbuk — bertumbuktemu — bertemuContoh dalam ayat:• Semalam All bertumbuk dengan Ahmad.• Ahli-ahli kumpulan itu bertemu di dewan sekolah.

3) beR- yang memberi pengertian suatu kendaan yang sudah sedia berlaku, yang mirip dengan pengertian pasif. Bahkan, dalam penggunaan pengertian itu, kata kerja yang berawalan beR- ini dapat bertukar ganti dengan awalan di-. Contohnya:• tulis — bertulis (sedia ditulis)• hidang — berhidang (sedia dihidang)• jawab — berjawab (sedia dijawab)• Contoh dalam ayat:• Laporan itu belum bertulis lagi.• Makanan yang lazat sudah berhidang.• Surat-surat yang saya kirim kepadanya belum berjawab.

iii) Awalan teR-a) Bentuk awalan teR-Pada dasannya tendapat satu bentuk awalan teR-, iaitu ter- yangdigabungkan dengan semua kata dasar, contohnya:• ikat — terikat• ambil — terambil• bubuh — terbubuh• carik — tercarik• jalin — terjalinSeperti awalan ber-, bagi kata dasar yang bermula denganhuruf r yang bergabung dengan ter-, salah satu daripada r gugurhasil daripada proses peleburan bunyi. Contohnya:• rasa — terasa• rentang — terentang• rendam — terendam• rancang — terancang• ringkas — teringkas

Seperti juga awalan ber-, apabila awalan ter- bergabung dengan kata yang konsonan awalnya diikuti oleh -er- seperti kata sergam, maka r dalam awalan ter- tidak gugur. Namun begitu tendapat kecenderungan sesetengah penutur menggugurkan r dalam pengucapan lisan. Contohnya:• sergam — tersergam• percik — terpercik• serlah — terserlah• perdaya — terperdaya

(b) Golongan kata yang bergabung dengan awalan teR-Awalan teR- digabungkan dengan kata dasar daripada golongan kata kerja, baik kata kerja transitif, mahupun tak transitif, dan kata nama. Contohnya:

kata kerja transitif:• beli — terbeli• pukul — terpukul• makan — termakan• ambil — terambil• suruh — tersuruh

kata kerja tak transitif:• duduk — terduduk• diam — terdiam• baring — terbaring• sandar — tersandar• jatuh — terjatuh

kata nama:• paku — terpaku• nama — ternama• buku — terbuku• pelajar — terpelajar• dayung — terdayung

(c) jenis kata kerja berawalan teR-• Kata kerja yang dibentuk dengan awalan teR- terdiri daripada dua jenis,

iaitu:(i) kata kerja aktif(ii) kata kerja pasif

(I) Kata karja aktif• Terdapat dua jenis kata kerja aktif yang terbentuk dengan awalan ter-, iaitu:• (a) kata kerja transitif • (b) kata kerja tak transitif

(a) Kata karja transitif Kata kerja transitif ialah kata kerja yang diikuti oleh objekatau penyambut. Contohnya:• makan — termakan• ambil — terambilContoh dalam ayat:• Adik termakan lauk yang pedas itu.• Saya terambil buku Ali.

• b) Kata kerja tak transitif• Kata kerja tak transitif dengan awalan teR- ialah kata kerja

yang tidak memerlukan objek atau penyambut sesudahnya, tetapi boleh diikuti oleh unsur keterangan. Contohnya:

• jatuh — terjatuh• duduk — terdudukContoh dalam ayat:• Din terjatuh dari atas pokok.• Ali terduduk sejenak setelah mendengar berita itu.

ii) Kata karja pasif• Sejumlah kata kerja yang terbit hash gabungan kata dasar

dengan• imbuhan taR- berfungsi sebagai kata kerja pasif, seperti contoh

yang berikut:• pijak — terpijak• ambil — terambilContoh dalam ayat:• 150. Bunga itu terpijak oleh Ali.• 151. Buku saya tarambil oleh bapa.

c) Aspek makna awalan teR-Perkataan-penkataan yang menerima awalan teR- membentuk kata kerja yang membawa berbagai-bagai pengertian. Antaranya:(1) teR- yang membawa pengertian tak sengaja bagi kedua-dua kata kerja aktif dan pasif.

kata kerja aktif transitif :• terminum racun• tersepak batuContoh dalam ayat:• Pekerja itu terminum racun serangga.• Ali tersepak batu semasa berjalan di tepi pantai.

kata kerja pasif:• terlanggar oleh lori• terpijak oleh AliContoh dalam ayat:• Anjingnya terlanggar oleh lori.• Kasut saya terpijak oleh Ali.

(II) teR- yang memberi pengertian keupayaanterangkat batu yang besartertewas oleh pasukan pelawatContoh dalam ayat:• Badang terangkat batu yang besar itu.• Pasukan negeri tertewas juga oleh pasukan pelawat.

(III) teR- yang memberi pengertian dalam keadaan tersediatersusunterhidangContoh dalam ayat:• Pasu-pasu bunga tersusun di halaman rumah.• Berbagai-bagai juadah hari raya terhidang di atas meja.

iv) Awalan di-Awalan di- ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga.(a) Bentuk awalan di-Awalan di- sebagai pembentuk kata kerja pasif mempunyai hanya satu bentuk, iaitu di-, contohnya:• sapu — disapu• tulis — ditulis• pukul — dipukul

b) Golongan kata yang dapat bergabung dengan awalan di-Awalan di- dapat bergabung dengan kata dasar golongan kata kerja dan keta nama.kata kerja:• tulis - ditulis• panjat - dipanjat• suruh - disuruh• tarik - ditarik

kata nama:• gulai - digulai• hukum - dihukum• jerat - dijerat• panah - dipanah

c) Jenis kata kerja berawalan di-Seperti yang telah diterangkan, kata kerja yang dibentuk dengan awalan di- ialah kata kerja pasif yang subjek asalnya tendiri daripada orang ketiga. Contohnya:• tulis — ditulis• panjat — dipanjat• tarik — ditarikContoh dalam ayat:• Surat itu ditulis oleh adik saya.• Pokok-pokok kelapa itu dipanjat oleh pekerja kontrak.• Tali yang panjang itu ditarik oleh murid-murid itu.

• Kata kerja pasif yang berawalan di- di atas mempunyai bentuk aktif yang menenima awalan meN-, seperti contoh berikut:

Aktif Pasif• menulis - ditulis• memanjat - dipanjat• menarik - ditarik

v) Awalan mempeR-a) Bentuk awalan mempeR-• Awalan mempeR- juga awalan pembentuk kata kerja yang

wujud dalam hanya dalam satu bentuk, iaitu memper-. Dalam bahasa Melayu bentuk ini biasa juga dirujuk sebagai hanya awalan per-.

• Namun demikian dalam ayat aktif per- tidak boleh wujud tanpa awalan meN-. Kecuali dalam ayat perintah . Bentuk ini beruhah menjadi diper- dalam ayat pasif.

Contohnya:memper + alat — memperalatmemper + isteri — memperisterimemper + tinggi — mempertinggimemper + cepat — mempercepatmemper + oleh — memperoleh

b) Golongan kata yang dapat bergabung dengan awalan memper-• Awalan memper- dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri

daripada kata nama, kata adjektif dan kata tugas.

kata nama:• alat — memperalat (menjadikan seseorang sebagai alat)• daya — memperdaya (menjadikan seseorang tertipu melalui

muslihat)• hamba — memperhamba (menjadikan seseorang sebagai hamba)

kata adjektif:luas — memperluastinggi — mempertinggibesar — memperbesarcepat — mempercepat

kata tugas yang terdiri daripada kata sendi nama:oleh — memperoleh

c) Jenis kata kerja berawalan memper-Perkataan yang dibentuk dengan awalan memper- ialah kata kerja aktif transitif. Contohnya:• memperalat• MemperkemasContoh dalam ayat:• Majikan itu memperalat pekerjanya.• Ibu memperkemas bilik itu.

d) Aspek makna awalan memper-i) Awalan memper- apabila digabungkan dengan segelintir katadasar daripada golongan kata nama, membentuk kata kerja yangmembawa makna menjadikan sebagai maksud perbuatan dalam kata dasar dan sering membawa maksud kiasan. Contohnya:• alat — memperalat• daya — memperdaya

Contoh dalam ayat:• Komunis memperalat pemuda-pemuda itu.• Peniaga itu memperdaya pelanggannya dengan janji-janji

manis.

(II) Awalan memper- bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata adjektif membentuk kata kerja yang membawa makna menjadikan lebih atau bertambah bagi sifat yang terkandung dalam kata dasar.Contohnya:• besan — memperbesar (menjadikan lebih besar)• kemas — memperkemasContoh dalam ayat:• Pak Mat memperbesar rumahnya.• Ibu memperkemas ruang tamu rumah kami.

iii) Awalan memper-, apabila bergabung dengan kata dasar daripada kata tugas untuk membentuk kata kerja, membawa makna mendapat sesuatu. Contohnya:• Oleh – memperoleh (mendapat)Contoh dalam ayat:• Kakak saya memperoleh hadiah pertama dalam pertandingan

itu.

vi) Awalan dipeR-a) Bentuk awalan dipeR-Awalan dipeR- ialah awalan yang membentuk kata kerja pasif yang wujud dalam satu entuk, iaitu diper-. Contohnya:diper- +alat = diperalatdiper-+isteri = diperisteridiper-+tinggi = dipertinggidiper-+cepat = dipercepat

b) Golongan kata yang dapat bergabung dengan awalan diper-Awalan diper- dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata tugas.

kata nama:alat — diperalatisteri — diperisterikacang — diperkacangkawan — diperkawandaya — diperdaya

kata adjektif:luas — diperluastinggi — dipertinggibesar — diperbesarcepat — dipercepaterat — dipererat

kata tugas yang terdiri daripada kata sendi nama:oleh — diperoleh

c) Jenis kata kerja berawalan diper-• Jenis kata yang dibentuk dengan diper- ialah kata kerja ayat

pasif yang subjek asalnya terdiri daripada orang ketiga. Contohnya:

• isteri — diperisteri• besar— diperbesarContoh dalam ayat:• Anak saudaranya diperisteri oleh Che Daud.• Ruang pejabat itu telah diperbesarkan.

d) Aspek makna awalan diper-1) Awalan diper- apabila bergabung dengan kata dasar

daripada golongan kata nama membentuk kata kerja yang membawa makna dijadikan sebagai maksud perbuatan kata dasar dan sering membawa makna kiasan.

• Isteri- diperisteri• Kawan – diperkawanContoh dalam ayat:• Gadis sunti itu diperisteri oleh Luqman.• Murid yang baru datang itu diperkawan oleh Lutfy

(II) Awalan diper- bergabung dengan kata dasar daripada golongankata adjektif membentuk kata kerja yang membawa makna dijadikan lebih atau bertambah, hagi sifat yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya:• besar - diperbesar (dijadikan lebih atau dijadikan

bertambahbbesar)• kemas — diperkemasContoh dalarn ayat:• Rumahnya diperbesar oleh Pak Mat.• Ruang tamu itu diperkemas oleh ibu.

(III) Awalan diper- apabila bergabung dengan kata dasar daripadakata tugas untuk membentuk kata kerja, membawa makna terdapat sesuatu. Contohnya:• oleh — diperolehContoh dalam ayat:• Ilmu pengetahuannya diperoleh melalui pembacaan.

top related