kaedah penilaian bahasa melalui projek dan kertas kerja

Post on 25-Jul-2015

697 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Kaedah Penilaian Bahasa Melalui Projek dan Kertas Kerja

TRANSCRIPT

KAEDAH PENILAIAN BAHASA

- Penilaian Melalui Projek- Penilaian Melalui Kertas Kerja

Norakma Liyana Fatimah Munirah

PENILAIAN MELALUI PROJEK

PENILAIAN MELALUI PROJEK

Projek adalah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu.

Melibatkan aktiviti pengumpulan serta analisis data dan penyediaan satu laporan.

Boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.

Dilaksanakan dalam satu jangka masa yang munasabah.

Murid dapat mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan.

Penilaian sama ada penilaian guru, kendiri atau rakan sebaya dijalankan pada setiap tahap proses iaitu dari tahap projek mula dirancang sehinggalah ke tahap hasil disiapkan.

Instrumen yang digunakan; Kontrak Rubrik Senarai semak Sekala kadar

Projek dibuat berdasarkan penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir secara reflektif dan berketrampilan tentang sesuatu perkara mengikut bidang masing-masing.

Ciri-ciri Penilaian Projek

1. Projek/tugasan mempunyai pelbagai reka bentuk iaitu bentuk lisan, visual, dan kinestetik.

2. Ia menggunakan jangka masa yang panjang.

3. Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.

4. Murid-murid dibenarkan untuk membina penyelesaiaan alternatif. Tiada didapati satu jawapan yang benar.

6. Murid-murid dikehendaki melibatkan diri sacara aktif sama ada memyediakan projek atau dalam kumpulan koperatif.

7. Murid-murid boleh menjalankan projek secara individu atau berpasukan.

8. Peluang menilai murid-murid dalam kreativiti, kemahiran merancang, integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasan bersama orang lain.

9. Murid-murid menunjukkkan kebolehan mengkaji atau membentuk sesuatu.

10. Murid-murid melaksanakan dan menghasilkan sesuatu.

11. Murid-murid mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

12. Murid-murid melakukan aktiviti bermakna.

PENILAIAN MELALUI PROJEK

TUJUAN

1. Menggalakkan murid-murid bekerjasama dan menerima tanggungjawabnya.

2. Memberi kebebasan kepada murid-murid untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi.

3. Memberi peluang menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah.

4. Memotivasikan murid-murid untuk belajar.

5. Memberi peluang pelajar memainkan peranan sebagai pemimpin.

6. Membenarkan pelajar menentukan peranan.7. Membolehkan pelajar yang mempunyai

minat dan kebolehan yang sama bekerja dalam satu kumpulan mengikut kadar yang sesuai dengankemampuannya.

8. Membantu murid-murid mengesan bidang kelebihannya dan menggunakan kelebihan ini sebaik mungkin.

PENILAIAN MELALUI PROJEK

JENIS-JENIS

1. Latihan atau soalan “open-ended” untuk murid-murid meneroka secara lisan atau bertulis.(main peranan)

2. Extended tasks assignment seperti menulis puisi,melaksanakan dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model.

3. Portfolio seperti koleksi tugasan berdasarkan prestasi.

4. Tugasan prestasi seperti drama,lakonan,persembahan , poster atau model.

PENILAIAN MELALUI PROJEK

LANGKAH-LANGKAH

Langkah 1:Menentukan tajuk dan skop Projek

Langkah 2: Menjalankan penilaian awal projek

Langkah 3 : Melaksanakan strategi

Langkah 4 : Memproses Maklumat

Langkah 5 : Menilai Hasil Projek 

PENILAIAN MELALUI KERTAS KERJA

DEFINISI KERTAS KERJA

Merupakan hasil usaha tentang sesuatu yang dicatat atau dituliskan untuk dikemukakan kepada sesebuah kumpulan atau orang ramai dalam sesuatu bengkel atau seminar (Abd Rahman Abd Rashid,1996).

Kertas kerja ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan kewangan (funding) atau kelulusan menjalankan sesuatu projek dan sebagainya.

CIRI-CIRI KERTAS KERJA

Memenuhi tema dan objektif program dan kertas kerja tersebut belum pernah dibentangkan atau diterbitkan.

Panjang setiap kertas kerja tidak melebihi 4000 patah perkataan dan setiap muka surat kertas kerja hendaklah diberi nombor.

Muka surat pertama kertas kerja hendaklah mengandungi nama penulis dan keterangan-keterangan lain mengenai penulis.

Setiap akronim hendaklah ditulis sepenuhnya pada pengenalan pertama dan jangan menggunakan singkatan dalam penulisan.

Setiap jadual atau rajah hendaklah diberi tajuk.

Format kertas kerja untuk mendapatkan kelulusan ditulis berdasarkan tajuk-tajuk berikut:

Pengenalan dan Latar Belakang

Tinjauan Bacaan

Penerangan yang terperinci

Implikasi Kewangan

Proses Pelaksanaan

Implikasi Pelaksanaan

Keputusan dan Perbincangan

Penutup

Bibliografi/Rujukan

Lampiran/Apendiks (Appendix)

SEKIAN, TERIMA KASIH.

top related