nota- penilaian projek

Upload: nur-kasih

Post on 10-Oct-2015

126 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Definisi Projek

PENILAIAN PROJEK

A.PengenalanAnalisis kos-faedah telah menjadi bidang penting terutama pada awal tahun 1960an. Kepentingannya menonjol terutama dalam penilaian projek di sektor awam, iaitu ia dijadikan sebagai satu alat dalam menilai projek-projek awam atau yang dikendalikan oleh agensi-agensi antara bangsa seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan lain-lain. Dari segi prktiknya analisis kos faedah ini tidak sahaja tertumpu kepada penilaian projek, tetapi juga penting dari segi perancangan pelaburan, dasar perniagaan, dasar percukaian dan lain-lain.B.Hubungan di antara Perancangan Pembangunan dan Penilaian Projek

a) Perancangan Pembangunan Memerlukan Projek

Sesuatu perancangan pembangunan (atau jenis rancangan yang lain) memerlukan pengetahuan yang luas berhubung dengan projek-projek yang sedia adan dan juga yang berpotensi. Ini terutama penting bagi rancangan-rancangan yang memakan masa 1 hingga 5 tahun, yang mana sepatutnya mengetahui dengan jelas berhubung rancangan perbelanjaan (belanjawan) bagi setiap sektor. Begitu juga bagi rancangan-rancangan yang lebih panjang seperti rancangan perspektif yang memakan masa yang lebih panjang.Bagi setiap rancangan, perlu wujud target-target untuk pertumbuhan keluaran negara, penggunaan dan juga pelaburan serta pembiayaan samada melalui tabungan negara tau luar. Bagi membolehkan ia dilakukan, maka andaian-andaian yang realistik adalah perlu berhubung dengan jumlah pelaburan yang boleh dicapai pada setiap tahun, masa tertangguh antara keluaran dan pelaburan, serta jumlah keluaran yang akan mengalir (beredar) apabila kapasiti penuh telah tercapai (berdasarkan kepada nisbah modal-keluaran/capital-output ratio). Berdasarkan ini, kita akan mengetahui hubungan di antara pelaburan dan kadar pertumbuhan. Namun untuk mengetahui hubungan ini, ia bukanlah satu perkara yang mudah, dan ianya berubah dari masa ke semasa serta di antara satu negara dengan negara yang lain.Pengetahuan yang betul berhubung andaian tentang tingkat pelaburan yang secara efektif boleh dijalankan, serta hubungan di antara pelaburan dan keluaran adalah merupakan pengetahuan yang asas berhubung kadar projek-projek yang baik serta boleh dirancang, dibentuk, dibina dan dilaksanakan. Selain dari itu, kita juga perlu mengetahui berhubung nisbah modal-keluaran yang boleh dijangkakan bagi setiap sektor dalam sesebuah ekonomi.

Walau bagaimanapun pengetahuan berhubung perkara di atas bukanlah perkara yang mudah atau boleh diketahui dengan tepat samada melalui kajian arah-aliran pelaburan dan keluaran bagi sesebuah ekonomi yang lain atau data-data dari sesuatu projek, terutama yang diperolehi daripada negara perindustrian. Namun, kadang-kadang kita terpaksa juga menggunakannya sebagai salah satu sumber. Untuk itu pertimbangan perlu dilakukan di mana kos pada kebiasaannya adalah tinggi dan keluaran adalah kurang di negara membangun berbanding dengan negara maju. Sesuatu rancangan yang baik, konsisten dan optimum, pembahagian pelaburan di antara sektor dalam sesebuah ekonomi mestilah rasional, oleh itu adalah perlu dinilai di antara kos dan faedah bagi projek-projek yang berada di dalam setiap sektor dan kemudian dibandingkan. Ini adalah kerana bagi sesuatu perancangan pembangunan bilangan projek adalah banyak.

Namun demikian, kajian ini juga bukan tidak ada kelemahannya. Tidak kira apakah sektor yang akan dinilai, penilaian terhadap kos adalah termudah tetapi berbeza dengan penilaian faedah. Dalam menganggarkan faedah, tahap kesukaran yang dihadapi akan bertambah dari penilaian terhadap sektor industri, pertanian dan infrastruktur disatu pihak kepada sektor pendidikan, kesihatan, kawalan kelahiran dan lain-lain disatu pihak yang lain (lebih bersifat sosial). Namun ini tidak bererti bahawa penialain terhadap sektor-sektor yang bersifat sosial ini tidak penting, kerana ia boleh dijadikan sebagai asas panduan.b)Projek memerlukan rancangan

Seterusnya penilaian projek yang baik tidak akan dapat dilakukan tanpa sesuatu rancangan, samada ia rancangan jangka pendek atau panjang. Bagi memilih projek yang ingin dilaksanakan, kita perlu mengetahui akan anggaran permintaan bagi sesuatu keluaran. Untuk mengetahui permintaan bagi sesuatu keluaran, adalah perlu bagi kita untuk mengetahui bagaimanakah kaedah sesebuah ekonomi tersebut dibangunkan. Untuk mengetahui arah-aliran atau hala-tuju pembangunan sesebuah ekonomi, maka kita perlulah mengetahui rancangan masa depan serta dasar-dasar yang akan dijalankan oleh pihak kerajaan. Di sini kita mungkin menghadapi masalah jika kita membuat penganggaran hanya semata-mata berdasarkan kepada keadaan masa lepas. Ini terutama bagi permintaan barangan pertengahan dan modal. Seterusnya, jumlah permintaan yang wujud di pasaran (termasuk eksport) bagi kebanyakan barang dapat dipenuhi samada melalui import atau keluaran dalam negara. Seterusnya kesemua ini sekali lagi adalah bergantung kepada dasar kerajaan berhubung dengan tarif, kadar pertukaran dan kawalan terhadap import. Seterusnya dasar-dasar ini pula adalah bergantung kepada permintaan dan penawaran terhadap pertukaran asing.Dari sudut penawaran, kos sebenar terhadap projek adalah bergantung kepada pengetahuan kita terhadap masalah kekurangan samada yang sedfang atau akan berlaku. Ini kerana harga hanya akan diketahui melalui kekurangan yang wujud. Namun demikian dalam proses pembangunan keadaan kekurangan berubah-ubah mengikut masa. Dari segi teorinya, dalam penilaian sesuatu projek harga masa depan perlu dijangkakan samada dari segi kos atau pun hasil, dan ia hanya boleh diketahui melalui perancangan pembangunan.

c)Interaksi di antara analisis projek dan pembentukan rancangan pembangunan

Dalam membincangkan rancangan memerlukan projek dan projek memerlukan rancangan; seolah-olah timbul persoalan yang serupa seperti antara ayam dan telur mana yang lebih dahulu. Iaitu jika rancangan yang baik tidak dapat dilakukan tanpa penilaian yang rapi terhadap projek, sementara projek yang baik tidak akan diketahui tanpa wujudnya rancangan yang baik. Oleh itu antara keduanya-duanya, mana yang patut dimulakan terlebih dahulu.Sebenarnya dalam menyelesaikan masalah ini, ia boleh diselesaikan melalui pembentukan rancangan kasar yang akan mempunyai pengetahuan yang pada mulanya sedikit berhubung dengan sumbangan terhadap pertumbuhan yang akan dilakukan oleh setiap projek. Ia seterusnya diperbaiki melalui analisis dan penilaian projek. Umpamanya rancangan makroekonomi dari segiangka-angkanya adalah dalam bentuk agregate bagi keseluruhan ekonomi, angka-angka ini boleh diperbaiki lagi melalui tahap perancangan sektoral atau projek. Perlakuan yang berulang-ulang kali akan membawa kepada peningkatan tahap perancangan yang optimum.

Namun terdapat juga ahli-ahli ekonomi ysng tidsk bersetuju dengan kaedah di atas dan menolak kepentingan CBA dalam membantu bagi mendapatkan perancangan yang optimum. Mereka melihat kepada satu-satu rancangan adalah merupakan suatu hasil penyelesaian optimum dari model pemograman ekonomi. Namun demikian ia mengkin menghadapi masalah dari segi praktiknya:

i) Kesediadaan maklumat untuk tujuan pemograman dan penyelesaian model bagi keseluruhan ekonomi mungkin tidak mencukupi. Jika mencukupi sekalipun ia mungkin tidak banyak membantu kerana ketiadaan projek.

ii) Data-data yang digunakan secara agregate dan pengumpulannya mengambil masa (ketinggalan masa).iii) Teknolgi adalah tetap dalam keadaan sebenar teknologi adalah pelbagai dan berubah.

Selain masalah praktik, penyelesaian model ekonomi juga mungkin menghadapi masalah dari segi teoretikal. Antaranya termasuklah:

i) Ianya mengandaikan perhubungan angkubah ekonomi adalah berbentuk linear, sedangkan dalam keadaan sebenar ianya tidak

ii) Koefisyen teknikal diandaikan tetap dan diandaikan juga tetap terhadap perubahan harga. Hasilnya penyelesaian hanya berdasarkan kepada koefisyen teknikal yang tetap.

A.Definisi Projek

Sebagai satu/sebahagian daripada rancangan yang diguna bagi pelaburan sumber-sumber dan ia boleh dianalisis dan dinilai sebagai satu unit pelaburan yang bebas. Definisi yang samar kerana:

Terdapat projek boleh dipecah @ dibahagikan untuk dinilai secara berasingan (eg. Perhentian bas & jalanraya)

Terdapat kes dua projek tidak boleh dipisahkan dan jika dipisah mungkin tidak memenuhi matlamat (eg. Pembinaan empangan & sistem taliar).

Dalam kebanyakan kes pereka bentuk dan perancang projek selalunya samada menerima @ menolak sub-sub projek sebelum sesuatu projek dinilai oleh pihak berkuasa yang lebih tinggi. Ia merupakan sebahagian daripada proses pembentukan sesuatu projek.

Kesimpulan:

Projek bukan sahaja satu rekabentuk tetapi lebih dari itu, iaitu ia boleh dinilai secara berasingan.

Keputusan untuk melaksana @ menolak sesuatu projek diambil pada berbagai peringkat.

Elemen-Elemen Dalam Penilaian Projek

Penilaian projek berpandukan kepada teknik-teknik yang digunakan oleh ahli-ahli perniagaan dalam mengira pulangan sesuatu projek pelaburan. Dua elemen penting yang perlu ada ialah:

Aliran tunai projek

Kadar diskaun

Aliran Tunai mengukur arah aliran perbelanjaan ke atas input dan pendapatan @ hasil. Input ialah seperti bangunan, jentera, bahan mentah, buruh. Hasil pula merupakan pendapatan daripada penjualan barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan. Susutnilai dan kos-kos lain yang bukan merupakan keluaran bersih tunai tidak diambilkira.

Kadar Diskaun merupakan satu kadar peratusan yang apabila didarabkan dengan aliran tunai pada masa hadapan akan menghasilkan nilai kini.

B. Kitaran dan Aspek-Aspek Dalam Penilaian Projek

Kitaran dan aspek-aspek dalam penilaian projek dapat dilihat dariapada Rajah 1 di bawah:

Rajah 1: Kitaran Projek Oleh Baum.

(i)PENGENALPASTIAN

Dari segi teori pengenalpastian projek merupakan fungsi utama dalam proses perancangan ekonomi ekonomi sesebuah negara. Kadar pertumbuhan ekonomi dianggarkan untuk satu jangkamasa tertentu umpamanya lima tahun. Obejektif dan target ekonomi yang ingin dicapai akan diperincikan mengikut sektor dan wilayah. Sektor-sektor ini mempunyai kaitan antara satu sama lain dan akan dianalisis melalui model input-output, matrik dan sebagainya.

Walau bagaimanapun dalam penyediaan sesuatu projek terdapat beberapa unsur bagi mengenalpasti sesuatu projek:

Terdapat permintaan dalam sektor tersebut yang tidak dapat dipenuhi e.g: membawa kepada import yang tinggi bahan makanan.

Sumber @ faktor pengeluaran yang tidak digunakan sepenuhnya e.g: sumber bahan mentah yang dieksport tanpa proses

Unsur-unsur kekangan yang membawa kepada masalah kesesakan dan masalah-masalah lain e.g: masalah sumber manusia.

Terdapat projek yang memerlukan projek penggenap e.g: sektor-sektor yang mempunyai kesan rantai ke belakang dan ke hadapan.

Namun dalam melaksanakan sesuatu projek para perancang akan berhadapan dengan konflik antara mereka yang mendapat faedah dan mereka yang terpaksa membiayai (menanggung kos) projek tersebut.

e.g: projek taliair faedah yang diterima ialah oleh petani-petani di kawasan yang terlibat tetapi kosnya terpaksa ditanggung oleh sektor awam samada melalui cukai atau pinjaman sebab itu memerlukan penilaian yang rapi.

(ii)PENYEDIAAN

Masalah utama yang dihadapi oleh NSM ialah ialah kekurangan sumber @ ketidakcekapan dalam penggunaan sumber bagi membiayai projek-projek awam/pembangunan. Jadi dalam merancang sesuatu projek mestilah terdapat satu strategi agar dapat memaksimakan penggunaan sumber yang sediada tetapi terhad. Umumnya terdapat 4 tahap dalam penyediaan projek.

Idea dan definisi

Tahap kajian pra kemungkinan

Tahap kajian kemungkinan

Design dan rekabentuk projek.

Tahap-tahap di atas akan dianalisis secara terperinci sebelum tahap berikutnya dilaksanakan. Ia akan menentukan samada projek tersebut perlu dilaksana @ tidak. Ini bererti jika pada tahap pertama didapati projek tidak boleh dilaksanakan, maka projek tersebut perlu digugurkan. Ia bertujuan untuk menjimatkan belanja dan tenaga (sunk kos).

a)Idea dan Definisi

Bagi kebanyakan NSM biasanya ditahap ini kurang penekanan diberikan dalam penilaian projek. Jika ianya projek komersial, penekanan perlu diberikan terhadap permintaan keluaran yang dihasilkan. Bagi projek awam, apa yang perlu dilihat ialah:

siapa yang mendapat faedah daripada hasil yang dikeluarkan, samada ianya benar-benar sampai kepada mereka yang ditujukan/matlamat projek tersebut.

Kesesuaian agensi yang yang akan melaksanakan projek. Ini kerana terdapat tendensi sesetengah agensi awam yang cuba untuk mengembangkan sayap tetapi tidak mempunyai kepakaran. E.g: program pembentukan usahawan kecil (tahun 1970an) terdapat beberapa agensi yang melaksanakannya seperti KKBS, MARA, PKEN dan lain-lain. b) Tahap Kajian Pra KemungkinanSetelah idea dan definisi dapat dilihat dengan jelas dan ia mungkin sesuai dilaksanakan, peringkat kedua ialah Tahap Kajian Pra Kemungkinan. Namun masalahnya ialah kebanyakan daripada badan-badan @ kementerian yang terlibat tidak mempunyai kakitangan yang berkemampuan untuk melaksanakannya. Ini kerana pada tahap ini ia memerlukan kepakaran daripada pelbagai disiplin ilmu yang berkaitan dengannya. Jalan penyelsesaiannya ialah dengan mendapatkan bantuan kepakaran daripada luar iaitu samada daripada dalam atau luar negara. Di sektor awam pada tahap ini juga ia mungkin perlu melibatkan beberapa kementerian atau agensi kerajaan yang lain. Oleh itu bagi meneruskan penilaian projek, ia memerlukan Syarat Rujukan (Term of Reference) bertujuan bagi memudahkan tugas pakarunding. Setiap Syarat Rujukan mestilah terang dan jelas, dan antara yang terkandung di dalamnya ialah:

Objektif Siapa yang mendapat faedah? Agensi yang akan melaksanakannya. Ia berkait rapat dengan dasar negara.

Metodologi data-data yang diperlukan samada dan primer atau data kedua. Adakah data-data perlu dianalisis secara terperinci iaitu seperti pada peringkat regional, negeri atau lain-lain. Kesemuanya ini memerlukan penerangan yang jelas.

Penyimpanan data bagaimana data perlu disimpan. Ini penting jika projek yang dicadang mungkin bersifat sensitif atau melibatkan keselamatan negara, dan pada masa yang sama ia mungkin melibatkan pakarunding luar negara.

Syarat rujukan penting sebagai garis panduan kepada pakarunding, dan setelah kesemuanya dipenuhi baru kajian pra kemungkinan boleh dijalankan. Kajian iani pada kebiasaannya melibatkan 6 bidang penting:

Analisis Pasaran dan Permintaan Terhadap Projek

Analisis Aspek Kejuruteraan dan Teknikal Projek

Analisis Tenaga Kerja, Pentadbiran dan Organisasi

Analisis Kewangan

Analisis Ekonomi

Analisis SosialAnalisis Pasaran dan Permintaan Terhadap Projek

Analisis ini termasuklah arah aliran pasaran terhadap output yang dikeluar dan input yang diguna oleh projek. Lebih jauh daripada itu, kajian juga meliputi kemungkinan reaksi pengeluar lain yang mengeluarkan barangan atau perkhidmatan yang sama. Dalam kajian ini segala butiran akan diterjemahkan ke dalam bentuk angka (wang). Antara perkara yang perlu diberi perhatian terhadap keluaran projek termasuklah:

Lokasi keluaran akan dipasarkan, adakah untuk pasaran dalam atau luar negara atau kedua-dua sekali?

Adakah pasaran cukup luas untuk menampung jumlah keluaran yang dikeluarkan? Berapa besarkah bahagian sumbangan projek terhadap pasaran keseluruhan? Adakah harga akan terjejas? Jika terjejas berapa banyak?

Apakah projek masih boleh diteruskan pada tingkat harga yang baru?

Adakah keluaran yang dihasilkan menepati kualiti yang diperlukan oleh permintaan?

Dasar masa depan kerajaan terhadap keluaran yang dihasilkan, ia termasuklah dasar percukaian, subsidi dan sebagainya.

Bagi input pula, antara perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian termasuklah:

Adakah input mudah didapati dan mempunyai pasaran yang tetap atau bermusim?

Adakah harga input stabil?

Jika berlaku kenaikkan harga input, apakah projek masih boleh diteruskan?

Analisis Aspek Kejuruteraan dan Teknikal Projek

Di sini kepakaran pakarunding daripada pelbagai bidang amat diperlukan dalam menilai aspek teknikal sesuatu projek. Dari sudut teknikal penilaian perlu dilakukan terhadap input yang bakal digunakan. Ia memerlukan penilaian yang teliti dari segi kuantiti, kualiti dan bahan pengganti yang sama dengannya. Kesemuanya memerlukan pendetilan seperti keluasan tanah yang diperlukan, jumlah dan kualiti besi yang akan diguna. Kesemua ini dalam bentuk fizikal yang kemudiannya perlu ditukar kepada bentuk kewangan untuk menentukan jumlah kos yang terlibat.

Pada masa yang sama pengkaji perlu melihat jumlah tenaga kerja yang diperlukan, iaitu termasuk mahir dan tidak mahir. Bahan-bahan dan gunatenaga yang diguna samada datang dari dalam atau luar negara. Jika dari luar negara adakah negara mempunyai cukup pertukaran asing bagi melaksanakannya.

Analisis Tenaga Kerja, Pentadbiran dan Organisasi

Aspek ini penting kerana pengaruhnya semasa perlaksanaan projek. Antara persoalan yang perlu dijawab ialah:

Samada struktur organisasi yang diwujudkan untuk projek adalah bersesuaian?

Adakah projek telah mengambilkira corak kebudayaan dan adat istiadat bagi mereka yang terlibat dengannya?

Bagi memudahkan projek yang dirancang mencapai kejayaan, ia mestilah dihubungkaitkan dengan struktur institusi untuk negeri @ wilayah di mana ia dilaksanakan.

Analisis Kewangan

Analisis ini penting kerana buat pertama kali segala aspek di atas diintegrasikan dalam bentuk kewangan. Tujuannya ialah supaya ia dapat dinilai untuk menentukan projek boleh dilaksanakan atau tidak. Di sini teknik yang diguna ialah amalan yang biasa dipakai oleh akauntan. Aspek-aspek fizikal daripada output dan input diintegrasikan ke dalam jadual aliran tunai dan ia boleh dipecahkan kepada:

Hasil maklumat yang diguna diperoleh daripada arah-aliran harga di pasaran dalam dan luar negara (jika keluaran dieksport). Maklumat-maklumat harga dapat ditentukan berdasarkan kepada kajian arah-aliran harga bagi tempoh masa tertentu.

Pecahan perbelanjaan termasuklah kos tetap (pembinaan bangunan kilang, jentera dan lain-lain), kos pengendalian, cukai dan semua jenis subsidi.

Punca pembiayaan seperti sumbangan oleh pemegang saham, pinjaman, subsidi oleh kerajaan. Jika melalui pinjaman berapakah kadar faedah yang dikenakan ke atas pinjaman.

Bagi perkara-perkara di atas, wujud beberapa persoalan yang perlu dijawab:

Sejauhmanakah kepastian/ketepatan data-data yang digunakan? Berkaitan dengan ini apakah faktor utama yang mempengaruhi ketidakpastian atau kepastian terhadap data-data. Umpamanya adakah ia daripada angkubah harga. Kesemuanya ini dapat ditentukan melalui analisis kepekaan.

Apakah kriteria minimum yang perlu ada untuk menentukan samada projek boleh diterima @ ditolak di bawah analisis kewangan? Sekiranya ada, apakah kriteria yang digunakan? Iaitu samada Kadar Pulangan Dalaman (IRR), Nilai Kini Bersih (NPV) atau sebagainya. Dalam hal ini ia mungkin dipengaruhi oleh sifat-sifat projek itu sendiri, eg: jangkaan politik, keupayaan melindungi rekacipta dan sebagainya.

Dari segi pembiayaan projek (projek awam), sekiranya projek tidak dapat memenuhi kehendak minimum apakah mungkin kerajaan akan menyediakan sumber kewangan tambahan jika projek ini berdayamaju dari segi analisis ekonomi dan sosial tetapi tidak dari segi analisis kewangan.

Analisis Ekonomi

Tujuan dijalankan analisis ekonomi terhadap projek-projek awam ialah untuk menentukan ia akan memberikan pulangan yang bermakna kepada ekonomi berasaskan kepada penggunaan sumber yang terhad. Dalam keadaan tertentu projek swasta juga perlu melakukannya, e.g. Projek yang menggunakan bahan yang diimport (pertukaran asing). Analisis ekonomi merupakan pelengkap kepada kepada analisis kewangan. Perbezaan antara analisis ekonomi dan analisis kewangan ialah:

i) Cukai dan subsisdi dalam analisis ekonomi dianggap sebagai bayaran pindahan, dalam analisis kewangan cukai merupakan kos dan subsidi dianggap sebagai hasil kerana ia akan mengurangkan kos (subsidi baja) atau meningkatkan pendapatan (subsidi padi).

ii) Analisis kewangan menggunakan harga pasaran, sementara analisis ekonomi menggunakan harga bayangan.

Persoalan-persoalan dalam analisis ekonomi:

Sejauhmanakah ketepatan secara relatif segala pengukuran tentang maklumat mengenai harga

harga pasaran (aspek kewangan)

harga bayangan (aspek ekonomi)

(Apakah kriteria minimum untuk kita menentukan sesuatu projek boleh diterima di bawah analisis ekonomi (kadar diskaun ekonomi).

Analisis Sosial

Antara persolan yang berbangkit ialah:

(Siapa yang mendapat faedah - agihan pendapatan.

(Kriteria minimum berdasarkan kepada kadar diskaun sosial.

Selepas kesemua kajian di atas dilakukan dan jika didapati sesuatu projek pembangunan mempunyai daya maju, kajian perlu diteruskan kepada tahap kajian kemungkinan.

c) Tahap Kajian Kemungkinan

Pada tahap ini, kajian hanya dilakukan terhadap angkubah-angkubah penting. Jika didapati projek masih berdaya maju barulah tahap design dan pembentukan projek dilaksanakan.

d) Design dan Pembentukan Projek

Tumpuan diberikan terhadap organisasi yang akan menguruskan projek. Tujuannya ialah untuk menjimatkan penggunaan sumber yang terhad seperti sumber kewangan dan tenaga manusia.

C.KRITERIA-KRITERIA PELABURAN

Bagi sesuatu projek pelaburan, hasil hanya akan diperolehi pada masa hadapan, sementara kos pula perlu ditanggung bukan sahaja pada tahap awal tetapi semasa operasi dan di akhir hayat projek. Oleh itu adalah perlu ditentukan arahaliran kos dan hasil disepeanjang tempoh jangkahayat projek. Oleh antara persolan yang perlu dijawab ialah:

i) Apakah nilai masa kini aliran faedah dan kos, serta adakah aliran nilai kini faedah melebihi aliran nilai kini kos.

ii) Berdasarkan kepada satu set senarai pelaburan (n-1 projek), bagaimanakah projek dapat disenaraikan mengikut keutamaan?

iii) Jika modal yang ada hanya dapat membiayai jumlah pelaburan yang terhad, bagaimanakah penentuan keputusan pelaburan dapat dibuat berasaskan kepada satu set senarai pelaburan.

Bagi menyelesaikan masalah di atas terdapat beberapa kriteria yang boleh digunakan:

Kriteia Pelaburan Kasar (Crude Investment Criteria).

Kriteria Aliran Tunai Terdiskaun.a)Kriteria Pelaburan Kasar

Di bawah kriteria ini, andaikan kita mempunyai modal (wang) sebanyak RM100.00, dan kita terpaksa membuat pilihan projek yang hendak dilaksanakan berdasarkan kepada satu set pelaburan alternatif seperti berikut:Jadual 1: Senarai Projek Pelaburan

ProjekTahun

01234

A-100.00115000

B-100.00203050170

C-100.00100110-500

D-100.0080110-50-10

Berdasarkan kepada jumlah modal yang ada, kita hanya berkemampuan untuk melaksanakan hanya satu projek berasaskan kepada set pelaburan di atas. Untuk menentukan projek yang dipilih dapat memberikan pulangan yang tertinggi kaedah yang digunakan ialah:

i) Pulangan Bagi Tempoh Masa Tertentu (Cut-off Period)

ii) Tempoh Bayar Balik (Pay-back/Pay-off Period)

iii) Kadar Pulangan Purata

iv) Kadar Pulangan Purata Bersih

Pulangan Bagi Tempoh Masa Tertentu

Kriteria ini biasa diguna oleh pelabur dalam menentukan keputusan sesuatu projek. Kaedahnya ialah satu jangkamasa tertentu ditetap agar segala wang yang dilabur dapat diperolehi semula. Walau bagaimanapun tiada ketentuan diberi bagi menetap tempoh yang dinyatakan. Ia mungkin bergantung kepada:

Jenis pelaburan/pengeluaran yang dihasilkan

Keadaan politik di mana pelaburan/projek ditempatkan.

Jenis pelaburan/pengeluaran yang dihasilkan mungkin barangan yang dihasil tidak dapat dipatenkan/paten tidak dapat dipertahankan atau mungkin perkembangan teknologi yang terlalu pesat (eg. Komputer)

Politik bergantung kepada kesetabilan politik di mana projek ditempatkan.

Bagi menghadapi kemungkinan di atas, satu tempoh masa tertentu ditetapkan seperti satu/dua/tiga tahun agar wang yang dilabur diperolehi semula pada tempoh yang dinyatakan.

Tempoh Bayar Balik

Kriteria ini juga biasa diguna oleh kebanyakan ahli perniagaan dalam membuat pilihan daripada satu senarai projek-projek pelaburan. Kaedah ini boleh didefinisikan sebagai satu jangkamasa yang diperlukan di mana aliran faedah yang diterima daripada pelaburan adalah sama dengan aliran kos sebenar bagi pelaburan tersebut. Projek-projek pelaburan kemudiannya boleh disenarai mengikut keutamaan berdasarkan kepada tempoh bayar baliknya.

Jadual 2 : Tempoh Bayar Balik Mengikut Keutamaan

PelaburanTempoh Bayar Balik (Tahun)Pilihan Keutamaan

A11

B33

C11

D22

Berdasarkan kepada Jadual 2, projek-projek telah disenaraikan mengikut keutamaan. Projek A dan mempunyai tempoh bayar balik yang terpendek iaitu satu tahun. Walau bagaimanapun projek A hanya memperoleh hasil pada tahun pertama sebanyak RM115, manakala projek C akan mendapat RM100 pada tahun 1, RM110 pada tahun ke dua dan RM50 pada tahun ketiga.

Kadar Pulangan Purata

Ia merupakan satu lagi kaedah penyenaraian pelaburan yang mudah, dan selalu duguna oleh para pelabur bagi menyenaraikan keutamaan pelaburan. Kaedahnya ialah dengan mencamporkan kesemua aliran faedah pada tahun-tahun yang positif dan ditolak dengan semua aliran kos selepas pelaburan dibuat dan kemudian hasilnya dibahagi dengan jumlah tahun aliran faedah dan kos.

Jadual 3 : Kadar Pulangan Purata

PelaburanKadar Pulangan PurataPilihan Keutamaan

A115 (115/1)1

B67.5 (270/4)2

C53.3 (160/3)3

D32.5 (130/4)4

Kadar Pulangan Purata Bersih

Walau bagaimanapun kriteria Kadar Pulangan Purata terdapat kelemahannya kerana ia tidak mengambilkira kos pelaburan permulaan yang telah dilaburkan pada tahun asas. Oleh itu perubahan perlu dilakukan bagi mengambilkira jumlah pelaburan yang dibuat pada tahun asas. Kaedah yang mengambilkira pelaburan pada tahap awal perlaksanaan projek dipanggil Kadar Pulangan Purata Bersih. Kaedah ini diperolehi dengan cara menolak kesemua aliran keluar kos daripada aliran masuk hasil, dan hasilnya dibahgi dengan jangka hayat projek. Berdasarkan kepada Jadual 1, ia boleh disusun sebagai:

Jadual 4 : Kadar Pulangan Purata Bersih

PelaburanKadar Pulangan Purata BersihPilihan Keutamaan

A153

B42.51

C202

D7.54

Kelemahan Kriteria Pelaburan Kasar

1. Kaedah ini tidak mengambilkira nilai wang dari segi masa Kaedah ini mengandaikan wang yang dibelanja dan diterima pada tahun yang berbeza mempunyai sama nilai atau kuasa beli.

2. Wujud kecelaruan dalam menyenaraikan pelaburan kaedah yang berbeza memberi pilihan keutamaan kepada projek yang berlainan. Keadaan ini menyukar pembuat keputusan.

3. Bagi kaedah pulangan tempoh masa tertentu dan tempoh bayar balik, ia tidak mengambilkira pulangan yang mungkin boleh diperolehi selepas daripada tempoh yang telah ditetapkan bagi kaedah pulangan tempoh masa tertentu dan selepas tempoh bayar balik bagi kaedah tempoh bayar balik.

Berdasarkan kepada kelemahan di atas adalah dicadangkan agar kaedah kriteria pelaburan kasar tidak diguna untuk menentukan keputusan sesuatu pelaburan. Disebaliknya kaedah yang dicadang ialah Kaedah Aliran Tunai Terdiskaun.

Kaedah Aliran Tunai TerdiskaunKaedah ini boleh dibahagikan kepada empat:

a) Nilai Kini Bersih (Net Present Value)

b) Kadar Pulangan Dalaman (Internal Rate of Return)

c) Nisbah Faedah Kos (Benefit-Cost Ratio)

d) Nisbah Faedah Kos Bersih (Net Benefit-Cost Ratio)

Walau bagaimanapun sebelum kaedah ini dapat dibincangkan dengan lebih lanjut, adalah penting diketahui terlebih dahulu akan kepentingan Nilai Wang dari segi Masa. Terdapat 4 sebab mengapa kita perlu mengambilkira nilai wang dari segi masa:

a) Kepentingan nilai penggunaan dari segi masa penggunaan pada hari ini adalah lebih diutamakan berbanding dengan penggunaan pada masa hadapan

b) Masalah inflasi pada kebiasaannya harga barangan mempunyai kecenderungan untuk meningkat mengikut masa, kesannya kuasa beli wang akan berkurangan.

c) Masalah risiko keadaan masa hadapan yang penuh dengan ketidaktentuan atau ketidakpastian, menyebabkan satu kadar tertentu perlu dijadikan sebagai premium atau kos kepada risiko.

d) Pelaburan wang yang dimilikki boleh dilabur (kos melepasa) dan akan memberikan pulangan yang lebih besar pada masa hadapan.

Kaedah Nilai Kini Bersih (NKB)

Merupakan kaedah yang paling mudah berbanding dengan kaedah-kaedah lain. Kaedah ini boleh dikira berasaskan kepada (rujuk Nota 2):

a)Mendiskaunkan aliran tahunan kos dan faedah secara berasingan, dan kemudian nilai kini hasil ditolak dengan nilai kini kos, atau secara matematik boleh ditulis sebagai:

( 0

di mana: B0, B1, ... Bn ialah hasil dari tahun 0 hingga tahun n.

C0, C1, ... Cn ialah kos dari tahun 0 hingga tahun n.

r ialah kadar diskaun

b) Dengan mengambil perbezaan tahunan antara aliran kos dan hasil (hasil tahunan kos tahunan) dan kemudian diskaunkan. Secara matematik ia boleh ditulis sebagai:

( 0

( 0

Didapati kaedah (b) lebih mudah dilakukan serta menjimatkan masa. Kadar diskaun yang digunakan mestilah kadar yang dapat menggambarkan kos melepas modal (KMM). NKB projek berubah mengikut perubahan kadar dan tempoh jangka hayat projek. Semakin tinggi kadar diskaun, NKB akan menjadi semakin kecil (berhubungan secara songsang). Manakala hubungannya dengan jangka hayat projek, faktor diskaun akan menjadi semakin kecil mengikut masa (nilai kini akan semakin kecil mengikut masa).

Bagi menerima projek NKB ( 0

Kadar Pulangan Dalaman (KPD)

Kadar pulangan dalaman boleh didefinisikan sebagai satu kadar diskaun yang menyamakan antara nilai kini hasil dan nilai kini kos, pada kadar diskaun ini NKB bersamaan dengan kosong. Berdasarkan kepada rumus NKB, rumus bagi KPD boleh ditulis sebagai:

Bagi menerima projek KPD ( KMM

Walau bagaimanapun bagi persamaan KPD di atas merupakan satu perkara yang rumit. Bagi menyelesaikannya, ia boleh dilakukan melalui dua kaedah iaitu (rujuk Nota 2):

a) Kaedah Trial and Error

b) Kaedah Interpolasi Kaedah ini pula boleh dipecahkan kepada dua iaitu kaedah arithmetic dan kaedah geraf

Nisbah Faedah Kos (NFK)

Kaedah ini diperolehi dengan cara faedah terdiskaun (Nilai Kini Hasil Kasar) dibahagikan dengan kos terdiskaun (Nilai Kini Kos Kasar) (rujuk Nota 2). Kadar diskaun yang dguna ialah KMM. Rumus bagi kaedah ini boleh ditulis sebagai:

( 1

Di mana Bn dan Cn masing-masing adalah nilai kini hasil dan kos kasar (kos terdiri daripada kos operasi + kos ke atas modal). Bagi menerima projek NFK ( 1.

Nisbah Faedah Kos Bersih (NFKB)

Kaedah pengiraannya hampir sama dengan pengiraan NFK, tetapi bagi kaedah ini kos pengendalian ditolak terlebih dahulu daripada pendapatan/hasil (rujuk Nota 2). Rumus bagi kaedah ini boleh ditulis sebagai:

( 1

Di mana, Bn ialah hasil/faedah, kos operasi dan Cn kos ke atas modal permulaan.

Bagi menerima projek NFKB ( 1.

Kaedah Membuat Keputusan

Bagi menerima sesuatu projek untuk dilaksanakan, untuk NKB ialah NKB ( 0, KPD ialah KPD ( KMM, NFK ialah NFK ( 1, dan NFKB juga NFKB ( 1. Berdasarkan kepada kaedah membuat keputusan ini didapati kaedah aliran tunai terdiskaun memberikan jawapan yang selari tidak kira kaedah mana yang dipilih dan digunakan. Ini kerana:

Apabila NKB ( 0 yang dinilai berasaskan kepada KMM, ini bererti KPD ( KMM dan pada masa yang sama NFK dan NFKB ( 1. Jika NKB < 0, KPD < KMM dan NFK dan NFKB < 1. Oleh itu keputusan pelaburan menggunakan kaedah aliran tunai terdiskaun adalah konsisten samada menggunakan cara NKB, KPD, NFK atau NFKB.

Kelemahan dan Kekuatan Kaedah Aliran Tunai Terdiskaun

Walaupun kaedah ini digalak untuk diguna bagi membuat keputusan berhubung dengan pelaburan, didapati setiap kaedah di bawah aliran tunai terdiskaun mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri.

Nilai Kini Bersih (NKB)

a) Kekuatani) Ia tanpa diragu dapat dijadikan sebagai asas dalam pemilihan projek (NKB yang lebih besar lebih diutamakan)

ii) Ia menerangkan jumlah sebenar faedah yang bakal dihasilkan oleh projek

iii) Ia mudah dikira berbanding dengan kaedah-kaedah lain.

b) Kelemahan

i) Kadar diskaun perlu ditentukan terlebih dahulu (ditentukan daripada luar berasaskan kepada kos melepas modal)

ii) Ia gagal menunjukkan kadar kecekapan penggunaan modal oleh projek

iii) Jika ingin mengetahui kadar kecekapan penggunaan modal ia perlu dilengkapkan dengan kaedah lain aliran tunai terdiskaun (KPD, NFK & NFKB)

Kadar Pulangan Dalamana) Kekuatan

i) Ia mudah difahami dan kadar diskaun diperolehi daripada pengiraan

ii) Ia dapat menyenaraikan projek mengikut keutamaan berdasarkan kepada kecekapan penggunaan modal

iii) Ia paling sesuai diguna apabila wujud ketidakpastian dalam penentuan KMM.

b) Kelemahan

i) Ia memerlukan pengiraan yang banyak

ii) Ia hanya menunjukkan kadar kecekapan dalam penggunaan modal tetapi tidak jumlah hasil sebenar. Wujud keadaan di mana menerima projek yang menunjukkan kadar kecekapan penggunaan modal yang tinggi tetapi memberikan pulangan yang kecil

iii) Walaupun kadar diskaun diperoleh daripada pengiraan tetapi ia perlu dibandingkan dengan KMM

Nisbah Faedah Kos dan Nisbah Faedah Kos Bersih

a) Kekuatan

i) Ia mudah difahami kerana ia merupakan satu ratio

ii) Ia dapat menyenaraikan projek mengikut keutamaan berdasarkan kepada kecekapan penggunaan modal

iii) Ia dapat nenerangkan perbezaan antara faedah dan kos projek

b) Kelemahan

i) Sama seperti KPD ia hanya menunjukkan kadar kecekapan dalam penggunaan modal tetapi tidak jumlah hasil sebenar.

ii) Ia sama seperti kaedah NKB yang mana memerlukan KMM ditentukan terlebih dahulu

iii) Ia memerlukan pengiraan yang banyak.

PEMILIHAN PROJEK SALING MENYINGKIR

(MUTUALLY EXCLUSIVE PROJECT)

Projek dianggap sebagai bebas antara satu sama lain apabila keputusan menerima atau menolak terhadapnya tidak memberi kesan kepada keputusan projek-projek lain. Walau bagaimanapun dalam keadaan sebenar adalah sangat sedikit projek-projek yang bercorak demikian. Biasanya bila satu projek dipilih, projek-projek lain terpaksa digugurkan. Bagi projek yang berbentuk demikian ia dipanggil sebagai projek yang saling menyingkir.

Bentuk @ Jenis-jenis Projek Saling Menyingkir

Ia boleh dibahagikan kepada 6 bentuk:

a) Bagi projek pelaburan yang besar adalah saling menyingkir dengan projek pelaburan yang kecil (mengeluarkan barangan/perkhidmatan yang sama) pilihan projek mengikut skala.

b) Menangguhkan projek adalah saling menyingkir dengan perlaksanaan projek secara serta merta pilihan masa perlaksanaan projek.

c) Penggunaan sesuatu teknologi adalah saling menyingkir dengan penggunaan teknologi yang lain pilihan teknologi bagi projek

d) Projek mungkin ditempatkan pada satu tempat tertentu tetapi tidak pada tempat yang lain pilihan lokasi projek

e) Dua atau lebih projek mungkin memerlukan tempat yang sama - pilihan penggunaan tempat

f) Bagi sesuatu projek yang berbagai guna, satu versi penggunaan adalah saling menyingkir dengan versi penggunaan yang lain.

Kaedah Pemilihan Projek Saling menyingkir

Apabila projek bersifat saling menyingkir, hanya satu sahaja projek yang boleh dilaksanakan dan yang lain terpaksa digugurkan. Walaupun kaedah aliran terdiskaun merupakan kaedah terbaik dan perlu diguna bagi menilai projek, tetapi apabila berhadapan dengan projek yang saling menyingkir kaedah ini mungkin memberi jawapan yang mengeliru dan mungkin memerlukan pembetulan.

a)Pilihan Projek Mengikut Skala

Andaikan terdapat dua projek A dan B yang mengeluarkan barangan dan mempunyai kualiti pengeluaran yang sama. Perbezaan antara kedua projek ini ialah dari segi skala pengeluaran, dan kos melepas modal ialah 10%. Butiran projek adalah seperti berikut:

Bil:PerkaraProjek A (RM)Projek B (RM)

1Kos ke atas modal tetap (Th 0)-1,000,000-2,000,000

2Kos operasi tahunan (Th 1 20)-400,000-700,000

3Hasil tahunan (Th 1 20)600,0001,060,000

4Faedah tahunan bersih (Th 1 20)200,000360,000

KPD19.4%17.3%

NKB10%702,8001,065,000

Berdasarkan kepada data-data di atas, didapati jika kaedah NKB digunakan, projek yang akan dipilih ialah projek B (NKBB, 10% > NKBA, 10% iaitu RM1.065 juta berbanding dengan RM702,800), sementara jika menggunakan kaedah KPD, projek yang dipilih ialah projek A (KPDA > KPDB). Oleh itu kedua-dua kaedah memberikan keputusan penyenaraian yang berbeza. Walau bagaimanapun tujuan utama membuat pelaburan ialah bagi mendapatkan pulangan yang tertinggi, dan kaedah NKB memberikan keputusan jumlah pulangan yang sebenar manakala kaedah KPD hanya menyatakan kadar kecekapan penggunaan modal. Oleh itu bagi situasi ini kaedah NKB perlu digunakan bagi membuat keputusan. Bagi kes di atas projek yang dipilih ialah projek B, di mana ia memberikan pulangan NKB yang lebih tinggi berbanding dengan projek A.

Jika kaedah KPD hendak digunakan bagi memilih projek berasaskan skala ia perlu dilakukan melalui kaedah Incremental IRR Method iaitu dengan cara kos dan faedah projek berskala besar ditolak dengan kos dan faedah berskala kecil. Kaedah ini ialah seperti di bawah:

PerkaraKos Modal (Th 0)Lebihan Tahunan (Th 1 20)

Projek A-RM1,000.000 RM200,000

Projek B-RM2,000.000RM360,000

(B-A) -RM1,000.000RM160,000

FD16%1.0005.929

NK16%-RM1,000.000RM948,640

NKB16%-RM51,360.00

FD14%1.0006.623

NK14%-RM1,000.000RM1,059,680

NKB14%RM59,680

Dengan menggunakan rumus interpolasi arithmetic, KPD bagi Incremental IRR Method dapat dianggarkan

= 14 + 2(0.54)

= 15.08%

Oleh kerana KPD bagi Incremental IRR Method melebihi 10% (KMM = 10%) maka projek B menguntungkan jika dilaksanakan berbanding dengan projek A, dan keputusan ini selari dengan kaedah NKB yang memilih projek B.

b) Pilihan Masa Perlaksanaan Projek

Situasi ini biasa dihadapi oleh projek-projek infarstruktur seperti jalanraya, elektrik, telefon serta lain-lain. Iaitu bagi menentukan masa yang paling optimum bagi melaksanakannya. Projek ini jika dilaksanakan terlalu awal mungkin SS > DD. Begitu juga jika dibina terlalu lewat, ia mungkin akan mengurangkan DD. Oleh itu memilih waktu yang tepat adalah penting bagi memperolehi NKB yang optimum. Selain dari itu pilihan waktu yang tepat juga penting jika projek melibatkan penyediaan komponen-komponen tertentu pada jangkawaktu yang tertentu. Eg. Skim pembangunan tanah (kelapa sawit) mungkin melibatkan projek pembersihan tanah, pembinaan infrastrutur dan pembangunan kilang. Komponen-komponen ini perlu disusun sesuai dengan masa penggunaannya.

Penentuan masa perlaksanaan projek adalah berfungsi kepada:

Bentuk aliran faedah

Bentuk aliran kos

Corak arah-aliran masa depan faedah dan kos bagi kebanyakan projek boleh dibahagikan kepada 3 bentuk:

a) Kos konstan tetapi faedah akan terus meningkat mengikut masa

b) Kos konstan tetapi faedah meningkat sehingga mencapai tahap maksimum mengikut masa dan kemudian menurun

c) Kos dan faedah meningkat mengiku masa.

Sekurang-kurangnya terdapat dua pendekatan yang biasa diguna bagi menentu masa optimum perlaksanaan sesuatu projek:

a) Kaedah Pulangan Tahun Pertama (First Year Return Method)

b) Mengira NKB berasaskan tahun perlaksanaan yang berbeza

Eg. Projek jalanraya yang memerlukan kos sebanyak RM380 juta, dan mengambil masa selama 2 tahun untuk disiapkan. Kos pembinaan pada tahun 1 dan 2 dibahagikan samarata, serta mempunyai jangkahayat selama 30 tahun.

Kaedah Pulangan Tahun Pertama Kaedah ini mengandaikan arah aliran faedah projek iaitu samada meningkat atau tetap mengikut masa, sementara kos konstan. Cara kaedah ini diperolehi ialah melalui faedah positif tahun pertama dibahagi dengan jumlah aliran bersih faedah pada tahun-tahun yang negatif.

Jangkaan Kos dan Hasil Pada Tahun-tahun Pembinaan yang Berbeza

TahunTahun

19701971197219731974197519761977

1970-190

1971-190-190

197230.5-190-190

197334.5533.5-190-190

197438.8537.6536.5-190-190

197542.3542.3541.3539.85-190-190

197646.1546.1546.1544.8543.2-190-190

197750.350.350.350.348.947.35-190-190

197854.8554.8554.8554.8554.8553.4551.3-190

197959.859.859.859.859.859.858.055.9

198065.1565.1565.1565.1565.1565.1565.1563.2

198171.071.071.071.071.071.071.071.0

198277.477.477.477.477.477.477.477.4

-2001168.15180.8193.45206.1218.75231.4244.05256.7

PTP %89101011121415

NKB12%119.5131.1139.6145.4148.8150.3149.8147.7

Nota: PTP = Pulangan Tahun Pertama; KMM = 12

PTP bagi projek di atas ialah:

TahunPTPTahunPTP

1970

1974

EMBED Equation.3

1971

1975

1972

1976

1973

1977

Keputusan menerima tahun perlksanaan yang optimum ialah PTP mestilah sama dengan KMM.

Kaedah NKB Tahun Perlaksanaan Berbeza

Kaedah ini perlu diguna secara berhati-hati, kerana ia melibatkan tahun perlaksanaan yang berbeza. Bagi mengira NKB, antara langkah yang perlu dilakukan ialah:

i) Menggunakan tahun asas yang sama contoh jika tahun asas yang digunakan ialah tahun 1970, maka tahun 1970 boleh dinyatakan sebagai tahun 0 (jika tahun 0 dijadikan sebagai tahun asas), 1971 sebagai tahun 1 dan seterusnya. Tahun 1977 juga boleh dijadikan sebagi tahun asas; jika tahun 1977 sebagai tahun asas, maka bagi aliran kos dan faedah sebelum tahun 1977 perlu dikompounkan kepada tahun 1977.

ii) Tarikh tamat projek Tarikh tamat projek mestilah diandaikan tamat sama dengan tarikh tamat pada perlaksanaan paling awal (di sini tahun 2001).

c) Pilihan Teknologi Projek

Kaedah ini hanya boleh dilakukan dengan andaian bahawa setiap teknologi akan mengeluarkan jumlah kuantiti dan kualiti pengeluaran yang sama (eg. Projek di sektor pertanian). Kaedah yang digunakan ialah kaedah Nilai Kini Kos Terendah. Walau bagaimanapun kaedah ini tidak boleh diguna jika teknologi yang dinilai mempunyai jangkahayat yang berbeza.

Contoh: andaikan satu projek di sektor pertanian yang boleh diusahakan samada melalui teknologi intensif buruh atau intensif modal (jentera).Aliran Kos Teknik Intensif Buruh (RM)

TahunUpahKos-kos LainJumlah

144,0503,80047,850

244,0503,80047,850

344,0503,80047,850

444,0503,80047,850

544,0503,80047,850

NKK10% = 181,399

NKK15% = 160,393

Aliran Kos Teknik Intensif Modal (RM)

TahunKos JenteraKos Operasi & PenyelenggaraanJumlah

190,70021,586112,286

2025,13425,134

3025,13425,134

4026,22726,227

5026,22726,227

NKK10% = 175,905

NKK15% = 161,265

Berdasarkan Nilai Kini Kini Kos kedua-dua teknologi di atas, diandaikan jika KMM bersamaan 10%, didapati teknologi menggunakan intensif modal lebih menguntungkan berbanding dengan intensif buruh. Ini kerana pada KMM 10%, NKK teknik intensif modal ialah RM175,905 (NKK intensif buruh RM181,399). Walau bagaimanapun pada KMM 15%, didapati teknik intensif buruh lebih menguntungkan iaitu dengan NKK RM160,393 berbanding dengan intensif modal RM161,265.

Seterusnya akan terdapat satu kadar diskaun di antara 10% dan 15% yang mana kedua-dua teknologi ini akan memberikan NKK kos yang sama, dan kadar diskaun yang menyamakan kedua-dua NKK ini dipanggil sebagai Kadar Diskaun Silang (Cross Over Discount Rate). Bagi mendapatkan kadar diskaun silang, aliran kos teknik intensif buruh perlu ditolak dengan aliran kos teknik intensif modal. Hasil operasi tolak ditunjukkan oleh jadual di bawah:

Perbezaan Aliran Kos Teknik Intensif Buruh dan Modal (RM)

TahunPerbezaan Aliran Kos (Ant. Tek.)NK 10%NK15%

1-64,436-58,572-56,059

222,71618,76317,173

322,71617,06014,947

421,62314,76912,368

521,62313,44810,747

Jumlah 5,448-824

Rumus bagi kaedah kadar diskaun silang (KDS) adalah sama seperti rumus bagi mendapatkan NKB (samada menggunakan kaedah arithmetic atau geraf). Jika menggunakan kaedah arithmetic:

= 10 + 5(0.87)

= 14.35

d) Pilihan Lokasi Projek

Projek yang mengeluarkan kuantiti dan kualiti barangan yang sama mungkin boleh ditempatkan samada berasaskan kepada pasaran atau input. Pilihan yang dibuat mestilah dapat memaksimumkan keuntungan. Di sini faktor kos pengeluaran seperti pengangkutan mungkin memainkan peranan. Oleh itu bagi memaksimumkan NKB pilihan yang dibuat ialah berasaskan kos terendah.

e) Pilihan Penggunaan Tempat

Sesuatu tempat atau lokasi mungkin sesuai digunakan bagi tujuan beberapa projek, ia terutamanya benar bagi sektor pertanian. Sebagai contoh kawasan yang sesuai untuk ditanam getah, pada masa yang sama juga sesuai untuk ditanam dengan kelapa sawit. Oleh itu pilihan yang dibuat ialah pilihan tanaman yang dapat memberikan NKB yang terbesar. f)Projek Pelbagai Guna

Bagi projek pelbagai guna (pelbagai versi penggunaan seperti projek empangan air terdapat versi yang saling melengkap dan saling menyingkir), kaedah yang digunakan ialah kaedah NKB. Perbandingan perlu dilakukan bagi menentukan versi yang dapat memberikan pulangan yang tertinggi.

ANALISIS KEPEKAAN, RISIKO DAN KETIDAKPASTIAN

Analisis kos faedah pada kebiasaannya menggunakan banyak pembolehubah seperti kos input, masa perlaksanaan, kuantiti dan harga output, kadar diskaun, jangkahayat projek dan sebagainya. Kesemua pembolehubah yang diguna bukan sahaja mengguna segala keterangan yang boleh didapati, pada masa yang sama terpaksa membuat penganggaran berhubung dengan keadaan pada masa depan. Maklumat yang diguna pula kadang-kadang bukan sahaja tidak mencukupi malah boleh diragu dari segi ketepatannya. Oleh itu adalah perlu melihat dari segi unsur ketidakpastian dan mendapatkan keberangkalian bagi setiap hasil seperti NKB, KPD, NFK & NFKB.

Definisi Risiko: Merupakan satu keadaan di mana keterangan yang diperoleh mencukupi untuk meletakkan nilai keberangkalian bagi sesuatu hasil yang berbeza, dan ia membolehkan nilai jangkaan (expected value) dikira.

Definisi Ketidakpastian: Merupakan satu keadaan di mana keterangan yang diperoleh tidak cukup untuk meletakkan nilai keberangkalian bagi sesuatu hasil yang berbeza, dan nilai jangkaan tidak boleh dikira.

Terdapat DUA kaedah bagi mengatasi masalah Risiko dan Ketidakpastian:

a) Kaedah Thumb Rule

b) Kaedah Sistematik

Kaedah Thumb Rule

Boleh dibahagikan kepada 4 cara:

1) Menambahkan Premium Risiko (Risk Premium) kepada kadar diskaun (KMM) yang diguna bagi mengira NKB, KPD, NFK dan NFKB Kelemahan kaedah ini ialah ia bermakna masalah risiko dan ketidakpastian yang wujud akan meningkatkan kadar diskaun mengikut masa, dan semakin panjang jangkamasa maka semakin besar masalah risiko dan ketidakpastian. Seterusnya ia telah menyalahertikan antara ketidakpastian dengan kesilapan dalam penganggaran (anggaran kurang terhadap kos dan lebih terhadap hasil). Wujudnya premium risiko akan menjadikan rumus nilai kini menjadi:

di mana r = kadar diskaun, t = masa, p = premium risiko.

2) Menambah nilai setiap item kos dan mengurang nilai setiap item hasil yang mana pada item-item ini dianggap wujud ketidakpastian. Kelemahan kedah ini ialah ia dilakukan secara ad-hoc, dan secara implisit ia mengandaikan bahawa kajian yang dilakukan terlalu optimistik.

3) Mengurangkan jangkahayat projek Kelemahan kaedah ini ialah ia akan menyebabkan banyak projek yang memberi pulangan yang positif tertolak kerana dijangkakan kebanyakan hasil akan terakru pada bahagian akhir hayat projek.

4) Menambah Contingecy Allowance - Iaitu dengan cara menambah nilai item-item kos pada peratusan tertentu seperti 5%, 10% dan sebagainya. Kaedah ini selalu diamalkan dan secara implisitnya ia mengandaikan barlaku kesilapan yang membawa kepada pengurangan dalam penganggaran kos.

Kaedah Sistematik

Bagi kaedah ini antara langkah yang perlu diikuti ialah:

1. Mempunyai idea yang jelas berhubung dengan kepentingan relatif setiap pembolehubah yang terdiri daripada item-item kos dan hasil. Ia dapat ditentukan melalui analisis kepekaan (sesitivity analysis).

2. Analisis risiko - jika pembolehubah mempunyai nilai keberangkalian (probability) untuk setiap peristiwa, dan nilai jangkaan dapat ditentukan.

3. Pembolehubah tiada nilai keberangkalian untuk setiap peristiwa dan nilai jangkaan tidak dapat ditentukan keputusan dibuat berdasarkan kepada Game Theory.

Analisis Kepekaan (Sensitivity Analysis)

Tujuan menjalankan analisis kepekaan ialah untuk mengetahui pengaruh setiap pembolehubah seperti kos pembangunan, jangkaan pembinaan, kos pengeluaran dan penyelenggaraan serta lain-lain ke atas hasil seperti NKB, KPD, NFK dan NFKB. Sebagai contoh jika perubahan kos pembangunan sensitif terhadap hasil, ia membolehkan perancang melihat semula rekabentuk projek dan mengkaji samada wujud elemen ketidakpastian dan jika perlu membuat pengubahsuaian. Pada masa yang sama jika jumlah hasil sensitif, perancang projek perlu kembali semula kepada tahap analisis pasaran untuk mengkaji samada wujud kemungkinan bagi mengurangkan ketidakpastian dalam pasaran output (harga dan kuantiti yang diminta).

Teknik Menjalankan Analisis Kepekaan

Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan termasuklah:

a) Sebelum melakukan analisis kepekaan, kesemua nilai pembolehubah yang diuji mestilah dalam bentuk nilai kini. Kadar diskaun yang diguna mestilah kadar yang dapat menggambarkan KMM.

b) Sekurang-kurangnya terdapat dua kaedah bagi melakukan analisis kepekaan:

Dengan cara mengubah nilai satu pembolehubah berdasarkan peratusan tertentu (5%, 10%, 20%) pada satu-satu masa seperti kos pembangunan, kos pengurusan, kos penyelenggaraan dan sebagainya (nilai pembolehubah lain tinggal tetap), kemudian lihat kesan perubahan tersebut ke atas hasil (outcome) - jika peratusan perubahan pembolehubah memberi kesan yang kecil (peratusan perubahan hasil (outcome) kurang daripada peratusan perubahan pembolehubah), perubahan nilai pembolehubah dianggap tidak peka (disebalik akan berlaku jika peratusan perubahan hasil lebih besar berbanding dengan peratusan perubahan pembolehubah). Eg. Katakan NKB bagi satu projek ialah RM2.5 juta, nilai kini kos pembangunan RM3juta, dan andaikan peratusan perubahan nilai pembolehubah yang diguna ialah 10% (10% daripada RM3juta ialah RM300 ribu). Oleh itu analisis kepekaan bagi pembolehubah kos pembangunan ialah:

,

Keputusannya ialah, hasil adalah peka terhadap perubahan nilai pembolehubah kos pembangunan (kerana perubahan 10% nilai kos pembangunan membawa kepada perubahan 12% nilai hasil).

Dengan cara mengurangkan NKB menjadi kosong (switching value) melalui kaedah ini pengiraan dibuat bagi menentukan peratusan perubahan setiap pembolehubah yang akan menjadikan NKB bersamaan dengan kosong, dan kemudian kesemua pembolehubah yang diuji disenarai mengikut keutamaan berdasarkan kepada peratusan yang terendah adalah teratas. Berdasarkan kepada pendekatan ini peratusan perubahan yang terkecil (teratas) adalah paling peka (sensitif). Eg. Berdasarkan kepada contoh nilai kos pembangunan di atas, peratusan perubahan yang akan menjadikan NKB bersamaan dengan kosong ialah:

2.5/3 = 83.3%

Kelemahan Analisis Kepekaan

Antara kelemahannya ialah:

a) Ia merupakan analisis separa (partial) hanya satu pembolehubah boleh diubah pada satu-satu masa, sementara angkubah lain tinggal tetap. Kesannya sukar diguna bagi membuat pilihan projek.

b) Tiada usaha dilakukan bagi mengkaji keberangkalian perubahan nilai bagi setiap pembolehubah, kita hanya diberitahu apa akan terjadi jika berlaku perubahan ke atas pembolehubah.

Analisis Risiko

Antara langkah yang perlu diikuti ialah:

a) Menentukan kepentingan relatif bagi setiap parameter, dan ini dilakukan melalui analisis kepekaan.

b) Dapatkan taburan keberangkalian bagi menentukan nilai jangkaan pembolehubah yang dikaji.

Contoh:

Katakan satu projek awam (jalanraya) mempunyai keberangkalian bagi mendapatkan NKB ialah 0.2 bagi RM100juta, 0.4 RM50juta, 0.25 RM10juta dan 0.25 RM50juta. Oleh itu nilai jangkaan NKB ialah:

= 0.2(100) + 0.4(50) + 0.25(10) + 0.15(-50)

= 20 + 20 + 2.5 7.5

= 35

Berdasarkan kepada nilai jangkaan yang positif (RM35juta), maka projek boleh dilaksanakan.

Analisis Ketidakpastian

Bagi pembolehubah yang tidak mempunyai nilai keberangkalaian bagi setiap peristiwa (event), analisis ketidakpastian dijalankan melalui kaedah Game Theory.

Contoh:

Katakan pihak berkuasa merancang untuk membina sebuah empangan bagi tujuan:

a) Pengairan

b) Kawalan banjir

Tanpa mempunyai apa-apa pengetahuan terlebih dahulu samada banjir akan berlaku atau tidak, keputusan perlu diambil iaitu berapa banyakkah air yang perlu dilepaskan. Jika sedikit air dilepaskan, ia baik bagi tujuan pertanian (pengairan) tetapi tidak berkesan untuk kawalan banjir pada masa hadapan. Jika banyak air yang dilepas, ia baik bagi kawalan banjir pada masa hadapan tetapi pendapatan daripada sektor pertanian akan merosot. Oleh itu kesimpulan yang boleh dibuat ialah air yang boleh dilepaskan dalam lingkungan daripada tiada kepada semua air yang dilepaskan daripada empangan, sementara masalah banjir pula ialah daripada tiada banjir langsung kepada banjir yang akan merosakkan sektor pertanian. Oleh dua kemungkinan kemungkinan hasil yang boleh dijangkakan ialah:

Banjir (b1)

Tiada banjir (b2)

Sementara keputusan yang boleh diambil oleh pembuat keputusan (untuk memudahkan kajian dibahagikan kepada 3):

Mengeluarkan 1/3 air daripada empangan (a1)

Mengeluarkan 2/3 air daripada empangan (a2)

Mengeluarkan kesemua air daripada empangan (a3)

Segala maklumat di atas ditunjukkan oleh jadual di bawah:

Keputusan Pelepasan Air dan Kemungkinan Peristiwa Berlaku (RM)

KeptusanPeristiwa

b1B21

a1130,000400,000

a2140,000260,000

a380,00090,000

Andaikan ketusan yang diambil ialah a2 (melepaskan 2/3 jumlah air), jika peristiwa b1 (banjir) berlaku kesannya ialah hasil tuaian yang diperolehi RM140 ribu, begitu juga jika keptusan a3 dan peristiwa b1 berlaku, hasil tuaian yang diperolehi ialah RM80,000.

Berdasarkan kepada maklumat di atas, terdapat dua kaedah bagi menyelesai masalah ketidakpastian:

a) Kaedah Maximin (The Maximin Procedure)

b) Kaedah Minimax (The Minimax Regred Procedure)

Kaedah Maximin

Kaedah ini mengunakan pendekatan memaksimakan yang minima. Berdasarkan kepada kaedah ini data-data dalam Jadual Keputusan Pelepasan dan Kemungkinan Peristiwa Berlaku boleh disusun semula seperti berikut:

Kaedah Maximin

KeputusanPeristiwaRow

MinimaMaximin

b1b2

a1130,000400,000130,000-

a2140,000260,000140,000140,000

a380,00090,00080,000-

Daripada jadual di atas jika option a1 dipilih, diyakini bahawa hasil yang akan diperolehi tidak akan kurang dari RM130 ribu, a2 hasil tidak akan kurang dari RM140 ribu dan a3 ialah RM80 ribu. Oleh itu pilihan yang dapat memaksimakan yang minima ialah option a2 (RM140,000).

Kaedah Minimax (The Minimax Regred Procedure)

Berdasarkan kepada kaedah Maximin, sebenarnya ia menunjukkan keputusan yang diambil adalah berasaskan kepada keadaan pesimis/konservatif. a2 dipilih dengan keyakinan bahawa pendapatan tidak akan kurang daripada RM140,000, dibandingkan dengan a1 pendapatan cuma RM130,000. Namun jika peristiwa b2 berlaku pendapatan maksima yang diperolehi ialah RM260,000, sedangkan jika keputusan a1 diambil jumlahnya ialah RM400,000 - akan berlaku kerugian sebanyak RM140,000, dan kos bagi kehilangan ini ialah RM10,000. Oleh itu bagi mereka yang optimis, kriteria Maximin tidak akan diguna bagi menyelesai masalah ketidakpastian. Berdasarkan kepada kaedah ini data-data dalam Jadual Keputusan Pelepasan dan Kemungkinan Peristiwa Berlaku boleh disusun semula seperti berikut:

Kaedah Minimax

KeputusanPeristiwaRow Kemungkinan Rugi MaksimaMinimax

b1a2

a110,000010,00010,000

a20140,000140,000-

a360,000310,000310,000-

Dimana:

(a1b1) = 140,000 130,000 = 10,000(a1b2) = 400,000 400,000 = 0

(a2b1) = 140,000 140,000 = 0(a2b2) = 400,000 260,000 = 140,000

(a3b1) = 140,000 80,000 = 60,000(a3b2) = 400,000 90,000 = 310,000

Oleh itu berdasarkan kepada kaedah ini keptusan yang diambil ialah a1.

PENGENALPASTIAN

PENYEDIAAN

PENILAIAN

PERLAKSANAAN DAN

PENYELIAAN

PENLAIAN SEMULA

PERUNDINGAN

PAGE 15

_1164782277.unknown

_1165308395.unknown

_1165308456.unknown

_1165308518.unknown

_1167742748.unknown

_1168417414.unknown

_1165327102.unknown

_1165308488.unknown

_1165308413.unknown

_1165308062.unknown

_1165308176.unknown

_1165308234.unknown

_1165308135.unknown

_1165061594.unknown

_1164716776.unknown

_1164724407.unknown

_1164781867.unknown

_1164719659.unknown

_1164715813.unknown

_1164716518.unknown

_1164715244.unknown