implikasi teori terhadap p dan p

Post on 07-Feb-2016

102 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

pembelajaran dan pengajaran

TRANSCRIPT

IMPLIKASI TEORI TERHADAP P dan P TERHADAP MURID-MRID BERKEPERLUAN KHAS

M7

. Kanak-kanak berkeperluan khas

• kanak-kanak yang mengalalami masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran

• guru-guru yang sudah lama berkecimpung dalam dunia khas, semestinya mereka telah memahami dan begitu arif tentang pengubahsuaian kurikulum berdasarkan kognitif dan tahap keabnormalan murid- murid

Teori Behavioris

• mampu meningkatkan sedikit ransangan mereka agar terus berminat dalam mengikuti pembelajaran

• guru-guru boleh menggunakan peneguhan positif atau negatif bagi merangsang murid-murid berusaha untuk meningkatkan kemahiran membaca. Seelok-eloknya, guru perlu memberi ganjaran atau hadiah kepada murid-murid yang menguasai kemahiran tersebut.

• Contoh, memberikan coklat kepada muridnya yang mampu membaca huruf ‘a’ hingga ‘h’ dengan betul.

• Kaedah ini akan memberikan motivasi kepada kanak-kanak lain untuk mencuba dan kanak-kanak yang memperoleh peneguhan tersebut untuk terus menguasai huruf seterusnya.

• Guru perlulah membuat persiapan sebelum mengajar.

• Sediakan BBM yang menarik, rangsangan yang sesuai dan teknik pendekatan yang praktikal.

• Guru perlu memastikan tahap kesediaan murid. Bagi mengetahui tahap murid-murid, gunakan waktu set induksi untuk berinteraksi dan bertanyakan hal-hal umum kepada murid- murid. Contohnya, guru bertanyakan apakah yang dilakukan oleh anak muridnya yang mengalami masalah hiperaktif.

• Guru perlu memberikan respon yang spesifik dan kerap. Hal ini kerana murid-murid khas sentiasa memerlukan perhatian dan respon agar mereka dapat meningkatkan tahap kelakuan kearah yang lebih positif.

• Respon guru dan teguran yang positif serta spesifik agar kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku dapat mengetahui masalah mereka yang lari dari norma asal

• . Contohnya, kanak-kanak ‘down sindrom’ yang bermasalah akolalia iaitu mengulang-ulang perkataan dengan kerap, guru perlu menegur secara terus terang bahawa perlakuannya adalah diluar norma manusia normal. Respon guru tersebut, mampu mengurangkan keadaanya kepada yang lebih baik.

• Guru perlu menggiatkan penghapusan tingkah laku yang tidak diingini.

• Gunakan kaedah ‘time-out’, ‘kontrak’, ‘pengasingan’, dan sebagainya dalam mengawal dan mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini.

• Kaedah atau hukuman tersebut perlulah sesuai dengan masalah tingkah laku kanak-kanak tersebut. Jika kanak-kanak yang mengalami masalah down sindrom, kaedah ‘time out’ merupakan antara kaedah yang boleh digunakan.

Teori Kognitif

• Guru perlu menyediakan BBM yang berbentuk besar, maujud ataupun benda yang senang dilihat dan disentuh.

• Adalah lebih baik sekiranya bahan pengajaran tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada murid- murid dan sesuatu yang hampir dengan kanak-kanak tersebut

• Guru perlu mempelbagaikan BBM kerana tahap kognitif mereka terhad. Contohnya, guru ingin mengajarkan tentang buah-buahan, guru membawa dan menunjukkan buah-buahan sebenar serta menyuruh murid menyentuh, melihat, mencium bau dan merasa buah tersebut.

• Pendekatan tersebut akan menjadikan murid lebih mudah mengingat apa yang dipelajari pada hari itu.

• Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah daya tumpuan yang singkat, guru perlu lebih peka dalam penyediaan rancangan pengajaran.

• Jika murid-murid sudah menguasai konsep terdahulu, guru tersebut perlulah meningkatkan tahap pembelajaran kepada sifat egosentrik.

• Sebagai contoh, jika murid sudah mampu menguasai operasi tambah dan tolak dalam subjek matematik, guru perlu mempertingkatkan pengajaran kepada operasi darab dan bahagi yang lebih mencabar. Pada masa tersebut, pemikiran mereka akan terus berkembang.

• Kanak-kanak khas perlu diajar mengikut subjek yang telah disusun dan diperingkatkan.

• Pemeringkatan tersebut perlulah dari yang senang kepada susah kerana mereka sangat bermasalah dalam menyusun maklumat yang diterima. Apatah lagi untuk menyimpan ingatan tersebut dalam stor jangka masa panjang.

• Contohnya dalam mengajar operasi tambah dalam matematik, guru perlu memulakan dengan nombor yang kecil.

• Setelah murid-murid mampu menguasainya, barulah guru memberikan soalan yang membabitkan nombor lebih besar

• Guru perlu mengubahsuai kaedah dan pendekatan P&P untuk disesuaikan dengan keadaan murid-murid khas tersebut.

• Contohnya, jika seorang guru ingin mengajarkan murid-murid yang dikategorikan sebagai autisme, kaedah pengajaran tersebut perlulah menekankan komunikasi dan interaksi terutamanya yang melibatkan ‘eye contact’.

• Perbanyakkan interaksi dua hala dan soalan yang mampu dijawab serta menarik minatnya untuk terus meningkatkan tahap komunikasi.

• Kaedah Pdan P yang digunakan perlulah ringkas dan berkesan kerana kanak-kanak khas tidak mampu menerima laras bahasa yang tinggi

Teori Konstruktivisme

• Guru perlu membina suasana Pdan P yang mampu membina pengetahuan murid-murid.

• Pastikan suasana yang dibina tidak merencatkan pengetahuan mereka.

• Contohnya, seorang kanak-kanak yang mengalami ‘mental retardation’ tahap ringan dan boleh dididik dibiarkan dalam kelas yang menempatkan kanak-kanak ‘mental retardation’ sederhana akan memberi kesan negatif terhadap perkembangannya.

• Sepatutnya, kanak-kanak tersebut perlu ditempatkan di kelas yang mampu meningkatkan daya pemikirannya

• Guru perlu merancang dan melaksanakan strategi-strategi pengajaran seperti soalan terbuka dan dialog bersama murid- murid. Kaedah ini akan membantu peningkatan tahap komunikasi. Komunikasi merupakan item terpenting dalam membina kemahiran menganalisis, mentafsir dan meramal maklumat

• Contohnya, semasa set induksi sesi P&P guru bertanyakan khabar dan mengenai hobi seorang kanak-kanak autisme sebelum memulakan pembelajaran bertemakan hobi pada hari tersebut.

• Selain daripada itu juga, guru boleh menggunakan kaedah dialog bersama rakan sekelas untuk membantu kanak-kanak khas meningkatkan tahap interpersonal.

• Guru menggunakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) sebagai untuk menganalisis perkembangan dan kemajuan murid dari semasa ke semasa. Seperti yang diketahui umum, kanak-kanak khas tidak mengambil peperiksaan umum kecuali mereka yang mengikuti kelas inklusif dengan kelas normal

• RPI yang digunakan merupakan kolaborasi pelbagai disiplin. Jadi, perkembangan dan kemajuan yang dianalisis merupakan peningkatan dari pelbagai aspek.

• Contohnya, jika seorang murid yang mengalami masalah tingkah laku, perubahannya diperhatikan oleh semua pihak yang terlibat dan terapi diberikan dari pelbagai aspek. Keadaan dan perkembangannya dicatat dari semasa ke semasa. Apa yang menjadi fokus keutamaan adalah proses perubahannya, bukanlah hasil terakhir. Hal ini kerana setiap individu mempunyai kebolehan dan kelemahan yang pelbagai.

Teori Pembelajaran Sosial (Bandura)

• MASALAH PENGLIHATAN• Berikan gambaran yang jelas tentang bilik darjah dan

sekolah. Guru hendaklah membawa kanak-kanak tersebut berjalan di persekitaran sekolah dan terangkan kepadanya apa yang dilihat. Semasa memandu arah, benarkan pelajar tersebut memegang anda.

• Gunakan tulisan yang kasar-kasar apabila menulis di papan tulis dan menggalakkan juga supaya kanak-kanak lain melakukan perkara yang sama

• Kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan banyak belajar melalui deria sentuh, dengar dan hidu. Malah ada di antara mereka menjilat objek / benda yang baru baginya. Biarkanlah kanak-kanak itu menggunakan caranya untuk belajar tetapi guru perlulah mengawasinya

MASALAH PENDENGARAN• Kanak-kanak yang dilahirkan tanpa pendengaran tidak

dapat bertutur. • Oleh itu guru perlulah mengajar mereka cara-cara untuk

menyampaikan buah fikiran, menyatakan keperluan, dan melepaskan perasaan.

• Kanak-kanak yang dapat mendengar suara yang kuat selalunya mengalami perkembangan pertuturan yang lambat.

• Mereka patut diajar mendengar dan bercakap dengan baik. Mereka boleh berkomunikasi dengan cara lain juga iaitu bahasa isyarat.

• Kanak-kanak ini mudah meradang. Mereka sukar menumpukan perhatian pada sesuatu perkara dengan agak lama.

• Maka, guru pelulah kreatif untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Antaranya guru boleh menggunakan tangan, mimik muka, gerak badan, menulis dan bercakap

• Selepas guru bercakap, beri peluang murid berfikir dahulu kemudian barulah guru menyambung semula percakapannya.

• Guru perlu mengajar murid bacaan bibir supaya mereka mudah membaca pertuturan bibir

MASALAH PEMBELAJARAN

• Bahan-bahan, teknik, kaedah, teknologi pengajaran dan pembelajaran perlu disedia dan diubahsuai mengikut keprluan individu.

• Gerak kerja serta aktiviti-aktiviti latihan dan pengukuhan perlu digred berpadanan dengan keupayaan individu dengan merujuk kepada Rancangan Pengajaran Individu (R.P.I)

• Kerjasama dan interaksi yang baik dengan murid-murid serta guru-guru kelas boleh meningkatkan usaha dan kerja-kerja pemulihan.

top related