guru dan cabaran semasa guru dan perundangan.ppt
Post on 25-Dec-2015
145 Views
Preview:
TRANSCRIPT
GURU DAN PERUNDANGAN
Peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan
tatatertib) 1993 (Pindaan 2002)
Izian Farhani binti Zainudin Nurhidayah binti Mohhammad Azmi
PENGENALANPeraturan Kelakuan Tatatertib adalah satu bentuk kawalan ke atas semua penjawat awam untuk menjamin keberkesanan sesuatu organisasiAntara kandungan yang terdapat dalam peraturan ini adalah:- peraturan mengenai kelakuan- tanggungjawab serta tugas kawalan dan pengawasan tatatertib- prosedur dan tatacara tindakan tatatertib- hukuman tatatertib- peruntukan pelbagai yang berkaitan
Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa.Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kakitangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan telahpun dibuat pindaannya pada 2002.Di samping itu Akta Pendidikan 1996 juga harus diperhalusi dengan teliti demi menjayakan matlamat pendidikan negara.
KAWALAN TATATERTIB
Satu alat pengurusan yang penting bagi mewujudkan pentadbiran yang cekap dalam melaksanakan segala fungsi serta tanggungjawab ke arah pencapaian matlamat dan objektif
sesebuah jabatan
MATLAMAT TATATERTIBSupaya pegawai awam melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawabSupaya pegawai awam meletakkan kepentingan awam lebih daripada kepentingan mereka sendiriSupaya Pegawai awam menjaga imej perkhidmatanMenghukum pegawai yang melakukan kesalahan atau melanggar peraturan
Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993diperuntukkan di bawah peraturan 4
Bab D Perintah Am.
Peraturan 4 (1)Perlu sentiasa memberikan kesetiaan kepada YDPA, negara dan kerajaanBermaksud perlu sentiasa memelihara, mempertahankan kedaulatan dan maruah pada negaraContoh kesalahan adalah seperti:- Bersubahat dengan musuh negara- Membocorkan rahsia negara- Memperkecilkan dasar serta tindakan kerajaan- Berlakon dalam filem yang memburukkan-
burukkan negara
Peraturan 4(2)Tidak boleh membelakangkan tugasnya demi kepentingan peribadiTidak boleh berkelakuan yang memungkinkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan kepentingan awam. (perlu bertanggungjawab ke atas tugasnya sama ada dalam bilik darjah atau luar bilik darjah)Seorang pegawai tidak boleh menggunakan kedudukannya bagi kepentingan diri sendiri
sambungan..
Perlu menjaga nama baik profesion. (Tidak boleh mencemarkan nama baik
profesion)Perlu cekap atau sentiasa berusaha.Mesti jujur, amanah dan bertanggungjawabTidak boleh menggunakan pengaruh atau memberi tekanan dalam menyokong atau memajukan sebarang tuntutanMestilah melaksanakan apa yang diperintahkan serta perlu tekun
TATAKELAKUAN YANG DITEGAH SAMA SEKALI ATAU BOLEH DIBUAT
DENGAN KEBENARAN
Peraturan 4A (gangguan seksual)• Tidak boleh melakuan gangguan seksual
terhadap orang lain
Definisi gangguan seksual:- Mengambil kira keadaan seseorang, sama
tersinggung atau terhina- Perbuatan menyatakan sesuatu penyataan
yang bersifat seksual- Tidak kira dilakukan secara lisan, bertulis atau perbuatan
Sambungan..
• Dalam konteks profesion keguruan, guru
tidak boleh melakukan apa- apa pelakuan
yang diistilahkan sebagai gangguan
seksual kepada murid, rakan sekerja atau
sesiapa sahaja sama ada dalam bilik
darjah atau luar bilik darjah
• Guru perlu berhemah sewaktu
berkomunikasi
Peraturan 5 ( pekerjaan luar)• Penjawat awam tidak boleh mengambil
bahagian dengan aktiviti- aktiviti luar• Walau bagaimanapun, dibenarkan jika
mendapat kebenaran ketua jabatan ( ketua sesebuah institusi)
• Ketua jabatan akan pastikan aktiviti ini tidak dilakukan:- dalam waktu pejabat dan semasa
melaksanakan tugas rasmi- tidak menjejaskan kebergunaannya sebagai
pegawai awam- tidak bercanggah dengan kepentingan
perkhidmatan awam
Peraturan 23 ( Ketidakhadiran Tanpa Cuti)
• Bermaksud tidak hadir untuk apa-apa tempoh masa dan di tempat sepatutnya beliau hadir untuk tugas rasmi
• Ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau mendapat kebenaran ketua jabatan atau tanpa sebab munasabab boleh dikenakan tindakan tatatertib.
• Contoh pegawai tidak berada di tempat kerja selepas mengetip kad perakam dan muncul semula pada waktu petang
PERATURAN 23 ( Peraturan- peraturan lain yang
berkaitan)• Perlu patuhi etika berpakaian seperti
yang ditetapkan dalam garis panduan cara berpakaian
• Tidak boleh mengambil atau menggunakan apa-apa dadah berbahaya kecuali atas saranan doktor
• Tidak boleh menerima atau memberikan orang lain apa- apa bentuk hadiah
Sambungan…
• Perlu membuat pengisytiharkan harta secara bertulis
• Tidak boleh meminjamkan wang dengan faedah sama ada dengan cagaran atau tidak
• Tidak boleh membuat penyataan awam sama ada lisan atau bertutur
Tindakan Tatatertib• Jika seorang penjawat awam melanggar
mana-mana peraturan yang termaktub dalam perundangan yang ditetapkan, tindakan tatatertib akan dikenakan
• Jika disabitkan kesalahan, pegawai berkenaan boleh dikenakan tindakan bergantung pada keseriusan kesalahan
• Satu jawatankuasa penyiasat terdiri daripada tidak kurang daripada
dua anggota
Amaran• Amaran boleh dikeluarkan sekiranya
seseorang guru itu tidak mematuhi peraturan- peraturan tatakelakuan dan tatatertib
• Amaran boleh diberi oleh seorang ketua jabatan secara lisan
Denda atau lucut hak emolumen
• Segala denda atau lucut hak emolumen hendaklah dipotong daripada
emolumen bulanan pegawai itu dan dimasukkan ke dalam hasil kerajaan
Tangguh pergerakkan gaji• Seseorang pegawai yang dikenakan
hukuman tangguh pergerakan gaji tidak berhak untuk menerima apa- apa pergerakan gaji dan dalam tempoh hukuman itu sedang berkuat kuasa
Turun pangkat• Pihak berkuasa tatatertib boleh mengenakan hukuman turun pangkat mengikut cara menurunkan pangkat ke gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan yang sama
Turun gaji• Pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan
boleh mengenakan hukuman turun gaji ke atas seseorang pegawai mengikut peruntukkan berikut :
- diturunkan secara mendatar dalam peringkat gaji yang sama- penurunan gaji tidak boleh melebihi tiga pergerakkan gaji- tempoh hukuman tidak boleh kurang daripada dua belas bulan tetapi tidak boleh lebih daripada tiga puluh enam bulan
Rasional Peraturan Tatatertib
• melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab;
• meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan mereka sendiri;
• menjaga imej perkhidmatan awam; dan yang melakukan kesalahan/ melanggar peraturan dihukum.
AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550)
• Merupakan satu perundangan pendidikan yang lengkap dan bersifat futuristik sebagai persediaan dalam menghadapi perubahan abad ke 21
• Satu misi negara menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu dan mencapai aspirasi negara
• Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Akta ini merangkumi skop pendidikan yang lebih luas meliputi
semua kategori sekolah yang mengamalkan sistem pendidikan kebangsaan.
TUJUAN Akta ini adalah untuk menjamin kualiti di dalam sistem
pendidikan. Akta ini mengawalselia usaha ke arah
mempertingkatkan dan meninggikan kualiti pendidikan di peringkat pra sekolah, pendidikan guru, pendidikan khas, pendidikan swasta dan pendidikan teknikal.
Di bawah akta ini kedudukan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga diberi penekanan dan pengajaran bahasa-bahasa asing yang lain juga digalakkan.
Akta ini telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 1998. Buku Akta ini boleh dibeli di kebanyakan kedai buku.
Sistem Pendidikan Kebangsaan
Sistem Pendidikan Kebangsaan terdiridaripada:1)Pendidikan Prasekolah2)Pendidikan Rendah3)Pendidikan Menengah4)Pendidikan Lepas Menengah5)Pendidikan Tinggi
Sekolah
• Sekolah bermaksud tempat di mana sepuluh orang murid atau lebih lazimnya diajar sama ada di dalam satu kelas atau lebih.
• Terdapat tiga jenis sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan iaitu:
- Sekolah kerajaan- Sekolah bantuan kerajaan- Sekolah swasta
Pendidikan Khas• Tidak boleh kurang daripada tempoh
pelaksanaan tempoh minimum pendidikan rendah dan pendidikan menengah
• Kurikulum dalam Pendidikan Khas hendaklah mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaan setakat yang munasabah
Pengajaran Agama Islam• Sekiranya terdapat lima orang atau lebih
orang murid yang menganut agama Islam maka hendaklah diberi pengajaran agama Islam
Pengajaran Agama selain Agama Islam
• Boleh dijalankan tetapi peruntukkan tersebut tidak dibiayai kerajaan
• Tiada murid boleh mengikuti pengajaran agama selain agama yang dianutinya kecuali dengan keizinan ibu bapanya secara bertulis
Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa Penghantar Utama
• Menjadi bahasa penghantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28
• Jika bahasa penghantar utama di sesebuah institusi pendidikan adalah selain bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib
Kurikulum Kebangsaan untuk Semua Sekolah
• Hendaklah digunakan oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan
• Dalam kurikulum kebangsaan, ditetapkan bahawa murid- murid akan memperoleh pengetahuan , kemahiran dan nilai pada akhir tempoh persekolahan masing- masing
Peraturan- peraturan Pendidikan
Kurikulum Kebangsaan, 1997- menggariskan mata pelajaran teras,
wajib dan elektif untuk kelas peralihan dan Tingkatan 6
- menggariskan Gerak Kerja Kokurikulum- Ketua pendaftar berkuasa meminda jadual waktu dan sukatan pelajaran
Pendidikan Khas, 1997• Untuk murid bermasalah pelajaran,
penglihatan dan pendengaran• Guru boleh mengubah kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran serta jadual bagi mencapai matlamat Pendidikan Khas
Penilaian dan Peperiksaan, 1997 • Memantau, menasihati dan membuat
analisis tentang Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)
• Mengendalikan semua peperiksaan
Majalah Sekolah dan Bahan Multimedia, 1998
• Penubuhan jawatankuasa penerbitan sekolah dan pengedaran Majalah Sekolah dan bahan multimedia
• Kuasa dan fungsi jawatankuasa• Kelulusan Guru Besar atau pengetua
untuk penerbitan dan pengedaran
IMPLIKASI AKTA PENDIDIKAN 1996
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi landasan aktaSistem pendidikan dimantapkan meliputi semua peringkat persekolahanKedudukan bahasa kebangsaan diperkukuhkanPeperiksaan yang samaPendidikan prasekolahan diperluaskanPendidikan teknik dipertingkatkan di sekolah menengahPendidikan guru diperkukuhPendidikan Khas diberi tumpuanMengambil kira kepentingan pendidikan
semua kaum
RUJUKAN
• Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah, Zuraidah A. Majid, (2010). Guru Dan Cabaran Semasa, Oxford Fajar Sdn. Bhd.Selangor
• http://www.schoolmalaysia.com/jps/info/akta.htm#top
• http://www.slideshare.net/mum2fahim/epm-1373-undang-undang-disiplin
• http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/385-info-ringkas/5643-kurikulum-alternatif-untuk-murid-istimewa.html
top related