guru dan cabaran semasa
Post on 04-Jan-2016
10 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
SOALAN 2
TUGASAN BERKUMPULAN
( ULASAN JURNAL )
13
ULASAN JURNAL 1
Faktor Pendorong Salah laku Sosial Dalam Kalangan Remaja
Dalam Daerah Melaka Tengah
M Jamsiah dan H Hazlinda (2009) dalam jurnalnya yang berjudul Faktor
Pendorong Salah Laku Sosial Dalam Kalangan Remaja Dalam Daerah Melaka
Tengah menjelaskan tentang kajian berkaitan faktor sosio demografi, perumahan
dan keluarga mempunyai hubungkait dengan salah laku sosial. Terdapat
pelbagai kategori salah laku dalam kalangan remaja, namun salah laku yang
paling tinggi dicatatkan ialah melepak, diikuti oleh ponteng sekolah, menonton
filem lucah dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti pra-seksual. Faktor yang paling
ketara ke arah menjurus masalah ini berlaku ialah dipengaruhi oleh faktor jantina
dan bangsa. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, kesalahan salah laku
sosial adalah berisiko tinggi dalam kalangan remaja lelaki dan berbangsa
Melayu. Oleh itu, pengkaji menyarankan penekanan berkaitan kepentingan
bahaya dan kesan salah laku sosial lebih tertumpu kepada golongan remaja
lelaki dan berbangsa Melayu.
Tujuan dari penelitian dalam kajian ini ialah dengan mengkaji kesalahan
salah laku sosial serta faktor-faktor yang mendorong ke arah berlakunya salah
laku sosial tersebut. Terdapat 16 jenis salah laku yang dikaji sekiranya
responden melakukan sekurang-kurang satu jenis salah laku dalam masa
setahun. Antara kesalahan salah laku sosial yang dimaksudkan adalah seperti
melepak, ponteng sekolah, menonton filem pornografi, melakukan aktiviti
praseksual, keluar hingga larut malam, membuli, vandelisme, merosakkan harta
benda awam mencuri, merokok dan lain-lain lagi. Melihat daripada
pemasaalahan ini, salah laku sosial merupakan perkara yang biasa berlaku
dalam kalangan remaja sama ada secara mereka sedar ataupun tidak. Menurut
kajian Zainal dan Sharani (2006) hal ini berlaku kerana wujudnya perasaan ingin
tahu yang tinggi. Justeru itu, apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di
sekeliling, ia akan mendorong wujudnya perasaan ingin tahu di dalam diri
14
mereka. Oleh itu, ia akan mendorong mereka melakukan apa sahaja tanpa
memikirkan baik atau buruknya sesuatu perkara tersebut.
Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan kajian ini,
hubungan salah saku sosial dengan faktor sosiodemografi menunjukkan
responden lelaki adalah lebih tinggi berbanding responden perempuan. Hal ini
mungking dipengaruhi oleh gaya hidup seorang lelaki. Di samping itu, kajian turut
membuktikan bahawa faktor salah laku sosial adalah berkaitan dengan faktor
rumah. Salah laku dicatatkan paling tinggi dalam kalangan responden yang
tinggal dirumah sederhana berbanding responden yang tinggal di rumah mewah.
Hal ini jelas dapat menggambarkan faktor ekonomi sesebuah keluarga remaja
tersebut. Masalah kesempitan wang dan tekanan hidup sedikit sebanyak akan
memaksa remaja mencari jalan singkat untuk keluar daripada masalah tersebut.
Seterusnya, merujuk kepada hasil kajian yang telah dijalankan, salah laku
sosial juga berhubungkait dengan keluarga. Hal ini juga dilihat merupakan salah
satu faktor yang dapat mendorong remaja berkelakuan demikian. Kesalahan
yang paling tinggi dicatatkan oleh responden yang masing-masing tinggal
bersama ibu atau bapa tunggal. Hal ini dapat membuktikan berlakunya
perpecahan dalam institusi kekeluargaan. Hal ini turut dipersetujui oleh Sarjit
(2007) dalam kajiannya yang menyatakan golongan yang bertanggungjawab
dalam membawa kewujudan budaya jenayah sama ada di sekolah mahupun di
luar sekolah adalah keluarga, iaitu ibu bapa. Latar belakang remaja yang
berpecah belah atau ketiadaan ibu bapa atau kedua-duanya akan menyebabkan
remaja hilang tempat bergantung, menumpang kasih sayang serta tempat
menerima contoh teladan yang baik. Keadaan seperti ini secara tidak langsung
akan menjejaskan perkembangan remaja terutamanya dalam pencapaian
akademik serta pembentukan personaliti. (Maslow, 1954)
15
Kesimpulannya, hasil analisis daripada jurnal ini dapat disimpulkan
bahawa remaja mudah terdorong untuk melakukan kesalahan salah laku sosial.
Penekanan perlu diberikan terhadap remaja lelaki yang berbangsa Melayu
kerana golongan ini lebih berisiko tinggi untuk terlibat dengan salah laku
berbanding remaja perempuan dan bangsa-bangsa lain. Pelbagai langkah perlu
diambil dan dilaksana bagi membendung isu ini dari terus berleluasa dalam
kalangan remaja. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu memainkan peranan
penting dan bertanggungjawab dalam mengawasi tingkah laku anak-anak. Hal ini
demikian kerana, walaupun pelbagai langkah yang telah diambil oleh mana-
mana pihak, sekiranya tanpa mendapat kerjasama daripada ibu bapa nescaya
gejala ini sukar diatasi. Masyarakat sekeliling juga perlu berkerjasama dalam
usaha menangani masalah ini dengan melaporkan kes-kes salah laku sosial
kepada pihak yang berkenaan. Sikap bagai enau dalam belukar melepaskan
pucuk masing-masing perlu dikikis dikalangan masyarakat. Pihak kerajaan juga
boleh menganjurkan ceramah dan kempen yang berkaitan dengan keburukan
salah laku sosial ini. Secara tidak langsung, ia dapat membantu dalam
mewujudkan kesedaran dalam diri remaja itu sendiri. Kesimpulan, demi
mewujudkan generasi yang lebih berguna pada masa hadapan, langkah drastik
daripada semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan daripada satu pihak sahaja
tidak akan membuahkan hasil. Jadi, sama-sama kita berganding bahu untuk
menangani masalah ini.
16
ULASAN JURNAL 2:
‘KERUNTUHAN AKHLAK DAN GEJALA SOSIAL DALAM KELUARGA; ISU
DAN CABARAN’
Masalah sosial dan keruntuhan akhlak menjadi semakin hangat untuk
dibualkan oleh setiap lapisan masyarakat kerana peratus peningkatan masalah
ini semakin meningkat dan amat membimbangkan. Antara masalah sosial yang
terlibat ialah merempit, penyalahgunaan dadah, penggunaan pil khayal, berjudi,
mengambil minuman keras, ponteng sekolah, merokok, mencuri, gangsterism,
rogol dan cabul, seks bebas, sumbang mahram, memiliki bahan-bahan lucah,
vandalisme, pembuangan bayi dan sebagainya lagi. Semakin hari semakin
meningkat kes-kes sebegini di dalam negara bagai cendawan tumbuh selepas
hujan yang akan memburukkan nama negara dan reputasi kita sebagai negara
yang sedang membangun tetapi tidak seiring dengan sikap dan sivik rakyatnya.
Jika diamati, masalah sosial ini sebenarnya bukan baharu lagi
dibincangkan tetapi sudah ada sekian lama lagi cuma dengan pemesatan
ekonomi dan teknologi menyebabkan masalah ini semakin serius dan mudah
menular dalam kalangan murid-murid dibangku sekolah lagi. Budaya negatif ini
bukanlah budaya dari negara kita di mana negara kita sentiasa mengamalkan
budaya ketimuran yang sangat tinggi nilai kesantunan dan hormat-menghormati
satu sama lain. Ajaran agama kita juga melarang dan menyuruh kita menjauhi
perkara-perkara maksiat dan tidak bermanfaat pada diri kita sendiri yang hanya
akan merosakkan fikiran, badan dan emosi kita sendiri dengan melakukannya.
Perkara sebegini sememangnya tidak mendatangkan manfaat kepada kita
malahan mendatangkan lebih 1001 masalah lagi kepada diri kita.
17
Melalui media massa dan kemudahan internet yang serba maju semakin
hari, remaja mudah untuk mengakses dan mengikuti budaya barat seperti
Skinhead, Punk dan Black Metal secara membabi buta tanpa mengetahui latar
belakang sesuatu budaya tersebut terlebih dahulu. Contohnya Black Metal yang
banyak menyesatkan dan memurtadkan remaja-remaja dengan mensyirikkan
Allah S.W.T. atas dasar mengikut rakan-rakan sebaya dan merasakan budaya
tersebut sesuai dengan diri mereka tanpa memikirkan ajaran agama Islam
bahawa berdosa besar meyekutukan Allah S.W.T. yang membolehkan akidah
mereka runtuh dek kerana mengikut budaya Black Metal ini.
Dapatan telah menunjukkan bahawa masalah ini sangat membimbangkan
dan boleh menjatuhkan martabat negara yang menjadi ancaman kepada
keharmonian negara. Penagihan dadah merupakan perkara yang amat
membimbangkan kerana dari penagihan dadah pelbagai perkara negatif akan
timbul seperti AIDS, HIV, merompak, meragut, rogol dan sehingga membunuh
akibat dari ketagihan dan penguasaa dadah ke atas diri mereka. Isu mat rempit
ini juga semakin menjadi-jadi di bandar-bandar yang menawarkan wang ringgit
dan gadis hasil dari memenangi perlumbaan. Masalah ini bukan hanya
melibatkan golongan mat rempit sahaja malah pengguna jalan raya yang lain
yang merasakan bahawa jalan raya sekarang sudah tidak selamat lagi untuk
digunakan kerana adanya mat rempit yang tidak memikirkan keselamatan jalan
raya mahupun pengguna jalan raya yang lain. Akibat dari pergaulan bebas
antara lelaki dan perempuan remaja mudah terjerumus ke kancah melakukan
seks lalu mengandung di luar nikah. Akibat ingin menutup dosa mereka ini,
mereka akan cuba untuk mengguggurkan bayi atau membuangnya sahaja
selepas dilahirkan. Sikap ini menunjukkan bahawa remaja terbabit sangat tidak
bertanggungjawab dan tidak takut menanggung dosa setelah apa yang telah
dilakukan dan mengambil jalan pintas membuang bayi tersebut tanpa
memikirkan akibat daripada perbuatan mereka itu di masa hadapan.
18
Segala permasalahan ini berlaku berpunca daripada sikap ingin tahu
remaja terbabit tanpa mengetahui kesannya kepada diri dan keluarga mereka.
Remaja juga mudah terpengaruh dengan rakan sebaya yang mengajak dan
mempengaruhi mereka untuk melakukannya. Cabaran dan sindiran dari rakan
juga mengakibatkan remaja-remaja ini lebih mudah terpengaruh. Media massa
juga sedikit sebanyak mempengaruhi individu terbabit dalam melakukan perkara
yang tidak berfaedah ini apabila sering menanyangkan cerita-cerita yang
mengandungi unsur-unsur aksi yang berbahaya dan seks terlampau yang akan
menjadi ikutan para remaja. Sikap keluarga yang hanya memetingkan kerjaya
dan wang ringgit juga menyumbang kepada permasalahan ini berlaku. Golongan
remaja merupakan golongan yang memerlukan kasih sayang dan bimbingan
yang penuh daripada keluarga dalam menyokong dan membimbing keputusan
atau tingkah laku mereka. Keluarga juga seharusnya berjaya mendidik anak-
anak menjadi berguna bukan hanya menyerahkan segala tanggungjawab terebut
ke atas guru sahaja.
Semua ini berlaku adalah kerana remaja sekarang mudah menerima dan
membiarkan budaya kuning ini meresap di dalam diri mereka tanpa berfikir
panjang akibat perbuatan mereka ini. Cara yang paling terbaik bagi menangani
semua isu ialah dengan remaja seharusnya bijak memilih rakan sebaya yang
mendatangkan kebaikan ke atas diri mereka. Ibu bapa juga seharusnya
memantau dan mengenali rakan anak mereka. Media massa juga seharusnya
menapis dahulu cerita yang ingin ditayangkan dan mengikut undang-undang
penyiaran media dengan betul supaya adegan yang tidak bermanfaat ini tidak
ditayangkan secara berleluasa. Kaedah yang terbaik ialah keluarga itu sendiri
perlu memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka
dengan sentiasa memberikan kasih sayang yang tidak tumpah ke atas anak
mereka dan cuba memahami jiwa remaja mereka serta cuba membekalkan
anak-anak mereka dengan ilmu agama dan pendidikan yang paling sempurna
agar mereka dapat mengelakkan diri mereka dari terjerumus kepada masalah ini.
19
Kesimpulannya, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam
membanteras gejala sosial yang tidak sihat ini dari terus menular dalam jiwa
anak bangsa kita. Kerajaan dan pihak-pihak NGO, agensi-agensi berwajib dan
pihak swasta juga telah banyak melakukan aktiviti bermanfaat kepada remaja
untuk mengelakkan mereka dari mengikuti aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan
merosakkan bangsa. Sekolah juga telah berjaya menerapkan budaya yang sihat
dan dapat menghindarkan remaja dari melakukan aktiviti yang tidak sihat dengan
aktiviti kokurikulum dan aktiviti luar sekolah yang dapat menarik minat golongan
muda melakukannya. Dengan itu, gejala sosial dan keruntuhan akhlak dapat
dipulihkan dan akan menyebabkan negara dapat berkembang maju dan berdaya
saing rakyatnya dengan negara luar tanpa perlu memikirkan masalah gejala
sosial yang memakan belanjawan ribuan ringgit untuk mengatasinya.
20
ULASAN JURNAL 3:
PUNCA BERLAKUNYA MASALAH GENGSTERISME DI KALANGAN
REMAJA DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI EMPAT BUAH
NEGERI
Jurnal ini merupakan hasil kajian dan kertas cadangan oleh Prof.Madya
Dr Azizi bin Hj Yahya dan Rosnah Binti Hj Buang dari Fakulti Pendidikan UTM,
Skudai terhadap punca berlakunya masalah gengsterisme dalam kalangan
remaja di beberapa buah sekolah menengah di empat negeri iaitu Johor, Melaka,
Negeri Sembilan dan juga negeri Selangor. Perbincangan dalam jurnal ini adalah
untuk member gambaran yang jelas kepada kumpulan sasarnya tentang punca
mengapa berlakunya masalah gengsterisme di sekolah. Cadangan ini juga turut
disokong oleh penulis dengan member rasional mengapa punca ini berlaku.
Penulis turut mengemukakan pandangan dan juga pendapat tokoh yang lain
berkaitan dengan isu gengsterisme ini. Kumpulan kami akan mengulas isu ini
mengikut pandangan dan juga hasil daripada perbincangan kumpulan yang
mencapai kata sepakat tentang punca berlakunya salah laku ini dan peranan
pihak yang terlibat bagi mengatasi gejala ini dalam kelangan pelajar sekolah.
Menurut sumber Unit Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada Oktober
2008.Terdapat 13 jenis salah laku jenayah yang membabitkan pelajar iaitu
berjudi,mencuri,melawan guru,melawan pengawas,peras ugut,buli,pelacuran,
salah guna dadah, bawa senjata, cabul kehormatan, ancam murid, ancam guru
dan ceroboh. Gejala gangsterisme pada masa kini berpunca daripada pelbagai
faktor. Ia merangkumi faktor dalaman dan luaran. Faktor dalaman merujuk
kepada diri individu itu sendiri, faktor luaran pula merujuk kepada faktor
persekitaran seperti pengaruh-pengaruh daripada rakan sebaya,ahli keluarga
dan sebagainya (Cindy, Tursman, Moore 1930). Menurut kajian Haslina
21
Hassan(2002) mendapati bahawa kegiatan gengsterisme merupakan pengaruh
daripada rakan-rakan yang lebih tua daripada mereka untuk
melakukankeganasaan. Remaja akan lebih cenderung untuk melakukan jenayah
apabila mereka mendapat tunjuk ajar daripada orang yang lebih dewasa
daripada mereka.
Dari pemerhatian kami, melalui jurnal yang dipilih, isu gengsterisme ini
bukan saja berlaku dalam kalangan dewasa, ia juga di sertai oleh pelajar sekolah
yang berumur antara 13 tahun hingga 19 tahun. Antara ciri gengsterisme yang
ada pada pelajar sekolah ialah suka pulang lewat dari sekolah dan mempunyai
rekod kehadiranyang teruk. Pelajar ini suka melepak dengan ahli kumpulan lain
selepas pulang sekolah. Mereka suka menghabiskan masa dengan kawan-
kawan berbanding dengan ibu bapa,mereka bertujuan untuk mendapatkan
kebebasan tanpa kekangan ibu bapa di rumah. Keseronokan yang mereka
perolehi ini menjerat mereka hinggakan ia menjadi suatu tabiat yang sukar di
lepaskan. Bagi mengatasi masalah ini, kami melihat teori yang sesuai sesuai
dijadikan model bagi mengatasi masalah ini ialah Teori Pembelajaran Sosial oleh
Bandura (1977). Teori ini ialah satu pembelajaran yang berlaku dengan
memerhati orang lain melakukan sesuatu atau menjadikan sesorang sebagai
model tingkah laku. Di mana persekitaran akan dapat mempengaruhi tingkahlaku
sesorang. Seseorang individu akan memerhatikan sesuatu tingkahlaku orang
lain, kemudian dia akan menyimpan maklumat yang diperhatikan secara kognitif
dan seterusnya mempersembahkan tingkah laku tersebut.
22
Teori ini memperlihatkan kepada kita bahawa gengsterisme ini bukanlah
wujud secara semula jadi dalam diri individu. Ibu bapa dan rakan sebaya adalah
orang yang paling hampir dengan seseorangindividu.Setiap tingkah laku yang
ditunjukkan oleh ibu bapa akan diperhatikan dan ditiru olehkanak-kanak. Di
sekolah pula, kehidupan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh rakan sebaya.
Pengaruh rakan sebaya tidak kurang penting terhadap perkembangan dan
pengekalan tingkahlaku sama ada secara positif atau negatif.
Gejala gengsterisme ini juga akan memberi impak yang mendalam
kepada semua pihak terutama kepada diri sendiri, persekitaran, masyarakat dan
juga persekitaran sekolah. Gejala ini juga dilihat semakin meruncing dan jika
ianya terus dibiarkan, ianya akan terus memberi kesan yang besar pada masa
akan datang. Remaja merupakan aset penting dalam menentukan masa depan
sesebuah negara. Oleh itu, perlu bagi mereka yang berkenaan mencorakkan
pelajar dengan pelbagai pengetahuan supaya mereka memperolehi jati diri yang
unggul.
Kesimpulannya, berdasarkan kajian yang telah dilakukan faktor -faktor
gengsterime yang utama terdapat disekolah dari pengaruh rakan sebaya,
pengaruh keluarga, individu dan pengaruh keluarga berada di tahap
sederhana. Dalam kajian mengenai faktor -faktor yang mempengaruhi gejala
gengsterime di sekolah menengah adalah sederhana disebabkan
pendedahan dan pengetahuan berkaitan gengsterisme yang sering
dipaparkan di dada media cetak dan media elektronik. Selain itu,
Kementerian Pelajaran Malaysia boleh mengambil beberapa langkah
pencegahan seperti menganjurkan bengkel, seminar serta kursus -kursus
berhubung dengan masalah ini.
23
Dalam aspek hasil kajian yang dilakukan aktiviti-aktiviti gengsterime
yang utama terdapat di sekolah dari aspek peras ugut, menconteng dinding,
melawan guru, mencemuh dan mencaci, ponteng sekolah di empat buah negeri
adalah di tahap rendah. Maka, dapat disimpulkan aktiviti-aktiviti gengsterisme
di tahap rendah disebabkan responden dalam kajian ini mempunyai tahap
kesediaan pengetahuan tentang aktiviti -aktiviti gengsterisme. Akitiviti-aktiviti
kumpulan ini telah mengeruhkan iklim sekolah dan masyarakat, yang mana di
sekolah ia memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Penglibatan semua pihak adalah penting dalam menangani isu ini supaya ia
dapat di kawal. Ibu bapa juga turut memainkan peranan penting dalam
membimbing dan mengasuh anak-anak mereka di rumah sebelum mereka
dihantar ke sekolah. Hal ini penting,supaya anak-anak apabila keluar dari rumah
mereka mempunyai kemantapan disiplin, iman dan aspek fizikal serta mental
dalam menghadapi cabaran dan rintangan dari luar.
Disediakan Oleh :
1. Noordiana Binti Abu Bakar
2. Nor Farhana Binti Mohd Yusof
3. Wan Nurhidayah Binti Wan Abd Majid
24
top related