full falsafah
Post on 06-Apr-2018
340 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/3/2019 Full Falsafah
1/25
PENGENALAN
Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak semua kanak-kanak untuk diberi pendidikan
tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek kanak-kanak tersebut.
Keperluan untuk memberi pendidikan kepada semua kanak-kanak adalah menjadi satu daripada
tanggungjawab sosial yang penting dalam masyarakat.
Tidak semua kanak-kanak dilahirkan sempurna, terdapat juga kanak-kanak istimewa.
Kanak-kanak ini tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja, malahan mereka juga wajar diberi
pendidikan. Walaubagaimanapun disebabkan ciri-ciri istimewa mereka ini, maka pendidikan
yang diberi kepada mereka agak berbeza yang mana ianya disebut sebagai Pendidikan Khas.
Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an di kalangan
sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan
pendengaran.
Program Pendidikan Khas telah berkembang di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan
semenjak sistem pendidikan kebangsaan diwujudkan pada tahun 1957. Walaubagaimanapun satu
unit khas telah dikenali sebagai Unit Pelajaran Khas hanya ditubuhkan pada tahun 1964. Unit ini
ditempatkan di Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan sehinggalah digantikan oleh Jabatan
Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan mulai Oktober 1995. Dengan adanya jabatan ini di
peringkat Kementerian Pendidikan, Jabatan-Jabatan Pendidikan Negeri juga mewujudkan Unit
Pendidikan Khas di jabatan masing-masing. Jabatan ini bertanggungjawab mengenai dasar dan
Program Pendidikan Khas di seluruh negara, termasuklah program pemulihan, tetapi sekolah-
sekolah yang berada secara lagsung di bawahnya ialah sekolah-sekolah Pendidikan Khas sahaja.
-
8/3/2019 Full Falsafah
2/25
Semua Program Percantuman Pendidikan Khas di sekolah-sekolah biasa berada di bawah
kelolaan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
Visi Pendidikan Khas ialah memberi pendidikan berkualiti, menjana kecemerlangan
murid berkeperluan khas selaras dengan sistem pendidikan kebangsaan. Misinya pula ialah
membangunkan modal insan berkeperluan khas yang cemerlang berasaskan sistem pendidikan
yang berkualiti, perkembangan potensi diri ke tahap optimum, berkeupayaan berdaya saing dan
kebolehpasaran, nilai-nilai murni sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan pekongsian
pintar dengan pelbagai pihak.
Terdapat 3 konsep di Bahagian Pendidikan Khas. Konsep yang pertama ialah Pendidikan
Khas, ia memfokuskan kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran,
penglihatan dan pendengaran. Bagi konsep yang kedua iaitu Pemulihan atau withdrawal ia
memfokuskan kepada kanak-kanak sekolah rendah tahun 2 dan tahun 3 yang kurang penguasaan
3M (membaca, menulis, mengira). Konsep yang ketiga pula dipecahkan kepada 3 iaitu Pintar
Cerdas, Sekolah Integriti dan Pendidikan Orang Asli dan Penan. Pintar Cerdas adalah program
bagi kanak-kanak yang mempunyai tahap pemikiran cerdas dan program ini dikenali sebagai
Permata Pintar dan telah ditubuhkan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sekolah Integriti
ditubuhkan bagi menempatkan murid-murid yang menjadi tahanan di penjara seperti Henry
Gurney Telok Mas Melaka dan di Batu Gajah Perak dan ianya beribu pejabat di Penjara Kajang.
Bagi Sabah dan Sarawak pula telah ditubuhkan Program Pendidikan Orang Asli dan Penan untuk
tujuan memberi pendidikan yang sempurna untuk kanak-kanak asli dan penan di kawasan
pedalaman.
-
8/3/2019 Full Falsafah
3/25
Untuk kerja kursus ini kumpulan kami memfokuskan kepada konsep yang pertama iaitu
Pendidikan Khas bagi kanak-kanak kurang upaya dari segi pembelajaran, penglihatan dan
pendengaran.
Pendidikan Khas boleh dimaksudkan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk
memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecatatan/kurang upaya. Kurikulum
untuk Pendidikan Khas juga sebahagian daripada kurikulum biasa yang telah diubah suai dengan
tujuan memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai jenis
kecatatan/kurang upaya.
Kategori individu berkeperluan khas adalah seperti (i) bermasalah atau kurang upaya
pendengaran (hearing impairment), (ii) bermasalah atau kurang upaya penglihatan (visual
impairment), (iii) bermasalah pembelajaran (learning disabalities), (iv) bermasalah kerencatan
akal (mental retardation), (v) bermasalah tingkah laku atau emosi (behavioral dioders &
emotional disturbance), (vi) bermasalah pertuturan atau bahasa (speech or language
impairment), (vii) bermasalah pintar-cerdas (gifted & creativity), (viii) kurang upaya fizikal
(physical disabilities), (ix) bermasalah kesihatan (health impairment) dan (x) pelbagai masalah
(multi-problem).
Bagi meningkatkan taraf pendidikan golongan khas, bukan sahaja Sekolah-sekolah
Pendidikan Khas didirikan malah Sistem Pendidikan Inklusif telah diwujudkan. Jabatan
Pendidikan Khas (JPK) mempunyai model percantuman (integrasi) yang tersendiri, di mana
Program Pendidikan Khas wujud di sekolah-sekolah biasa sama ada di bawah satu pentadbiran
atau di bawah pentadbiran berbeza. Mengikut model tersebut, integrasi yang berlaku adalah di
peringkat fizikal iaitu kanak-kanak khas dan kanak-kanak biasa berkongsi bangunan, padang
-
8/3/2019 Full Falsafah
4/25
sekolah dan kantin. Integrasi sosial dan fizikal boleh berlaku seperti contoh bermain bersama dan
saling menolong antara satu sama lain. Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan
pengalaman yang dikongsi bersama guru, kanak-kanak biasa dan kanak-kanak khas. Ini dapat
mencapai matlamat pendidikan untuk semua kerana ciri-ciri inklusif adalah berkesan untuk
mencegah sikap mendiskriminasi dan membentuk komuniti yang mesra.
Pada masa kini Kementerian Pelajaran (Jabatan Pendidikan Khas) menyediakan program-
program pendidikan bagi murid-murid dengan keperluan khas di Sekolah-sekolah Pendidikan
Khas : 31 buah dengan bilangan muid seramai 2898 orang. Sekolah-sekolah dengan kelas
percantuman dan kelas inklusif: 368 buah dengan bilanagn murid seramai 7356 orang.
ORGANISASI JABATAN PENDIDIKAN KHAS
JPK kini dipimpin oleh En Bong Muk Shin sebagai Pengarah Jabatan Pendidikan Khas yang
beroperasi di Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya
Malaysia. Bagi merealisasikan visi, misi dan objektif Pendidikan Khas beberapa agihan tugas
yang dibahagikan kepada cawangan dan bahagian bagi melicinkan perjalanan pentadbiran
pendidikan khas.
Secara umumnya Pendidikan Khas dibahagikan kepada empat cawangan iaitu Cawangan
Program Pendidikan Khas, Cawangan Perancangan Mikro dan Maklumat, Cawangan Latihan
Dan khidmat Bantu dan Cawangan Pengurusan dan Perhubungan. Setiap cawangan dibahagikan
kepada beberapa sektor utama seperti di lampiran.
Bagi meningkatkan taraf Pendidikan Khas, beberapa penambahbaikan di dalam
organisasi telah dilaksanakan di peringkat jabatan, negeri dan daerah. Di peringkat jabatan
beberapa bahagian dan unit ditubuhkan bagi melicinkan pentadbiran, pegawai pakar dari
-
8/3/2019 Full Falsafah
5/25
pelbagai bidang juga telah diperbanyakkan dan jemaah nazir khas diwujudkan. Bagi JPK negeri,
terdapat seorang penyelaras Pendidikan Khas bagi setiap JPK negeri dan penyelaras-penyelaras
ini telatih di dalam bidang Pendidikan Khas. Di perigkat daerah pula, terdapat seorang pegawai
yang mengelola tentang Pendidikan Khas di setiap daerah, rundingan dengan pihak sekolah
haruslah dilakukan sebelum membuka program baru dan segala perubahan yang akan berlaku
perlu disampaikan kepada pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat.
PERANAN DAN FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN KHAS KE ARAH
MEREALISASIKAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
JPK bermatlamat untuk memberi kesinambungan program yang bermutu bagi memenuhi
keperluan dan kebolehan khusus kepada kanak-kanak berkeperluan khas dalam persekitaran
biasa. Selaras dengan itu JPK berusaha dan bertanggungjawab untuk meningkatkan aspek
perkembangan kanak-kanak dan semua usaha yang berkaitan dengan keperluan kanak-kanak
khas. Dengan itu, JPK berperanan untuk membangunkan 3 prinsip utama berhubung Pendidikan
Khas ke arah merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). 3 prinsip utama
tersebut ialah:
2.1 Pendidikan Menyeluruh dan Bersepadu
JPK bertanggungjawab untuk membekalkan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu di
dalam Program Pendidikan Khas bertujuan untuk memberi fokus kepada potensi individu
pelajar-pelajar berkeperluan khas meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Peningkatan potensi individu seseorang pelajar memerlukan penglibatan pelajar secara
berkumpulan dalam pelbagai disiplin secara kolaboratif dan bersepadu.
-
8/3/2019 Full Falsafah
6/25
2.1.1 Peranan JPK Dalam Melaksanakan Pendidikan Menyeluruh Dan Bersepadu
Untuk menjalankan peranan ini JPK perlu merancang, meyelaras, memantau dan menilai
program-program serta aktiviti yang berkaitan dengan kecemerlangan program akademik,
kokurikulum dan peningkatan sahsiah pelajar-pelajar berkeperluan khas. Sehubungan dengan itu,
JPK telah menetapkan dan memastikan sukatan pelajaran yang disediakan mampu mendidik
pelajar membina keyakinan diri serta membantu meningkatkan keupayaan intelek emosi, sosial,
jasmani dan rohani pelajar-pelajar berkeperluan khas.
Sebagai contoh, JPK telah menyediakan Sukatan Pelajaran Bermasalah Pembelajaran
untuk Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) khusus kepada pelajar yang
mengahadapi masalah pembelajaran. Sukatan pelajaran yang disediakan itu merangkumi
beberapa bidang, seperti Bidang Pengurusan Kehidupan, Bidang Akademik Berfungsi, Bidang
Kerohanian dan Nilai-Nilai Murni, dan Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti. Dalam setiap
bidang ini juga, telah ditetapkan komponen-komponen pembelajaran secara meneyeluruh
merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Contohnya, Bidang Kerohanian
dan Nilai-Nilai Murni merangkumi Komponen Pendidikan Agama Islam dan Komponen
Pendidikan Moral yang bertujuan untuk membantu membentuk perkembangan rohani dan sosial
pelajar-pelajar berkeperluan khas berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan serta
dapat melahirkan pelajar yang memiliki disiplin, bersikap positif, bermoral dan beretika. Antara
usaha yang dijalankan untuk membangunkan Komponen Pendidikan Agama Islam adalah
melalui Program j-QAF Pendidikan Khas yang telah dilancarkan pada 12 November 2007.
Melalui cara diatas, matlamat JPK yang ingin menyuburkan keupayaan intelek, emosi,
sosial, jasmani dan rohani kanak-kanak berkeperluan khas boleh dijayakan melalui penerapan
-
8/3/2019 Full Falsafah
7/25
bimbingan, serta membekalkan teknik-tenik pengajaran yang berkesan kepada guru-guru
Pendidikan Khas. Selain itu, peralatan dan kemudahan yang cukup perlu disediakan untuk
sekolah-sekolah Pendidikan Khas bagi membantu pengajaran serta pembelajaran guru-guru dan
pelajar-pelajar. Ini bersesuaian dengan objektif JPK yang mahu menyediakan pendidikan yang
sesuai dan relevan kepada setiap murid yang berkeperluan khas. Pendidikan yang disediakan
bukan sahaja tertumpu kepada pengajaran yang disampaikan kepada pelajar sebaliknya
merangkumi keseluruhan kemudahan yang disediakan kepada pelajar, sepanjang melalui proses
pembelajaran di sekolah pendidikan khas.
2.1.2 Ke Arah Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Matlamat JPK untuk membangunkan prinsip pendidikan menyeluruh dan bersepadu ini
adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu Pendidikan di
Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Ini
selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas yang ingin menyediakan perkembangan optima kanak-
kanak dengan keperluan-keperluan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang
berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh
menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat.
Bagi merealisasikan kedua-dua Falsafah ini JPK telah merangka secara khusus dan teliti
kurikulum pendidikan khas supaya pelajar-pelajar berkeperluan khas mampu mengusai
pembelajaran dan boleh meningkatkan keupayaan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah
mereka. Selain pendekatan yang diberikan kepada pelajar, JPK juga memberikan bengkel dan
-
8/3/2019 Full Falsafah
8/25
latihan yang secukupnya kepada guru pendidikan khas supaya mereka mampu menyampaikan
pengajaran dengan baik kepada pelajar. Prinsip pendidikan menyeluruh ini membantu
merealisasikan FPK kerana..
2.1.3 Hubungan Pendidikan Menyeluruh Dan Bersepadu Dengan Falsafah Pendidikan
Barat
Prinsip pendidikan menyeluruh dan bersepadu ini boleh dikaitkan dengan Falsafah
Pendidikan Barat, Perenialisme yang menyatakan manusia umumnya adalah sama dan
pendidikan haruslah sama untuk setiap manusia (Abdul Fatah, 2007). Tidak semua kanak-kanak
dilahirkan sempurna, terdapat juga kanak-kanak yang istimewa. Kanak-kanak ini tidak boleh
dipinggirkan begitu sahaja, sebaliknya mereka juga wajar diberi pendidikan. Dengan itu, JPK
telah berusaha bagi melaksanakan Pendidikan Inklusif secara meluas dan sepadu serta
menempatkan murid-murid khas yang bermasalah penglihatan ditempat kelas-kelas normal
dengan diberi bantuan dan sokongan mengikuti pembelajaran dalam kelas oleh guru resos khas.
Ini bertujuan untuk membolehkan pelajar-pelajar berkeperluan khas untuk mendapatkan
pendidikan seiraing dengan pelajar-pelajar normal yang lain.
Selain itu Falsafah Perenialisme juga ada menyatakan kanak-kanak hendaklah diajarkan
subjek asas yang khusus yang dapat digunakan dalam kehidupannya di dunia ini (Abdul Fatah,
2007). JPK berhasrat untuk membantu pelajar-pelajar berkeperluan khas untuk menguasai
kemahiran asas 3M selaras dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin pesat dan
mencabar. Ia merupakan satu usaha bagi mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan
pembelajaran khususnya dalam mengusai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
Mengikut Adler (1951, hlm.63), pelajaran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang
-
8/3/2019 Full Falsafah
9/25
sentiasa menunjukkan disiplin formal sangat penting dalam pendidikan liberal ataupun
pendidikan umum. Pelajar-pelajar berkeperluan khas yang berjaya menguasai kemahiran 3M
dengan baik boleh membantu mereka menguasai matapelajaran yang lebih tinggi tahapnya.
Dengan itu, penekanan untuk subjek asas lebih diterapkan untuk pelajar-pelajar berkeperluan
khas supaya mereka boleh menggunakan ilmu berkenaan dalam kehidupan mereka serta
membantu meningkatkan keupayaan intelek mereka.
2.1.4 Hubungan Pendidikan Menyeluruh Dan Bersepadu Dengan Fahaman Idealisme
Fahaman Idealisme boleh dikaitkan dengan prinsip pendidikan menyeluruh kerana
pendidikan Idealisme banyak menekankan kemahiran dalam sesuatu bidang untuk mendedahkan
keupayaan tersembunyi seseorang pelajar. Misalnya, pengalaman sedia ada murid dititikberatkan
juga seperti yang terkandung dalam pengalaman pembelajaran. Pengajaran guru hendaklah
bersesuaian dengan pengalaman murid supaya pembelajaran senang diikuti dan berkesan. Maka
guru perlu menyususn strategi pengajaran bersesuaian dengan mata pelajaran, tajuk, murid,
masa, dan keadaan kelas. Ini penting kerana pembelajaran yang berkesan mampu membantu
pelajar untuk membantu pelajar menguasainya dari aspek teori dan praktikal(amalan) dalam
kehidupannya. Fahaman Idealisme ini juga percaya bahawa pendidikan menyeluruh merupakan
a body of intellectual subject matter.
2.2 Pembelajaran Yang Mengembirakan Dan Bermakna
Prinsip kedua dalam pembentukan kurikulum Pendidikan Khas adalah pembelajaran yang
mengembirakan dan bermakna. Prinsip ini merujuk kepada proses pengajaran dan pembelajaran
yang merangsang dan mengekalkan minat pelajar-pelajar berkeperluan khas kepada
-
8/3/2019 Full Falsafah
10/25
pembelajaran. Suasana pembelajaran yang kondusif perlu diberi penekanan agar murid dapat
menguasai pengetahuan dan kemahiran yang boleh digunakan untuk keperluan diri dan
kehidupan bermasyarakat. Ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan berfikiran terbuka.
2.2.1 Peranan JPK Dalam Melaksanakan Pembelajaran Yang Mengembirakan Dan
Bermakna
Ini bertepatan dengan matlamat JPK yang ingin mengubah sikap negatif terhadap
pembelajaran dengan memperkembangkan dan memulihkan perasaan yakin diri dikalangan
pelajar-pelajar berkeperluan khas. Secara psikologinya pelajar-pelajar berkeperluan khas
memiliki perasaan rendah diri dan suka menyendiri. Dengan adanya kurikulum ini mereka dapat
membina keyakinan diri dan merasa diri dihargai kerana ia memberi lebih peluang dan ruang
kepada pelajar istimewa untuk berinteraksi dengan persekitaran sosial yang lebih luas dimana
pelajar-pelajar diberi ruang untuk memilih rakan sebaya sama ada normal atau tidak normal.
Oleh yang demikian kehidupan mereka dilihat seperti kehidupan kanak-kanak biasa. Selain itu,
pelajar-pelajar diberi peluang untuk mencungkil potensi kemahiran dari pelbagai bidang seperti,
seni, kraftangan, sukan, akademik dan sebagainya. Dengan itu mereka diberi lebih peluang untuk
mengembangkan lagi potensi diri mereka sewaktu mengikuti pelajaran dikelas bersama pelajar
biasa yang lain.
Pelajar-pelajar berkeperluan khas juga diberi ruang untuk belajar daripada pelajar normal
yang lain dalam satu kelas yang sama. Misalnya, pelajar-pelajar berkeperluan khas yang
mengikuti Pendidikan Inklusif khasnya akan dapat mempelajari sesuatu yang berguna daripada
tingkah laku pelajar-pelajar normal. Menurut Piaget(1969), beliau telah mendapati bahawa
kanak-kanak adalah egosentrik untuk mempercayai bahawa semua kanak-kanak berfikir seperti
-
8/3/2019 Full Falsafah
11/25
mana yang mereka lakukan .Dengan memberikan pendedahan kepada persekitaran yang berbeza
,seseorang kanak-kanak dapat memperluaskan perspektif pandangannya.
Selain itu, dalam memenuhi matlamat kurikulum tersebut JPK berperanan merancang,
mengorganisasi dan mengawal sumber-sumber dengan sempurna bagi memastikan pengurusan
pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia. Untuk itu, pembelajaran dan pengajaran pelajar
Pendidikan Khas haruslah seiring dengan pekembangan pelajar normal. Kaedah pembelajaran
sekarang adalah mengunakan pendidikan teknologi komputer dan multimedia. Peralatan dan
kemudahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) Pendidikan Khas ini adalah berbeza dengan
pendidikan pelajar-pelajar normal, terutama bagi alat bantu mendengar dan percetakan Braille
memerlukan nilai tambah disamping memerlukan kos yang tinggi untuk memperolehinya.
Dengan ini JPK perlu merancang untuk mempertingkatkan inovasi dan kreativiti dalam
melaksanakan Program Pendidikan Khas. Ini juga bertepatan dengan objektif JPK untuk
menyediakan peluang dan kemudahan kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas. Antara peluang
dan kemudahan yang disediakan adalah kemudahan frasarana pembelajaran yang konduksif,
kelas-kelas khas, guru-guru yang berkemahiran dalam pendidikan khas, kemudahan
pembelajaran dan pengajaran serta kemudahan teknologi dan multimedia.
2.2.2 Ke Arah Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah dalam pendidikan khas amatlah bertepatan dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk melahirkan warganegara berpengetahuan ,berketrampilan, berakhlak mulia
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri melalui pembelajaran yang mengembirakan
kerana melaluinya kita dapat membentuk keyakinan diri mereka untuk bercampur dalam
lingkungan masyarakat. Kesan Pendidikan Khas dalam merealisasikan FPK akan dapat
-
8/3/2019 Full Falsafah
12/25
melahirkan dua dimensi utama iaitu Dimensi Intrinsik dan Dimensi Instrumental. Melalui
Dimensi Intrinsik, JPK ingin melahirkan individu rakyat malaysia yang mempunyai
kepercayaan kepada tuhan, patuh kepada ajaran agama, berpengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Manakala
melalui Dimensi Instrumental JPK berhasrat untuk melahirkan individu rakyat Malaysia yang
mampu memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.
Oleh yang demikian, berdasarkan prinsip pembelajaran yang menggembirakan dan
bermakna dalam pendidikan khas, ia amatlah bertepatan dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menekankan kepada usaha untuk mempertingkatkan pertumbuhan intelek
individu, mendidik manusia menjadi lebih cekap dan membentuk personaliti dan mental ke
tahap keharmonian dan kesempurnaan.
Manakala dari sudut ilmu pengetahuan, kemahiran adalah penting dalam mata pelajaran
akademik dan mereka mampu dapat menguasai prinsip mata pelajaran. Peranan pendidikan pula
menitikberatkan guru mempunyai autoriti dalam mata pelajarannya dan pengajaran nilai-nilai
tradisi masyarakat diterapkan. Akhirnya tumpuan kurikulum lebih menumpukan kepada
kemahiran asas iaitu 3M dan mata pelajaran penting seperti bahasa melayu, Matematik dan
bahasa Inggeris. Di samping itu nilai-nilai masyarakat seperti sosial, budaya turut diajar.
2.2.3 Hubungan Prinsip Pembelajaran Yang Bermakna Dan Menggembirakan Dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
-
8/3/2019 Full Falsafah
13/25
Prinsip pembelajaran yang bermakna dan menggembirakan ini adalah berkait dengan Falsafah
Pendidikan Barat iaitu Esensialisme. Falsafah ini berpendapat bahawa manusia kekurangan nilai-
nilai murni yang sempurna. Baik atau buruk seseorang insan bergantung kepada pengaruh
kebudayaan masyarakat iaitu melalui latihan intelek dan mental untuk membentuk personaliti
diri dan mental mereka ke tahap keharmonian dan penyempurnaan. Dalam Pendidikan Khas,
guru memainkan peranan penting dalam proses pendidikan pelajar untuk memperolehi keperluan
dan kualiti kehidupan agar mereka mencapai kecemerlangan dalam hidup bermasyarakat. Guru
hendaklah mengamalkan sikap kepimpinan demokratik, mengambil inisiatif, kreatif membentuk
iklim konduksif dalam aktiviti P&P dan mahir dalam mengunakan teknik peneguhan, ganjaran
atau denda. Menurut Esensialisme lagi, ilmu diperolehi dengan berkesan bergantung kepada
kerajinan dan tumpuan pelajar bukan bergantung kepada minat. Minat boleh dipupuk melalui
kreativiti guru. Esensialisme juga menyarankan kurikulum yang dibentuk dapat memenuhi
keperluan masyarakat, kemudahan yang lengkap, aktiviti P&P yang sistematik dan mengikut
kesesuaiannya.
2.2.4 Hubungan Prinsip Pembelajaran Yang Bermakna Dan Menggembirakan Dengan
Fahaman Realisme
Falsafah Pendidikan Khas juga boleh dikaitkan dengan Fahaman Realisme. Menurut
Fahaman Realisme ia lebih memberi penekanan kepada aspek kebendaan. Dari sudut metafizik,
fahaman ini menganggap bahawa sesuatu perkara yang wujud dalam alam fikiran, namun
pemikiran tersebut perlulah selaras dengan dengan kewujudannya dialam nyata. Manakala secara
epistemologi menyatakan pengetahuan adalah hasil daripada interaksi dengan alam persekitaran.
-
8/3/2019 Full Falsafah
14/25
Dan secara aksiologinya, nilai itu diterima atau tidak dengan norma masyarakat. Oleh yang
demikian dalam dunia Pendidikan Khas, guru merupakan orang yang bertanggungjawab untuk
melahirkan minat seseorang pelajar melalui strategi pengajarannya. Guru berperanan meransang
dan mengekalkan minat hingga dapat mengusai pengetahuan dan kemahiran.
2.3 Pendidikan Sepanjang Hayat
Prinsip yang ketiga ialah memberikan pendidikan sepanjang hayat. Pendidikan sepanjang hayat
merupakan pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran di alam persekolahan yang dapat
menjana peluasan ilmu secara berterusan untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Ini sejajar
dengan fungsi JPK yang merancang, menyelaras, memantau dan menilai program dan aktiviti
yang berkaitan dengan kecemerlangan program akademik, kokurikulum dan peningkatan sahsiah
murid pendidikan khas. Bagi memastikan pelajar-pelajar berkeperluan khas ini dapat menjana
ilmu secara berterusan, JPK melaksanakannya melaui objektif iaitu meyediakan bahan
pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini. Bagi memastikan pelajar-pelajar
berkeperluan khas ini mendapat pendidiakan yang mencukupi dan terkini, Unit Penerbitan dan
Percetakan Braille telah ditubuhkan di Kementerian Pendidikan pada tahun 1984 untuk
mengelolakan bahan-bahan, penerbitan dan percetakan braille. Seminar seminar turut diadakan
seperti contoh seminar Microsoft Regional Training telah diadakan bagi melatih guru dan
Pegawai Jabatan Pendidikan Khas menggunakan teknologi di dalam pengajaran yang sesuai
untuk murid bermasalah pembelajaran. Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) Jabatan
Pendidikan Khas juaga telah diwujudkan bagi menyediakan perkhidmatan audiologi termasuk
membuat ujian pendengaran dan fitting alat bantu pendengaran. Perkhidmatan ini disediakan
supaya pelajar-pelajar bekeperluan khas ini mendapat pengesanan awal dari pakar dan akan
memudahkan mereka di dalam proses pembelajaran. Selain itu kelengkapan sekolah seperti
-
8/3/2019 Full Falsafah
15/25
kerusi, meja, komputer, projektor, dan sebagainya turut disediakan dengan lengkap. Tidak ada
jurang di dalam penyediaan alatan pengajaran di antara Sekolah Pendidikan Khas dan sekolah
biasa. Bagi mencapai matlamat yang dipegang oleh JPK untuk memperkembangkan kecekapan
ekonomi yang asas supaya anak-anak khas menjadi pekerja berguna dalam masyarakat, pelajar-
pelajar berkeperluan khas ini telah diterapkan dengan pelbagai kemahiran di peringkat sekolah.
Di sekolah terdapat subjek di dalam bidang pengurusan kehidupan seperti Pengurusan Diri,
Kemahiran Manipulatif, Pengurusan Tingkah Laku dan Kemahiran Hidup. Dari subjek-subjek
yang dipelajari ini membolehkan pelajar-pelajar berkeperluan khas memiliki kemahiran masing-
masing untuk mereka bersaiang dengan golongan biasa dan seterusnya mereka juga turut dapat
menyumbang kepada ekonomi negara di mana terdapat hasil-hasil kerja tangan mereka yang
dipasarkan. Bidang pengurusan kehidupan diajar bukan sahaja untuk mencapai matlamat
membolehkan pelajar-pelajar berkeperluan khas menyumbang kepada ekonomi negara malah
ianya juga bertujuan untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas berdikari tanpa membebankan
masyarakat. Di samping itu, ia dapat mengeratakan pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan
masyarakat biasa supaya mereka diterima oleh masyarakat. Dengan mengaplikasikan apa yang
mereka pelajari, mereka akan lebih mudah untuk bergaul dangan masyarakat dan mereka tidak
akan disisihkan. Beberapa aktiviti turut dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Khas yang
melibatkan pelajar-pelajar berkeperluan khas dan gologan biasa seperti contoh Perkhemahan
Badan Beruniform Pendidikan Khas Kebangsaan di Pusat Latihan dan Rekriasi FELCRA Tebing
Tinggi Segamat, Johor. Perkhemahan ini melibatkan seramai 175 palajar bermasalah
pendengaran dan penglihatan. Dengan adanya aktiviti ini ia dapat membina kekuatan dalaman
pelajar-pelajar berkeperluan khas agar bersedia menghadapi apa jua halangan yang mendatang.
Kojohanan Olahraga Pendidikan Khas Kebangsaan diadakan sebagai acara tahunan sebagai satu
-
8/3/2019 Full Falsafah
16/25
usaha berterusan untuk membantu pelajar-pelajar berkeperluan khas menyerlahkan potensi di
dalam bidang sukan. Kojohanan ini dapat mencungkil bakat-bakat yang dapat diketengahkan ke
peringkat Paralimpik antarabangsa bagi mengharumkan nama negara. Aktiviti-aktiviti yang
dijalankan bagi melaksanakan fungsi, objektif dan matlamat pendidikan khas tadi dapat
memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan
keluarga serta memberi sumbangan terhadap kemakmuran masyarakat dan negara.
Ianya amat berkait rapat dengan mazhab realisme yang memfokuskan kepada kebendaan.
Menurut mazhab realisme manusia dilahirkan dengan fikiran, ingatan dan kefahaman yang
kosong. Pengalaman dalam perjalanan hidupnyalah yang menyebabkan tertanamnya pelbagai
pengetahuan. Pelajar-pelajar berkeperluan khas tidak seperti pelajar-pelajar biasa yang dapat
dapat menimba pengetahuan melalui pembelajaran semata-mata. Bagi mereka, setiap apa yang
dilihat, disentuh dan dirasa oleh pancaindera mereka merupakan satu proses pembelajaran.
Mereka memerlukan banyak praktikal sebagai pengalaman yang menjadi panduan di dalam
menjalani kehidupan mereka. Pendekatan yang dilakukan oleh JPK seperti Kem Pertuturan
Speech Camp bagi meningkatkan komunikasi secara mudah di kalangan pelajar pekak dan bisu
dapat memberi pengalaman yang sangat bergguna kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas.
Ativiti yang dijalankan adalah seperti merentas halangan, keberanian air dan pesembahan tarian
kebudayaan antara negeri. Melalui aktiviti-aktiviti ini, ia dapat memberi pengalaman kepada
pelajar agar lebih berkeyakinan dan mempunyai kekuatan di dalam menempuh cabaran yang
mendatang. Mereka akan menjadikan pengalaman-pengalaman yang dilalui sebagai pengajaran
untuk sepanjang hayat.
-
8/3/2019 Full Falsafah
17/25
Merujuk kepada falsafah barat progressiveme kelahiran individu ke dunia bersifat suci
serta semulajadi seperti kain putih. Corak individu manusia pada masa hadapan adalah
dipengaruhi dan bergantung kepada pesekitaran dan masyarakatnya. Bersesuaian dengan
matlamat JPK iaitu mengeratkan kanak-kanak khas dengan masyarakat biasa supaya mereka
dapat diterima oleh masyarakat. JPK menggalakkan kerjasama dari masyarakat seperti contoh
ibu bapa dijemput dari masa ke semasa sebagai sukarela dalam bilik darjah sama ada untuk
membantu guru atau hanya menunjukkan kepada mereka bagaimana guru mengendalikan proses
pengajaran dan pembelajaran, masyarakat juga turut digalakkan menjayakan program-program
yang melibatkan mereka dan pelajar-pelajar khas seperti menjadi sukarelawan program
perkhemahan, sukan dan seminar yang dianjukan oleh JPK. Melalui penglibatan ibu bapa dan
masyarakat, mereka akan lebih memahami dan pelajar-pelajar berkeperluan khas. Usaha JPK di
dalam menjayakan kelas inklusif juga telah merapatkan jurang di antara pelajar-pelajar
berkeperluan khas dan pelajar biasa di mana mereka dapat bargaul dan berkongsi pengalaman
antara satu sama lain. Ini dapat mencorakkan satu kehidupan positif di dalam diri setiap pelajar
berkeperluan khas..
Secara keseluruhannya prinsip pendidikan sepanjang hayat bersesuaian dengan fungsi
JPK merancang, menyelaras, memantau dan menilai program dan aktiviti yang berkaitan dengan
kecemerlangan program akademik, kokurikulum dan peningkatan sahsiah murid pelajar-pelajar
berkeperluan khas. Objektif JPK menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang
mencukupi dan terkini bagi memastikan pendidikan sepanjang hayat untuk pelajar-pelajar
berkeperluan khas merupakan tunjang bagi mencapai matlamat untuk menperkembangkan
kecekapan ekonomi yang asas supaya kanak-kanak khas menjadi pekerja yang berguna dalam
-
8/3/2019 Full Falsafah
18/25
masyarakat. Mazhab realisme amat bertepatan dengan nature golongan khas yang menjadikan
pengalaman mereka sebagai panduan di dalam menjalani kehidupan dan falsafah progresivisme
yang menekankan kehidupan manusia dicorakkan oleh keadaan sekliling dan masyarakat
membuktikan yang peranan masyarakat sangat penting di dalam memastikan golongan khas
menjalani kehidupan yang lebih baik.
3.0 MASALAH DAN ISU
Program Pendidikan Khas dibawah Kementerian Pendididikan Malaysia telah berkembang
selaras dengan sistem Pendidikan Kebangsaan. JPK merupakan jabatan yang bertanggungjawab
mengendalikan dan mengurus kebajikan pelajar-pelajar berkeperluan khas. Namun masih lagi
terdapat kekangan dan masalah yang terpaksa dihadapai oleh JPK. Antara permasalahan tersebut
adalah:
3.1 Peralatan dan kemudahan
Pengurusan peralatan dan kemudahan bagi pelajar yang mengikuti Program Pendidikan Khas
masih belum cekap. Hal ini, merujuk kepada Laporan Seminar Pendidikan Khas (2000) yang
menyatakan bahawa Unit Bergerak yang bertanggungjawab mengelola bahan-bahan, penerbitan
dan percetakan Braille masih belum diwujudkan lagi. Keadaan ini memberi masalah kepada guru
untuk menguruskan pelajar-pelajar sewaktu aktiviti pengajaran bermula.
Selain itu juga, kaedah pengajaran guru yang menggunakan teknik pengajaran yang sama
akibat kekurangan kemudahan dan peralatan yang disediakan disekolah akan menyebabkan
-
8/3/2019 Full Falsafah
19/25
kanak-kanak itu cepat merasa bosan. Keadaan ini semakin merumitkan mereka dan juga guru itu
sendiri kerana tahap pemahaman pelajar-pelajar pendidikan khas adalah lambat dalam
memahami satu-satu topik yang diajar.
3.2 Kualiti guru
Pihak JPK telah memastikan guru-guru yang dilatih adalah berkualiti dan dapat memberikan
perkhidmatan yang terbaik dalam mendidik pelajar-pelajar berkeperluan khas. Menurut Laporan
Seminar Pendidikan Khas (2000), sememangnya sebahagian guru pendidikan khas tidak dapat
melaksanakan tugas dengan berkesan kerana beberapa faktor seperti tidak berminat sepenuhnya
dalam bidang tersebut, tidak berminat dengan tugasan dan guru-guru sememangnya bermasalah.
Oleh yang demikian, hasrat JPK tidak akan tercapai tanpa komitmen yang sepenuhnya daripada
guru-guru pendidikan khas,
Terdapat beberapa perkara yang menjadi punca masalah yang dihadapi oleh pendidikan khas
adalah:
a) Pembahagian tugas: Guru bilik darjah biasa tidak memberikan sokongan dan kerjasama
kepada pengajaran pemulihan yang melibatkan pelajar-pelajar bekeperluan Khas
b) Penyelarasan pengajaran:Terdapat jurang perhubungan antara guru biasa dengan guru
pendidikan Khas.
c) Tiada penyelarasan antara isi kurikulum kelas biasa dengan kelas pemulihan.Keadaan ini
sudah pasti menjejaskan pembelajaran murid.
-
8/3/2019 Full Falsafah
20/25
d) Beban tugas: guru pendidikan Khas juga dibebani oleh tugas-tugas kokurikulum
sedangkan tugas mereka sudah terlalu banyak.apabila mereka tidak dapat menjalankan
tugas, mereka akan dianggap tidak bertanggungjawab dan bekerjasama.
e) Logistik: Keadaan bilik pendidikan jauh terasing serta kelengkapan asas yang tidak
mencukupi .
f) Hubungan dengan ibu bapa: Ibubapa kuarang menunjukan minat terhadap pembelajaran
anak-anak kerana mereka menganggap anak-anak mereka memang sudah tergolong
dalam golongan yang tidak akan berjaya dalam hidup.keadaan ini memberi masalah
kepada guru untuk berbincang dengan ibubapa tentang prestasi anak-anak berkeperluan
khas dalam pelajaran.
3.3 Pendidikan inklusif
Pendidikan ini merupakan satu program Inklusif Pendidikan Khas bagi kategori bermasalah
pembelajaran. Melalui program ini pihak-pihak yang terlibat samada langsung atau tidak
langsung akan menghadapi pelbagai masalah .Antaranya;
a) guru-guru biasa menganggap bahawa bukan tanggungjawab mereka untuk mendidik
murid berkeperluan khas dan hanya guru pendidikan khas yang layak mengajar pelajar
berkenaan.
b) kaedah pengajaran yang tidak sesuai untuk memenuhi kehendak pelajar istimewa
c) pelajar-pelajar istimewa akan dilabelkan sebagai slow learner di kelas biasa dan ini akan
memberi tekanan terhadap guru untuk menyesuaikan strategi pengajaran,
d) pelajar-pelajar normal tidak mempunyai kemahiran komunikasi dalam menyesuaikan diri
dengan pelajar istimewa .
-
8/3/2019 Full Falsafah
21/25
e) Pentadbir dan pihak pengurusan terpaksa dibebani tugas tambahan dalam menguruskan
prosedur dan aspek teknikal dalam pendidikan inklursif.
f) Sistem pengurusan sekolah tidak begitu komited mewujudkan peluang dan ruang kepada
program pendidikan khas.
3.4 Penerimaan guru biasa terhadap Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan telah memilih dasar least restrictive environment dalam
membekalkan perkhidmatan pendidikan kepada murid-murid khas.Dua jenis perkhidmatan telah
ditawarkan iaitu sekolah Pendidikan Khas bi murid-murid bermasalah penglihatan dan
pendengaran serta kelas percantuman sekolah biasa melalui program integrasi. Selaras dengan
amalan tersebut, KPM melaksanakan pendididkan Inklusif. Ini membuatkan guru kelas biasa
terlibat secara langsung dalam pendidikan Khas. Mendidik murid-murid khas bersama murid-
murid biasa adalah satu tugas yang sukar . Menurut kajian oleh Dr.Haji Haniz Bin Ibrahim
(2000) yang dijalankan di negeri Kedah ,mendapati guru kelas biasa mempunyai komponen
kognitif sikap yang negative. Ini disebabkan kurangnya pendedahan pengetahuan terhadap
Pendidikan inklusif. Hal ini berlaku kerana guru-guru tidak dimaklumkan mengenai maklumat
tersebut. Maklumat hanya diberikan kepada guru-guru pendidikan khas sahaja . Guru kelas biasa
yang ada kelas percantuman tidak melibatkan diri secara langsung dengan murid-murid khas dan
kurangnya perbincangan mengenai Inklusif dan pendidikan khas.
-
8/3/2019 Full Falsafah
22/25
4.0 CADANGAN
Untuk memantapkan pengurusan jabatan pendidikan Khas , beberapa cadangan perlu diambil
untuk mengatasi masalah yang timbul. Antara cadangan untuk penambaikan mutu perkhidmatan
jabatan pendidikan khas ialah:
4.1 menyediakan Latihan pengurusan peralatan
Jabatan Pendidikan Khas harus menyediakan latihan pengurusan kepada pihak yang
bertanggungjawab menguruskan peralatan untuk kanak-kanak yang mengikuti pendidikan khas
agar mereka dapat belajar dengan lebih selesa dan menyeronokkan.
4.2 Pemilihan calon guru yang berinovasi tinggi
Bagi menjamin keperluan yang mencukupi dan status profesion perguruan pendidikan khas,
usaha-usaha pemantauan kualiti guru perlu dilakukan dari semasa ke semasa. Pemilihan calon
-
8/3/2019 Full Falsafah
23/25
guru yang benar-benar layak dan berinovasi tinggi untuk mengikuti kursus perguruan dalam
bidang pendidikan khas perlu dperhalusioleh pihakbertanggungjawab agar mereka tidak tersilap
memilih orang yang benar-benar layak mengikuti program pendidikan khas
4.3 Penambahbaikan program Inklusif
Program percantuman yang dimulakan pada tahun 1962 dan program inklusif tahun 1994
merupakan langkah yang positif dan ia perlu ditambabaikkan untuk memastikan kejayaan
melalui :
a) Penyediaan guru terlatih khusus dalam pendidikan khas yang mencukupi untuk semua
sekolah pendidikan khas dan program percantuman.
b) Rancangan kurikulum yang sesuai dan relevan bagi kanak-kanak kurang upaya dan perlu
mengikut keperluan semasa.
c) Penyediaan peralatan dan sumber kewangan
d) Menyediakan kepakaran dalam bidang tertentu serta mencukupi seperti ahli psikologi
kanak-kanak, terapis pekerjaan, audiologi dan terapis pertuturan.
e) Pelaksanaan intervensi awal yang rapi
4.4 memperkemaskan hala tuju masa depan
-
8/3/2019 Full Falsafah
24/25
untuk memastikan semua kanak-kanak berkeperluan khas mendapat peluang pendidikan yang
sama dengan kanak-kanak normal lain, maka Kementerian Pendidikan Malaysia dengan
kerjasama Jabatan Pendidikan Khas perlu berganding bahu untuk memastikan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan tercapai iaitu dengan:
a) menyemak kembali semula Peraturan-peraturan (pendidikan Khas)1997 untuk
memastikan tiada wujud sekatan kepada mana-mana kanak-kanak kurang upaya
memasuki sekolah.
b) Program yang komprehensif dan berterusan perlu diwujudkan untuk sampai kepada
semua ibu bapa yang mempunyai anak-anak kurang upaya agar mereka mendapat
maklumat dan kesedaran serta bersedia menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
c) Kemudahan kemudahan tempat belajar diperbanyakkan agar mudah ibu bapa dan
kanak-kanak kurang upaya menikmati kemudahan perkhidmatan.
d) Mekanisma yang mantap perlu diwujudkan untuk memastikan setiap kanak-kanak kurang
upaya dapat didaftarkan.
4.5 Sokongan menyeluruh
Ibubapa,pihak sekolah, pendidik, pengurus dan masyarakat adalah orang yang yang memainkan
peranan penting dalam menjayakan program pendidikan khas yang dirangka oleh pihak
kementerian Pendidikan Malaysia. Mereka perlu sama-sama berusaha menukar sikap dan
menjayakan penerimaan murid-murid berkeperluan khas dalam system persekolahan biasa. Isu-
isu seperti intervensi awal bagi menyediakan kanak-kanak berkeperluan khas bersedia memasuki
alam persekolahan amatlah perlu dititikberatkan. Adalah ibubapa dan masyarakat menyambung
-
8/3/2019 Full Falsafah
25/25
serta memperkukuhkan lagi usaha-usaha pengajaran dan pembelajaran murid-murid
berkeperluan khas. Sudah sampai masanya seluruh masyarakat membuat persediaan menerima
golongan khas sebagai rakan.
top related