falsafah pendidikan barat
Post on 05-Aug-2015
2.702 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1.0 Pengenalan
Falsafah tidak dinafikan kepentingannya kepada kehidupan manusia.
Setiap individu secara tidak langsung mempunyai falsafah di dalam kehidupannya
kerana falsafah berhubung kait dengan kebenaran dan fitrah manusia ke arah
kebenaran. Falsafah membantu manusia dalam usaha membangunkan kebolehan
mengatasi masalah yang timbul bagi mendapatkan jawapan yang lebih rasional,
bijaksana dan jelas. Selain itu falsafah mampu membantu manusia dalam
membentuk suatu pandangan yang sistematik ke atas setiap sesuatu yang
terdapat di alam semesta ini.
Falsafah pendidikan bukan sahaja menjadi asas kepada pembentukan
sesuatu sistem pendidikan, malahan ia juga menjadi panduan yang amat penting
dalam pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan tersebut. Proses mendidik pelajar
perlu berlangsung secara terancang dan sistematik kerana tanpa ciri tersebut
proses ini akan mengalami banyak masalah dan halangan sehingga tidak
mendatangkan hasil yang diharapkan. Daripada mazhab falsafah umum Barat,
lahir banyak falsafah pendidikan yang berasas kepadanya. Falsafah Pendidikan
Barat terbahagi kepada dua iaitu tradisional dan moden. Falsafah Pendidikan
Barat ini membincangkan aspek-aspek pendidikan yang muncul di dalam
masyarakat barat. Aliran fahaman pendidikan ini termasuklah Perenialisme,
Esensialisme, Progresivisme dan Rekonstruksionisme. Ia bermula daripada
falsafah umum seterusnya melahirkan falsafah-falsafah pendidikan seperti
falsafah umum pragmatisme, idealisme, realisme dan eksistiensialisme. Ahli-ahli
falsafah memberi makna kepada konsep-konsep sejagat yang mendefinasikan
proses pendidikan seperti konsep pembelajaran, kurikulum dan sebagainya.
1
2.0 Definisi Falsafah Pendidikan Barat
Froebel
Pendidikan adalah bertujuan mencapai
kehidupan yang lurus, suci dan mulia.
John Stuart Mill
Pendidikan sebagai suatu proses yang
memberikan bantuan kepada setiap
individu supaya hidup dengan penuh
kegembiraan.
T.H Huxley
Orang berpendidikan sempurna akan
bersedia untuk berkhidmat demi
kemajuan diri dan masyarakatnya, serta
ikhlas dalam pekerjaan dan patuh
kepada segala undang-undang.
Maria Motessori
Pendidikan sebagai proses membentuk
dan mengembangkan intelek, jasmani,
rohani dan sosial kanak-kanak.
2
John Dewey
Pendidikan merupakan suatu proses
perkembangan individu dan usaha
mengatur ilmu pengetahuan untuk
menambahkan lagi pengetahuan
semulajadi yang ada padanya supaya
hidup dengan lebih berguna.
3.0 Falsafah Pendidikan Barat Tradisional dan Moden
Falsafah Pendidikan Barat mempunyai asasnya dalam falsafah umum.
Falsafah tradisional dan moden berbeza dari segi cara mereka melihat
perhubungan di antara matlamat dan kaedah. Falsafah tradisional mengambil kira
bahawa matlamat adalah di luar kawalan individu. Manusia bebas memilih kaedah
untuk mencapai matlamat, sebaliknya falsafah moden menyuarakan bahawa
individu boleh menentukan ke dua-dua matlamat dan kaedah untuk mencapai
matlamat.
Jadual di bawah menunjukkan perbezaan antara Falsafah Pendidikan Barat
Tradisional dengan Falsafah Pendidikan Barat Moden berdasarkan ciri-ciri
berikut :-
3
3.0.1 Masyarakat dan Pendidikan
Falsafah Pendidikan Barat
Tradisional
Falsafah Pendidikan Barat Moden
Sekolah institusi pendidikan
formal
Rumah institusi pendidikan
formal
Sekolah agen kebudayaan Sekolah memajukan masyarakat
Pendidikan matlamat masyarakat Pendidikan kembangkan potensi
Pengetahuan sediakan pelajar
untuk demokrasi
Pengalaman demokrasi di
sekolah menyediakan
pengetahuan untuk demokrasi
sebenar.
Pendidikan kembangkan kognitif
(akademik)
Pendidikan bersepadu (kognitif,
moral dan sosial)
Nilai bersifat objektif dan tetap
(berasaskan persetujuan)
Nilai bersifat subjektif
(pandangan individu)
Jadual 3.1 : Falsafah Pendidikan Barat Tradisional dan Moden dari aspek
masyarakat dan pendidikan.
3.0.2 Pengetahuan dan Pembelajaran
Falsafah Pendidikan Barat
Tradisional
Falsafah Pendidikan Barat Moden
Tumpuan terhadap pengetahuan
dan maklumat
Tumpuan terhadap penyelesaian
masalah dan peranan individu
Fokus kepada subjek Fokus terhadap pelajar
Kandungan subjek: Kandungan subjek:
4
a. Pilihan guru
b. Penyusunan berurutan
c. Orentasi perkara lampau
a. Pilihan guru dan pelajar
b. Susunan ikut kefahaman
c. Orentasi semasa dan
hadapan
Kandungan subjek dibahagi
kepada beberapa bidang
Kandungan subjek secara
bersepadu
Rancangan pengajaran disusun
mengikut topik
Rancangan pengajaran disusun
mengikut minat dan masalah
Jadual 3.2 : Falsafah Pendidikan Barat Tradisional dan Moden dari aspek
pengetahuan dan pembelajaran.
3.0.3 Pengajaran Guru
Falsafah Pendidikan Barat
Tradisional
Falsafah Pendidikan Barat Moden
Orentasi teks dan bilik darjah Orentasi pelbagai bahan dan
masyarakat
Berkumpulan keseluruhan Keseluruhan, kecil dan individu
Jadual tetap dan masa seragam Jadual anjal dan masa fleksibel
Pengajaran berpusatkan guru
dan pelajar pasif
Pelajar kumpulan
‘heterogeneous’ dan program
berbeza
Keseragaman pengalaman bilik
darjah dan situasi pengajaran
Kepelbagaian pengalaman bilik
darjah dan situasi pengajaran
Jadual 3.3 : Falsafah Pendidikan Barat Tradisional dan Moden dari aspek
pengajaran guru.
5
3.0.4 Tujuan dan Program
Falsafah Pendidikan Barat
Tradisional
Falsafah Pendidikan Barat Moden
Fokus kepada sastera dan sains Sepadu (sastera, subjek praktikal
dan vokasional)
Pengkhususan Umum
Kurikulum ditentukan Kurikulum berasaskan keperluan
dan minat pelajar
Standard yang tinggi dan
cemerlang. Tumpuan khas
kepada mereka yang cemerlang
Standard yang setara dan
fleksibel. Tumpuan khas kepada
mereka yang pencapaiannya
rendah
Jadual 3.4 : Falsafah Pendidikan Barat Tradisional dan Moden dari aspek tujuan
dan program.
4.0 4 Falsafah Pendidikan Barat
Falsafah Pendidikan Barat menekankan nilai sesuatu ilmu sebagai
keperluan untuk membezakan taraf individu dengan individu yang lain. Empat
daripada falsafah pendidikan barat yang terkenal ialah Perenialisme dan
Esensialisme yang dikategorikan sebagai Falsafah Pendidikan Barat Tradisional,
manakala Progresivisme dan Rekonstruksionisme dikategorikan sebagai Falsafah
Pendidikan Barat Moden.
6
Rajah 4.1: Falsafah Pendidikan Barat Tradisional dan Falsafah Pendidikan
Barat Moden.
4.0.1 Perenialisme
Rajah 4.2 : Ahli-ahli falsafah Perenialisme
Perenialisme ialah falsafah pendidikan yang tertua, tradisional dan
dikatakan paling konservatif. Ahli falsafah perenialisme ialah seperti Jacques
Maritain, Robert M.Hutchins dan Mortimer J.Adler. Falsafah pendidikan ini banyak
dipengaruhi oleh fahaman idealisme dan realisme yang berpunca daripada
7
Falsafah Pendidikan Barat Tradisional
Falsafah Pendidikan Barat Moden
Esensialisme
Perenialisme
Rekonstruksionisme
Progresivisme
pemikiran Plato dan Aristotle. Perenialisme berlandaskan kepada pegangan
bahawa ilmu yang terkumpul sejak awal peradaban manusia harus dijadikan asas
bagi pendidikan dan perlu disampaikan kepada generasi berikutnya. Menurut
falsafah pendidikan ini, tabii manusia bersifat tetap. Oleh yang demikian, prinsip
pendidikan adalah tetap dan berulang.
Nilai moral dan kemampuan rasional manusia semakin hari semakin
merosot kerana pengaruh materialisme, pragmatism dan fahaman sains. Perkara
ini perlu diselamatkan melalui sistem pendidikan. Tujuan pendidikan ialah untuk
membantu pelajar mencari dan menghayati kebenaran yang berkekalan
sepanjang peradaban manusia. Oleh kerana kebenaran ini bersifat sejagat dan
tidak berubah, maka ia harus dijadikan matlamat pendidikan yang tulen.
Kebenaran tersebut boleh diperolehi pelajar melalui latihan intelek yang bertujuan
mendisiplinkan minda. Minda manusia adalah bersifat rasional dan boleh dibentuk.
Pembentukan dan latihan peribadi juga penting bagi pembangunan dan
perkembangan rohani. Menurut perenialisme lagi, pendidikan ialah ke arah
mendapatkan kebenaran seterusnya memahami kebenaran tersebut. Sehubungan
itu, pendidikan adalah juga latihan bagi membentuk dan memperkembangkan
mental dan intelektual. Pendidikan adalah untuk menyelaraskan manusia kepada
kebenaran kerana kebenaran ialah untuk kehidupan semua manusia. Kebenaran
juga boleh diperoleh daripada pemikiran orang terdahulu tentang tamadun
manusia. Kebenaran yang dicari adalah bersifat sama dan sarwajagat yang tidak
mengikut tempat, masa dan keadaan.
Matlamat pendidikan ialah untuk mengasimilasikan pelajar dengan
kebenaran. Perenialis mempercayai pendidikan berpotensi kepada pelajar yang
pandai sahaja, dan pelajar yang lemah perlu diberi latihan vokasional.
Perlaksanaan kurikulum dalam pendidikan seperti yang dicadangkan oleh falsafah
ini adalah berpusatkan kepada mata pelajaran dan sama untuk semua pelajar
sama ada suka atau tidak. Mengikut falsafah ini juga, pemilihan mata pelajaran
secara elektif tidak digalakkan sama sekali memandangkan para pelajar belum
bersedia dan belum cukup matang dalam membuat pilihan sendiri. Mata pelajaran
pula tertumpu kepada unsur ilmu kemanusiaan, kesusateraan, matematik,
sejarah, doktrin dan maklumat daripada buku yang ternama atau buku orang yang
terdahulu.
8
Guru ialah orang berautoriti. Ilmu dan pengetahuannya tidak boleh
dipersoalkan. Oleh yang demikian, guru mesti menguasai ilmu dengan baik.
Kaedah pengajaran Sokratik dengan Pendedahan secara lisan, kuliah dan
penghuraian ialah yang sering digunakan. Pelajar ialah seperti span yang
menyerap semua pengetahuan yang diberi oleh gurunya. Guru ialah pakar,
menguasai bidang ilmu dan pengetahuan serta kemahiran menyampaikan
kebenaran kepada generasi baru. Sekolah hendaklah menyediakan kanak-kanak
supaya mereka berupaya hidup dalam masyarakat dewasa.
Tujuan pendidikan dalam perenialisme ialah termasuk mencari dan
menyebarkan kebenaran. Oleh yang demikian, tujuan pengajaran bukanlah
semata-mata menyampaikan maklumat kepada pelajar sahaja tetapi juga
membantu mereka untuk member makna, kebenaran, susunan dan hubungannya
dengan pengalaman lampau supaya apa yang dipelajari akan menjadi lebih
bermakna pada diri pelajar.
4.0.2 Esensialisme
Rajah 4.3 : Ahli-ahli falsafah Esensialisme
9
Falsafah pendidikan ini mula diguna pakai dalam pemikiran pendidikan oleh
William C. Bagley. Tokoh lain yang ada kaitan dengan falsafah esensialisme ialah
seperti James B.Conant, Hyman G.Rickover, Thomas Briggs, Frederick Breed dan
Issac L. Kandel.
Esensialisme termasuk dalam kategori falsafah pendidikan yang tradisional
dan konservatif. Falsafah pendidikan ini mempunyai pegangan bahawa
pendidikan adalah melalui pengetahuan teras yang berkumpul dan berkekalan
buat beberapa lama bertujuan untuk menyampaikan warisan budaya dan sejarah.
Falsafah essentialisme ini juga melihat kepada apa yang perlu dan penting dalam
hidup untuk kehidupan yang sempurna dan baik di mana pendidikan adalah
penting sebagai persediaan untuk pekerjaan dan kewarganegaraan dengan
menggalakkan perkembangan intelek dan kecekapan individu. Pengetahuan yang
diperoleh melalui pendidikan boleh diamalkan supaya menjadi ilmu agar individu
dapat memainkan peranan yang produktif dalam masyarakat.
Pengetahuan yang bersifat teras wajar disampaikan kepada semua pihak
terutama sekali kepada para pelajar. Pengetahuan ini, bersama-sama dengan
kemahiran, sikap dan nilai yang sesuai dan merangkumi unsur-unsur yang sangat
diperlukan dianggap penting dan wajar diketengahkan. Pembelajaran adalah
usaha dan aplikasi yang bersungguh-sungguh dengan guru lebih banyak
peranannya berbanding para pelajar.
Bahan pengajaran yang diguna pakai atau kurikulumnya dalam proses
pendidikan adalah telah ditentukan oleh guru. Guru ialah individu yang berada ‘di
tengah-tengah’ alam pendidikan yang bermaksud guru dianggap sebagai pakar
dalam pelbagai disiplin dan sebagai role model yang harus dicontohi. Guru perlu
diberi penghormatan kerana penguasaan, kepakaran dan kewibawaannya
sebagai guru. Kelas atau bilik darjah ialah di bawah pengaruh dan kawalan guru.
Guru mestilah mempunyai pendidikan liberal yang mengetahui pengetahuan
dalam bidang pembelajaran seperti psikologi kanak-kanak, proses pembelajaran,
pedagogi dan lain-lain. Guru juga bertanggungjawab mengajar nilai-nilai
tradisional selain menjadi model bernilai yang dicontohi. Oleh yang demikian,
esensialisme lebih banyak meletakkan pendidikan di bahu guru berbanding
pelajar.
10
Kurikulum yang dilaksana dalam pendidikan adalah berpusat kepada mata
pelajaran, namun esensialisme agak berbeza dengan perenialisme kerana lebih
memfokus kepada masa hadapan. Di peringkat sekolah rendah, penekanan ialah
kepada kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Esensialisme yakin
bahawa pengajaran adalah sebagai penyebaran pengetahuan kemahiran dan nilai
yang benar-benar diperlukan.
Di peringkat menengah pula, penekanan adalah lebih intensif dan
diperluaskan meliputi mata pelajaran yang berunsurkan matematik, sains, ilmu
kemanusiaan, bahasa dan kesusasteraan. Penguasaan unsur dalam bidang ini
dilihat sebagai asas yang perlu bagi pendidikan am untuk mencapai tahap
kehidupan yang memuaskan. Pembelajaran secara rapi dengan disiplin-disiplin
yang dimaksudkan akan membangun minda pelajar dan serentak dengan itu,
menyedarkan pelajar kepada persekitaran fizikalnya. Penguasaan fakta dan
konsep yang asas bagi setiap disiplin dianggap sangat mustahak.
Fahaman essentialisme mengesyorkan supaya pelajar mesti berdisiplin
sekiranya hendak maju dalam pendidikan. Ini kerana pelajar mungkin berhadapan
dengan perkara yang membosankan dan tidak diminati. Keadaan ini memerlukan
mereka tabah, konsisten dan bersungguh-sungguh untuk menguasai perkara yang
dipelajari itu. Oleh itu, ilmu yang diperoleh dengan berkesan juga bergantung
kepada kerajinan pelajar.
Mengikut falsafah esensialisme, sekolah memainkan peranan sebagai
badan yang mengekal, memelihara dan menyebarkan warisan budaya dan
sejarah melalui kebijaksanaan dan pengetahuan yang terkumpul dalam disiplin
berkaitan kepada kanak-kanak dan generasi yang berikutnya. Sekolah juga
sebagai tempat di mana setiap pelajar akan memperolehi pengetahuan,
kemahiran, sikap dan nilai yang akan membantunya menjadi anggota masyarakat
yang berguna di suatu masa kelak. Nilai masyarakat diajar sepanjang masa
persekolahan.
11
4.0.3 Progresivisme
Rajah 4.4 : Ahli-ahli falsafah Progresivisme
Progresivisme diasaskan oleh Jean J.Rousseau (1712-1778), Heinrich
Pestalozzi (1746-1827) dan Freidrich Froebel (1782-1852). Progresivisme
berkembang daripada pragmatisme yang kemudian dikembangkan oleh John
Dewey. Ahli progresivisme mempercayai bahawa kebenaran adalah relatif dan
tentatif. Aliran pemikiran dalam progresivisme adalah bertentangan dengan aliran
pemikiran dalam perenialisme. Sebagai falsafah pendidikan, progresivisme
mengambil asas daripada falsafah umum pragmatism yang dipelopori Charles
Pierce, Charles Darwin, William James, William Kilpatrick dan John Dewey.
Namun pemikiran dan penulisan Dewey adalah yang banyak mempengaruhi
falsafah progresivisme ini. Mereka bersetuju bahawa pengalaman manusia adalah
asas kepada pengetahuan manusia.
Ilmu membawa seseorang ke arah pertumbuhan dan perkembangan.
Memandangkan pengetahuan boleh menerangkan realiti masa kini,maka kanak-
kanak hendaklahdiajarkan cara berfikir berbanding dengan hal yang perlu
difikirkan. Kelahiran individu manusia ke dunia ini bersifat suci serta semula jadi
seperti kain putih. Corak individu manusia pada masa hadapan adalah
dipengaruhi dan sangat bergantung kepada persekitaran yang ada. Oleh yang
demikian pendekatan yang diambil dalam pendidikan adalah perlu secara semula
12
jadi dan mengikut tabii pelajar serta alam sekitarnya. Para pelajar lebih banyak
berperanan dalam aktiviti pembelajaran mereka. Peranan guru ialah sebagai
pembimbing dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar. Sehubungan itu,
sekolah ialah unit masyarakat yang bersifat demokratik. Oleh sebab,
progressivisme mempercayai bahawa kanak- kanak akan memilih yang paling
baik bagi diri mereka maka kurikulum hendaklah berdasarkan minat, kandungan
antara disiplin,dan aplikasi masalah manusia. Ahli progressivis menggalakkan
pelbagai kaedah alternative seperti aktiviti, pengalaman, penyelesaian masalah
dan projek.
Kurikulum yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan berkisar kepada
pengalaman, peribadi dan sosial pelajar. Kurikulum adalah berteraskan kepada
subjek sains sosial. Walau bagaimanapun, kurikulum yang bersifat merentas
disiplin adalah diperlukan kerana dalam kehidupan, aktiviti penyelesaian masalah
adalah melibatkan kemahiran berkomunikasi, kemahiran menggunakan logik
matematik dan proses inkuiri saintifik. Sumber muktamad bukanlah daripada buku
sebaliknya, buku hanyalah sebagai alat dalam proses pembelajaran.
Mengikut progresivisme, guru bukanlah sebagai pendita yang menguasai
dan seterusnya membekali pelajar dengan segala ilmu. Peranan guru berbeza
dengan yang terdapat dalam aliran lain. Guru ialah pembimbing pelajar kerana
pelajar berkeupayaan memikir, meninjau dan membuat penerokaan sendiri
mengenai keperluan dan minat masing-masing. Guru juga berperanan sebagai
pemandu kepada pelajar dalam aktiviti dan projek penyelesaian masalah. Guru
membantu pelajar mendefinisi masalah yang bermakna, mengenal pasti sumber
data dan ilmu yang relevan, mentafsir dan menilai ketepatan data, dan membantu
membuat kesimpulan.
Falsafah golongan ini yang agak ketara ialah kehidupan manusia perlu
sentiasa diperbaiki. Pendidikan adalah penghidupan dan bukan persediaan untuk
penghidupan seperti yang dicadangkan oleh perenialis.
13
4.0.4 Rekonstruksionisme
Rajah 4.5: Ahli-ahli falsafah Rekonstruktionisme
Rekonstruktionisme adalah hasil progresivisme. Rekonstruktionisme
memberi syor untuk membaiki dan membina semula masyarakat. Ia melihat
pengasasan corak budaya baru serta penghapusan penyakit social sebagai tujuan
utama pendidikan. Aliran rekonstruksionisme dikatakan pecahan daripada mazhab
falsafah pragmatism yang muncul sekitar tahun 1920an seperti yang dicadangkan
oleh Dewey dalam bukunya Reconstruction in Philosopy. Mengikut fahaman ini,
masyarakat ialah sebagai matlamatnya. Tokoh seperti George S. Counts dan
Harold O. Rugg ialah penyokong kuat idea-idea Dewey. Aliran rekonstruksionisme
dikatakan sebagai lanjutan kepada aliran progresivisme kerana mengikut
pendokong aliran ini, pembentukan semula masyarakat ialah usaha yang perlu
dilakukan dengan segera. Perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi
14
telah mendesak akan perlunya perubahan baru dalam masyarakat.
Rekonstruksionisme menekankan kepada perubahan dan pembaharuan.
Ahli Rekonstruktionisme melihat sekolah sebagai pemangkin penting untuk
meningkatkan keadaan manusia melalui pembaharuan pendidikan dan sosial.
Rekonstruktionisme berusaha untuk menggunakan sekolah untuk mencipta
sebuah masyarakat baru. Kesedaran dalam kalangan pelajar tentang masalah
sosial, ekonomi, politik dan teknologi yang terus-menerus berkembang dan
dihadapi manusia secara global adalah perlu. Para pelajar perlu dilatih supaya
memperoleh kemahiran untuk menghadapi dan menangani masalah tersebut.
Guru dan pelajar ialah agen pembaharuan dan agen penyelesai masalah sosial
yang terdapat dalam masyarakat. Matlamat pendidikan mengikut progresivisme
ialah kea rah pembentukan masyarakat baru, masyarakat global yang saling
bergantung antara satu sama lain yang ahli-ahlinya mampu menghadapi cabaran.
Prinsip yang terkandung dalam falsafah ini ialah pendidikan bertujuan untuk
pembaharuan perkara-perkara yang terdapat dalam sistem sosial. Pembaharuan
perlu dilaksanakan segera bagi tujuan kepentingan sosial. Sekolah sebagai
permulaan kepada pembaharuan yang perlu dalam sistem sosial. Masyarakat
perlu mengamalkan prinsip demokrasi walaupun ahlinya saling bergantung antara
satu sama lain.
Kandungan kurikulum dalam pendidikan terdiri daripada pelbagai masalah
sosial, ekonomi, politik yang dihadapi manusia dan meliputi juga masalah peribadi
dan sosial yang dihadapi pelajar. Kurikulum ini menggunakan organisasi
berstruktur yang terdapat dalam disiplin sains sosial dan proses siasatan atau
penyelidikan saintifik sebagai kaedah bagi penyelesaian masalah. Guru hendaklah
menyedarkan pelajar kepada masalah yang dihadapi manusia, membantu mereka
mengenalpasti masalah yang ingin diberi tumpuan oleh pelajar dan memastikan
bahawa pelajar mempunyai kemahiran yang akan membolehkan mereka
mengatasi masalah. Guru harus mempunyai kemahiran membantu pelajar
menghadapi kontroversi dan perubahan, kerana kebanyakan masalah yang perlu
diselesaikan adalah controversial. Guru hendaklah menggalakkan pencapahan
pemikiran sebagai kaedah untuk menghasilkan penyelesaian alternative. Di
15
samping itu, guru hendaklah cekap mengatur pelbagai aktiviti pembelajaran yang
dijalankan secara serentak.
5.0 KESIMPULAN
Falsafah merupakan aktiviti berfikir secara meluas, mendalam, kritis,
holistik, sistematik, radikal, integral, konsepsual dan universal untuk menemui
kebenaran. Falsafah pendidikan barat perenialisme, progresivisme, esensialisme
dan rekonstruksionisme berteraskan mazhab falsafah umum iaitu idealisme,
realisme, pragmatisme dan eksistensialisme. Falsafah pendidikan Barat
menekankan nilai sesuatu ilmu sebagai keperluan untuk membezakan taraf
individu dengan individu yang lain. Pendidikan di barat berfokuskan kepada
proses pembelajaran di institusi seperti sekolah untuk menjadikan murid
mendapat pengetahuan dan mengaplikasinya secara berkesan. Jadual di bawah
menunjukkan secara keseluruhannya Falsafah Pendidikan Barat dari segi tokoh,
objektif pendidikan dan tumpuan kurikulum.
FALSAFAH
PENDIDIKAN BARAT
TOKOH OBJEKTIF
PENDIDIKAN
TUMPUAN
KURIKULUM
Perenialisme
- RM
Huthcins
- Mortimer
Adler
- Mendidik individu
yang rasional
- Menyemai
keintelektualan
individu
- basmi buta huruf,
menyerap
pengetahuan,
kurikulumnya
tetap
16
Esensialisme
- William C.
Bagley
- Meningkatkan
perkembangan
intelektual individu.
- Kemahiran asas
seperti 3M.
Progresivisme
- Charles S.
Pierce
- William
James
- John
Dewey
- Menggalakkan
hubunga sosial dan
kehidupan demokratik
- Berasaskan
minat,
kecenderungan
dan bakat
para pelajar
Rekonstruksionisme
- George S.
Counts
- Harold O.
Rugg
- Guru dan pelajar
sebagai agen
penyelesai masalah
masyarakat
- Menggalakkan
pembinaan semula
masyarakat
- Penekanan
kepada sains
sosial, kajian-
kajian sains
sosial, ekonomi
dan politik
dalam masyarakat
dan isu
antarabangsa.
Jadual 5.1 : Falsafah Pendidikan Barat dari segi tokoh, objektif pendidikan dan
tumpuan kurikulum.
17
RUJUKAN
Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. (2008). Falsafah Pendidikan dan
Kurikulum (Edisi kedua). Tanjung Malim, Perak : Quantum Books.
Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (2004). Pedagogi Asas
Pendidikan. Kuala Lumpur : Kayazano Enterprise.
Mohamad Zaid Mustafa, Hassan Asran, Kahirol Mohd Salleh dan Mohd Safie Idris.
(2007). Falsafah Pendidikan (Cetakan Pertama). Batu pahat,Johor : UTHM
Laman web rujuknota. http://rujuknota.blogspot.com/search/label/FPN
Tarikh Capaian: 9 Mac 2012
Laman web notapismpks. http://notapismpks.blogspot.com/2011/06/fpk-cabang
falsafah-pendidikan-barat.html. Tarikh Capaian : 19 Mac 2012
18
top related