falsafah pendidikan

Post on 23-Jun-2015

1.016 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KONSEP FALSAFAH

Istilah Falsafah

-berasal dari 2 perkataan YunaniPhilos = mencintaiSophia = kebijaksanaan

Falsafah = perihal mencintai kebijaksaan

Russell ( 1946 )

• Sesuatu fahaman di antara teologi dan sains. Ini adalah kerana, seperti teologi, falsfah mengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibukti.

Buku Questions That Matter(1984)-E.D Miller

• Usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara yang penting.

• Sehubungan ini,falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai satu usaha berfikir yang rasional dan kritis terhadap perkara yang penting mengenai pendidikan.

Konsep FalsafahBuku Falsafah Pendidikan ( 1984 ) -Sharifah Alawiah Alsagoff

• Pertimbangan asas dan andaian mengenai pertimbangan terhadap perkara penting.

• Mempersoalkan prinsip-prinsip realiti,ilmu dan nilai.

• Mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab atau sistem-sistem pemikiran.

Konsep Falsafah

• Pendekatan yang rasional terhadap sesuatu masalah atau persoalan.

• Sesuatu penyiasatan yang komprehensif dan logikal mengenai asas-asas pemikiran atau semua aktiviti manusia,khususnya dalam bidang sains,seni,agama dan pendidikan.

Ringkasan

Falsafah boleh difahamkan sebagai

pemikiran atau pandangan yang

benar, rasional dan bernas.

Tujuan falsafah

Mencari serta membukti kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk

perkara-perkara penting dalam kehidupan.

Falsafah Pendidikan

• Berasal dari dua istilah :-Falsafah -Pendidikan

• Pendidikan berasal dari perkataan Latin, educare yang membawa maksud “Memeliharan dan mengasuh”

Menurut Kamus Pendidikan (1979)

• Pendidikan ialah satu proses menyeluruh yang bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dan tingkah laku manusia.

• Satu proses sosial yang memberi peluang kepada seseorang individu untuk memperoleh kemahiran sosial serta perkembangan peribadi.

John Dewey (1859-1952):

• Pendidikan adalah satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan kedudukan manusia.

• Sekolah dilihat sebagai satu persekitaran khusus yang bersamaan dengan persekitaran sosial.

Yusuf al-Qardawi(1980)

• Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkah laku.

• Tujuan: Menyediakan manusia hidup dalam masyarakat hidup dalam masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan,kemanisan dan kepahitan.

Hassan Langgulung(1987)

• Pendidikan merupakan proses mengubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu. Proses pemindahan tersebut berlaku melalui cara-cara :

1. Pengajaran2. Latihan3. Indoktrinasi

Takrifan Pendidikan Mengikut Tokoh-tokoh Barat, Timur dan Islam

Tokoh-tokoh Barat

Friedrich Froebel (1782-1852)

• Pendidikan bertujuan untuk mencapai kehidupan yang lurus, suci dan mulia.

John Milton

• Pendidikan yang lengkap dan sempurna membolehkan manusia bertindak secara adil dan bertimbang rasa dalam segala bidang kerja dan pada setiap masa.

Tokoh-tokoh Timur

Confucius • Pendidikan adalah satu

proses memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia yang boleh dicapai melalui amalan-amalan seperti bersopan santun,bertimbang rasa, ikhlas,menghormati orang tua,menyayangi ,serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara.

Rabindrananth Tagore

• Pendidikan merupakan proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna dan berupaya mencapai segala aspek kehidupan termasuk fizikal,intelek,moral dan rohani.Seorang yang berpendidikan sedia berkhidmat untuk masyarakat dan negara.

Tokoh-tokoh Islam

Al-Ghazali

• Pendidikan adalah satu proses yang merangkumi aspek-aspek seperti intelek,latihan jasmani dan pembentukan akhlak yang mulia,berani dan hormat-menghormati.

Mohd Qatb

• Pendidikan adalah satu proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.Pendidikan bertujuan untuk memperkembangkan potensi,intelek,fizikal,emosi,dan rohani individu ke tahap yang kesempurnaan.

• Tokoh-tokoh Islam berpendapat bahawa proses pendidikan merupakan penyatuan semula ilmu pengetahuan di bawah al-Quran yang menjadi teras pendidikan. Pendidikan memainkan peranan ke arah mewujudkan keseimbangan antara potensi fizikal,intelek,dan rohani manusia.

Konsep Falsafah Pendidikan

• Menurut tokoh-tokoh pendidikan, pendidikan mempunyai fungsi :

1. Memupuk proses sosiolisasi 2. Pembentukan budaya3. Integrasi sosial4. Penempatan sosial

• Falsafah Pendidikan membantu seseorang guru untuk memahami asas teoretikal pendidikan dan seterusnya mempengaruhi amalannya sebagai seorang guru.

Falsafah Pendidikan Islam

• Falsafah pendidikan Islam adalah berasaskan ajaran al-Quran

• Mengikut Hassan Langgung 1979, perkara-perkara yang menjadi dasar Pendidikan Islam :1) Keesaan Tuhan2) Pesuruh-pesuruhNya3) Kepercayaan kepada wahyu-wahyu Tuhan kepada

Nabi-Nabi4) Manusia mempunyai potensi dalam

perkembangan moral dan kerohanian5) Setiap individu bertanggungjawab terhadap

tindakan sendiri

6) Kehidupan keduniaan dan akhirat7) Persamaan dan persaudaraan sejagat di antara

semua umat Islam• Pendidikan menurut Islam merupakan usaha-

usaha membaiki diri supaya membentuk sifat-sifat kesempurnaan sebagai manusia beriman, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan beramal ikhlas

• Proses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah al-Quran yang menjadi teras pendidikan

• Pendidikan boleh memainkan peranan ke arah mewujudkan keseimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia

• Tokoh-tokoh falsafah pendidikan Islam:1) Mohammad Qatb2) Dr. Mohd Athiyah al-Abrasyi3) Amal al-Shaibani4) Al-Ghazali5) Hamka (Haji Abdul Malik Karim Amrullah)

Mohammad QatbPendidikan adalah proses membentuk manusiasecara menyeluruh dan seimbang.

Dr. Mohd Athiyah al-AbrasyiProses pendidikan sebagai pembinaan tingkah lakumanusia yang berakhlak tinggi dan mulia di bawahteras ajaran agama Islam.

Amal al-ShaibaniPendidikan adalah digunakan untuk melatih manusiamembuat persiapan bagi kehidupan dunia dan akhirat.

Al-GhazaliProses pendidikan hendak merangkumi aspekintelek latihan jasmani serta pembinaan akhlakmulia, berani dan hormat-menghormati.

HamkaPendidikan ialah suatu proses yang boleh membentuktingkah laku yang baik, sikap yang berani serta pekertiyang mulia.

SEKIAN, TERIMA KASIH!!!

top related