esei sjh3103
Post on 18-Oct-2015
78 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
-
5/28/2018 ESEI SJH3103
1/20
Penulisan Esei Sejarah Sekolah Rendah SJH3103
1 |
HURAIKAN TENTANG CIRI-CIRI GURU SEJARAH YANG AFEKTIF DI SEKOLAH RENDAH
DAN SEJAUH MANAKAH MATA PELAJARAN SEJARAH BERPERANAN DALAM MEMBINA
SEMANGAY PATRIOTISME DALAM DIRI SEORANG PELAJAR.
PENGENALAN
Pengertian Etimologis (Lughawi)
Istilah sejarah dalam bahasa arab dikenal dengan tarikh, dari akar kata arrakha (a-r-
kh),yang berarti menulis atau mencatat; dan catatan tentang waktu serta peristiwa. Akan tetapi,
istilah tersebut tidak serta merta hanya berasal dari kata ini. Malah ada pendapat bahwa istilah
sejarah itu berasaldari istilah bahasa Arab syajarah, yang berarti pohon atau silsilah. Makna
silsilah ini lebih tertuju pada makna padanan tarikh tadi; termasuk kemudian dengan padanan
pengertian babad, mitos, legenda dan seterusnya.Syajara berarti terjadi, syajarah an-nasab
berarti pohon silsilah.
Dalam istilah bahasa-bahasa Eropah, asal-muasal istilah sejarah yang dipakai dalam
literatur bahasa Indonesia itu terdapat beberapa variasi, meskipun begitu, banyak yang
mengakui bahawa istilah sejarah berasal-muasal,dalam bahasa Yunani historia. Dalam bahasa
Inggris dikenal dengan history, bahasa Prancis historie, bahasa Italia storia, bahasa Jerman
geschichte, yang berarti yang terjadi, dan bahasa Belanda dikenal gescheiedenis.
Menilik pada makna secara kebahasaan dari berbagai bahasa di atas dapat ditegaskan
bahwa pengertian sejarah menyangkut dengan waktu dan peristiwa. Oleh karena itu masalah
waktu penting dalam memahami satu peristiwa, maka para sejarawan cenderung mengatasi
masalah ini dengan membuat periodesasi.
Pengertian Terminologis (Istilahi)
Istilah sejarah, dalam pengertian terminologis atau istilahi, juga memiliki beberapa
variasi redaksi. R.G. Collingwood, misalnya mendefinisikan sejarah dengan ungkapan history is
the history of thought (Sejarah adalah sejarah pemikiran); history is a kind of research or inquiry
(Sejarah adalah sejenis penelitian atau penyelidikan). Pada kesempatan lain, Collingwood
memaknakan sejarah (dalam artian penulisan sejarah atau historiografi), seperti membangun
dunia fantasi (are peaple who bulid up a fantasy-word).
-
5/28/2018 ESEI SJH3103
2/20
Penulisan Esei Sejarah Sekolah Rendah SJH3103
2 |
Nouruzzaman Shiddiqie mendefinisikan sejarah sebagai peristiwa masa lampau yang
tidak hanya sekadar memberi informasi tentang terjadinya peristiwa itu, tetapi juga memberikan
interpretasiatas peristiwa yang terjadi dengan melihat hukum sebab-akibat
Jauh sebelumnya, Ibn Khaldun (1332 1406), dalam kitabnya al-Muqaddimah, telahmendefinisikan sebagai catatan tentang masyarakat umat manusia atau peradaban dunia;
tentang perubahan-perubahan yang terjadi pada watak masyarakat itu, seperti kelahiran,
keramah-tamahan, dan solidaritas golongan; tentang revolusi dan pemberontakan rakyat
melawan golongan lain; akibat timbulnya kerajaan-kerajaan dan negara dengan tingkatan
bermacam-macam kegiatan dan kedudukan orang, baik untuk mencapai kemajuan
kehidupannya, berbagai macam ilmu pengetahuan, dan pada umunya tentang segala macam
perubahan yang terjadi di dalam masyarakat karena watak masyarakat itu sendiri.
Mengikut Muhd Yusuf Ibrahim, sejarah adalah masa lalu yang mengandungi semua
kejadian dan peristiwa yang telah berlalu.Ia pada dasarnya merupakan semua pengalaman ,
kejadian serta peristiwa dalam kehidupan seseorang individu, pemimpin, institusi, pertubuhan
ataupun sebuah Negara.
-
5/28/2018 ESEI SJH3103
3/20
Penulisan Esei Sejarah Sekolah Rendah SJH3103
3 |
GURU YANG EFEKTIF
Efektif dalam pengertian yang mudah bermaksud berhasil( Modul Kursus RBT
3103).Guru yang efektif pula dapat ditakrifkan sebagai guru yang berjaya mencapai matlamat
yang diharapkan. Guru yang efektif juga bermaksud tindakannay yang berjaya meningglkan
kesan dan pengaruh yang mendalam dalam jiwa anak didiknyaTindakan dalam konteks ini
bermaksud dalam aktivit pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam ataupun luar bilik
darjah. Daripada penerangan itu dapatlah disimpulkan bahawa guru yang efektif adalah guru
yang berjaya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menarik, difahami
oleh murid-murid dan proses itu berlangsung dalan suasana yang ceria dan menarik perhatian
murid.
Menurut Michael Marland dalam Estefe Dumang(2014), seorang guru dikatakan efektif
apabila mempunyai sifat tajam perhatian dan pantang menyerah, penjelasan dan huraiannya
mudah difahami serta mampu mengelola kelas dengan baik.
CIRI-CIRI GURU EFEKTIF
Bersikap profesional.
Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
Kaya ilmu.
Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
Bermoral teguh.
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul
pada setiap masa.
Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu,
berpersonaliti sihat dan serba boleh.
Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
Berupaya membentuk perwatakan muriddengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral,
berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
-
5/28/2018 ESEI SJH3103
4/20
Penulisan Esei Sejarah Sekolah Rendah SJH3103
4 |
Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah
-
5/28/2018 ESEI SJH3103
5/20
Penulisan Esei Sejarah Sekolah Rendah SJH3103
5 |
GURU SEJARAH YANG EFEKTIF
Terdapat tiga ciri yang menjadikan guru sejarah itu, guru yang efektif iaitu
berpengetahuan, memartabatkan profesion perguruan dan meningkatkan nilai keperibadian.
Guru sejarah yang efektif mempunyai pengetahuan, sentiada memartabatkan profesion
perguruan dan memelihara keperibadian:
Berpengetahuan Memartabatkan Profesion
Perguruan
Keperibadian
Menguasai isi
kandungan
Menguasai Dokumen
standard kurikulum EQ dan IQ
Minat dan minta dan
membuat teguran.
Menguasai bidang IT
Pembelajaran
berasaskan projek.
Berpandangan
progresif dan saintifik
Agen perubahan
Berpendirian teguh
menjunjung aspirasi
Negara.
Kepimpinan dalam
pendidikan
Kecindanan
Penilaian kendiri
Kajian tindak
Guru yang berpengetahuan bermaksud seseorang guru sejarah menguasai fakta-fakta
sejarah yang perlu disampaikan kepada murid-muridnya. Ini bermakna tahap penguasaan yang
komprehensif dan lengkap terhadap ilmu pengetahuan.Apabila tahap penguasaan guru berada
pada tahap yang cemerlang , kesannya dapat dilihat kepada tahap keyakinan seorang guru
sejarah itu. Guru sejarah mempunyai keyakinan diri akan mudah berhadapan dengan soalan-
soalan yang dikemukan oleh murid-muridnya.
Guru sejarah juga perlu menguasai dokumen standard kurikulum bermaksud kukulummatapelajaran yang disediakan oleh Bahagian pembangunan Kurikulum. Penguasaan ini
adalah prasyarat yang tidak boleh dielakkan. Ini beerti seseorang guru sejarah itu, telah
mengenalpasti objektif pembelajaran dan seterusnya memastikan objektif tersebut dicapai.
Kurikulum standard sekolah rendah mestilah berdasarkan kepada enam tunjang iaitu
-
5/28/2018 ESEI SJH3103
6/20
Penulisan Esei Sejarah Sekolah Rendah SJH3103
6 |
komunikasi, kerohanian,sikap dan nilai, kemanusiaan, literasi sains dan teknologi dan
keterampilan diri.
Guru yang berpengetahuan juga mestilah mempunyai pengalaman mendalam terhadap
konsep EQ dan IQ murid-muridnya. EQ adalah kecerdasan emosi manakala IQ adalah
kecerdasam minda. Murid ysng mempunyai kecerdasan IQ dan EQ akan mampu menguruskan
emosi dan mindanya dengan baik dan betul maka akan lahirnya insan yang seimbang dari segi
emosi dan mindanya.
Selain itu, guru juga perlu mempunyai minat dan kemahiran dalam bidang IT dan
penyelidikan.proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih efektif sekiranya
menggunakan medium IT. Impaknya akan menjadi maksimun berbanding cara lama yang
kurang warna, tiada muzik dan tidak menarik. Tayangan video tentang kisah sejarah contohnya
akan menjadi lebih menarik dan mudah difahami.
Guru yang berpengetahuan juga harus melaksanakan pengajaran berasaskan projek.
Pembelajaran ini diistilahkan sebagai learning by doing seperti yang dianjurkan oleh John
Dewey. Secara umumnya pembelajaran berasaskan projek boleh dicirikan sebagai:
Proses pembelajaran yang mengintegrasikan ilmu pengetahuan dan amalan amali
Murid diberikan tugasan atau projek tertentu
Mereka yang berkerja secara kolaboratif dalam menyempurnakan tugasan
Murid diberi soalan panduan
Pengumpulan maklumat dilakukan secara penyelidikan
Murid-murid diasuh untuk menyiapkan tugas dengan menggunakan kemahiran IT
Amalan abad ke 21 seperti pemikiran kritis, komunikasi, dan kolaborasi diterapkan
dalam proses tugasan projek
Selepas projek siap, terdapat sesi pembentangan melibatkan penggunaan sumber dan
artifak yang berkaitan
Menggabungkan beberapa mata pelajaran dalam menghasilkan projek seperti Sains
dan Bahasa Melayu atau IT dan Matematik.
-
5/28/2018 ESEI SJH3103
7/20
Penulisan Esei Sejarah Sekolah Rendah SJH3103
7 |
Tugasan projek mendorong serta membimbing murid untuk:
Berdikari
Bekerjasama
Berkeyakinan
Daya ingatan dan pemahaman
Disamping mempunyai pengetahuan, guru sejarah yang efektif juga perlu sentiasa
memartabatkan profesion perguruan. Bagi memartabatkan profesion perguruan seseorang guru
sejarah perlu berpandangan progresif iaitu sentiasa mencari ruang dan peluang bagi
melakukan penambahbaikan atau pembaharuan.Berfikiran saintifik untuk mencari bukti dan
kebenaran sesuatu fakta. Sikap sebegini akan membantu guru dalam memartabatkan profesion
perguruan.
Sifat keperibadian yang tinggi juga perlu ada pada seorang guru sejarah.Ini bermakna
guru mempunyai ciri-ciri guru yang stabil dan menonjol berbanding orang lain seperti unsur
kecindan. Kecindan adalah kebolehan seseorang untuk mencetuskan perasaan gembira atau
kelucuan yang boleh menghiburkan hati seseorang. Guru yang kecindan adalah bersifat lebih
positif dan disenangi murid dan rakan.Kecindan lebih kepada sifat manusia , objek , situasi dan
perkataan yang mencetuskan mencetuskan kegembiraan. Kajian Gadner(2006) dalam Shafie
Mohd Daud( 2009) mendapati guru yang mengamalkan unsut kecindan, dianggap oleh murid
dan rakan sebagai lebih positif dan membantu manakala Malikow(2007) mendapati 59%
daripada pelajar mengatakan guru yang mempunyai unsur kecindn adalah guru yang berkesan.
-
5/28/2018 ESEI SJH3103
8/20
Penulisan Esei Sejarah Sekolah Rendah SJH3103
8 |
PERANAN MATAPELAJARAN SEJARAH DALAM MEMBINA SEMANGAT PATRIOTISME
DALAM DIRI SESEORANG PELAJAR.
Semangat patriotisme boleh didefinisikan sebagai semangat cintakan tanah air dan
sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan Negara tercinta. Bill Totten (1998)
menjelaskan patriotism bermaksud semangat cintakan Negara . Tiada bangsa , keluarga dan
kumpulan dalam apa bentuk akan boleh berfungsi melainkan semua ahli cintakan negaranya.
Ianya berkait rapat dengan emosi mempertahankan kedaulatan Negara , institusi politik dan
undang-undang daripada dicerobohi oleh kuasa asing
Negara kita juga mendukung semangat patriotism. Buktinya buku Panduan Pemupukan
Patriotisme di sekolah rendah telah menetapkan garis panduan agar nilai-nilai petriotisme
diserapkan dalam kurikulum dan ko kurikulum.Di peringkat sekolah menengah pula, penerapan
nilai- nilai petriotisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah
penggabungjalinan.
Patriotism dikait rapat dengan nasionalisme dan istilah-istilah ini digunakan seolah-olah
bersinonim antara satu sama lain.Sebenarnya nasionalisme ialah sejenis ideology , tetapi
nasionalisme selalu memupuk nilai-nilai petriotik sebagai sikap yang sewajarnya. Menurut
AbdulRahim(1999) patriotisme pada umumnya telah dikaitkan dengan semangat, perasaan,
sikap, kesedaran dan idealism yang menyentuh soal kebangsaan ,kenegaraan,
tanggungjawab, perjuangan dan sumbangan warganegara terhadap bangsa , Negara dan
agama.
Menurut Viroli (1995) patriotism adalah perasaan cinta kepada tanahair dan menolak
patriotism adalah sebahagian daripad perkauman. Perasaan cinta kepada Negara boleh
ditunjukkan dengan pelbagai cara seperti menulis puisi, melahirkan perasaan cinta dan
sebaginya. Contohnya puisi yang ditulis oleh Jose Rizal iaitu kebangsaan Filipina yang bertajuk
Ultimo Adios yang menekankan semangat cintakan tanahair dan bangga dengan negaranya.
Nilai ini perlu dipupuk dalam diri masyarakat terutama murid murid yang masih dibangku
sekolah tentang keperluan dan kepentingan nilai kewarganegaraan dan patriotism.
-
5/28/2018 ESEI SJH3103
9/20
Penulisan Esei Sejarah Sekolah Rendah SJH3103
9 |
NILAI PATRIOTISME DALAM PELAJARAN SEJARAH
Nilai patriotism dalam pelajaran Sejarah memainkan peranan penting dalam diri
seseorang pelajar. Malah bagi Jacques Barzun(1991), nilai dalam pelajaran Sejarah merupakan
sesuatu yang kekal dalam diri seseorang. Ini akan menjadikannya lebih baik untuk sepanjang
masa. Nilai adalah idea yang dikongsi bersama oleh masyarakat tentang apa yang baik, betul
dan dikehendaki dalam diri seseorang atau masyarakat. Ini menjelaskan bahawa nilai
merupakan satu ukuran yang abstrak yang dipersetujui secara bersama dalam satu
masyarakat.Nilai penting kerana ia :
Mempengaruhi norma masyarakat
Menyatupadukan masyarakat
Memotovasikan masyarakat
Mengawal tingkah laku negative masyarakat
Membolehkan masyarakat membuat pilihan
Penting untuk pengkajian
Menurut keratan akhbar 30 Jun 2002 menyatakan bahawa kemerosotan disiplin pelajar
berpunca daripada perubahan nilai masyarakat, keadaan system pendidikan yang diterima
secara meluas oleh rakyat selepas mengalami pembangunan pesat sejak 1970an.Ini
bermakna, sekiranya nilai positif ada dalam diri pelajar, mereka akan berusaha bersungguh-
sungguh untuk meningkat pencapaian dalam akademik seterusnya melahir bangsa yang majudan berakhlak.
Menurut Abd Rahim (1999), pembelajaran Sejarah diharap dapat mencorakkan
perubahan yang dinamis untuk membentuk warganegara yang celik sejarah. Di smping itu juga
ia dapat membina wawasan hidup yang sifat patriotic di kalangan jenerasi muda kini. Semangat
patriotic boleh melahirkan warga Malaysia yang mempunyai tahap ketahanan diri , berani,
bersemangat dan menyumbang kepada kepentingan bangsa dan Negara. Misalnya mengingati
pejuang yang terkorban semasa menuntut kemerdekaan akan menanam semangat cintakan
keamanan dan tidak mudah menggadaikan maruah Negara untuk apa sahaja.
Semangat patriotisme adalah bahagian yang amat penting dalam pelajaran sejarah. Ia
bertujuan untuk membina kesedaran dan mengukuhkan semangat perjuangan dan
mendalamkan lagi rasa cinta terhadap Negara , bangsa dan agama. Sesungguhnya semangat
patriotisme boleh ditanam dengan mudah dari peringkat awal lagi dan lebih subur apabila
-
5/28/2018 ESEI SJH3103
10/20
Penulisan Esei Sejarah Sekolah Rendah SJH3103
10 |
mereka menjadi dewasa. Semua ini hanya berlaku apabila pelajaran sejarah di ajar di sekolah-
sekolah.
Semangat patriotism di kalangan pelajar sekolah boleh disuburkan lagi dengan
mengadakan aktiviti-aktivit yang berkaitan kewarganegaraan di peringkat sekolah dan
masyarakat.Contohnay smbutan bulan kemerdekaan yang disambut pada 16 Ogos hingga 16
september setiap tahun. Pengisian bulan kemerdekaan seperti pertandingan melukis dan
mewarna Jalur Gemilang, Basikal berhias, Pakaian Beragam, pertandingan lagu-lagu patriotic
sedikit sebanyak akan membangkitkan semangat patriotic di kalang murid juga masyarakat
yang setempat yang turut meraikannya. Slot pengkisahan sejarah yang mana tokoh sejarah
yang masih ada dijemput untuk menceritakan keperitan hidup ketika zaman penjajahan British
dan Jepun, lebih menyemarakan lagi jiwa patriotic murid-murid. Semangat tidak rela dijajah
semula akan menambah semangat mereka untuk terus memajukan diri dalam akademik.
Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah setiap tahun , diadakan dari 15 Ogos
16 September. Program ini dilaksanakan oleh Panitia Pendidikan Sivik Dan
Kewarganegaraan dengan kerjasama Panitia Pendidikan Seni. Sepanjang program ini,
perbagai aktiviti telah dan akan dilaksanakan. Antaranya:
1. Pameran Kemerdekaan
2. Kuiz Kemerdekaan
3. Pertandingan mewarna
4. Pertandingan Buku Skrap MalaysiakuAktiviti menghargai jasa pemimpin antaranya mengadakan majlis jamuan makan
bersama pejuang-pejuang terdahulu, Mengadakan anugerah tokoh kepada pemimpin atau
pejuang-pejuang kemerdekaan berpadanan dengan jasa dan bakti yang telah dicurahkan untuk
agama , bangsa dan Negara. Semua aktiviti ini boleh dibincangkan semasa guru menceritakan
tentang bagaimana jasa-jasa pejuang terdahulu boleh dikenang dan dihargai.
Sungguhpun begitu, ada juga guru sejarah yang gagal meyampaikan hasrat yang
terkandung dalam sukatan kurikulum sejarah sekolah rendah yang diamanahkan kepadanya.
Contohnya terdapat guru yang menyampaikan pengajaran dan pembelajaran sambil lewa
-
5/28/2018 ESEI SJH3103
11/20
Penulisan Esei Sejarah Sekolah Rendah SJH3103
11 |
sahaja sekadar menghabiskan sukatan pelajaran atau menghabiskan minit yang
dipertanggungjawabkan kepadanya. Guru seperti ini langsung tidak memikirkan tentang betapa
pentingnya menerapkan semangat patriotic dalam jiwa anak muridnya. Beliau tidak menyedari
bahawa daripada lahirnya anak bangsa yang tidak memahami sejarah akan bercambahlah
warga yang tidak tahu mengenang budi dan menghargai jasa pemimpin yang telah berjuang
untuk kesenangan dan kemewahan hidup kita hari ini.
Murid hanya diperingatkan tentang tarikh dan tajuk-tajuk yang akan keluar dalam
peperiksaan nanti. Sukatan perlu dihabiskan untuk memastikan murid boleh menjawab soalan
dan memperolehi keputusan yang baik dan seterusnya mengharumkan nama guru sejarahnya
dan sekolahnya. Sedang pada hakikatnya, murid-murid ini langsung tidak memahami hasrat di
sebalik mata pelajaran sejarah ini diperkenalkan malah menjadi mata pelajaran wajib dalam Sijil
Pelajaran Malaysia( SPM).
Selain daripada itu, mata pelajaran ini kurang diminati kerana pandangan dan sikap guru
itu sendiri yang tidak memahami sejarah, kepentingan sejarah di ajar kepada murid-murid
malah guru itu juga tidak pernah terasa untuk berterima kasih atau bersyukur atas nikmat
kemewahan , keamanan dan kesejahteraan yang dimiliknya kini. Guru yang sebegini tak ungkin
akan menerapkan nilai patriotic dalam jiwa anak muridnya.
Di samping itu, guru-guru juga mungkin tidak adil jika dipersalahkan sepenuhnya jika
melahirkan murid yang kurang semangat patriotism kerana guru-guru juga terikat dengan
perjanjian untuk menamatkan sukatan sebelum menjelangnya hari peperiksaan. Sukatan yang
terlalu padat antara punca guru tidak dapat merancang aktiviti yang benar-benar dapat
menaikkan semangat murid-murid. Kadang-kadang hanya dalam bulan kemerdekaan sahaja
aktiviti patriotic dijalankan kerana kekangan masa dan bebanan tugas lain .Masa yang
diperuntukan juga mungkin tidak begitu mencukupi.
Kekurangan bahan rujukan dan buku teks menyebabkan isi kandungan menjadi kurang
menarik. Murid tidak mendapat gambaran yang jelas tentang sesuatu peristiwa malah murid
juga tidak mendapat maklumat yang cukup sehinggakan pelajaran sejarah dirasakan seperti
pelajaran lain yang mereka belajar hanya untuk lulus peperiksaan.
-
5/28/2018 ESEI SJH3103
12/20
Penulisan Esei Sejarah Sekolah Rendah SJH3103
12 |
Akhir sekali, antara faktor lain yang menyebabkan pelajaran sejarah ini tidak mencapai
matlamatnya ialah kurangnya kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan pelbagai.
Kebanyakkan guru hanya menyampaikan pelajaran sejarah secara bercerita lisan berpandukan
buku teks semata-mata. Murid pula disogokkan dengan teknik hafalan yang hanya bertujuan
untuk menjawab soalan peperiksaan dengan jayanya. Sedangkan guru-guru sejarah yang
efisyen sepatutnya mampu mengendalikan kelas sejarah dengan penug dedikasi dan penuh
sifat kecindanan agar murid lebih menarik dan tertarik dengan fakta sejarah yang disampaikan.
-
5/28/2018 ESEI SJH3103
13/20
Penulisan Esei Sejarah Sekolah Rendah SJH3103
13 |
RUMUSAN
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah merupakan matapelajaran yang baru sahaja
diperkenalkan. Sebelum ini mata pelajaran ini hanya diajar di peringkat sekolah
menengah.Mungkin disebabkabkan oleh beberapa factor yang difikirkan, maka mata pelajaran
ini telah diarahkan diajar di peringkat sekolah rendah pula. Justeru itu, tugasan ini dirasakan
amat payah untuk dilaksanakan dan menjadi sesuatu yang sangat baru untuk diperkatakan di
peringkat atau dikalangan guru sekolah rendah. Jika dahulu, murid-murid sekolah rendah
belajar berlandaskan Kurikulum Lama Sekolah Rendah( KLSR), kemudian diubah kepada
Kurikulum baru Sekolah Rendah( KBSR) tetapi kini muncul pula Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR). Di sinilah timbul mata pelajaran Sejarah Sekolah Rendah.
Langkah Kementerian Pelajaran Malaysia memulakan matapelajaran sejarah sejak di
sekolah rendah untuk tahun 4 mulai tahun 2014 merupakan satu langkah positif dan
mempunyai pandangan yang jauh dan mendalam harapannya. Mengingati perjuangan insan-
insan terdahulu dalam mempertahankan maruah dan martabat bangsa dan Negara amat-amat
wajib diingati dan dihargai. Tanpa perjuangan mereka tak mungkin kita mengecapi kesenangan
hidup dan keamanan yang ada pada hari ini. Semangat patriotism perlu wujud dalam jiwa
sanubari anak-anak kita sejak dari kecil lagi terutama di bangku sekolah rendah.
Ekoran daripada itu,guru-guru diberi kursus sebelum mengajar matapelajaran ini di
sekolah rendah bagi memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran.ini bagi memastikan
hanya guru yang mempunyai ciri-ciri guru sejarah sahaja yang etrpilih untuk mengajar pelajaran
sejarah di sekolah rendah. Sehubungan itu, baharu pelajaran sejarah akan menjadi mata
pelajaran yang menarik dan bukannya pelajaran yang hanya gurunya duduk dan bersembang
dengan murid tentang sejarah Negara tanpa sebarang persediaan , bahan yang mencukupi dan
membina serta semangat patriotism yang tinggi dalam diri guru yang boleh menjadi contoh
ikutan murid-muridnya.
Matapelajaran sejarah adalah pendukung utama dalam usaha pemupukan semangat
patriotic di sekolah rendah. Dalam pengajaran dan pembelajaran , kita sebagai guru diharapka
dapat membentuk sahsiah murid dengan jelas bagi membolehkan komitmen yang bersifat
patriotism berkembang dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu kita juga memainkan
peranan untuk membina ketahanan diri murid yang meliputi ketahanan mental, fizikal dan emosi
bagi membantu mereka menghadapi pelbagai bentuk cabaran pada masa hadapan.
-
5/28/2018 ESEI SJH3103
14/20
Penulisan Esei Sejarah Sekolah Rendah SJH3103
14 |
Mohd Husin(2009), guru yang memilik kualiti professional adalah guru yang peka
kepada perubahan, sedar tentang keperluan Negara , bersikap positif terhadap pembelajaran
dan mempunyai inovasi dalam tugas. Memiliki sifat dan kualiti peribadi yang cemerlang
merupakan nilai tambah pada diri seorang guru. Elemen-elemen ini akan menjadikan seorang
guru sebagai guru yang berkesan. Ini adalah kerana , guru yang berkesan mempunyai sifat-
sifat mengajar yang positif, berilmu pengetahuan, dan terlatih dalam pelbagai bidang
pendidikan. Semua aspek ini akan mempengaruhi perlakuan mengajar, perancangan mengajar,
perlaksanaan dan penilaian pengajaran dan apa yang terhasil daripada kesemua ini ialah
pengajaran yang efektif.
-
5/28/2018 ESEI SJH3103
15/20
Penulisan Esei Sejarah Sekolah Rendah SJH3103
15 |
REFLEKSI
Alhamdulillah, berkat limpah kurnia Illahi dan kesabaran serta ketekunan yang tinggi,
akhir saya dapat menyiapkan tugasan projek SJH 3103 ini mengikut format dan panduan yang
telah diperturunkan oleh pensyarah pembimbing kami Encik Muhamad Munir bin Ismail. Tanpa
teguran, panduan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh encik pensyarah dan rakan-rakan sekelas
tak mungkin saya dapat menyiapkan tugasan yang amat panjang ini.
Selain daripada itu, ini merupakan pengalaman pertama saya menyiapkan tugasan
panjang sebegini secara bersendirian. Sebelum ini kebanyakan tugasan adalah secara
berkumpulan atau paling kurang secara berpasangan tetapi pada semester ini kami banyak
dilontarkan kerja-kerja berseorangan. Jadi penulisan ini banyak memberi pengalaman baru buat
saya dan rakan-rakan sekelas yang lain.
Di samping itu, tugasan kali ini adalah menulis sebuah esei ilmiah mengikut system
APA yang sudahj tentunya amat baru bagi kami semua. Tetapi berkat tunjuk ajar yang diberikan
semasa kuliah bersemuka dan panduan yang terus menerus disalurkan melalui edmodo dan
sms, maka segala yang susah payah akhirnya mampu dilaksanakan.
Selain itu, saya juga menghabiskan masa yang agak panjang untuk menyiapkan esei ini.
Apa tidaknya, saya terpaksa menyelak semua buku sejarah anak-anak serta anakanak murid
untuk meninjau tajuk-tajuk sejarah yang diajar di sekolah rendah tahun 4 terutamanya . ini
kerana tahun 4 bagi tahun 2014 ini adalah kumpulan pertama belajar sejarah sekolah rendah
yang baru sahaja diperkenalkan di sekolah rendah.
Sungguhpun begitu, saya merasa amat berpuas hati kerana esei ini merupakan seratus
peratus kerja persendirian saya. Amat menarik tugasan ini. Walaupun sukar mendapatkan
bahan tetapi ianya amat seronok dikaji. Apa tidaknya , saya seolah-olah membuka lembaran
pembukaan Malaysia iaitu tanahair saya sendiri. Saya seperti baru dilahirkan apabila baharu
sahaja terdedah secara langsung dengan semua peristiwa sejarah Negara sendiri.
-
5/28/2018 ESEI SJH3103
16/20
Penulisan Esei Sejarah Sekolah Rendah SJH3103
16 |
Walau bagaimanapun, setiap kesenangan pasti dimulakan dengan kesusahan:
Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian
Semasa melaksanakan tugasan ini, kesukaran pertama yang saya alaminya ialah
mendapatkan sumber atau bahan. Ini berlaku adalah disebabkan mata pelajaran ini masih baru
diperkenalkan di sekolah rendah . Buku berkaitan Sejarah Dan Ilmu Alam mungkin mudah
diperolehi kerana ianya subjek lama. Tetapi tugasan ini berkehendakan KSSR Sejarah Sekolah
Rendah.Walau bagaimanapun, masalah saya ini selesai apabila saya dan rakan mengadakanperbincangan dan pertukaran idea antara kami dalam kelas itu, saya mampu meleraikan
masalah yang bersarang dalam kepala saya. Saya mengunjungi perpustakaan awam juga
perpustakaan institut yang berdekatan untuk mendapat bahan serta buku rujukan. Hubungan
interaksi yang positif yang berlaku antara kami secara aktif sedikit sebanyak dapat
menonjolkan kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri masing.Kekuatan boleh digunakan
sebagai motivasi sebaliknya kelemahan dijadikan panduan dan sempadan.
Saya juga kurang memahami kehendak soalan. Ini adalah kerana saya bukanlah
seorang guru opsyen sejarah. Pengalaman belajar sejarah telah lama ditinggalkan semasa
belajar di sekolah menengah. Pelajaran sejarah amat berbeza dengan pelajaran Sains yang
menjadi opsyen saya. Tetapi jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Hasil
ketekunan dan kolaborasi bersama pensyarah. Semua kesukaran seperti dicabut keluar
selepas mendapat taklimat yang jelas daripada Encik Mohamad Munir.
Disamping itu, hal ini juga berkaitan penilaian kendiri yang terbaik datangnya daripada
orang lain iaitu rakan-rakan dan pensyarah. Melalui kolaborasi ini saya berjaya memperolehi
maklumat terkini, bahan dan perkara lain yang boleh membantu saya menyiapkan tugasanini.Encik Mohamad Munir selaku pensyarah pembimbing kami,amat membantu umpamanya
menyalurkan pelbagai input berguna, umpamanya menasihati kami untuk melayari internet bagi
mendapatkan bahan serta maklumat tambahan. Hasilnya, input tersebut dapat saya aplikasikan
untuk menghasilkan tugasan yang sebaik mungkin. Panduan dan maklumat yang ditunjukkan
oleh Encik Munir amat membantu penulisan kerja kursus saya.
-
5/28/2018 ESEI SJH3103
17/20
Penulisan Esei Sejarah Sekolah Rendah SJH3103
17 |
Pada mulanya saya menghadapi masalah dalam menghasilkan tugasan yang diberi. Ini
kerana saya tidak tahu garis panduan yang khas serta kekurangan bahan-bahan rujukan.
Namun setelah berinteraksi dan berbincang dengan Encik Munir dan rakan-rakan, kami saling
menukar pandangan dan maklumat yang masing-masing ada. Hasil tugasan ini sebenarnya
memerlukan cetusan idea dan pendapat serta nukilan minda tokoh-tokoh bahasa dan
bukannya terlalu bergantung kepada cetusan pemikiran kita semata-mata. Pendapat para tokoh
ini boleh diperolehi daripada mana-mana bahan bacaan seperti buku, majalah, risalah atau
hasil nukilan melalui internet.
Selain itu, kami turut mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan sekelas untuk
mencari idea yang lebih baik. Saya banyak berbincang dengan rakan melalui khidmat pesanan
ringkas, dan email.Pendekata aktiviti perbincangan dan kolaborasi amat penting dan banyak
membantu menyelesaikan masalah berkaitan kerja kursus ataupun penulisan refleksi. Kualiti
tugasan menjadi lebih baik kerana adanya perkongsian pendapat dan pandangan daripada
pelbagai pihak memantapkan dan menambah keberkesanan kualiti tugasan. Ia juga dapat
membina satu nilai kendiri yang positif melalui tindakan susulan yang kita lakukan bagi
menyelesaikan setiap permasalahan dan kelemahan diri.
. Mengkaji dan menganalisa matapelajaran ini bukannya suatu perkara yang amat sukar,
tetapi tugasan yang diberikan ini merupakan tugasan individu, maka saya merasakan saya
perlu korbankan lebih banyak masa untuk menyiapkan tugasan ini dengan baik.Masa berkualiti
bersama keluarga terpaksa dikorbankan seketika.
Disamping itu tugasan ini pelbagai kesedaran timbul dalam diri saya. Antaranya untuk
menjadi seorang guru yang celik sejarah, kita seharusnya terlebih dahulu mendalami dan
memahami sejarah tanahair. Bak kata pepatah sambil menyelam sambil minum air. Ini adalah
kerana dalam masa mengkaji sejarah tanahair, memahami peristiwa yang berlaku disamping
mengenali tokoh-tokoh sejarah tanahair, saya juga dapat menyiapkan tugasan yang diberikan
dengan jayanya. Dengan cara ini juga , aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan mampu memberi pulangan ilmu yang bermanfaat dan menggalakan buat murid-
murid. Berbanding jika pengajaran dilaksanakan oleh seorang guru yang tiada pengalaman
atau kurang bacaan bahan-bahan sejarah. Sekaligus, pengajaran menjadi hambar, tawar
,membosankan dan tidak bermakna.
-
5/28/2018 ESEI SJH3103
18/20
Penulisan Esei Sejarah Sekolah Rendah SJH3103
18 |
Sekiranya perancangan dilakukan dengan teliti , pengajaran boleh disampaikan
mengikut tahap kognitif dan kemahiran murid. Dengan cara demikian murid akan lebih mudah
memahami dan menarik perhatian mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran guru di
dalam kelas.
Tugasan ini juga mengajar saya erti cintakan Negara dan mewujudkan semangat
patriotism dalam diri sendiri serta murid-murid saya khususnya. Sejarah merupakan sesuatu
yang perlu kita pelajari dan perlu dijaga agar peristiwa seperti 13 Mei 1969 tidak akan berulang
lagi. Pembelajaran mata pelajaran sejarah dapat meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai
asal usul Negara kita sendiri dan peristiwa-peristiwa berkaitan dengan pembinaan Negara kita.
Sukatan mata pelajaran sejarah sekolah rendah, yang komprehensif dapat memberi kesedaran
kepada pelajar bahawa perjuangan ke arah kemerdekaan dan pembentukan Negara yang
berdaulat bukannya usaha yang calang-calang dapat dilakukan. Tanpa semangat yang kental,
jiwa yang teguh dan hati yang tabah, tak mungkin kemerdekaan dapat di kecapi hingga ke hari
ini.
Akhirnya, saya sedar tuagasan kali ini sebenarnya memberikan pengalaman baru
berkaitanmata pelajaran sejarah terutamanya dalam menerapak nilai-nilai dan unsur patriotism
seperti cintan Negara, menghargai keamanan hasil daripada kemerdekaan yang telah dikecapi
lebih daripada setengah abad yang lalu. Melalui pengalaman baru ini, saya yakin dapat
mengajar pelajaran sejarah disekolah nanti sekiranya sayalah insan terpilih yang
dibertanggungjawab melaksanakan tugas murni ini.
Dalam pada itu, saya juga telah memahami ciri-ciri dan bagaimana menjadi guru
sejarah yang efektif dan cemerlang seperti berpengetahuan sejarah, berminat dengan sejarah,
mempunyai ilmu teknologi maklumat, kreatif dan inovatif, tekun dan sabar, mempunyai
kemahiran mengendalikan kerja projek serta berperwatakan menarik juga mampu menarik
perhatian melalui ciri guru kecindan, maka saya amat yakin, murid-murid saya nanti akan dapat
menguasai fakta sejarah disamping amat berminat mendalami pengetahuan tentang sejarah
tanahair nya sendiri. Saya juga yakin dapat mengikis pendapat sebilangan besar pelajar,
bahawa mata pelajaran sejarah adalah pelajaran yang membosankan dan tidak menarik.
-
5/28/2018 ESEI SJH3103
19/20
Penulisan Esei Sejarah Sekolah Rendah SJH3103
19 |
RUJUKAN
Abd Rahim Abd Rashid(1999), Pendidikan Sejarah Falsafah ,Teori dan Amalan.Kuala
Lumpur:Utusan Publications and Destributors Sdn Bhd.
Abdul Rahman Haji Abdullah(2003).Pengantar Ilmu Sejarah.Kuala Lumpur dan Pulau Pinang
Dewan Bahasa & Pustaka dan Universiti Sains Malaysia.
Estefe Dumang (2014, Februari 16).Re: Guru Efektif.Diperleh dari
http://www.slideshare.net/EstefaDumang/ciri-ciri-guru-efektif-20304599
Hazril Jamil (2003). Teknik Mengajar Sejarah. Bentong:PTS Publications & Distributors Sdn
Bhd.
Institut Pendidikan Guru Malaysia (2003), Modul Kursus Elektif 2 SJH3103, Kurikulum Sejarah
Sekolah Rendah .Kuala Lumpur:Kementerian Pelajaran Malaysia.
Jemaah Nazir Malaysia(2007), Panduan Pengurusan dan Pengajaran Sejarah.Kuala
Lumpur.Kementerian Pelajaran Malaysia.
http://www.slideshare.net/EstefaDumang/ciri-ciri-guru-efektif-20304599http://www.slideshare.net/EstefaDumang/ciri-ciri-guru-efektif-20304599 -
5/28/2018 ESEI SJH3103
20/20
Penulisan Esei Sejarah Sekolah Rendah SJH3103
20 |
LAMPIRAN
top related